• Tidak ada hasil yang ditemukan

PT3 yang hilang dan menjelma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PT3 yang hilang dan menjelma"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

PT3, Yang Hilang dan Yang Menjelma

Setiap berita yang disiarkan dalam media hadir bersama ‘frame’ tertentu. Misalnya,

pengumuman keputusan peperiksaan awam, saban tahun kita disaji berita peningkatan

pencapaian baik dalam peratusan mahupun bilangan pelajar yang mencapai semua A.

Saya masih ingat pada suatu waktu dahulu, pengumuman keputusan peperiksaan turut

membabitkan ranking sekolah-sekolah. Pabila pak menteri bertukar fikiran, tiada lagi

pengumuman sedemikian sebaliknya perhatian bertumpu kepada siapakah yang mencatat

bilangan A paling banyak dalam peperiksaan SPM. Pada masa yang sama, perihal ranking

sekolah tersebut masih beredar dalam kalangan tertentu terutamanya pertembungan

klasik antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Sesudah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berlangsung selama tiga tahun, timbul

persoalan kayu ukur yang akan digunakan untuk kemasukan pelajar-pelajar ini ke

pelbagai aliran sewaktu di Tingkatan 4. Apatah lagi ia turut menyentuh kemasukan ke

SBP, MRSM, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik

dan Kolej Vokasional. Justeru secara tiba-tiba Kementerian Pelajaran Malaysia

mengisytiharkan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) April tahun ini.

Pengumuman keputusan PT3 Isnin lalu kita disaji satu ‘frame’ yang asing daripada

kebiasaan. Bahkan dalam banyak saluran berita yang saya tonton, keputusan UPKK

kendalian JAKIM turut mendapat tempat, sesuatu yang jarang (kalau pun tidak pernah)

berlaku sebelum ini. Pengumuman keputusan PT3 seolah-olah muncul sebagai kempen

kepada pelaksanaan PBS, menerangkan perubahan format soalan yang berbentuk

subjektif dan lebih cenderung kepada elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau

HOTS).

Oh ya, kami dulu hanya ada Kemahiran Berfikir secara Kreatif & Kritis (KBKK).

Harga Sebuah Perubahan

Dalam membicarakan hasil daripada PT3 tidak boleh dipisahkan daripada penilaian

terhadap pelaksanaan PBS. Saya kira PT3 ialah satu kejutan dalam pelaksanaan PBS,

(2)

sikap sebenar para pegawai Kementerian Pelajaran, sebagai pelaksana dasar pendidikan

kebangsaan.

Pada dasarnya saya menyokong pelaksanaan PBS yang lebih menekankan penguasaan

pelajar dalam aspek-aspek penting dalam sesuatu mata pelajaran. Tambahan pula ia

dikatakan sebagai pengubat kepada sindrom kemaruk bilangan A yang dihidapi

masyarakat kini. Walau bagaimanapun, perancangan dan strategi yang baik di atas kertas

tidak mampu direalisasikan tanpa sikap yang betul dan tenaga pelaksana yang sesuai.

Namun berdasarkan perbualan peribadi dengan beberapa orang guru lebih banyak

keluhan yang saya dengari. Keluhan ini bukan bermakna PBS ialah satu kegagalan

mutlak, tetapi terdapat lapis-lapis perjalanannya yang menyulitkan para guru. Sebagai

contoh, evidens yang sudah dinilai oleh guru memerlukan bilik khas untuk disimpan.

Selain itu, umum mengetahui rekod markah yang perlu dihantar secara online dalam

keadaan sambungan Internet Malaysia begini hinggakan ada guru yang tepaksa

bersengkang mata untuk menguruskan kerja-kerja bersifat perkeranian ini.

Bilakah waktu guru-guru kita ini menyediakan bahan pengajaran, berehat untuk mengajar

dengan baik?

Saya kira beberapa aspek pelaksanaan PBS ini tidak mengambil kira beban guru yang

rencam merentasi Malaysia yang bertuah ini. Di sekolah-sekolah ternama, guru dikerah

agar sekolah bisa dianugerah Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Pengetua

dan guru besar beroleh ganjaran, berlaksa-laksa ringgit mencurah peruntukan. Di

sekolah-sekolah lain pula, anak murid belum khatam kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira).

Bilakah petinggi di kementerian akan menangani masalah jurang pendidikan yang tak

pernah selesai ini?

Adakah selama ini kita tersilau dengan masalah-masalah permukaan dan gagal mengenal

pasti masalah sebenar yang mendasar dalam sistem pendidikan kita?

Kritikan yang tidak pernah senyap terhadap pelaksana dasar pendidikan kita ialah

(3)

menteri atau ketua pengarahnya. Soalan sederhana yang boleh ditanya, adakah

dasar-dasar ini telah dibuat kajian lapangan di sekolah-sekolah kita dan laporannya dibentang

kepada awam? Adakah kementerian sekadar mencedok model-model pendidikan yang

telah berjaya di negara lain tanpa penyesuaiannya dalam konteks Malaysia?

Pemerhatian ringkas saya berhubung pelaksanaan PBS ialah bukan sahaja ibu bapa

kekurangan maklumat mengenainya, bahkan guru-guru kurang jelas matlamat dan hasil

yan boleh dicapai daripada dasar ini. Guru-guru masa kini boleh menyebut model-model

pelaksanaan PBS yang berjaya dalam sembang-sembang di bilik guru, namun belum

tentu dapat diterapkan dalam kelas bersama anak murid.

Inilah dilema masyarakat menghadapi PT3, yang menjelma ialah arahan-arahan baru

daripada kementerian yang perlu dipatuhi tanpa ruang kritikan dan penambahbaikan

dalaman.

Yang hilang ialah potensi guru sebagai penyampai ilmu dan potensi murid sebagai

generasi masa depan yang mencintai ilmu, dek arus deras arahan atasan.

Memetik cerita Masih Murid Lagi dalam Balai Maqamat (Mohd. Affandi Hassan, 2014),

diharap tindakan yang diambil ialah tindakan proaktif bukan bebal aktif.

Referensi

Dokumen terkait

Praktik Pengalaman Lapangan adalah salah satu dari mata kuliah yang harus dilakukan oleh praktikan untuk menerapkan teori ang telah diperoleh dalam semester-semester

Bagi akun individu Pendidik (Guru) yang diaktifkan tugas tambahan resmi sebagai Kepala Madrasah/Sekolah oleh Admin Ka.Kemenag Kab/Kota otomatis mendapatkan hak akses sebagai

Dalam projek penelitian ini telah dibuat sistem informasi untuk manajemen pembibitan dengan mengantisipasi adanya perkawinan inbreeding.Selain itu pada projek ini juga mencoba

KORELASI KADAR β -hCG SERUM TERHADAP KADAR TSH, T3, DAN T4 PADA MOLAHIDATIDOSA DI RSUP.H.ADAM MALIK DAN RSUD dr. PINGADI MEDAN PERIODE TAHUN 2008 -

Pernyataan dasar seperti itu di dalam logika disebut premis (pernyataan dasar). Di dalam penalaran deduktif, berdasarkan atas premis itu ditarik kesimpulan yang

Perkembangan saluran pencernaan secara fisiologis, khususnya usus halus, berdasarkan aktivitas enzim protease total pada ayam yang berasal dari pemeliharaan in situ,

The low level of women's participation in Bumirejo in gender responsive budget planning actually could not be separated from woman legal culture, i.e.: the

MODEL PROBLEM BASED LEARNING DALAM MENINGKATKAN HASIL BELAJAR PESERTA DIDIK TENTANG MATERI LINGKUNGAN HIDUP DI KELAS XI IPS 4 SMA NEGERI 5 CIREBON. Universitas Pendidikan Indonesia