• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMUNIKASI INDIVIDU DAN KOMUNIKASI ANTAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KOMUNIKASI INDIVIDU DAN KOMUNIKASI ANTAR"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Komunikasi secara amnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi fizikal dan komuikasi antara manusia atau individu. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan yang dapat dilihat secara kasar seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang. Manakala komunikasi antara manusia pula, lebih tertumpu kepada perhubungan yang berlaku antara manusia yang melibatkan penyampaian atau penukaran maklumat daripada seseorang individu kepada seseorang individu yang lain, sama ada secara bersemuka atau melalui perantaraan seperti media massa atau media elektronik (Samsuddin A. Rahim, 2003). Komunikasi antara manusia merupakan suautu disiplin pengajian yang masih baharu di Malaysia. Namun, dalam proses perkembangan disiplin ilmu ini, konsep dan teoi yang dipinjam daripada disiplin lain telah menjadi lebih mantap sehingga munculnya teori-teori, paradigma pembelajaran, konsep, dan juga pendekatan metodologi komunikasi yang tersendiri. Dengan erti kata lain, disiplin komunikasi antara manusia ini telah mencapai tahap kedewasaan daan kini boeh dianggap sebagai suatu disiplin ilmu yang telah mecapai suatu tahap kematangan. Dari semasa ke semasa, teori dan kaedah penyelidikan yang pada mulanya dipinjam daripada bidang-bidang lain untuk dijadikan asas kajian komunikasi, lama kelamaan telah menjadi mantap untuk muncul sebagai teori-teori komunikasi yang tersendiri.

Komunikasi antara manusia merupakan suatu unsur-unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada individu lain. Hal ini adalah kerana, manusia tidak akan dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan individu lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada individu lain, besar kemungkinan individu tersebut akan merasakan sesuatu kekurangan di dalam hidup individu tersebut. Kita sentiasa berkomunikasi untuk menyampaikan pendapat dan perasaan seseorang individu kepada individu lain sama ada melalui tulisan, pertuturan atau percakapan dan perbualan ataupun melalui gerak tubuh badan, isyarat mata dan air muka individu tersebut.

(2)

lagi sekiranya individu tersebut berjaya memahami unsur-unsur penting yang wujud dalam sesuatu proses komunikasi. Pada era globalisasi moden ini, keperluan untuk berkomunikasi bukan hanya terhad kepada memenuhi keperluan hidup yang asas seperti bertutur dengan kawan-kawan ataupun dengan sanak-saudara. Tetapi, pada zaman ini kehidupan manusia telah menjadi semakin kompleks dan menuju kearah suatu pengkhususan. Masyarakat Malaysia khususnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan peniaga, golongan petani, golongan pekerja kerajaan dan juga golongan pekerja swasta. Dalam setiap aktiviti yang dijalankan, pasti ada seorang ketua yang bertanggungjawab untuk memantau aktiviti kerja yang sedang dilakukan. Di dalam konteks ini, setiap kelompok perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan hidup manusia.

Cara manusia berkomunikasi pada masa kini juga tidak terhad kepada pertuturan dan menulis surat malahan perkembangan teknologi komunikasi telah menyebabkan perkembangan pesat dalam bidang percetakan dan elektronik yang membolehkan percetakan buku, majalah dan akhbar dan juga penggunaan radio, televisyen dan juga perakam video. Dengan adanya kewujudan system masyarakat yang menuju ke arah pengkhususan serta perkembangan alat-alat untuk komunikasi percetakan dan elektronik, komunikasi dalam system masyarakat secara tidak langsung telah menjadi semakin kompleks dan rumit. Justeru itu, berlakunya peningkatan dalam kelahiran lebih ramai penyelidik baharu yang telah membuat pelbagai jenis kajian tentang pelbagai aspek-aspek komunikasi untuk membantu mendalami dan memahami tentang masalah dan juga perkara-perkara yang boleh mempertingkatkan cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain.

Istilah komunikasi ialah terjemahan secara langsung daripada istilah bahasa Inggeris, “communication.” Istilah Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu “communicare”, yang bermaksud “ to make common” atau mewujudkan suatu bentuk persamaan. Berasaskan pengertian asas komunikasi yang sedemikian, para pengkaji komunikasi telah memberikan takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan yang mereka lakukan. Dapat dilihat bahawa penyelidikan komunikasi ini telah dikendalikan oleh para pengkaji yang dating daripada pelbagai bidang. Oleh itu, takrifan yang telah mereka kemukakan terhadap komunikasi juga telah dipengaruhi oleh bidang ilmu mereka masing-masing.

(3)

Menurut Berelson dan Steiner (1964) pula, komunikasi adalah proses pemancaran maklumat. Definisi tersebut sebaliknya tidak membuat pertimbangan rujukan hasil kepada komunikasi berkenaan sama ada berjaya ataupun tidak. Selalunya proses komuikasi ialah sesuatu proses yang kompleks dan sering berubah mengikut situasi dan persekitaran. Oleh itu, ada kalanya boleh didapati bahawa komunikasi sebenarnya berada dalam suatu kontinum yang wujud di antara definisi yang luas, tidak bertujuan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Manakala, terdapat juga definisi yang sempit, mempunyai tujuan dan meninggalkan kesan.

Memang terdapat perbezaan di antara pandangan antara para sarjana tentang apa yang dimaksudkan dengan komunikasi. Sudut pandangan yang berbeza ini juga disebut sebagai perspektif. Perspektif yang berbeza ini mendorong kepada pertanyaan soalan yang berbeza dan membuat penyelidikan yang berlainan. Oleh itu, definisi komunikasi perlu dinilai berdasarkan setakat mana para penyelidik dapat mencapai tujuan penyelidikan mereka. Selain daripaa itu, terdapat empat unsur asas komunikasi iaitu sumber-penerima (komunikator), mesej, saluran dan juga penerima. Unsur-unsur tambahan termasuklah maklum balas, gangguan, kesan dan persekitaran. Model komunikasi cuba menerangkan apa itu komunikasi dengan mengambil kira unsur-unsur komunikasi. Antara model komunikasi ialah Model Laswell, Model Matematik atau Model Shannon dan Weaver dan Model Berlo.

Pada keseluruhannya empat perkataan penting dalam takrifan komunikasi ialah pengiriman, penyebaran, pemindahan dan tindak balas yang diterima. Bagaimanapun, kelompok takrifan komunikasi boleh dikategorikan kepada empat iaitu takrifan yang menekankan penyebaran dan pengiriman, takrifan yang menekankan perkongsian makna, takrifan yang menekankan pembujukan dan juga takrifan komunikasi yang menekankan aspek tingkah laku. Manakala, komunikasi juga turut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Untuk meluaskan lagi kefahaman kepada proses komunikasi, fungsi komunikasi juga dapat dikenalpasti untuk menambah kefahaman yang lebih jelas. Antara fungsi komunikasi ialah fungsi memberitahu, fungsi mendidik, fungsi membujuk dan juga fungsi menghibur.

(4)

1.0 KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU/ INTERPERSONAL

Perhubungan interpersonal ialah cara individu berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Pada amnya komunikasi dan perhubungan interpersonal mempunyai objektif bagi mengurangkan sikap saling tidak mengenali dan tidak mempercayai antara satu sama lain. Unsur yang penting dalam komunikasi antara individu ialah kepercayaan iaitu kepercayaan individu lain terhadap diri dan perkataan diri sendiri individu tersebut. Hal ini bermakna bahawa kemahiran komunikasi interpersonal boleh diaplikasikan untuk memupuk dan juga membina keyakinan. Perhubungan interpersonal dan komunikasi adalah satu asas penting dalam proses membantu dan menolong orang lain. Perhubungan interpersonal yang baik adalah jambatan atau penghubung antara kedua-dua individu. Bagi memupuk kemahiran perhubungan interpersonal, seseorang individu itu perlu sedar dan mengetahui mengenai beberapa perkara penting. Antara perkara penting tersebut ialah untuk memahami proses komunikasi berkesan dan prinsip asas perhubungan individu dan juga cara individu tersebut berkomunikasi, berinteraksi atau memberi layanan kepada orang lain. Dengan ini, seseorang individu itu akan menjadi lebih arif mengenai perbezaan antara keduanya iaitu “gap” atau jurang anda. Di samping itu, individu tersebut juga boleh memupuk “rapport” antara satu sama lain serta menggunakan strategi yang tepat semasa berkomunikasi. Dalam usaha untuk menghasilkan komunikasi dan perhubungan interpersonal yang baik, individu seharusnya memberi peuang kepada diri individu itu sendiri untuk menganalisis dengan penuh kepentingan, mentafsir dengan kefahaman dan melaksanakan yang terbaik daripada apa yang difahami dan dipercayai. Komunikasi antara individu adalah amat penting dalam setiap konteks hubungan sama ada dalam keluarga, hubungan kejiranan, majlis sosial, organisasi, dan dalam kehidupan bermasyarakat.

1.1 Fungsi Komunikasi Antara Individu

(5)

pemikiran atau tingkah laku seseorang individu tersebut. Sebagai contoh, seseorang individu akan memperoleh maklum balas mengenai perasaan, pemikiran dan juga tingkah laku individu lain. Tambahan pula, apabila seseorang individu itu diminta untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui usaha mewujudkan persefahaman antara individu dengan individu lain. Misalnya, apabila individu tersebut ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keberadaan sesuatu tempat, individu tersebut pasti akan bertanya tentang arah tempat tersebut daripada individu lain walaupun hubungan individu tersebut dengan individu lain berlaku dalam masa yang singkat.

Tujuan seterusnya dalam sesuatu proses komunikasi ialah untuk mencari dunia luar. Selain daripada memahami diri sendiri dan individu lain ketika proses komunikasi, seseorang individu itu juga berupaya memahami dunia luar seperti tentang objek, kejadian dan juga individu lain. Lebih banyak maklumat yang dapat diketahui dan diperoleh daripada hubungan antara individu. Pegangan agama, nilai moral dan sikap manusia lebih cenderung untuk dipengaruhi oleh hubungan antara individu berbanding dengan media massa. Misalnya, hubungan peribadi seseorang individu itu dengan keluarga, ibu bapa dan sanak saudara lebih banyak mempengaruhi sikap dan tingkah laku individu tersebut dengan orang lain.

Selain daripada itu, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku adalah untuk mewujudkan suatu hubungan yang bermakna. Salah satu keinginan manusia ialah untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan individu lain. Kita sebenarnya suka dikasihi dan mahu mengasihi. Antaranya melibatkan hubungan persahabatan, kasih sayang dan rasa saling mempercayai terhadap pasangan tersebut. Apabila hasrat ini tercapai, maka ia menjadikan hubungan tersebut menjadi sesuatu hubungan yang lebih bermakna.

(6)

Melaksanakan sesuatu tugas juga antara tujuan sesuatu proses komunikasi. Komunikasi antara individu juga terjalin dengan tujuan untuk mengendali atau melaksanakan sesuatu tugas atau perkhidmatan (Shamsuddin, 1993). Dalam sesebuah organisasi itu, setiap anggota atau staf mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugas masing-masing. Seorang pengurus perlu bertindak untuk melaksanakan arahan melalui hubungan antara individu yang lebih berkesan.

1.2 Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Antara Individu

Dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi hubungan antara individu. Faktor yang mempengaruhi ini tergolong dalam aspek yang juga dikenali sebagai tarikan. Tarikan ialah kecenderungan seseorang individu itu untuk menilai individu lain sama ada dalam bentuk positif atau negative. Penilaian tersebut akan menyebabkan individu tersebut tertarik atau sebaliknya menjauhkan diri daripada melakukan sebarang interaksi dengan individu lain. Terdapat empat aspek utama yang sering dibincangkan oleh para ahli komunikasi yang turut mempengaruhi tarikan. Antaranya ialah faktor kesamaan. Faktor kesamaan itu merangkumi sikap, personaliti dan keupayaan seseorang individu itu. Sesetengah ahli komunikasi mengaplikasikan istilah “homopili” atau “hetropili” yang menggambarkan kesamaan atau ketidaksamaan.

Homopili ialah istilah yang menggambarkan darjat pasangan yang berinteraksi antara suatu sama lain yang turut memiliki suatu kesamaan dalam sifat seperti kepercayaan, nilai, pendidikan, dan juga status sosial. Hetropili pula merujuk kepada tingkat perbezaan antara dua pihak individu yang berlainan. Perbezaan atau kesamaan yang dimaksudkan ini berkait rapat dengan pelbagai aspek seperti umur, agama, pegangan politik, tahap pendidikan atau kedudukan kewangan.

(7)

sama. Hal ini adalah kerana individu akan saling berinteraksi dengan orang lain yang sering hampir dengan diri individu tersebut.

Faktor lain yang mempengaruhi komunikasi antara individu melalui tarikan ialah faktor ganjaran. Manusia sering tertarik dengan individu yang dapat memberi imbuhan atau dalam erti kata nama lain ganjaran kepada dirinya di samping kos hubungan yang rendah. Setiap perhubungan mempunyai tujuan yang jelas dan memerlukan pengorbanan atau kos sama ada dari sudut masa, emosi, imej diri, dan keselesaan. Daripada keadaan ini, dapat diperhatikan bahawa individu lebih cenderung melakukan perhubungan yang berada dalam beberapa bentuk misalnya manusia lebih banyak mengorbankan masa, imej dan emosi tetapi menerima imbuhan atau ganjaran yang tidak setimpal. Manusia juga banyak mengorbankan masa, imej diri dan emosi tetapi menerima ganjaran yang besar atau barangkali individu tersebu tidak mengorbankan masa yang banyak, imej diri atau emosi tetapi menerima ganjaran yang tinggi.

Ganjaran dan pengorbanan yang dilakukan oleh individu tersebut mungkin tidak akan dapat dinilai. Usaha dan masa bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikira. Begitu juga dengan ganjaran. Walaubagaimanapun, ganjaran boleh diukur dengan kadar kepuasan. Sekiranya ganjaran memberikan kepuasan, maka proses komunikasi tersebut boleh dikatakan sebagai suatu perhubungan yang menarik dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, dalam membentuk sesuatu perhubungan melalui proses komunikasi, individu akan mencari sesuatu yang akan memberi ganjaran kepada diri individu tersebut. Namun begitu, jika individu tersebut berasa bahawa ganjaran itu tidak begitu memuaskan, itu tidak bermakna bahawa individu tersebut perlu membentuk sesuatu perhubungan yang baharu.

(8)

seperti kadar kebimbangan, harga diri yang rendah adalah amat penting dalam konteks sifat peribadi seseorang individu itu.

1.3 Faktor Yang Menyemarakkan Hubungan

Apabila berlakunya hubungan atau interaksi antara individu, pastinya individu-individu yang terlibat ingin interaksi atau perhubungan tersebut disemarakkan, diperkukuhkan, dilanjutkan dan memperoleh kesimpulan atau hasil yang positif. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyemarakkan hubungan interpersonal. Antara faktor-faktor tersebut ialah pengesahan dan penerimaan. Mesej yang menunjukkan bahawa seseorang individu itu sedang dinilai boleh dikenal pasti sebagai tindak balas pengesahan. Sebagai contoh, penghargaan dan pujian itu menunjukkan bahawa seseorang individu itu sedang menilai individu lain yang telah diterima. Walaubagaimanapun, tidak menjadi suatu kemestian untuk memuji atau bersetuju dalam mengirim mesej pengesahan. Dalam beberapa peringkat komunikasi antara individu, mendengar mesej atau maklumat daripada individu lain juga boleh diambil kira sebagai pengesahan. Namun, sikap yang mengenepikan penghargaan terhadap orang lain dinyatakan sebagai penafian pengesahan. Ketidaksetujuan dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai penafian pengesahan. Contohnya, menyerang peribadi perucap.

Faktor seterusnya yang menyemarakkan komunikasi antara individu ialah iklim perhubungan antara individu yang baik. Iklim komunikasi cuba digambarkan oleh beberapa orang sarjana seperti keadaan cuaca yang dapat mempengaruhi kadar keselesaan seseorang individu itu. Iklim komunikasi itu wujud dalam komunikasi antara individu dengan sesebuah organisasi. Tompkins (1984) menggambarkan iklim komunikasi sebagai bersifat suportif dan saling menyokong antara satu sama lain, bersifat terbuka dan juga persahabatan. Sebaliknya, ikim komunikasi juga boleh bersifat defensif dan tertutup. Iklim komunikasi mula mendapat perhatian apabila Jack Gibb menerbitkan kajiannya dalam “Journal of Communication” pada tahun 1961 yang bertajuk “Defensive Communication”. Hasil kajiannya mengenai hubungan secara bersemuka dalam kumpulan yang kecil telah diterima oleh para pengkaji selepasnya sebagai salah satu ciri terpenting iklim komunikasi. Menurut Gibb, iklim komunikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu defensif dan suportif.

(9)

Manakala suportif pula boleh dibahagikan kepada enam aspek penting iaitu penghuraian, berorientasikan masalah, spontan, empati, saksama dan kesementaraan. Selepas angkubah iklim komunikasi yang dikemukakan oleh Gibb, tiga faktor iklim komunikasi yang sering menjadi topik perbincangan ialah suportif, percaya dan keterbukaan. Suportif seperti mana yang dikemukakan oleh Gibb ialah mengurangkan sikap defensif dalam komunikasi. Menurut Gibb lagi, seseorang itu dianggap tidak suportif apabila tidak dapat menerima, tidak jujur dan empati. Percaya ialah sikap yang bergantung pada perilaku orang lain, tidak ragu-ragu dan bermakna bahawa individu tersebut membuka saluran untuk berkomunikasi. Namun begitu, sikap percaya juga mungkin menurun atau berubah setelah proses komunikasi itu berlaku.

Keterbukaan pula ialah sikap yang menilai mesej secara objektif, keinginan untuk mencari maklumat sebagai sumber, dan juga bersedia untuk mengubah kepercayaan. Secara ringkasnya, kepercayaan boleh ditafsir sebagai had di mana individu boleh menerima, menilai dan bertindak terhadap maklumat luar yang sesuai berdasarkan merit intrinsiknya tanpa menghalang faktor yang tidak sesuai. Berdasarkan ciri ini, keterbukaan akan mendorong berlakunya interaksi antara individu, manakala sikap yang tertutup adalah sebaliknya.

Faktor seterusnya yang menyemarakkan sesuatu proses komunikasi antara individu itu ialah peringkat hubungan antara individu. Ahli komunikai yang telah membuat kajian dan beberapa pendekatan mengenai tahap hubungan antara individu. De Vito (1994) membahagikan tahap hubungan antara individu tersebut kepada tujuh peringkat iaitu kontrak, penglibatan, kemesraan, rosotan, pembaikan, pembubaran dan pergerakan antara tahap tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya ke semua tahap-tahap tersebut dipermudahkan, tahap-tahap ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu permulaan atau inisiatif, penjagaan dan penamatan atau pembubaran.

1.4 Hubungan Antara Individu Yang Berkesan.

(10)

dan Don Jackson. Tidak dapat dinafikan, Islam juga mempunyai pendekatan yang tersendiri bagi mencapai keberkesanan komunikasi antara individu.

Pendekatan humanistik menekankan beberapa komponen utama bagi mencapai tahap komunikasi antara individu yang berkesan. Komponen tersebut ialah bersikap suportif, positif dan saksama. Suportif ialah apabila sifat keterbukaan dan empati tidak menjamin komunikasi antara individu yang berkesan sekiranya terdapat suasana komunikasi yang boleh mengancam individu lain seperti kritikan. Oleh yang demikian, suasana sokongan yang padu perlu diwujudkan oleh komunikator. Secara umumnya, pendekatan masa kini membahagikan suportif kepada dua bahagian iaitu yang melibatkan pertuturan dan tingkah laku.

Saksama pula adalah apabila berkaitan dengan taraf seperti lebih kacak, kaya, berperwatakan baik atau mempunyai taraf kehidupan yang lebih tinggi. Walaupun semua individu terdiri daripada taraf kehidupan yang berbeza, hal ini bukan menjadi penghalang kepada komunikasi interpersonal yang berkesan kerana komunikasi itu bergantung kepada individu itu sendiri. Namun begitu, komunikasi tidak akan dapat dijalankan dengan baik sekiranya unsur taraf ini ditonjolkan bagi menampilkan keunggulan diri sehingga individu tersebut cenderung untuk merendahkan orang lain. Oleh itu, individu tersebut perlu cuba untuk menyesuaikan diri dengan orang lain pada tahap mereka berada tidak mengira sama ada lebih tinggi atau rendah.

Pendekatan pragmatik pula menekankan beberapa aspek penting seperti keyakinan, kesegeraan, mengurus interaksi dan menyampaikan atau meluahkan. Keyakinan ialah apabila seseorang komunikator yang berkesan mempunyai tahap keyakinan dan sebarang kebimbangan yang wujud di dalam diri individu tersebut tidak akan dapat dijangka oleh individu lain. Keyakinan komunikator antaranya ialah ketenangan, banyak memberi kelonggaran, fleksibel, tidak terikat kepada satu bentuk vokal atau gaya badan sahaja dan bersifat terkawal.

(11)

boleh melahirkan rasa minat, senyuman, tanda minat, dan rasa perihatin kepada individu lain.

1.5 Peringkat Komunikasi/Perhubungan Interpersonal

Komunikasi interpersonal bermula dengan interaksi antara dua individu jika dalam kawasan yang sama, yang bermula dengan pandangan dan pemerhatian yang seterusnya membawa kepada persepsi antara satu sama lain. Penilaian tentang seseorang individu itu dibuat dari jauh sahaja. Hal ini yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu persepsi kepada seseorang itu dibuat berasaskan dari pemerhatiannya sahaja. Isunya adalah mengenai ketepatan dan kesahihan persepsi yang telah dibuat. Persepsi berkemungkinan untuk berubah apabila terjadinya interaksi yang jelas antara kedua-dua individu seperti percakapan atau perbualan. Persepsi juga mungkin sekali lagi berubah apabila proses komunikasi yang bermula pada peringkat maklumat fakta telah ada sentuhan atau penghantaran dan penerimaan mesej yang melibatkan perasaan.

Mesej, tafsiran mesej, reaksi, maklum balas adalah bentuk-bentuk komunikasi interpersonal. Reaksi antara satu sama lain adalah berbeza kerana faktor latarbelakang, pendidikan, pengalaman dan “frame of reference” iaitu kumpulan rujukan individu itu sendiri. Dalam proses komunikasi individu dan perhubungan interpersonal itu sendiri, terdapat dua peringkat yng terlibt secara langsung dalam proses komunikasi interpersonal. Peringkat yang pertama ialah peringkat maklumat. Pada perringkat ini, interaksi anda melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumt bersifat fakta, idea dan pandangan. Peringkat ini lebih menggunakan akal dan minda individu semasa penghantaran dan penerimaan individu. Peringkat perhubungan pula melibatkan interaksi individu yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat bersifat perasaan, sikap dan nilai moral.

1.6 Layanan Yang Diharapkan

(12)

berlainan, menyebabkan peribadi dan kelakuan individu itu menjadi pelbagai. Semua orang tidak mahu dirinya dipersalahkan atau dijatuhkan hukuman atau dituduh melulu kerana sesuatu sebab yang tidak munasabah. Seterusnya, setiap orang pasti mahu dirinya diterima oleh masyarakat. Setiap individu pasti meminta dirinya diterima seadanya tanpa perlu dipersoalkan. Setiap individu pasti mahukan kebebasan asas dan diberi ruang untuk membentuk peribadi dan personalitinya yang tersendiri tanpa perlu mengikut acuan atau arahan orang lain dengan syarat kebebasan tersebut tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Apabila wujudnya “standard” atau piawaian yang sukar diterima oleh orang lain, maka terjadilah singkiran dan penafian.

Layanan seterusnya yang dijangka oleh orang lain ialah dihormati. Tidak dapat dinafikan bahawa perasaan ingin dihormati merupakan salah satu layanan yang paling diharapkan oleh semua individu. Setiap orang mahukan dirinya dihormati tanpa perlu melihat taraf dan kedudukan seseorang individu itu. Rasa hormat yang diminta oleh semua individu adalah rasa hormat sebagai seorang manusia dan tidak dipersendakan walau apa sekalipun yang dilakukan, yang dipercayai serta pendirian dan pandangan seseorang individu itu.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa semua manusia ingin merasa dirinya disayangi. Sebagai seorang manusia yang normal, sudah menjadi lumrah manusia ingin berperasaan, berkeinginan untuk disayangi kerana sudah menjadi asas kepada sesuatu perhubungan ukhuwah yang lebih erat. Tiada individu yang mahu dirinya dipergunakan di atas tujuan atau kepentingan individu lain. Individu perlu disayangi tanpa sebarang syarat dan dalam keadaan apa sekalipun.

(13)

1.7 Asas Perhubungan Interpersonal

Perhubungan interpersonal yang baik akan dapat menghasilkan kehidupan yang lebih baik untuk individu. Bagi mengecapi kehidupan yang harmoni dan mendapatkan perhubungan interpersonal yang baik, asas yang boleh dijadikan sebagai panduan ialah melayani orang lain sebagaimana diri sendiri ingin dilayani oleh orang lain. Selain itu, individu tersebut juga perlu memastikan bahawa dirinya tidak memberikan layanan yang tidak wajar kepada orang lain sebagaimana dirinya tidak mahu dilayan sedemikian rupa. Tambahan pula, seseorang individu itu haruslah memberi layanan kepada orang lain sebagaimana individu tersebut dikehendaki dirinya dilayan meskipun orang lain tidak melayani sebegitu rupa. Individu juga ditegah untuk memberi layanan yang tidak wajar kepada orang lain sebagaimana individu itu tidak mahu dilayan sebegitu walaupun orang lain memberikan layanan yang tidak wajar kepada dirinya.

Dalam usaha untuk mewujudkan perhubungan dan interaksi antara individu yang baik, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan. Antara perkara tersebut ialah seseorang individu itu perlu melayan individu lain seperti manusia dan bukannya seperti benda ataupun haiwan. Perkara seterusnya yang boleh diberi perhatian ialah untuk menghormati harga diri dan nilai orang lain sebagai seorang manusia, menghormati hak individu lain sebagai manusia dan melindungi hak tersebut, mengakui bahawa individu adalah berbeza mengikut pandangan, persepsi dan pendirian masing-masing, untuk tidak bersetuju dengan pandangan individu lain tentang beberapa perkara adalh perkara biasa dan tiada dosa, setiap manusia mempunyai kekurangan masing-masing dengan syarat kelemahan tersebut tidak terlalu menyusahkan individu lain, mengakui kesalahan sendiri dan bertanggungjawab mengenainya, menjadi orang yang selesa untuk didekati dan dikenali, tiada istilah orang jahat sebaliknya mereka hanyalah insan yang lemah, individu yang mempunyai kuasa perlulah melindungi orang yang lemah dan bukan hanya menunjukkan kuasa mereka serta menunjukkan penghargaan apabila diri sendiri dibantu oleh orang lain.

1.8 Membuat Orang Lain Merasa Diri Mereka Penting

(14)

mereka penting akan menggalakkan diri individu itu memberi kepuasan kepada setiap orang yang berinteraksi dengan individu tersebut bahawa mereka adalah sebahagian daripada hidup individu tersebut dan kehadiran mereka dihargai dan kerjasama mereka amat penting dan diperlukan. Untuk membuat orang lain merasa diri mereka penting di dalam hidup seseorang individu itu, individu tersebut perlulah sentiasa dengari apa yang mereka perkatakan dan berikan perhatian kepada mereka apabila berinteraksi, mendengar adalah lebih penting daripada berkata-kata namun individu tersebut perlu memastikan bahawa dirinya mendengar bukan hanya kerana keterpaksaan, luangkan masa sepenuhnya untuk mereka apabila mereka ada masalah, individu juga ditegah untuk menjadikan indivdu yang sedang bercakap sebagai batu loncatan atau sekadar memenuhkan masa yang terluang.

1.9 Empati

Unsur penting dalam empati ialah kepercayaan. Memperlihatkan empati terhadap memupuk keyakinan orang lain bahawa dirinya boleh dipercayai terutama dari segi pandangan dan pendirian. Adakalanya wujudnya keadaan di mana individu tersebut merasakan bahawa dirinya yang paling betul dan tepat sedangkan orang lain tidak. Keadaan sebegini menyukarkan lagi keadaan untuk memahami orang lain apatah lagi untuk memperlihatkan empati kepada orang lain.

Beberapa langkah telah dikemukakan untuk mempraktikkan sikap empati. Antara langkah-langkah yang telah dikemukakan ialah untuk mendengar secara aktif, mendapatkan maklumat fakta dan perasaan di sebaliknya, mengesahkan kefahaman diri sendiri melalui kaedah “paraphrasing” atau “rephrasing”, melihat isu dan pandangan mengikut kaca mata individu lain serta bersama-sama memahami dan menyelami perasaan mereka dengan bersungguh-sungguh.

2.0 KOMUNIKASI INDIVIDU/INTRAPERSONAL

(15)

untuk menerima maklumat, mengolah maklumat tersebut dan menghasilkan maklumat yang baharu berdasarkan maklumat sedia ada. Oleh itu, komunikasi intrapersonal juga boleh meliputi sensasi, persepsi, memori, dan kemahiran untuk berfikir.

Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal akan dapat mengenali diri mereka sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri. Individu sebegini boleh membuat keputusan sendiri tentang hala tuju hidupnya dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara fizikalnya, seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal mungkin akan kelihatan murung dan mengelamun namun sebenarnya individu sebegini sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang jelas.

2.1 Menghargai Diri

Seseorang individu yang berjaya menghargai diri sendiri akan dapat menerima diri sendiri seadanya dan tidak akan membandingkan dirinya dengan orang lain yang dirasakan lebih baik berbanding dirinya. Individu seperti ini akan sentiasa berasa bersyukur dengan kelebihan atau kekurangan dirinya. Harga diri merupakan sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri. Harga diri merupakan bahagian dalam diri individu tersebut yang akan menilai diri sendiri dan mempunyai kaitan yang amat kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan.

Seseorang individu yang akan dapat menghargai dirinya sendiri akan dapat menerima hakikat bahawa kejayaan dan kegagalan adalah lumrah dalam kehidupan seseorang manusia. Sebagai contoh, jika individu tersebut pernah mengalamai kegagalan di sekolah ataupun di tempat kerja; keadaan seperti ini tidak aka dapat melemahkan individu tersebut sebaliknya individu tersebut akan menganggap kegagalan itu sebagai suatu motivasi untuk dirinya terus bergerak ke hadapan.

(16)

Individu yang menghargai diri sendiri akan sentiasa menyukai dirinya walaupun bukan kerana telah berjaya memperoleh sesuatu kejayaan. Menghargai diri sendiri adalah salah satu daripada taktik atau cara untuk memberikan nilai yang tinggi kepada diri sendiri, sebagai contoh, untuk keyakinan diri individu itu sendiri. Jika individu tersebut menyukai dirinya bukan hanya kerana kelebihan individu itu sendiri atau sebaliknya. Bagi individu sebegini, sebarang pujian tidak diperlukan untuk mengenal kekuatan dirinya kerana diri sendiri telah yakin dengan apa yang dimilikinya. Seseorang yang menghargai dirinya sendiri akan meningkatkan prestasi pembelajarannya kerana berani mencuba, berani bertanya dan meneroka keadaan yang akhirnya menjadikan diri individu tersebut kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja serta berkeyakinan untuk bergaul dan pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial, tidak mudah tersinggung oleh komen atau pendapat rakan sebaya dan tidak mudah berputus asa dan akan terus mencuba untuk terus berjaya.

2.2 Pengawalan Emosi

Satu daripada emosi manusia yang perlu dikawal ialah kemarahan. Perasaan marah ialah suatu perasaan yang normal. Hal ini adalah kerana semua individu pernah mengalami emosi ini sama ada marahkan seseorang atau dimarahi oleh individu lain. Bagaimanapun, jika emosi marah ini terjadi hingga di luar kawalan, pasti aka menimbulkan masalah perhubungan sama ada di tempat kerja, di sekolah mahupun di rumah. Hal ini akan menjejaskan hubungan antara individu yang jelasnya akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap diri seseorang individu itu.

(17)

tingkah laku, mengawal tindak balas dalaman, mengambil langkah menurunkan degupan jantung, memujuk diri sendiri dan membiarkan perasaan itu berlalu dengan sendirinya.

2.3 Kepentingan Komunikasi Intrapersonal

Komunikasi Intrapersonal adalah penting kerana komunikasi intrapersonal boleh dijadikan sebagai asas untuk seseorang individu itu berkomunikasi dengan individu lain supaya menjadi lebih mantap dan berjaya. Selain daripada itu, komunikasi intrapersonal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk membantu di dalam membuat penilaian diri untuk membantu membuat keputusan mengenai hal atau masalah yang berkaitan dengan diri sendiri atau masa depannya. Di samping itu, komunikasi intrapersonal juga boleh dijadikan sebagai asas untuk memperbaiki setiap bentuk komunikasi yang lain seperti komunikasi perantaraan (mediated communication) dengan menggunakan media elektronik seperti telefon mahupun komputer untuk berkomunikasi dan berutusan maklumat dengan individu lain yang berada di kawasan yang berlainan.

2.4 Konsep dalam Komunikasi Intrapersonal

Di dalam komunikasi intrapersonal, terdapat beberapa konsep yang telah dikemukakan yang berkaitan dengan komunikasi intrapersonal. Antara konsep-konsep tersebut ialah konsep kendiri iaitu konsep yang menerangkan imej atau keperibadian diri seseorang individu itu kepada orang lain. Seterusnya ialah konsep kesedaran diri yang menunjukkan cara seseorang individu itu mengenali dirinya sendiri. Konsep estim diri pula menerangkan kaedah seseorang individu itu menghargai dirinya sendiri dan cara individu tersebut beranggapan tentang nilai harga dirinya sendiri. Konsep lain yang berkaitan dengan komunikasi intrapersonal ialah konsep pendedahan diri iaitu bagaimana seseorang individu itu mengeluarkan maklumat atau idea dan pendapat tentang diri sendiri daripada yang diketahui oleh umum dan juga maklumat yang dirahsiakan daripada orang lain.

2.5 Teori-Teori Komunikasi Intrapersonal

(18)

Model Jendela Johari. Model ini yang turut dikenali sebagai “Johari Window Model” telah direka oleh Luft (1969). Jendela ini telah direka untuk mewakili pengetahuan tentang diri sendiri sama ada maklumat mengenai peribadi seseorang individu itu ataupun mengenai maklumat umum. Terdapat empat kawasan yang telah dikemukakan oleh Luft iaitu kawasan terbuka, kawasan buta, kawasan terselindung dan juga kawasan tanpa pengetahuan. Kawasan terbuka itu ialah di mana seseorang individu itu dan individu lain juga akan mengetahui mengenai kawasan tersebut. Sebagai contoh untuk kawasan terbuka ialah ciri fizikal seseorang manusia. Kawasan buta pula ialah maklumat yang seseorang individu itu tidak mengetahui tentang dirinya tetapi orang lain mengetahuinya. Sebagai contoh, seorang ketua yang menyukai pekerjanya secara diam. Kawasan terselindung pula ialah apabila maklumat yang diketahui oleh individu tersebut tetapi tidak diketahui oleh orang lain. Misalnya, rahsia keperibadian seseorang itu. Kawasan tanpa pengetahuan pula ialah apabila tiada seorang pun yang mengetahui tentang ataupun orang lain. Sebagai contoh, kebesaran Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Hanya Allah yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Model Pusingan Osgood dan Schramm ini juga dikenali sebagai “The Osgood and Schramm Circular Model” yang telah dihasilkan oleh Osgood dan Schramm (1954) dengan mengambil kira komunikasi intrapersonal sebelum berlakunya komunikasi interpersonal. Seseorang individu yang sedang memikirkan perkara yang perlu dibincangkan dengan seseorang ketua sebelum memasuki bilik Ketua Jabatan. Akhirnya daripada pemikiran terawal tadi akan terbentuk komunikasi interpersonal yang berjaya difahami oleh semua pihak. Model ini boleh berlaku semasa proses komunikasi interpersonal berjalan dengan lancar jika sebelum perbualan tersebut telah berlakunya komunikasi intrapersonal apabila berbicara dengan orang lain. Dalam model ini juga, Osgood dan Schramm telah mengemukakan bahawa di dalam komunikasi intrapersonal, akan ada tiga perkara utama iaitu encoder, interpreter dan decoder untuk mesej itu disampaikan.

(19)

atau tugas yang menyeronokkan. Selain itu, penentu keperluan seseorang itu adalah daripada maklumat sosial yang ada di sekeliling individu tersebut sama ada rakan sepejabat yang bersedia untuk membantu atau sebaliknya. Penentu keperluan dan sikap individu yang seterusnya ialah faktor-faktor individu yang menyebabkan perbuatan terdahulu. Sebagai contoh, individu tersebut merasa tertekan dengan persekitaran sekelilingnya seperti di tempat kerja, di rumah dan juga di tempat menuntut ilmu. Tambahan pula, penentu keperluan dan sikap seseorang individu itu juga dipengaruhi oleh aktiviti komunikasi yang mempengaruhi pembetulan sikap di tempat kerja mahupun di sekolah. Sebagai contoh, sikap saling bantu-membantu di antara individu akan memupuk sifat suka untuk berkerja dalam diri individu.

Selain daripada itu, maklumat sosial yang diperoleh juga turut boleh mempengaruhi sikap seseorang individu itu. Misalnya, kenyataan luaran dan penilaian yang dibuat oleh rakan sekerja membentuk secara langsung sikap dan tingkah laku seseorang individu itu sebagai seorang pekerja mahupun pelajar. Hal ini akan menyebabkan seseorang individu itu berasa bersemangat secara berterusan untuk mengekalkan prestasi kerjanya pada tahap yang terbaik untuk suatu tempoh yang lama. Gaya ucapan dan percakapan seseorang individu itu di dalam kalangan rakan sekerja mahupun rakan sebaya mengenai dimensi kerja serta persekitaran dan suasana kerja menjadi amat penting di tempat kerja untuk memastikan usaha yang dilaburkan menghasilkan pulangan yang setimpal. Selain itu, ucapan yang baik juga akan menggalakkan pekerja untuk menjadi lebih bermotivasi tinggi dan semakin rajin untuk bekerja dan menyumbang kepada pengeluaran syarikat.

(20)

3.0 PENUTUP

Kebolehan seseorang itu untuk berkomunikasi secara interpersonal dan memberikan penyampaian yang baik akan memberikan seseorang individu itu kelebihan dalam kehidupan profesional individu tersebut. Banyak kajian telah membuktikan bahawa salah satu faktor kenaikan pangkat seseorang individu itu ialah kemahiran berkomunikasi sama ada secara interpersonal ataupun secara intrapersonal. Komunikasi interpersonal membantu individu untuk memahami perlakuan bagaimana dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara yang berbeza untuk membina dan berhubung dalam realiti masyarakat. Komunikasi interpersonal bukan sahaja boleh didefinisikan dalam bidang kajiannya secara bersendirian, tetapi juga boleh didefinisikan dalam konteks kumpulan dan juga keorganisasian. Interpersonal melibatkan penyampaian dan penerimaan mesej antara dua atau lebih individu. Ini melibatkan semua aspek komunikasi, seperti mendengar secara aktif, pembujukan, penegasan, komunikasi bukan verbal dan sebagainya. Secara keseluruhannya, komunikasi interpersonal boleh dilaksanakan dengan menggunakan perantaraan komunikasi secara langsung atau tidak langsung, seperti interaksi secara bersemuka (langsung), atau komunikasi yang disokong oleh komputer (tidak langsung.

(21)

RUJUKAN Buku rujukan:

1. Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yusof Hussain. 2004. Teori-Teori Komunikasi. PTS Professional. Kuala Lumpur

2. Hashim Fauzy Yaacob. 2002. Komunikasi Antara Manusia. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor Darul Takzim.

3. Maimunah Osman. 2000. Komunikasi Berkesan- Perhubungan Interpersonal. Institut Tadbiran Awam Malaysia, Jabatan Tadbiran Awam. Kuala Lumpur

4. Samsuddin A. Rahim. 2003. Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Jurnal:

1. Zuoming Wang, Joseph B. Walther, Jeffrey T. Hancock. 2009. Social Identification and Interpersonal Communication In Computer-Mediated Communication- What You Do Versus Who You Are in Virtual Groups. Quarterly published on behalf of the International Communication Association by Wiley Subscriptions Services, Inc., Wiley Company. Washington, DC

2. Meina Liu. 2009. The Intrapersonal and Interpersonal Effects of Anger on Negotiation Strategies- A cross-cultural Investigation. Quarterly published on behalf of the International Communication Association by Wiley Subscriptions Services, Inc., Wiley Company. Human Communication Research. Volume 35. No. 1-4. Washington, DC

Sumber Internet: E-Jurnal:

1. Tay Meng Guat. 2013. Komunikasi Interpersoal Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 11. Jabatan

Pengajian Melayu.

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2012/tay_jp2013.pdf 2. Wahyu Budi Priatna. 2009. Era Perspektif Baru Kajian Kewirausahaan :

Studi Komunikasi Intrapersonal. Staf Pengajar Fakultas Ekonomi & Manajemen. Institut Pertanian, Bogor

http://komunikasi.unsoed.ac.id/sites/default/files/Era%20Perspektif%20Baru %20Kewirausahaan%20-%20Wahyu%20Budi%20Priyatna.pdf

(22)

4.

http://www.gunadarma.ac.id/library/articles/graduate/psychology/2009/Artikel_10503001. pdf

5. http://www.ra.ethz.ch/CDStore/www2010/www/p301.pdf

6. http://library.binus.ac.id/eColls/eThesisdoc/Bab2/2011-2-00837-MC%20Bab2001.pdf

7.http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/15666/1/pkm-sep2004-%20%282%29.pdf

(23)

Referensi

Dokumen terkait

Tesis ini berisikan mengenai risk assessment pajanan toluena, maka penelitian ini mengidentifikasi bahaya pajanan toluena yang dapat menyebabkan gangguan pada pekerja

Untuk itu, menurut Rahman dalam rangka mengatasi hal tersebut yang harus dilakukan adalah : Pertama, harus ada usaha untuk mengubah paradigma bahwa pendidikan

Penelitian ini menggunakan dua variabel independen, maka langkah-langkah pengujian hipotesis yang digunakan dalam analisis regresi data panel dijelaskan pada uraian

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui hubungan sikap ibu yang mempunyai bayi dengan pelaksanaan imunisasi DPT di puskesmas Kawali.. Metode penelitian

Aspek format terdiri dari dua kriteria, yaitu kesederhanaan materi yang disajikan dalam animasi stop motion dan kesesuaian tampilan gambar dan tulisan pada animasi stop

Umur ternak yang masih muda dan terlalu tua akan menghasilkan semen dengan kualitas kurang bagus karena organ reproduksinya belum optimal dan menurunnya organ reproduksinya

Istilah islamisasi ilmu pengetahuan 10 merupakan istilah yang muncul pada era 80-an, yang sekarang telah menjadi sesuatu yang sangat populer dikalangan akademisi, cendikiawan

Leksem dasar [satu] (‘satu’ dalam bahasa Indonesia) ketika ditambahkan prefiks /Ba-/ menjadi [ Basatu ] pada contoh nomor (9) dalam bahasa Melayu Kupang memiliki fungsi dan makna