• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM DALAM BIDANG PENDIDIKAN Pendidikan dalam agama Islam sebagai antara salah satu aspek dari ajaran Islam yang berpandukan pada Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Dari dua sumber tersebut, para ilmuan Islam kemudian menbahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama adalah akidah untuk ajaran yang berkaitan dengan keimanan kemudian yang kedua adalah syariah untuk ajaran yang berkaitan dengan amalan yang nyata.

Dan sebagai tambahan adalah filsafat sebagai alat bantu dalam berfikir manusia untuk selalu mengembangkan pengetahuan yang sudah dimiliki. Filsafat tersebut digunakan untuk mengetahui permasalahan yang sedang dihadapi dan bagaimana menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengakibatkan masalah yang lebih besar. Tentu sahaja dalam perkembangan yang dilakukan oleh manusia tidak akan terlepas dari perintah dan larangan agama, kerana dalam hal ini agama merupakan sumber yang paling utama dan menduduki kedudukan yang tertinggi yang disusul kemudian adalah filsafat, kemudian ilmu pengetahuan.

Seperti yang sudah diketahui, pendidikan yang formal dan informal termasuk amalan yang nyata dan harus dilakukan, maka pendidikan juga merangkumi dalam bidang syariah. Apabila ia dikelaskan dengan lebih lanjut, termasuk dalam sub bidang muamalah. Pengklasifikaksian ini tidak terlepas dari adanya tanggung jawab yang wajib bahawa pendidikan merupakan sebuah keperluan yang nantinya akan mempengaruhi keperluan orang banyak iaitu sosial masyarakat.

(2)

(13) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

(14) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(3)

kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku Beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.

Potongan ayat-ayat diatas adalah tentang kisah Luqman dalam firman Allah dalam Surah Luqman ayat 12-15. Dengan demikian maka jelaslah bahawa sebaik-baik orang adalah dia yang mampu memberikan kontribusi pada masyarakat sekitarnya. Dan perintah ajarkanlah ilmu walau satu ayat.

Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa dalam pendidikan, yang paling ditekankan adalah pendidikan yang dilakukan oleh orang tua, kerana pendidikan ini secara langsung atau tidak langsung merupakan pendidikan yang pertama kali didapatkan oleh seorang anak sebelum mendapat pengaruh dari luar. Dan ayat tersebut menerangkan kepada kita bahawa apabila orang tua menyuruh kita untuk melakukan hal-hal yang dilarang dalam agama, maka kita wajib menolaknya, akan tetapi dengan perkataan yang baik. Ayat 13 diatas juga ada mengatakan dan menyuruh orang tua wajib memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Sebagaimana tugasnya, mulai dari melahirkan sampai akil baligh. Penanaman akidah dan akhlak adalah merupakan prioriti utama.

Pendidikan akidah dan akhlak harus diutamakan sebagai kerangka dasar atau landasan dalam membentuk peribadi anak yang soleh iaitu Kompetensi Profesional. Dalam mendidik hendaknya menggunakan pendekatan yang bersifat kasih sayang, sesuai makna seruan Luqman kepada anak-anaknya, iaitu “Yaa Bunayyaa” (Wahai anak-anakku), seruan tersebut menyiratkan muatan kasih sayang dan sentuhan kelembutan dan kemesraan, tetapi dalam koridor ketegasan dan kedisplinan, bukan bererti mendidik dengan keras iaitu Kompetensi Personal.

Surah tersebut secara terang-terangan menjelaskan kepada kita tentang prinsip-prinsip dasar materi pendidikan Islam yang terdiri atas masalah iman, ibadah, sosial, dan ilmu pengetahuan yang nantinya akan menjadi bekal dalam menjalani kehidupan sebagai tanggungjawab ke-Khalifah-an. Sebagai bantahan pendapat yang meragukan terhadap adanya aspek pendidikan dalam Al-Quran.

(4)

Akan tetapi, kita jelas dan sedar bahawa dasar adalah tempat berpijak yang paling mendasar, maka dasar pendidikan Islam hanyalah Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Sehingga pandangan para ulama yang berupa berupa ijma’, qiyas, ijtihad, istihsan dan sebagainya dijadikan sebagai saranan untuk memberikan pemahaman sebagai penjelas Al-Quran dan Hadis tersebut. Dibawah merupakan beberapa ayat yang membahas tentang pendidikan. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 31 :

(31) “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:”Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar”.

Ayat Al-Quran ini ada menerangkan mengenai proses pendidikan terhadap manusia terjadi pertama kali ketika Allah SWT selesai menciptakan Adam as, lalu Allah SWT mengumpulkan tiga golongan makhluk yang diciptakan-Nya untuk diadakan Proses Belajar Mengajar (PBM). Tiga golongan makhluk ciptaan Allah yang dimaksudkan iaitu Jin, Malaikat, dan Manusia iaitu Adam Alaihissalam sebagai “pelajar” nya, sedangkan Allah SWT bertindak sebagai “Guru” nya. Setelah selesai PBM maka Allah SWT mengadakan evolusi kepada seluruh pelajar iaitu jin, malaikat, dan manusia dengan cara bertanya dan menyuruh menjelaskan seluruh materi pelajaran yang diberikan, dan ternyata Adamlah iaitu dari golongan manusia yang berhasil menjadi juara dalam ujian tersebut.

(5)

Yang bermaksud : ”Musa berkata kepada Khidhr “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu”

Kaitan ayat ini dengan aspek pendidikan bahawa seorang pendidik hendaknya membantu anak didiknya. Dalam hal ini menerangkan bahawa peranan seorang guru adalah sebagai fasilitator, tutor, mentor, pendamping dan yang lainnya. Peranan tersebut dilakukan agar anak didiknya sesuai dengan yang diharapkan oleh bangsa negara dan agamanya. Pendidik juga harusnya memberi tahu kesulitan-kesulitan yang akan dihadapi dalam menuntut ilmu. Hal ini perlu, kerana zaman akan selalu berubah seiring berjalananya waktu. Dan kalau kita tidak mengikutinya, maka akan menjadikan anak yang tertinggal

Selain itu juga, pendidik boleh dikatakan wajib memberi pendidikan kepada saudara-mara yg terdekat mahupun kaum kerabat sepertimana dalam firman Allah dalam Surah asy-Syu’ara: 214 :

Yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”.

(6)

PERANAN AL QURAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM DALAM BIDANG SOSIAL.

Perkataan sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan manusia dalam masyarakat. Istilah ini juga apabila dihubungkaitkan dengan manusia membawa pengertian kepada sebarang kelakuan atau sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman pengalaman dan tingkah laku orang lain yang telah lalu dan semasa, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

Manusia sejak dahulu hingga hari ini mewujudkan kehidupan masyarakat mereka menurut berbagai bagai teori sosial. Islam sebagai al Din yang bersifat rabbani meletakkan alas asas utama kehidupan sosial yang bersih daripada sebarang keterlaluan dan ketidakseimbangan.

Masyarakat atau ‘society’ menurut Islam adalah satu panggabungan manusia yang diwujudkan melalui ikatan undang undang rabbani bagi mencapai tujuan kehidupan kemasyarakatan yang harmoni dan aman damai. Sistem sosial Islam merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling kait mengait di antara satu sama lain dan kekuatannya terletak pada undangundang yang mengendalikan sistem tersebut.

Dalam peraturan sosial Islam, undang undang Allah mendahului masyarakat dan menguasainya. Peraturan peraturan sosial yang selainnya yang tidak didahului oleh undang undang dan peraturan peraturan Allah digubal untuk memenuhi kepentingan kepentingan yang menurut tanggapan 'aqal dan hawa nafsu manusia. Undang undang kepada sistemsistem bukan Islam berubah menurut perubahan masyarakat, sedangkan undang undang rabbani tetap dan tidak membenarkan perjalanan masyarakat menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh Allah.

Peranan al quran dalam membentuk kehidupan muslim dalam bersosial yang pertama ialah melarang umatnya menzalimi diri sendiri, keluarga, dan sesama makhluk Allah. Islam juga mengingatkan bahawa kemakmuran dan kejayaan sesuatu kaum adalah berdasarkan sikap kaum itu sendiri. Jika baik kelakuan kaumnya, maka baiklah kehidupan dan sosial mereka. Hal ini adalah berdasakan Surat al-Ra’du ayat 11:

(7)

ه

م نمونده ن

ن مم م

ن ههلنامنون ههلنادترنمن ل

ن فن اءءونس

ه

م ونق

م

ن بم ههللادنارنأن اذنامون

ل

م اوت ن

ن مم

Maksudnya: Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah, sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Allah.

Ayat ini menerangkan tentang kezaliman manusia. Dalam ayat ini juga dijelaskan bahawa kebangkitan dan keruntuhan suatu bangsa tergantung pada sikap dan tingkah laku mereka sendiri. Kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini sebagai tanda rosaknya kemakmuran suatu bangsa.

Peranan al Quran dalam kehidupan bersosial manusia yang kedua ialah menentukan garis panduan untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan kebajikan dan tidak bekerjasama untuk dosa dan kezaliman. Berdasarkan surah. (Al Ma'idah: 2)

(8)

Di samping itu,islam juga menetapkan bahawa menjaga hubungan Sesama Manusia adalah Satu 'lbadah. Segala bentuk perhubungan di antara manusia, adalah dengan tujuan untuk melaksanakan keta'atan kepada Allah. Firman Allah dalam surah (Ali 'Imran: 112): berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.

Berdasarkan ayat di atas, kita dapat lihat bahawa Islam mementingkan perhubungan umatnya dengan Allah (habbluminallah) dan juga perhunbungan umatnya sesama manusia (habluminannas). Jadi di sini kita dapat lihat bahawa peranan islam dalam konteks mementingkan perhubungan sosial umatnya sesama manusia ada disebutkkan dalam ayat di atas iaitu tali perjanjian dengan manusia. Ayat di atas juga melarang kita mengungkiri janji dan menyatakan keburukan dan balasan apabila kita mengungkiri janji dalam kehidupan bersosial sesama manusia.

Di samping itu, sistem sosial Islam juga menetapkan beberapa peraturan yang berteraskan kepada akhlak bagi menentukan hubungan hubungan di antara manusia di dalam masyarakat. Sifat sifat yang baik dinyatakan sejelas jelasnya, sementara sifat sifat yang buruk dikeji sekeras kerasnya agar sifat sifat yang buruk itu dibenci oleh anggota masyarakat. Untuk mengukuhkan ketegasan Islam terhadap sifat sifat yang buruk ini, maka di dalam masyarakat Islam sebahagian daripada perbuatan perbuatan yang terbit daripada sifat sifat yang buruk ini dianggap sebagai jenayah dan dikenakan hukuman hukuman hudud berdasarkan ayat di bawah:

اه

ن ود

ه تنعنتن لنفن ه

م لتلا دهودهح

ه ك

ن لنتم

(9)

Maka itu maksud asal perkataan had. Apabila kita katakan hudud, ia bermaksud batasan-batasan yang telah Allah SWT tetapkan dalam jenayah syariah. Contohnya mencuri, menuduh orang berzina, memberontak, minum arak, berzina, dan lain-lain. Ini adalah senarai beberapa kesalahan yang termasuk dalam hudud. Kenapa dinamakan hudud adalah kerana Allah SWT telah menentukan kaedah hukumannya, bagaimana pelaksanaan, dan kadar hukumannya.

Dan ayat:

لءاك

ن نن ابنس

ن ك

ن امنبم ءءازنجنامنههيندمينأن اوعهط

ن قنافنةهقنرماس

ت لاونق

ه رماس

ت لاون

مميكهحن زميزهعنهةللنلاون ههللنلا ننمه

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Maidah, 5:38)

Peraturan- peraturan dan hukuman hukuman yang ditetapkan dalam sistem bermasyakarakat dan bernegara secara Islam adalah dengan tujuan untuk memelihara keluhuran akhlak anggota anggota masyarakatnya. Dengan adanya penetapan hukum hudud seperti yang dinyatakan di atas, maka sosial umat islam akan menjadi lebih baik dan bersih serta bebas daripada ancaman negatif seperti mencuri dan zina dalam kalangan masyarakat. Penetapan hukum hudud menjadikan pengajaran dan pedoman agar umat islam merasa gerun untuk melakukan sesuatu yang dilarang dalam islam segaligus menjadikan sistem sosial masyarakat islam lebih selamat dan universal.

Seterusnya, peranan al Quran dalam sistem sosial manusia ialah menegakkan Keadilan Sosial. Seluruh kehidupan dalam masyarakat dapat dibahagikan secara kasar kepada dua bahagian utama, iaitu politik dan ekonomi. Sistem sosial Islam menegakkan keadilan sosial dengan menetapkan sistem sistem ekonomi dan politik yang seimbang dan lurus bertepatan dengan undang undang yang bersifat rabbani. Islam sebagai al Din yang syumul, tidak seperti agama agama lain, mengendalikan keperluan masyarakat, cara cara untuk mendapat mata pencarian, cara cara menambahkan pendapatan serta menggunakannya.

(10)

masyarakat. Ke'adilan sosial ini menekankan kekayaan tidak hanya boleh berlegar di kalangan orang orang kaya sahaja, tetapi sebaliknya ia hendaklah dimanfa'atkan oleh semua anggota di dalam masyarakat melalui perniagaan dan jual beli.

Firman Allah dalam ayat:

ىررققللا للهلأر ن

ل مل هلللوس

ق رر ىلرع

ر

هقلللا ءرافرأر امر

ىمراتريرللاور ىبررلققللا يذلللور للوس

ق رللللور هلللللفر

ةةلرودق ن

ر وك

ق ير ل ي

ل ك

ر ل

ل يبلس

ل لا ن

ل بلاور ن

ل يكلاس

ر مرللاور

هقوذقخقفر لقوس

ق رللا مقكقاترآ امرور ملك

ق نلمل ءلايرنلغللا نريلبر

هرلللا ن

ل إل هرلللا اوققتلاور اوهقترنلافر هقنلعر ملكقاهرنر امرور

ب

ل اقرعلللا دقيدلش

ر

Mafhumnya: "Supaya harta itu hanya beredar di antara orang orang kaya sahaja di antara kamu." (Al Hasyr: 7)

dan ayat: (An Nisa': 29)

ي

ن

ن ﺃ ل ﺍمل

م ط

م ابنلن ابم مك

ه ﻨنينبن منكهلنﺍونمنﺍن ﺍﻭلكهأتل

ن ﺍﻭﻨهمنﺍذ ن

ن ينذملﻠﺍاهنيﻴ اذ

م

ن كننم

ق ﺾ

م ﺍرنتن ن

ن ع

ن ﺓ

ء رناﺠنتمن

ن وك

ه تن

اميﺤر مكبناك ﷲﺍنﺇ مكسﻔﻧﺃ ﺍﻮلﺘﻘﺘنﻻنﻮن

Maksudnya: "Hai orang orang yang beri.man, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu."

(11)

dianugerahkan bakat dan kebolehan oleh Allah dapat menggunakannya untuk mendapatkan pendapatannya masingmasing. Mereka yang lebih berkeupayaan akan mendapat lebih dan mereka yang kurang berkemampuan akan mendapat kurang. Namun demikian tidak ada sesiapa pun yang dizalimi kerana masing masing diberi peluang yang sama terhadap bahan bahan dan sumber sumber yang boleh mereka usahakan. Di atas hakikat berbezanya daya kebolehan dan kemampuan manusia inilah, sistem sosial Islam menetapkan bahawa orang orang berkemampuan mengeluarkan zakat dan sedekah bagi mencukupkan dan membantu kehidupan orang orang yang kurang bernasib baik. Dengan ini keadilan sosial dalam bidang ekonomi yang direncanakan oleh sistem sosial Islam memastikan bahawa kekayaan mesti digunakan dan dimanfa'atkan untuk tujuan tujuan yang baik dan pada jalan yang ma'ruf, bukannya untuk kemungkaran atau hanya dihimpunkan kepada beberapa orang tertentu sahaja.

Bidang keadilan sosial yang menyangkut dengan politik pula berkisar di sekitar prinsip samaratanya semua manusia di sisi undang undang. Dalam sistem politik Islam tidak ada sesiapa yang duduk di atas undang undang. Pemerintah atau orang orang yang diperintah, sama ada muslim atau bukan muslim semuanya tertakluk kepada undang undang selagi mana ia menyangkut dengan kepentingan sosial.

Keadilan sosial dalam bidang politik juga memastikan bahawa pemerintahan bukan milik sesuatu golongan atau kumpulan dalam masyarakat. Pemerintahan tidak boleh diwariskan dan tidak pula boleh diwarisi oleh sesiapa. Tetapi pemerintahan adalah satu amanah orangorang Islam yang hanya diberikan kepada orang yang paling layak di atas dasar taqwa, ke'ilmuan dan kemampuan untuk memikulnya. Di atas dasar inilah setiap anggota masyarakat yang Islam berhak untuk memilih pemimpin mereka, menasihatinya dan menegur kekurangankekurangannya.

Peranan al quran dalam kehidupan muslim dalam bidang sosial yang seterusnya adalah melahirkan anggota anggota masyarakat yang bertaqwa. Bermula dari rumah tangga yang haroni dalam sistem sosial Islam akan muncullah individu- individu yang bertaqwa. Mereka menyederi segala tanggungjawab mereka terhadap ahli ahli lain di dalam rumah tangga mereka sendiri, mengenal hak hak kaum kerabat dan demikian juga menghormati hak hak jiran tetangga mereka.

(12)

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah iatah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. " :

Dengan taqwa sebagai dasar, sikap bertanggungjawab anggotaanggota masyarakat tidak terbatas hanya kepada kaum kerabat dan jiran jirannya yang tertentu, tetapi lebih luas daripada itu. Sikap tanggungjawab seseorang muslim akan menjadikannya bersungguhsungguh untuk menolong sesiapa sahaja di dalam masyarakatnya. Dia memahami, Islam menganjurkan bahawa di mana mana sahaja tempat yang masih terdapat seseorang yang lapar, maka penduduknya tidak termasuk di bawah naungan Allah. Sikap sebegini menjadikan mereka sebagai anggota anggota masyarakat yang saling bekerjasama dalam mengendalikan urusan mereka bersama.

Dengan wujudnya sifat taqwa dan tanggungjawab ini maka wujudlah keamanan dan kedamaian dalam masyarakat. Terhindarlah masyarakat daripada kejahatan dan pencerobohan dan timbullah kasih sayang di antara satu sama lain dalam kehidupan bersosial masyarakat menurut sistem sosial islam dengan Al Quran sebagai panduan.

Selain daripada itu, Al Quran juga berperanan untuk menegakkan pemerintahan yang melaksanakan amanah dalam bidang sosial. Ma'aruf tidak dapat berkembang dan mungkar tidak dapat dibenteras tanpa adanya pemerintahan. Demikian juga sebuah masyarakat Islam yang sejati tidak mungkin dapat wujud untuk mendaulatkan seluruh syari'at Islam tanpa adanya kekuasaan. Pemerintahan Islam pula tidak dapat kekal sekiranya ia tidak melaksanakan amanah undang undang syari'at yang ditetapkan Allah.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada

Jadual 3 menunjukkan bahawa 60% responden Muslim tidak pasti bahawa konsep makanan halal juga terdapat dalam ajaran agama selain daripada Islam seperti Kristian, Hindu

Beberapa sarjana, seperti Suaidi Asyari, menyebut Muhammadiyah sebagai bagian dari kelompok gerakan Islam puritan yang cenderung mengklaim ber-Islam paling benar atau

Seperti dalam menafsirkan beberapa ayat Ukhuwah, nampak sajian yang diberikan oleh Quraish Shihab merupakan solusi dari permasalahan umat Islam, terkhusus di

Dalam hal ini, Allah SWT mengungkapkan supaya umat Islam yang beriman menjaga pemakanan mereka dan mengambil makanan yang lazat daripada sesuatu yang telah dihalalkan kepada

Maka sebarang individu atau aliran yang terkeluar daripada kumpulan majoriti umat Islam seperti Shi’ah dan Mu’tazilah, serta tidak mengikuti jejak langkah Rasulullah

Sedangkan kata yang berhubungan seperti khalâ`if, khulafâ`, dan khalîfah merujuk pada makna regenerasi kelompok atau umat yang sama sekali tidak merujuk pada sistem pemerintahan..

salah satu sebab kebencian non muslim kepada kaum muslimin adalah keyakinan umat Islam akan kesesatan ajaran mereka.47 10 Al-Fậsiqīn orang- orang Al-Baqaarah: 26