v
ABSTRAK
Projek inj bertujuan merekabentuk suatu Pengawal Milrro Kunci Gabungan Digit menggunakan PIC. Tujuan sistem iru direkabentuk adalah untuk membantu merungkatkan keselamatan ctimakmal sekolah. Pengawal bagi sistem dibangunkan menggunakan Pengawal Antaramuka Persisian (PIC). PIC yang digunakan iaJah PIC16F84A. Masukan bagi sistem ini ialah 3 nombor asas sepuluh yang telah ctitetapkan. Masukan adalah berturutan menggunakan butang suis. Sistem ini membenarkan pengguna memasukkan kod laluan sebanyak dua kali berturut-turut. Sekiranya kedua-dua cubaan tidak memenuhj kod yang telah ctitetapkan, sistem akan disekat. Sistem ini mempunyai butang set semuJa untuk masukan nombor asas sepuluh 0 hingga 7. Proses buka bermula bila pengguna mula menekan butang set semula, seterusnya memasukkan nombor asas sepuluh pertama, kedua dan ketiga. Sekiranya kod cubaan pertama diterima betul, isyarat buka ctipaparkan, LED hijau akan menyala dan pintu ctibuka. Jika kod laluan yang ctiberi salah, LED kurung akan menyala dan sistem akan kembali ke keadaan set semula. Pengguna bol eh memasukkan semula kod cubaan kedua, sekiranya kod cubaan kedua salah, sistem akan ctisekat dan lampu LED merah akan menyala. Proses kunci pula bermula apabila butang ctitekan dari bahagian dalam selepas pengguna rnernasuki bilik itu dan pintu akan berkunci.