• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 Bahasa dan Variasi Bahasa dalam Masyarakat Bahasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAB 2 Bahasa dan Variasi Bahasa dalam Masyarakat Bahasa"

Copied!
67
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 2

BAHASA DAN VARIASI

BAHASA DALAM

(2)

BAHASA

• Bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam masyarakat kehidupannya sehari-hari untuk bekerjsama dan berhubungan bagi melestarikan kebudayaannya serta

menyebarkan dan mengembangkan

pemikirannya dalam kalangan para anggota masyarakatnya serta generasi penerusnya.

(3)

• Sapir (1921)

Suatu kaedah bukan naluri (noninstinct) bagi manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi, dan keinginan melalui simbol-simbol

yang lahir secara sedar • Bloch & Trager (142)

Suatu sistem lambang-lambang bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi. • Chomsky (1957)

(4)

• Ferdinand de Saussure (1974)

Sistem isyarat yang mempunyai bahagian

terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya

bersifat psikologi. Gabungan dan hubungan

kedua-duanya dalam rantaian ucapan mestilah mengikut hukum-hukum tatabahasa.

• Nababan (1984)

Suatu sistem perisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur-unsur isyarat dan hubungan

(5)

• Asmah Haji Omar (1988)

Bahasa ialah firasat atau petunjuk kepada

(6)

FUNGSI BAHASA

• Bahasa mempunyai pelbagai fungsi iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan

seperti menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi.

• Nababan (1984) menyenaraikan 4 golongan fungsi bahasa iaitu

1. Fungsi kebudayaan

2. Fungsi kemasyarakatan 3. Fungsi perorangan

(7)

Fungsi Kebudayaan

• Bahasa menjadi sarana untuk mengembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa.

• Melalui bahasa, unsur-unsur kebudayaan, sifat sesuatu kebudayaan bangsa dapat dibiakkan dikembangkan, disebarkan, diperluaskan, dan • Bahasa juga berfungsi sebagai jalur, relung,

atau laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan (dari satu generasi ke satu generasi).

(8)

Fungsi Kemasyarakatan

• Terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Berdasarkan bidang pemakaian bahasa (penggunaan bahasa dalam masyarakat) 2. Berdasarkan ruang lingkup

a. Bahasa kelompok (kawasan kedaerahan) b. Bahasa kebangsaan

(9)

Fungsi Perorangan

• Melibatkan 7 fungsi bahasa oleh Halliday (1973) 1. Fungsi instrumental

Penggunaan bahasa untuk mengarah atau meminta sesuatu

2. Fungsi pengendalian

Penggunaan bahasa untuk mengawal dan mengendalikan peristiwa yang berlaku.

3. Fungsi pemerian

Penggunaan bahasa untuk membuat penyataan, menyampaikan fakta,

(10)

4. Fungsi interaksi

Penggunaan bahasa untuk mewujudkan perhubungan antara sesama individu

5. Fungsi peribadi

Penggunaan bahasa untuk meluahkan

perasaan, emosi, keinginan (bersifat peribadi) 6. Fungsi heuristik

Penggunaan bahasa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (bertanya)

7. Fungsi khayalan

(11)

Fungsi Pendidikan

• Terbahagi kepada 4 iaitu: 1. Fungsi integratif

Penggunaan bahasa sebagai alat penyatuan kaum (bahasa Melayu diajar di sekolah

kepada semua pelajar) 2. Fungsi instrumental

Penggunaan bahasa untuk mendapatkan sesuatu seperti status, pekerjaan dll (untuk

belajar di UUM, pelajar antarabangsa perlu lulus ujian penempatan bahasa Melayu dan

(12)

3. Fungsi kultural (budaya)

Penggunaan bahasa untuk mengenali dan menghargai sesuatu sistem nilai dan cara hidup atau kebudayaan sesuatu

masyarakat.

4. Fungsi penalaran

Fungsi yang memberi lebih banyak tekanan kepada penggunaan bahasa sebagai alat berfikir, bertaakul, mengerti dan

(13)

DIALEK

DIALEK KELANTAN

kawe punyo saing saing sepermaine

Kemano ado dio selalu ado kawe

Dio amak come Jugo baik hati

Dio selalu ado waktu Untuk tulong kawe

Namung kawe bengooww Ketiko dio ghoyak cinto De dio jugok ghoyak

Tuk ingin jadi gewe kawe

DIALEK NOGORI

den punyo toman toman sepermainan

mano ado den selalu dio pun ado

Dio amek la lawa Jugo baik hati

Dio selalu ado waktu Untuk tolong den

Namun den bingung tiko dio koba cinto dio pun koba

(14)

DIALEK MELAYU SARAWAK kamek ada kawan

kawan sepermainan

di siney ada ennya, di siya ada kamek

ennya ennang kacak juak bait ati

ennya selalu ada untuk tolong kamek yang kamek bingung

bila ennya madah ennya suka ngan kamek

dan ennya ada madah juak ennya teringin nak jadi gerek ennya..

DIALEK KEDAH cheq ada kawan

kawan selalu dok main tang mana ada cheq tangtu mesti dia ada dia segak sungguh paihtu amat baguih dia selalu ada masa dok mai tulong cheq

yang dok buat cheq runsin

tang dia habaq ada hati kat cheq dia habaq mai lagi

(15)

DIALEK TERENGGANU

Aku ade temang

Temang sepemainang

Kat ane ade die sokmo ade aku

Die manih letieng Hati die pong baik Die sokmo ade mase Nok tulong akuu

Tapi aku bengong

Mase die kabo nok kaseh Pahtu die kate pulok

Nok jadi kaseh betol

DIALEK JAWA

aku ono konco konco sak mainan nang endi ono de'e nang kunu lah ono aku

de'e ayu banget kambek apik atine de'e ono wa'e wetu

gawe rewang sama aku

Gawe aku mumet

(16)

• Umumnya dialek ialah satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku.

• Dialek didefinisikan sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

• Ia mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk baku (dari segi sebutan, tatabahasa dan

penggunaan kata-kata - leksikal) tetapi

(17)

• Dialek juga difahami sebagai satu kelainan bahasa yang masih ada ciri-ciri dan sifat-sifat saling memahami.

• Penentuan status sesuatu dialek kadang-kadang kabur dan menyukarkan kerana pelbagai faktor, misalnya berkaitan garis sempadan politik.

• Terbahagi kepada 3 pecahan iaitu: 1. Dialek sosial (social dialect)

(18)

Dialek Sosial

• Dialek sosial juga dikenali sebagai dialek kelas atau sosiolek.

• Dialek ini digunakan oleh kumpulan penutur mengikut kelas sosial mereka.

• Dalam dialek sosial juga terdapat beberapa kelainan bahasa seperti bahasa kasar, halus dan neutral.

(19)

• Penggunaan bahasa berserta susun lapis

masyarakatnya adalah berasaskan susun lapis (stratifikasi) masyarakat Melayu, kerana dalam masyarakat Melayu terdapat satu susun lapis masyarakat yang berbeza kedudukan dan juga bahasanya.

(20)

Bahasa Diraja

Golongan pemerintah

Bahasa

bangsawan Bahasa

Melayu dan Golongan Bahasa halus kelas masyarakat Bahasa kasar masyarakatnya kebanyakan Bahasa kesat

Golongan masyarakat bukan Melayu

Bahasa pasar

(21)

Dialek Daerah

• Dialek daerah atau regional dialect, local dialect, geographical dialect, territorial dialect ialah

dialek yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi.

• Za’ba (2002) menjelaskan dialek / bahasa daerah sebagai rupa bahasa yang terpakai

dalam percakapan dalam satu-satu daerah atau bahagian negeri dengan mempunyai pelat

sebutan yang terkhas bagi daerah itu dan

berlainan daripada bunyi sebutan bahasa umum yang rata-rata dipakai dalam perhubungan

(22)

• Konsep ruang bagi dialek daerah dikenali sebagai ruang geografi linguistik iaitu suatu kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan.

• Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai oleh satu garis khayalan yang disebut sebagai isoglos.

• Pada garis isoglos, dialek di dalam satu

kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan yang berhampiran.

• Penentuan dialek daerah banyak bergantung kepada ruang geografi politik / sempadan

(23)

Dialek Seketika

• Dialek seketika juga dikenali sebagai dialek temporal atau State of Language / Etat de Langue.

• Dialek ini dilihat dari sudut zaman, iaitu

penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman seperti bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden.

• Antara satu zaman dengan zaman yang lain terdapat perbezaan dari segi bunyi dan

(24)

Teori Berkaitan Dialek

Area Defined Theory

Teori yang berasaskan kepada kewujudan dialek disebabkan oleh perbezaan daerah.

Socially Defined Theory

Teori yang berasaskan kepada perbezaan dialek disebabkan oleh tatatingkat masyarakat.

Marked Pattern Theory

Teori pola bertanda iaitu setiap dialek

(25)

Drift Theory (Teori Hanyut)

Bahasa akan terus berkembang selagi

masyarakat penggunanya bertambah. Ia akan terus meresap ke dalam bahasa lain atau dialek lain.

Different Locality Theory (Teori Perbezaan Lokaliti) Sesuatu bahasa berbeza disebabkan oleh daerah yang berbeza kerana pengalaman dan

pengetahuan yang berbeza.

Wave Theory (Teori Gelombang)

Bentuk-bentuk bahasa berasal dari satu jenis

(26)

Faktor Kewujudan Dialek

• Kawasan / geografi

Terpisah dari segi tempat/kawasan. Keadaan

muka bumi yang berbeza seperti gunung, pulau, sungai besar dan lain-lain lagi. Contohnya dialek Kedah dan Kelantan berbeza disebabkan

terpisah oleh Banjaran Gunung Titiwangsa. • Penjajahan / politik

Bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia walaupun dari induk yang sama iaitu

(27)

• Pengalaman

Pengalaman-pengalaman yang berlainan

menghasilkan dialek yang berlainan seperti kata yang digunakan berbeza dari segi sebutan atau tidak wujud ditempat tersebut. Contohnya

perkataan gewe, gerek, kaseh, buah ati, endot, marka.

• Masa

Dalam bahasa Melayu terdapat dua perbezaan bahasa iaitu ada bahasa Melayu klasik dan

bahasa Melayu moden. Kedua-duanya berbeza dari segi masa. Bahasa klasik diguna pakai

(28)

• Perdagangan

Akibat daripada perdagangan, masyarakat

(29)

MASYARAKAT BAHASA

• Masyarakat bahasa juga dikenali sebagai komuniti bahasa.

• Setiap masyarakat mempunyai komuniti bahasa sendiri.

• Sesebuah masyarakat penutur mesti dapat menunjukkan nilai bahasanya.

• Dengan cara itu dapat menjadikan mereka sebuah masyarakat yang setia kepada

bahasanya.

(30)

Konsep Masyarakat Bahasa

• Charles Hocket (1958)

Seluruh peringkat manusia yang berhubungan antara satu sama lain, sama ada secara

langsung atau tidak, melalui satu bahasa yang sepunya.

• Levi-Strauss (1968)

Sebuah masyarakat yang terkandung di dalamnya individu-individu dan

(31)

• John Gumperz (1968)

Kumpulan manusia yang dicirikan oleh interaksi biasa melalui lambang-lambang verbal yang

dikongsi bersama dan bertolak dari agregat yang serupa dengan perbezaan yang jelas dalam penggunaan bahasa

• John Lyons (1970)

Semua orang yang menggunakan suatu jenis bahasa atau dialek.

• Hartmann & Stork (1976)

Sekumpulan manusia yang biasanya tinggal dalam satu kawasan, bertutur dengan

(32)

Ciri-Ciri Masyarakat Bahasa

• Masyarakat yang menggunakan sesuatu

bahasa

• Dalam kawasan-kawasan tertentu, atau

kelas-kelas tertentu

• Menggunakan satu bentuk bahasa atau

dialek yang serupa

(33)

Bahasa dan Masyarakat

• Diglosia

(34)

Diglosia

• Diglosia ialah fenomena yang berlaku apabila terdapat lebih daripada satu kelainan bahasa dalam masyarakat.

• Diperkenalkan oleh Ferguson (1959), yang

menerangkan perbezaan penggunaan kelainan bahasa disebabkan oleh perbezaan situasi yang berupa kelas sosial, konteks dan juga jantina.

(35)

• Kelainan rendah (L) ialah jenis kelainan yang digunakan dalam situasi kehidupan seharian, di rumah dan dalam suasana pekerjaan di

peringkat bawahan.

• Kelainan jenis tinggi (H) pula digunakan dalam perbincangan tentang hal-hal keagamaan,

pendidikan, ekonomi, dan dalam bidang-bidang lain yang dianggap tinggi dan formal.

• Menurut Fishman (1967) diglosia ialah

(36)

• Diglosia dalam masyarakat ekabahasa ditandai dengan perkataan-perkataan tertentu yang

disebut berbeza antara satu situasi dengan situasi yang lain.

• Perbezaan tersebut berlaku akibat adanya dialek dalam masyarakat bahasa tersebut.

• Secara kesimpulannya, diglosia menerangkan fenomena bahasa yang berlaku dalam

masyarakat akibat terdapatnya tatatingkat sosial iaitu ada golongan yang berstatus tinggi dan

(37)

Situasi Diglosia di Malaysia

• Diglosia ekabahasa

Wujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi bahasa standard (H) dan kelainan-kelainan lain daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk substandard atau bukan

standard (L).

• Diglosia dwibahasa / pelbagai bahasa Wujud apabila bahasa Melayu standard

dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi (H), dan bahasa ibunda penutur lain di Malaysia dianggap bentuk substandard atau bukan

(38)

Diglosia Ekabahasa di Malaysia

• Diglosia ekabahasa yang terdapat dalam

masyarakat Melayu di Malaysia terbahagi dua iaitu:

1. Kelainan diraja (H)

a. Kelainan diraja standard

b. Kelainan diraja bukan standard 2. Kelainan bukan diraja (L)

a. Kelainan bukan diraja standard

(39)

Kelainan diraja (H)

Kelainan yang digunakan dalam hubungan kebahasaan apabila sekurang-kurangnya satu pihak terdiri daripada keluarga diraja. Kelainan diraja biasanya adalah kelainan bahasa yang halus, yakni bahasa yang digunakan dengan penuh sopan santun dan adab tertib dalam apa keadaan sekalipun.

1. Kelainan diraja standard

Kelainan standard yang digunakan dalam bahasa tulisan dan komunikasi lisan di kalangan raja dalam konteks

rasmi.

2. Kelainan diraja bukan standard

(40)

Kelainan bukan diraja (L)

Kelainan bukan diraja ialah kelainan bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa.

1. Kelainan bukan diraja standard

kelainan bahasa Melayu standard yang menjadi bahasa (H) dalam diglosia di Malaysia. Kelainan ini merupakan kelainan yang menjadi bahasa pengantar dan diajarkan di sekolah-sekolah sbg mata pelajaran. Ia juga

merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta menjadi lingua franca dalam hubungan antara kaum di Malaysia.

2. Kelainan bukan diraja bukan standard

Merujuk kepada kelainan yang disebut sebagai dialek geografi atau dialek daerah bahasa Melayu di Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dll. Ia juga

merupakan kelainan yang digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi dalam konteks hubungan

(41)

Diglosia Dwibahasa di Malaysia

• Jadual di bawah dapat memberikan gambaran yang hampir tepat mengenai situasi sebenar

mengenai diglosia pelbagai bahasa di Malaysia.

H HH Bahasa Melayu Standard HL Bahasa Inggeris

L LH Semua bahasa bumiputera / bukan bumiputera

(42)

• Oleh kerana bahasa Melayu telah diangkat

menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, maka secara tidak langsung bahasa

Melayu dianggap sebagai bahasa tinggi (H). • Pada mulanya bahasa Inggeris diletakkan

sebagai bahasa pertengahan (M). Walau

bagaimanapun, senario kini memperlihatkan bahasa Inggeris dianggap bahasa berprestij

dalam kalangan pengguna bahasa di Malaysia, dan diletakkan sebagai bahasa tinggi yang

rendah (HL)

• Hal ini merujuk kepada keadaan lebih rendah jika dibandingkan dengan taraf bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi dan

(43)

• Semua bahasa bukan bumiputera (bahasa Cina, Tamil, Punjabi, Telegu, Benggali dll) dan bahasa bumiputera (bahasa orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh, Dusun dll) dianggap sebagai bahasa rendah yang lebih tinggi (LH) daripada bahasa kacukan seperti bahasa pijin.

• Bahasa pijin diletakkan sebagai bahasa rendah rendah (LL) kerana sifat bahasa ini yang

dikatakan sebagai bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa dan tidak pula boleh

(44)

Billingualisme

• Juga dikenali sebagai kedwibahasaan. • Perkara ini berlaku dalam dua keadaan:

1. Seseorang yang mengamalkan dan

menggunakan dua bahasa dalam kehidupan harian.

(45)

Konsep Mengamalkan dan Menggunakan • Menggunakan dan memakai dua bahasa

sebagai bahasa basahan sehari-hari.

• Contohnya keadaan apabila seseorang

menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kehidupan.

(46)

Konsep Mengetahui dan Menguasai

• Seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang dua bahasa tetapi tidak semestinya mengamalkan dalam kehidupan harian.

• Wujud dalam keadaan berikut:

1. Menguasai kedua-dua bahasa - (ambilingual) 2. Menguasai keduadua bahasa tidak sama baik

-(dwibahasawan)

3. Sangat menguasai satu bahasa, sementara satu lagi bahasa sangat lemah - (pengetahuan pasif)

4. Menguasai kedua-dua bahasa, tetapi

(47)

Faktor Kewujudan Bilingualisme

• Masyarakat majmuk

Dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian bahasa wujud hingga menyebabkan pengetahuan mengenai bahasa lain dianggap lumrah

• Pertembungan budaya

Di kota-kota besar, penutur pelbagai bahasa sering bertembung, berinteraksi dan berkomunikasi, yang membawa kepada penguasaan bahasa kedua

• Penjajahan

(48)

• Perdagangan

Para pedagang perlu mengetahui dan memahami bahasa lain untuk berinteraksi bagi pelbagai urusan (melariskan jualan, mendapatkan pelanggan baru, transaksi perdagangan)

• Pengembaraan

Pengembara yang mengembara merentasi sempadan geografi politik akan mempelajari pelbagai bahasa

(contohnya Marco Polo dan Ibn Battutah) • Pengembangan agama

Setiap agama di dunia memiliki bahasa khas sebagai alat untuk mengembangkan agama. Bahasa Arah

(49)

• Pendidikan

Malaysia telah melaksanakan Dasar Pendidikan

Kebangsaan yang membenarkan penggunaan bahasa pengantar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris di sekolah. Di universiti, kerajaan menggalakkan pelajar

mempelajari bahasa lain sebagai persediaan ke alam pekerjaan

• Dasar Bahasa

Kerajaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua kaum wajib menguasai dan mengamalkannya

• Kahwin campur

(50)

Kesan Bilingualisme

• Gangguan bahasa (linguistic interference) • Pertukaran kod (code-switching)

• Percampuran kod (code-mixing)

• Penganjakan bahasa / pemindahan bahasa (language shift)

• Asimilasi bahasa (linguistic assimilation) • Bahasa pijin (pidgin language)

(51)

Gangguan bahasa (

linguistic

interference

)

• Proses penyimpangan daripada norma

kedua-dua bahasa yang berlaku dalam

bahasa yang digunakan oleh

dwibahasawan kesan daripada kebiasaan

menggunakan lebih daripada satu bahasa.

• Gangguan berlaku dari 6 segi iaitu

(52)

Fonologi

• Gangguan dari segi sebutan kerana kecelaruan membunyikan sesuatu fonem. Contoh

Radio - redio

Program - progrem

Asid - esid

Morfologi

• Peminjaman banyak morfem terikat daripada bahasa asing. Contoh

Cerpenis - pencerpen Beliawanis - pemudi

(53)

Sintaksis

• Pengaruh bahasa lain (contohnya bahasa

Inggeris dan Arab) dalam ayat bahasa Melayu. Contoh:

a. Maka kemudian dari itu, bertakwalah kepada Allah.

b. Sunat berbuka atas tamar.

c. Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau juga kami memohon pertolongan.

d. Perubahan tersebut yang mana banyak menjejaskan fenomena alam, telah …

(54)

Semantik

• Wujud perubahan makna kerana faktor:

1. Perubahan budaya dan penggunaan kata Khalwat – bersunyi / bermukah

2. Berlainan makna kerana berlainan sudut pandangan

First floor – tingkat satu / tingkat dua (kerana ada konsep ground floor)

Right bank – tebing kiri / tebing kanan

3. Terjemahan yang sama, tetapi konsepnya berlainan

(55)

Ungkapan

• Setiap ungkapan dalam sesuatu bahasa merupakan kata-kata yang diulang-ulang

sehingga menjadi satu ungkapan yang tetap. • Apabila ungkapan ini diterjemah, sedikit

sebanyak akan mengubah terjemahan tersebut dari sudut pengertian dan maknanya.

• Contoh:

“Terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya” diterjemahkan sebagai

(56)

Kosa kata

• Wujud kosa kata sinonim yang lebih banyak jumlahnya dalam satu-satu bahasa.

• Menjadi masalah sekiranya digunakan pada tempat yang salah.

• Contohnya perkataan orang (Melayu), insan (Arab) dan manusia (sanskrit) dalam ayat: 1. Tiga --- pencuri

2. Kita sebagai --- yang berakal

3. Sebagai --- kamil , para wali mempunyai … • Contoh lain: masak - goreng, tanak, jerang,

(57)

Pertukaran kod (code-switching)

• Pertukaran dari satu bahasa ke satu bahasa lain yang disebabkan oleh perubahan tajuk yang

dibicarakan atau petukaran orang yang disapa. • Tajuk: menggunakan bahasa Inggeris apabila

membincangkan tajuk yang berkaitan teknologi dan inovasi, kemudian menukar ke bahasa

Melayu apabila berbicara tentang seni dan budaya Melayu.

• Orang: menggunakan bahasa Melayu ketika

bercakap dengan ibu bapa, sebaliknya menukar ke bahasa Inggeris apabila bertutur dengan

(58)

Percampuran kod (code-mixing)

• Berlaku apabila seseorang menukar-nukarkan bahasanya secara berganti-ganti untuk satu tajuk perbincangan yang sama.

• Contohnya apabila membicarakan sesuatu tajuk, penutur menggunakan bahasa Inggeris dan

bahasa Melayu secara berganti-ganti. Contoh: Well, as far as I am concerned, they all tu kalau diajak berbincang, very difficult. Masing-masing ada problem. Tapi, kalau nak dapat projek,

(59)

Penganjakan bahasa / pemindahan

bahasa (

language shift

)

• Berlaku apabila seseorang yang telah

mengetahui bahasa ibundanya kemudian

mempelajari satu bahasa lain, dan selepas itu meninggalkan bahasa ibundanya, dan

menganjak atau berpindah ke bahasa kedua. • Dengan erti kata lain, pemindahan dari satu

bahasa ke satu bahasa lain. Contoh:

Sebelum mesyuarat, semua ahli mesyuarat bercakap dalam bahasa Melayu. Semasa

mesyuarat berlangsung, semua ahli mesyuarat menggunakan bahasa Inggeris untuk

(60)

• Penalosa (1981) mengatakan terdapat 5

penganjakan bahasa yang besar dalam dunia moden, iaitu

1. Pengambilan bahasa vernakular untuk kegiatan kerajaan (di Jerman)

2. Menerima pakai bahasa Eropah (di Australia, New Zealand, Cameron, Afrika)

3. Penyebaran bahasa Inggeris dan Sepanyol (kesan penjajahan di Filipina)

4. Proses perusiaan – Russification (di Thailand, Indonesia)

(61)

Asimilasi bahasa (linguistic

assimilation)

• Berlaku biasanya di kalangan imigran yang telah menerima bahasa tempatan sebagai bahasa

sehari-hari.

• Apabila sampai pada generasi terkemudian,

mereka yang akhir ini biasanya mengambil terus bahasa tempat mereka bermukim, dan tidak

menggunakan bahasa ibu bapa mereka. • Pengasimilasian bahasa berlaku serentak

(62)

Bahasa pijin (pidgin language)

• Hasil daripada pertembungan dua atau lebih bahasa, dan bersifat sementara.

• Unsur-unsur dari kedua-dua bahasa bercampur aduk sehingga menimbulkan satu bentuk

bahasa baru yang tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.

• Contohnya pertembungan bahasa Cina dan bahasa Melayu di pasar telah melahirkan

bahasa pasar yang sistem dan peraturannya tidak lagi boleh dirujuk kepada salah satu

(63)

Bahasa kreol (creole language)

• Bahasa kreol ialah bahasa pijin yang telah mantap.

• Pertembungan dua bahasa yang berlainan asal usul telah menyebabkan wujud bahasa pijin,

yang akhirnya mempunyai satu sistem bahasa tersendiri, dengan penutur jatinya sendiri, dan tidak lagi bersifat sementara.

(64)

Perbezaan Pijin dan Kreol

Pijin

• Bahasa kacukan yang belum mantap

• Pola bahasanya sukar dikenal pasti

• Tiada penutur yang menggunakannya

sebagai bahasa pertama • Contoh: bahasa pasar

Kreol

• Bahasa kacukan yang telah mantap

• Pola bahasanya dapat dikenal pasti

• Mempunyai penutur yang menggunakannya

sebagai bahasa pertama • Contoh: bahasa Cina

(65)

Contoh bahasa pijin dan bahasa kreol

• Pijin

• Papua New Guinea Pidgin German-

German based

• Cameroon Pidgin- English based

• Juba Arabic- southern Sudan

• Kreol

• Seychelles Creole-French based

• Roper River Creole- English based

(66)

Poliglosia (polyglossia)

• Wujud dalam suasana kepelbagaian bahasa, dialek atau laras bahasa yang kedudukannya juga pelbagai.

• Dalam masyarakat poliglosia terdapat perhubungan:

1. Intra-group (dalaman) – penggunaan antara bahasa Melayu baku, dialek Melayu, bahasa Melayu baku di negeri-negeri bahagian,

bahasa Melayu lisan, bahasa Melayu basahan dll.

(67)

Multilingualisme

• Juga dikenali sebagai kepancabahasaan.

• Merujuk kepada keadaan kemampuan seseorang untuk bertutur atau menggunakan banyak bahasa.

• Multilingualisme wujud dalam negara majmuk. • Keadaan menunjukkan bahasa di Malaysia:

1. Dialek Melayu semenanjung – 17 2. Dialek Cina – lebih dari 5

3. Masyarakat India – lebih dari 8 4. Peribumi semenanjung (asli) – 14 5. Peribumi Sarawak – 32

Referensi

Dokumen terkait

Sasongko, Hasto Aji. 2015.Variasi Leksikal Bahasa Jawa Ngoko Masyarakat Desa Ngadirejo Kecamatan Reban Kabupaten Batang. Jurusan Bahasa dan Sastra Jawa, Fakultas

Kategori (K) ke (T) menunjukkan kata-kata nama yang dipinjam dari bahasa Cina digandingkan imbuhan kata kerja dan menghasilkan kata kerja terbitan yang membawa makna baharu

Sistem konsonan bahasa Cina 28 vokal kompleks bahasa Cina 19 Konsonan perbendaharaan asli bahasa Melayu 8 Konsonan pinjaman bahasa Melayu Diftong dan vokal bahasa Melayu Jumlah

Kajian ini juga dapat memperjelas bentuk bahasa halus yang wujud dan tahap penggunaannya dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, selain memaparkan latar budaya

Sebagai contoh, pemelajar dengan bahasa ibu adalah bahasa Indonesia, mempelajari bahasa Inggris atau bahasa Cina di Indonesia, maka bahasa Inggris dan bahasa Cina merupakan

Subjek penelitian ini adalah mahasiswa Program Studi Cina Universitas Indonesia peserta mata kuliah Bahasa Cina (BC) V dan BC VI tahun ajar 2014/2015 sampai

Selain itu, bahagian berikut juga akan membincangkan tahap penguasaan dalam tiga bahasa utama yang dipertuturkan oleh masyarakat Tamil di Kuching iaitu bahasa Tamil

bahasa Jawa dalam interaksi jual belinya dengan pembeli etnis non Cina dikenal dan akrab yang usianya lebih tua, (17) pedagang etnis Cina belum dewasa akan