• Tidak ada hasil yang ditemukan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. docx"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan

pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta kesenian dan rekreasi.

Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.

Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses

penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada Kemahiran-kemahiran-Kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.

Bahan-bahan program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia. Dalam kurikulum baru sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepada kemahiran asas. Untuk mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan untuk mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kemahiran-kemahiran itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan secara terpadu. Dengan berdasarkan program terpadu ini satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan.

Program terpadu mengandungi 2 strategi, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Program ini bertujuan :

i. membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih

bermakna

ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik iii. menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan

(2)

PENGGABUNGJALINANKonsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa,

kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau

sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi.

Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan.

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 :

i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.

Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui :

a) Apakah objektif yang hendak dicapai?

b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?

c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?

Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh

disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.

Contohnya :

(3)

Membaca … lisan … menulis Lisan … membaca … lisan Lisan … menulis … membaca

|_____________________________________| |

TATABAHASA

Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai

kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman.

(i) (ii) (iii)

Lisan 45% 10% 30% Membaca 25% 40% 25% Menulis 20% 30% 15% Tatabahasa 10% 20% 30%

Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing

diperuntukkan sebanyak 30%.

Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam

pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.

CONTOH :

Tajuk : Kawan saya.

(4)

Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur) b) Kemahiran membaca

c) Kemahiran menulis

Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis b) Kemahiran mewarna

Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi

PENYERAPANPenyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata

pelajaran lain. Dalam tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani, Muzik, boleh juga diserapkan ke dalam pelajaran bahasa.

Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap (1), penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan

kemahiran-kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik.

Di dalam rajah di bawah, berlaku penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran bahasa, pendidikan seni, dan muzik serta penerapan Alam dan Manusia.

(5)

Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap (1), tetapi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukan dalam program bahasa.

Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam dan Manusia.

CONTOH PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN KUMPULAN PSR

(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Bidang : Bacaan dan kefahaman Tajuk : Udara dan angin

Rasional : Konsep Alam dan Manusia i. Apakah keperluan-keperluan manusia ii. Bagaimanakah manusia mengubah alam iii. Bagaimana alam mengubah manusia

Objektif : i. Di akhir pelajaran murid-murid dapat menyatakan isi pelajaran dengan baik.

ii. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang diesdiakan iii. Murid dapat membaca dengan baik(intonasi dan sebutan)

Kemahiran Bahasa : i. Lisan (mendengar dan bertutur) ii. Membaca

iii. Menulis

Bahasa Alat : i. Petikan ‘Udara dan Angin’

ii. Kad perkataan, kad cantuman, dan lain-lain

(6)

ii. Kemahiran pendidikan seni iii. Kemahiran muzik

Penyerapan : i. Isi mata pelajaran sains ii. Isi mata pelajaran sejarah iii. Isi mata pelajaran geografi iv. Isi mata pelajaran kesihatan

Langkah-langkah penyampaian : i. Set induksi

ii. Langkah-langkah perkembangan isi iii. Aktiviti guru dan murid

iv. Pendekatan, kaedah, dan teknik v. Penilaian

Huraian Petikan ‘Angin dan Udara’ i. Sains (konsep)

Udara ada di sekeliling kita - Bukti-bukti adanya udara

- Angin ialah udara yang bergerak - Angin boleh :

? menyejukkan benda ? menggerakkan benda ? mengeringkan benda

? membesarkan api dan ombak ? merosakkan benda

(7)

? Ingin terpelihara daripada ribut (lari atau berlindung)

iii. Geografi (cuaca) ? Dalam udara ada air

? Wap air jadi embun, kabus, awan ? Awan jadi hujan

? Angin bawa sejuk dan panas ? Angin kuat merbahaya ? Arah tiupan angin

iv. Sejarah

? Kenderaan dan layar ? Kipas

? Lawatan ke bulan ? Tenaga angin

? Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan dahulu dan sekarang

v. Kesihatan (bersih dan kotor) ? Udara bersih dan pernafasan

? Pencemaran udara (debu, kuman, dan bahn-bahan kimia) ? Udara barsih dan tumbuh-tumbuhan

? Kesan udara ke atas badan manusia

vi. Muzik (nyanyian)

? Menyanyikan lagu tentang udara dan angin

vii. Lukisan

? Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untuk memenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar, dll)

(8)

? Melakonkan cerita ‘Angin dan Udara’

PENGGABUNGJALINAN PADA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Penggabungjalinan bererti menggabungjalinkan beberapa aspek bahasa seperti lisan, bacaan, dan penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bahasa. Pengagihan gerak kerja yang menitikberatkan kemahiran tertentu itu, sama ada lisan, membaca, atau menulis, bergantung kepada matlamat semerta. Guru boleh menggunakan kebijaksanaannya, sesuai dengan masa dan sifat-sifat khusus pelajar-pelajar di dalam kelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malayisa, pengagihan kemahiran-kemahiran di dalamnya boleh dibuat seperti berikut :

I II III

Pada peringkat menengah atas, pengajaran bahasa haruslah menitikberatkan penggunaan bahasa sejajar dengan matlamat sukatan pelajaran di mana bahasa Malaysia digunakan sebagai alat komunikasi.latihan tatabahasa adalah melalui penggunaannya dalam situasi atau konteks yang tertentu. Jika didapati

penguasaan tatabahasa pelajar itu lemah, masa yang dikhaskan bolehlah

diuntukkan bagi pelajaran itu secara mendalam. Walau bagaimanapun, pelajaran tatabahasa itu mestilah mentikberatkan penggunaannya dan bukan semata-mata tentang pengetahuan dan fungsi tatabahasa itu sahaja. Dalam pendekatan ini, tatabahasa diajar secara ‘incidental’ dan dikuasai oleh pelajar-pelajar secara bersahaja, iaitu melalui penggunaannya.

Daripada penjelasa di atas tadi, dicadangkan pula beberapa model pelajaran bahasa berdasarkan konsep penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini boleh dijalankan dalam satu waktu atau lebih.

Model (I) : Bacaan ? lisan ? penulisan |_______|

| tatabahasa

(9)

Bacaan Membaca senyap

Lisan Latihan kefahaman

Latihan bahasa dan tatabahasa Memberi komen atau kritik

Gerak kerja bertulis Latihan kefahaman Latihan tatabahasa

Latihan meringkas

Model (ii) Lisan ? penulisan |

tatabahasa

Lisan Mendengar dan memahami sebahagian daripada petikan perbualan Murid berlakon

Penulisan Menuliskan karangan

Model (iii) Lisan ? bacaan ? penulisan |________|

| tatabahasa

Contohnya :

Lisan Bersoal jawab atau berbincang tentang bacaan Mendengar petikan pita rakaman

Mendengar bacaan murid dan guru

(10)

Lisan Latihan kefahaman

Latihan perbendaharaan kata dan tatabahasa

Penulisan Latihan menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan isi, tatabahasa, dan latihan-latihan bahasa yang lain. Latihan menulis sama ada karangan, berita, laporan, dan sebagainya.

Model (iv) Bacaan ? lisan ? penulisan ? lisan |_________________|

|

tatabahasa

Contoh :

Bacaan Murid membaca senyap

Lisan Latihan kefahaman – tatabahasa dan latihan perbualan atau perbincangan. Latihan bahasa – bercerita dan mengkritik.

Penulisan Menyediakan isi untuk forum, ceramah, syarahan, wawancara, dan sebagainya

Lisan Berbahas, berceramah, bersyarah, dll.

Model (v) Lisan ? penulisan ? lisan |__________|

| tatabahasa

Contoh :

(11)

Penulisan Mencatat isi-isi penting

Referensi

Dokumen terkait

Correlation between Vocabulary Mastery, Reading Attitudes, and Reading Comprehension of the Second Semester Students of English Education Department of Teacher Training and

Perbedaan hasil belajar antara kelas eksperimen dan kelas kontrol disebabkan karena kelas eksperimen menggunakan pendekatan kontekstual berbasis learning community, dimana

Sidik Ragam Persentase Serangan Tungro (%) Terhadap Beberapa Galur Lokal Sulbar pada Umur 1 minggu setelah inokulasi (MSI).. Tabel

Kedua, negara yang konstitusinya menyatakan Islam sebagai agama negara tetapi tidak menyebutkan syari’at Islam sebagai sumber utama pembuatan hukum artinya syari’at

Ohjaamo-toiminnan kehittä- miseksi ja Kelan roolin selkeyttämiseksi siinä on oleellista kartoittaa, millaista tietoa ja oh- jausta nuoret tarvitsevat Kelan etuuksiin ja

Berdasarkan data pada tabel 4.12 diatas dapat dilihat bahwa nilai koefisien determinasi (R Square) sebesar 0,174 atau 17,4%, artinya perputaran piutang secara

Hasil penelitian menyatakan bahwa pada uji F secara bersama-sama faktor- faktor yang mempengruhi motivasi berpengaruh signifikan terhadap motivasi pengrajin industri

dalam prosesnya, mereka menemukan pelanggaran SOP yang dilakukan oleh direksi serta pemegang saham, yang merupakan pemisahan antara hak dan kewajiban perusahaan