BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN BAB
Bab ini menerangkan tentang kajian-kajian lepas berkenaan dengan tahap kemahiran pengurusan kewangan dan keperluan pendidikan pengurusan kewangan.
2.2 KONSEP/TEORI
Rajah 2.1 : Kerangka Konseptual
2.3 KAJIAN TERDAHULU
Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan dengan faedah atau impak negatif kepada pelajar jika tidak mmpunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan.
2.3.1 Pengurusan kewangan
Zuriana Mohamed dan Rosniyati Abd Razak (2012) mendapati Kursus PA305 Pengurusan Kewangan Peribadi yang dijalankan di Politeknik Port Dickon berkesan dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi faedah atau impak besar kepada pelajar.
Lebih 90% pelajar bersetuju bahawa mereka lebih berhati-hati dalam berbelanja selepas mengikuti kursus ini dan ternyata kursus ini telah berjaya mengubah persepsi pelajar untuk merancang kewangan lebih awal sebelum menempuh alam pekerjaan kelak. Mandell dan Klein (2009) di pula mendapati bahawa pelajar yang mendapat pendidikan pengetahuan kewangan tidak
Tahap Kemahiran
pengurusan kewangan
Keperluan Pendidikan
Pengurusan
mengaplikasikan ilmu pengurusan kewangan yang telah mereka pelajari sama seperti pelajar yang tidak mendapat pendidikan pengetahuan kewangan. Kajian ini juga mendapati mereka tidak pandai menyimpan dan tidak menunjukkan gelagat kewangan yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak terdedah dengan pendidikan pengetahuan kewangan.
Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh Chen dan Volpe (2002) mendapati bahawa pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan pengurusan kewangan akan terdedah untuk membuat keputusan yang tidak bijak. Kajian ini juga mendapati pelajar-pelajar kolej di tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan pengurusan kewangan peribadi dan ini akan menghadkan kebolehan mereka untuk membuat keputusan dengan bijak.
Menerusi kajian Wan Mustaffa Wan Yusoff dan Moriza Fikri (2011) mendapati pelajar tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan kewangan.Perbelanjaan mereka melebihi sumber kewangan dan pelajar lebih banyak menghabiskan perbelanjaan mereka ke arah perihal bukan akademik berbanding perihal akademik.
Zaimah Ramli (2013) menyarankan bahawa beberapa contoh tingkah laku kewangan positif yang penting dan perlu diamalkan setiap individu seperti membuat belanjawan peribadi dan mematuhinya, membuat simpanan secara konsisten, mengurangkan pinjaman terutama pinjaman peribadi, amalan membayar bil-bil utiliti dan ansuran bulanan tepat.
Tabiat yang bermula pada usia muda akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa dan ini akan membawa kepada masalah kewangan yang besar jika tidak melibatkan campurtangan pendidikan yang efektif berkaitan kewangan. Ini disokong oleh Danes dan Haberman (2007) yang menyatakan pendidikan di dalam kelas mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendidikan kewangan pelajar.
Karen P.Varcoe (2005) berpendapat bahawa kurikulum memberikan impak yang positif terhadap pengetahuan dan gelagat kewangan sepert tabiat menabung dan berbelanja. Hasil kajian mendapati pelajar memahami konsep simpanan, pelaburan, hutang, belanjawan dan mempunyai pengetahuan berkaitan asas-asas kewangan. Namun begitu, gelagat dan sikap mereka tidak melambangkan sedemikian. Di dalam kajian ini, hanya 21% orang pelajar yang mendapat pendidikan kewangan dan percaya mereka lebih berpengetahuan berkaitan kewangan tetapi mereka tidak menyediakan belanjawan dan membuat perbandingan harga semasa membeli. Dua pertiga daripada mereka mengakui memerlukan lebih banyak pendidikan kewangan untuk membantu menguruskan wang. Lebih 90% peratus pelajar di dalam kajian ini mengakui menerima pendidikan kewangan daripada keluarga dan rakan-rakan masing berbanding daripada di sekolah. Corak perbelanjaan pelajar ditentukan oleh keperluan dan gaya hidup pelajar semasa mereka berada di Insitusi pengajian tinggi.
Kajian yang dijalankan oleh Fairus Muhamad Daus (2009) ke atas pelajar Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mendapati corak perbelanjaan pelajar berbeza mengikut jantina, semester dan lokasi penginapan pelajar. Hasil dapatan kajian ini mendapati terdapat perbezaan corak perbelanjaan antara lelaki dan perempuan dalam perbelanjaan yang berkaitan dengan perbelanjaan telefon, perkhidmatan, pembelian barangan dan perkhidmatan. Pelajar yang berlainan semester juga menunjukkan corak perbelanjaan yang berbeza. Lokasi penginapan turut mempengaruhi corak perbelanjaan seperti perbelanjaan penginapan, makanan, kenderaan, utiliti dan kesihatan.
Ahmad (2005) mendapati kebanyakan responden berpendapat jumlah pinjaman yang mereka perolehi tidak mencukupi. Pelajar perempuan lebih banyak menyimpan berbanding pelajar lelaki.Pelajar lelaki lebih memperuntukkan kewangan mereka untuk makanan, pakaian, hiburan, alat tulis, rekreasi, pengangkutan dan perubatan.
Pelajar perempuan pula gemar berbelanja ke arah alat kosmetik, bil telefon, hadiah, barang kemas dan majalah hiburan. Terdapat juga kajian yang mendapati pelajar perlu sedikit masa untuk mengaplikasikan kurikulum yang dipelajari berkaitan pengurusan kewangan. Misalnya kajian yang dijalankan ke atas pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang mengikuti kelas pengurusan kewangan, mereka mempunyai kesan jangka masa panjang yang positif terhadap gelagat kewangan seperti meningkatkan tabiat menabung (Bernheim, BD., Garret, D., dan Maki, D., 2001)
2.3.2 Keperluan Pendidikan
Wan Mustaffa Wan Yusof dan Moriza binti Fikri (2011) mendapati pelajar tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan kewangan perbelanjaan mereka melebihi sumber kewangan dan pelajar lebih banyak menghabiskan perbelanjaan mereka ke arah perihal bukan akademik berbanding perihal akademik.
“Pendedahan kewangan tidak hanya membuka akaun simpanan, tetapi mendidik mereka sebaiknya termasuklah mendisiplinkan budaya menyimpan” kata Dr Mohamad Fazi Sabri. Beliau yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata adalah sewajarnya ibubapa mula memberi penekananan kepada perkara tersebut.
Chen dan Volpe (2002) mendapati pelajar yang kurang pengetahuan berkaitan dengan pengurusan kewangan akan terdedah untuk membuat keputusan yang tidak bijak. Kajian beliau juga mendapati pelajar-pelajar kolej tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan pengurusan kewangan peribadi dan ini akan mengehadkan kebolehan mereka untuk membuat keputusan dengan baik.
berbuat begini, kita akan mendapati yang kita masih mempunyai wang lagi untuk disimpan. Oleh itu adalah lebih baik jika kita mempunyai kira-kira simpan tetap jika perkara-perkara yang tidak diduga berlaku, umpamanya dengan tiba-tiba bil untuk perbelanjaan perbuatan terpaksa dibayar. Apa yang perlu kita tekankan ialah kita sentiasa mrndapat ganjaran yang maksimum untuk setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.
Menurut Thomas E.Bailard, Devid L.Biel, Ronald W. Kaiser (1973), “ Objektif pengurusan kewangan ialah untuk mencapai matlamat bagi memanfaatkan wang dengan cara yang terbaik. Jika anda ingin mengetahui apa yang anda inginkan dan bagaimana untuk mendapatkannya dengan apa yang anda miliki, anda mestilah mengetahui bagaimana untuk menentukan matlamat kewangan dan bagaimana untuk merancang strategi menguruskan wang untuk mencapai matlamat tersebut.
Menurut Mustapa Mohamed (1993) ilmu ekonomi dan kewangan adalah satu bidang yang mengkaji kegiatan individu atau masyarakat dalam kehidupan seharian mereka, yang berkaitan dengan cara yang mengunakan sumber-sumber yang terhad dengan cara yanh terbaik bagi memenuhi pelbagai kehendak yang terlalu banyak. Justeru itu.sumber-sumber terhad ini perlu kita agihkan dengan cara yang paling efisyen. Sebagai individu yabg berdaya asing dan mempunyai keinginan untuk mengecapai kejayaan di dalam kehidupan ini, kita mestilah melengakapkan diri dengan kemahiran menguruskan ekonomi diri kita sendiri bagi mengelakkan daripada masalah kewangan yang mampu menggugut kehidupan harian kita.
Kebiasaannya, ramai yang berasa diri mereka memerlukan pengurusan dan perancangan kewangan, namun, kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai pengurusan dan perancangan kewangan menyebabkan kepenringannya diabaikan. Perkembangan ekonomi, perubahan struktur cukai, dan perubahan yang berlaku dalam rangka kerja sosial telah meningkatkan keperluan pengurusan dan perancangan kewangan (Hallman dan Rosenbloom, 1993).
seterusnya menyatakan lndeks Pembangunan Manusia merangkumi ketahanan hidup, pencapaian pendidikan dan kehidupan yang selesa.lndeks Pembangunan Manusia (HDI) adalah indikator yang menjadi pelengkap kepada indicator pembangunan ekonomi manusia. Maka, pembangunan ekonomi seharusnya diimbangi oleh pembangunan manusia. Menjadi sebuah negara yang makmur ekonomi serta ringgit nilai Indeks Pembangunan Manusianya, adalah matlamat negara Malaysia menjelang abad ke-21.
Dalam satu lagi kajian yang dilakukan oleh CIMB, terdapat 93% yang ditemuduga menyatakan bahawa mereka sedar akan keperluan pengurusan kewangan. Maka jelaslah bahawa pengguna Malaysia harus dididik dan dilatih dalam pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan. Namun begitu secara umumnya, rakyat Malaysia didapati tidak menguruskan kewangan mereka dengan cekap. Ini berdasarkan statistik yang menunjukkan bahawa 50% daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah di bawah umur 30 (Malay Mail, 15/6/2009).Pada umur yang muda, mereka sudah jadi muflis. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laporannya menyatakan golongan inilah yang menghadapi masalah menyelesaikan hutang, 27% menyatakan bahawa mereka hilang kawalan akan kegunaan kad kredit mereka dan 22% menyatakan bahawa mereka menghadapi keadaan susah kerana pengurusan lemah.
2.4 RUMUSAN