SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
Persiaran Bistari, Taman Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Tel: 03-9100 1703 Fax: 03-9101 2287
Email : [email protected]
KERTAS KERJA
MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
“KARNIVAL JUALAN USAHAWAN MUDA ALAF 21 ERT”
DAN
“PERTANDINGAN FESYEN” 2018
ANJURAN:
PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL
1.0 NAMA PROGRAM
MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
“KARNIVAL JUALAN USAHAWAN MUDA ALAF 21 ERT”
DAN
“PERTANDINGAN FESYEN & MASAKAN”
2.0 PENDAHULUAN
arnival Jualan Usahawan Muda Alaf 21-ERT ini diadakan sempena sambutan Minggu Akademik Teknik dan Vokasional bagi tahun 2018 ini. Ia juga merupakan satu aktiviti tetap yang di adakan pada setiap tahun sambutan Minggu Teknik Dan Vokasional, cuma bagi Panitia ERT inilah kali kedua di adakan jualan ini kerana panitia ini baru saja diperkenalkan di sekolah ini pada tahun lepas.
K
Pada hakikatnya Karnval Jualan Usahawan Muda Alaf 21 ini adalah merupakan salah satu program yang dirancangkan di bawah program “MARATHON PENDIDIKAN ERT’ bagi tahun 2018. Program Ko-Akademik ini dilaksanakan sebagai satu usaha di bawah Komuniti Pembelajaran Professional (PLC), yang merupakan satu wadah perbincangan, pembimbingan dan juga perkongsian guru dan pelajar dalam usaha melaksanakan program ini. Ia merupakan satu inisiatif guru sepertimana yang telah di galakkan oleh Kerajaan di bawah PPPM dan merupakan satu penyertaan guru dan pelajar secara langsung maupun tidak langsung dalam memperkasakan pendidikan negara. Seterusnya amalan ini sudah pasti akan membantu memupuk semangat kekitaan dan rasa kepunyaan (sense of belonging) antara guru dan pelajar di sekolah ini.
3.0 RASIONAL
Pelajar di bawah Bidang Teknik dan Vokasional telah mempelajari pelbagai teori perihal perniagaan dan keusahawanan semasa PdP di dalam kelas, maka pada Minggu Akademik Teknik dan Vokasional sebeginilah meberikan peluang bagi mereka untuk merasai pengalaman sebenar bagaimana urusan jualan dan perniagaan berlangsung dan bagi Kelab ERT pula aktiviti ini merupakan salah satu objektif bagi kelab ini. Objektif Kelab ERT di paparkan di bawah:
OBJEKTIF :
Boleh menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan Boleh membuat pengiraan kos
Menjual hasil masakan sebagai satu pendedahan dalam keusahawanan Boleh mengamalkan etika berpersatuan dan etika kerja yang baik sepanjang masa
Apa yang jelas dengan adanya aktiviti jualan ini, ia akan dapat merangsang pembelajaran pelajar bermula di dalam bilik darjah dan diperluaskan ke aktiviti di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga menjadi satu alternatif kepada kaedah PdP yang lazim dijalankan di dalam kelas seterusnya ia boleh menghasilkan satu rantaian PdP yang amat berkesan bagi perkembangan pelajar tambahan lagi dalam membentuk pelajar alaf 21 yang bersifat terbuka, positif dan berdaya maju.
4.0 MATLAMAT
Matlamat utama program ini ialah untuk guru dan juga pelajar yang merangkumi;
II. Melatih pelajar untuk menerapkan ‘budaya kolaboratif’ seperti mana yang ditekan dalam PLC yang merupakan salah idea utama dalam membentuk PLC.
III. Melatih pelajar untuk melibatkan dalam aktiviti di luar bilik darjah secara tidak formal yang merentasi mata pelajaran yang dipelajari di dalam bilik darjah.
IV. Aktiviti ini juga meningkatkan inisiatif guru sendiri dan bukan arahan dari pihak atasan untuk membuat pemerhatian secara tidak formal kepada pelajar dimana akan menjurus kepada peningkatan profesionalisme guru tanpa mengira subjek yang diajar.
5.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah:
i. Mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar
ii Memperkembangkan minda pelajar
iii Melahirkan pelajar yang berkualiti yang merangkumi kemahiran akademik dan sahsiah diri.
iv Melatih pelajar untuk bekerjasama secara menyeluruh dalam melaksanakan tugasan.
6.0 SASARAN
i. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
ii. Semua guru di bawah bidang Teknik dan Vokasional
7.0 TEMPAT DAN MASA PROGRAM
PERTANDINGAN FESYEN Tarikh : 22 April 2018
Hari : Isnin
AKTIVITI JUALAN
Tarikh : 22 – 23 April 2018 Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 10.10 – 11.10 pagi / Waktu selepas persekolahan Tempat : Laluan Bengkel Kemahiran Hidup
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Tn Hj Izamuddin Bin Rozali (Pengetua SMK Alam Damai) Pengerusi I : Tn Haji Khaorom bin Patong (GPK Tadbir dan Kurikulum) Pengerusi II : Pn Shantirani a/p Chillaya (GK Teknik & Vokasional)
Penyelaras : Pn Hajjah Ku Mahani bt Ku Mat Desa (KP Ekonomi Rumah Tangga) Setiausaha : Pn Halimatun Nursaadiah
JAWATAN KUASA MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
SECARA MENYELURUH
AHLI JAWATANKUASA
BIL PERKARA NAMA AJK TUGAS
1 Pengacara majlis Pn Robiyaton Adawiyah(K)
Pn Halimaton Nursaadiah Mengacara majlis pembukaan dan penutupan Minggu Teknik dan
Vokasional. 2 Penyediaan
hadiah Pn Hajjah Ku Mahani Ku Mat Desa (K) Pn Robiyaton Adawiyah
Menyediakan hadiah untuk para pemenang.
3 Pengurus
penerima hadiah En Mohd Firdaus Bin Dzulkapri (K)En Maradapu Somunaidu Mengurus dan menyusun pemenang pada hari penutup.
4 Penyampaian hadiah atas pentas
Pn Su Azlina Bt Zainon(K)
Pn Siti Fatimah Bt Mohd Ghazali Menyusun dan menolong menyampaikan hadiah di atas pentas.
5 Siaraya En Maradapu Somunaidu Menyediakan siaraya dan
memastikan ianya berfungsi pada hari perasmian dan penutup.
6 Fotograf Pn Faridah Bt Musa Mengambil gambar
sepanjang aktiviti. 7 Promosi Cik Nur Syafadzila Bt Saidi(K)
8 Dokumentasi Pn Halimaton Nursaadiah Membuat dokumentasi 9 Buku program/
Pelancaran MP ERT
Pn Hajjah Ku Mahani Bt Ku Mat
Desa Menyediakan buku program
ATURCARA MINGGU AKADEMIK TEKNIK DAN VOKASIONAL
SECARA MENYELURUH
9.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN/TENTATIF PROGRAM
TARIKH/
HARI AKTIVITI GURU TERLIBAT TERLIBATPELAJAR TEMP./MASA
20/04/18 Isnin
1. Perasmian dan taklimat aktiviti Minggu Teknik dan Vokasional
Pn Shantirani a/p
Chillaya Semua pelajar Dewan Budiman/ Perhimpunan rasmi
2. Pertandingan memasak
Pn. Hajjah Ku Mahani
Tg.1-5 Anjung Aroma
3. Pelancaran Mata Pelajaran ERT dan Pertunjukan Fesyen
Pn. Hajjah Ku Mahani
Pn. Faridah Musa Tg.1-5 Dewan Budiman/ Perhimpunan
mengaising kek En Somunaidu (K)Pn Siti Fatimah Semua pelajar Tg.1-5
Foyer
22/04/18 Rabu
Jualan Hari 1 Pn Shantirani(K) Pn Su Azlina-Float
Pn. Siti Fatimah
yang terlibat Semua pelajar DewanBudiman
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI PERTANDINGAN DI BAWAH PANITIA ERT
Bil Aktiviti Kumpulan/Individu
12.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan jaya. Meskipun terdapat banyak kekangan yang akan dihadapi oleh AJK terutama dari segi masa dan tenaga. Program ini juga turut melibatkan kewangan, semoga permohonan sedikit bantuan kewangan dari unit KOKO adakan dapat membantu untuk merealisasikan program ini. Semoga Allah mempermudahkan segala hasrat dan niat yang baik ini. Apa yang penting sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua pihak amatlah diharapkan kerana ia akan merupakan satu suntikan motivasi dalam melaksanakan tugasan ini.
Seterusnya kejayaan projek ini sudah pasti akan menunjukkan satu kerjasama yang erat telah terjalin kepada warga SMK Alam damai, sistem pengurusan yang cemerlang dan keberkesanan yang jitu dalam pelaksanaan di bawah kepimpinan seorang pengetua yang berwawasan, terutama sekali AJK pelajar ERT yang merupakan tenaga penggerak utama program ini. Akhir sekali, Sesungguhnya peranan dan sokongan pengetua amat penting dalam merealisasikan hasrat murni ini.
Disahkan oleh:
Disediakan oleh : Disemak oleh :
……… ………...
(HJH KU MAHANI BINTI KU MAT DESA) (TN HJ KHAIROM PATUNG)
Ketua Panitia ERT PK KURIKULUM & TADBIR
SMK ALAM DAMAI SMK ALAM DAMAI
Tarikh : Tarikh :
Ulasan :
……… (TN. HJ. IZAMUDDIN BIN ROZALI) Pengetua