• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teknik Berkesan Close Sale Di Facebook

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Teknik Berkesan Close Sale Di Facebook"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

Teknik Berkesan Close

Sale Di Facebook

Ketahui teknik mudah dan berkesan untuk mencairkan

hati pembaca dengan ayat close sale anda.

(2)
(3)

Kandungan. M/s

4 PERKARA PENTING 4

PLAN CLOSE SALE……… 10

TANGKAP PELANGGAN BERPOTENSI……… 21

18 IDEA FOLLOW UP ………. 23

PENUTUP. 30

(4)

4 PERKARA PENTING SEBELUM MEMBUAT CLOSE SALE

Assalammualaikum, salam sejahtera. Sebelum kita ketahu cara close sale, 4

Perkara ini amat penting.. iaitu cara membuat Text Iklan.

Menjual produk di facebook adalah lubuk wang di internet. Namun, jika produk

tersebut tidak berkualiti, ia hanya akan membantutkan usaha anda untuk

menjana sebanyak mungkin pendapatan menerusi jualan produk. Produk yang

berkualiti akan di agung-agungkan manakala produk yang rendah mutunya akan

di hindari oleh pembeli

Produk yang berkualiti bukanlah bergantung kepada harga atau kualiti, cover yang

bagus dan tajuk yang menarik. Produk yang berkualiti bergantung kepada sejauh

mana maklumat yang anda jual sampai kepada pembeli.

Contohnya :

Jika anda menjual produk panduan memulakan perniagaan, produk tersebut

mestilah boleh membantu si pembeli memulakan perniagaannya selepas

menggunakan produk anda. Sokongan kepada pembeli perlulah hebat. Produk

(5)

yang berjaya menyampaikan maklumat yang di jual adalah produk yang bermutu

tinggi.

Jika penyampaian maklumat tidak menepati objektif anda, ia adalah produk yang

hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Untuk membantu anda menghasilkan

produk yang berkualiti tinggi, saya senaraikan empat langkah utama iaitu

-Untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, anda harus kenal pasti

masalah dahulu.

- Kenal pasti penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah

pelanggan.

(6)

-Di samping menyelesaikan masalah, anda perlu fokus pada tujuan produk digital

tersebut di hasilkan.

-Akhirnya, barulah anda memikirkan tajuk yang paling sesuai untuk anda letakkan

pada iklan anda.

Tidak Faham? Ok tidak mengapa, saya terangkan lagi.

Masalah

Lihat keadaan sekeliling anda dan kenal pasti satu masalah. Di sekeliling anda

pasti ada masalah. Lihat masalah yang mengganggu jiran anda, ahli keluarga anda,

ibu bapa anda, anda sendiri dan rakan-rakan anda. Untuk memudahkan urusan

anda, anda pilih beberapa orang dan catat semua masalah yang membelenggu

mereka di atas satu kertas kosong.

Dari banyak-banyak masalah, anda pilih satu masalah yang ada pada semua orang

yang anda pilih tersebut. Namun, anda bebas untuk memilih masalah yang anda

rasa menarik di hadapi oleh orang-orang yang anda pilih.

Penyelesaian.

Selepas mengenalpasti masalah, anda cuba cari jalan penyelesaian kepada

masalah yang anda pilih tadi.

(7)

Contohnya :

Jika anda menjual produk ebook/digital berkenaan KEWANGAN.

Masalah yang anda kenal pasti adalah masalah kewangan, anda cari penyelesaian

untuk menyelesaikan masalah kewangan tersebut.

Penyelesaian perlulah menyeluruh atau khusus. Bagi masalah kewangan, ada

berbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antaranya,

Panduan menyelesaikan hutang.

Panduan jimat wang.

Panduan meminjam

Panduan perlaburan wang.

Panduan perniagaan bagi mereka yang ada masalah kewangan.

Panduang pengurusan wang.

Terdapat berbagai penyelesaian. Anda boleh tulis penyelesaian secara

menyeluruh atau khusus pada satu-satu kemahiran. Pilih yang anda rasa terbaik.

(8)

Tujuan produk.

Langkah seterusnya adalah menentukan tujuan produk anda. Berdasarkan

penyelesaian yang anda pilih tadi, anda tentukan tujuan produk anda di tulis.

Contohnya bagi masalah kewangan, anda memilih penyelesaian adalah

berkisarkan teknik menguruskan wang

Jadi, anda perlu fokus bahawa tujuan produk anda di tulis adalah untuk

membantu orang menguruskan wang. Tujuan produk anda bukanlah

menyelesaikan masalah orang tetapi bertujuan membantu orang ramai

menguruskan wang mereka sendiri.

(9)

Tajuk Iklan.

Sekarang dan langkah terakhir adalah memilih tajuk bagi iklan anda. Pilih satu

tajuk yang menarik dan catchy.

Ini contoh text iklan nya :

(10)

PLAN CLOSE SALE

Setiap tindakan anda harus ada plan dan perancangan untuk meningkatkan jualan di dalam fan page.

Saya percaya Ramai yang sudah tahu membuat iklan fb ads. Tetapi masih ramai yang mengalami masalah untuk membuat jualan.

INGAT! Jualan terhasil dari bagaimana kita membuat close sale.

Baiklah untuk topik ini saya mungkin akan terangkan dengan secara detail. Sila fahamkan dengan betul betul.

(11)

PLAN PERTAMA CLOSE SALE PANTAS

AMARAN !

Hanya sesuai jika harga Produk Di Bawah RM60

(12)
(13)

PLAN KEDUA CLOSE SALE

Jika Anda sudah faham konsep text iklan dengan GAYA EFEKTIF dan MEMBERI IMPAK. Saya akan terangkan bagaimana untuk membuat Close sale, sila fahamkan dengan betul betul.

Selalu tak anda mendapat pm inbox seperti ini :

 Harga? Berapa Harga? Price? Dan sebagainya. Selalu kan? Atau Tidak?

Pelanggan yang bertanyakan seperti itu, mengikut kajian saya, ada yang hanya bertanya sahaja, ada juga yang berminat, ada juga yang benar benar ingin membeli.

(14)

Bagaimana pula jika anda mendapat pm inbox seperti ini - Saya Nak Order 1pcs

- Saya Berminat, macam mana nak beli?

Pelangan jenis ini peratusan untuk membeli, sangat baik…. Kerana Mereka benar benar mempunyai masalah, sebab itu mereka tidak kisah berapa harganya. Selalunya mereka yang bertanya harga. Solusinya hanya ada dua. Iaitu MINAT ATAU TIDAK.

(15)
(16)

PLAN KETIGA CLOSE SALE

Apa yang perlu kita perhatikan, usahawan yang membuat close sale ketika menerima pm inbox fan page seperti itu, ada terdapat 3 golongan usahawan member pendapat :-

1. Golongan pertama, Ada yang mengatakan, hanya perlu menjawab soalan, iaitu HARGA PRODUK.

2. Golongan kedua, Ada juga yang mengatakan, balas dengan segala detail harga dan cara tempah

3. Golongan ketiga, jawab soalan dan bertanya semula.

Saya amat sarankan anda mengunakan cara ke-3 iaitu JAWAB DAN SOAL.

Skripnya mungkin seperti ini, contohnya : Pelanggan – “ Berapa harga xxx? “

Anda – “ Terima kasih kerana berminat dengan XXX, harganya Cuma RMxx, cik/puan mahu berapa pcs ya? “

(17)

Ada beberapa faktor kenapa saya sarankan anda menggunakan cara SOAL DAN JAWAB.

1. Mungkin pelanggan tersebut tidak online ketika anda membalasnya

2. Mungkin juga pelanggan tersebut sekali sekala sahaja online

3. Atau mungkin juga pelanggan tersebut hanya online facebook di pejabat sahaja.

Jika kita JAWAB DAN SOAL kembali, walaupun pelanggan tersebut akan online facebook pada minggu depan. Kemungkinan mereka akan lupa apa yang mereka minat? Betul bukan?

Jadi , jika kita menjawab

1. Nama produk

2. Harga

3. Dan Soal Kembali.

(18)

PLAN KEEMPAT CLOSE SALE

Soalan berkaitan PRODUK,

Soalan jenis ini, saya percaya berada pada tahap sederhana jika anda menjual produk kesihatan dan kecantikan. Kadang kala, anda juga tiada masa nak menjawab soalan seperti ini, betul bukan?

Apa yang perlu kita lakukan :-

Sediakan Soalan yang bakal di tanya dan sertakan sekali jawapannya, catat di dalam buku, dalam notepad, fail word dan sebagainya..

(19)

Contohnya :

- Soalan Pelanggan :- “ Boleh rawat jerawat tak kak? “

Anda :- “ Boleh, kerana ianya boleh merawat jerawat batu atau jerawat kecil termasuk parut, ada testimoni yang telah merawat jerawat ini dalam masa seminggu, berikut testimoninya – [ LINK GAMBAR TESTIMONI ]

(20)

KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN

“ Boleh, kerana ianya mengandungi aloe vera, rumpai laut, XXX dan sebagainya.. “

Adakah anda membacanya, juga berminat? TIDAK bukan.. kerana saya percaya, rata rata bakal pelanggan anda, bukan semua tahu tentang kebaikan kandungan dalam isi produk tersebut.

Jadi kenapa kita memeningkan kepala mereka, sedangkan mereka mahu menyelesaikan masalah yang mereka alami sahaja. Betul bukan?

(21)

TANGKAP PELANGGAN BERPOTENSI

Mesej pm kedua yang pelanggan anda balas, ketika ini telah menunjukkan mereka benar benar berminat. Tindakan selanjutnya yang boleh anda lakukan , contohnya :

(22)

Jawapan Mesej Kedua Pelanggan: - “ Macam mana Nak Bayar ”

Anda : Encik mahu akaun maybank atau cimb?

Mana satu yang mudah bagi encik?

Pelanggan : Maybank

Anda :

Untuk membuat tempahan sila buat bayaran 1pcs hanya RMxx ke salah satu akaun berikut :

Maybank – xxxxxxxxxx - nama

Berikan NAMA, ALAMAT, KUANTITI, NO.TEL, MASA & TARIKH BAYARAN Ke - 019-XXXXXXX

(23)

18 IDEA FOLLOW UP

Bukan semua yang akan membuat pembelian dalam masa 24jam, ada beberapa faktor yang membuatkan mereka perlukan masa untuk berfikir. Contohnya :

- Testimoni kurang menyakinkan - Harga terlalu mahal

- Belum gaji - Dan Sebagainya

Jadi bagaimana kita nak atasinya , ya… melalui FOLLOW UP , dengan membuat follow up seminggu sekali, saya percaya peratusan kepercayaan dan keyakinan mereka untuk membeli, masih ada.

(24)

PENTING ! – Follow up harus dilakukan jika ada pelanggan yang tidak membalas pm

anda sekian lama, contohnya 3-4 hari tanpa maklum balas.

Berikut 18 idea follow up yang boleh anda lakukan :-

1. Follow Up Harga naik.

Mesej yang mengatakan produk akan di naikkan harga dalam masa terdekat. Yakinkan si pembaca dengan mengatakan anda terpaksa menaikkan harga kerana sebab-sebab tertentu. Katakan juga anda sedang mengalami kerugian kerana menjual pada harga yang murah.

2. Follow Up Pembayaran mudah.

Beritahu bahawa anda sudah menyediakan pembayaran produk cara murah. Jika sebelum ini tiada option kad kredit, anda boleh tambahkan option tersebut dan beritahu pada mereka. Jika produk anda harga mahal, anda boleh benarkan pembeli untuk membayar secara ansuran

(25)

3. Follow Up Server down

Katakan pada mereka, server internet anda mengalami gangguan kerana terlalu ramai pelawat yang melawat laman web anda atau terlalu banyak tempahan yang terpaksa di uruskan..

4. Follow Up Kurangkan harga.

Katakan pada mereka, anda telah kurangkan harga produk yang di jual di sebabkan terdapat ramai orang yang mahu membeli tetapi mereka tidak mampu. Kurangkan harga dan wujudkan kuota. Katakan pada mereka, anda memang benar-benar ikhlas untuk membantu mereka mendapatkan produk itu.

5. Follow Up Tambahan Bonus.

Wujudkan satu lagi bonus untuk pembeli produk dan katakan pada mereka bonus itu istimewa dan sangat-sangat terhad. Beritahu selengkap mungkin maklumat mengenai bonus itu.

(26)

6. Follow Up Jualan hampir tamat

Buat follow up bahawa jualan sudah hampir tamat dan mereka boleh dapatkan sekarang atau akan menyesal pada kemudian hari nanti.

7. Follow Up Amaran kuantiti.

Wujudkan satu suasana kecemasan, katakan produk anda semakin laris dan mula mencapai kuota atau sasaran anda. Katakan pada mereka rahsia di dalam produk anda itu bakal tersimpan selama-lamanya.

8. Follow Up ketika waktu cuti.

Hantar Follow Up pada pelanggan yang pm anda selepas hari cuti. Ceritakan kenangan indah anda ketika percutian dan kaitkan faedah di dalam produk anda dengan percutian anda.

(27)

9. Follow Up Jawab Soalan.

Tulis Follow Up berbentuk Question and Answer. Cari sebanyak mungkin soalan yang relevan dengan produk anda dan tulis jawapannya sekali. Teknik ini bagi menghuraikan persoalan tersirat di dalam minda pelanggan anda.

10. Follow Up Percubaan percuma.

Bina satu konsep free trial sama ada dalam harga yang rendah atau percuma terus pada masa tertentu. Di dalam free trial itu, ceritakan secara ringkas mengenai produk anda itu.

11. Follow Up Bonus produk sudah hampir habis.

Ceritakan pada pelanggan anda bahawa bonus yang di beri bersama-sama dengan produk anda adalah terhad dan ia semakin menghampiri kuota yang di benarkan. Ceritakan mengenai kehebatan bonus anda itu.

12. Follow Up Pengumuman pakej.

Jika produk yang anda jual kurang mendapat sambutan, mungkin anda boleh pecah-pecahkan mengikut kategori dan letakkan pada harga yang berlainan. Sudah tentu, mereka akan dapat diskaun jika mereka beli semua pakej.

(28)

13. Follow Up Testimoni dalam bentuk mesej inbox.

Tunjukkan pada pelanggan anda testimoni yang anda terima. Kalau boleh sertakan dalam bentuk screen shot supaya pelanggan akan lebih cair akan tawaran anda.

14. Follow Up Lebihkan produk dan masa.

Ceritakan berkenaan dengan produk anda. Katakan pada mereka betapa lakunya produk anda dan anda terpaksa menutup jualan kerana kuota telah hampir penuh. Namun, khas untuk para pelanggan tersebut, anda lanjutkan tawaran untuk produk tersebut.

15. Follow Up Keputusan jualan.

Ceritakan pada pelanggan anda berkenaan dengan jumlah jualan yang di terima oleh anda.

16. Follow Up testimoni kadar yang cepat.

Ceritakan pada mereka berkenaan dengan pembeli yang mendapat keputusan cepat apabila menggunakan produk yang anda jual itu.

(29)

.

17. Follow Up Support.

Ceritakan pada mereka mengenai cara anda membantu pelanggan lain dengan memberi bantuan yang bertepatan seperti menyediakan group support dan sebagainya. Penceritaan anda secara tidak langsung akan memberi gambaran pada pembeli bahawa produk anda sangat bagus.

18. Follow Up Rumusan mengenai kesibukan.

Ceritakan bagaimana sibuknya anda sejak anda menjual produk anda itu. Ceritakan suka dan duka anda. Ini secara tidak langsung memberi gambaran produk anda mendapat sambutan yang hangat.

(30)

Kesimpulan.

Tujuan utama saya berkongsikan TEKNIK BERKESAN CLOSE SALE DI FACEBOOK adalah untuk anda menarik perhatian bakal pelanggan mengenai produk anda. Setiap strategi mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

(31)

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan dari hasil analisis varians biaya produksi untuk anggaran biaya bahan baku langsung terjadi selisih yang favorabel (menguntungkan) sebesar

Hasil pengujian didasarkan pada hasil uji dengan menggunakan Crosstabs (tabel silang) serta melihat hasil uji Pearson Chi- Square yang dibandingkan dengan nilai

easil penelitian mengenai pola asuh makan ditemukan bahwa sebagian besar batita mengalami ketidakseimbangan pemenuhan zat giziI kurangnya dukungan yang diberikan oleh pelaku

Dengan semakin besar kecepatan pada fluida yang mengalir pada fin pitch maka perubahan temperatur antara fluida dengan permukaan fin akan semakin kecil, dan

Peneliti akan mengkategorikan keluarga hingga tingkatan aplikasi apabila keluarga telah atau dapat mempraktikkan misalnya keluarga dapat mempraktikkan hal-hal yang

Perbedaan Management waktu dan tata cara bekerja,namun semua permasalahan.. itu sudah disikapi dengan bijaksana oleh para karyawan melalui perilaku dan metode- metode

Puji dan syukur kami panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa karena atas kasih karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi yang berjudul “Pengaruh

D-Gun coating merupakan pelapisan yang memanfaatkan gelombang ledakan ( detonation wave ) untuk memberikan energi yang sangat tinggi kepada material pelapis dalam bentuk