• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sesebuah negara yang maju atau membangun perlu mempunyai suatu sistem

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sesebuah negara yang maju atau membangun perlu mempunyai suatu sistem"

Copied!
56
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 LATAR

BELAKANG

1.1 Pengenalan

Sesebuah negara yang maju atau membangun perlu mempunyai suatu sistem pentadbiran cukai yang cekap dan efektif. Ini kerana cukai yang dikutip merupakan sumber pendapatan negara yang utama dan digunakan oleh pihak kerajaan untuk membangun, memakmur dan menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Sistem pentadbiran cukai ini tidak semestinya beroperasi secara elektronik tetapi juga boleh berbentuk manual. Apa yang perlu dipastikan adalah cukai benar-benar dikenakan dan dibayar oleh pembayar cukai.

Pembayar cukai, selain daripada membayar cukai, juga merupakan pengguna kepada perkhidmatan percukaian di sesebuah negara. Di bawah Sistem Taksir Sendiri (STS) yang diperkenalkan secara berperingkat mulai tahun 2001 hingga 2004, pembayar cukai bertanggungjawab untuk membuat taksiran ke atas pendapatan bercukai mereka dan seterusnya membayar cukai yang dikenakan. Dalam hal ini, pembayar cukai memerlukan perkhidmatan yang terbaik, terpantas dan terjamin agar ianya memudahkan urusan mereka. Seperti juga pengguna yang lain, pembayar cukai juga beranggapan bahawa di era teknologi ini semuanya boleh dilaksanakan dengan mudah dan pantas dan mereka juga sentiasa mengharapkan agar pihak tertentu memahami keperluan dan kehendak mereka. Kalau suatu ketika dahulu pembayar cukai perlu

(2)

beratur di kaunter-kaunter tertentu untuk membayar cukai yang telah dikenakan kepada mereka, tetapi pada hari ini, di negara-negara maju umpamanya, pembayar cukai boleh membayar cukai pada bila-bila masa secara atas talian dengan menggunakan kad kredit atau pemindahan wang dari akaun bank menerusi komputer peribadi mereka. Perubahan kaedah pembayaran cukai dari manual kepada elektronik atau atas talian ini merupakan suatu kemudahan kepada pembayar cukai dan secara tidak langsung ianya juga dapat mengurangkan kos pentadbiran dan penyelenggaraan yang ditanggung oleh pihak kerajaan.

Sebelum STS diperkenalkan, taksiran cukai adalah mengikut Sistem Taksiran Rasmi (STR). Urusan pencukaian adalah berbeza di bawah STS dan STR. Jika di bawah STS, tanggungjawab menaksir cukai adalah di pihak pembayar cukai, tetapi di bawah STR seseorang pembayar cukai hanya perlu menyatakan keseluruhan pendapatannya untuk sesuatu tahun taksiran di dalam Borang Nyata. Borang Nyata ini dikirimkan melalui pos oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 31 Mac setiap tahun. Pembayar cukai perlu mengisi borang ini dan menghantar semula borang yang telah lengkap bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada LHDN. Pihak LHDN akan menyemak borang tersebut dan seterusnya membuat taksiran atas pendapatan yang telah dinyatakan oleh pembayar cukai dalam Borang Nyata. Satu notis taksiran yang dikenali sebagai Borang J akan dihantar kepada pembayar cukai memaklumkan jumlah cukai yang dikenakan atas pendapatan mereka. Setelah menerima notis ini, pembayar cukai akan membayar jumlah cukai seperti yang tertera pada notis tersebut. Proses penyataan pendapatan dan taksiran ini adalah dilakukan secara manual.

(3)

Sistem penyataan pendapatan dan penggiraan cukai pendapatan individu yang diamalkan secara manual ini adalah kurang cekap kerana terlalu banyak masa, tenaga dan kos dilibatkan. Contohnya, pihak pembayar cukai perlu menunggu borang daripada pihak LHDN manakala pihak LHDN perlu menguruskan penghantaran borang yang terlalu banyak dan ke lokasi yang berbeza. Hal ini diakui sendiri oleh pihak LHDN. Mengikut laporan pihak LHDN Cawangan Penaksiran Kuala Lumpur, bagi tahun 2003, tidak sampai 40% daripada 20,000 borang nyata individu yang tidak membayar cukai dapat diserahkan walaupun operasi dijalankan dengan menyerahkan sendiri borang tersebut ke rumah-rumah pembayar cukai mengikut alamat yang didaftarkan (Utusan Online, 29/10/03). Sikap ‘melarikan diri’ daripada bertemu pihak LHDN dan masalah pertukaran alamat juga menjejaskan proses penaksiran dan pungutan cukai. Selain daripada itu, masalah pembayar cukai yang kurang berpengetahuan tentang percukaian dan sentiasa sibuk dengan tugasan harian menyebabkan mereka gagal mengisi borang cukai dan menghantarnya kembali kepada pihak LHDN. Setelah menerima borang nyata yang telah dilengkapkan oleh pembayar cukai, pihak LHDN pula terpaksa menyemak semula kesemua borang yang diterima dan seterusnya membuat pengiraan cukai serta mengeluarkan dan menghantar notis taksiran kepada pembayar cukai. Penggunaan masa yang terlalu lama, tenaga kerja yang ramai dan penglibatan kos yang tinggi ini perlu ditangani supaya sistem tersebut lebih cekap dan berkesan.

1.2 Persoalan

Kajian

Perkara yang dikaji dan diselesaikan dalam kajian ini adalah bagaimana caranya, di bawah STS, seseorang individu pembayar cukai boleh menyatakan pendapatannya

(4)

dan membuat pengiraan cukai pendapatan dengan mudah, cepat dan kurang menggunakan sumber tenaga kepakaran manusia.

1.3 Matlamat

Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk memandu para pembayar cukai individu untuk menyatakan pendapatannya dan seterusnya membuat pengiraan cukai yang perlu dibayar bagi pihak pembayar cukai tersebut melalui pembangunan sebuah sistem secara atas talian yang berasaskan teknologi web.

1.4 Objektif

Kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti keperluan penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian di kalangan pembayar cukai dan pihak LHDN;

ii. Menentukan bagaimana untuk menyatakan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian berdasarkan keperluan pembayar cukai dan pihak LHDN;

iii. Mengkaji potensi teknologi web dan kesesuaian penggunaannya dalam membangunkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah seperti yang dinyatakan di atas; dan

(5)

iv. Menghasilkan dan menguji model prototaip sistem yang mengandungi ciri-ciri yang dikaji.

1.5 Kepentingan

Kajian

Di bawah STR, pihak pembayar cukai perlu melalui beberapa proses yang mengambil masa yang lama dan menyukarkan sebelum menerima notis pembayaran cukai daripada pihak LHDN yang menentukan jumlah amaun cukai yang perlu dibayar. Manakala di bawah STS, tanggungjawab pembayar cukai adalah lebih besar kerana mereka perlu menaksir sendiri pendapatan mereka dan seterusnya membuat bayaran cukai mengikut jumlah yang ditaksirkan. Oleh sebab itu, kajian untuk membangunkan sebuah sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai ini dilakukan supaya proses taksiran dan pembayaran cukai menjadi lebih cepat dan mudah. Di antara manfaat yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut:

i. Menyelesaikan masalah kelewatan penerimaan atau ketidakterimaan borang nyata pendapatan individu (Borang B) yang dihantar oleh pihak LHDN kepada pembayar cukai melalui pos;

ii. Menyelesaikan masalah kelewatan penerimaan atau ketidakterimaan semula Borang B yang telah dilengkapkan dan dihantar oleh pihak pembayar cukai kepada pihak LHDN yang juga lazimnya dibuat melalui pos;

iii. Membantu pembayar cukai membuat taksiran cukai atas pendapatan mereka seperti yang dikehendaki di bawah STS;

(6)

iv. Menghapuskan penggunaan notis cukai, di mana pihak pembayar cukai boleh terus membayar cukai setelah mengisi borang nyata pendapatan elektronik kerana jumlah amaun cukai dinyatakan oleh sistem;

v. Mengurangkan gunatenaga manusia untuk menyemak semula borang nyata yang dilengkapkan oleh pembayar cukai dan membuat taksiran cukai.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Sistem Taksiran Cukai Pendapatan

Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) mendefinisikan cukai pendapatan sebagai cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu oleh pihak kerajaan. Menurut pandangan pihak LHDN, cukai pendapatan adalah sejumlah wang yang diambil daripada pendapatan seseorang untuk digunakan oleh kerajaan bagi menyediakan pelbagai kemudahan awam di negara ini dan cukai tersebut hanya dikenakan sekiranya seseorang itu memperolehi pendapatan melebihi daripada jumlah tertentu (http://www.hasilnet.org.my, 14/10/2003).

Pemberitahuan tentang pengenaan cukai dan mengembalikan borang nyata pendapatan adalah tanggungjawab individu atau pembayar cukai itu sendiri. Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan tidak pernah menerima borang nyata pendapatan bertanggungjawab untuk memaklumkan dan memohon untuk mendapatkan borang nyata pendapatan daripada pejabat LHDN yang

(7)

berdekatan. Manakala bagi individu yang telah mempunyai fail cukai pendapatan tetapi masih belum menerima borang nyata pendapatan selewat-selewatnya pada 31 Mac setiap tahun dikehendaki memohon borang tersebut dengan segera secara bertulis daripada pejabat LHDN berdekatan (pejabat yang mengeluarkan borang nyata pendapatan terakhir). Sekiranya pembayar cukai telah bertukar alamat, dia bertanggungjawab untuk memberitahu pihak LHDN berhubung dengan pertukaran alamatnya dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pertukaran alamat tersebut (http://www.hasilnet.org.my, 14/10/2003). Bagi pekerja asing pula, mereka dikehendaki memberitahu pejabat LHDN yang berhampiran tentang pengenaan cukainya dalam tempoh dua bulan daripada tarikh ketibaannya di Malaysia (http://www.hasilnet.org.my, 14/10/2003).

Di bawah STR, borang nyata cukai pendapatan yang telah diterima daripada LHDN hendaklah diisi dengan lengkap dan kemudian dikembalikan semula kepada pejabat LHDN yang menghantar borang tersebut. Borang nyata yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan bersama-sama dengan resit-resit dan dokumen-dokumen yang berkaitan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh yang tercatat dalam borang nyata cukai pendapatan tersebut. Setelah menerima Borang Nyata daripada pembayar cukai, pihak LHDN akan membuat semakan ke atas semua maklumat yang telah diisi beserta dengan resit-resit dan dokumen-dokumen yang telah dilampirkan. Setelah itu, pengiraan cukai pendapatan dilakukan oleh pihak LHDN untuk menentukan jumlah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan pembayar cukai tersebut. Pihak LHDN kemudiannya akan menghantar notis taksiran kepada pembayar-pembayar cukai yang berkenaan. Pihak pembayar cukai yang menerima notis taksiran perlu menjelaskan pembayaran cukai tersebut di kaunter-kaunter yang disediakan dan dibenarkan oleh

(8)

LHDN dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis taksiran walaupun ada bantahan atau rayuan ke atas taksiran cukai tersebut (http://www.hasilnet.org.my, 14/10/2003).

Kegagalan untuk memulangkan borang nyata oleh pembayar cukai kepada pihak LHDN merupakan suatu masalah yang perlu ditangani sewajarnya. Mulai tahun 1989 hingga 1998, didapati bahawa di antara 20% hingga 32% borang nyata yang diisi oleh pihak LHDN gagal dipulangkan oleh pembayar cukai (LHDN, 1998). Kadar ini meningkat dari setahun ke setahun. Abdul (2003) berpendapat terdapat banyak sebab lain selain daripada ketidakpatuhan cukai bagi kegagalan memulangkan borang nyata ini, namun kadar yang tinggi ini menunjukkan bukti yang kukuh kepada masalah ketidakpatuhan cukai pendapatan di Malaysia. Dengan wujudnya masalah ketidakpatuhan cukai ini menunjukkan bahawa berlaku kegagalan dalam kutipan cukai dan sekaligus merupakan kerugian bagi negara.

2.2 Sistem Percukaian Secara Atas Talian (Malaysia)

Di Malaysia, sistem percukaian yang melibatkan secara atas talian adalah sangat kurang dan masih baru. Pihak LHDN baru-baru ini telah menghasilkan sistem pemfailan secara elektronik, di mana ianya bertujuan untuk mempercepatkan proses penghantaran borang-borang dan mempermudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja penaksiran cukai di mana sistem ini dimuatkan dalam laman web rasmi pihak LHDN di bahagian E-Perkhidmatan iaitu seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.1. Sistem yang dihasilkan ini hanya tertumpu kepada syarikat yakni percukaian yang melibatkan syarikat-syarikat sahaja bukan untuk percukaian individu. Sistem ini hanya membenarkan pihak syarikat untuk mengisi borang nyata cukai yang berformat

(9)

elektronik dan seterusnya mencetak dan menghantarnya secara manual kepada pejabat LHDN yang berkenaan untuk diproses atau ditaksirkan (http://www.hasilnet.org.my, 14/10/2003).

Rajah 2.1: Skrin Paparan E-Perkhidmatan LHDN

Pembayaran cukai secara atas talian di Malaysia telah pun dilaksanakan dengan jayanya iaitu menggunakan perkhidmatan e-pembayaran yang ditawarkan oleh pihak bank seperti Malayan Banking (Maybank), Bumiputra Commerce (BCB) dan sebagainya. Pembayaran cukai atas talian ini bukan sahaja boleh dilakukan ke atas cukai pendapatan tetapi juga cukai-cukai seperti tanah, pintu dan sebagainya di mana cukai-cukai ini adalah dikutip oleh pihak selain daripada pihak LHDN.

(10)

Ketika kajian ini dilaksanakan, pihak LHDN belum melakukan apa-apa sistem secara atas talian untuk percukaian individu. Tetapi pihak LHDN ada menyediakan sistem kiraan cukai atas talian bagi individu yang dikenali sebagai e-kalkulator. Sistem ini, seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 2.2, bukanlah sistem secara atas talian yang melibatkan borang elektronik (e-filling) dan pemfailan elektronik (e-filing) tetapi lebih kepada sistem atas talian yang memudahkan pembayar cukai untuk mengira cukainya sendiri. Pembayar cukai perlu mengisi borang berformat elektronik (hanya sebahagian sahaja daripada borang B) yang terdapat dalam perisian tersebut mengikut yang dikehendaki oleh sistem. Sistem tersebut seterusnya akan mengira dan memaparkan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pembayar cukai, pihak pembayar cukai boleh mencetak paparan tersebut dan kemudian menggunakannya sebagai rujukan untuk mengisi bahagian tertentu dalam borang B yang telah dihantar oleh pihak LHDN secara manual menggunakan perkhidmatan pos. Sistem ini adalah bertujuan untuk melatih pihak pembayar cukai untuk mengira cukainya sendiri dan bukan bertujuan mempercepatkan atau memudahkan proses penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu (http://www.hasilnet.org.my, 14/10/2003). Terdapat juga borang B elektronik pada laman web LHDN, tetapi pihak pembayar cukai perlu mencetak dan mengisinya secara manual sama seperti sekiranya borang tersebut dihantar oleh pihak LHDN.

(11)

Rajah 2.2: Skrin Paparan Perisian Pembelajaran Kiraan Cukai Atas Talian

2.3 Sistem Percukaian Secara Atas Talian Yang Telah

Dipraktiskan

Di California, Amerika Syarikat, kutipan cukai pendapatan bagi individu adalah dipertanggungjawabkan kepada jabatan Franchise Tax Board (FTB). Hampir ke semua sistem percukaian yang diamalkan oleh FTB adalah secara atas talian. FTB telah melaksanakan sistem pemfailan elektronik iaitu seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.3, di mana pihak pembayar cukai atau wakil mereka boleh memfailkannya secara atas talian menerusi laman web rasmi FTB iaitu www.ftb.ca.gov. Pihak FTB akan meminta pihak pembayar cukai atau wakil mereka untuk ‘install’ perisian ‘tax

(12)

disenaraikan secara percuma atau boleh juga dibeli di kedai-kedai tertentu. Kemudian, pihak pembayar cukai atau wakil mereka perlu kembali ke laman web rasmi FTB semula untuk mendapatkan Customer Service Number (CSN) daripada laman web tersebut. Seterusnya mereka perlu memasuki sistem menerusi laman web tersebut menggunakan CSN yang telah diperolehi. Pihak pembayar cukai atau wakil mereka akan menerima akuan terima (acknowledgement) dari pihak FTB yang menandakan pemfailan tersebut telah diterima oleh mereka (http://www.ftb.ca.gov, 8/11/2003).

Dengan memfailkan maklumat mereka atau membuat penyataan tentang pendapatan yang diperolehi maka pihak pembayar cukai secara automatik akan dapat menikmati perkhidmatan-perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh pihak FTB menerusi laman web rasmi mereka. Antara perkhidmatan atas talian yang ditawarkan adalah seperti melihat baki akaun atau jumlah cukai yang perlu dibayar dan yang masih belum dibayar, memeriksa pembayaran balik, meminta untuk mendepositkan bayaran balik, membuat pembayaran cukai menerusi pindahan wang, membuat pembayaran cukai menerusi kad kredit, membuat permintaan untuk pembayaran cukai secara ansuran dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan (http://www.ftb.ca.gov, 8/11/2003).

Walaupun California mengenakan pelbagai jenis cukai yang mungkin ada di antaranya tidak dikenakan di Malaysia, namun sistem cukai pendapatan individu yang diamalkan di sana hampir sama dengan di Malaysia. Yang berbeza cuma mereka telah melaksanakannya secara atas talian bagi memudahkan dan mempercepatkan proses

(13)

pembayaran cukai pendapatan oleh pihak pembayar cukai dan pengutipan cukai pendapatan oleh pihak FTB.

Rajah 2.3: Skrin Paparan Menu Utama Laman Web Franchise Tax Board

2.4 Teknologi

Web

‘World wide web’ atau laman web mengandungi halaman yang memaparkan pelbagai

maklumat kepada pengguna. Ia merupakan ‘world wide network’ yang terdiri daripada pelbagai komputer beroperasi berasaskan prinsip ‘hypertext’ dan ‘hypermedia’ di mana antaramuka (interface) pengguna akan disatukan atau

(14)

sebagainya. Segala maklumat adalah dihubungkan melalui hubungkait atau ‘links’ yang boleh berbentuk teks, gambar, bunyi atau video (Seitz & Stickel, 1998).

Pada awal pembangunan dan penggunaannya, laman web hanya mengandungi teks sahaja, kemudian ianya berkembang dengan mengandungi gambar dan seterusnya menjadi lebih menarik apabila ia membenarkan pengguna untuk menggunakan komponen multimedia. Walau bagaimanapun, laman web pada masa lalu cuma mengandungi maklumat sahaja yang menyebabkan ia semakin membosankan pengguna. Kini, melalui laman web, pengguna bukan sahaja boleh dipaparkan dengan maklumat, gambar atau grafik sahaja tetapi pengguna boleh melaksanakan pelbagai transaksi seperti pembayaran secara atas talian atau ‘on-line payment’, pindahan kredit dan sebagainya. Laman web seperti ini memiliki elemen baru dengan menggunakan pangkalan data yang merujuk kepada sistem berasaskan web.

Yerkey (2001), mengkelaskan laman web kepada dua iaitu ‘Static Web Pages’ dan

‘Dynamic Web Pages’. ‘Static Web Pages’ hanya memaparkan data atau maklumat

daripada jadual pangkalan data sahaja iaitu pengguna hanya boleh dipaparkan dengan maklumat atau data yang telah disimpan dalam pangkalan data sahaja. Ini bermakna segala perubahan pada data atau maklumat akan melibatkan pembangunan semula laman web tersebut. Ianya berbeza dengan ‘Dynamic Web Pages’ di mana ia membenarkan pengguna untuk berhubung pada ‘up-to-the-minute data’, membuat pencarian dan memaparkan data dalam bentuk yang berbeza. Terdapat dua proses yang terlibat iaitu proses bahagian pelanggan dan proses bahagian pelayan.

(15)

Teknologi ‘Microsoft Active Server Pages’ (ASP) adalah dibangunkan bersama dengan web pelayan ‘Personal Web Server’ (PWS) dan ‘Internet Information Server’ (IIS). Berasaskan komponen ‘Active Scripting Host’ dalam web pelayan, ASP membenarkan penggunaan pelbagai pilihan ‘scripting languages’ bagi mencipta kandungan ‘Hypertext Markup Language’ (HTML) yang dinamik. IIS boleh didapati dengan dua keadaan ‘scripting’ iaitu ‘Jscript’ dan ‘VBScript’ di mana ‘Jscript’ adalah implementasi dari ‘JavaScript’ manakala ‘VBScript’ pula adalah berasaskan daripada sebahagian sintaksis yang digunakan dalam ‘Visual Basic’. Kedua-dua keadaan ‘scripting’ ini adalah mudah untuk dipelajari dan digunakan serta disokong oleh peralatan pembangunan ‘Microsoft Visual InterDev ASP’ (Jones, 2000).

ASP boleh terus digunakan sebaik sahaja ‘install’ IIS di mana ianya adalah mengandungi satu set objek pelayan yang membenarkan kita menguasai pelbagai ciri asas yang terdapat pada laman web. Ini adalah termasuk alatan untuk bekerja dengan sistem fail, e-mel dan mengurus sesi pengguna. Adalah amat penting untuk mengetahui bahawa hampir semua dokumentasi ASP secara atas talian direkabentuk untuk ‘VBScript’ kerana ianya lebih mudah digunakan untuk menghasilkan fungsi tertentu berbanding dengan ‘Jscript’. Antara bahasa ‘scripting’ yang ada untuk digunakan bersama dengan ASP adalah termasuk Perl, Python dan Rexx. ASP juga mampu mengawal objek Component Object Model (COM) pada bahagian pelayan termasuk objek COM yang dicipta sendiri oleh pengguna. Pendekatan ini membenarkan pengguna memisahkan logik perniagaan atau ‘business logic’ dari ‘presentation layer’ dengan membina komponen perisian yang boleh digunakan oleh aplikasi web pengguna. Dengan penggunaan antaramuka yang baik, pengguna boleh

(16)

‘upgrade’ dan ‘enhance’ objek pelayan tanpa perlu menukarkan kod ASP pengguna (Jones, 2000).

Penggunaan peralatan Microsoft membenarkan pengguna menggunakan objek COM yang boleh membantu pengguna untuk menghubungkaitkannya dengan aplikasi ASP. Ianya membenarkan pengguna untuk bekerja bersama dengan teknologi seperti ‘Exchange’ dan ‘Active Directory’ yang menawarkan kandungan untuk laman dan halaman pengguna. Salah satu daripada peralatan yang hebat untuk pembangun ASP adalah Active Data Objects (ADO) di mana ianya memudahkan tambahan kepada kandungan ‘database-driven’ untuk perkhidmatan web pengguna. Dengan penggunaan ADO, ASP ‘script’ boleh mencipta dan melayari ‘recordset’ serta dengan penggunaan Standard Query Language (SQL) pula boleh menghasilkan maklumat daripada pelbagai pangkalan data menerusi Open Database Connectivity (ODBC) ‘drivers’. Kaedah ini akan mempercepatkan pembangunan halaman web

‘data-driven’, walaupun alasan prestasinya adalah baik untuk menyimpan imej sebagai fail

objek sistem dengan menggunakan pangkalan data sebagai indeks (Jones, 2000).

Penggunaan ASP dalam membangunkan atau menghasilkan laman web perlu menggunakan Windows 2000 berbanding Windows NT 4, di mana IIS 5 adalah ‘rewrite’ daripada pelayan web Microsoft yang memperkenalkan pelbagai perubahan terhadap aplikasi model ASP serta memperbaiki dan mempertingkatkan penggunaan objek COM dalam menguasai aplikasi web. Windows 2000 adalah lebih laju daripada IIS 4, ini menyebabkan pengguna tidak perlu menggunakan pelayan yang banyak dalam web’ farm’ IIS 5 ASP. Platform IIS 5 mampu untuk menguruskan komponen COM dalam ruang ingatan yang terpisah. Dengan ini ianya akan

(17)

mengurangkan risiko masalah dalam keberkesanan komponen luaran pelayan web (Yerkey, 2001).

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, proses pembangunan sistem berorientasikan objek yang diperkenalkan oleh Jacobsan et al. (1998) digunakan kerana kaedah ini memudahkan proses pembangunan sistem dan juga proses semakan semula atau segala penambahan serta pelarasan yang perlu dilakukan terhadap sistem semasa atau sesudah proses pembangunan dilakukan. Di antara fasa-fasa pembangunan yang terlibat mengikut kaedah ini adalah terdiri daripada analisa sistem, rekabentuk sistem dan implementasi dan pengujian sistem. Hubungan di antara ketiga-tiga fasa ini adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 3.1.

Fasa pertama iaitu analisa sistem mengandungi tiga pusingan proses iaitu pembinaan model ‘use-case’, analisa objek dan pengesahan serta ujian. Analisa model use-case adalah dihasilkan daripada tinjauan awal dan analisa ke atas soal selidik yang dilakukan terhadap pembayar cukai individu dan pihak LHDN. Borang soal selidik diedarkan kepada pembayar cukai individu yang terdiri daripada pelbagai jenis sumber pendapatan boleh cukai iaitu penggajian, perniagaan dan pendapatan tidak terperoleh. Selain daripada pembayar cukai, borang soal selidik ini juga diedarkan kepada pihak LHDN. Setelah meneliti respon daripada pembayar cukai dan pihak LHDN, maka sistem inib dibangunkan.

(18)

Analisa Implementasi aturcara Ujian Kod Bina antaramuka pengguna & prototaip Ujian & penilaian Bina model objek & dinamik Bina kelas, takrifkan

method & atribut Pengesahan &

ujian

Analisa objek Bina model use-case

Rekabentuk Rajah 3.1: Pusingan Hayat Sistem Kaedah Berorientasikan Objek

(Sumber: Bahrami 1999)

Model di atas menggambarkan perjalanan sistem yang diperlukan menurut kehendak pengguna. Analisa seterusnya iaitu analisa objek dilakukan untuk mengenalpasti kelas-kelas yang terlibat dalam keperluan pengguna di mana beberapa gambarajah digunakan dalam menyediakan analisa objek ini. Pengesahan serta ujian dilakukan untuk memastikan bahawa semua keperluan sistem dipenuhi melalui perbandingan analisa model ‘use-case’ dengan hasil analisa objek. Sekiranya terdapat kekurangan, ulangan proses pembinaan model ‘use-case’ dan analisa objek dilakukan.

Fasa kedua pula iaitu fasa rekabentuk mempunyai empat proses yang terdiri daripada proses merekabentuk kelas, pembinaan model objek dan model dinamik, pembinaan

(19)

rekabentuk antaramuka pengguna serta prototaip dan proses ujian dan penilaian. Dalam proses merekabentuk kelas, semua kelas, atribut dan fungsi objek yang dikenali sebagai ‘method’ yang telah dikenalpasti pada peringkat analisa tadi menjalani proses rekabentuk dan penjernihan atau ‘refinement’ ke atas kelas untuk menghasilkan sub kelas. Proses seterusnya ialah pembinaan model. Model objek mengandungi struktur-struktur objek di dalam sistem seperti identiti, hubungan antara objek, atribut dan operasi. Ianya juga mengandungi kelas yang dihubungkan melalui ‘associate line’ dan juga boleh digambarkan melalui gambarajah kelas. Manakala model dinamik pula menggambarkan situasi, peredaran, kejadian dan aksi yang berlaku ke atas kelas. Ianya digambarkan menggunakan carta keadaan atau ‘statecart’.

Selain daripada itu, gambarajah-gambarajah aktiviti, komponen dan pengagihan juga dihasilkan mengikut keperluannya. Proses pembinaan antaramuka melibatkan rekabentuk skrin untuk memudahkan pengguna berinteraksi dengan sistem. Antaramuka yang dibina adalah seperti tetingkap menu, tetingkap kemasukan data dan sebagainya. Pembinaan ini berkemungkinan melibatkan penambahan beberapa objek dan kelas yang dirasakan perlu. Sekiranya penambahan diperlukan, ulangan proses fasa analisa dilakukan terlebih dahulu sebelum pembinaan antaramuka diteruskan.

Pembinaan prototaip adalah penting walaupun proses analisa dan rekabentuk objek dapat menghasilkan keperluan sistem. Prototaip biasanya dibina sejurus selepas pemilihan produk dibuat. Bahrami (1999) menyatakan bahawa sebuah gambar mungkin bernilai seribu perkataan tetapi prototaip adalah bernilai seribu gambar.

(20)

Melalui pembinaan prototaip beberapa keperluan baru mungkin dikenalpasti atau ditemui, dan sekiranya ianya berlaku maka peredaran daripada fasa rekabentuk kepada fasa analisa perlu diulang. Tiga jenis ujian dilakukan ke atas prototaip yang telah siap iaitu ujian kepuasan pengguna atau ‘user satisfaction test’, ‘usability test’ dan ‘quality assurance test’. Jika berlakunya kegagalan dalam ketiga-tiga ujian di atas, peredaran dari fasa rekabentuk ke fasa analisa mungkin perlu dilakukan.

Fasa terakhir iaitu implementasi dan pengujian sistem pula melibatkan proses pengkodan aturcara, pengkompilan aturcara, larian (run) aturcara dan pengujian di mana prototaip sistem akan diuji di ‘web server’ dan segala maklumbalas, cadangan dan komen dipertimbangkan dan akhirnya sistem diperbaiki dan dikemaskini mengikut yang dikehendaki selaras dengan objektif kajian.

4.0 ANALISA KAJIAN

Responden dalam kajian ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembayar cukai individu dan staf LHDN dari utara Semenanjung Malaysia. Bagi memastikan kadar kepuasan responden, pertemuan telah dibuat bersama semua cawangan LHDN utara iaitu cawangan Kangar, Alor Setar, Sungai Petani, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang bagi memohon kerjasama mereka dalam membantu pengagihan soalselidik kepada pihak pembayar cukai individu dan staf mereka. Setiap cawangan diberi 50 salinan soalselidik untuk staf dan 150 salinan untuk pembayar cukai individu. Kemudian, selepas sebulan salinan-salinan soalselidik tersebut dikutip

(21)

semula di setiap cawangan yang terlibat. Bahagian seterusnya ini adalah hasil analisa yang dilakukan terhadap data-data yang telah dikutip.

Sebanyak 44% dan 48% daripada soalselidik yang diagihkan kepada staf LHDN dan pembayar cukai individu masing-masing telah diterima kembali. Di mana sebanyak 86% dan 82% yang diterima daripada staf LHDN dan pembayar cukai individu masing-masing adalah yang boleh digunakan, selebihnya adalah tidak lengkap dan tidak dimasukkan dalam analisa ini.

4.1 Profil

Responden

Terdapat lebih separuh daripada responden (54.2% staf LHDN dan 58% pembayar cukai) adalah berusia kurang dari 41 tahun dan terdapat hampir 6 - 9 % responden yang berusia lebih dari 51 tahun. Dari segi kaum pula, sampel pembayar cukai (staf LHDN) terdiri daripada 59.1% (87.2%) Melayu, 38.6% (9.6%) Cina, 2.0% (3.2%) India dan 0.3% adalah lain-lain bangsa. Sampel pembayar cukai mewakili populasi pembayar cukai individu di Malaysia. 61%(58%) responden pembayar cukai (staf LHDN) adalah wanita manakala bakinya adalah lelaki. Sementara itu terdapat 52.3% daripada responden pembayar cukai berpendapatan antara RM 24,001 - RM 48000 dan 20.7% lagi berpendapatan lebih dari RM 48,000. Berdasarkan pemerhatian, majoriti daripada responden pembayar cukai berpendapatan makan gaji manakala selebihnya adalah dari perniagaan dan lain-lain pendapatan.

(22)

Profil sampel yang lain-lain adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1 dibawah:

Jadual 4.1-Profil Responden

Kekerapan Peratus (%) Umur 30 tahun ke bawah 31 – 40 tahun 41 – 50 tahun 51 – 60 tahun Staf 32 19 38 5 P/cukai 71 102 100 25 Staf 34 20.2 40.4 5.4 P/Cukai 23.8 34.2 33.6 8.4 Bangsa Melayu Cina India Lain-lain 82 9 3 0 176 115 6 1 87.2 9.6 3.2 0 59.1 38.6 2.0 0.3 Jantina Lelaki Perempuan 39 55 115 183 41.5 58.5 38.6 61.4 Pendapatan Tahunan RM0 - RM24,000 RM24,001 – RM48,000 RM48,001 – RM72,000 RM72,001 – RM96,000 RM96,001 – RM120,000 RM120,000 ke atas 22 63 6 3 0 0 80 156 43 14 1 4 23.4 67.0 6.4 3.2 0 0 26.8 52.3 14.4 4.7 0.3 1.3 Status Perkahwinan Bujang Berkahwin Lain-lain 22 68 3 72 223 3 23.4 72.3 3.2 24.2 74.8 1.0 Pendidikan Tertinggi STPM dan ke bawah Kolej/Universiti Sarjana/PhD/Kelayakan Profesional 54 40 0 97 187 14 57.4 42.6 0 32.6 62.8 4.7 Punca Pendapatan Perniagaan Sendiri Penggajian Pendapatan Sewa Lain-lain 0 94 0 0 20 275 2 1 0 100 0 0 6.7 92.3 0.7 0.3

(23)

4.2 Keperluan

Sistem

Secara umum, bahagian ini adalah untuk mendapatkan persepsi responden terhadap keperluan sistem yang diperlukan. Respon terhadap setiap item dibahagikan kepada 3 kategori iaitu setuju, neutral dan tidak setuju. Perbincangan seterusnya dibahagikan mengikut item-item yang terdapat dalam borang soal selidik.

4.2.1 Menggunakan sistem atas talian

Berdasarkan dari penemuan kajian, didapati bahawa lebih 60% dari responden dari kedua-dua kumpulan menginginkan agar sistem atas talian diimplementasikan manakala tidak lebih dari 10% tidak setuju akan idea tersebut, manakala baki responden menyatakan tidak pasti atau memberi pendapat yang neutral terhadap pelaksanaan sistem atas talian. (lihat Jadual 4.2).

Jadual 4.2 – Menggunakan Atas Talian (on-line) Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 62.8 64.6 Neutral 30.9 25.9 Tidak Setuju 6.3 9.5 Jumlah 100 100

Berdasarkan kepada respon ini, implementasi sistem atas talian terhadap cukai pendapatan individu boleh dikatakan sebagai relevan kerana majoriti pembayar cukai individu dan staf LHDN sendiri menunjukkan minat yang tinggi terhadap sistem atas talian.

(24)

4.2.2 Menggunakan e-borang (e-filling) dan e-fail (e-filing)

Responden kemudian ditanya soalan yang lebih spesifik iaitu berkenaan dengan penggunaan kaedah ‘e-filling’ dan ‘e-filing’ dalam mengendalikan maklumat pembayar cukai. Corak respon yang hampir sama dapat dikesan di mana responden dari kedua-dua kumpulan menyatakan peresetujuan terhadap penggunaan teknologi e-filling dan e-filing (lihat jadual 4.3 dan 4.4). Respon ini menyokong idea pelaksanaan sistem atas talian terhadap pembayar cukai di mana dapat dilihat kadar ketidaksetujuan terhadap penggunaan sistem secara atas talian adalah kurang dari 10% terhadap kedua-dua item yang dibincangkan. Selain itu terdapat juga sejumlah peratusan yang neutral terhadap idea berkenaan sistem atas talian ini seperti yang digambarkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3 – Menggunakan E-borang (e-filling) Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 57.4 59.7 Neutral 35.1 30.9 Tidak Setuju 7.5 9.4 Jumlah 100 100

Jadual 4.4 – Menggunakan E-fail (e-filing) Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 47.9 57.4 Neutral 42.6 33.2 Tidak Setuju 9.5 9.4 Jumlah 100 100

(25)

4.3 Ciri-Ciri

Sistem

Bahagian ini adalah khusus untuk melihat persepsi responden terhadap ciri-ciri yang perlu ada terhadap sistem atas talian. Respon terhadap setiap ciri dibahagikan kepada 3 kategori iaitu setuju, neutral dan tidak setuju. Perbincangan seterusnya adalah mengikut ciri yang telah disenaraikan dalam soal selidik.

4.3.1 ID pengguna dan kata laluan

Terdapat 60% daripada responden dari kedua-dua kumpulan bersetuju bahawa sistem atas talian mesti mempunyai ID pengguna dan kata laluan untuk tujuan keselamatan. Hanya 10% dari responden yang tidak bersetuju manakala bakinya berpendirian neutral. (lihat Jadual 4.5).

Jadual 4.5 – ID Pengguna dan Kata Laluan Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 62.8 60.1 Neutral 27.7 29.2 Tidak Setuju 9.5 10.7 Jumlah 100 100

4.3.2 Status jumlah baki cukai kena bayar

Majoriti responden (77.7% staf LHDN dan 62.1% pembayar cukai) bersetuju bahawa sistem atas talian mestilah mempunyai keupayaan untuk membolehkan pembayar

(26)

bersetuju dan bakinya adalah neutral (Lihat Jadual 4.6). Ciri ini adalah satu kelebihan menggunakan sistem atas talian dan responden amat berharap ciri ini dapat diwujudkan.

Jadual 4.6 – Jumlah Baki Cukai Kena Bayar Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 77.7 62.1 Neutral 17.0 30.2 Tidak Setuju 5.3 7.7 Jumlah 100 100

4.3.3 Maklumat peribadi

Kebanyakan responden juga bersetuju bahawa sistem harus membolehkan pengguna membuat capaian terhadap maklumat-maklumat peribadi. Hanya terdapat lebih kurang 10% dari responden dari kedua-dua kumpulan yang tidak setuju manakala bakinya adalah neutral. (Lihat Jadual 4.7).

Jadual 4.7 – Maklumat Peribadi Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 62.8 54.4 Neutral 26.6 34.6 Tidak Setuju 10.6 11.1 Jumlah 100 100

(27)

4.3.4 Jenis taksiran

Berkenaan dengan jenis taksiran pula, terdapat lebih dari 60 % responden bersetuju bahawa sistem atas talian ini mestilah membenarkan pengguna membuat pilihan berkenaan dengan jenis taksiran samada taksiran bersama atau perseorangan. Tidak lebih dari 10% responden tidak bersetuju manakala bakinya neutral. (Lihat Jadual 4.8).

Jadual 4.8 – Jenis Taksiran

Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 68.1 61.7 Neutral 26.6 29.2 Tidak Setuju 5.3 9.1 Jumlah 100 100

4.3.5 Jumlah cukai perlu dibayar

Terdapat 80% daripada responden yang mewakili staf LHDN manakala 63.4% daripada kumpulan responden pembayar cukai bersetuju bahawa sistem atas talian ini haruslah membenarkan pengguna mengetahui jumlah cukai perlu dibayar bagi tahun semasa. Terdapat 2.1% responden daripada staf LHDN dan 8.4% responden daripada pembayar cukai yang tidak bersetuju manakala bakinya adalah neutral. (Lihat Jadual 4.9).

(28)

Jadual 4.9 – Jumlah Cukai Perlu Dibayar Peratus (%) Staf LHDN P/Cukai Setuju 80.9 63.4 Neutral 17.0 28.2 Tidak Setuju 2.1 8.4 Jumlah 100 100

4.4

Pengalaman Lepas Dalam Menggunakan Sistem Atas Talian

Responden juga telah ditanya berkenaan dengan pengalaman mereka dalam menggunakan sistem atas talian, 19.1% daripada responden pembayar cukai dan 26.5% daripada responden staf LHDN menjawab ‘YA’ manakala bakinya menyatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan sistem atas talian. Apabila ditanya lebih lanjut berkenaan dengan sistem atas talian yang biasa mereka gunakan, kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka menggunakan ‘Maybank 2U’. Satu analisa ‘cross-tab’ telah dijalankan di antara faktor demografi dan pengalaman lepas dalam penggunaan sistem atas talian untuk menentukan bahawa adakah terdapat faktor demografi yang ketara bagi menentukan penggunaan sistem atas talian. Keputusan menunjukkan bahawa usia dan tahap pendidikan responden pembayar cukai mempunyai hubungan yang ketara dalam penggunaan sistem atas talian manakala bagi responden staf LHDN, tidak terdapat faktor yang ketara yang dikenalpasti dalam analisa tersebut.

(29)

5.0 REKABENTUK

DAN

PEMBANGUNAN SISTEM

Kaedah berorientasikan objek yang diperkenalkan oleh Jacobsan et al. akan digunakan dalam melaksanakan proses rekabentuk dan pembangunan sistem ini. Di mana kaedah ini merupakan kaedah baru yang dihasilkan dan ianya dibangunkan mengikut modul atau objek yang tersendiri agar ianya menjadi lebih mudah untuk dilakukan sebarang penambahan dan pengubahsuaian dilakukan terhadap sistem tersebut. Bagi membolehkan kaedah berorientasikan objek ini digunakan dengan lebih mudah dan berkesan maka proses rekabentuk dan pembangunan sistem dipecahkan kepada tiga bahagian utama iaitu analisa sistem, rekabentuk sistem dan implementasi dan pengujian sistem (pengkodan).

5.1 Analisa Sistem Berorientasikan Objek

Perkara utama yang perlu dikenalpasti dalam menganalisa sistem yang dibangunkan adalah mengenalpasti aktor yang terlibat dalam domain masalah dan kemudian, satu model yang mengandungi proses yang lengkap dihasilkan supaya keseluruhan proses yang terlibat dapat dikenalpasti.

Sistem yang dibangunkan perlu dipecahkan kepada dua modul utama di mana modul ini adalah berdasarkan dua fungsi aktor yang berbeza. Kedua-dua modul tersebut adalah modul pengendali dan modul pembayar cukai, di mana modul pengendali dipecahkan kepada tiga sub-modul iaitu kata laluan, jadual kadar cukai dan tahun dan kadar pelepasan. Manakala modul pembayar cukai pula dipecahkan juga kepada tiga sub-modul iaitu pendaftaran, taksiran dan paparan borang mengikut tahun.

(30)

Di dalam proses penganalisaan menggunakan kaedah berorientasikan objek adalah penting untuk mengenalpasti domain masalah supaya kaedah ini lebih mudah difahami. Bagi membangunkan sistem ini beberapa ‘use-case’ telah dikenalpasti dan disertakan dengan jadual yang menerangkan ‘use-case’ tersebut, fungsinya, senario dan urutan peristiwa. Rajah ‘use-case’ adalah seperti yang dipaparkan pada Rajah 5.1

Pendaftaran Taksiran Paparan Borang Pembayar Cukai Kata Laluan Kadar Cukai

Tahun & Kadar Pelepasan

Pengendali

Rajah 5.1: ‘Use-Case’ Sistem Penyataan Pendapatan Dan Pengiraan Cukai Pendapatan Orang Perseorangan Secara Atas Talian

Di dalam kaedah berorientasikan objek, setelah ‘use-case’ dikenalpasti rajah interaksi pula digunakan bagi memaparkan interaksi dan aliran maklumat asas yang penting di mana ianya wujud di antara objek statik. Semasa membina rajah interaksi ini, objek-objek statik mestilah dikenalpasti terlebih dahulu kerana ianya merupakan tujuan

(31)

utama mengapa rajah ini dihasilkan. Bagi mendapatkan gambaran analisa sistem ini, sila rujuk Rajah 5.2 dan Rajah 5.3 yang memaparkan interaksi antara aktor dan objek statik serta maklumat asas yang terlibat.

Aktor : Pembayar Cukai Antaramuka Pendaftaran Pengurus Pendaftaran Pangkalan Data Profile Borang Pendaftaran Menu Utama Pilih Menu Pilih Pendaftaran Buka Connection Masukkan Maklumat Hantar Pengesahan Hantar Maklumat Diterima

(32)

Aktor : Pembayar Cukai

Antaramuka Log Masuk

Pengurus

Taksiran Pangkalan Data Taksiran Borang

Taksiran Menu Utama

Buka Connection

Pilih Menu

Masuk Kata Laluan

Pengesahan

Masukkan Maklumat Taksiran

Hantar

Pengesahan

Hantar

Maklumat Diterima & Disimpan

Rajah 5.3: Turutan Taksiran

Proses seterusnya pula adalah dengan mengenalpasti kelas-kelas yang terlibat, di mana dalam kaedah berorientasikan objek ini, kelas-kelas yang telah dikenalpasti perlu digambarkan hubungannya di antara satu dengan yang lain, atribut-atribut yang wujud di dalam setiap kelas dan juga ‘method’ yang digunakan di dalam setiap kelas tersebut. Sila rujuk Rajah 5.4 yang menunjukkan kelas-kelas yang lengkap dengan atribut, hubungan antara kelas dan ‘method’ yang wujud di mana kelas-kelas tersebut telah melalui proses ‘iterative’ seperti mana yang dicadangkan dalam kaedah ini.

(33)

Pembayar Cukai Nama No. IC

(f rom Use Case View) Pengendali

No. Staff (f rom Use Case View)

Pengguna

ID Log Masuk Kata Kunci

Paparan Sahkan Taksiran SahkanTaksiran() PD Taksiran Borang Pendaftaran Pendaftaran.asp() Borang Taksiran IsiBorang.asp() Pengiraan.java() Paparan Borang PaparBorang.asp() Paparan Sahkan Pendaftaran

SahkanPendaftaran()

Antaramuka Log Masuk LogMasuk.asp()

PD Tahun&KadarPelepasan PD Profile

PD KadarCukai Antaramuka Kemaskini Sistem

EditKataLaluan.asp() EditKadarCukai.asp() EditTahunTaksiran.asp() EditKadarPelepasan.asp()

Rajah 5.4: Kelas Keseluruhan Sistem

Dalam bahagian ini, kelas-kelas yang telah diperbaiki dapat dikenalpasti serta hubungan dan atribut-atribut pada kelas-kelas tersebut diteliti dan diuji supaya ianya benar-benar optimum. Seterusnya, selepas bahagian analisa sistem telah dijalankan maka bahagian rekabentuk sistem pula dilaksanakan.

5.2 Rekabentuk Sistem Berorientasikan Objek

Pada bahagian ini, semua hasil daripada bahagian analisa diambil bagi melaksanakan fungsi-fungsi sistem yang telah dikenalpasti. Di mana kelas-kelas tersebut akan

(34)

mengalami proses ‘iterative’ yang bertujuan mengoptimakannya, kemudian segala komponen dikenalpasti, rekabentuk pangkalan data dilakukan dan akhir sekali lapisan-lapisan aplikasi dikenalpasti. Kelas-kelas yang optima daripada fasa analisa ini akan mempunyai pertambahan dari segi ciri-cirinya. Antara ciri-cirinya yang direkabentuk adalah struktur, protokol, ‘method’ dan juga membuang kelas-kelas yang berulang.

Rekabentuk ‘access layer’ merupakan aktiviti untuk mengenalpasti dan merekabentuk

‘object storage’ dan ‘object interoperability’, di mana ‘object storage’ merupakan

komponen di mana maklumat di simpan. Aktiviti ini biasanya bagi menentukan dan merekabentuk pangkalan data dan teknologi pencapaian data yang digunakan pada sistem nanti. Di dalam merekabentuk pangkalan data terperinci, ‘table’, medan-medan dan hubungan antara ‘table’ dikenalpasti melalui kelas, atribut kelas dan juga hubungan di antara kelas tersebut. Jika proses pembangunan kelas dapat dilaksanakan dengan sempurna, rekabentuk pangkalan data terperinci dapat dihasilkan dengan mudah. Bagi sistem yang dibangunkan ini, rekabentuk pangkalan data terperinci merupakan perlaksanaan daripada kelas-kelas yang telah dikenalpasti di dalam domain masalah yang telah dianalisa. Rajah 5.5 merupakan rajah pangkalan data bagi sistem secara keseluruhan, di mana rajah ini menggambarkan bagaimana ‘access

layer’ ini berinteraksi dengan komponen-komponen yang terlibat. Manakala Rajah

5.6 pula adalah merupakan struktur pangkalan data bagi sistem ini.

(35)

Pendaftaran Pengurusan Pangkalan Data Sistem(DBMS) Taksiran Paparan Borang Kata Laluan Kadar Cukai Tahun & Kadar Pelepasan

Profile, Taksiran, Tahun & Kadar

Pelepasan, Kadar Cukai

Rajah 5.5: Pangkalan Data Keseluruhan Sistem

(36)

Dalam proses merekabentuk ‘view layer’ pula, proses yang terpenting atau yang utama adalah merekabentuk paparan skrin iaitu skrin input dan output. Berdasarkan kepada perwakilan rajah turutan dan kelas-kelas yang optima, skrin ini boleh direkabentuk. Pada proses ini, pengenalpastian dan merekabentuk skrin antaramuka pengguna bagi aktor yang telah dikenalpasti melaksanakan arahan juga dilakukan.

5.3 Implementasi dan Pengujian Sistem (Pengkodan)

Implementasi dan pengujian sistem dalam proses ini merupakan penulisan kod pengatucaraan dan pengujian terhadap pengkodan tersebut. Penulisan kod pengaturcaraan dilakukan menggunakan perisian Microsoft Visual InterDef yang diinstall secara pakej bersama dengan perisian lain menerusi Visual Studio (Enterprise Edition).

6.0 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM

Pengujian ini bertujuan untuk memastikan sistem yang dibangunkan tidak mempunyai sebarang ralat dan mencapai kualiti yang dikehendaki, di mana sebarang ralat yang ditemui segera diperbaiki dan diselenggarakan. Keputusan terhadap pengujian adalah sangat penting bagi menunjukkan keupayaan sistem yang sebenarnya dan setelah pengujian ini dilaksanakan maka dipercayai bahawa sistem ini dapat beroperasi dan berfungsi seperti yang diharapkan.

(37)

Objektif utama terhadap pengujian sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian adalah seperti berikut:

i. Memastikan perisian sistem melaksanakan fungsi yang telah ditetapkan;

ii. Mengukur dan menilai kualiti serta kebolehpercayaan sistem aplikasi yang dibangunkan;

iii. Menilai dan menguji tindakbalas elemen-elemen luar sistem seperti perkakasan, pengguna, persekitaran sistem dan pangkalan data.

6.1 Pengujian Setiap Fungsi

Pengujian terhadap setiap fungsi ini dibahagikan kepada dua fungsi modul iaitu modul pengendali dan modul pembayar cukai. Skrin paparan utama antaramuka sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian ini akan terpapar sebaik sahaja pengguna klik ke menu sistem. Pada menu ini, iaitu seperti digambarkan pada Rajah 6.1, pengguna perlu masuk ke dalam sistem sebagai pihak pengendali atau pihak pembayar cukai menerusi ID log masuk dan kata laluan yang dimiliki.

Bagi pihak pembayar cukai yang baru menggunakan sistem ini, adalah perlu untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik pada butang pendaftaran yang terdapat pada menu utama. Kemudian borang pendaftaran yang digambarkan dalam

(38)

Rajah 6.2 terpapar dan meminta pihak pembayar cukai mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem ini. Bagi pihak pembayar cukai yang berjaya mendaftarkan diri, boleh terus menggunakan sistem dengan kembali kepada menu utama dan masuk ke dalam sistem menggunakan ID log masuk dan kata laluan yang telah dipersetujui oleh sistem.

Rajah 6.1: Skrin Paparan Menu Utama Sistem

(39)

6.1.1 Ujian Terhadap Modul Pengendali

Rajah 6.4 menunjukkan menu utama bagi modul pengendali di mana terdapat tiga sub modul utama iaitu kata laluan, jadual kadar cukai, tahun dan kadar pelepasan dan diikuti dengan butang log keluar. Menerusi menu ini pengendali boleh membuat sebarang pertukaran atau perubahan terhadap kata laluan pengendali, kadar cukai, tahun taksiran dan juga kadar pelepasan.

Rajah 6.3: Skrin Paparan Log Masuk Pengendali

(40)

Sekiranya pihak pengendali ingin membuat perubahan atau pertukaran terhadap kata laluan, boleh terus klik pada butang kata laluan dan paparan skrin akan berpindah kepada borang penukaran kata laluan. Pada paparan borang ini, iaitu seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.5, pengendali diminta untuk mengisi kata laluan baru dan kemudian mengesahkannya. Setelah sistem menerima dan mengemaskini kata laluan tersebut maka pihak pengendali akan dibawa ke menu utama pengendali semula.

Rajah 6.5: Skrin Paparan Borang Kemaskini Kata Laluan Pengendali

Seterusnya jika pihak pengendali ingin membuat pelarasan atau kemaskini terhadap kadar cukai yang dikenakan, pihak pengendali boleh terus klik pada butang jadual kadar cukai. Satu paparan jadual cukai seperti Rajah 6.6 akan dipaparkan oleh sistem dan pihak pengendali boleh terus membuat pelarasan atau kemaskini dengan klik pada butang ubah. Setelah kemaskini dilakukan terhadap kadar cukai tersebut, pihak pengendali perlulah klik pada butang kemaskini agar sistem dapat mengemaskini kadar cukai tersebut ke dalam pangkalan data sistem. Setelah itu, barulah pihak pengendali boleh kembali semula ke laman menu utama pengendali untuk aktiviti seterusnya.

(41)

Rajah 6.6: Skrin Paparan Borang Kemaskini Jadual Kadar Cukai

Bagi mengemaskini tahun taksiran dan kadar pelepasan cukai, pihak pengendali boleh terus klik pada butang tahun dan kadar pelepasan di mana jadual kemaskini tahun taksiran dan kadar pelepasan cukai seperti Rajah 6.7 akan dipaparkan oleh sistem. Pihak pengendali boleh terus membuat perubahan dengan klik pada butang ubah, setelah kemaskini atau perubahan dilakukan terhadap tahun taksiran dan kadar pelepasan cukai adalah perlu untuk pengendali klik pada butang kemaskini dan sistem secara terus akan mengemaskinikan segala perubahan tersebut di dalam pangkalan data sistem. Kemudian pihak pengendali bolehlah kembali kepada laman menu utama pengendali untuk tindakan selanjutnya.

(42)

Rajah 6.7: Skrin Paparan Borang Kemaskini Tahun & Kadar Pelepasan

Setelah perubahan serta kemaskini dilakukan, sekiranya pihak pengendali ingin menamatkan penggunaan sistem tersebut, pihak pengendali boleh terus klik pada butang log keluar yang terdapat pada menu utama pengendali. Paparan log keluar seperti Rajah 6.8 akan dipaparkan oleh sistem yang menandakan bahawa pengendali telah berjaya keluar dari sistem tersebut.

(43)

Rajah 6.8: Skrin Paparan Log Keluar

6.1.2 Ujian Terhadap Modul Pembayar Cukai

Pihak pembayar cukai perlu memasukkan ID log masuk dan kata laluan yang dimiliki semasa proses pendaftaran seperti yang dipaparkan pada Rajah 6.9 untuk ke laman utama pembayar cukai. Pada laman tersebut, iaitu seperti yang dipaparkan pada Rajah 6.10 pihak pembayar cukai perlu menentukan jenis taksiran cukai mereka samada melalui taksiran individu atau taksiran bersama. Kandungan kedua-dua taksiran ini adalah sama cuma bezanya pada taksiran bersama di mana ruangan sendiri dan isteri dibenarkan rekod manakala pada taksiran individu cuma ruangan sendiri sahaja dibenarkan rekod oleh sistem. Maka pengujian ini, menggunakan maklumat dari pihak pembayar cukai yang telah berkahwin iaitu yang menggunakan taksiran bersama.

(44)

Rajah 6.9: Skrin Paparan Log Masuk Pembayar Cukai

Rajah 6.10: Skrin Paparan Menu Utama Pembayar Cukai

Pada skrin paparan menu utama pembayar cukai, pihak pembayar cukai bukan sahaja boleh membuat taksiran dengan klik pada butang individu atau bersama tetapi juga

(45)

boleh meminta sistem untuk memaparkan borang-borang penyata pendapatan mereka pada tahun-tahun yang lepas dengan masukkkan tahun yang dikehendaki dan klik pada butang ‘view’. Sekiranya rekod tersebut ada disimpan oleh sistem maka sistem akan paparkannya sekiranya tiada, kotak mesej seperti Rajah 6.11 akan dipaparkan.

Rajah 6.11: Skrin Paparan Kotak Mesej Tiada Rekod

Apabila pihak pembayar cukai klik pada butang bersama, paparan pengenalan borang penyata pendapatan akan dipaparkan. Pada bahagian pengenalan ini atau lebih dikenali sebagai bahagian A iaitu seperti dalam Rajah 6.12, pihak pembayar cukai perlu mengisi butiran peribadi diri dan isteri sebelum meneruskan ke bahagian yang seterusnya. Pada bahagian A dan seterusnya terdapat butang jadual cukai di mana pihak pembayar cukai boleh melihat kadar cukai terkini iaitu seperti dalam Rajah 6.13 dengan klik pada butang tersebut. Terdapat 12 bahagian yang perlu diisi untuk melengkapkan borang penyata pendapatan ini di mana bahagian ini dimulakan dengan bahagian A dan diakhiri dengan bahagian L. Terdapat juga butang padam pada setiap

(46)

bahagian di mana ianya berfungsi memadamkan kesilapan yang dilakukan semasa mengisi borang ini.

Rajah 6.12: Skrin Paparan Bahagian A Borang Penyata Pendapatan

(47)

Seterusnya adalah bahagian B di mana pihak pembayar cukai perlu klik pada butang berikut untuk ke laman bahagian B, sekiranya pihak pembayar cukai tidak memilih kod telefon dan jantina pada bahagian A maka kotak mesej seperti dalam Rajah 6.14 akan dipaparkan meminta pembayar cukai melakukannya. Pada bahagian B yang digambarkan dalam Rajah 6.15 dan Rajah 6.16, pihak pembayar cukai perlu mengisi segala maklumat pendapatan dan potongan bagi tahun taksiran berakhir 31 Disember di mana bahagian B ini mempunyai dua halaman.

Rajah 6.14: Skrin Paparan Kotak Mesej Tiada Catatan

Rajah 6.15: Skrin Paparan Bahagian B Borang Penyata Pendapatan (halaman 1)

(48)

Rajah 6.16: Skrin Paparan Bahagian B Borang Penyata Pendapatan (halaman 2)

Setelah mengisi bahagian B kedua-dua halaman itu, pihak pembayar cukai boleh terus ke bahagian yang lain dengan klik pada butang berikutnya. Halaman berikutnya yang dipaparkan pada Rajah 6.17 adalah bahagian C iaitu bahagian yang meminta pihak pembayar cukai menyatakan maklumat rumah kediaman yang disediakan oleh majikan dan bahagian D iaitu bahagian yang meminta pihak pembayar cukai menyatakan maklumat pendapatan yang diterima dalam tempoh asas berkenaan dengan sesuatu tahun terdahulu yang belum lagi dilaporkan. Seterusnya adalah halaman bagi bahagian E, F dan G yang digambarkan dalam Rajah 6.18, di mana bahagian E meminta pihak pembayar cukai menyatakan maklumat tuntutan pelepasan cukai dua kali, manakala bahagian F pula tentang tuntutan pengecualian premis kediaman dan bahagian G adalah maklumat tentang cukai keuntungan harta tanah. Selepas klik pada butang berikutnya, pihak pembayar cukai dipaparkan dengan bahagian H, iaitu seperti Rajah 6.19. Di mana bahagian ini meminta pihak pembayar

(49)

perbelanjaan perubatan ibu bapa, pembelian buku atau majalah, tanggungan anak, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans pendidikan dan perubatan dan sebagainya.

Rajah 6.17: Skrin Paparan Bahagian C Dan D Borang Penyata Pendapatan

(50)

Rajah 6.19: Skrin Paparan Bahagian H Borang Penyata Pendapatan

Halaman atau bahagian seterusnya yang perlu diisi oleh pihak pembayar cukai adalah bahagian I, J dan K iaitu seperti yang dipaparkan dalam Rajah 6.20, di mana bahagian I adalah berkenaan dengan maklumat tuntutan rebat yang boleh dituntut oleh pihak pembayar cukai, manakala pada bahagian J pula adalah berkenaan maklumat pekerjaan pembayar cukai dan pada bahagian K adalah berkenaan maklumat perniagaan pihak pembayar cukai. Setelah mengisi ketiga-tiga bahagian ini pihak pembayar cukai boleh terus ke halaman berikutnya iaitu bahagian L yang dipaparkan dalam Rajah 6.21, bahagian ini merupakan bahagian pengiraan cukai pendapatan orang perseorangan yang dikenali sebagai pendidikan ke arah pengiraan sendiri cukai pendapatan. Pada bahagian ini pihak pembayar cukai perlu mengisinya dengan berpandukan maklumat-maklumat penyataan yang telah dinyatakan sebelum ini. Pengiraan cukai akan dilakukan oleh sistem, pihak pembayar cukai cuma perlu mengisi maklumat tertentu sahaja.

(51)

Rajah 6.20: Skrin Paparan Bahagian I, J Dan K Borang Penyata Pendapatan

(52)

Setelah bahagian L dipenuhi dan pihak pembayar cukai telah tahu berapa jumlah pendapatannya yang layak dicukai dan juga mengetahui jumlah cukai yang perlu dibayar olehnya, pihak pembayar cukai boleh terus klik pada butang berikut dan satu kotak mesej seperti Rajah 6.22 akan dipaparkan oleh sistem menyatakan bahawa maklumat telah disimpan oleh sistem dan sistem telah tamat. Pihak pembayar cukai boleh klik pada butang ok pada kotak mesej tersebut dan skrin akan memaparkan halaman log keluar sistem.

Rajah 6.22: Skrin Paparan Kotak Mesej Sistem Tamat

Pengujian ini telah dilakukan berulang kali sehingga ianya benar-benar dapat diterima dan digunakan dengan baik, ianya juga dilakukan terhadap kepuasan pengguna, sistem pengoperasian, aplikasi perisian yang digunapakai dan juga pangkalan data yang dibangunkan.

(53)

6.2 Ujian Terhadap Kepuasan Pengguna

Pengujian seterusnya yang dilakukan adalah terhadap kepuasan pihak pengguna, di mana seramai sepuluh orang telah dipilih secara rawak untuk menguji sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian ini. Setelah menguji dan menggunakan sistem ini, pihak pengguna diminta untuk mengisi borang pengujian kepuasan pengguna di mana borang ini mengkategorikan pengujian ini kepada lima bahagian iaitu penggunaan, kefungsian, kos, antaramuka pengguna berintuisi dan kebolehpercayaan sistem (Bahrami, 1999). Pihak penguji diberi pilihan untuk memilih angka 1 hingga 6 di mana 1 menggambarkan yang paling tidak baik kepada sistem manakala 6 menggambarkan yang paling baik kepada sistem.

Berdasarkan borang tersebut didapati bahawa purata 5.5 dari skala 6 yang mengatakan sistem tersebut mudah digunakan. Manakala dari segi kefungsian pula didapati bahawa kesemua penguji mengatakan bahawa fungsi sistem ini adalah baik. Pihak penguji juga menyatakan bahawa kos pengendalian sistem ini adalah murah berdasarkan jumlah puratanya sebanyak 5.4 dari skala 6 dan sejumlah purata 5.6 dari skala 6 yang bersetuju bahawa sistem ini mempunyai antaramuka pengguna yang berintuisi atau antaramuka pengguna yang mudah diikuti. Sistem ini juga dianggap oleh pihak penguji bahawa ianya mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi di mana ianya mencatat jumlah purata sebanyak 5.7 dari skala 6. Jumlah keseluruhan purata terhadap pengujian kepuasan pengguna terhadap sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian ini adalah berjumlah 5.64 dari skala 6 di mana ianya boleh dirumuskan bahawa sistem ini memenuhi keperluan dan kepuasan pihak pengguna. Sila rujuk Jadual 6.1.

(54)

Jadual 6.1: Pengujian Kepuasan Pengguna

Pengujian: Peratus (%) Purata

Penggunaan 91.7 5.5

Kefungsian 100 6

Kos 90 5.4

Antaramuka Pengguna Berintuisi 93.3 5.6

Kebolehpercayaan 95 5.7

Jumlah Keseluruhan 94 5.64

7.0 KESIMPULAN

Dengan penggunaan sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian ini, pihak pembayar cukai tidak perlu lagi menunggu lama bagi mendapatkan borang nyata pendapatan atau dikenali sebagai borang B daripada pihak LHDN pada setiap tahun. Melalui sistem ini juga, pihak pembayar cukai boleh terus mengetahui jumlah cukai yang perlu dibayar sebaik sahaja mengisi dan menghantar borang nyata pendapatan secara atas talian dan pihak pembayar cukai juga boleh terus membuat pembayaran menerusi e-pembayaran yang disediakan oleh pihak bank yang terlibat.

Pihak LHDN pula tidak perlu menggunakan tenaga pakar yang ramai bagi menyemak semula borang B yang telah diisi oleh pihak pembayar cukai kerana fungsi ini telah dilaksanakan oleh sistem. Pihak LHDN juga boleh menghapuskan penggunaan notis cukai yang biasanya dihantar kepada pihak pembayar cukai menerusi perkhidmatan pos kerana jumlah cukai yang perlu dibayar boleh disemak oleh pembayar cukai menerusi sistem yang berasaskan teknologi web ini.

(55)

Sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian yang telah dibangunkan ini akan lebih berkesan sekiranya penambahan atau pembaikan dapat dilakukan terhadap ciri keselamatan di mana pada sistem yang telah dibangunkan ini ciri keselamatan hanya tertumpu pada isu log masuk (login) sahaja.

Pelaksanaan sistem ini memerlukan perkakasan, perisian dan sistem pengoperasian yang benar-benar sesuai supaya ianya dapat digunakan dengan lebih berkesan. Semoga dengan pembangunan atau kewujudan sistem penyataan pendapatan dan pengiraan cukai pendapatan individu secara atas talian ini dapat membantu pihak LHDN dan pihak pembayar cukai dalam melaksanakan proses kutipan dan pembayaran cukai dengan lebih cekap dan berkesan.

(56)

RUJUKAN

Abdul, M. (2003). Income Tax Non-compliance in Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Akta Cukai Pendapatan 1967 (seperti pindaan).

Ali Bahrami, (1999). “Object Oriented Systems Development”. Irwin McGraw-Hill Charles E. Brown. “ASP Vs PHP Which One Is Right for Your Next Side?”

http://www.geocities.com/ewmpsi/aspvsphp.html (14/10/2003)

Deitel, H. M., Deitel, P. J. & Nieto, T. R., (2001).”E-Business & E-Commerce: How to Program”. Prentice Hall, New Jersey.

http://www.ftb.ca.gov (8/11/2003). http://www.hasilnet.org.my (14/10/2003).

I. Jacobson; G. Booch; J. Rumbaugh (1998) “The Unified Software Development process”, Addison Wesley, Massachusetts.

Jones, A. R., (2000). “Mastering Active Server Pages”. http://msdn.microsoft.com (15.07.2002)

Keluaran Ke Tujuh, (2002). “Kamus Dewan Edisi Ketiga”. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nor Aziah A. M, Noraza, M.U. & Zaimah, Z. A, (2003). “Pengenalan Kepada Sistem Pencukaian Di Malaysia”. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Seitz, J. & Stickel, E., (1998). “Internet Banking - The Overview”. http://www.arraydev.com/commerce/jibc/9801-8.htm (15/10/2003).

Simon Bisson, (2001). “It’s In the Script”. http://www.appdevadvisor.com (15/10/2003).

Sybex, (2002). “What Is Jscript”. http://msdn.microsoft.com (15/10/2003). http://www.utusan.com.my/ (29/10/2003).

Yerkey, N., (2001). “Active Server Pages for Dynamic Database Web Access”. http://tamino.emeraldinsight.com (15/10/2003).

Referensi

Dokumen terkait

Sec.ara tidak langsung objektif kajian terc.apai iaitu, terdapat perbezaan bererti diantara mil isirung buah keras mentah pada aras yang berbeza keatas komposisi asid lemak dalam

Ada beberapa hal yang menjadikan keputihan normal pada wanita menjadi masalah keputihan yang abnormal atau berbahaya, antara lain adalah tidak menjaga kebersihan

Ayat ini sesungguhnya telah memberikan kepada kita sebuah gambaran hubungan antara persekutuan jemaat mula-mula dan dampaknya kepada kesaksian hidup mereka yang membawa

Dinas Kelautan dan Perikanan Provinsi Sumatera Barat mempunyai tugas pokok melaksanakan urusan pemerintahan daerah bidang Kelautan dan Perikanan dan mempunyai fungsi

Demikian Kerangka Acuan Kerja (KAK) yang telah disusun sebagai pedoman dan petunjuk serta acuan dalam pelaksanaan kegiatan pengembangan desa tangguh bencana, Badan

Hasil regresi panel ini terhadap data yang ada sejalan dengan hasil analisa kuadran yang juga telah dilakukan pada bagian sebelumnya, kurang lebih 91,3 persen

[r]