• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2) MORFOLOGI PENGGOLONGAN KATA : KATA NAMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2) MORFOLOGI PENGGOLONGAN KATA : KATA NAMA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

h tt p :// de rm agab m k1. b lo gs p o t.c o m

A. KONSEP KATA NAMA

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

(1) Pengertian:

Kata nama (KN) dari segi semantik ialah perkataan yang digunakan untuk

menamakan orang, tempat, benda, alat, perkara, haiwan, konsep, dan

sebagainya.

 Dari segi tempat kehadiran kata tersebut dalam binaan ayat, kata nama ialah

sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.

Kata nama terbahagi kepada kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti

nama. (2) Ciri-ciri:

(i) Dapat diikuti kata tunjuk atau kata penentu, iaitu itu, ini, dan tersebut budak itu

kotak ini bangunan ini

pegawai tersebut kejohanan tersebut

(ii) Dapat disertai kata bilangan - dengan penjodoh bilangan atau tanpa penjodoh bilangan

lima buah kenderaan

tiga kuntum bunga

kedua-dua orang pelajar

kebanyakan pekerja

empat cadangan

beberapa kesilapan

(iii) Dapat diikuti oleh kata adjektif (sebagai penerang) - secara langsung atau dengan kata hubung yang.

jambatan lama sungai dalam pencapaian tinggi

tempat yang jauh pendapat yang baik

kemenangan yang cemerlang

(3) Fungsi:

(i) Inti bagi binaan frasa nama

kakitangan sekolah

bilik tetamu

pasukan terbaik

pemandu teksi

nelayan laut dalam

Nota

PENGGAL

2

MORFOLOGI

(2)

2

h tt p :// de rm ag abm k1. b lo gs p o t.c o m

B. PENGGOLONGAN KATA NAMA

(ii) Subjek dalam binaan ayat

Dia berasal dari kampung.

Penyanyi itu sangat terkenal.

Jawahir menyesal.

Buku Alia hilang semalam.

Pendidikan budak itu tidak tinggi.

(iii) Predikat dalam binaan ayat Haji Ismail pegawai kewangan. Kawannya itu anak orang kaya.

Kumpulan itu pelancong dari Korea Selatan.

(iv) Objek dalam binaan ayat = hadir selepas kata kerja transitif Pendekar itu telah mengalahkan musuhnya.

Pak Mail menghadiahkan basikal kepada cucunya.

Ciptaan terbaharunya mendapat sambutan di luar dugaan. (v) Pelengkap dalam binaan ayat = hadir selepas kata kerja tak transitif

Anaknya tidak mahu menjadi peniaga. Nasinya berlaukkan ikan haruan.

Pengemis itu tidur dengan beralaskan surat khabar lama.

(vi) Pelengkap bagi binaan frasa sendi nama = hadir selepas kata sendi nama ke laut

daripada rotan kepada kekasih

oleh Encik Hamzah untuk anak-anak yatim

KATA NAMA

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

Hidup Tak Hidup Hidup Tak Hidup

Manusia Bukan manusia Institusi Bukan institusi Manusia Bukan manusia Tunjuk Diri Tak Tentu Umum Tempat Hal Tanya Diri  Pertama  Kedua  Ketiga Konkrit Abstrak  Berbilang  Tak berbilang

(3)

3

h tt p :// d e rm ag ab m k1. b lo gs p o t.c o m (1) Kata Nama Am

(i) Pengertian = merujuk kepada kata nama yang umum sifatnya. orang = guru, pegawai, pengguna, petani

binatang = kucing, gajah, semut, kuman, burung

tumbuhan = pokok, rumput, sayur, belukar, hutan

tempat = kampung, bandar, pedalaman institusi = sekolah, majlis, persatuan, universiti benda = meja, kenderaan, kipas, rumah perkara = iklim, udara, cuaca, roh, nafas konsep = kedamaian, ketenangan

(ii) Jenis KN Am: KN am hidup (manusia dan bukan manusia), dan KN am tak hidup (institusi dan bukan institusi)

Tempat:

Rumah, kedai

Padang, jalan, longkang

Bandar, negeri, negara

Sungai, laut

*Menggunakan kata sendi nama ke, di, dan dari

Tak berbilang: Hawa, iklim, angin, angkasa, semangat, kecantikan, keseronokan *Tidak boleh dibilang = tidak boleh disertai kata bilangan Berbilang: Rancangan, senyuman, pendapat, cadangan, kehendak *Boleh dibilang = boleh disertai kata bilangan

Pusat masyarakat: Sekolah, hospital,

dewan, pejabat, masjid, perpustakaan

Agensi: Jabatan, kementerian, mahkamah

Pertubuhan: Persatuan, kelab, kesatuan

*Boleh menggunakan kata sendi nama kepada dan daripada sebelum KN am berkenaan

Binatang: Kucing,

tupai, hama, gajah, semut, kuman, ulat, burung

Tumbuhan: Pokok,

rumput, sayur, belukar, hutan

Makhluk halus: Jin,

syaitan, jembalang, malaikat, dewa, pari-pari, bidadari

Orang: Ketua, ayah,

pegawai, nelayan, pengguna, bayi, jutawan

KATA NAMA AM

Hidup Tak hidup

manusia bukan manusia institusi bukan institusi Abstrak Konkrit

(4)

4

h tt p :// de rm agab m k1. b lo gs p o t.c o m

(2) Kata Nama Khas

(i) Pengertian = merujuk kapada kata nama yang mendukung makna rujukan

khusus.

(ii) Jenis KN khas: KN khas hidup (manusia dan bukan manusia), dan KN khas tak hidup.

(3) Kata Ganti Nama

(i) Pengertian = perkataan yang dapat menggantikan kata nama, sama ada kata nama am atau kata nama khas.

(ii) Golongan = dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama

diri, dan kata ganti nama tak tentu1

1 Tatabahasa Asas (2012:68 dan 76)

Menunjukkan perkara atau hal:

begitu

begini

yakni / iaitu

Benda: Honda, Toshiba, Acer. Panasonic

Bangsa: Melayu, Inggeris, Arab, Maori, Cina, India

Negeri: Kelantan, Terengganu, Sabah, Johor

Negara: Malaysia, Thailand, Sweden, Arab Saudi

Tempat: Dungun, Tanah Merah, Kuantan, Grik, Tasik Cini, Masjid

Abidin, Muzium Negara

Institusi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Universiti Malaya,

Parlimen Malaysia, Kolej Shahputra, Mahkamah Persekutuan

Undang-undang/Akta: Akta Keselamatan dalam Negeri,

Perlembagaan Malaysia, Ordinan Darurat

Agama: Islam, Hindu, Budhha, Kristian

Gelaran: Yang Amat Berhormat, Yang Berbahagia, Tan Sri, Tuan

Haji

Judul: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (buku), Pendekar Bujang

Lapok (filem), Negaraku (lagu)

Binatang: Kelabu, Sang

Kancil, Pak Belang, Raja Rimba

Tumbuhan: Hevea

Brasilia (pokok getah), Vanda Diana (orkid), Metarrhizium (kulat)

Makhluk halus:

Israfil, Jibril, Mungkar dan Nakir, Izrail (malaikat)

Nama Orang: Razali, Raja Sofiah, Lim Swee Ming, Gopalnalan, Elizabeth, Puteri Kamariah,

Tengku Hashim, Tuan Ishak

Bersama dengan Gelaran/Panggilan: Profesor Ghani, Senator Ramasamy, Doktor Chan, Mak

Su Aini, Datuk Wan Ali

KATA NAMA KHAS

Hidup Tak hidup

manusia bukan manusia Menunjukkan kedudukan benda: itu (jauh) ini (dekat) tersebut

(5)

5

h tt p :// de rm agab m k1. b lo gs p o t.c o m

C. BENTUK KATA NAMA

(1) Kata Nama Tunggal

(i) Pengertian = bentuk kata nama yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan menjadi inti bagi binaan frasa nama

Boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap

(ii) Binaan = terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata hingga beberapa suku kata

 Satu suku kata : cat, pam, ru, tin, wang, yu, zoo  Dua suku kata : adik, bawang, cerpen, kita, robot

Orang lain yang sedang diperkatakan:

dia, ia, beliau, -nya, baginda

mereka

Orang yang sedang dilawan bercakap:

awak, anda, kamu, saudara,

tuan, tuanku

anda semua, tuan-tuan, kalian

Menunjukkan tempat sesuatu berada/ terletak:

sana (jauh)

situ (agak jauh)

sini (dekat)

*Perlu digunakan dengan

kata sendi nama di, ke, dan dari

Menggantikan sesuatu atau orang yang tidak dapat ditentukan:

siapa-siapa / sesiapa

(orang)

mana-mana (tempat atau

benda)

apa-apa (benda atau hal)

Menggantikan benda atau orang dalam bentuk pertanyaan:

siapa (orang)

apa (benda atau binatang)

mana (orang atau benda)

Orang yang sedang bercakap:

saya, aku, beta

kita, kami KATA GANTI NAMA Tunjuk Diri Umum Tempat Tanya Orang Kedua Pertama Tak Tentu Ketiga Hal

(6)

6

h tt p :// de rm agab m k1. b lo gs p o t.c o m

 Tiga suku kata : almari, belalang, jenama, kepala, wanita  Empat suku kata : demokrasi, Perhilitan, sandiwara

(iii) Akronim = terbentuk daripada cantuman huruf, suku kata, dan bahagian-bahagian lain daripada satu rangkaian kata.

 UPSI = Universiti Pendidikan Sultan Idris

 Intan = Institut Tadbiran Awam Negara

 kugiran = kumpulan gitar rancak

 jentolak = jentera tolak

(iv) Penjodoh bilangan = pasangan bagi kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan kata nama yang mengikutinya

empat ekor ayam sepuluh biji rambutan beberapa buah motosikal

sesikat pisang tiga kaki payung dua rumpun serai

(2) Kata Nama Terbitan

(i) Pengertian = bentuk kata nama yang terhasil daripada proses

pengimbuhan = proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar

(ii) Jenis imbuhan kata nama

Terdiri daripada awalan, akhiran, apitan, dan sisipan Terdapat imbuhan asli dan imbuhan pinjaman

Awalan Akhiran Apitan Sisipan

As li pe- pem- pen- peng- penge- peny-2pe- pel- per- ke- juru-  -an  pe-...-an pem-...-an pen-...-an peng-...-an penge-...-an peny-...-an3pel-...-an per-...-an ke-...-an  -el-  -er-  -em-

Awalan Akhiran Apitan Sisipan

Pin jam an maha- tata- swa- pra- sub- panca- supra- eka- dwi- tri- tuna- pasca- poli- auto- -wan -man -wati -in -at -ah -isme -ik -logi - -

2Tatabahasa Asas (2012:30), seperti di dalam buku Abdullah Hassan: Morfologi (PTS Profesional, 2006:65)

3Tatabahasa Asas (2012:24), seperti di dalam buku Abdullah Hassan: Morfologi (PTS Profesional, 2006:86)

(7)

7

h tt p :// d e rm ag ab m k1. b lo gs p o t.c o m

(3) Kata Nama Ganda

(a) Pengertian = bentuk kata nama yang terhasil daripada proses

penggandaan = proses mengulang kata dasar

(b) Jenis gandaan kata nama:

(i) Gandaan penuh = seluruh kata nama dasar diulang, sama ada kata tunggal atau kata terbitan

Kata dasar tunggal Kata dasar terbitan  lalang-lalang  negeri-negeri  lori-lori  pejuang-pejuang  ancaman-ancaman  keputusan-keputusan

(ii) Gandaan semu = seluruh kata dasar daripada jenis kata akar diulang  kanak-kanak

 labi-labi

 kunang-kunang  biri-biri

(iii) Gandaan separa = sebahagian kata dasar diulang, sama ada kata tunggal atau kata terbitan

Kata dasar tunggal Kata dasar terbitan  lelaki gegendang tetikus buah-buahan bayang-bayangan batu-batuan

(iv) Gandaan berentak = pengulangan bunyi vokal dan konsonan, dan pengulangan berentak bebas

Berentak vokal Berentak konsonan Berentak bebas  sayur-mayur kuih-muih lauk-pauk kayu-kayan gunung-ganang warna-warni  ipar-lamai  anak-pinak  semak-samun

(v) Gandaan bersisipan = pengulangan seluruh kata dasar dengan dimasukkan sisipan pada bahagian ulangan

tali-temali jari-jemari

(c) Makna Gandaan Kata Nama = Rujuk nota Proses Pembentukan Kata:

Penggandaan, hlm. 3: (a) Makna Penggandaan Kata Nama

(4) Kata Nama Majmuk

(a) Pengertian = bentuk kata nama yang terhasil daripada proses

merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu

Wujud perkataan baharu yang membawa makna yang berbeza daripada makna asal kata dasar yang digunakan

(8)

8

h tt p :// d e rm ag abm k1. b lo gs p o t.c o m

(b) Ejaan kata majmuk = bercantum dan terpisah

Bercantum Terpisah  antarabangsa  bumiputera  jawatankuasa  kakitangan  hulubalang  peribahasa  anak angkat  atur cara  kaki bukit  kertas kerja  Ketua Jurulatih  telefon bimbit

(c) Jenis Kata Nama Majmuk:

(i) Rangkai kata bebas = digunakan secara umum dalam pelbagai bidang, termasuk nama jawatan

 balai raya  rukun tetangga  sapu tangan  Ketua Menteri  Setiausaha Akhbar  Timbalan Pendakwaraya (ii) Istilah khusus = digunakan khas dalam bidang tertentu

 analisis teks  deria rasa  medan sinaran

 pita suara  segi empat tepat  telefon dail terus (iii) Kiasan = terdiri daripada peribahasa

 ibu ayam  buku lima  lipas kudung

 duit kopi  buaya darat

Referensi

Dokumen terkait

Membawa Dokumen Penawaran Asli dan Foto copy sesuai dengan yang telah diunggah. dalam

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis pengaruh pemasaran relasional yang terdiri dari memahami harapan nasabah, membangun kerjasama nasabah,

Pemusatan tegangan tekan yang besar dalam arah longitudinal terjadi di penampang tumpuan pada segmen kecil di muka ujung balok, baik pada balok pratarik maupun

Aplikasi penelitian ini dimasa yang akan datang disarankan agar Hotel Grand Duta Syariah Palembang dapat membedakan fungsi penjualan dan fungsi kas agar tidak

Dengan kata lain, pemilik sertifikat Berkaitan dengan sertifikat sebagai tanda bukti hak yang bersifat kuat,. sertifikat yang diterbitkan oleh Kantor Pertanahan

[r]

[r]

- Republik Indonesia, Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1960 tentang.. Undang-Undang