• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMANDANGKAN BANDAR KUALA LUMPUR MERUPAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MEMANDANGKAN BANDAR KUALA LUMPUR MERUPAK"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Bandar Kuala Lumpur yang berkembang pesat sebagai ibu negara Malaysia pada

hari ini mempunyai sejarahnya yang panjang. Terdapat banyak pendapat yang

menyatakan tentang asal usul nama Kuala Lumpur. J.M. Gullick ada menyatakan dua

teori berkaitan nama asal Kuala Lumpur. Pertama, beliau berpendapat nama Kuala

Lumpur terhasil daripada penyelewengan nama asalnya iaitu Pangkalan Lumpur dan

kedua beliau menggunakan Sungai Lumpur sebagai rujukan yang paling hampir.1

Kemodenan dan kemajuan yang dicapai oleh bandar Kuala Lumpur pada hari ini ternyata

telah melalui pelbagai proses. Umum sedia maklum bahawa keunggulan sejarah bandar

Kuala Lumpur itu sendiri amat berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah

yang telah bermula sekitar tahun 1857 dengan kedatangan orang-orang Cina ke Kuala

Lumpur.2 Melalui kegiatan perlombongan inilah kemudiannya telah membawa Kuala

Lumpur terus membangun dan sehingga kini menjadi sebuah bandar pesat yang dikenali

seluruh dunia.

Ekoran dari kegiatan perlombongan bijih timah yang semakin rancak, Kuala

Lumpur telah mengalami suatu tranformasi baru. Kuala Lumpur yang suatu ketika dahulu

hanyalah merupakan pekan kecil yang berasaskan kegiatan perlombongan bijih timah

kemudian telah berubah menjadi sebuah bandar yang berfungsi sebagai pusat

perkembangan ekonomi dan sosial yang penting pada ketika itu.

Perkembangan-perkembangan ini kemudiannya telah membawa kepada pertambahan jumlah penduduk

di Kuala Lumpur. Kelahiran Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang pesat

membangun seterusnya menjadikan bandar tersebut antara contoh terbaik dalam melihat

pelbagai perubahan sosial khususnya pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

1 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 4-5.

(2)

Sebelum melihat kepada perubahan sosial yang berlaku di Kuala Lumpur pada

penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, penulisan ini akan melihat terlebih dahulu

faktor-faktor yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar. Kemudiannya, akan

dibincangkan pula tentang ciri-ciri perbandaran di Kuala Lumpur dan ciri-ciri kehidupan

bandar yang mencetuskan perubahan sosial di Kuala Lumpur.

FAKTOR-FAKTOR KUALA LUMPUR MENJADI SEBUAH BANDAR

PUSAT PENTADBIRAN

Salah satu faktor yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar

adalah kerana peranannya sebagai pusat pentadbiran. Perkembangan Kuala Lumpur di era

sebelum kedatangan British lebih tertumpu di sekitar tebing sebelah timur Sungai Kelang

dan perkembangan bandarnya pada waktu itu berlaku di sekitar tiga jalan utama yang

terdapat pada masa tersebut iaitu Cross Street (Jalan Silang), Market Street (Lebuh Pasar)

dan High Street (Jalan H.S. Lee).3 Pentadbiran Kuala Lumpur sebelum kedatangan British

adalah di bawah kapitan Cina sebenarnya pernah musnah akibat peperangan pada tahun

1870-an dan pernah sepi tanpa penghuni kerana penghijrahan keluar penduduknya akibat

wabak taun.4 Namun begitu, keadaan ini mula berubah menjelang tahun 1880-an dan

dapat dilihat Kuala Lumpur mula dikunjungi serta didiami oleh orang ramai.

Hal ini demikian kerana pada tahun 1880 berlakunya perpindahan pusat

pentadbiran British dari Klang ke Kuala Lumpur.5 Perpindahan pusat pentadbiran British

3 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Institusi Pasar Dalam Sejarah: Analisis Terpilih Peranan Pasar Di Bandar Kuala Lumpur Sehingga Tahun 1914, Seminar Sejarah Sosial Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Serantau, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 22-23 Julai 2005, hlm. 1. 4 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 45.

(3)

ke Kuala Lumpur dapat dilihat sebagai satu asas penting yang berjaya merubah fungsi

Kuala Lumpur itu sendiri seterusnya menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar

yang pesat membangun. Perpindahan ini juga dilakukan atas faktor kedudukan Kuala

Lumpur yang jauh lebih strategik di samping turut bertujuan untuk memesatkan kawasan

bandar. Keadaan Kuala Lumpur semakin membangun apabila Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu dibentuk pada tahun 1896 dan Kuala Lumpur kemudiannya dipilih sebagai ibu

negeri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.6 Pemilihan ini adalah kerana kedudukan Kuala

Lumpur yang strategik iaitu berada di tengah-tengah di antara semua Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu yang lain iaitu Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan statusnya

yang baru iaitu sebagai pusat pentadbiran, Kuala Lumpur ternyata semakin dikenali serta

menjadi tumpuan ramai kerana sebagai pusat bandar yang pesat membangun sudah tentu

Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan seperti dari sudut kemudahan asas serta

peluang ekonomi yang lebih besar.

PUSAT EKONOMI

Antara faktor lain yang menyebabkan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar

adalah disebabkan oleh peranannya sebagai pusat ekonomi. Seperti yang sedia maklum di

Kuala Lumpur terdapat banyak lombong-lombong bijih timah yang dikuasai oleh orang

Cina majoritinya.7 Sebagai contoh pada tahun 1882, Kapitan Cina seperti Yap Ah Loy dan

Yap Ah Shak telah membuka lombong-lombong baru seperti di Kepong, Gonggang dan

Pudu manakala pada tahun 1885 kegiatan perlombongan dijalankan di kawasan seperti

Serendah, Tangga China serta Panggor dan pada tahun 1886 kawasan perlombongan bijih

timah turut melibatkan Sungei Belak.8 Kegiatan perlombongan kemudiannya bertambah

6 Ibid., hlm. 47.

7 J. M. Gullick, The Story of Kuala Lumpur (1857-1939), Petaling Jaya: Eastern Universities Press, 1983, hlm. 120.

(4)

pesat dengan penglibatan orang-orang Eropah. Mereka mula menanam modal dan

membawa teknologi seperti kapal korek seterusnya menguasai banyak lombong bijih

timah di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur juga turut menjadi kawasan pertanian dan penanaman yang penting

pada ketika itu. Antara tanaman yang ditanam termasuklah pokok kopi dan di antara

tahun 1884 sehingga 1894, di Kuala Lumpur terdapat lebih kurang 7,000 ekar tanah yang

ditanam dengan pokok kopi.9 Selain tanaman kopi, padi juga merupakan tanaman yang

banyak ditanam. Hal ini kerana Yap Ah Loy ingin mendapatkan bekalan beras yang lebih

murah di samping dapat mengurangkan kos sara hidup para pelombong dan dengan itu

pada tahun 1878, kawasan Ampang mula ditanam dengan padi kemudian diikuti dengan

kawasan Setapak serta Batu pada tahun1885.10 Kemudian pada tahun 1900 pula,

ladang-ladang getah telah dibuka di Kuala Lumpur oleh syarikat-syarikat dari Eropah dan

keadaan ini kemudiannya telah membawa ramai buruh-buruh dari luar datang ke Kuala

Lumpur.11 Ternyata peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran diperkukuhkan lagi

dengan fungsinya sebagai pusat ekonomi dan hal ini menyebabkan Kuala Lumpur

mengalami suatu transformasi dengan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun.

PUSAT KEMUDAHAN SOSIAL

Sejajar dengan perkembangan Kuala Lumpur yang mula menjadi pusat

pentadbiran dan ekonomi, secara tidak langsung juga Kuala Lumpur turut berperanan

sebagai pusat kemudahan sosial. Hal ini turut menjadi faktor mengapa Kuala Lumpur

berkembang menjadi sebuah bandar. Kuala Lumpur yang berperanan sebagai pusat

kemudahan sosial dapat dilihat menerusi aspek pengangkutan dan perhubungan.

Contohnya pada tahun 1886 jalan kereta api telah siap dibina menghubungkan Kuala

(5)

Lumpur ke Kelang dan pada tahun 1887 pula Kuala Lumpur telah dihubungkan dengan

46 buah lombong yang besar di sekitarnya melalui jalan raya.12 Kemudahan perhubungan

ini kemudiannya menyebabkan peniaga-peniaga dari Hulu Selangor tidak lagi

menggunakan laluan Sungai Selangor sebaliknya menggunakan jalan darat untuk ke

Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, peranan Kuala Lumpur sebagai pusat kemudahan asas juga

dapat dilihat menerusi aspek telekomunikasi seperti pembinaan jaringan telegraf.

Misalnya pada tahun 1886, jaringan telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka telah

siap dibina dan dari Melaka ianya akan di sambungkan ke Singapura serta kawasan luar.13

Selain itu, di Kuala Lumpur sekitar tahun 1888 dapat dilihat telah wujudnya institusi

perbankan seperti Chartered Bank yang memberikan kemudahan kredit seterusnya

menggalakkan perkembangan ekonomi di Kuala Lumpur.14 Dari sudut kemudahan

pendidikan pula, terdapat beberapa sekolah terawal yang telah ditubuhkan di Kuala

Lumpur ketika itu. Contohnya termasuklah sekolah-sekolah seperti Sekolah Victoria yang

dibina pada tahun 1894, Sekolah Convent Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1899

dan Sekolah St. John yang dibina pada tahun 1904. Seterusnya terdapat juga

kemudahan-kemudahan asas lain di Kuala Lumpur yang bersifat komersial termasuklah hotel-hotel

dan salun rambut. Keadaan ini sekaligus menjadi pemangkin kepada Kuala Lumpur untuk

berubah menjadi sebuah bandar yang pesat dan membangun.

CIRI-CIRI PERBANDARAN DI KUALA LUMPUR

12 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, hlm. 46.

13 J. M. Gullick, A History of Kuala Lumpur 1856-1939, Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2000, hlm. 61.

(6)

Perbandaran atau juga disebut sebagai urbanisasi sering dikaitkan dengan proses

perkembangan sesebuah kawasan luar bandar seperti kampung atau pekan kecil menjadi

sebuah bandar akibat pertambahan fungsinya dari sudut pentadbiran ekonomi dan juga

sosial. Setiap kawasan yang menjadi bandar tentunya mempunyai ciri-ciri perbandaran

yang dapat dilihat. Begitu juga dengan bandar Kuala Lumpur, terdapat beberapa ciri

perbandaran yang dapat dilihat melalui bandar ini yang mana ciri tersebut tidak dapat

dilihat di kawasan lain khususnya pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

PERTAMBAHAN JUMLAH PENDUDUK

Perkembangan industri perlombongan bijih timah di samping kedatangan British

sebagai pentadbir baru telah mengajar penduduk di Kuala Lumpur mengenal erti

kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran mulai kelihatan apabila berlakunya

pertambahan jumlah penduduk yang sangat luar biasa jumlahnya. Keadaan ini dapat

dilihat apabila jumlah penduduk di Kuala Lumpur pada tahun 1878 adalah seramai 2,000

orang dan jumlah ini kemudiannya bertambah kepada 4,000 orang pada tahun 1884.15

Menjelang tahun 1890 pula jumlah penduduk di Kuala Lumpur terus meningkat dengan

drastik menjadi 19,000 orang dan lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1895 jumlah

penduduk Kuala Lumpur berterusan meningkat menjadi 25,000 orang. Peningkatan

jumlah penduduk ini dilihat sangat luar biasa dan tidak pernah berlaku di mana-mana

kawasan di Tanah Melayu sebelum itu.

Seterusnya pada permulaan abad ke-20 jumlah penduduk di Kuala Lumpur adalah

seramai 32,000 orang dan dalam tempoh 14 tahun kemudian iaitu menjelang tahun 1914

jumlah penduduk di Kuala Lumpur adalah sangat ramai iaitu mencecah 58,000 orang

(7)

sedangkan keluasan sempadan Kuala Lumpur itu sendiri tidak melebihi 17 batu persegi.16

Dengan itu, kepadatan penduduk di Kuala Lumpur dapat dianggarkan seramai 3,400

orang untuk satu batu persegi. Hal ini menunjukkan bahawa Kuala Lumpur telah beralih

menjadi bandar yang sangat sesak dengan penduduk yang semakin bertambah saban

tahun. Pada tahun 1920 jumlah penduduk di Kuala Lumpur berterusan menunjukkan pola

peningkatan iaitu seramai 80,424 orang dan menjelang Perang Dunia Kedua Kuala

Lumpur dikatakan mempunyai jumlah penduduk seramai 138,425 orang.17 Jumlah

penduduk yang terlalu padat ini ternyata seperti membawa bencana yang besar kepada

Kuala Lumpur sendiri. Rumah-rumah mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan

jalan-jalan raya yang hanya selebar 12 kaki sahaja ternyata sangat berbahaya jika

berlakunya kebakaran.18

Ternyata apa yang dibimbangkan menjadi kenyataan iaitu pada tahun 1881

misalnya, telah berlakunya kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar bandar Kuala

Lumpur serta menyebabkan 500 orang penduduk kehilangan nyawa dan pada tahun yang

sama juga kebakaran turut berlaku sehingga memusnahkan 12 buah rumah papan.19

Keadaan ini ternyata membawa kebimbangan kepada pihak British selaku penguasa di

Kuala Lumpur dan dengan itu beberapa langkah pencegahan telah diambil seperti

larangan pembinaan rumah-rumah kayu dalam kawasan perdagangan di bandar, rumah

tidak boleh dibina menggunakan bahan yang mudah terbakar serta rumah tidak boleh

16 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 102.

17 Norhafizah Ismail, ‘Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940’, dalam Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2015, hlm. 259.

18 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 17.

(8)

didirikan lebih daripada 12 unit dalam satu deretan. Akibat dari kepadatan penduduk yang

melampau ini, masalah kesihatan juga mula timbul. Contohnya, di Kuala Lumpur mula

tersebarnya penyakit berjangkit seperti malaria, beri-beri, demam campak dan cirit-birit

yang tidak dapat dibendung selain membawa kadar kematian yang tinggi.

Penyakit-penyakit ini mula menular akibat tahap kebersihan di Kuala Lumpur yang teruk di

samping sistem pembetungan najis dan pemungutan sampah yang tidak terurus.

KEWUJUDAN PENGUASA TEMPATAN

Perkembangan pesat bandar Kuala Lumpur telah mendorong British memikirkan

cara bagaimana untuk mengurus dan mentadbir bandar secara lebih sistematik dan

menyelesaikan masalah berbangkit berikutan pertambahan jumlah penduduk yang begitu

drastik. Oleh itu, suatu inisiatif bagi menyelesaikan masalah pembandaran di Kuala

Lumpur telah diambil oleh W. E. Maxwell selaku Residen British di Selangor dengan

menubuhkan Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL).20 SBKL merupakan unit kerajaan

tempatan yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada 30 Mei

1890 dan telah mengadakan mesyuarat pertama badan pentadbirannya pada 4 Jun 1890.21

Maxwell telah menubuhkan SBKL ini berikutan mendapat kuasa dari Majlis Mesyuarat

Negeri yang telah meluluskan Regulation VIII pada 8 Mei 1890 dan Maxwell sendiri

selaku Residen turut diberi kuasa dalam menentukan bidang kuasa SBKL.22

SBKL bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar, menyelia pembinaan rumah

dan bangunan, menyelenggarakan perkhidmatan pembetungan najis dan pembuangan

sampah, menguruskan pasar dan rumah penyembelihan, mengeluarkan lesen perniagaan,

20 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 1890-1914, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2001, hlm. 39.

21 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung Malaysia Dengan Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur, 1890-1914’, Sejarah, Bil.4, 1996, hlm 110.

(9)

mengendalikan perkhidmatan bekalan air serta penyelenggaraan lamupu-lampu jalan.23

Dengan itu, penubuhan SBKL sebenarnya boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri dan

peranan seperti mana penguasa tempatan pada hari ini. Ahli SBKL terdiri daripada 3 ahli

rasmi dan 6 ahli tidak rasmi. 3 ahli rasmi SBKL termasuklah Alfred R. Venning yang

merupakan Pengerusi SBKL (turut merupakan Bendahari Negeri), H. F. Bellamy

(Jurutera Negeri) dan W. A. Sinclair (State Surgeon) manakala ahli tidak rasmi terdiri

daripada G. Murray Campbell, F. G. West, Raja Laut bin Sultan Mohammad, Raja Bot bin

Raja Jumaat, Yap Kwan Seng dan Tauke Chow Ah Yeok.24

Dari segi pembahagian tugas SBKL, ianya dapat dibahagikan kepada tugas wajib

iaitu merangkumi perkhidmatan penyelarasan, perkhidmatan secara langsung,

perkhidmatan kawalan dan seliaan, perkhidmatan pengumpulan dan pembuangan,

perkhidmatan pencegahan dan pembanterasan serta perkhidmatan penyelarasan dan

penubuhan manakala tugas separa wajib SBKL adalah tugas-tugas yang dikendalikan

bersama dengan jabatan lain seperti Jabatan Kerjaraya dan tugas budi bicara SBKL pula

adalah tugas-tugas yang tidak ditetapkan di dalam undang-undang seperti campur tangan

bagi mengawal harga barangan.25 Kemudian pada tahun 1890 juga, selain ditetapkan

sempadan sah bidang kuasa SBKL iaitu seluas 9 batu persegi, SBKL turut diberi kuasa

mengenakan cukai terhadap orang ramai di samping boleh mendakwa sesiapa yang

didapati melanggar undang-undang dan peraturan yang dikeluarkan oleh SBKL.26

Hal ini dapat dilihat berdasarkan undang-undang tahun 1890 dan 1902 yang

menyatakan bahawa sesiapa yang didapati bersalah melanggar peraturan-peraturan SBKL

23 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, hlm. 46.

24 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 66-67.

25 Ibid., hlm. 74-85.

(10)

akan didenda tidak melebihi $50. Contohnya, jika didapati seorang penjual susu menjual

susu yang tercemar maka penjual itu akan didenda sebanyak $20 manakala bagi sesiapa

yang didapati menyebabkan halangan lalu lintas akan didenda sebanyak $25.27 Keadaan

ini memperlihatkan satu anjakan yang menarik telah berlaku di Kuala Lumpur kerana

munculnya suatu bentuk kehidupan bandar yang mesti dipatuhi oleh penduduknya.

Dengan kata lain, suatu bentuk kehidupan bandar telah dirasai oleh penduduk Kuala

Lumpur kerana mereka kini dipaksa oleh satu set undang-undang kehidupan bandar yang

disokong pula oleh hukuman-hukuman denda. Apa yang menariknya juga ialah bukan

hanya SBKL sahaja yang boleh mengambil tindakan contohnya dengan mengenakan

denda kepada penduduk sebaliknya penduduk juga boleh mengambil tindakan terhadap

SBKL jika SBKL dilihat gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

Jika pihak SBKL dilihat tidak menjalankan tugas mereka khususnya tugas wajib

yang telah ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, maka penduduk di Kuala

Lumpur berhak untuk mengambil tindakan terhadap SBKL. Contohnya dapat dilihat pada

tahun 1893 apabila Kapten H. C. Syers yang merupakan Ketua Polis Selangor telah

meminta SBKL membayar ganti rugi kerosakan kenderaan kudanya yang terjatuh ke

dalam lubang di tengah jalan kerana bagi Syers tuntutan itu adalah munasabah berikutan

kejadian tersebut merupakan kecuaian dari pihak SBKL sendiri.28 Oleh yang demikian,

sebagai sebuah penguasa tempatan, SBKL perlulah sentiasa bertanggungjawab dan

prihatin dalam setiap tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka bagi

mengelakkan mereka didakwa oleh penduduk di bandar Kuala Lumpur.

Suatu bentuk kehidupan bandar kesan daripada kewujudan penguasa tempatan

juga dapat dilihat melalui penglibatan orang awam dalam pentadbiran bandar Kuala

27 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung Malaysia Dengan Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur, 1890-1914’, Sejarah, Bil.4, 1996, hlm 111.

(11)

Lumpur itu sendiri. Penglibatan orang awam yang dimaksudkan adalah melalui

perlantikan jawatan selaku ahli-ahli tidak rasmi dalam pentadbiran SBKL. Ahli-ahli tidak

rasmi SBKL merupakan mereka yang terdiri daripada wakil-wakil komuniti di Kuala

Lumpur iaitu komuniti Eropah, Melayu, Cina dan India. Mereka yang dilantik sebagai

ahli tidak rasmi SBKL kebiasaanya terdiri daripada golongan aristokrat khususnya bagi

komuniti Melayu seperti Raja Laut dan Raja Bot. Manakala ahli tidak rasmi bagi

komuniti Cina seperti Yap Kwan Seng dan Chow Ah Yeok adalah dari kalangan

tauke-tauke Cina yang kaya raya. Perwakilan bagi komuniti India pula adalah dipilih

berdasarkan status sosio-ekonomi mereka yang baik serta mempunyai imej sebagai

hartawan seperti Thamboosamy Pillai, Doraisamy Pillai dan beberapa individu ternama

yang lain. Peranan ahli-ahli tidak rasmi ini selain daripada tujuan legitimasi, mereka juga

bertindak sebagai jurucakap kepada orang awam.29 Pengaruh ketua-ketua komuniti selaku

ahli tidak rasmi dalam SBKL ini digunakan oleh pihak British untuk mendapatkan

sokongan serta memberikan kefahaman kepada penduduk tempatan terutamanya yang

berkaitan dengan undang-undang yang telah dikuatkuasakan oleh SBKL. Penglibatan

ketua-ketua komuniti dalam pentadbiran SBKL telah menunjukkan secara tidak langsung

penduduk Kuala Lumpur telah mengalami satu tranformasi menjadi sebuah masyarakat

bandar apabila mereka dilibatkan dalam pentadbiran bandar yang mereka diami untuk

memastikan kesejahteraan bersama.

CIRI-CIRI KEHIDUPAN BANDAR

Apabila Kuala Lumpur bertukar statusnya kepada sebuah bandar yang semakin

maju dan pesat membangun dengan pelbagai kemudahan, penduduknya juga turut

memperlihatkan ciri-ciri kehidupan bandar yang kemudiannya dilihat telah mencetuskan

(12)

perubahan sosial di bandar Kuala Lumpur itu sendiri. Contoh ciri-ciri kehidupan bandar

yang akan dibincangkan ternyata sepertinya tidak pernah lagi berlaku di mana-mana

kawasan di Tanah Melayu sebelum ini. Dengan itu, ciri-ciri kehidupan bandar yang

berlaku di Kuala Lumpur perlu diteliti bagi melihat perubahan sosial yang berlaku di

bandar tersebut dengan lebih jelas lagi.

SISTEM PEMBETUNGAN NAJIS

Sistem pembetungan najis di Kuala Lumpur ternyata telah memperlihatkan satu

transisi apabila wujudnya SBKL sebagai sebuah badan penguasa tempatan dan melalui

sistem ini juga menunjukkan satu ciri kehidupan bandar telah muncul seterusnya

mencetuskan perubahan sosial dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur. Dapat dilihat

sebelum tahun 1899, proses dan kaedah pembetungan najis di Kuala Lumpur tidak

banyak berubah seperti yang pernah dilaksanakan sejak pertengahan tahun 1880-an dan

satu-satunya perubahan yang dibawa oleh SBKL adalah dengan memperkenalkan tandas

awam pada tahun 1890 iaitu di Klyne Street.30 Sistem tandas tong pula dilihat adalah yang

paling eksklusif sekali di Kuala Lumpur dan hanya digunakan di beberapa rumah kedai,

hospital serta penjara. Sistem tandas tong hanya membenarkan penggunaan tong-tong

galvani yang dibekalkan oleh SBKL sahaja dengan harga jualan sekitar $3.50.31

Namun begitu,tandas yang paling popular dalam kalangan penduduk di Kuala

Lumpur ketika itu ialah tandas sungai. Dengan itu, SBKL telah mengeluarkan

Notification No. 52 pada bulan Julai 1894 yang membawa kepada lebih banyak

pembinaan tandas sungai di sepanjang Sungai Klang.32 Akan tetapi ianya mendapat

30 Norhafizah Ismail, ‘Evolusi Pentadbiran Bandar Kuala Lumpur, 1920-1940’, dalam Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, hlm. 265.

31 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 300.

(13)

tentangan daripada Dr. Travers selaku Pegawai Kesihatan SBKL dengan alasan akan

mencemarkan Sungai Klang dan akan mengakibatkan kematian hidupan sungai serta

terdapat kotoran yang tebal di dasar sungai tersebut. Justeru itu, penggunaan tandas tong

adalah yang terbaik bagi menggantikan tandas sungai dan pada tahun 1896 pihak SBKL

telah memperkenalkan sistem kontraktor untuk mengangkut tong najis ke tapak

pembuangan.33 Sistem kontraktor ternyata membawa pelbagai masalah seperti

kekurangan tenaga buruh dan kelalaian kontraktor sehingga menyebabkan tumpahan

kumbahan.

Rentetan itu, pada 2 Mei 1899 pihak SBKL secara rasmi telah mengambil alih

tugas perkhidmatan pembetungan najis yang mana memperlihatkan pelbagai masalah

turut berlaku seperti masalah buruh dan masalah tapak pembuangan najis yang terhad.

Dengan itu munculnya cadangan untuk memulakan sistem water-borne sewage dan

tangki septik akan tetapi cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana terhalang

oleh Perang Dunia Pertama yang berlaku.34 Hanya pada tahun 1920-an barulah cadangan

ini diaplikasikan dan bukan itu sahaja, penggunaan motor van sebagai kenderaan

mengangkut najis turut dijalankan dan menjelang tahun 1924 SBKL telah menggunakan 2

buah lori Thornycroft bagi tujuan untuk mengangkut najis.35 Langkah-langkah yang

diambil oleh SBKL dalam menguruskan sistem pembetungan najis ini ternyata berkesan

dan sangat penting dalam memelihara imej Kuala Lumpur itu sendiri sebagai sebuah ibu

negeri serta bandar yang pesat membangun. Peningkatan penduduk yang terlalu ramai

menyebabkan masalah pembetungan najis berlaku seterusnya membawa kepada

pengenalan satu sistem pembetungan baru yang perlu dipatuhi oleh penduduk Kuala

33 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, hlm. 47.

34 Ibid., hlm. 47-48.

(14)

Lumpur. Sistem pembetungan yang diperkenalkan ini sememangnya adalah menjadi

keperluan untuk mereka yang hidup di bandar dan dengan itu tidak dapat tidak penduduk

Kuala Lumpur terpaksa menggunakan sistem yang telah ditetapkan. Keadaan ini telah

memperlihatkan bagaimana ciri-ciri kehidupan bandar mula diadaptasi dalam kehidupan

penduduk di Kuala Lumpur itu sendiri.

PASAR SEBAGAI ALAT KAWALAN

Sebelum kedatangan pihak British ke Kuala Lumpur, pasar bukan sahaja

berperanan sebagai tempat yang menjual pelbagai barang keperluan malah turut menjadi

pusat tumpuan ekoran peranannya sebagai pusat hiburan. Pasar Kuala Lumpur ketika itu

tidak ubah seperti sebuah tapak pesta kerana di sinilah tempat buruh-buruh lombong

menghisap candu, berjudi dan mengunjungi rumah-rumah pelacuran. Keadaan ini

menyebabkan pasar tersebut sangat sesak kerana dikunjungi ramai orang. Di era

pentadbiran British khususnya selepas tahun 1890, pasar tidak lagi dibenarkan

menjalankan aktiviti selain sebagai pusat berjual beli. Swettenham selaku residen

mengarahkan Yap Ah Loy memindahkan pajak-pajak judinya ke Cross Street dan

rumah-rumah pelacurannya ke Pudoh Road bagi mengurangkan kesesakan di sekitar pasar di

samping mengubah suasananya.36

Kemudian, selepas penubuhan SBKL pasar telah digunakan sebagai alat kawalan

kesihatan dan kedua sebagai tempat kawalan harga bekalan makanan. Pada tahun 1890,

Kuala Lumpur mempunyai tiga buah pasar iaitu Pasar Besar Kuala Lumpur, Pasar Pudoh

dan Pasar Jawa Street akan tetapi teknologi pemprosesan makanan masih lagi rendah.

Pusat penyembelihan di Kuala Lumpur juga mempunyai bilik pendingin hanya pada

(15)

tahun 1909.37 Keadaan ini menyukarkan untuk daging-daging mentah disimpan sebelum

dijual kepada pembeli. Pihak SBKL memandang serius terhadap penjualan daging-daging

mentah kerana pada ketika itu penyakit-penyakit seperti disentri dan diarea merupakan

penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian yang tinggi di Kuala Lumpur.38

Penyakit-penyakit ini menular akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria atau

toksin dan dalam konteks ini daging mentah mempunyai risiko yang tinggi menyebabkan

keracunan makanan.

Oleh yang demikian, selepas tahun 1900 daging mentah tidak lagi dibenarkan

diimport dari luar seperti sebelumnya, binatang ternakan seperti ayam, itik, angsa dan

segala jenis beburung tidak dibenarkan dijual di pasar dalam bentuk yang telah

disembelih manakala daging lembu, kambing, kerbau dan khinzir mestilah dijual dalam

bentuk daging mentah serta disembelih di pusat penyembelihan SBKL sahaja.39 Keadaan

ini memperlihatkan peranan pasar pada ketika itu sebagai tempat kawalan kesihatan.

Kemudian pada tahun 1901 seorang Inspector of Market and Slaughter Houses telah

dilantik untuk mengawasi rumah-rumah penyembelihan dan bagi tugas pemeriksaan pasar

akan dibantu bersama oleh Inspektor Kesihatan biasa serta Penjaga Pasar.40 Seterusnya

pada tahun 1908 pula SBKL mempunyai seorang Veterinary Dispenser yang ditugaskan

di Klinik Ternakan Lembu dan seorang inspektor telah diletakkan untuk mengawasi

pusat-pusat simpanan lembu dan tempat-tempat bekalan susu dikeluarkan serta pada

37 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur Dari Perspektif Kesejahteraan Penduduknya, 1890-1914’, dalam Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, hlm. 48.

38 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 172.

39 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 1890-1914, hlm. 112.

(16)

tahun 1914 pula sebuah pusat penyembelihan berjaya dibina di Kuala Lumpur bagi

menempatkan semua kegiatan penyembelihan di bawah satu bumbung.41

Peranan pasar yang kedua iaitu sebagai tempat kawalan harga bekalan makanan

berlaku rentetan daripada kenaikan harga di pasar-pasar Kuala Lumpur pada tahun 1891,

1895 dan 1901. Pada tahap awal, SBKL memperkenalkan sistem pajakan pasar iaitu pajak

gerai pasar dan pajak jualan akan tetapi pada tahun 1895 harga bekalan makanan di pasar

Kuala Lumpur terus-terusan meningkat. Untuk itu, SBKL telah memperkenalkan sistem

harga maksimum dan berdasarkan sistem ini bekalan makanan yang sering menghadapi

kejutan harga dikenakan kenaikan maksimum manakala peniaga yang menjual lebih

daripada harga ditetapkan adalah dianggap satu kesalahan.42 Namun begitu langkah ini

juga turut tidak berjaya dan untuk itu SBKL telah memperkenalkan semula sistem

pajakan pasar diikuti dengan satu dasar baru iaitu membenarkan penjualan keperluan

bekalan makanan di luar pasar oleh pekedai dan penjaja.

Dasar ini diharap dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan

sehinggalah pada tahun 1906 sistem pajakan pasar ini dimansuh dan diganti dengan

sistem sewaan sepenuhnya dengan harapan dapat menurunkan harga bekalan makanan di

Kuala Lumpur. Namun begitu, hasrat murni SBKL yang secara tidak langsung

memperlihatkan peranan pasar sebagai tempat kawalan harga bekalan makanan dilihat

tetap menemui jalan buntu kerana harga bekalan makanan masih lagi menunjukkan

tanda-tanda untuk naik.43 Masalah kenaikan harga bekalan makanan ini sebenarnya tidak lain

tidak bukan adalah disebabkan oleh tekanan yang mendadak akibat perkembangan

41 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Institusi Pasar Dalam Sejarah: Analisis Terpilih Peranan Pasar Di Bandar Kuala Lumpur Sehingga Tahun 1914, Seminar Sejarah Sosial Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Serantau, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 22-23 Julai 2005, hlm. 5-6. 42 Ibid., hlm. 8.

(17)

penduduk yang terlalu ramai di Kuala Lumpur. Dengan itu dapat dilihat ciri-ciri

kehidupan bandar telah dirasai oleh penduduk Kuala Lumpur khususnya melalui

fenomena inflasi yang berlaku dan terpaksa dihadapi oleh mereka.

KAWALAN KEBERSIHAN BANDAR

Sebagai sebuah bandar yang pesat membangun, kebersihan Kuala Lumpur

merupakan aspek yang sangat penting. Namun begitu, sehingga tahun 1895 hanya

terdapat undang-undang yang melarang orang awam membuang sampah merata-rata dan

bagi mereka yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan denda tidak melebihi

$10.44 Kemudian pada bulan Oktober 1895, barulah satu peraturan diwartakan menerusi

undang-undang kecil fasal 15-20. Regulation vii, 1890 (Pindaan 7) mewajibkan

penduduk di kawasan High Street, Petaling Street dan Ampang Street menyedia serta

menggunakan bakul sampah bagi tujuan pengumpulan sampah sarap.45 Para pekerja

scavenging akan datang dan membersihkan sampah-sampah ini pada jam 5.30 pagi

hingga 6.30 pagi dan antara jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang.46 Bakul-bakul

sampah ini kemudiannya diganti dengan tong-tong sampah kerana tong sampah adalah

lebih kukuh buatannya.

Satu-satunya kaedah pembuangan sampah yang dipraktikkan di Kuala Lumpur

sehingga tahun 1896 adalah dengan cara menimbus paya atau tanah-tanah rendah yang

terdapat di dalam dan di sekitar bandar. Akan tetapi ianya menyebabkan ancaman lalat,

bau busuk dan lebih teruk lagi ialah menyebabkan pencemaran air yang kemudiannya

menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit. Oleh yang demikian, pada tahun 1894

44 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 324.

45 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 1890-1914, hlm. 212.

(18)

kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sejumlah $35,000 untuk pemasangan jentera

pembakaran sampah.47 Namun begitu, keupayaan jentera ini tidak dapat menampung

jumlah muatan sampah yang diangkut dari bandar Kuala Lumpur dan disebabkan itu,

kerja-kerja penimbusan paya terus dijalankan. Kawalan kebersihan bandar sekali lagi

menunjukkan satu peristiwa menarik apabila pada awal tahun 1914 motor-lori telah

digunakan di dalam pasukan scavenging SBKL.48

Motor-lori digunakan adalah bagi mengatasi masalah seperti penggunaan kereta

lembu yang kurang cekap di samping percubaan untuk menambahkan bilangan

lembu-lembu bagi menarik kereta lembu-lembu tidak berhasil ekoran import lembu-lembu dari India tidak

dapat dipenuhi. Dengan adanya penggunaan lori pengangkut sampah pada bulan Januari

1914 ternyata berjaya mengoptimumkan proses mengangkut sampah contohnya seperti

pada musim perayaan ianya akan digunakan sehingga lima kali perjalanan sehari.49

Kawalan kebersihan bandar di Kuala Lumpur tidak hanya tertakluk kepada pengurusan

sampah sarap sahaja sebaliknya turut merangkumi basuhan jalan-jalan bandar. Kerja-kerja

pembersihan dijalankan di lorong-lorong dan jalan-jalan seperti Petaling Street, Sultan

Street, Theatre Street, Drury Lane, Cecil Street, Station Street, Rodger Street dan Foch

Avenue.50

Kerja-kerja pembersihan jalan adalah perlu untuk dilakukan kerana jalan-jalan di

Kuala Lumpur sering dicemari dengan najis haiwan dari kenderaan-kenderaan utama

seperti kereta lembu dan kereta kuda di samping keciciran najis yang tidak diangkut

dengan baik. Mulai bulan Oktober 1896, kerja-kerja basuhan jalan dilakukan dengan

47 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 110.

48 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 331.

49 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 1890-1914, hlm. 216-217.

(19)

lebih kerap dan pada musim kering dilakukan dua kali sehari. Selepas tahun 1905 pula,

masalah debu jalan semakin ketara berikutan perkembangan penggunaan kenderaan

bermotor dan bas sebagai pengangkutan awam. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini

pada tahun 1907, petroleum yang belum diproses telah digunakan sebagai bahan

pencegah debu.51 Banyak langkah lain yang telah dicuba termasuklah dengan

menggunakan Tar Campo dan bahan Crempoid namun kedua-duanya menelan kos yang

tinggi walau menampakkan hasil positif.

Kemudian pada bulan Mei 1910 percubaan menggunakan bahan asphalte telah

dijalankan dan hasilnya cukup memuaskan. Dengan itu, kaedah tersebut telah dipilih bagi

mengatasi masalah jalan berdebu di Kuala Lumpur. Melalui kawalan kebersihan bandar,

penduduk Kuala Lumpur telah menonjolkan ciri-ciri kehidupan bandar secara tidak

langsung. Hal ini demikian kerana, untuk hidup di bandar aspek kebersihan adalah perlu

dititik beratkan dan jika tidak ianya pasti akan mengundang pelbagai masalah. Oleh itu,

penduduk SBKL terpaksa patuh dengan kerangka undang-undang yang dibuat oleh SBKL

bagi memastikan keadaan bandar dalam keadaan yang bersih. Kepatuhan terhadap

undang-undang yang dibuat oleh SBKL ini juga kemudiannya menimbulkan rasa

kebertanggungjawaban dalam setiap tindakan penduduk Kuala Lumpur bagi memastikan

kebersihan di bandar mereka.

PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

Sebelum adanya bekalan air bersih, penduduk Kuala Lumpur menggunakan air

dari perigi.52 Namun apabila empangan di Ampang siap dibina pada tahun 1896,

penduduk Kuala Lumpur mula menikmati bekalan air bersih.53 Bagi perkhidmatan

51 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005, hlm. 114.

52 Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, hlm. 29.

(20)

bekalan air, pihak SBKL turut memainkan peranan penting yang tidak dapat diketepikan.

Di bawah SBKL, perkhidmatan bekalan air yang disalurkan kepada penduduk Kuala

Lumpur telah melalui tiga tahap yang berbeza. Melihat kepada tahap pertama iaitu sekitar

tahun 1890 hingga 1896, SBKL tidak terlibat secara langsung bagi membekalkan air

untuk penduduk Kuala Lumpur kerana tanggungjawab SBKL pada ketika itu hanyalah

sekadar memastikan bekalan air dari sumber-sumber seperti perigi dan sungai adalah

selamat untuk digunakan. Inspektor kesihatan merupakan individu yang diberi

tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan kebersihan ke atas sumber-sumber air ini.

Pada tahap kedua pula iaitu dari tahun 1896 hingga 1902 SBKL dilihat terlibat

secara langsung dalam hal ini apabila diberi tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan

bekalan air bersih yang mana tugas ini diambil alih secara rasmi dari Jabatan Kerjaraya

pada 1 April 1896.54 Pada tahun yang sama juga, Regulation vi, 1896, A Regulation to

Impose Water Rate Within Certain Part of Kuala Lumpur District telah diluluskan oleh

Majlis Mesyuarat Negeri dan di dalamnya terkandung peraturan-peraturab terperinci

mengenai permohonan pemasangan paip, pembayaran, kesalahan-kesalahan pembaziran

dan jenis-jenis permohonan yang dibekalkan seperti bekalan untuk tujuan perdagangan

atau kegunaan persendirian.55 Seterusnya, tahap ketiga yang bermula pada tahun 1902

telah menafikan tanggungjawab SBKL ke atas perkhidmatan bekalan air melalui

Enakmen No.17 yang dikeluarkan pada bulan November.56

Melalui enakmen ini, tugas-tugas penegndalian bekalan air diserahkan semula

kepada Jabatan Kerjaraya akan tetapi SBKL tetap bertanggungjawab dalam

mengendalikan bil-bil penggunaan seperti bacaan meter, menerima bil bayaran dan

Bangsa, hlm. 48.

54 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 282.

55 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994, hlm. 283.

(21)

mengeluarkan resit.57 Hal ini berlaku demikian kerana Jabatan Kejuruteraan SBKL

mengalami kekurangan tenaga-tenaga teknikal. Pada tahap ini penduduk Kuala Lumpur

jelas-jelas telah menunjukkan ciri kehidupan bandar yang agak ketara. Hal ini kerana

sebelum adanya perkhidmatan bekalan air bersih, penduduk Kuala Lumpur hanya

menggunakan sumber air semula jadi secara percuma. Sebaliknya apabila SBKL

menyediakan perkhidmatan air bersih untuk mereka, jumlah bayaran tertentu mestilah

dibuat berdasarkan servis yang diterima. Hal ini bagi memastikan keselesaan penduduk

Kuala Lumpur itu sendiri dalam kelangsungan menerima air bersih bagi menjalankan

aktiviti harian mereka.

KESIMPULAN

Pada tahap awal tiada siapa dapat menyangka bahawa pekan kecil seperti Kuala

Lumpur akan membangun dengan pesat sehingga menjadi sebuah bandaraya setaraf

dengan bandar-bandar besar di dunia. Ternyata kemakmuran ekonomi perlombongan bijih

timah telah melonjakkan Kuala Lumpur ke satu tahap yang lebih tinggi. Pemilihan Kuala

Lumpur sebagai pusat pentadbiran British pada 1880 dan pemilihan Kuala Lumpur sekali

lagi sebagai ibu negeri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 turut membawa

peri penting yang sangat besar. Berikutan faktor-faktor inilah Kuala Lumpur mula

(22)

dikunjungi oleh ramai orang yang berhasrat untuk menetap di bandar yang pesat

membangun itu. Kelebihan Kuala Lumpur sebagai pusat yang menyediakan pelbagai

kemudahan asas baik dari segi pengangkutan, perhubungan, telekomunikasi, perbankan

serta pendidikan ternyata menjadikan Kuala Lumpur begitu istimewa berbanding dengan

bandar-bandar lain. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika keadaan tersebut

kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk pertambahan penduduk yang begitu luar biasa

sekali jumlahnya.

Jumlah penduduk yang begitu ramai sememangnya menyedarkan pihak British

bahawasanya mereka memerlukan sebuah institusi penguasa tempatan yang boleh

menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul kesan

daripada pertambahan penduduk ini. Untuk itu, penubuhan SBKL dilihat sebagai jalan

terbaik dan SBKL sentiasa dianggap sebagai tonggak utama dalam proses perbandaran

Kuala Lumpur. Penubuhan SBKL dari satu sudut juga memperlihatkan kepekaan pihak

British terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di bandar Kuala Lumpur yang

semakin pesat membangun. Dengan wujudnya sebuah institusi penguasa tempatan iaitu

SBKL, penduduk Kuala Lumpur dilihat secara agak terpaksa perlu menjalani kehidupan

bandar dengan mematuhi set undang-undang yang telah ditetapkan oleh SBKL di

samping turut dilibatkan dalam pentadbiran SBKL itu sendiri contohnya melalui jawatan

ahli tidak rasmi dalam SBKL.

Pada masa yang sama juga penduduk Kuala Lumpur telah memperlihatkan

beberapa ciri kehidupan bandar yang menarik yang tidak pernah dilihat berlaku di tempat

lain di Tanah Melayu. Ciri-ciri kehidupan bandar ini mula terserlah apabila munculnya

isu-isu seperti pembetungan najis, kawalan kebersihan bandar, perkhidmatan bekalan air

dan juga peranan pasar sebagai alat kawalan. Jika diteliti setiap isu tersebut dapatlah

(23)

transisi daripada menjadi sebuah penduduk di pekan kecil yang berasaskan ekonomi

perlombongan kepada penduduk yang mendiami sebuah bandar yang pesat membangun.

Ciri-ciri kehidupan bandar yang ditonjolkan inilah kemudiannya membawa kepada satu

corak perubahan sosial dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur itu sendiri. Dengan

itu, Kuala Lumpur tidak dapat dinafikan sememangnya merupakan antara contoh dan

model terbaik dalam melihat perubahan sosial yang berlaku khususnya pada penghujung

abad ke-19 dan awal abad ke-20.

RUJUKAN

BUKU

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor (editor), Dasar dan Tadbir dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2015.

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board’ Kuala Lumpur: Peranan dan Pentadbiran, 1890-1914, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2001.

Gullick, J. M., A History of Kuala Lumpur 1856-1939, Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2000.

(24)

Gullick, J. M., The Story of Kuala Lumpur (1857-1939), Petaling Jaya: Eastern Universities Press, 1983.

Mohammad Redzuan Othman, et al., Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006.

Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur, 1hb Feb. 1972, Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pusat Perayaan Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Jabatan Penerangan Malaysia, 1972.

ENSIKLOPEDIA

Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa, Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2002.

TESIS / LATIHAN ILMIAH

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan dan Pentadbirannya, 1890-1914,’ Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994.

Jaky Mohd Jun, ‘Sejarah Pengawalan Bekalan Makanan (1890-1920) Langkah Dan Kesannya Di Kuala Lumpur’, Latihan Ilmiah, B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2005/2006.

ARTIKEL JURNAL

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur, 1890-1914: Perspektif Kisah Sampah Dan Debu’, Sejarah, Bil. 13, 2005.

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, ‘Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung Malaysia Dengan Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur, 1890-1914’, Sejarah, Bil.4, 1996.

SEMINAR

(25)

Referensi

Dokumen terkait

Terdapat dua jenis jenayah yang dilaporkan berlaku dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke lokasi pelancongan bandar di pusat bandaraya Kuala Lumpur iaitu jenayah

ini dalam suasana perbandaran, khususnya di Kuala Lumpur. Sambutan yang tinggi terhadap RMTJ di sekitar ibukota pada waktu-waktu tertentu menimbulkan persoalan

Caring Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur Caring AEON Bandaraya Melaka, Melaka Caring Sunway Giza, Kota Damansara Caring Empire Gallery, Subang Jaya Caring 1 Mont Kiara, Kuala

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad HRD Corp akan menjalin kerjasama dengan Microsoft Corporation Microsoft bagi memperkasakan belia Orang Asli di negara ini

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM berjaya mengumpul seramai 17,586 usahawan wanita bagi mengikuti Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM

PUTRA, 50610, KERINCHI, KUALA LUMPUR 24 STESEN SENTRAL SDN BHD SEMASA SENTRAL SDN BHD, LEVEL 4, STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR, 50470 KUALA LUMPUR 25 UNIVERSITI MALAYA 50603 KUALA LUMPUR

Justeru, kerajaan dengan usahasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL telah menampilkan inisiatif untuk membantu golongan bujang B40 ini untuk meringankan kos sara hidup dengan

The experience of internal Domestic migration among 30 Homeless Former Prisoners in Kuala Lumpur, Malaysia Mohd Alif Jasni123,Nazirah Hassan4, Fauziah Ibrahim4,& Mohammad Rahim