• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN pendidikan matematika

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN pendidikan matematika "

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN + (Azizan Bahari)

“Education either functions as an instrument which is used to facilitate integration of the younger generation into the logic of the present system and bring about conformity or it becomes the practice of freedom, the means by which men and women deal critically and creatively with reality and discover how to participate in the transformation of their world.” Paulo Freire, Pedagogy of the Oppressed ”Education is either for domestication or for freedom” (Pendidikan itu sama ada untuk pembelengguan atau kebebasan. Terjemahan, AB) Joao da Veiga Coutinho Dipetik dari Kata Pengantar buku Cultural Action for Freedom

Bab ini menyentuh tentang apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan dan pembelajaran melalui proses kerja komuniti. Secara ringkas ia juga menunjukkan hubungan antara pendidikan-pembelajaran dengan kesedaran komuniti tentang diri dan persekitaran mereka, dan seterusnya usahasama (tindakan bersama) untuk melakukan perubahan.

Pendidikan (education). Apakah pendidikan? Sejak dahulu kala pendidikan suatu proses anggota-anggota kelompok dan masyarakat manusia mempelajari dan mengamalkan budaya dan adat resam mereka. Melalui pendidikan (juga dikatakan proses sosialisasi) masyarakat menerapkan ilmu, kemahiran, dan warisan yang terkumpul kepada anggota-anggotanya melalui pelbagai cara. Ini untuk membolehkan generasi baharu belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Kini pendidikan sering disamakan dengan pengajian formal di mana orang diajar dan belajar tentang ilmu dan kemahiran bagi kegunaan dalam kehidupan hari-hari dan pekerjaan. Di peringkat sekolah, ”pendidikan” pada mulanya menekankan soal pembangunan warga negara seperti kesedaran sivik, ketaatan kepada pemerintah, kecintaan kepada negara (patriotisme), perpaduan nasional, dan sebagainya. Di peringkat lebih tinggi ia menjurus kepada persiapan sumber manusia atau modal insan untuk pekerjaan dan juga bagi memenuhi keperluan pasaran.

(2)

bersaing sesama mereka untuk dilihat dan diiktiraf sebagai cemerlang dan ”bertaraf dunia”.

Namun, pendidikan tentu lebih luas dan bermakna daripada yang ternyata di atas. Berbalik kepada peringkat awal persekolahan tadi, pendidikan harus memberi perhatian kepada soal-soal pembangunan diri individu agar menjadi insan yang menyumbang kepada kesejahteraan bersama. Selain kebolehan/kemahiran menulis, membaca dan mengira (yang merupakan perkara asas pendidikan dan pengajian kini), pendidikan harus membentuk keperibadian yang baik bagi faedah dan kepentingan bersama.

Dari rumusan beberapa pandangan (bermula sejak 1960an-1970an), pendidikan perlu dilihat sebagai suatu proses menyedarkan dan menginsafkan seseorang tentang makna kehadirannya di tengah-tengah komuniti/masyarakat, mengetahui tentang hak-hak, peranan, dan tanggungjawabnya sebagai anggota komuniti dan masyarakat, dan sehubungan itu, tergerak atau terpanggil untuk mengambil tindakan (melakukan perubahan) demi faedah bersama. Seperti yang dimaksudkan oleh Freire dan Coutinho dalam petikan-petikan di atas, pendidikan bukan suatu yang berkecuali (neutral). Ia sama ada digunakan untuk tujuan mengacuankan (membentuk dan mengawal) masyarakat (khususnya generasi muda) agar akur dan mematuhi kehendak sistem yang berkuasa, atau ia digunakan untuk membebaskan masyarakat dari kongkongan dan tekanan tersebut.

Kesedaran dan keinsafan ini berkait dengan soal maruah (martabat) atau harga diri manusia. Kesedaran dan keinsafan tentang diri dan kedudukannya memungkinkan orang terpanggil untuk melakukan sesuatu, yakni mendapatkan dan atau mempertahankan hak-haknya, atau mengambil peranan selaku anggota komuniti/masyarakat yang bertanggungjawab dan aktif.

Agenda dan unsur-unsur kesedaran dan penginsafan ini seharusnya hadir dalam pelbagai aspek kerja komuniti. Ini meliputi aspek menyediakan profil komuniti, menyusun komuniti, menentukan strategi-kaedah-taktik, mengenal pasti dan memilih isu, membina tenaga penggerak (pemimpin dan aktivis) komuniti, menyelidik komuniti, dan sebagainya.

Dari sini pendidikan melalui kerja komuniti jelas suatu usaha berterusan dan menyeluruh yang membolehkan anggota-anggota komuniti memahami tentang diri dan kedudukannya di dalam komuniti/masyarakat serta hubungannya dengan pihak-pihak lain di sekitarnya. Pendidikan ini juga sekali gus suatu proses pemerkasaan komuniti di mana penduduk turut mempelajari ilmu, kemahiran, dan cara untuk terlibat atau melakukan perubahan, atau berperanan sewajarnya di dalam komuniti dan masyarakatnya.

KESEDARAN DAN KEINSAFAN

P

(3)

PERUBAHAN

Di sini pendidikan tidak sekadar mempelajari dan memahami kandungan subjek atau kursus seperti yang diajar di sekolah dan di pusat-pusat pengajian. Itu lebih suatu pengajian akademik yang mungkin turut, tetapi tidak semestinya, menyumbang kepada proses kesedaran dan penginsafan yang dimaksudkan di sini.

Pendidikan dalam komuniti cuba membangun dan menyerlahkan potensi diri untuk menyumbang. Ia menjurus kepada tujuan kepentingan bersama, berbanding pengajian atau juga disebut ”pendidikan” yang semakin menggalakkan persaingan (perlumbaan) untuk kejayaan (baca kepentingan) diri.

Oleh yang demikian, dari perspektif kerja komuniti, orang yang dikatakan terdidik tidak semestinya mempunyai ijazah atau status tinggi dalam masyarakat. Ijazah dan status sosial tidak semestinya ukuran ketinggian pendikan. Sebagai contoh, kita dapati berlakunya penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, dan berbagai-bagai sikap dan tindakan negatif yang bertentangan dengan kepentingan masyarakat luas dalam kalangan golongan ini. Mereka mungkin memperoleh ijazah dan memegang jawatan penting atau berkedudukan tinggi dalam masyarakat, tetapi ternyata mereka ini kurang atau tersasar pendidikan!

Pembelajaran (learning). Proses pembelajaran dikatakan berlaku jika seseorang mendapat pengetahuan atau sesuatu kemahiran/kebolehan daripada kegiatan, tindakan, atau pengalaman yang dilaluinya. Disebabkan input baharu ini seseorang semestinya berubah, bukan lagi dia dalam keadaan sebelum berlakunya pembelajaran..

INDIVIDU - PEMBELAJARAN - INDIVIDU

(BAHARU)

Dalam kerja komuniti orang ramai belajar melalui pengajaran, tindakan/amalan, dan pengalaman bersama (secara kolektif) di lapangan. Pembelajaran dan pendidikan dapat berjalan serentak dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran diperolehi bersama-sama kesedaran dan keinsafan tentang diri dan, ekoran itu, peranan dan tindakan susulan yang diambil. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tak semestinya berlaku serentak. Ada program yang memberikan ilmu dan kemahiran tetapi tidak menyedarkan dan menginsafkan orang. (Dalam percakapan umum, pembelajaran sering disamakan dengan pendidikan).

(4)

Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara atau kaedah. Pembelajaran sedemikian dapat merangsang pelbagai deria seseorang, bukan sekadar pendengaran (telinga) dan atau penglihatan/tontonan (mata) sahaja. Dan oleh sebab ia juga dijalankan secara bersama-sama, maka ia menawarkan kesan pelbagai dimensi (multi-dimensional) seperti komunikasi, kerja berpasukan, kesetiakawanan, kepemimpinan-kepengikutan, pengurusan, kepercayaan, sikap bertolak ansur (toleransi), dorongan dan sokongan, cara demokratik lawan cara autokratik, cabaran dan persaingan, dan sebagainya.

Seyogia diingat, proses pendidikan dan pembelajaran dalam komuniti lebih melibatkan golongan dewasa. Demikian pendidikan-pembelajaran dewasa sering dikaitkan dengan kerja komuniti. Orang dewasa, disebabkan latar kerja, amalan, dan pengalaman hari-hari di lapangan dan dalam kehidupan bermasyarakat, (kebanyakannya) tidak selesa atau tidak dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran melalui bilik darjah/kuliah (sebahagian murid/pelajar juga tidak selesa dengan cara ini, tetapi biasanya mereka tiada pilihan. Itu sebabnya sesetengah mereka dikatakan ”tercicir” atau ”dicicirkan” daripada sistem persekolahan arus utama).

Kebanyakan orang dewasa practical-oriented, yakni lebih cenderung kepada hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, amalan, dan kehidupan hari-hari mereka. Oleh itu, kerja komuniti yang dilaksanakan melalui berbagai-bagai kegiatan, projek, tindakan dan pengalaman bersama itu memungkinkan pendidikan dan pembelajaran berlaku dalam kalangan orang dewasa secara yang mudah dan berkesan.

Kaedah dialog. Selain di atas, salah satu kaedah pendidikan-pembelajaran yang popular dan sesuai dalam kerja komuniti ialah kaedah dialog (juga disebut kaedah dialogik) yang dikaitkan dengan kerja-kerja pendidikan dewasa oleh tokoh pendidikan terkenal, Paulo Freire (1979, 1972, 1995). Kaedah ini menekankan penyelesaian masalah dan pemahaman tentang sesuatu perkara melalui dialog.

Sesuatu permasalahan, isu, atau fenomena cuba difahami melalui dialog sesama peserta. Guru bertindak lebih sebagai fasilitator bagi kumpulan, dan perhubungan antara guru dengan murid bersifat dua hala, bukan sehala (yakni daripada guru kepada murid) seperti yang biasa diamalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Melalui proses yang terbuka (dialog) ini guru juga turut belajar daripada murid.

Seperti yang disebut di dalam Bab 12 (Strategi, Kaedah dan Taktik), kaedah ini mesti dipermudahkan agar dapat diikuti oleh peserta. Bahasa, contoh, hujah dan sebagainya harus bertolak dari tahap kebiasaan dan kefahaman peserta.

(5)

“Leaders who do not act dialogically, but insist on imposing their decisions, do not organize the people--they manipulate them. They do not liberate, nor are they liberated: they oppress.” (Pemimpin yang tidak bertindak secara dialogik, tetapi memaksakan keputusan mereka, bukan menyusun rakyat – mereka memanipulasikan rakyat. Mereka bukan membebaskan rakyat, mereka juga tidak bebas: mereka menindas”. Terjemahan AB) Paulo Freire, Pedagogy of the Oppressed

Praxis. Sehubungan dengan kaedah dialog, praxis, atau gabongan refleksi dan tindakan seperti yang dicatatkan di halaman awal buku ini juga suatu kaedah pembelajaran yang popular dalam kerja komuniti. Melalui kaedah ini peserta (aktivis dan anggota komuniti) dibiasakan dengan amalan melakukan perbincangan, dialog, kritikan, debat, dan huraian tentang sesuatu fenomena atau tindakan yang diambil bagi mencapai kefahaman dan kesepakatan untuk memperbaiki tindakan yang berikutnya.

Dengan membudayakan praxis dalam kerja dan kehidupan hari-hari maka pengamal seharusnya mampu memperbaiki diri dan menyumbang (dengan lebih baik) kepada komuniti dan masyarakat. Pekerja komuniti harus mempelajari dan cuba mempraktikkan pendekatan dan kaedah-kaedah demokratik sebegini bagi memungkinkan pembelajaran yang berguna dan berkesan, di samping menggalakkan dan membuka ruang untuk penyertaan (dan pengupayaan) komuniti dalam membuat keputusan dan tindakan bersama.

Oleh itu kerja komuniti suatu proses pendemokrasian pendidikan dan pembelajaran dalam kalangan komuniti. Pendidikan dan pembelajaran ini jelas tidak mengenakan syarat atau kriteria tertentu bagi melayakkan seseorang memperolehnya. Ia hak semua orang, dan kerja komuniti harus berusaha menyediakannya kerana ia sebahagian penting proses kerja komuniti dan demi kepentingan komuniti sendiri.

Dari apa yang digariskan di atas dapatlah disimpulkan bahawa proses kerja komuniti seharusnya menawarkan pendidikan dan pembelajaran dengan ilmu dan kemahiran yang bermakna dan berguna kepada komuniti. Pendidikan-pembelajaran melalui kerja komuniti juga suatu proses pemerkasaan komuniti dalam erti kata ia sepatutnya berupaya menyedarkan dan menginsafkan rakyat tentang diri dan kedudukan mereka, tentang hak, serta tentang peranan dan tanggungjawab mereka untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perubahan dan pembangunan bersama.

____________________

Referensi

Dokumen terkait

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Fakultas Tarbiyah dan Kependidikan merupakan lembaga akademis yang dikembangkan dari Jurusan Tarbiyah dengan beberapa program studi yang lebih dimantapkan. Arti penting

DER dapat menunjukkan tingkat risiko suatu perusahaan dimana semakin tinggi rasio DER, maka perusahaan semakin tinggi risikonya karena pendanaan dari unsure hutang lebih

Berdasarkan kurva sebagaimana terlihat pada Gambar 4, tampak bahwa kurva debit aliran melalui pipa berpori berada di bawah kurva hitungan kemampuan daripada :

Manusia merupakan makhluk individu sekaligus juga makhluk sosial. Ketika menjalani kehidupan sosial dalam masyarakat, seorang individu akan dihadapkan dengan

Pembelajaran berhubungan erat dengan pengertian belajar dan mengajar. Belajar, mengajar dan pembelajaran terjadi bersama-sama. Belajar dapat terjadi tanpa guru atau

Membaca kontra memori banding yang diajukan oleh kuasa hukum Terbanding semula Penggugat dalam Konvensi/Tergugat dalam Rekonvensi terhadap memori banding yang