• Tidak ada hasil yang ditemukan

MUAMALAT sebagai ASAS Pembangunan EKonom (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MUAMALAT sebagai ASAS Pembangunan EKonom (1)"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pendahuluan

Dalam pembangunan Islam, ekonomi merupakan salah satu aspek terpenting untuk membangunkan sebuah negara. Hal ini kerana, ekonomi merupakan tunjang bagi mendapatkan hasil pendapatan yang akan menampung seluruh rakyat di dalam negara itu. Oleh itu, pemimpin perlu bijak dalam merancang pembangunan ekonomi negara melalui nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam Islam. Sebagai contoh, pemimpin mengamalkan sikap yang positif seperti saling membantu antara satu sama lain walaupun dalam kalangan pekerja.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolobg-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya.”

(Surah Al-Maidah: 2)

Melalui pembangunan ekonomi yang berteraskan Islam, sudah semestinya sistem muamalat memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga hal kewangan sesebuah negara. Perkara ini kerana, sistem muamalat merupakan kaedah atau cara yang sempurna yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tanpa sebarang kesilapan. Sebagai contoh, perkara asas muamalat ialah berpaksikan kejujuran dan keadilan misalnya dalam jual beli.

Sepertimana firman Allah SWT yang mambawa maksud: “Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.”

(2)

2.0 Konsep Muamalat

Dari sudut bahasa, muamalat berasal dari perkataan aamala, yuamilu, muamalah yang bermaksud perlakuan atau tindakan terhadap orang lain atau perhubungan yang berkepentingan. Dari sudut istilah, sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian manusia, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan.

Muhammad Yusuf Musa, muamalat ialah peraturan-peraturan Allah SWT yang harus diikuti dan ditaati dalam hidup bermasyarakat untuk menjaga kepentingan seluruh manusia. Secara mudahnya, muamalat adalah segala aturan Allah SWT yang mengatur hubungan dengan manusia dalam memperoleh dan mengembangkan harta benda atau aturan Islam mengenai kegiatan ekonomi yang dilakukan manusia.

Secara umumnya, muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia dengan manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan kepada Syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat juga merangkumi semua hukum Syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia seperti urusan jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Segala harta yang ada di alam ini sama ada di muka bumi, didasar lautan semuanya adalah milik Allah SWT secara mutlak. Manusia telah diamanahkan untuk memiliki harta yang disediakan oleh Allah SWT melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dianugerahkan kepadanya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk ayat 15 bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

2.1 Tujuan Muamalat

(3)

sebenarnya tidak terhad, dengan itu peranan tazkiyyah dalam mengawal nafsu daripada terus menguasai kemahuan manusia.

Tujuan kedua ialah tidak lain tidak bukan untuk beroleh keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Secara umumnya, Allah SWT telah memberi amanah kepada manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi untuk menguruskan segala hal di dunia. Oleh itu, setiap perkara yang dilakukan oleh manusia adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT termasuklah dalam urusan muamalat.

Tujuan ketiga pula ialah menentukan segala peraturan-peraturan untuk manusia dengan menggunakan jalan yang halal dan tidak salah disisi Allah SWT. Setiap perkara yang manusia lakukan seperti jual beli perlulah mengikut aturan-aturan yang telah Allah SWT tetapkan seperti penentuan hukum berkaitan halal haram.

2.2 Prinsip Asas Dalam Muamalat Islam 1. Semua urusan muamalat adalah harus

Pada asalnya segala urusan mualamat seperti jual beli hukumnya adalah harus. Tetapi apabila terdapat nas-nas syarak yang mengharamkannya maka urusan tersebut akan menjadi haram dilakukan oleh manusia. Seperti yang disebut dalam Surah Ali-Imran ayat 29 bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

2. Hak antara manusia dengan manusia lain

Hak pertama yang harus dijaga oleh setiap manusia ialah haram memakan harta orang lain yang bukan pada haknya. Sebagai contoh, perbuatan memakan riba adalah haram dalam ajaran Islam sepertimana disebutkan dalam Surah Ali Imran ayat 130 bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan”.

(4)

dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”.

Selain itu, haram juga untuk manusia melakukan perbuatan pecah amanah atau mengkhianati orang lain. Sepertimana yang disebutkan dalam Surah al-Anfal ayat 27 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”

Haram juga kepada peniaga memintas jual beli peniaga yang lain. Sebagai contoh, peniaga bandar cuba memintas peniaga desa untuk berniaga di desa. Peniaga bandar tersebut membeli barangan peniaga desa dengan harga yang rendah dan menjual barangan tersebut di bandar dengan harga yang tinggi. Perbuatan ini sebenarnya adalah salah satu perbuatan zalim kepada peniaga desa.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: “Janganlah orang bandar menjual untuk orang desa, biarkanlah manusia diberi rezeki sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain”. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi orang yang beriman untuk berjual-beli atas jual-beli saudaranya” (Hadis Riwayat Muslim).

Selanjutnya, haram juga peniaga mengumpan pembeli dengan harga yang rendah sedangkan itu adalah harga sebenar apabila rundingan penurunan harga berlaku. Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jauhilah kamu daripada bersangka-sangka kerana sangkaan itu bicara yang paling dusta, janganlah kamu intai mengintai, dan janganlah kamu sengaja mengumpan harga yang tinggi dari pembeli (iaitu berpura-pura hendak membeli sesuatu barang dengan meletakkan harga tinggi daripada pasaran dengan tujuan mengumpan pelanggan agar mengikuti harganya ) dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”.

3. Berakhlak mulia

(5)

ini berlaku secara tidak langsung akan memberi mudharat kepada pengguna misal kata kerosakan barangan tersebut disembunyikan.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Hakim bermaksud: “Tidak halal bagi seseorang yang menjual sesuatu jualan melainkan hendaklah dijelaskan segala kekurangannya dan tidak halal bagi orang yang mengetahui sesuatu keaiban melainkan hendaklah dinyatakannya”.

4. Memberi manfaat kepada masyarakat

Islam telah mengharamkan pelbagai muamalat yang tidak membawa faedah kepada individu mahupun dalam kehidupan masyarakat seperti perjudian, menjual daging khinzir, bangkai, berhala dan seumpamanya. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan rasul-Nya mengharamkan menjual arak,bangkai, khinzir dan berhala”. Dan riwayat Ahmad yang bermaksud: “Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu Dia juga telah mengharamkan keuntungan daripadanya”.

5. Tidak menyebabkan kehilangan hak padanya

Berasaskan perkara ini, Islam telah mengharamkan beberapa bentuk muamalat seperti al-munabazah, al-mulamasas dan menjual binatang di dalam perut ibunya atau barangan seumpamanya yang tidak boleh diserahkan. Berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang daripada al-mulamasah dan al-munabazah”.

Secara umumnya, al-Munabazah ialah apabila penjual menjual sesuatu barang kepada pembeli sebelum beliau melihat secara keseluruhan barangan tersebut. Manakala, al-Mulamasah ialah bermaksud memegang barang dengan tidak melihatnya secara menyeluruh. Apabila perkara ini terjadi, ia akan memberi kesan kepada pembeli juga penjual. Kesannya adalah berkemungkinan besar barangan tersebut akan tidak sempurna pada bentuknya. Daripada Abdullah bin Umar r.a pernah berkata: Daripada Rasulullah S.A.W bahawa baginda melarang menjual janin dalam kandungan ibunya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

(6)

Islam tidak melarang umatnya melakukan urusan jual beli, tetapi Islam melarang urusan jual-beli yang boleh melalaikan seseorang. Sebagai contoh, larangan berjual beli setelah azan Jumaat telah dilaungkan dan meletakkan syarat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Jumuah ayat 9 bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat

yang sebenarnya)”. (Surah al-Jumuah: 9)

2.3 Peranan Muamalat Dalam Pembangunan Ekonomi Islam

Muamalat memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Islam, pertamanya mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.

Kedua, muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

Kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba, rasuah, menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah SWT. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu,dia tidak akan mendapat pahala,bahkan dosa yang akan menimpanya” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Al-Halim)

(7)

banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.

Seterusnya, dapat mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga,masyarakat dan negara serta dapat melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong–menolong dan bantu-membantu dalam mengerjakan amal kebaikan dan kebajikan bersama.

Terakhirnya, muamalat juga menghalang daripada perbuatan monopoli kekayaan hanya pada golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah SWT. Dengan itu, semua manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah SWT dengan sama rata dan juga dapat mengelakkan sikap dengki-mendengki antara satu sama lain.

3.0 Perkaitan Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam Dalam Muamalat Islam

3.1 Tasawwur Islam sebagai acuan pembangunan Ekonomi Islam

Taswwur islam adalah satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat islam terutama di Malaysia. Tasawwur bermaksud suatu tanggapan atau persepsi pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah arab yang memberi maksud antaranya suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan, cuba memberi gambaran terhadap sesuatu dan memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.

Tasawwur juga menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah taswwur ini berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawwur di sisi falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar dalam akal manusia mengenai alam dan kehidupan. Ahli psikologi bertanggapan bahawa tasawwur ialah gambaran sesuatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.

(8)

Tasawwur amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan adalah lahir dari tasawwurnya terhadap kehidupan ini. Tasawwur yang betul akan melahirkan tindakan yang betul. Begitu juga jika sebaliknya. Perbezaan tasawwur adalah berpunca daripada banyak aspek antaranya ialah latarbelakang pendidikan yang mempengaruhi penguasaan ilmu seseorang terhadap Islam.

Oleh yang demikian, Islam telah memberi perhatian yang berat terhadap pendidikan. Ini adalah untuk memastikan setiap insan mempunyai tasawwur dan pengetahuan yang jelas terhadap hakikat kehidupan di atas muka bumi ini.

3.1.1 Perkaitan tasawwur Islam sebagai acuan pembangunan ekonomi Islam

Ekonomi merupakan faktor terpenting dalam pembangunan sesebuah tamadun. Setiap tamadun mempunyai kegiatan ekonomi masing-masing. Ekonomi memainkan peranan penting dalam memajukaan sesebuah tamadun dengan menggunakan acuan sendiri. Pembangunan barat berbeza visi dan misi mereka dalam kegiatan ekonomi.

Mereka mementingkan keduniaan semata-mata. bagi mereka apa jua cara boleh dilaksanakan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini adalah amat berbeza dengan cara islam. islam bersifat menyeluruh. Islam mementingkan duniawi dan ukhrawi. Islam mengseimbangkan diantara keduannya ini. Dalam islam matlamat tidak menghalalkan cara. Apabila ilmu tassawwur ini benar-benar sebati tertanam didalam hati dan diri setiap umat islam, segala kegiatan ekonomi akan dijalankan dengan lebih harmoni dan yang pasti tidak akan berlaku penindasan, pergolakan dan perbalahan.

Kesan tasawwur islam ini didalam pembangunan ekonomi adalah tidak akan berlaku unsur riba,rasuah dan pecah amanah. Tassawwur seperti yang sedia maklum adalah pandangan hidup islam. apabila ilmu tasawwur dapat dikuasai didalam diri setiap umat islam sudah pasti rasuah riba dan pecah amanah dapat dihapuskan. Allah melarang dan mengharamkan hamba-Nya melakukan riba dan rasuah seperti mana dalam firman Allah dalam surat Ar-Ruum Allah ta’ala berfirman:

“Dan sesuatu Riba (tambahan) yang kamu berikan agar Dia bertambah pada harta manusia, Maka Riba itu tidak menambah pada sisi Allah. dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, Maka (yang berbuat demikian) Itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).”

(9)

Dari firman Alah ini jelas menyatakan bahawa riba adalah haram disisi islam. segala apa yang Allah larang ada sebabnya seperti pengharaman riba. Allah mengharamkan riba kerana riba ini ini menindas umat islam. hal ini kerana riba mengenakan bunga yang tinggi keatas suatu barangan yang diniagakan. Bukankah ini sudah menjadi suatu kesalahn dan penindasan terhadap seseorang itu? Sesungguhnya islam itu bersaudara dan mementingkan persaudaraan. Disebabkan riba ini boleh menyebabkan pergaduhan, penindasan dan perbalahan.

Seterusnya , apa yang dapat dilihat dari penanaman tasawwur dalam diri adalah gejala rasuah dapat dielakkan. Seperti yag kita sedia maklum bahawasanya rasuah ini adalah suatu perbuatan khianat dan jahat yang dilakukan oleh seseorang yang ingin sesuatu itu dengan jalan yang pintas dan bukan haknya. Apa yang bermain dalam diri seseorang yang mengamalkan rasuah ini hanyalah keuntungan pada dirinya dan tidak memikirkan nasib orang lain. Rasuah adalah penyebab keruntuhan sesebuah negara. Contoh yang dapat dilihat pada dunia sekarang adalah Negara India.

Negara India merupakan suatu negara yang kuat mengamalkan rasuah. Setiap apa yang ingin dijalankan pasti ada unsur rasuah. Kesan rasuah terhadap negara itu adalah rakyat tertindas dan orang miskin terus miskin dan orang kaya terus kaya. Rasuah ini juga menjadi faktor orang luar tidak mahu melabur dalam kegiatan ekonomi sesebuah negara dan menyebabkan hasil pendapatan negara semakin teruk.

Apabila tasawwur ini dapat di realisasikan oleh umat islam sudah pasti rasuah dapat dihapuskan. Islam adalah sebuah agama yang syumul dan harmoni mementingkan kesejahteraan umat. Dalam pembangunan, islam mementingkan agama dari yang lain. Berbeza dengan barat yang membelakangkan agama dari pembangunan. Barat memisahkan agama dan jua pembangunan. Islam tidak memisahkan bahkan menjadikan agama adalah tunjang asas pembangunan. Hasil dari menjadikan agama sebagai asas pembangunan, rakyat dan umat seluruh alam pasti tidak aka nada berlaku kacau-bilau, pergaduhan,penindasan,pergaduhan dan sebagainya.

3.2 Manusia sebagai Pelaku Muamalat Islam

(10)

Manusia juga telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi, sebagai bukitnya Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi!" Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang membuat kerusakan di bumi dan menumpahkan darah; (Mengapa tidak kami saja yang Engkau jadikan khalifah itu), padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya AKU Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Surah Al-Baqarah: 30)

Manusia sebagai pelaku pembangunan tidak akan terikat dengan aspek-aspek pembangunan dalam ekonomi sahaja, malah manusia juga turut terlibat dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. Misalnya, dalam melakukan sesuatu pembangunan ekonomi bertujuan kerana Allah SWT ataupun niat utamanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dalam konteks pengurusan kewangan Islam pula, muamalat merupakan kaedah yang bertepatan dengan syariah. Sistem muamalat bertujuan untuk mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan kewangan yang bermula daripada hal-hal seharian sehingga hal-hal yang berkaitan Negara misalnya daripada aspek ekonomi, politik dan sosial.

Muamalat merupakan peraturan yang dikurniakan Allah SWT kepada hambanya dalam melaksanakan urusan hal ehwal kewangan yang bertepatan dengan syariat Islam. Manusia merupakan penggerak utama yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kewangan Islam (muamalat), bersesuaian dengan status manusia yang telah dilantik sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini.

Oleh itu, manusia hendaklah mengamalkan sistem muamalat dalam menguruskan hal ehwal kewangan untuk menjalinkan hubungan yang harmoni sesama manusia disamping dapat memiliki keredhaan Allah SWT.

3.2.1 Fungsi khusus manusia

(11)

laranganNya. Manusia berjanji di alam roh dan akan membuktikan segala perjanjiannya di alam dunia. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-A’raff, ayat 172 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah SWT mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi" (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan : "Sesungguh-nya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keEsaan Tuhan)" (Surah al-A'raff: 172)

Roh dalam konteks Islam terbahagi kepada dua. Pertama, rohul-hayah yang bermaksud nyawa yang dimiliki oleh setiap makhluk yang hidup termasuk makhluk selain manusia. Sebagai contoh, haiwan dan jin. Kedua pula ialah rohul-tamayyiz yang membawa maksud roh yang dibawa oleh manusia. Rohul-tamayyiz memainkan peranan yang sangat penting merangkumi akal, qalbu dan nafsu.

Peranan utama yang penting dalam diri manusia ialah qalbu, qalbu bermaksud hati yang ada dalam setiap manusia. Qalbu memainkan peranan dalam mengawal atau menguasai keimanan seseorang. Terdapat lima tingkatan iman yang dikuasai oleh qalbu, pertama ialah iman taqlid yang merupakan iman ikut-ikutan, kedua pula ialah iman ilmu yang bermaksud seseorang yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. Kedua-dua tingkatan ini merupakan tingkatan iman yang paling rendah.

Ketiga pula ialah iman ayan yang bermaksud seseorangan yang mempunyai ilmu dan mengamalkannya. Keempat ialah iman haq yang merupakan iman yang benar. Terakhir sekali ialah tingkatan iman yang paling tinggi iaitu iman hakikat yang merupakan iman para nabi dan rasul. Manusia sekurang-kurangnya perlu memiliki antara tiga tingkatan iman ini untuk memelihara keimanannya atau qalbu menguasai dirinya.

(12)

Seterusnya ialah nafsu mutmainnah, nafsu radhiyah, nafsu mardhiyyah dan nafsu kamilah yang dikira sebagai nafsu yang baik. Sebagai contoh, seseorang itu rasa bersalah apabila melakukan sesuatu kegiatan yang berdosa seperti mencuri. Segala ini dapat memberi kesan yang dapat diperhatikan melalui tujuh anggota lahir manusia iaitu mata, telinga, mulut, tangan, perut, kemaluan dan kaki.

3.2.2 Melaksanakan Muamalat dengan hubungan tiga dimensi

Sebagai pelaku dalam muamalat, manusia seharusnya mempertahankan atau memelihara hubungan mereka untuk membangunkan negara. Hal ini secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara pencipta dan sesama makhluk. Hubungan tiga dimensi ini terdiri daripada memelihara hubungan dengan Allah SWT, memelihara hubungan sesama manusia dan memelihara hubungan sesama alam.

Pertama, memelihara hubungan dengan Allah SWT. Manusia hendaklah memelihara hubungan dengan Allah SWT dengan cara memperolehi pendapatan atau harta pencarian yang diredhai Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang sanggup memilih melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar atau memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk memperoleh rezeki yang halal misalnya bekerja sebagai tukang kebun. Pekerjaan ini secara tidak langsung dapat memelihara hubungan dengan Allah SWT walaupun bayaran yang dimiliki sedikit.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya den belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang menjadikan kamu menguasainya sebagai wakil, maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar" (Surah Al-Hadid: 7) Kedua ialah memelihara hubungan sesama manusia. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa, menjaga hubungan sesama manusia lebih sukar berbanding menjaga hubungan dengan Allah SWT. Sebagai contoh dalam perniagaan kedai runcit, seorang pengusaha yang merupakan rakan kita terasa hati dengan perbuatan kita yang meletakkan harga barangan lebih rendah berbanding harga barangan di kedainya dan menjadikan pembeli di kedainya semakin berkurangan. Perkara ini membuatkan hubungan kita dan pengusaha itu semakin renggang dan terputus kerana perbuatan kita yang mementingkan diri.

(13)

perniagaan tersebut. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barangsiapa tidak berasa belas kasihan sesama manusia, Allah pasti tidak akan menaruh belas kasihan kepadanya." (Hadis Riwayat Al-Tirmizi) Ketiga, memelihara hubungan dengan alam. Penjagaan alam sangat penting dalam kehidupan, hal ini kerana apabila berlaku suatu pencemaran pasti kesannya akan terkena pada manusia juga. Berkaitan dengan aspek muamalat, manusia sebagai pelaku seharusnya tidak terlalu mengejar keuntungan sehingga merosakkan flora dan fauna. Sebagai contoh, melakukan aktiviti pembalakan secara besar-besaran bertujuan untuk membina pencakar langit demi mendapatkan hasil wang yang lumaian.

Menurut Callicott (2000), jalan terbaik untuk mengatasi masalah alam sekitar adalah dengan mengubah sikap dan amalan seharian masyarakat dari berfokuskan kepentingan diri kepada berfokuskan alam sekitar. Oleh itu, manusia hendaklah menyedari bahawa hidupan lain di muka bumi ini juga perlu hidup dengan aman dan tenteram. Sebagai contoh haiwan liar seperti harimau yang semakin terancam akibat perbuatan manusia sendiri. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, berperanan sebagai khalifah Allah SWT dan wakil Allah SWT di atas muka bumi ini, manusia perlu mewujudkan hubungan serta berinteraksi sesama manusia dan menggunakan sumber alam dengan memupukkan rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak dan penuh etika. Bersesuaian dengan perkataan “hablum-minallah” dan “hablum minannas”. Manusia seharusnya tidak putus asa untuk mengeratkan hubungan dengan Allah SWT disamping menghubungkan diri sesama manusia dan sumber-sumber alam.

3.2.3 Kesan sekiranya Muamalat yang dijalankan tidak mengikut Syariat Islam 1. Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan

2. Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman 3. Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri 4. Mendapat harta dengan cara yang tidak halal

5. Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir

(14)

3.3 Skala waktu Muamalat Islam

Secara asasnya, skala waktu pembangunan berteraskan Islam meliputi tiga alam iaitu alam roh, alam dunia dan alam akhirat. Alam roh adalah alam pertama yang akan dilalui pelaku muamalat dan ketika di alam ini berlakunya proses penyaksian dan pengiktirafan Allah SWT sebagai Tuhan Sekalian Alam. Firman Allah SWT dalam Surah al-A`araf ayat 172 bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” (Surah al-A`raaf: 172)

Di alam ini juga manusia telah mengangkat sumpah dan menerima tugas sebagai hamba dan khalifah (wakil Allah) hidup di muka bumi. Sepertimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”.

Selepas alam roh, manusia akan pergi ke alam dunia iaitu alam yang berlakunya segala urusan seperti politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Ketika di alam dunia inilah berlakunya pembuktian manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi dan begitu juga dengan urusan muamalat sebagai asas pembangunan ekonomi Islam.

(15)

muamalat ialah tatacara atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT agar manusia dapat melaksanakan urusan ekonomi dengan mengikut Syariat Islam yang sebenar.

Isu yang berlaku hari ini, kebanyakan urusan muamalat dilaksanakan dengan tidak mengikut Syariat Islam yang sebenar. Hal ini kerana, dalam Islam jelas telah mengharamkan perbuatan riba, tetapi pada hari ini dalam urusan perniagaan riba masih lagi berlaku walaupun dalam kadar yang kecil. Islam telah menjelaskan bahawa amalan riba adalah hukumnya haram maka sudah pasti hukum riba tetap haram sehingga hari kiamat.

Jika diteliti, hari ini kebanyakan bank Islam juga masih berlakunya amalan riba walaupun dalam kadar yang kecil berbanding bank-bank konvensional lain. Amalan ini sebenarnya tidak memberi kesan positif walau sedikit pun terhadap perkembangan pembangunan ekonomi Islam, sebaliknya lebih banyak memberi kesan negatif terhadap pembangunan ekonomi Islam.

Hal ini kerana, matlamat utama pembangunan ekonomi Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Apabila amalan riba masih wujud dalam muamalat, secara tidak langsung akan memberi impak terhadap perkembangan pembangunan ekonomi Islam. Dalam pada itu, berkemungkinan besar redha Allah SWT juga jauh dalam segala urusan pembangunan ekonomi tersebut.

Alam akhirat adalah alam pembalasan dan alam terakhir kepada semua pelaku muamalat. Alam pembalasan yang dimaksudkan ialah pembalasan segala perbuatan pelaku muamalat ketika berada di alam dunia. Jelaslah bahawa alam akhirat adalah alam kesinambungan dari alam dunia dan penentuan sama ada manusia masuk ke dalam syurga atau neraka.

Oleh itu, jelaslah bahawa ketiga-tiga alam ini saling berkait-rapat antara satu sama lain. Begitu juga dengan perkembangan pembangunan ekonomi Islam saling bergantung dengan perlaksanaan muamalat yang dilakukan. Apabila muamalat tidak dilakukan dengan betul mengikut Syariat Islam, maka secara tidak langsung akan merosakkan pembangunan ekonomi Islam kerana pendapatan yang batil.

(16)

Prinsip yang seterusnya ialah fardhu ‘ain sebagai asas pembangunan ekonomi islam. Fardhu ‘Ain bermaksud semua perkara yang diwajibkan oleh setiap muslim. Jika tidak melakukannya ia dikira berdosa. Contonhya, solat, puasa, zakat dan sebagainya. Manakala ardhu kifayah bermaksud cukup sebahagian daripada umat Islam yang melakukannya. Seperti solat Jenazah.

Ilmu fardhu ‘ain terbahagi kepada tiga jenis iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawwuf. Tauhid menceritakan tentang akidah yang berkaitan tentang maha pencipta. Di dalamnya juga terselit tentang perihal rukun Islam dan rukun iman. Ilmu Fekah pula berkaitan dengan syariat. Ia terbahagi kepada empat bahagian. Ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Akhir sekali Tasawwuf yang berkaitan dengan akhlak, mahmudah dan mazmumah.

Kesemua aspek ini perlu ada dalam proses untuk menjayakan pembangunan islam ini. Misalnya di dalam perniagaan. Allah Taala yang mengurniakan rezeki kepada hambanya iaitu akidah. Mengetahui hukum halal dan haram yakni fekah dan barang yang hendak diniagakan iaitu tasawwuf. Kesemua ini merupakan sebahagian daripada ilmu fardhu ‘ain yang perlu dalam melaksanakan pembangunan ekonomi islam.

3.4.1 Kesan Mengamalkan Fardhu ‘Ain Dalam Muamalat

Mengamalkan fardhu ‘ain adalah wajib bagi setiap muslim dan dikira berdosa jika tidak mengamalkannya. Secara ringkasnya tujuan ilmu fardhu ini adalah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat di samping untuk mendapat keredhaan Allah Taala. Berikut adalah kesan mengamalkan ilmu fardhu ‘ain di dalam muamalat.

1. Perniagaan yang berlandaskan syariat Islam.

Berbeza dengan perniagaan jenis konvensional yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikir tentang hal halal dan haram. Sebaliknya, mereka menindas kepada para pembeli seperti dengan menaikkan harga barang sesuka hati. Islam pula telah menggariskan panduan yang sempurna dalam hal-hal yang berkaitan dengan jual beli. Semasa proses menjual dan membeli Islam telah menetapkan beberapa syarat. Syarat-syaratnya ialah mesti ada penjual, pembeli, ijab qabul dan barang yang hendak diniagakan.

(17)

di dalam surah Al-baqarah ayat 275 bermaksud:“Dan Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba”

2. Mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT

Allah berfirman di dalam surah Al-Dhariyat Ayat 56 bermaksud: “Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada ku.”

Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa tujuan utama manusia diciptakan di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Taala. Caranya adalah dengan melaksanakan segala perintah dan suruhannya. Yakni fardhu ‘ain. Dengan ini nescaya kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah sepertimana firmannya di dalam surah Saba’ ayat 34. Maksudnya: “Sungguh, bagi kaum Saba' ada tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka dikatakan), "Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.”

Kesimpulannya, segala syariat yang terkandung di dalam Al-quran dan As-sunnah adalah untuk kemaslahatan umat manusia dan bukannya untuk membebankan dan menyusahkan mereka. Di dalamnya banyak mengandungi hikmah dan kelebihannya yang masih kita tidak ketahuinya.

Jika dilihat melalui kesan pengamalan ilmu fardhu ‘ain kepada mualamat dalam pembangunan ekonomi islam lebih banyak kelebihannya jika dilihat kepada kesan mengamalkannya. Sebaliknya, jika tidak mengamalkannya lebih banyak keburukan yang akan menimpa. Benarlah, bahawa islam adalah agama yang syumul dan sesuai digunakan oleh semua orang.

3.5 Ibadah sebagai perkaedahan Muamalat Islam

(18)

sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak mengikuti syariat, maka sesuatu pembangunan itu dianggap gagal.

Dalam konteks ibadah terbahagi kepada tiga iaitu ibadah asas, amalan-amalan utama (fadho-ilul-iman) dan ibadah umum. Ibadah asas merangkumi ibadah wajib dilaksanakan oleh setiap manusia, seperti sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji bagi yang berkemampuan dan sebagainya. Dengan melaksanakan ibadah asas ini, maka terbentuklah satu hubungan menegak atau hablumminallah iaitu hubungan di antara hamba dengan Pencipta. Maka, tertegaknya hubungan sang hamba dengan Pencipta, maka secara tidak sedar manusia telah membangunkan kerohanian dalam diri mereka.

Kedua, amalan-amalan utama (fadho-ilul-iman) merupakan satu bentuk ibadah yang tidak wajib ke atas manusia sebagaimana ibadah asas tadi tetapi ianya merupakan salah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam diri setiap umat manusia sebagai mengukuhkan keimanan seseorang yang fitrahnya iman sentiasa menaik dan menurun serta bertambah atau berkurang. Selain itu, ibadah ini juga merupakan sebagai ibadah tambahan bagi menampung kekurangan atau ketidaksempurnaan serta mencantikkan ibadah asas yang telah dikerjakan bertujuan mendapat rahmat dan redha dari Allah Azza Wa Jalla. Misalnya, melaksanakan solat-solat sunat, bersedekah, bersedekah, berselawat dan sebagainya.

Ketiga, ibadah umum pula merujuk kepada fardhu kifayah di mana ianya merupakan satu ibadah yang diwajibkan pada golongan tertentu sahaja , misalnya munakahat, muamalat, ekonomi, politik, perundangan dan sebagainya. Apabila ibadah umum ini ditegakkan, maka tertegaklah hubungan antara manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan sumber alam (hablumminannas), natijah daripada itu, maka tertegaklah pembangunan material dan fizikal.

Seterusnya, sesuatu pembangunan itu mungkin tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya perkaedahannya tidak menepati dan melanggar syariat, bagi menjayakan sesebuah pembangunan berlandaskan Islam, maka ibadah-ibadah tadi perlulah diusahakan serta dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

(19)

SWT yakni meyakini Allah SWT sebagai Allah yang Esa serta mempupuk nilai seorang hamba yang kerdil dalam diri. Selain itu, nilai fekah pula mencerminkan garis panduan seorang Muslim dalam melayari kehidupan berterasakan peraturan-peraturan, manakala, nilai tasawwuf pula menentukan kekusyukan seorang hamba terhadap ibadah yang dikerjakan.

Dalam ibadah umum pula terdapat lima syarat iaitu pertama, mestilah niat kerana Allah SWT, kedua isinya tidak bertentangan dengan syariat Allah SWT,ketiga pula setiap pelaksanaanya mestilah menurut syariat , manakala keempat natijah atau kesannya tidak bertentangan dengan syariat dan yang kelima ibadah-ibadah asas tidak ditinggalkan. Justeru, dapat dilihat bahawa pentingnya tertegaknya hubungan hamba atau manusia dengan Allah SWT serta hubungan mendatar iaitu hubungan manusia dengan makhluk Allah SWT serta sumber alam yang lain kerana ianya merupakan titik mula kejayaan pembangunan berteraskan rohani, material dan fizikal.

3.5.1 Pelaksanaan Waqaf sebagai cadang Muamalat a) Konsep waqaf

Waqaf merupakan satu amalan sunat yang digalakkan serta wajib dilaksanakan apabila dibuat dengan wasiat. Oleh kerana umat Islam mahu berwakaf kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah , maka waqaf merupakan satu mekanisme perkongsian harta kekayaan seseorang dengan orang lain. Dalam ekonomi, wujudnya golongan yang menagih semula harta kekayaan kepada orang lain, sangat penting kerana ia membantu mencapai ekonomi pembangunan negara.

Dari segi bahasa, waqf membawa erti berhenti, menegah dan menahan, manakala ulama’ fekah pula mendefinikan ianya sebagai al-habs yakni menahan kerana perkataan al-habs banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW. Menurut syarak pula, waqaf merupakan satu bentuk penyerahan harta dalam bentuk sorih (terangan) dan kinayah (sindiran), di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diambil serta diaplikasikan sebagai tujuan kebajikan dalam bentuk umum mahupun khusus. Manakala, menurut istilah pula, waqaf merupakan menahan sesuatu harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh orang lain di mana harta yang hendak diwakafkan mestilah berada dalam keadaan yang baik, kekal serta bertujuan sebagai mendekatkan diri dengan Allah SWT.

(20)

b) Bentuk-bentuk Waqaf

Wakaf terbahagi kepada dua jenis bentuk perwakafan iaitu wakaf am dan juga wakaf khas. Wakaf am merupakan mana-mana harta wakaf yang dibuat untuk tujuan-tujuan kebajikan atau khairat umum tanpa menentukan keuntungan khusus. Misalnya, perwakafan ini boleh diaplikasikan sebagai tujuan meningkatkan taraf imej Islam dan masyarakatnya, sebagai contoh, seseorang yang berwaqaf tanahnya untuk umat Islam secara umum dan bertujuan kebajikan di mana pewakaf tidak meletakkan sebarang syarat kepada harta yang diwakafkan.

Wakaf khas pula menunjukkan situasi di mana pewakaf berhak menentukan wakaf yang dibuat atas dasar tujuan tertentu atau khusus ataupun keuntungan tertentu. Misalnya, seorang pewakaf akan menetapkan kepada siapakah wakafnya dibuat atau tujuan apakah atau manakah wakafnya akan diaplikasikan. Contohnya, pewakaf mewakafkan tanah untuk dijadikan sebagai tanah perkuburan ataupun mewakafkan tanahnya untuk kegunaan orang miskin.

c) Rukun Waqaf

Bagi pewakaf atau waqif adalah disyaratkan pewakaf mestilah seorang yang merdeka, baligh, berakal serta berkelayakan untuk bersedekah harta miliknya. Pewakaf juga mestilah sukarela dan reda mewakafkan harta miliknya.

Penerima wakaf pula merupakan golongan yang khusus ditentukan oleh pewakaf sama ada orang yang akan menerima wakaf itu seorang atau bilangan yang ramai. Sekiranya pewakaf inginkan penerima wakaf merupakan masyarakat umum, maka pewakaf tidak perlu menetapkan penerima khusus, contohnya, mewakafkan kepada golongan tertentu seperti golongan fakir atau umat Islam.

(21)

Terdapat dua kategori harta yang boleh diwakafkan iaitu harta tak alih ( ‘aqar atau immovables) dan harta alih (manqul atau moveables). Harta tak alih kebiasaanya merujuk kepada harta yang banyak diwakafkan sejak zaman Baginda SAW yang merupakan amalan tradisi ketika itu kerana ianya bersifat kekal serta menepati kriteria dan ciri terpenting di mana ianya wujud satu elemen kekal pada asset tersebut serta manfaat harta yang boleh diwakafkan.

Manakala, harta alih pula merujuk kepada bentuk objek yang sentiasa bergerak atau mengalir dan bersifat tidak kekal misalnya, wang, buku ,sejadah dan sebagainya. Namun, tidak semua ulama’ berpandangan bahawa ianya boleh diwakafkan kerana elemen kekal tidak wujud dalam aset yang diwakafkan. Misalnya, asset berbentuk wang, saham boleh diwakafkan dengan cara berniat menukarkannya kepada bentuk harta kekal atau harta tak alih sebagai pelaburan yang dibenarkan Islam.

d) Perkaitan Ibadah

Seperti apa yang telah dibincangkan tadi, dengan melaksanakan wakaf sebagai cabang muamalat dan merupakan bidang ilmu fardhu kifayah,secara tidak langsung, akan dapat menegakkan serta membangunkan hubungan material dan fizikal serta ia juga mampu memberikan keuntungan kepada manusia yang memberi dan menerima manfaat contohnya pelaksanaan wakaf yang hakikatnya penting dalam dunia pembangunan Islam. Justeru, secara tidak sedar ianya memberikan dan membuktikan tentang kepentingan di antara hubungan di antara ketiga-tiga ibadah tadi, maka apabila terlaksananya satu pembangunan yang berteraskan Islam selain daripada memberi manfaat kepada orang lain, maka, keredhaan Allah jua pasti akan mengiringi setiap pembangunan dan pelaksanaanya yang dibawa.

3.6 Sumber alam sebagai alat Muamalat

Secara asasnya, sumber alam adalah sumber utama dalam pembangunan ekonomi Islam. Fungsi sumber alam adalah untuk kegunaan manusia dalam memenuhi segala keperluan asas mereka. Penciptaan sumber alam berkait dengan keimanan dan ketakwaan pelaku muamalat terhadap Allah SWT. Hal demikian dikatakan kerana Allah SWT adalah pencipta segala sumber alam sama ada didalam perut bumi mahupun segala yang ada dilangit.

(22)

bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”

Ayat lainnya dalam surah yang sama bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Baqarah: 29)

Jelaslah bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak segala sumber alam yang ada didunia ini. Seharusnya pelaku muamalat mengetahuinya agar mereka sentiasa berserah diri kepada Allah SWT dan menjadikannya lebih beriman dan patuh kepada-Nya serta tidak menggunakan segala sumber alam yang ada kepada perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada seluruh pelaku muamalat.

Umumnya, kemahuan pelaku muamalat adalah tidak terhad disebabkan dorongan nafsu jahat yang berjaya menguasai jiwanya. Dengan penerapan prinsip Allah SWT adalah pencipta sumber alam dan segala apa yang dilakukan pelaku muamalat terhadap sumber alam akan dipertanggungjawabkan kelak oleh Allah SWT. Secara tidak langsung jiwa pelaku muamalat pastinya akan dapat dikawal daripada hasutan nafsu jahat.

Oleh itu, pelaku muamalat seharusnya menggunakan setiap sumber alam yang ada mengikut etika serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Syariat Islam. Dalam konteks pembangunan ekonomi Islam, muamalat adalah peraturan atau tatacara pelaku pembangunan ekonomi agar segala urusan yang berkaitan penggunaan sumber alam dilaksanakan dengan jalan yang betul mengikut Syariat Islam.

Dalam pada itu, sumber alam juga haruslah digunakan mengikut kaedah yang betul iaitu hendaklah digunakan untuk memenuhi keperluan dharuri. Keperluan dharuri bermaksud keperluan asasi manusia seperti pakaian, makanan dan lain-lain. Kaedah kedua iaitu memenuhi keperluan hidup seperti kenderaan, barangan dapur dan bermacam lagi keperluan manusia.

(23)

diproses untuk dijadikan arak. Perkara ini mendatangkan mudharat kepada manusia kerana arak akan menyebabkan banyak kesan terhadap kehidupan manusia.

Jelaslah apabila syariat Islam dijadikan asas utama dalam urusan muamalat, sudah pasti perkara-perkara khilaf tidak akan berlaku sepanjang urusan muamalat berlangsung. Hal ini kerana syariat Islam itu jelas tidak ada kecacatan padanya dan sebagai panduan dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.

3.7 Prinsip Ketujuh: Marhatillah sebagai matlamat utama Mualamat Islam

Islam sangat menggalakkan setiap manusia berusaha dan bekerja keras mengaut seberapa banyak harta dunia yang mereka inginkan. Tetapi Islam melarang perbuatan menganiayai orang lain. Islam juga mengharam perbuatan mencuri, merompak, amalan riba, rasuah, sorong barang dan lain-lain supaya harta hanya dikumpul dengan cara yang baik sahaja.

Selain iman, Islam sendiri adalah suatu aturan yang wajib ditaati oleh tiap-tiap orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Islam telah menetapkan peraturan-peraturan ketika berniaga, berjual beli dan bermuamalat sesama manusia. Jika semua manusia ikut sepenuhnya syariat Islam, pasti tidak akan berlaku penindasan sama ada ke atas penjual ataupun pembeli. Kedua-dua akan mendapat manfaat daripadanya.

Pertama, Islam menetapkan peraturan terhadap perkara-perkara yang tidak dibenarkan dalam urusan jual beli, sama ada barang jualannya ataupun proses jual belinya. Perkara-perkara negatif seperti menipu, mengurangkan timbangan, menyembunyikan barangan untuk menaikkan harga, memonopoli, menjual barang yang tidak berkualiti dan sebagainya, semua ini ditegah sama sekali oleh Islam.

Begitu juga kegiatan-kegiatan perniagaan yang dijalankan melalui riba dan judi juga tidak dibenarkan. Ini kerana perbuatan ini boleh memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat. Islam memberi ruang seluas-luasnya kepada kita untuk berjual beli dengan cara yang telah ditetapkan, serta menyuruh umatnya supaya meninggalkan semua sekali perkara yang diharamkan.

(24)

perkara, bagi orang beriman, perkara pertama dia akan fikirkan ialah soal halal ataupun haram, bukannya untung ataupun rugi.

Perasan ihsan atau belas kasihan ini kemudian berkembang dalam hati orang yang beriman untuk memberi sesuatu yang lebih bermakna kepada orang susah. Perasaan kasih sayang sesama manusia khususnya sesama orang-orang yang beriman rasa hendak saling tolong-menolong , meringan beban anatara satu sama lain, sanggup memberi hutang, tidak menindas, tidaak menindas, menipu dan sebagainya. Semuanya kerana kita percaya kita akan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.

Pertama sekali tauhidnya dengan Allah SWT mesti jelas. Pembangunan yang diusahakan ikhlas kerana Allah SWT. Tanda sempurnanya ikhlas seseorang itu terlatak pada hatinya. Apabila Berjaya membangun, hati memanjatka rasa syukur kepada Allah SWT.

Kedua, syariatnya juga dijaga dan dipatuhi sungguh-sungguh. Segala peraturan yang AllahSWT tetapkan dlm muamalat diamal dan dilaksanakan. Pendeknya syariat itu bukan diketahuinya secara teoritikal, tetapi direalisasikan secara praktikal.

Ketiga, akhlaknya dengan Allah SWT juga dijaga, mazmumahnya dikikis seperti sorok barang dan diketahui bahawa apabila terdapat mazmumah, ertinya tidak berakhlaklah iaa dengan Allah SWT. Ketiga-tiga kaedah di atas merupakan kaedah mencapai keredhaan Allah SWT dan keredhaan Allah SWT pula merupakan matlamat akhir pembangunan.

4.0 Penutup

Secara keseluruhannya, sistem muamalat sangat dititikberatkan untuk menguruskan hal ehwal kewangan Islam. Hal ini kerana, segala unsur negatif dapat dielakkan dengan mengamalkan sistem muamalat. Sebagai contoh, muamalat dapat mengelakkan unsur penipuan seperti riba dalam kalangan peniaga. Pengamalan riba sangat dilarang dalam Al-Quran dan hukumnya adalah haram.

(25)

maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.”

(Surah Al-Baqarah: 278-279)

Oleh itu, setiap perkaedahan dalam urusan jual beli hendaklah menepati asas dalam Islam misalnya mengamalkan sifat kejujuran dalam urusan jual beli. Urus niaga yang mempunyai unsur-unsur riba, penipuan, rasuah dan sebagainya jelas merupakan bentuk urus niaga yang bertentangan dengan syariat Islam dan keuntungan yang diperoleh tidak akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Islam itu mudah, untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Kita cuma perlu mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan, umat Islam pasti akan bebas daripada perkara-perkara yang mendatangkan kemudharatan dalam diri.

5.0 Rujukan

Abdul Ghani Samsudin. (2004). Pembangunan Ekonomi Islam : Perspektif Malaysia, Jurnal Hadhari, hlm. 1-37

Ariff Ismail. (2010). Prinsip dan Model Negara Islam: Definisi dan Aplikasinya di Malaysia.

Jurnal Pembangunan, hlm. 53-68.

(26)

Ahmad Mahdzan. (1979). Teori Mikroekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 74-102.

Ahmad Nazri (2013). Pembangunan Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Awal. Prosiding PERKEM VIII, (hlm. 335-370).

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2004). Tasawwur Kepimpinan Islam. Jurnal Ulum Islamyyah, hlm. 3-34.

Asmak Ab Rahmah. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia. Shariah Journal, vol. 17(1),hlm. 113-152.

Azila Ahmad Sarkawi. (2010). Akad-akad Muamalah Dalam Fiqh : Satu Analisis, Jurnal Syariah, hlm. 37-42.

Fahmi Medias. (2010). Wakaf Produktif Dalam Perspektif Ekonomi Islam. Jurnal Ekonomi Islam, 4, 69–84. Diakses dari: http://fis.uii.ac.id/images/la-riba-vol4-no1-2010-05-medias.pdf

Joni Tamkin Borhan. (2008). Pemikiran Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam. Jurnal Usuluddin, vol. 27, hlm. 93–107. Diakses dari:

Referensi

Dokumen terkait

Pesan politik pada hasil analisa sebagian besar menunjukkan bahwa pesan yang disampaikan oleh wartawan merupakan kutipan dari pesan-pesan yang disampaikan oleh

Pada ayat di atas sangat jelas keharusan Hakim Ketua Pengadilan Negeri untuk mengupayakan perdamaian terhadap perkara perdata yang diperiksanya. Dalam kaitannya

dimensi utama, yaitu dimensi spiritual, intelektual, mental, dan fisikal yang terarah pada perubahan mutu dari keempat dimensi sumber daya manusia aparatur

Buku pedoman ini berisi informasi tentang visi, misi serta struktur organisasi lembaga dan program studi profesi apoteker STFI, profil lulusan, kompetensi lulusan,

2.3 Struktur Histologi Ureter, ter, Kandung kemih (Vesica Ur Kandung kemih (Vesica Urinaria), dan Uretra inaria), dan Uretra Ureter adalah saluran tunggal yang menyalurkan

2) Musik Daerah Sumba Jenis musik daerah Sumba lebih mengutamakan pada vokalis atau penyanyi.Ciri khasnya adalah nyanyian para wanita.Alat musik yang di gunakan antara lain

4.1.36 Banyaknya Guru Sekolah Menengah Tingkat Pertama (SMP) Menurut Kecamatan dan Tingkat Pendidikan di Kabupaten Samosir Number of Teacher of Junior High School by Subdistrict

Berdasarkan kutipan tersebut, pandangan Andrea Hirata sebagai seorang penulis ialah ia ingin mengungkapkan bahwa pendidikan di indonesia masih terjajah. Banyak anak yang