• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesinambungan Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka Dalam Sistem ran Masa Kini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesinambungan Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka Dalam Sistem ran Masa Kini"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Sistem pemerintahan Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sistem pemerintahan zaman Melayu Melaka pada umumnya adalah bercorak feudal. Ini kerana rakyat dibahagikan kepada beberapa lapisan mengikut susun lapis yang tersendiri dalam bentuk piramid. Manakala nagi hierarki golongan pemerintah pula, terdapat dua golongan iaitu golongan pemerintah atau bangsawan dan golongan yang diperintah.

Bagi menjelaskan sistem pembesar ini kita akan merujuk kepada Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka ini merupakan kerajaan Melayu tradisional yang terawal dan juga merupakan pengasas kepada kepada sistem pemerintahan beraja di negara Malaysia kini.

Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lapis. Ini kerana pemerintahan Sultan Melaka dibantu oleh empat orang pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka inilah yang menjadi tunggak pembangunan pada zaman Melayu Melaka pada satu ketika dahulu. Masing-masing mempunyai fungsi mereka yang tersendiri dalam memastikan pemerintahan berjalan dengan lancar. Mereka diberikan kuasa bagi mentadbir sesebuah kawasan yang terletak dalam jajahan takluk negeri Melaka.

Di bawah pembesar berempat, terdapat beberapa lapis lagi golongan pembesar. Antaranya ialah Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan juga Pembesar Tiga Puluh Dua. Shahbandar, Hulubalang Besar dan juga Penghulu merupakan antara golongan pembesar yang terletak di bawah Pembesar Berempat. Kesemua pembesar-pembesar ini saling bantu-membantu dan bekerjasama bagi memastikan negeri Melaka aman dan makmur sepanjang masa.

Sultan merupakan ketua negari di Melaka. Baginda juga merangkap ketua politik, ketua tentera, ketua agama Islam dan pentadbiran. Sultan Melaka menjadi lambang

(2)

keagungan negeri Melaka dan para pembesar membantu baginda dalam menguruskan hal-hal pentadbiran seharian.

Pembesar Berempat di Melaka dan Fungsinya.

Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka boleh disamakan dengan jawatan Perdana Menteri pada masa kini. Kuasa Bendahara sangat besar kerana beliau ini merupakan orang yang paling kakan kepada Sultan Melaka. Biasanya, sebelum menjadi Bendahara, seseorang itu perlulah menjadi Temenggung atau Penghulu Bendahari sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan Bendahara.

Bendahara biasanya merupakan orang yang menpunyai pengalaman yang luas dalam selok-belok pentadbiran dan hal ehwal politik. Beliau bertanggungjawab dalam menyelia dalam hampir semua perkara di negeri Melaka. Maka tidak hairanlah bahawa seseorang Bendahara itu sangat dihormati oleh Sultan.

Tun Perak merupakan Bendahara Melaka yang paling diingati dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka kerana berjaya membawa Melaka ke zaman kegemilangan di bawah pemerintahan tiga orang Sultan Melaka.

Bendahara juga merupakan pemerintah tertinggi dalam angkatan bersenjata kerajaan Melaka, pertahanan dan adat istiadat kerajaan. Beliau berhak menyusun dan merangka segala dasar-dasar kerajaan disamping menjaga keadaan di dalam istana dan juga memilih isteri bagi teman hidup Sultan Melaka. Bendahara juga berperanan dalam melantik seseorang Sultan Melak. Malah jika Sultan yang mentadbir tidak mempunyai zuriat, Bendaharalah orang yang paling layak untuk menjadi Sultan, seperti mana yang pernah terjadi kepada Bendahara Tun Habib.

Penghulu Bendahari boleh disamakan dengan jawatan Menteri Kewangan pada zaman Malaysia moden kini. Biasanya jawatan ini diwarisi secara turun-temurun. Gelaran bagi Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja. Tugas utama Penghulu

(3)

Bendahari ialah menjaga dan menyelia segala urusan kewangan negeri, menyelia urusan cukai perdagangan dan harta-benda kerajaan.

Penghulu Bendahari merupakan ketua kepada semua Shahbandar dan bendahari-bendahari yang bertanggungjawab menjaga pelabuhan Melaka. Selain itu, Penghulu Bendahari juga berperanan menjaga bangunan istana dan memastikan segala kelengkapan istana mencukupi. Dari segi adat istiadat pula, Penghulu Bendahari merupakan ketua adat bagi semua acara-acara rasmi yang melibatkan Sultan Melaka. Dalam erti kata yang ringkas, Penghulu Bendahari juga boleh diibaratkan sebagai setiausaha peribadi kepada Sultan.

Temenggung merupakan satu lagi jawatan yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu Melaka. Jawatan Temenggung ini pula boleh diibaratkan sebagai Ketua Polis Negara di Malaysia kini. Temenggung ditugaskan menjaga dan memastikan keamanan di negeri Melaka terjamin daripada anasir-anasir luar. Gelaran nama jawatan temenggung ialah Seri Maharaja dan Seri Awadana.

Selain daripada memastikan keamanan di Melaka terjamin, tugas Temenggung juga termasuklah seperti menjamin keadaan ekonomi negeri Melaka berada di tahap yang baik. Segala perkara yang berkaitan dengan ukuran, timbangan dan urusan perdagangan juga menjadi tanggungjawab Temenggung.

Tugas lain Temenggung yang tidak kurang pentingnya ialah memastikan segala infrastruktur di negeri Melaka berada dalam keadaan yang baik. Antaranya ialah membetulkan jalan yang rosak, menjalankan rondaan pada waktu malam, menentukan sistem sukatan dan sebagainya.

Satu lagi jawatan yang penting di Melaka ialah Laksamana. Laksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab dalam mengepalai angakatan pertahanan negeri Melaka sama ada di laut mahupun di darat. Selain itu, Laksamana bertanggungjawab menjadi ketua utusan politik dan perdagangan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab

(4)

Laksamana dalam memastikan negeri Melaka bebas daripada serangan dan ancaman musuh. Laksamana juga bertanggungjawab menyediakan angkatan tentera dalam menghadapi peperangan dengan musuh.

Sistem Pemerintahan Malaysia Kini.

Negara Malaysia kini mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan bukan monarki. Ini bermakna jawatan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara digilirkan selama lima tahun dengan sembilan orang raja-raja Melayu yang terdapat di Malaysia. Jawatan Yang Di-Pertuan Agong ini telah diwujudkan pada 31 Ogos 1957 dan merupakan jawatanyang unik yang tidak ada di mana-mana negara lain di dunia ini. Ini kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai Ketua Negara yang digilir-gilirkan pemerintahan mereka setiap lima tahun sekali.

Yang Di-Pertuan Agong dipilih oleh 9 orang Raja-raja Melayu mengikut kedudukan yang paling kanan berdasarkan tarikh menaiki takhta. Fungsi utama Yang Di-Pertuan Agong seperti menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera, ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak bersultan dan juga negerinya sendiri.

Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memerintah negara dan kuasa ini boleh dijalankan sendiri oleh baginda ataupun kabinet Malaysia. Jika baginda sendiri menjalankan pemerintahan, baginda perlulah mengikuti nasihat daripada kabinet. Bagindalah yang akan melantik kabinet yang akan menjalankan pemerintahan bagi pihak baginda.

Lain-lain tugas Yang Di-Pertuan Agong ialah melantik Perdana Menteri atas budi bicara, memberikan keampunan terhadap pesalah jenayah, berkuasa membuat undang-undang, kuasa pemerntahan dan perundangan. Baginda juga boleh sama ada mahu atau tidak membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan.

(5)

Yang Di-Pertuan Agong juga mempunyai seorang Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bagi menjalankan pemerintahan sekiranya Yang Di-Pertuan Agong itu gering ataupun melakukan lawatan ke luar negara selama lebih daripada 15 hari. Tempoh memegang jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong juga ialah selama lima tahun.

Ketua kabinet di Malaysia digelar Perdana Menteri. Tugas utama Perdana Menteri tentulah mengetuai kabinet, memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran serta menjalankan dasar-dasar kerajaan. Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Kabinet bagi membantu beliau dalam menjalankan urusan pentadbiran. Mereka ini dilantik daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Timbalan Perdana Menteri pula fungsinya ialah membantu Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran. Ini termasuklah sekiranya Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara atas urusan rasmi.

Jika seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat kepercayaan lebih separuh daripada kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat, maka beliau perlulah meletakkan jawatan dan ini membolehkan Yang Di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri yang baru.

Bagi melaksanakan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah kementerian, jabatan dan badan-badan kerajaan telah diwujudkan. Bilangan kementerian dan jabatan-jabatan ini bergantung kepada keperluan. Kementerian-kementerian di Malaysia diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri. Terdapat juga beberapa orang Menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian dikenali sebagai Menteri Tanpa Portfolio. Mereka ini biasanya ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.

Badan-badan kerajaan di Malaysia dikenali sebagai Badan Berkanun. Ia merupakan agensi separuh kerajaan dan ditubuhkan bagi mempercepat dan melicinkan lagi pentadbiran dan pelaksanaan program-program pembangunan negara.Antara badan-badan berkanun yang terdapat di Malaysia ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut

(6)

Penyelidikan Getah Malaysia (FRIM) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Peranan Agama Islam

Agama Islam memainkan peranan yang sangat penting pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Kita lihat agama Islam telah berkembang pesat di Melaka. Terdapat beberapa cara kedatangan Islam di Melaka antaranya melalui perkahwinan. Perkahwinan terbahagi kepada dua iaitu perkahwinan politik dan perkahwinan biasa. Perkahwinan politik berlaku di kalangan raja-raja. Misalnya di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Jambi, Kampar, Inderagiri dan Siak di Sumatera Utara. Di samping itu, puteri raja Melaka juga dikahwinkan dengan raja Pahang dan raja Kedah. Kesan daripada perkahwinan ini, negeri-negeri tersebut dapat diIslamkan kemudiannya. Perkahwinan biasa pula melibatkan antara pedagang Islam atau ulama dari Semenanjung Tanah Arab atau India dengan penduduk tempatan. Kemudiannya agama Islam pula tersebar di kalangan masyarakat sekeliling keluarga yang dikahwini oleh pedagang tersebut.

Peranan mubaligh juga memainkan peranan penting bagi menyebarkan agama Islam ke Melaka. Pendakwah yang terawal berdakwah di Asia Tenggara ialah Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad. Di Melaka, pendakwah yang berperanan besar dalam kegiatan dakwah islamiah termasuklah Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf. Pada peringkat awal penyebaran Islam, perkara yang diajar oleh ulama adalah perkara asas tentang Islam secara tidak formal. Apabila Islam berkembang pesat, perkara-perkara asas diajar secara formal.

Rumah ulama, masjid-masjid dan istana dijadikan tempat untuk mempelajari ilmu Islam. Intitusi pendidikan awal itu kemudian menjadi pusat pendidikan seperti pondok dan pesantren. Selain itu penyebaran Islam berlaku apabila pedagang Islam yang datang berdagang di Melaka. Misalnya pedagang dari Tanah Arab dan India. Sambil berdagang mereka ini menyebarkan agama Islam kepada penduduk tempatan. Terdapat juga

(7)

pedagang-pedagang yang berkahwin dengan anak pembesar Melaka. Dengan cara ini, maka agama Islam tersebar luas di Melaka.

Peranan golongan istana juga memainkan peranan penting bagi penyebaran agama Islam di Melaka. Antaranya menjemput ulama datang dan mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan, menjadikan istana tempat penyebaran agama Islam dan pusat menterjemah agama Islam serta mengumpul kitab-kitab agama. Maka tidak hairanlah negeri Melaka merupakan pusat penyebaran dan pengajian agama Islam yang terulung pada kurun ke-15.

Peranan agama Islam pada masa kini merupakan kesinambungan zaman kerajaan Melayu Melaka. Ianya telah berkembang pesat dan agama Islam telah dijadikan agama rasmi negara kita, walaupun penduduk di negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Ini menunjukan bahawa agama Islam merupakan agama yang sangat dihormati dan masih terpelihara walaupun negara kita telah dijajah oleh tiga kuasa asing.

Pada masa ini beberapa agensi kerajaan terlibat secara langsung dalam memelihara dan menjaga martabat agama Islam. Contohnya seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAIS, MAIS, Tabung Haji dan sebagainya. Mereka secara tidak langsung bertanggungjawab memelihara agama Islam. Agama Islam berkembang dengan hikmah untik memajukan umat Islam, malah tidak memudaratkan yang bukan Islam. Kejayaan kita pada hari ini merupakan suatu yang perlu dipandang dan diperhalus oleh negara-negara lain bukan hanya negara-negara-negara-negara Islam tetapi juga negara-negara-negara-negara bukan Islam. Susun Lapis Masyarakat Melayu Melaka

Masyarakat Melayu tradisi boleh dikatakan satu masyarakat yang mempunyai nilai-nilai setempat dan belum menerima pengaruh barat. Corak serta sistem masyarakat Melayu tradisi banyak mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakatnya. Terdapat dua golongan utama dalam masyarakat Melayu tradisi iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan perintah terdiri daripada raja atau sultan, kerabat diraja,

(8)

golongan bangsawan, dan golongan ulama istana. Manakala golongan diperintah pula ialah golongan rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba. Berdasarkan kepada taraf, kedudukan serta fungsi seseorang dalam masyarakat, dapat dikatakan masyarakat Melayu tradisional adalah masyarakat yang berkelas-kelas.

Raja/Sultan Yang Dipertuan Keluarga dan Kerabat Diraja Golongan Bangsawan (Pembesar dan Pentadbir) + Golongan Ulama Istana

Rakyat Jelata Yang Merdeka

Hamba (Abdi, Tawanan, Hulur, Serah dan lain-lain)

Rajah : Susun lapis Masyarakat Melayu Tradisional Golongan Pemerintah

Raja atau sultan menduduki tingkat yang tertinggi dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisi. Sultan adalah ketua dalam segala hal ehwal negaranya iaitu mengetuai struktur politik, pentadbiran, dan agama. Sultan-sultan dikatakan mempunyai ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh golongan raja sahaja, antaranya daulat dan derhaka. Daulat bererti kesetiaan rakyat kepada sultan dengan tidak berbelah bahagi. Sementara derhaka pula membawa maksud perbuatan mahupun kata-kata yang mengingkari perintah dan titah sultan. Kedua-dua konsep ini menjadikan sultan lebih mulia dan dianggap mempunyai kuasa kewibawaan yang mutlak.

Kedudukan status yang kedua tinggi selepas sultan ialah golongan anak raja dan kerabat diraja. Daripada segi adat-istiadat, sesuai dengan kedudukannya yang merupakan kedudukan yang tertinggi dalam hieraki masyarakat Melayu, sultan dan keluarga juga mendapat peruntukan khusus dalam istiadat Melayu. Dalam keseluruhan aspek dalam masyarakat Melayu tradisi, raja ataupun sultan serta keluarganya telah diberikan

(9)

keutamaan yang begitu tinggi walaupun mereka merupakan kumpulan yang terkecil daripada jumlah keseluruhan masyarakat Melayu pada masa itu. Segala peruntukan yang diberikan jarang dipersoalkan kerana perkara ini telah diterima oleh pihak rakyat sejak turun temurun.

Di bawah lapisan golongan istana ialah golongan pemerintah yang terdiri daripada bukan keturunan raja. Mereka terdiri daripada pembesar-pembesar, ulama, dan penghulu. Pembesar dilantik oleh sultan. Pembesar-pembesar yang diberi hak mentadbir daerah kebanyakannya lebih kaya daripada sultan. Selain itu, setiap pembesar Melayu mempunyai pengikut masing-masing. Kebanyakan pengikut para pembesar ini secara sukarela akan berkerja untuk para pembesar iaitu tuan mereka tanpa sebarang upah. Kesanggupan ini berlaku kerana rasa ketaatan pengikut kepada pembesar. Namun begitu mereka diberi perlindungan dan ada antara mereka diberi tempat tinggal, makan minum, dan sara hidup yang lain. Para pengikut ini biasanya sangat taat kepada para pembesar dan adakalanya mereka sanggup mati demi mempertahankan tuan mereka.

Satu lagi golongan yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat Melayu tradisional ialah ulama. Pada peringkat awal perkembangan dan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu, kebanyakan ulama terdiri daripada para mubaligh dan saudagar-saudagar Arab. Mereka datang untuk tujuan perdagangan dan juga penyebaran agama Islam. Sebelum Islam bertapak kukuh di negeri-negeri Melayu, peranan ulama tidak begitu penting dan hanya khusus bagi penyebaran agama Islam sahaja. Namun demikian, apabila Sultan Muzafar Shah menaiki takhta kerajaan Melaka dan menerima Islam sebagai agama rasmi, peranan ulama menjadi penting. Ulama seperti Maulana Sadar Jahan dan Maulana Abu Bakar sangat menonjol terutama ketika memberi pandangan dan nasihat berkaitan agama kepada sultan.

Golongan Diperintah

Bagi golongan yang diperintah, mereka terdiri daripada golongan rakyat biasa. Walaupun terdiri daripada kumpulan atau golongan yang diperintah, namun rakyat adalah

(10)

kumpulan majoriti dalam masyarakat tempatan pada masa dahulu. Mereka adalah asas kepada kekuatan bagi sesebuah negeri atau kerajaan. Sehubungan itu, kerajaan dianggap kuat dan berkuasa sekiranya jumlah rakyat atau orang awam di negeri itu lebih ramai berbanding negeri-negeri lain.

Rakyat harus patuh dan setia kepada pemerintah. Segala permintaan raja mesti dijunjung dan kerja sendiri diketepikan. Hal ini jelas dilihat di bawah sistem kerah di mana rakyat terpaksa menyumbangkan tenaga kerja secara percuma. Secara umumnya, walaupun mereka terlibat dalam system kerah, mereka adalah orang awam yang bebas dan merdeka. Kebanyakan daripada orang awam ini melakukan tugas-tugas biasa seperti bertani, bertukang, dan berdagang untuk menyara hidup.

Golongan yang menduduki hieraki terbawah dalam masyarakat Melayu tradisional ialah golongan hamba. Golongan ini adakalanya merupakan satu kelas yang terpisah dan merupakan kelas yang khusus. Terdapat dua jenis iaitu hamba berhutang dan hamba abdi. Hamba berhutang akan menjadi orang biasa apabila mereka selesai menjelaskan hutang. Hamba abdi mempunyai berbagai-bagai jenis dan berbeza antara satu sama lain. Jenis-jenis hamba ialah hamba tawanan, hamba habshi, hamba hulur, dan hamba serah.

Masyarakat Malaysia Kini

Sehubungan dengan sejarah kependudukan di negara kita, proses migrasi penduduk dari luar merupakan proses yang sentiasa berlaku. Namun ia lebih merupakan penghijrahan yang kecil dan ada kalanya bersifat penempatan sementara. Walau bagaimanapun, struktur demografi di Tanah Melayu semasa penjajahan Inggeris mendatangkan impak secara langsung kepada struktur politik, ekonomi, dan sosial yang kemudiannya membentuk masyarakat majmuk di negara ini.

British bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ke atas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia. Masyarakat di Malaysia terdiri daripada Melayu sebagai penduduk

(11)

asal dan masyarakat migran iaitu Cina dan India. Berasaskan kepada kepentingan untuk meningkatkan ekonomi dalam masa yang sama desakan tehadap keperluan buruh, menyebabkan British menggalakkan kemasukan buruh-buruh asing khususnya penduduk dari negara China dan India supaya bekerja di lading-ladang getah dan lombong bijih timah di negara ini.

Masyarakat Malaysia kini hanya terdiri daripada golongan diraja, pemimpin, dan rakyat biasa. Sistem pemeintahan beraja masih menjadi identity politik masyarakat Melayu. Raja bagi orang Melayu ialah lambang kekuatan, kekuasaan, dan keabsahan politik mereka. Oleh yang demikian, raja merupakan tempat orang-orang Melayu menumpahkan ketaatsetiaan mereka yang tidak berbelah bagi. Dalam masyarakat moden kini, kedudukan, darjat, dan jawatan sudah tidak banyak membezakan kedudukan seseorang dalam masyarakat seluruhnya.

Bahasa Melayu Zaman Kerajaan Melayu Melaka

Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam pentadbiran kerajaan Melayu Melaka. Malahan digunakan secara meluas dalam urusan perdagangan di Melaka. Pada masa itu, Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa perdagangan. Semua pedagang asing yang datang ke Melaka akan menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung atau menjalankan apa sahaja urusan dengan rakyat tempatan. Penggunaan bahasa Melayu memudahkan urusan perdagangan antara pembesar-pembesar Melayu dengan pedagang-pedagang asing.

Pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka, Bahasa Melayu menjadi lingua franca. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama bagi masyarakat di gugusan kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pedagang juga sangat berkesan kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang senang difahami dan mudah dipelajari. Semua pedagang yang datang atau ulama dari pelbagai negara menggunakan bahasa Melayu dalam melaksanakan urusan mereka. Penggunaan bahasa Melayu yang meluas membolehkan pegawai-pegawai Melaka menjalankan tugas dengan lebih

(12)

berkesan. Dengan kata lain, bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam sistem pentadbiran negara, perdagangan, pertuturan harian, kegiatan dakwah dan ilmiah.

Bahasa Melayu Kini

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan menggantikan bahasa Inggeris yang termaktub dalam perkara 152 perlembagaan Malaysia. Dalam perlembagaan Malaysia, menegaskan bahasa kebangsaan yang ditetapkan ialah Bahasa Melayu. Tiada siapa akan dihalang atau disekat daripada menggunakan atau mengajar atau belajar sebarang bahasa lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa sebarang komuniti lain dalam persekutuan.

Setelah setengah abad Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, peranannya melalui perkara 152 sudah tercapai. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi disegenap peringkat sudah terlaksana termasuk parlimen dan mahkamah. Di peringkat universiti pula sebanyak 70-80% pengajaran telah dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

Bagaimanapun perkembangan tahun 90-an hingga kini menampakkan sikap terbuka kerajaan dan rakyat terhadap pengunaan bahasa. Penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan sebagai bahasa pengantar ilmu kini lebih fleksibel. Contohnya dalam bidang pendidikan, bahasa Inggeris telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik.

Walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih belum 100% di semua peringkat dan arena rasmi, namun kewibawaan bahasa Melayu sudah terbukti. Bahasa kita semakin dikenali di negara lain. Beberapa buah universiti asing temasuk England, China, Korea sudah mula menawarkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa moden yang boleh dipelajari secara rasmi oleh pelajar. Hingga hari ini kira-kira 129 pusat pengajian tinggi dunia menawarkan pengajian bahasa Melayu.

(13)

Penutup

Warisan Melayu Melaka sememangnya masih dapat dilihat sehingga hari ini walaupun telah banyak perubahan yang dilakukan untuk disesuaikan dengan dunia moden. Perubahan yang dilakukan perlu memikirkan kepentingan warisan kepada generasi akan datang. Ketuanan Melayu akan hilang sekiranya masyarakat Melayu kini tidak memikirkan kesan dikemudian hari. Semua ini perlu dikekalkan bagi menjadi satu identiti bagi Negara Malaysia yang tercinta.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam Kesultanan Melayu Melaka, keunggulan terbukti melalui sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun sehingga menjadikan kerajaan ini masyhur.

Bentuk dan sistem pemerintahan di Negara Malaysia itu efektif karena Malaysia itu negara monarki konstitusi yaitu berupa negara kerajaan yang diatur oleh

Sistem pentadbiran dan kewujudan undang-undang yang unggul menjadikan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang terkenal.. Undang-undang yang sistematik pula

H8a bertugas sebagai pegawai pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka H8b mengawal keselamatan Kesultanan

Kerajaan Srivijaya meneruskan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh kerajaan Alam Melayu (kerajaan Funan dan Champa).Ia menjadi asas yang kukuh untuk

Strategi diplomatik bervariasi merupakan hasil ciptaan intelektual pemerintah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu. Strategi ini dibentuk bukan hanya tertumpu kepada hubungan

Membicarakan sistem pemerintahan (dalam arti luas) suatu negara berarti membicarakan hubungan antar sub-sistem pemerintahan, yang meliputi semua lembaga-lembaga negara atau

3/2/23, 2:28 PM Sikap penentu kejayaan Melayu, bukan bantuan kerajaan - Utusan Malaysia