UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SEMESTER JANUARI SESI 2022 (JJ221)
VKMB 1021
PEMBANGUNAN MASYARAKAT II TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK TUGASAN:
WEBINAR: “DOKTOR GIGI PASTIKAN YANG ORI”
PENSYARAH:
DR. KHAIROL ANUAR BIN ISHAK DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON
PUSAT PJJ : KUALA LUMPUR TARIKH SERAHAN : 14 XXXXX
ii ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Halaman
1. Pengenalan 1
2. Tujuan 1
3. Objektif 2
4. Matlamat 2
5. Maklumat program 2
6. Kumpulan sasaran 3
7. Pengisian program 3
8. Ahli jawatan kuasa pelaksana 3
9. Pembahagian bidang tugas 4-5
10. Tentatif 5
11. Anggaran belanjawan 5
12. Alamat surat menyurat 6
13. Penutup 6
14. Ulasan penasihat program 7
Rujukan Lampiran
VKMB1021 PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
iii DAFTAR LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Halaman
Lampiran 1 Surat Jemputan Kepada Penceramah……….9
Lampiran 2 Poster Webinar……… 10
Lampiran 3 Senarai Semak Program Webinar……… 11
Lampiran 4 Tentatif………. 12
1 1.0 PENGENALAN
Kementerian Kesihatan Malaysia amat menitikberatkan tentang kesihatan gigi terutama dalam pemakaian pendakap gigi palsu (fake braces), rawatan veneer dan lain-lain rawatan perhiasan gigi di kalangan remaja pada hari ini. Hal ini kerana perkara tersebut telah menjadi trend fesyen untuk gigi kelihatan lebih cantik dan bergaya dengan harga yang lebih murah kerana tidak mampu membayar kos rawatan yang disediakan di klinik-klinik swasta atau tidak mahu menunggu panggilan dari klinik kerajaan.
Oleh kerana kos rawatan yang diberikan oleh doktor “palsu” jauh lebih murah, maka golongan belia hari ini sanggup mengambil risiko dengan mengetepikan aspek-aspek keselamatan.
Menurut Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Doreyat Jemun berkata, jumlah pengguna braces tiruan yang datang ke Klinik Kesihatan Pergigian Awan (KKPA) di seluruh negara semakin meningkat (Zulkifli, 2019).
Oleh itu, beberapa langkah proaktif perlu diambil agar masalah ini dapat dibendung. Salah satu langkah bagi menangani permasalahan ini adalah dengan mengadakan Webinar seperti yang telah dinyatakan. Justeru itu, diharap program Webinar ini mendapat kelulusan dan dapat dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan belia dan masyarakat tentang bahaya terhadap kesihatan diri jika mendapatkan rawatan dari perunding atau pengamal perubatan palsu.
2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon persetujuan penganjuran dan peruntukan kewangan dari Pengarah Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia untuk mengadakan Webinar berkenaan dengan “Doktor Gigi Pastikan Yang Ori”
yang akan diadakan pada 12 April 2022 dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri Selangor.
Selain itu, program Webinar ini juga dilaksanakan bagi melengkapkan keperluan kerja kursus VKMB1021 Pembangunan Masyarakat II bagi semester Januari Sesi 2022 (JJ221) di Universiti Utara Malaysia, kelak.
2 3.0 OBJEKTIF
Pihak Jawatankuasa Pelaksana Program telah menetapkan objektif penganjuran Webinar seperti yang berikut:
3.1 Memberi pendedahan tentang keperluan penjagaan gigi dengan betul
3.2 Memberi pendedahan tentang pendakap gigi palsu, rawatan veneer dan lain-lain rawatan perhiasan gigi yang murah serta implikasinya terhadap kesihatan
3.3 Masyarakat akan mendapat pengetahuan bagaimana hendak mengenalpasti individu-individu yang menjadi doktor palsu yang menawarkan perkhidmatan pemakaian pendakap gigi
3.4 Membina perlakuan amalan kebersihan yang perlu dipraktikkan dalam menjaga kesihatan gigi
3.5 Memberi pendedahan tentang kebaikan menerima rawatan ortodontik di klinik- klinik yang berdaftar dan diikhtiraf
3.6 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen rakyat dalam isu-isu kesihatan yang sedang tular
4.0 MATLAMAT
Melahirkan generasi dan masyarakat yang cemerlang serta cenderung memelihara tahap kesihatan yang baik agar boleh menjadi pelapis pemimpin Negara yang bertanggungjawab dan sentiasa bersatu padu menjayakan program seperti ini untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bersih dan sihat.
3 5.0 MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program : “Doktor Gigi Pastikan Yang Ori”
Tarikh dan masa : 12 April 2022 & 10.00 Pagi
Platform : Secara atas talian melalui aplikasi “Google Meeting” dan disiarkan secara langsung melalui facebook rasmi Pace Universiti Utara Malaysia.
Anjuran : Pembangunan Masyarakat II (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia) serta kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Pergigian Negeri Selangor
6.0 KUMPULAN SASARAN
Untuk memastikan program ini mendapat sambutan, kumpulan kami akan membuat hebahan di media sosial masing-masing seperti Facebook, Twitter, Instagram dan aplikasi Whatsapp.
Jadi program ini terbuka kepada seluruh masyarakat, Ibu Bapa dan golongan belia sebagai pesertanya dan 6 orang pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia selaku koordinator program.
7.0 PENGISIAN PROGRAM
Program dimulakan dengan bacaan Doa yang akan diketuai oleh Encik Askalani bin Sapii.
Seterusnya Cik Noor’ Jannah binti Abdullah Sani sebagai pengerusi program akan memberikan ucapan alu-aluan. Pengerusi program seterusnya akan menyerahkan sesi berikutnya kepada penceramah jemputan iaitu Dr. Nur Fatehah binti Mohamad Yusof (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian). Bagi menjayakan program ini, acara cabutan bertuah akan dilaksanakan selepas sesi soal jawab antara peserta yang hadir dengan panel jemputan bagi menarik minat peserta dan tidak membosankan.
4 8.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA
Penasihat Program : Dr. Khairol Anuar Ishak Pengarah Program : Hafizahtul Hikra binti Hamdan Penyelaras Program : Noor’ Jannah binti Abdullah Sani Setiausaha : Ain Farhana binti Mohamad
Bendahari : Askalani bin Sapii
AJK Promosi : Sa’idah binti Sa’diar
AJK Teknikal : Siti Aminah Amirah binti Zanudin Panel Jemputan : Dr. Nur Fatehah binti Mohamad Yusof
Ketua Penolong Pengarah (UG48) Seksyen Pengurusan Strategik Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Moderator 1
Moderator 2
: :
Askalani bin Sapii
Noor’Jannah binti Abdullah Sani
9.0 PEMBAHAGIAN BIDANG TUGAS
Jawatan Bidang Tugas
Penasihat Program Memantau dan menasihati apa-apa perkara berkaitan program yang akan dijalankan
Pengarah Program a) Mendapatkan kelulusan program
b) Membahagikan tugas kepada ahli kumpulan c) Mengendalikan mesyuarat
d) Memantau pergerakan kerja ahli kumpulan Penyelaras Program a) Menyelaras program dari masa ke semasa
b) Menyediakan senarai semak untuk kelancaran program c) Menyediakan cenderahati kepada penasihat dan penceramah
jemputan
Setiausaha a) Menyediakan minit mesyuarat b) Menyediakan surat jemputan c) Menyediakan kertas kerja
d) Menguruskan keperluan untuk dokumentasi
5 Bendahari a) Mengurus dan mengendalikan kewangan program
b) Menerima dan menyimpan cek, wang tunai dan resit-resit perbelanjaan
c) Menyediakan laporan kewangan
AJK Promosi a) Menyediakan poster Webinar untuk hebahan program b) Mereka bentuk grafik sijil penyertaan digital untuk peserta
dan ahli kumpulan
c) Menyediakan hadiah cabutan bertuah d) Membuat hebahan program di media sosial
AJK Teknikal a) Memastikan kelengkapan dan peralatan teknikal berfungsi dengan baik sebelum dan sepanjang program berlangsung b) Memastikan sambungan internet dalam keadaan baik c) Menyediakan sambungan internet kedua jika berlaku ralat
atau gangguan capaian internet
d) Mengendalikan slaid pembentangan daripada penceramah Moderator a) Menyediakan teks
b) Menjadi pemudah cara bagi memastikan kelancaran program webinar
c) Memastikan program webinar berjalan dengan lancar dan mengikut aturcara yang telah ditetapkan
10.0 TENTATIF RUJUK LAMPIRAN 4
11.0 ANGGARAN BELANJAWAN 11.1 Anggaran Pendapatan
Kategori Nilai (RM) Jumlah (RM)
a) Peruntukan Universiti - Hal Ehwal Pelajar (HEP) b) Kutipan dari ahli kumpulan
- RM50 x 6 orang ahli
400.00
300.00
400.00
300.00 Jumlah keseluruhan anggaran pendapatan 700.00 700.00
6 11.2 Anggaran Perbelanjaan
Kategori dan item Nilai (RM) Jumlah (RM) Pentadbiran
- Dokumentasi dan bahan cetakan - Sijil Digital AJK x 6 orang ahli
50.00 10.00
50.00 60.00 Telekomunikasi
- Kelengkapan teknikal - Internet tambahan
120.00 100.00
120.00 100.00
Pengangkutan 50.00 50.00
Cenderahati
- Pensyarah Kursus - Panel jemputan
100.00 100.00
100.00 100.00 Cabutan bertuah
- 10 peserta 10.00 100.00
Caj kiriman pos cabutan bertuah 4.50 45.00 Jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan 725.00
12.0 ALAMAT SURAT MENYURAT
Sebarang maklumat lanjut, dan urusan surat-menyurat sila hubungi : Hafizahtul Hikra binti Hamdan,
Pengarah Program Webinar, Doktor Gigi Pastikan Yang Ori,
Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia
06010 UUM SINTOK KEDAH DARUL AMAN
7 13.0 PENUTUP
Diharap agar cadangan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan diluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah kami nyatakan. Selaku perancang dan pengarah program, kami juga amat berharap agar Webinar ini mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya. Selain itu, kami juga berharap agar program ini memberi manfaat kepada semua pihak yang telah bersusah-payah berusaha untuk melengkapkan tugasan kursus ini. Oleh itu, segala komitmen, sokongan dan dorongan dari semua pihak amatlah dihargai dan akan diingati agar menjadi kenangan khususnya kepada warga mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM).
(Hafizahtul Hikra binti Hamdan) Pengarah Program
Webinar: “Doktor Gigi Pastikan Yang Ori”
8 14.0 ULASAN PENASIHAT PROGRAM
Saya telah meneliti cadangan kertas kerja ini dan mendapati, program webinar ini harus dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat khususnya golongan muda dan ibu bapa agar prihatin dan memantau keperluan kesihatan anak-anak mereka. Webinar ini juga diyakini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat. Justeru itu, saya juga mencadangkan agar pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dapat memberi peruntukan sebanyak RM 400.00 bagi menjayakan program ini.
(Dr. Khairol Anuar Ishak) Penasihat Program
Webinar: “Doktor Gigi Pastikan Yang Ori”
9 RUJUKAN
Nabila. (30 Julai, 2020). Pertama Kali Membuat Webinar? Kumpulan Tips Ini Bakal Bantu Kamu!
Retrieved 28 Mac, 2022, from LOKET EDU: https://www.loket.com/blog/membuat-webinar- menarik
Zulkifli, A. R. (14 Oktober, 2019). Boleh kena HIV pakai 'braces' tiruan. Retrieved 29 Mac, 2022, from Harian Metro Online : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/506856/boleh-kena- hiv-pakai-braces-tiruan?123&fbclid=IwAR2nNAG-
aRQxvtfuE6o1h3yVqk3UMNOc9Bbr0bsFDGfRsaK5sAjSU3YaHek&_ga=2.67368084.46116327 8.1648535971-582225613.1648535971
10 LAMPIRAN 1
SURAT JEMPUTAN
11 LAMPIRAN 2
POSTER
12 LAMPIRAN 3
SENARAI SEMAK PROGRAM WEBINAR
BIL PERKARA TANDAKAN CATATAN
1. Mesyuarat pertama ahli kumpulan bersama penasihat program untuk pembahagian tugas
2. Menyediakan cadangan kertas kerja program Webinar
3. Menyediakan surat jemputan kepada penceramah
4. Menghubungi penceramah untuk maklum balas penerimaan
5. Menyediakan peralatan teknikal dan bahan dokumentasi
6. Reka bentuk poster dan sijil digital 7. Membeli hadiah cabutan bertuah dan
cenderahati
8. Membuat hebahan di media sosial masing-masing
9. Mesyuarat atas talian untuk menyemak dan berbincangan akhir proses kerja 10. Membuat percubaan capaian internet
dan raptai ringkas
11. Raptai penuh sehari sebelum program webinar berlangsung
13 LAMPIRAN 4
TENTATIF PROGRAM WEBINAR
MASA AKTIVITI / ACARA
1000hrs Pendaftaran masuk para peserta dan penceramah jemputan melalui aplikasi (Google Meet) dan siaran langsung melalui facebook rasmi Pace Universiti Utara Malaysia.
1010hrs Bacaan doa permulaan majlis 1015hrs Ucapan aluan Pengerusi Majlis
1020hrs Sesi perkenalan dan kata aluan dari penceramah jemputan
1030hrs Sesi taklimat webinar berkenaan “Doktor Gigi Pastikan Yang Ori”
1050hrs Sesi soal jawab dan cabutan bertuah untuk 5 orang peserta 1115hrs Sambungan sesi taklimat dan tayangan video
1140hrs Sesi soal jawab dan cabutan bertuah untuk 5 orang peserta 1200hrs Penutup majlis