• Tidak ada hasil yang ditemukan

nota peribahasa 2 Koleksi Peribahasa Bahasa Melayu SPM Sumber Pendidikan peribahasa penting

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "nota peribahasa 2 Koleksi Peribahasa Bahasa Melayu SPM Sumber Pendidikan peribahasa penting"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

GURU BAHASA MELAYU ANDA - BKKENG

Nama : ______________________________________ Tarikh : __________________________ Disediakan oleh BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM)

Semua kelas BM bawah BKKeng akan berhenti pada 29, 30 dan 31 hb setiap bulan dan berjalan seperti biasa pada semua cuti am kecuali Tahun Baru Cina.

Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Karangan 1. Dimensi: Individu

Tema: Remaja dan Masalah Sosial

Peribahasa Maksud Isu

Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara

Susah kerana harta boleh dicari, susah kerana tidak berfikir tambah bermasalah

Remaja suka bertindak melulu, tanpa berfikir terlebih dahulu

Mencurah air di daun keladi Nasihat yang sia-sia Remaja yang tidak mahu mendengar nasihat

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang

Disebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu

Kesan negatif kepada

masyarakat/masyarakat mendapat malu kerana sikap beberapa remaja

Ada udang di sebalik batu Berbuat baik kerana ada hajat terselindung

Pengaruh rakan yang kuat, rakan berbuat baik ada sebabnya

Kata Hikmat Isu

Bill Gates- sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah

Nasihat kepada remaja supaya berubah menjadi positif dengan segera

Wellington - usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik

Usaha untuk membimbing remaja ke arah positif, bukan merendah-rendahkan mereka sahaja

Hamka- Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci

hatinya. [© Disediakan oleh BKKeng] Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya

Remaja tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah merugikan/ remaja hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu yang berguna

2. Dimensi: Individu Tema: Remaja dan Kerjaya

Peribahasa Maksud Isu

Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya, walaupun menghadapi kesusahan

(2)

Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu

Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya

Remaja perlu berusaha dan

mempunyai kerjaya yang baik untuk mengubah kehidupan yang lebih baik

Bagai rumput di tepi jalan Hidup daif dan terbiar Jika tidak berkerjaya, hidup remaja apabila dewasa akan daif dan terbiar Kerja bertangguh tak menjadi, kerja

beransur tak bertahan

Sesuatu urusan tidak akan selesai Jika selalu bertangguh

Remaja tidak wajar menangguhkan sesuatu kerja, lantaran sikap ini akan merugikan diri sendiri

Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut/ orang pindah-pindahan tanaman masak tak dapat dirasa

Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan berjaya

Remaja perlu bersedia den~an cabaran kerjaya masing-masing supaya tidak cepat putus asa/ selalu bertukar kerja lantaran sikap ini menatijahkan remaja tidak berjaya dalam hidup

Pipit sama pipit, enggang sama enggang

Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan

Remaja perlu bekerja untuk meningkatkan taraf hidup untuk menjadi orang bermartabat, supaya tidak menjadi orang bawahan yang tidak dipedulikan

Kata Hikmat Isu

Benjamin Franklin - jalan kejayaan terletak kepada dua kalimah; kerja kuat dan berhemat

Remaja perlu bekerja kuat secara berhemah untuk menuju kejayaan

K.H. Abdullah Gymniastiar - kredibiliti bermula dengan pengurusan hati, kejujuran, cekap dan berinovasi

Remaja akan dipercayai dan dihormati jika bekerja dengan jujur, cekap dan dapat membuat sesuatu pembaharuan

3. Dimensi: Individu

Tema: Semangat Patriotisme/ Cinta Akan Negara

Peribahasa Maksud Isu

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung)

Remaja/ generasi muda wajar menghormati tanah air tempat kelahiran mereka

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri

Susah dan senaang lebih baik di tanah air sendiri

Walaupun kesenangan kira peroleh dati negara luar, negara sendiri sebenarnya lebih baik dan mempunyai banyak keistimewaan Jong pecah yu yang kenyang Kejatuhan sesebuah negara

memberi untung kepada musuh

Generasi muda wajar

mempertahankan kedaulatan tanah air daripada dijajah semula lantaran kejatuhan ini akan menguntungkan musuh negara

(3)

bersungguh-jalan sungguh mempertahankan tanah air dan sanggup menyumbangkan tenaga, pastilah negara akan terus maju di seantero dunia. [© Disediakan oleh BKKeng]

Biar berputih tulang, jangan berputih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik sendiri dirampas orang

Remaja yang sanggup

menyumbangkan tenaga mereka seperti menjadi perajurit, akan sanggup berjuang dan berkorban demi mempertahankan tanah air daripada dicerobohi oleh musuh

4. Dimensi: Keluarga

Tema: Keluarga/Ibu Bapa dan Remaja

Peribahasa Maksud Isu

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Rosak bawang ditimpa jambak

Bapa borek anak rintik

Ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Air perabung mengalir ke cucur atap

Baik buruk perangai seseorang bapa itu sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya. [© Disediakan oleh BKKeng]

Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa. [© Disediakan oleh BKKeng]

Anak-anak akan menurut

baka/perangai bapanya. [© Disediakan oleh

BKKeng]

Menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap.

Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak.

Ibu bapa perlu mengamalkan dan menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak kerana sikap / tindakan ibu bapa itu akan diikuti oleh anak-anak.

Oleh itu, janganlah ibu bapa sendiri terlibat dalam masalah sosial, tetapi meminta anak-anak mereka menjadi baik. Contoh :

Ibu/ bapa selalu keluar malam dan pulang lewat malam untuk berfoya-foya, tetapi meminta anak mereka duduk di rumah, mengulang kaji pelajaran sahaja. [© Disediakan oleh BKKeng]

Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum balik

Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri

Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

Lesung sama antan bertelingkah ayam yang kenyang

Rosak anak kerana menantu

Perpecahan sesama ahli keluarga lambat laun berbaik semula

Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu

Memberi malu pada kaum keluarga sendiri, akhirnya diri kita pun terasa

Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan

Merosakkan darah daging sendiri kerana percayakan orang lain

(4)

Tangan yang mengayun buaian memerintah dunia

Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak

Anak-anak perlu mendengar nasihat dan menghormati ibu kerana jasanya terlalu besar dan segala nasihat adalah untuk kebaikan/ masa depan anak-anak

Tidak ada harimau yang membaham anak

Segarang-garang bapa hanya untuk mendidik

Bapa yang garang/ tegas hanyalah untuk mendidik anak-anak ke jalan yang positif

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya sikap baik itu akan terbawa-bawa hingga dewasa Menarik rambut di dalam tepung Bersikap bijaksana dalam

menyelesaikan sesuatu masalah

Ibu bapa perlu bijak menyelesaikan masalah anak-anak/ bijak

menjalankan tanggungjawab mereka, supaya mewujudkan keluarga sakinah

5. Dimensi: Masyarakat

Tema: Gaya Hidup Sihat/Kesihatan/Makanan Seimbang/Penyakit Berbahaya

Peribahasa Maksud Isu

Sudah terhantuk baru tengadah Sudah susah baru beringat Apabila sudah terkena penyakit/ mengidap penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan kencing manis, barulah seseorang sedar untuk menjaga kesihatan

Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa beringat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

Oleh itu, mereka perlu beringat dan menjaga kesihatan sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada diri sendiri Nasi sudah menjadi bubur Sesuatu perbuatan yang sudah

terlanjur/terlewat tidak dapat dibaiki lagi

Jika telah sakit, memang sukar untuk disembuhkan semula/ sihat seperti sediakala

Melentur buluh biarlah waktu rebungnya

Alah bisa, tegal biasa

Mengajar anak biarlah dari kecil, jika sudah besar harinya sudah keras dan sukar menerima ajaran lagi

segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi

Usaha membudayakan pemakanan seimbang dan sihat oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu dimulakan sejak mereka kecil supaya apabila dewasa, mereka sudah biasa dengan selera dan cita rasa pemakanan sihat tersebut

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Jika kita membuat sesuatu

pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, sudah pasti kita tidak akan mendapat hasilnya

Masyarakat perlu meluangkan masa dan tenaga untuk menjaga kesihatan fizikal demi memiliki tubuh badan yang sihat

(5)

bersuluh bulan matahari semua pihak jantung, darah tinggi, kencing manis, obesiti dan sebagainya sudah disahkan oleh doktor bahawa penyakit ini berpunca daripada tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak pihak mempersetujuinya

Cogan kata Isu

Mencegah lebih baik daripada mengubati Masyarakat perlu mempraktikkan amalan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan diri sejak awal lagi supaya tidak mengidap sebarang penyakit

Saiyidina Ali- sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam menjauhkan segala yang engkau tidak suka dan sabar mengejar segala yang engkau suka

Setiap anggota masyarakat perlu sabar menempuh segala kesukaran demi memperoleh badan yang sihat iaitu sesuatu yang semua orang inginkan malah sabar juga berusaha untuk menjauhkan diri daripada sebarang penyakit, iaitu sesuatu yang semua orang tidak

inginkannya

6. Dimensi: Masyarakat

Tema: Warisan Bangsa dan Budaya/Bangunan Bersejarah/Budaya Bangsa/Warisan Sejarah/ Adat Perkahwinan

Peribahasa Maksud Isu

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Adat/ sesuatu yang tidak berubah, tetapi tetap utuh

Pelbagai tindakan/usaha perlu diambil untuk mengekalkan warisan sejarah supaya tidak berubah dan utuh demi melambangkan kedaulatan negara

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa Selaras dengan perkembangan teknologi moden, segala budaya Barat dan moden telah semakin menular di negara kita sekali gus menyebabkan masyarakat

terpengaruh untuk mengamalkannya Bagai aur dengan tebing

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Hubungan yang rapat dan saling membantu

Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab

Untuk mengekalkan warisan bersejarah termasuk bangunan bersejarah, kerjasama antara semua pihak amatlah diperlukan kerana jika pihak kerajaan sahaja yang bersungguh-sungguh, mustahil segala adat/warisan bangsa ini dapat dikekalkan

(6)

Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya/ serba sulit Kebanyakan bangunan bersejarah yang sudah usang/lama, berada dalam keadaan bahaya kerana beberapa pihak akan

merobohkannya/ memusnahkannya tanpa memulihara warisan sejarah negara Malaysia ini

Biar mati anak, jangan mati adat Orang kuat berpegang pada adat Sebagai warganegara Malaysia, masyarakat pelbagai bangsa wajar mengamalkan budaya hidup yang baru dan moden, adat warisan bangsa tetap perlu diamalkan dan tidak dilupakan

7. Dimensi: Masyarakat/Remaja Tema: Riadah/Rekreasi/Hobi

Peribahasa Maksud Isu

Untung sabut timbul untung batu tenggelam

Cencaru makan petang

Habuan dan nasib kadang-kadang bergantung pada tuah

Memperoleh kejayaan pada akhir sesuatu perlawanan/ kegiatan

Kebiasaannya, individu yang melakukan sesuatu aktiviti hanya sebagai hobi/ rekreasi/ riadah iaitu untuk mengisi masa lapang, mereka tidak mengharapkan kejayaan pada akhir aktiviti tersebut lantaran mereka hanya bergantung pada tuah masing-masing seperti hobi

memancing, tidak semestinya berjaya mendapat ikan yang banyak, berlayar dan mengembara, tidak semestinya diakhiri dengan kejayaan

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha kecil-kecilan dan akhirnya menjadi besar dan mencapai apa-apa yang dihajati

Tekun dan usaha tentu berjaya

Untuk melaksanakan/ melakukan kegiatan hobi, seseorang itu terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja/ menabung/ mengumpul wang untuk membeli peralatan seperti membeli joran untuk memancing, membeli kasut untuk bersukan, membeli setem untuk mengumpul setem dan lain-lain. Hasil usaha sebegini tentukan mereka akan berjaya

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika ada azam, ada kejayaan Walaupun sibuk dengan kerjaya seseorang akan tetap mencari masa untuk aktiviti riadah/hobi demi melepaskan tekanan/ merehatkan minda

(7)

bertungkus-lumus di tengah panas/hujan demi hobi mereka seperti memancing, mengembara, aktiviti perkhemahan dan sebagainya untuk kepuasan hati. Jauh berjalan banyak pengalaman,

lama hidup banyak dirasa

Orang yang suka merantau mempunyai pengalaman yang luas dan orang tua yang panjang umur tentulah banyak suka duka yang pernah dirasai

Hobi melancong dapat memberikan ‘ faedah kerana seseorang itu akan mempunyai pengalaman yang luas dengan hobi suka merantau

Indah khabar daripada rupa Beritanya lebih hebat daripada yang sebenar

Paparan daripada iklan tentang tempat-tempat menarik/tempat rekreasi selalunya hebat, walhal apabila kita pergi sendiri ke tempat-tempat tersebut kerana beriadah/ berekreasi, kita akan tahu sendiri keadaan sebenarnya

8. Dimensi: Masyarakat

Tema: Perpaduan/Kerjasama/Kejiranan/ Rumah Terbuka

Peribahasa Maksud Isu

Bagai aur dengan tebing

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Serumpun bak serai, sesusun bak sireh

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Hidup saling membantu

Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu

Hidup yang saling bermuafakat

Kata sepakat yang dicapai melalui mesyuarat

Mengalami susah senang bersama

Pengagihan yang sama banyak

Di sesebuah kawasan petempatan, penduduknya perlu mengamalkan sikap bantu-membantu, bermuafakat/ bermesyuarat supaya mereka sentiasa bersatu padu serta hidup dalam keadaan yang aman damai

Jika susah senang dihadapi bersama dan diselesaikan secara

berunding/bermesyuarat, segala masalah dapat diselesaikan dan akan mencapai kemakmuran

Setiap kerja/ tugasan bergotong royong diagihkan sama banyak/ seimbang supaya semua penduduk berpuas hati

Bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing

Pentingkan diri sendiri, orang yang tidak bermuafakat dan berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

Hidup berjiran tidak boleh

mementingkan diri sendiri sahaja jika ingin mewujudkan perpaduan dan keharmonian

Rendah hati

Murah hati

Tidak meninggi diri

Pemurah

(8)

antara penduduk

Maksud Hadis Isu

Nabi Muhammad SAW bersabda, sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. [© Disediakan oleh BKKeng] Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman

sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Amalan jiran tetangga yang baik

9. Dimensi: Negara

Tema: Teknologi Maklumat/Telekomunikasi/lnternet/ Kad Elektronik/Telefon Bimbit/TV

Peribahasa Maksud Isu

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud Terlalu banyak pada sesuatu masa

Pada zaman modenisasi ini, teknologi maklumat dan

telekomunikasi membangun dengan banyak dan sangat cepat

menunjangi hidup masyarakat alaf baru ini

Kad elektronik yang banyak dicipta pada zaman sains dan teknologi yang berkembang dengan pesat adalah untuk kemudahan manusia. [© Disediakan oleh BKKeng] Seseorang tidak

perlu membawa dokumen peribadi yang banyak untuk urusan rasmi tetapi cukup dengan kad pintar dan Mykad

Buta huruf Tidak tahu membaca dan menulis Kad elektronik senang digunakan oleh semua orang termasuk

golongan yang tidak tahu membaca dan menulis

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Perlu berhati- hati supaya tidak menyesal kemudian hari

Kad elektronik harus digunakan secara berhati-hati dan menjaganya sebaik yang mungkin supaya kemudahan kad ini, tidak memberikan kesan sebaliknya Bertepuk sebelah tangan, tidak

akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab

Usaha kerajaan untuk menjadikan teknologi maklumat dan

komunikasi dapat digunakan semaksimum boleh untuk semua, perlu disambut dengan positif oleh rakyat supaya penggunaan

teknologi canggih ini dapat dimanfaatkan

(9)

teknologi moden seperti komputer, Internet, televisyen dan radio, mereka tidak lagi akan ketinggalan zaman, kerana dapat mengetahui semua isu yang berlaku dan tidak lagi sempit pengetahuan

Wau melawan angin Tidak ambil hirau sekeliling Jika terlalu asyik menghadap komputer pastilah seseorang tidak akan mempedulikan lagi perihal sekelilingnya

10. Dimensi: Negara

Tema: Alam Sekitar/Bencana Alam

Peribahasa Maksud Isu

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri

Sikap mementingkan diri sendiri perlu dihindarkan demi

mengelakkan pencemaran alam yang akhirnya merugikan diri sendiri

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Sebelum mengerjakan/ melakukan sesuatu, hendaklah difikirkan habis-habis

Sebelum sesetengah pihak melakukan sesuatu yang mencemarkan alam, lebih baik difikirkan dahulu kesan- kesannya kepada mereka sendiri Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa bersiap sedia sebelum

terjadi sesuatu yang kurang baik

Seseorang perlu menjaga kebersihan alam sekitar sejak kecil lagi/ sejak awal lagi, supaya dapat elakkan pencemaran serta kemusnahan alam Hendak seribu daya, tak hendak

seribu dalih

Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan

Penjagaan alam sekitar bukanlah susah untuk dilakukan, tetapi semuanya bergantung pada kehendak masyarakat sendiri sama ada hendak atau tidak

Guruh tak berbunyi, malang tak berbau

Malang tidak diketahui bila ia akan terjadi

Malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan menimpa sesiapa Betapa berat mata memandang,

berat lagi bahu memikul

Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu

Kesan bencana alam lebih dirasai oleh mangsa sendiri

Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga

Sudah terlanjur/buat salah, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang besar

(10)

iaitu dengan mencemarkan alam yang boleh menyebabkan kesan buruk pada hidupan di bumi juga Hutang berbaris/ hutang keliling

pinggang

Hutang yang banyak Bencana alam menatijahkan mangsa hidup susah, hilang pendapatan dan terpaksa membuat banyak hutang

Dimensi: Negara

Tema: Ekonomi - Pelancongan/Pertanian/ Perindustrian/ Pelaburan

Peribahasa Maksud Isu

Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu

Maksud hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya

Masyarakat harus menjalankan kegiatan pertanian secara

bersungguh-sungguh kerana hasil usaha daripada bercucuk tanam selalunya akan berjaya

Ibarat berdagang buluh kasap, hukum hilang pangkal lesap

Yang jolok tak jatuh, penjolok tersangkut

Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi

untung tidak dapat, modal pun lesap

Kita perlu berhati-hati dengan pelbagai perniagaan/ pelaburan yang begitu banyak diwujudkan kerana menjalankan perniagaan yang tidak kukuh/ tidak terjamin, akhirnya boleh mendatangkan kerugian, iaitu modal kita hilang dan tiada keuntungan daripada perniagaan tersebut

Rezeki secupak tidak akan jadi segantang

Tanpa usaha tiada tambahan untung Masyarakat perlu berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka dan supaya mendapat untung berlipat ganda

Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia

Ulat dalam batu pun ada rezeki

Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah

Jika kuat berusaha pasti ada rezeki

Walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan iaitu dari segi

pelancongan/ pertanian/

perindustrian, rakyat tidak harus menunggu sahaja untuk

mendapatkan tawaran kerja tersebut kerana sikap ini tidak akan

memberikan sebarang faedah. Rakyat sebaliknya perlu berusaha merebut peluang pekerjaan yang ada lantaran orang yang kuat berusaha pasti ada rezekinya

Tak kenal maka tak cinta Kalau tahu baru timbul suka Sektor pelancongan perlu dijalankan secara meluas dengan

(11)

barulah timbulnya rasa suka untuk datang melancong ke sini

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak mesti sama-sama bertanggungjawab

Janganlah hanya pihak kerajaan sahaja yang bersungguh-sungguh menjalankan usaha untuk meningkatkan ekonomi negara dalam bidang

pelancongan/pertanian, tetapi rakyat tidak menyambut baik usaha kerajaan. Jika semua pihak tidak bergabung tenaga, pastilah usaha ini menuju kegagalan

Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat kerana kemiskinan/ selalu sakit.

Keadaan yang melarat/ tidak maju

Industri Kecil Sederhana (IKS) di negara kita ini sebenarnya sudah lama ada dan beroperasi, tetapi kewujudan industri ini seperti tidak dipedulikan dan kurang dimajukan seperti industri-industri lain Sambil menyelam minum air

Di mana-mana air bertakung, di situ ikan berkampung

Sekali melakukan pekerjaan, beberapa maksud tercapai

Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu

Dengan meningkatkan industri pelancongan yang menguntungkan negara, industri ini juga telah memberikan faedah kepada para peniaga makanan, pengusaha penginapan dan banyak lagi rakyat Malaysia yang berpeluang mencari rezeki kerana orang akan bertumpu di tempat pelancongan itu

11. Dimensi: Negara/Antarabangsa Tema: Sukan

Peribahasa Maksud Isu

Bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Cencaru makan petang

Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri

Mengalami susah senang bersama-sama

Kemahuan dan kegemaran setiap orang berbeza-beza

Memperoleh kejayaan pada akhir perlawanan

Setiap individu yang terlibat dalam sukan, terutama dalam sukan secara berkumpulan seperti bola sepak, bola jaring, ragbi dan hoki, mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri. Sebaliknya antara sesama ahli perlu bertolak ansur kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berbeza-beza. [© Disediakan oleh BKKeng] Mereka juga perlu

bersama-sama menghadapi susah dan senang, demi mencapai kemenangan dalam setiap pertandingan

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit

Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan

(12)

dahulu, bersenang-senang kemudian

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Alah bisa, tegal biasa

pada kemudian hari

Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha kecil-kecilan akhirnya menjadi besar dan mencapai apa-apa yang dihajati

Segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi

baik dan sanggup bersusah payah menjalani latihan intensif demi memperoleh kemenangan pada kemudian hari, lantaran setiap kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-kecilan supaya lama-kelamaan mereka sudah terbiasa dengan kesusahan yang dirasai semasa latihan dan akhirnya mereka akan mencapai kemenangan/ kejayaan idaman semua

Koleksi Peribahasa

Senarai Peribahasa Nilai Murni

Baik hati / Berbudi bahasa / Berhemah tinggi

• Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang - Merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

• Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali -Melakukan kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan daripada berbuat jahat

• Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga - Seseorang yang berbuat bakti dan jasa akan sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia

• Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa - Berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat, sebaliknya berbuat jahat jangan sesekali

• Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau - Orang yang berketurunan baik. ke manamana dia pergi akan baik juga jadinya

• Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua - Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

Daya Usaha / Kesungguhan / Kerajinan

• Alah bisa tegal biasa - Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

• Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan - Setiap perbuatan yang dilakukan biarlah meraih hasil daripada perbuatan tersebut

• Bagai lebah menghimpun madu - Sangat rajin

• Belakang parang kalau diasah lagikan tajam - Orang yang lemah atau bodoh kalau berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya juga akhirnya

• Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian -Kesenangan akan dicapai setelah berusaha dan mengalami kepayahan

• Bulat kata - Keazaman yang sungguh-sungguh • Cepat kaki, ringan tangan - Rajin dan cepat bekerja

• Diam ubi berisi, diam penggali berkarat - Pendiam tetapi rajin bekerja

• Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Jika seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh

• Genggam bara api biar sampai menjadi arang- Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil • Hati waja - Tidak mudah berputus asa

(13)

• Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha

• Malas bergarit perut perit - Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan

• Malu berkayuh perahu hanyut. malu bertanya sesat jalan - Orang yang malas tidak akan maju • Mandi peluh - Bekerja keras

• Memeras otak - Berfikir atau belajar dengan bersungguh-sungguh

Rajin dan usaha tangga kejayaan - Jika seseorang itu berusaha. [© Disediakan oleh BKKeng] sudah tentu dia akan berjaya

• Sambil menyelam minum air - Membuat dua pekerjaan dalam satu masa

• Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu. akhirnya berjaya Juga • Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain - Apabila bersabar melakukan sesuatu. akan berhasil juga akhirnya

• Seperti anai-anai makan kayu - Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin • Ulat buku - Rajin membaca

• Yang bulat tidak datang bergolek. yang pipih tidak datang melayang - Sesuatu yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya

Semangat bermasyarakat / Kekeluargaan / Perhubungan

• Air dicencang tidak akan putus - Hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berlaku perpecahan/perselisihan

• Bagai beliung dengan asahan - Perhubungan yang akrab

• Banyak orang banyak ragamnya - Banyak orang. maka banyaklah perangai/ buah fikiran yang berbeza-beza

• Biduk berlalu kiambang bertaut - Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya

• Buang yang keruh ambil yang jernih - Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja

• Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga - Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula • Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga- jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan. kita turut berasa susah

• Darah daging - Anak atau saudara-mara daripada keturunan sendiri

• Enggang dengan enggang, pipit sama pipit. baru dapat terbang bersama - Perhubungan yang sama taraf • Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan. tetap ingat di hati

• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah. ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya

• Ikan di laut asam di darat, di dalam periuk bertemu juga - jikalau jodoh. di mana-mana pun akan bertemu juga

• Jauh bau bunga, dekat bau tahi - Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila berdekatan akan berkelahi

• Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi - Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika "melibatkan satu pihak sahaja

• Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak - Anak dan bapa saling bertolongan

• Melentur buluh biarlah daripada rebungnya - Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil • Seperti isi dengan kuku - Hubungan yang sangat akrab

• Seperti pungguk merindukan bulan - Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya Penyesalan

(14)

• Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal pada hari kemudian

• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan-Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan, eloklah insaf dengan segera

• Sudah terhantuk baru tengadah - Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat • Takut akan bayang-bayang sendiri - Rasa takut kerana bersalah

Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat

• Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut • Alah membeli, menang memakai - Biarlah barang . yang dibeli mahal asalkan tahan lama

• Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah- Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati • Biar titik jangan tumpah - Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak

• Biar lambat asalkan selamat - Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah berhati-hati supaya hasilnya baik • Cencaru makan petang - Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik

• Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengardengar - Seseorang itu perlulah berhati-hati apabila berbicara tentang sesuatu perkara

• Cicir dipungut, hilang dicari - Jangan membazirkan sesuatu makan kerana hendak berjimat • Daripada segenggam jadi segantang - Daripada sedikit lama-lama menjadi banyak

• Ikat perut - Mengurangkan makan kerana susah

• Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis - Selalu berwaspada dan berhati-hati • Memasang telinga - Mendengar dengan sungguhsungguh dan teliti

• Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati - Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal

• Mengukur baju di badan sendiri - Berbelanja mengikut kemampuan diri

• Rosak badan kerana mulut - Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur kata

• Sediakan payung sebelum hujan - Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana

• Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu - Sekali tertipu, tentu akan berhati-hati pada masa akan datang • Seperti air di dalam kolam - Orang yang bersifat tenang

• Tepuk dada tanya selera - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik

• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya - Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain

Keberanian

• Berani buat berani tanggung - Bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukan • Berani kerana benar, takut kerana salah - Berani kerana berada di pihak yang benar • Cacing hendak menjadi naga - Orang kecil yang hendak menyamai orang besar • Membujur lalu melintang patah - Tidak menghiraukan halangan/masalah

• Pantang berundur sebelum berjuang - Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya • Pantang mati sebelum ajal - Tidak akan tewas/ berundur sebelum masanya Permuafakatan/Bekerjasama

• Bagai aur dengan tebing - Tolong-menolong antara satu sama lain

• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersama-sama

• Bersatu teguh, bercerai roboh - Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula akan melemahkan masyarakat

• Bersekutu bertambah mutu - Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup • Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat - Mencapai kata sepakat

(15)

• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya

• Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni - Perhubungan yang sangat akrab, susah senang ditanggung bersama

• Muafakat membawa berkat - Sikap bekerjasama membawa kebaikan kepada semua • Ringan tangan - Suka membantu

Kepatuhan /Kesetiaan

• Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut - Hendaklah patuh kepada undang-indang negeri yang didiami

• Biar mati anak, jangan mati adat - Adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan

• Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Kita hendaklah mengikuti undang-undang atau peraturan di tempat kita menetap

• Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah- Semasa hidup mengikut peraturan atau adat, apabila sudah mati terserah kepada hukum Tuhan

• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri - Walaupun kelebihan di negara orang banyak, namun negara sendiri lebih baik lagi

• Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya - Janji mesti ditepati

• Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak - Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

• Seperti kerbau dicucuk hidung - Seseorang yang menurut sahaja kemahuan orang lain Semangat patriotisme / Cinta akan negara

• Seperti belut pulang ke lumpur - Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau • Seperti gagak pulang ke benua - Orang yang pulang ke tempat asal

• Seperti ikan pulang ke lubuk - Orang yang pulang ke tempat asal

• Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga - Sejauh mana pun seseorang itu merantau, dia akan kembali ke tempat asalnya Juga

Rasional

• Ada akal - Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah • Akal budi - Fikiran yang sihat

• Cari akal - Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara

• Jangan bercermin di air keruh - Perbuatan yang negatif janganlah ditiru

• Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan • Mencari jalan - Mencari akal atau idea ketika melakukan sesuatu

Kepentingan ilmu

• Diam ubi berisi - Diam orang yang berilmu sedang berfikir

• Harimau menyembunyikan kukunya - Orang yang menyembunyikan kelebihannya • Ilmu itu pelita hati - Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya tenteram

• Jauhari juga yang mengenal manikam - Orang yang bijaksana sahaja yang mengetahui kelebihan sesuatu perkara

• Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu lebih baik jangan melakukannya

• Membaca jambatan ilmu - Membaca dapat meluaskan pengetahuan Kepentingan Masa

• Bertangguh itu pencuri masa - Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu kerana membazirkan masa

(16)

• Masa itu emas - Masa sangat berharga Kesesuaian/ Kesepadanan

• Bagai bulan dengan matahari - Pasangan yang sepadan • Bagai pinang dibelah dua - Pasangan pengantin yang secocok • Bertemu buku dengan ruas - Pasangan yang sesuai

• Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - Sama taraf/ sepadan

• Enggang sama enggang, pipit sama pipit -Bersahabat dengan orang yang sama taraf Kasih sayang

• Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api - Kata-kata yang lemah lembut saja yang dapat meredakan kemarahan seseorang

• Bagai menjaga intan dicanai - Kasih sayang yang teramat sayang • Mabuk kepayang - Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran

• Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan, tetap ingat dalam hati

• Karam sambal oleh belacan - Seseorang yang dikasihi telah merosakkan harta yang diberikan kepadanya tetapi ia tetap disayangi

• Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan - Kasih ibu bapa kepada anak-anak untuk selama-lamanya, tetapi kasih anak terhadap ibu bapa tidak tetap

• Kasihkan anak tangan-tangankan. kasihkan isteri tinggal-tinggalkan - Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan, jangan terlalu dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku

• Menatang minyak yang penuh - Dijaga dengan sempurna kerana sangat dikasihi • Tatang di anak lidah - Terlalu kasih akan anak dan isteri

Berdikari

• Kalau pandai meniti buih. selamat badan sampai ke seberang - Orang yang pandai membawa diri, di mana-mana pun pergi tentu hidupnya selamat

• Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Seseorang yang pandai menyesuaikan diri • Pandai menyelam air dangkal - Orang yang pandai membawa diri

• Timba air mandikan diri - Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain Hormat-menghormati

• Menjaga hati - Bertolak ansur dan saling menghormati

• Yang tegak disokong. yang lemah ditopang - Orang kaya dimuliakan, sedangkan orang miskin diberikan pertolongan

Keadilan

• Duduk dengan cupak dan gantang - Ketua yang adil • Seduit dibelah tujuh - Pembahagian yang sama rata

• Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak - Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya

• Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak - Hukuman yang kurang adil Kebebasan

• Diberi berpadang luas - Seseorang diberikan kebebasan sepenuhnya

• Nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati - Orang yang bebas untuk melakukan apa-apa sahaja

• Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya - Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing • Tepuk dada tanya selera - Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan

Referensi

Dokumen terkait