• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seni Kelarai Dan Seni Mural: Pertembungan Timur Dan Barat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Seni Kelarai Dan Seni Mural: Pertembungan Timur Dan Barat"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Nur Adibah Nadiah Mohd Aripin, Noor A’yunni Muhammad (2017). Seni Kelarai Dan Seni Mural: Pertembungan Timur Dan Barat. Idealogy, 2(2) : 116-121, 2017

Seni Kelarai Dan Seni Mural: Pertembungan Timur Dan

Barat

Nur Adibah Nadiah Mohd Aripin, Noor A’yunni Muhammad Fakulti Seni Lukis & Seni Reka

Universiti Teknologi MARA

32610, Seri Iskandar Campus Perak, Malaysia

nurad370@perak.uitm.edu.my noora691@perak.uitm.edu.my

Abstrak.

(2)

SENI KELARAI

Aktiviti melakar atau menghiasi dinding telah bermula sejak zaman Paleolitik lagi di Malaysia. Melalui penemuan dari lukisan gua di Lenggong, Perak hinggakan ke aktiviti menghias dinding bangunan. Antara teknik hiasan dinding tradisional yang diguna adalah anyaman dan ukiran manakala terkini adalah melukis mural. Penulisan ini akan membincangkan budaya menghias dinding dan juga merungkai seni hiasan dinding tradisonal hingga seni lukisan dinding moden di negeri Perak. Memperlihatkan kelebihan hiasan ini dari sudut keindahan dan praktikal. Seperti anyaman yang telah digunakan untuk menghiasi dinding-dinding istana dan rumah Melayu. Jelas bahawa teknik anyaman Perak yang dikenali sebagai kelarai bukan sekadar untuk menghiasi dinding malahan berfungsi dari sudut pengaliran pengudaran yang bagus. Antara bangunan yang masih menggunakan teknik anyaman ini adalah Istana Lama Negeri Perak dan Masjid Lama Kg Kuala Dal, Kuala Kangsar. Manakala dari sudut ukiran dinding pula, ia terbahagi kepada dua jenis ukiran iaitu ukiran timbul dan tebus. Seni ukiran ini seringkali ditemui dari senibina rumah-rumah Melayu, antaranya adalah rumah Kutai, Perak. Rumah-rumah ini masih boleh ditemui dan mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri. Kini, perubahan pada struktur bangunan menjadikan teknik-teknik hiasan dinding tradisi ini tidak sesuai digunakan. Sebaliknya bangunan-bangunan moden ini telah mengambil inisiatif lain untuk menghiasi dinding. Penambahan hasil seni yang popular pada kurun ke-21, mural diperkenalkan.

(3)

Figura 1 dan Figura 2 : Contoh Kelarai yang dijadikan hiasan dinding di Rumah Kutai, Perak

SENI MURAL

Seni mural dikenali sebagai catan yang dihasilkan secara langsung di atas dinding, siling dan permukaan lain yang berskala besar [3]. Perkataan mural juga dikatakan

berasal daripada perkataan Latin “murus” yang membawa maksud ‘dinding’[4].

(4)

Figura 3: Contoh catan dinding di gua Altamira, Sepanyol

Figura 4: Contoh catan dinding di gua Lascaux, Perancis

Kewujudan teknik melukis menggunakan media seperti cat, cat semburan, stensil dan lain-lain memberi impak perubahan yang besar dalam kehidupan seharian masyarakat. Aktiviti ini seolah-oleh membangkitkan semula keperluan seni hiasan dinding. Ia bukan sahaja dihasilkan bagi tujuan hiasan malahan dari sudut pratikalnya dengan menambahkan keceriaan, identiti dan satu himpunan komuniti masyarakat secara tidak langsung. Hal ini dapat dilihat di kebanyakan tempat di sekitar Malaysia yang tumbuh bagaikan cendawan.

Seni mural kini menjadi trend dalam meningkatkan populariti seni jalanan. Interaksi dalam pembikinan seni mural meningkatkan pengalaman yang unik bagi seseorang muralis. Ini dapat disokong dengan kenyataan Ulianka [5] dalam penulisannya.

(5)

Contoh yang paling terdekat adalah mural yang terdapat di Muzium Negara, Malaysia. Mural tersebut mencerminkan sejarah dan kebudayaan Melayu yang dihasilkan oleh karyawan tempatan pada ketika itu. Mural bersejarah itu berjaya memvisualkan aktiviti ekonomi masyarakat melayu, upacara dan adat tradisi masyarakat Malaysia, termasuklah penceritaan tentang Kerajaan Negeri Melaka dan Hari Kemerdekaan Malaysia pada Tahun 1957.

Figura 6: Karya Mural yang bertemakan sejarah dan kebnudayaan di Muzium Negara

MURAL KONTEMPORARI

Apabila membicarakan perihal mural, jika dibandingkan dengan catan dinding di gua-gua, catan dinding atau mural moden lebih berkonsepkan kontemporari . Seperti yang telah dipamerkan dalam pameran ARTSPERE pada Disember 2013, konsep kontemporari yang dibawa oleh karya-karya mural yang terlibat kebanyakannya berkaitan dengan penceritaan isu-isu semasa, luahan ekspresif dan kesedaran sosial.[6]. Seni mural dilihat sebagai salah satu medium komunikasi yang berkesan dimana ianya menggunapakai pendekatan kreativiti di dalam naratif

dan penggayaan temanya. Sebagai contoh, laman web Mural Art’s Philadelphia mengenengahkan perihal “Peace Wall” bertempat di kejiranan Gray Ferry, Philadelphia yang menjadi kebanggaan penduduk setempat kerana mural tersebut menjadi simbol perpaduan dan juga harapan [7].

Secara keseluruhan, pertembungan seni kelarai dan seni mural memberi impak dalam perkembangan kebudayaan seni di Malaysia samada dalam kontek visual mahupun kraf. Ia bukanlah sesuatu yang baru di kalangan masyarakat kita tetapi merupakan satu pendedahan yang memberi pengetahuan secara langsung dan tidak langsung berkaitan dengan dua seni ini. Menurut Noor Hafiza [8] kebudayaan yang diamalkan turut boleh berubah mengikut peredaran masa dan persekitaran juga bersangkut paut dengan cara hidup sesuatu kelompok masyarakat tertentu. Ia merangkumi beberapa aspek aktiviti sosial sehingga terhasilnya budaya baru dan memberi impak kepada perubahan perilaku.

(6)

RUJUKAN

Ab. Aziz Shuaib, (nd). Olalere Folasayo Enoch, Enhancing Contemporary Home Furniture with Malay Tangible Cultural Heritage,

Abdullah Yusof, (nd). Aizan Hj. Ali @ Mat Zin, Faisal @ Ahmad Faisal Hamid,.Islamic Nuance in decorative-Ornament Architecture Art in Nusantara, Eric Johnsson, (2016). About Mural, http://www.jonssonsworld.com/ A_Brief_History_of_Murals_and_Mural_Painting.html

Kenneth Donkor, (2010), Design And Production Of Commemorative Ceramic Mural Of African Cup Of Nations, Ghana -Can2008, Master Thesis , Department of Industrial Art,Kwame Nkrumah University of Science and Technology,

Ulianka, (nd). History of Murals, http://www.ulianka.com/muralhistory.html Muhamad Yusri Muzammir, (2013), Mural Tiga Dimensi di ARTSPERE, Berita Harian, Selasa, 24 Disember 2013.

Muralarts committee (n.d), Mural Art’s Philadelphia https://www.muralarts.org/about/history/

Referensi

Dokumen terkait

(Azmiyawati dkk, 2010) menyatakan bahwasannya Matahari adalah sumber energi panas terbesar bagi kehidupan di bumi, matahari termasuk sumber energi panas dan cahaya dan termasuk

kepemimpinan kepala sekolah dalam menciptakan iklim sekolah yang kondusif di SMK Negeri 2 Mataram yang ditunjukkan dengan kombinasi antara perilaku yang berorientasi

Adalah alat pengamanan yang digunakan untuk memisahkan peralatan yang ada di gardu dari arus dan tegangan yang ada pada jaringan listrik, sehingga dapat dilakukan pemeriksaan

Oleh karena itu, penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh konsentrasi wortel kering terhadap karakteristik fisikokimia ekstrudat serta mengetahui kombinasi terbaik

liniear. Jika dilihat dari nilai signifikansi pada Deviation of Liniearity , karena nilai signifikansi sebesar 0,955 lebih dari 0,05, maka dapat disimpulkan bahwa ada

APB sendiri berpengaruh negatif pada ROA.Hal ini terjadi apabila APB meningkat dengan presentase lebih besar dari peningkatan aset produktif, maka pencadangan

Kesimpulan dari penelitian ini yaitu perbedaan waktu asetilasi berpengaruh nyata terhadap kadar air, kadar abu, kadar gugus asetil tetapi berpengaruh tidak nyata