• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN ROHANI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN ROHANI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS CADANGAN

TAJUK:

PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN ROHANI

TERHADAP ANAK-ANAK

Disediakan oleh:

ABIDAH AQILAH BINTI MOHD NOOR (TEB110001)

(2)

ABSTRAK

Pendekatan Islam dalam pendidikan awal awal anak-anak amat menekankan

penanaman aqidah atau rohani. Ini kerana aqidah merupakan teras Islam yang utama.

Kepentingan aqidah dalam Islam dapat dilihat menerusi nas-nas Quran dan

al-Hadith yang banyak mengaitkan pembentukan akhlak dengan akidah atau iman.

Pendidikan agama dipercayai berupaya mempengaruhi cara pemikiran anak-anak

khususnya remaja dan seterusnya tingkah laku mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan

untuk mengenalpasti peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani terhadap anak-anak.

Ibu bapa adalah orang pertama yang akan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak,

dengan pendidikan agama mereka lebih terarah untuk mengamalkan nilai-nilai murni

dan mengelakkan diri daripada perbuatan buruk.

(3)

Pendahuluan

Pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mengubah fitrah anak-anak.

Ibu bapa bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka dari segi perkembangan

jasmani, kerohanian, minda dan daripada ditimpa kesusahan atau kemudaratan.

Kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan untuk menjangka akibat sesuatu perkara

ke atas diri mereka dan mereka juga tidak tahu membezakan perkara yang membawa

manfaat atau sebaliknya (Abdul Monir Yaacob dalam Azrina Sobian, 2007:45-52).

Corak pendidikan dan kebiasaan anak-anak sewaktu kecil sehingga remaja dijadikan

kayu pengukur kepada pembentukan peribadi anak-anak apabila dewasa. Seorang

dewasa yang beretika, berdisiplin dan berbudi bahasa adalah datang daripada

kelompok kanak-kanak yang terdidik dengan etika, disiplin dan berbudi bahasa.

Begitu juga sebaliknya, seorang dewasa yang kejam, ganas dan tidak beretika

datangnya daripada kelompok kanak-kanak dan remaja yang terbiasa dengan

persekitaran yang kejam, ganas dan tidak beretika (Kamarul Azmi Jasmi dan Siti

(4)

Penyataan Masalah

Dewasa ini, keruntuhan akhlak dan moral, masalah sosial, jenayah dan banyak

lagi semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak terutamanya remaja. Masalah ini

tidak pernah reda malah semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Malah, ada dalam

kalangan mereka cemerlang dalam bidang akademik tetapi pincang dari segi

akhlaknya. Hal ini semakin membimbangkan. Aspek pendidikan rohani pula semakin

jauh daripada diri anak-anak. Bahkan apa yang lebih merunsingkan lagi adalah

pendidikan rohani ini seakan tidak nampak atau kelihatan pada anak-anak zaman

sekarang. Melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul terutamanya masalah

anak-anak muda masa kini, penyelidik berminat untuk mengkaji apakah peranan ibu

bapa dalam pendidikan rohani terhadap anak-anak.Serta mengenalpasti cara

penerapan pendidikan rohani yang digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik

anak-anak. Disamping kajian ini juga cuba menghuraikan masalah yang dihadapi ibu bapa

dalam memberi pendidikan rohani kepada anak-anak.

Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh

umat Islam terutamanya ibu bapa. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa

kepentingan seperti berikut:

1. Mengetahui gambaran sebenar peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani terhadap

anak-anak.

2. Membantu ibu bapa dan masyarakat Islam bagi mengatasi kepincangan akhlak dan

masalah sosial anak-anak masa kini.

3. Membantu pihak kerajaan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang ada agar

(5)

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1. Mengenalpasti peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani terhadap anak-anak.

2. Mengenalpasti cara penerapan pendidikan rohani yang digunakan oleh ibu bapa

dalam mendidik anak-anak.

3. Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi ibu bapa dalam memberi pendidikan

rohani kepada anak-anak

Soalan Kajian

Kertas kerja ini cuba merungkai persoalan seperti berikut:

1) Sejauhmanakah peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani terhadap anak-anak.

2) Apakah cara penerapan pendidikan rohani yang digunakan oleh ibu bapa dalam

mendidik anak-anak.

3) Apakah masalah yang dihadapi ibu bapa dalam memberi pendidikan rohani kepada

(6)

Skop Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada. peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani terhadap

anak-anak. Apakah peranan-peranan yang perlu diterapkan oleh ibu bapa. Turut difokuskan ialah cara penerapan pendidikan rohani yang digunakan oleh ibu bapa

dalam mendidik anak-anak.Di samping mengkaji apakah punca kesilapan didikan ibu

bapa yang menyebabkan berlakunya kerosakan akidah dan akhlak anak-anak.

Didalam kajian ini juga menfokuskan mengenai masalah yang dihadapi ibu bapa

dalam memberi pendidikan rohani kepada anak-anak.

Tinjauan literatur

Gejala sosial boleh dihuraikan sebagai satu keadaan atau cara hidup yang

berlaku di dalam suatu masyarakat yang mana ia adalah bertentangan dengan ciri-ciri

atau nilai budaya dan juga nilai-nilai keagamaan sesebuah masyarakat (Ab. Halim

Tamuri, et.al, 2004). Akhlak berasal dari kata jamak iaitu khuluq. Menurut Ibnu Athir,

khluq atau akhlaq ialah bentuk kejadian manusia dari sudut yang batin (dalaman).

Tokoh falsafah akhlak Islam, Miskawaih (1966) pula merumuskan bahawa akhlak

ialah suatu keadaan bagi diri atau jjiwa (alnafs) yang mendorong jiwa atau diri untuk

melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya

pemikiran kerana sudah menjadi kebiasaan. Manakala maksud rohani mengikut

Kamus Dewan Edisi keempat 'rohani' membawa maksud batin yang berkaitan dengan

roh,raohaniah ataupun jiwa. Aspek 'rohani' dilihat lebih menjerumus kepada amalan

keagamaan seperti kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Justeru,Pendidikan rohani merupakan sendi yang mengikatkukuh perhubungan

dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan,

keamanan dan kesejahteraan di dalam sesebuah masyarakat. Kerosakan prndidikan

rohani ataupun runtuhan akhlak di dalam sesebuah masyarakat bukan sahaja menjadi

ancaman kepada kesejahteraan mental individu dalam masyarakat (Najati, 1993).

Malah akhlak juga menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan

nilai akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat (Malek

(7)

menyedari akan sendi-sendi kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap

keperluan kepada kembali kepada unsur-unsur pemurnian akhlak teruatama sekali

melalui agama (Mohd. Sulaiman Yasin,1992).

Menurut Mohamad Muda (1998), para pendidik bertanggungjawab dalam

menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak di mana penekanan dititikberatkan mengenai

perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesame manusia,

alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting bagi pendidik saa ada ibu bapa,guru-guru

ataupun ahli keluarga. Keluarga sebagai sebuah unit sosial yang sangat berpengaruh

dalam perkembangan hayat individu. Ahli-ahli psikologi tanpa mengira pendekatan

teori yang digunakan ramai bersetuju bahawa keluarga sangat penting dalam

pembentukan psikologi, emosi, mental dan kognitif individu khususnya golongan

remaja. Ibu bapa dan para pendidik hendaklah berusaha terus-menerus tanpa berputus

asa dalam pembentukan kerohanian anak-anak. Langkah penting bagi mencapai hasrat

ini dalam meneruskan kesinambungan fitrah akhlak anak-anak ialah dengan memberi

pendidikan agama bermula sejak kecil lagi. Langkah ini bagi menjamin supaya

pendidikan kerohanian terhadap anak-anak tidak terencat apabila ia menempuhi alam

remaja. Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam menguasai kemahiran mendidik

tetapi dengan adanya didikan agama yang kukuh, maka anak itu mampu menepis

naluri kehaiwanan yang cuba mempengaruhinya atau sekurang-kurangnya boleh

menjauhi anak dari menjadi jahat tabiatnya.

Namun, sekiranya kurangnya penekanan agama yang berpunca daripada ibu

bapa yang jahil juga mengakibatkan anak-anak remaja mudah terpedaya dengan

gejala yang tidak sihat. Ajaran ilmu kerohanian seperti mengenal tuhan,siapakah diri

kita sebagai hambaNya, dan tanggungjawab kita dimuka bumi,cara bertoleransi

sesama manusia,cara menghormati orang yang lebih dewasa dan guru-guru, adab

sopan santun yang disemai dan pendidikan akhlak yang mulia sering diabaikan

sedangkan menurut kajian Mitchelle et. al (1989) menyatakan bahawa ajaran agama

boleh dijadikan pelita ataupun satu regangan moral dalam diri remaja agar mereka

dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara yang tidak bermoral. Oleh itu,

pendidik dan ibu bapa perlu kembali kepada tradisi asal dalam membentuk peribadi

anak seperti yang diamalkan oleh Rasulrasul, Nabi-nabi dan para Wali di mana

mementingkan pendidikan agama sebagai penerus kesinambungan fitrah kejadian

(8)

semata-mata sebagai helah membela diri apabila anak menjadi jahat tabiatnya. Ibu

bapa perlu menyalahkan diri sendiri kerana ini adalah langkah positif untuk menilai

semula peranannya bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Metodologi Kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan

penelitian (1975). Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau

jalan. Dalam bidang penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk

memahami objek yang menjadi sasaran penelitian. Manakala penyelidikan

bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu

pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau

spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah untuk meninjau peranan-peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani anak-anak

melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis

jenis masalah yang dihadapi ibu bapa dalam memberi pendidikan rohani kepada

anak-anak. Manakala kajian kualitatif pula akan meninjau teknik-teknik penerapan

pendidikan rohani yang digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. melalui

kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada ibu bapa dan beberapa

anak-anak muda yang terpilih. Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal

selidik dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Disamping itu pengkaji akan

membuat kajian menggunakan kaedah perpustakaan dan melayari internet untuk

(9)

KESIMPULAN

Antara faktor keroasakan akidah dan akhlak para remaja kebanyakkannya berpunca

daripada kegagalan didikan awal ibu bapa atau penjaga. Anak-anak itu ibarat kain

putih,jika dicorakkan dengan kebaikan maka baiklah ia,jika dijorakkan dengan

kejahatan maka jahatlah hasilnya. Maka dalam kajian ini pengkaji ingin menekankan

peranan-peranan ibu bapa dalam pendidikan rohani terhadap anak-anak.Disamping itu

pengkaji amat berharap agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan menfokuskan

objektif kajian yang telah dirancangkan dengan sempurna. Pengkaji juga amat

berharap agar kajian ini dapat dijadikan sebagai contoh dan bahan rujukan untuk

kajian-kajian akan datang, serta dapat memberi maklumat yang positif kearah

(10)

Bibliografi

Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak. “Dakwah dalam Menangani Isu-isu Sosial di Kalangan Remaja”. Department of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hal. 44 – 53.

Abdul Monir Yaacob (2007). Membentuk Keluarga Menerusi Nilai-Nilai

Kekeluargaan Islam. Dlm.Azrina Sobian. Keluarga Islam, Kemahiran

Keibubapaan dan Cabaran Semasa. Selangor: MPHGroup Publishing Sdn

Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom. (2007). Pendidikan dan

Pembangunan Keluarga Cemerlang. (Successful Family Education and

Development. Skudai, Johor, Malaysia: Penerbit UTM Press.

Malek Bennabi. (1998). “On the Origins of Human Society”. Terjemahan oleh Mohamed

Miskawaih, Ahmad Ibnu Muhammad (1966). “Tahdhib al-Akhlaq”. Suntingan C.K. Zuraik, Beirut:American University of Beirut.

Mitchelle et al. (1989). “Keyboarding A Mastery Approach Comprehensive”.

Mohamad Bin Muda (1998). Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi

(11)

Mohd. Sulaiman Haji Yassin (1992). “Akhlak dan Tasawuf. Bangi”. Selangor : Yayasan Salman, 1992.

Referensi

Dokumen terkait

Dana Alokasi Khusus Sanitasi Lingkungan Berbasis Masyarakat (DAK SLBM) merupakan salah satu sub bidang dari DAK Bidang Infrastruktur, yang bersumber dari APBN yang dialokasikan kepada

Pengukuran tingkat capaian kinerja Pengadilan Agama Sumber tahun 2016, dilakukan dengan cara membandingkan antara target pencapaian indikator kinerja yang telah ditetapkan

Tujuan dari penelitian ini yaitu untuk menghitung nilai ekonomi kawasan Cagar Budaya Keraton di Kota Cirebon dengan pendekatan Travel Cost Method (TCM) dan

Identifikasi profil minyak atsiri secara kualitatif dengan KLT menunjukkan bahwa ke-3 jenis mentha mengandung beberapa jenis senyawa aktif yang berbeda dengan

Dengan demikian hal yang harus dilakukan adalah merancang suatu master plan pemetaan sebaran menara telekomunikasi seluler berbasis Sistem Informasi Geografis

Dalam penelitian ini, peneliti mengambil lokasi di kantor Unit Pengembangan Karir dan Kewirausahaan (UPKK) Universitas Brawijaya Malang. Alasan penelitian dilakukan di lokasi

Kegiatan pengabdian kepada masyarakat melalui metode pelatihan keterampilan berbahasa Inggris ini diharapkan bisa diselenggarakan dengan durasi yang lebih lama agar

Perlakuan dosis pupuk organik (bokashi pupuk kandang ayam) pada tanah pasca tambang batubara berpengaruh tidak nyata terhadap pengamatan rata-rata tinggi tanaman