PERBANDINGAN ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN

Teks penuh

(1)

PERBANDINGAN ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN

TAMADUN CHINA

(2)

(Tamadun Islam): Dalam Tamadun Islam, umat Islam diwajibkan beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan selain dari Allah adalah dilarang sama sekali. Umatnya juga diwajibkan melakukan ibadat puasa, membayar zakat , menunaikan ibadat haji sebagai tanda mentaati perintah Allah. Terdapat juga amalan sunat seperti bersedekah, berpuasa sunat, mengucap salam, tolong menolong dan sebagainya. Sentiasa melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Amalan keagamaan (Tamadun China): Masyarakat Tamadun China iaitu masyarakat Shang percaya bahawa tuhan-tuhan mereka menguasai semua kehidupan manusia di dunia. Oleh itu mereka menyembah banyak objek di bumi dan di langit seperti bulan, matahari, bumi(tanah), sungai, angin dan juga arah iaitu timur, barat dan selatan.

Kepercayaan masyarakat China tentang kuasa dan semangat sudah sebati dalam kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai kuasa yang boleh menyebabkan banjir, kemarau, wabak penyakit dan serangan belalang ke atas tanaman. Untuk mengelakkan malapetaka, mereka menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan. Masyarakat china juga mengamalkan pemujaan nenek moyang yang telah lama mati. Kepercayaan terhadap pengaruh nenek moyang ini merupakan kepercayaan yang tertua di negeri China dan masih kekal sehingga kini. Pemujaan ini dilakukan kerana mereka percaya bahawa roh nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia itu masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka sehari-harian atau hari yang akan mendatang. Manakala, bagi Tamadun Islam pula, mempercayai tentang kehidupan selepas mati. Islam mempercayai adanya alam barzakh(kubur), hari nisab, hari kiamat, hari akhirat, titian siratul mustaqim, kehidupan selepas mati, orang yang berbuat baik akan menerima nikmat dalam syurga manakala mereka yang melakukan kejahan dan kemungkaran akan mendapat dosa dan ditempatkan di dalam neraka . Kepercayaan kehidupan selepas mati Tamadun China juga mempercayai kehidupan selepas mati. Ini adalah berasaskan kepercayaan mereka terhadap roh alam mati. Mereka percaya bahawa apabila seseorang itu telah mati, jasadnya akan musnah namun rohnya akan kekal. Oleh itu, apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan dibakar dan dikebumikan bersamanya .

(3)

langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Dalam sistem pemerintahan, Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang berkuasa mutlak. Maharaja berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Segala perintah maharaja, rakyat tidak boleh ingkar dan jika ingkar rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang berat. Di bawah maharaja, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam kedudukan masyarakat China. Maharaja memerintah negara berdasarkan prinsip Confucianisme. Mengikut ajaran Confucius, “sesiapa berjaya mendapat mandat dari syurga akan berjaya menjadi pemerintah yang baik dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang aman serta makmur”. Sekiranya bencana alam berlaku, ini menunjukkan bahawa maharaja yang memerintah tidak lagi mempunyai mandat dari syurga dan dianggap sebagai penjenayah. Maharaja mesti memerintah negara berdasarkan prinsip-prinsip ajaran confucianisme.

Aspek ekonomi bagi Tamadun Islam adalah berbeza dengan Tamadun China dimana dalam Tamadun Islam unsur riba tidak dibenarkan di dalam perniagaan. Di dalam Islam juga, unsur penipuan seperti mengurangkan timbangan, boros, kedekut dan membazir tidak dibenarkan sama sekali. Islam membenarkan umatnya berniaga asalkan ianya dijalankan secara halal, bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan. Matlamat aktiviti ekonomi Islam bertujuan memenuhi keperluan asas setiap manusia. Keperluan asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang sesuai, tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi dan keperluan perubatan. Bidang perniagaan merupakan aktiviti utama dalam masyarakat tamadun islam. Bahkan Rasulullah SAW sendiri adalah seorang ahli perniagaan dan pernah menguruskan perniagaan hartawan Siti Khadijah R.A. sebelum baginda memperisterikannya. Manakala, matlamat utama ekonomi Tamadun China ialah memenuhi keperluan asas hidup iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian. Maharaja perlu memastikan ekonomi negara China sentiasa berkembang dan mampu memenuhi keperluan dalam negara.Ini kerana Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara. Tamadun ini juga menitikberatkan aspek kebendaan dengan mengenepikan aspek kerohanian. Oleh itu, ia mengabaikan aspek kemajuan dari sudut kerohaniaan atau spiritual. Kemajuan berdasarkan keuntungan semata-mata dan berpegang kepada konsep “matlamat menghalalkan cara”. Sejak zaman berzaman lagi pertanian merupakan aktiviti utama ekonomi masyarakatnya. Ciri-ciri fzikal di negara China ini amat subur dengan lembangan sungainya yang rata dan amat luas seperti Sungai Hwang Ho. Aktiviti ekonomi bermula dengan tanaman gandum dan sekoi yang merupakan bijirin utama ditanam negara ini. Oleh itu, tamadun ini bergantung penuh kepada pertanian dan petani merupakan sumber tenaga buruh yang penting.

(4)

bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan ibadat yang besar. Kepentingannya amat jelas apabila kita meneliti kepada wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah menyentuh kepada aspek berkenaan. Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung dengan perkara yang lain seperti solat, puasa atau haji dan lain-lain PENDIDIKAN "Bacalah ( Wahai Muhammad ) dengan namaTuhanmu yang mencipta sekelian makhluk.Ia mencipta manusia dari sebuku darah beku,bacalah, dan Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia dengan peaantaraan pena." Pendidikan dalam tamadun islam tidak terbatas kepada ilmu pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat. Ilmu dalam Islam terbahagi kepada dua kumpulan yang besar, pertama ilmu fardhu ain iaitu kewajipan yang dituntut kepada setiap orang Islam agar dipelajari dan dihayati. Kedua, ilmu fardhu kifayah iaitu ilmu yang mesti ada pada sekumpulan orang Islam agar usaha untuk membangun masyarakat dan umat dapat diteruskan. Sesungguhnya ilmu Allah adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikiran manusia. Tujuan pendidikan dalam Islam secara amnya berdasarkan kepada prinsip-prinsip Dinul Islam itu sendiri iaitu membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia, kesejahteraan abadi dan mendapat keredaan Allah di akhirat. Oleh itu, sistem pendidikan dalam Islam adalah berdasarkan kepada peraturan Islam, iaitu peraturan yang mendorong penganutnya ke arah mencapai matlamat kehidupan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Al- Quran:- mengandungi konsep

pendidikan yang agung.

(5)

menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama di Bandar . Diadakan dua kali

dalam tempoh tiga tahun.

Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai. Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan Dalam Tamadun China, masyarakat amat menghargai pendidikan. Matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap seperti yang terdapat pada zaman moden ini iaitu: Chun-Jen, tahap kedua setaraf dengan sarjana. Peperiksaan peringkat kedua di ibu kota negara, calon yang berjaya

di anugerah ijazah Chun-Jen.

Peperiksaan tahap kedua diadakan tiga tahun sekali. Lulus ijazah kedua akan berpeluang menjadi pegawai tinggi kerajaan Chin Shih, tahap ketiga setaraf dengan doctor falsafah. Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu kota empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin Shih. Peperiksaan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali. Lulus ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.

Perbezaan seterusnya ialah sistem tulisan. “Huruf arab” dalam Tamadun Islam telah wujud sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah. Tulisan arab berasal daripada skrip Arab dan bukti kewujudan tulisan arab pada ketika itu ialah batu nisan, ukiran-ukiran pada masjid dan istana, batu bersurat, duit syiling dan sebagainya. Huruf arab mengandungi 30 huruf. Huruf ini dapat disambungkan untuk membentuk maknanya. Sistem Penulisan Tulisan China atau Hanzi dalam Tamadun China merupakan antara tulisan yang paling tua di dunia. Tulisannya adalah berlainan dengan tulisan dalam tamadun lain dimana seperti sedia maklum, tulisan Arab ditulis berdasarkan cantuman beberapa huruf bagi membentuk maknanya. Berbeza dengan tulisan Hanzi kerana iainya berdasarkan Simbol. Oleh itu, bahasa China memiliki 50,000 patah perkataan yang tidak semua diketahui oleh orang China. Pada umunya, mereka hanya mengetahui hanya 3000 patah perkataan sahaja. Tulisan dalam tamadun China adalah berdasarkan kepada lambang-lambang gambar, lambang petunjuk, lambang petunjuk fkiran dan gabungan bunyi-bunyi.

Perbezaan dari segi kesenian dalam Tamadun Islam pula ialah dapat dilihat dalam seni halus seperti tulisan khat, lagu nasyid, ukiran kayu, seni tekstil dan sebagainya. Seni halus ini telah menjadi warisan dalam diri mereka sejak berkurun lamanya. Kesenian bagi Tamadun China, kesenian seperti seni Opera iaitu seni drama yang mana pelakonnya memakai pakaian berwarna-warni, menari-nari dan memutihkan muka mereka. Selain itu, seni Tamadun China juga dapat dilihat dalam muzik klasik, kaligraf, seni lukis, seni pembinaan, seni mempertahankan diri seperti kung fu dan sebagainya telah menjadi warisan dalam hidup mereka.

(6)

acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian dalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Sumbangan Tamadun Islam juga menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnya cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu mereka masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Ibn Khaldun iaitu tokoh sains Islam dan pakar sejarah arab yang teragung juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia. Ilmuwan perubatan iaitu Ibn Sina telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal hingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang perubatan. Sebagai tokoh perubatan yang ulung, Ibn Sina telah meninggalkan pengaruh yang amat besar di kalangan sarjana Islam dan sarjana dari tamadun lain yang muncul selepasnya. Holistiknya, tamadun Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalam bidang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini. Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seperti bidang penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya. Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin dan Yang dimana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan. Tamadun China juga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru seperti magnet, penciptaan kompas, penghasilan lilin daripada serangga dan sebagainya. Antara ciptaan hebat Tamadun China juga ialah penciptaan kertas, serbuk letupan dan sebagainya. Setelah membincangkan pelbagai perkara tentang Tamadun Islam dan Tamadun China, saya telah dapat membuat satu kesimpulan. Secara kesimpulannya, setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya dari segi kehidupan mereka.

(7)

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...