• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Ucapan Kho Hai Meng, Naib Pengerusi Dong Zong (Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) di Konvensyen Rakyat Perak anjuran Pakatan Rakyat Negeri Perak

Tarikh : 1 Mei 2012 (Selasa) Masa : 10 am

Tempat : Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh. (Bersebelahan Stadium Perak)

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus

Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

ialah satu pertubuhan masyarakat yang ditubuhkan pada

tahun 1954 untuk mempertahankan dan membangunkan

pendidikan Cina. Pendidikan Cina merupakan salah satu

jenis pendidikan bahasa ibunda.

Dong Zong merupakan satu pertubuhan lembaga pengurus

sekolah Cina di peringkat nasional dan keanggotaannya

dibentuk oleh lembaga pengurus sekolah Cina di peringkat

sekolah, negeri dan negara.

Setiap sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah

menengah persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah

Conforming (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, SMJK) mempunyai lembaga pengurus atau pengelola sekolah

(2)

merupakan ahli kepada persatuan lembaga pengurus sekolah

Cina setiap negeri. Kesemua persatuan lembaga pengurus

sekolah Cina dari 13 negeri seluruh negara termasuk wilayah

persekutuan merupakan ahli-ahli Dong Zong.

2. Dong Zong mewakili lembaga-lembaga pengurus sekolah

Cina untuk berurusan dengan pihak kerajaan berkenaan

hal-hal sekolah Cina. Selain itu, Dong Zong juga berperanan

untuk memperkuatkan hubungan baik dan perpaduan rakyat

negara kita. Contohya, Dong Zong terus berbincang dan

menjalin kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan

pendidikan sekolah Tamil dan sekolah Islam seperti Tamil

Foundation dan MUSLEH untuk membangunkan

pendidikan negara kita.

3. Dong Zong berpegang kepada prinsip merentasi parti-parti

politik tetapi merentasi aspek politik. Ini kerana kami

berpendapat pendidikan dipengaruhi oleh perkembangan

politik dan kami berusaha menyatupadukan pelbagai pihak

termasuk pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan parti-parti

politik yang menyokong perjuangan pendidikan bahasa

(3)

4. Dong Zong ingin menegaskan bahawa negara kita

merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya,

bahasa, aliran pendidikan sekolah dan agama. Kewujudan

dan pembangunan pelbagai aliran sekolah merupakan satu

aset dan kelebihan negara kita, malahan sekolah-sekolah

tersebut memperkayakan ciri-ciri kepelbagaian negara kita.

Rakyat negara kita seharusnya menghargai dan

membangunkan ciri-ciri kepelbagaian negara kita untuk

kemajuan dan masa hadapan negara dan rakyat.

5. Dong Zong berpendapat, layanan yang adil kepada rakyat

negara kita tanpa mengira bangsa, usaha menggalak rakyat

berinteraksi dan pembangunan semua aliran sekolah

merupakan asas yang penting untuk mencapai perpaduan

rakyat serta keharmonian, kemakmuran dan kemajuan

negara.

Sebaliknya, dasar asimilasi dan tindakan menindas sesuatu

bahasa, budaya dan aliran pendidikan sekolah sehingga

mengubah negara kita dari masyarakat berbilang bangsa

kepada satu bangsa, serta menukar pelbagai aliran sekolah

(4)

perpaduan rakyat dan mendatangkan malapetaka kepada

negara dan rakyat kita.

6. Walaupun Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahasa

pengantar utama bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan

Tamil masing-masing ialah bahasa Cina dan bahasa Tamil,

akan tetapi akta tersebut juga memperuntukkan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama bagi semua

institusi pendidikan di negara kita. Selama ini, kementerian

pelajaran mengambil pelbagai langkah yang cuba mengubah

bahasa pengantar sekolah jenis kebangsaan Cina dan ini

mendapat bantahan kuat dan meluas di masyarakat Cina.

Dong Zong mahu kerajaan memansuhkan kandungan akta

pendidikan dan langkah-langkah pendidikan yang

mengancam sekolah Cina dan Sekolah Tamil.

7. Sekolah Cina dan sekolah Tamil merupakan sebahagian

daripada sistem pendidikan negara kita. Walaupun begitu,

sekolah-sekolah Cina dan Tamil tidak mendapat layanan

yang adil dan mereka telah dipinggirkan selama

berpuluh-puluh tahun, terutamanya dalam aspek perguruan,

(5)

ini disebabkan oleh perlaksaan akta dan dasar pendidikan

yang bermatlamat untuk mengadakan sistem satu aliran

sekolah. Antara masalah utama yang dihadapi oleh sekolah

Cina dan sekolah Tamil termasuklah:

a) Masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina telah berlarutan lebih daripada 40 tahun dan masih

tidak diselesaikan hingga sekarang. Selain itu, guru-guru

yang tidak berkelayakan Bahasa Cina dihantar ke Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina untuk menjadi guru besar dan

guru penolong kanan pentabiran serta menjadi guru

beberapa mata pelajaran. Tindakan kementerian

pendidikan yang cuba mengubah bahasa pengantar utama

SJKC boleh menyebabkan SJKC kehilangan ciri-ciri

sekolah Cina, iaitu tidak mengguna bahasa Cina sebagai

bahasa pengantar dalam pengajaran, pembelajaran,

peperiksaan dan pentadbiran sekolah pada suatu hari nanti.

Oleh itu, masyarakat Cina berasa amat tidak puas hati dan

membantah kuat tindakan tersebut.

b) Walaupun Akta pendidikan 1996 menetapkan kerajaan

(6)

pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,

tetapi pada hakikatnya sekolah-sekolah ini tidak

mendapat layanan yang adil. Contohnya, lembaga

pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru SJKC masih

terpaksa menanggung sebahagian perbelanjaan gaji guru

sementara dan bayaran bil air dan elektrik sekolah yang

sepatutnya ditanggung oleh kerajaan.

Selain itu, pihak kementerian pelajaran melaksanakan

klasifikasi “sekolah bantuan penuh” dan “sekolah

bantuan modal” yang tidak termaktud dalam Akta

Pendidikan 1996 dengan tujuan menghadkan peruntukan

pembangunan SJKC dan SJKT.

Dalam setiap Rancangan Malaysia dan belanjawan

tahunan negara, SJKC dan SJKT selama ini hanya

mendapat sedikit peruntukan pembangunan sahaja,

layanan ini amat tidak adil dan tidak munasabah.

Contohnya, dalam Rancangan Malaysia ke-7 hingga ke-9,

SJKC hanya mendapat peruntukan 2.44% hingg 3.6%

sahaja daripada jumlah peruntukan pembangunan sekolah

rendah, manakala SJKT cuma mendapat 1.02% hingga

1.34%. (Rujuk Lampiran 1)

(7)

daripada masyarakat untuk membiayai perbelanjaan

pembangunan sekolah dan pembelian kelengkapan.

Kerajaan hanya memberi sedikit peruntukan sahaja atau

langsung tidak memberi peruntukan.

Contohnya, semasa mengumumkan Rancangan Malaysia

ke-9 (Tahun 2006-2010), kerajaan mengumumkan

sejumlah 4837.3 juta ringgit untuk pembangunan sekolah

rendah, tetapi SJKC hanya mendapat 174.34 juta atau

3.6% sahaja dan SJKT mendapat 64.84 juta ringgit atau

1.34%. Selepas rakyat membuat bantahan, kerajaan

hanya menambah sedikit peruntukan pembangunan

sahaja manakala masalah layanan tidak adil yang

dihadapi oleh SJKC dan SJKT masih berlaku dan tidak

diatasi.

c) Dalam Rancanga Malaysia ke-4 hingga ke-9, iaitu dari

tahuan 1981 hingga 2010, bilangan sekolah kebangsaan

telah bertambah sebanyak 1299 buah, sebaliknya sekolah

jenis kebangsaan Cina pula berkurangan sebanyak 16

buah dan sekolah jenis kebangsaan Tamil berkurangan 56

buah dalam tempoh 20 tahun tersebut.

(8)

kebangsaan Cina amat sukar mendapat kelulusan dan

selalunya diluluskan pembinaan beberapa buah SJKC

menjelang pilihanraya. Contohnya, permohonan

membina sebuah SJKC baru di Wangsa Maju sejak tahun

1990 hanya diluluskan menjelang pilihanraya tahun 2008.

Sekolah ini hanya mula dibina pada bulan April tahun

2012 dan dijangka siap pada tahun 2014. Proses ini

mengambil masa selama 24 tahun untuk membina sebuah

SJKC yang baru. Kos pembinaan sekolah itu ialah 15 juta

ringgit tetapi kerajaan hanya memberi 6 juta ringgit

sahaja. Selain itu, kerajaan tidak memberi tanah untuk

pembinaan sekolah itu dan tanah sekolah itu adalah

disumbang oleh pemaju.

Dong Zong mahu kerajaan menggubal dan melaksanakan

mekanisma pembinaan setiap aliran sekolah secara

sistematik dan kerajaan mestilah menaggung semua

perbelanjaan dan tanah yang diperlukan untuk pembinaan

SJKC dan SJKT.

8. Dong Zong menggesa parti-parti politik mengamalkan dasar

kepelbagaian kebudayaan dan pemikiran yang terbuka

(9)

semua aliran sekolah. Parti-parti politik hendaklah

mengumumkan pendirian mereka untuk memberi layanan

yang adil kepada semua aliran sekolah, khasnya dari segi

undang-undang, dasar, sistem dan langkah-langkah

pendidikan. Pendirian tersebut hendaklah dimasukkan ke

dalam agenda politik parti dan manifesto pilihanraya untuk

(10)

Lampiran 1: Peruntukan pembangunan yang diumumkan bagi setiap aliran sekolah rendah di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 hingga Ke-10 pada tahun 1991-2015 Rancangan Malaysia Perkara SK SJKC SJKT Jumlah RMK-6 (1991-1995) Peruntukan (RM) 1,133,076,000 (89.72%) 102,726,000 (8.14%) 27,042,000 (2.14%) 1,262,844,000 (100%) Bil. Murid (1991) 1,845,400 (72.98%) 583,218 (23.07%) 99,876 (3.95%) 2,528,494 (100%) RMK-7 (1996-2000) Peruntukan (RM) 1,027,167,000 (96.54%) 25,970,000 (2.44%) 10,902,000 (1.02%) 1,064,039,000 (100%) Bil. Murid (1996) 2,128,227 (75.30%) 595,451 (21.07%) 102,679 (3.63%) 2,826,357 (100%) RMK-8 (2001-2005) Peruntukan (RM) 4,708,800,000 (96.10%) 133,600,000 (2.73%) 57,600,000 (1.17%) 4,900,000,000 (100%) Bil. Murid (2001) 2,236,428 (76.04%) 615,688 (20.93%) 89,040 (3.03%) 2,914,156 (100%) RMK-9 (2006-2010) Peruntukan (RM) 4,598,120,000 (95.06%) 174,340,000 (3.60%) 64,840,000 (1.34%) 4,837,300,000 (100%) Bil. Murid (2006) 2,298,808 (75.74%) 636,124 (20.96%) 100,142 (3.30%) 3,035,074 (100%) RMK-10 (2011-2015) Peruntukan (RM) Tidak diumumkan Tidak diumumkan Tidak diumumkan Tidak diumumkan Bil. Murid (2011) 2,150,139 (75.41%) 598,488 (20.99%) 102,642 (3.60%) 2,851,269 (100%) Sumber:Soal-jawab di parlimen, laporan statistik Kementerian Pelajaran, buku Rancangan Malaysia dan laporan akhbar.

(11)

Lampiran 2: Perubahan bilangan sekolah bagi setiap aliran sekolah rendah dalam Rancangan Malaysia Ke-4 hingga Ke-9 (Tahun 1981-2010)

Rancangan Malaysia Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (Tahun) Bil. Sekolah Bil. Sekolah Bil. Sekolah

1981 4,549 1,307 579 1986 4,809 1,290 553 1991 5,001 1,289 543 1996 5,206 1,285 531 2001 5,466 1,285 526 2006 5,774 1,288 523 2011 5,848 1,291 523 RMK-4 (1981-1985) + 260 − 17 − 26 RMK-5 (1986-1990) + 192 01 − 10 RMK-6 (1991-1995) + 205 04 − 12 RMK-7 (1996-2000) + 260 0 05 RMK-8 (2001-2005) + 308 + 03 03 RMK-9 (2006-2010) (hingga Jan 2011) + 74 + 03 0 Jumlah (1981-2010) + 1,299 − 16 − 56

Referensi

Dokumen terkait

Mahasswa dwajbkan mendaftarkan matakulah bdang mnat yang akan dambl pada semester berkutnya ke Bagan Akademk sesua jadwal yang telah dtetapkan dalam kalender akademk MM FEB

Dalam pengertian saya, formasi sosial ialah masyarakat (sebagai proses) yang tersusun atas relas- relasi antarmoda produksi yang ada dengan satu moda produksi pokok

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, yaitu: faktor penentu yang digunakan penulis berbeda; range kompleksitas yang digunakan setiap penulis berbeda; dan faktor

Misalkan berlaku adil, baik untuk diri sendiri dan orang lain, tidak menindas atau melakukan kekerasan (Biasanya kita melakukan penindasan dan kekerasan terhadap kaum yg lebih

Selain adanya nilai ekonomis dalam merek, dapat dikualifikasikannya merek sebagai benda dengan melihat pada unsur-unsur benda yang terdapat dalam Pasal 499 KUH Perdata,

Hasil estimasi Regresi Data Panel menunjukan secara statistik Kredit Konsumsi berpengaruh positif terhadap Pertumbuhan Ekonomi, yaitu apabila Kredit Konsumsi meningkat maka

dapat di nikmati oleh masyarakat harus juga dapat diamati, dari segi bagaimana ia bekerja dan menghasilkan sesuatu yang baik, kemudahan dalam pelaksananaan