• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 10 KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR GEOGRAFI TINGKATAN 5 KSSM OLEH CIKGU NORAZILA KHALID SMK ULU TIRAM, JOHOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BAB 10 KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR GEOGRAFI TINGKATAN 5 KSSM OLEH CIKGU NORAZILA KHALID SMK ULU TIRAM, JOHOR"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 10 KESAN

KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM

SEKITAR

GEOGRAFI TINGKATAN 5 KSSM OLEH CIKGU NORAZILA KHALID SMK ULU TIRAM, JOHOR

(2)

Kesan Kegiatan

Ekonomi Terhadap

Alam Sekitar

(3)

Kepupusan

Kegiatan pembalakan, pertanian dan pembinaan menyebabkan pelbagai spesies flora dan fauna mengalami kepupusan.

Penebangan hutan menyebabkan kemusnahan habitat dan sumber makanan hidupan liar.

Pencemaran air akibat pencemaran sisa pepejal dan sisa toksik

menyebabkan kepupusan hidupan

akuatik. Badak Sumatera telah mengalami kepupusan

(4)

Pencemaran Alam Sekitar

Kegiatan pertanian yang menggunakan baja kimia, racun serangga dan

pembuangan tinja haiwan menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Kegiatan perindustrian menyebabkan pencemaran air berlaku hasil daripada pembuangan sisa toksik terus ke dalam sungai.

Pelepasan asap kilang menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

(5)

Perubahan Landskap

Perubahan landskap ialah pertukaran pandang darat fizikal sesuatu kawasan daripada persekitaran semula jadi

kepada persekitaran baharu akibat aktiviti manusia.

Kawasan hutan menjadi kawasan pertanian, pelancongan dan

perindustrian.

Kegiatan melombong bijih timah mewujudkan kawasan tasik bekas

lombong, tanih berpasir dan kawasan tandus.

(6)

Peningkatan Suhu Bumi

Peningkatan suhu bumi berlaku

akibat pertambahan gas rumah hijau seperti karbon dioksida (CO2),

karbon monoksida (CO), nitrogen oksida (NO2) dan metana (CH4).

Punca utama ialah gas daripada pembakaran bahan api fosil, asap kilang dan asap kenderaan.

(7)

Penipisan Lapisan Ozon

Klorofluorokarbon atau CFC merupakan

penyumbang utama dalam penipisan ozon

Bahan CFC sering digunakan dalam industri pembuatan penghawa dingin, aerosol dan peti sejuk

Penipisan lapisan ozon berlaku akibat pembebasan klorofl uorokarbon (CFC), karbon monoksida (CO) dan nitrogen oksida (NO2) ke atmosfera dari sektor

perindustrian. Klorofluorokarbon

(8)

Hakisan tanih

Kegiatan pertanian yang melibatkan penebangan pokok menyebabkan kawasan cerun bukit

terdedah, mudah terhakis dan tanih menjadi longgar kerana akar tidak dapat mencengkam tanih.

Tanah runtuh sering berlaku di lereng bukit akibat

pembinaan lebuh raya dan pembukaan kawasan

pertanian.

(9)
(10)

Menghuraikan Kesan Kegiatan

Ekonomi Terhadap

Alam Sekitar

(11)

Kesan Kegiatan

Pertanian Terhadap Alam Sekitar

Penerokaan Kawasan Hutan

Penggunaan Bahan Kimia

Aktiviti Pembuangan dan Pemprosesan Sisa Pertanian

(12)

Penerokaan Kawasan Hutan

Pembukaan kawasan pertanian seperti

ladang kelapa sawit memusnahkan habitat flora dan fauna yang menyebabkan

kepupusan pelbagai spesies tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Pelbagai spesies pokok berharga seperti meranti, keruing dan seraya semakin

berkurangan.

Spesies haiwan seperti harimau, orang utan dan badak sumbu semakin terancam.

(13)

Penerokaan Kawasan Hutan

Keseimbangan ekosistem hutan

terganggu kerana rantaian makanan terjejas.

Hakisan tanih dan tanah runtuh berlaku kerana permukaan tanah

terdedah dan tiada akar yang dapat mencengkam tanah.

(14)

Penerokaan Kawasan Hutan

Kegiatan pertanian pindah mengurangkan kesuburan tanih kerana tanih kekurangan nutrien.

Pembakaran hutan untuk tujuan pertanian menyebabkan jerebu dan pencemaran udara

Contohnya pembukaan kawasan

pertanian tanah tinggi di Lojing, Kelantan dan kegiatan pembalakan di Kalimantan, Indonesia telah memusnahkan kawasan hutan yang luas.

(15)

Penggunaan Bahan Kimia

Penggunaan baja kimia akan

menyebabkan pencemaran tanih yang boleh mengancam kesihatan manusia, haiwan ternakan dan

hidupan akuatik.

Racun serangga dan racun rumpai meninggalkan bahan toksik seperti zink dan plumbum menyebabkan berlaku pencemaran udara, air dan tanih.

Tanih menjadi berasid dan berlaku kemiskinan tanih.

Tanih menjadi kurang subur kerana kekurangan nutrien.

Contohnya penggunaan baja kimia dan racun serangga yang meluas di kawasan pertanian hawa sederhana di Cameron Highlands.

(16)

Aktiviti Pembuangan dan Pemprosesan Sisa

Pertanian

Sisa pertanian seperti jerami padi dan hampas kelapa sawit yang dilupuskan secara tidak terancang menyebabkan pencemaran udara dan air.

Sisa pertanian yang reput akan

menghasilkan gas metana yang menjadi gas rumah hijau.

Contohnya pembakaran jerami padi di daerah Nghe An, Vietnam.

(17)

Kesan Kegiatan Industri Pemprosesan dan

Pembuatan Terhadap Alam Sekitar

Pembinaan Tapak Perindustrian

Pembebasan Gas dan Habuk Kilang

Pembuangan Sisa Toksik

(18)

Pembinaan Tapak Perindustrian

Perubahan landskap berlaku apabila

kawasan hutan ditebang untuk membina kawasan perindustrian

Pembinaan infrastruktur, pengangkutan, telekomunikasi dan bekalan elektrik telah menghasilkan landskap baharu.

Contohnya pembinaan kawasan perindustrian petrokimia di Kerteh,

Terengganu dan Pulau Muara Besar, Brunei Darussalam.

Pulau Muara Besar, Brunei Darussalam.

Kerteh, Terengganu

(19)

Pembebasan Gas dan Habuk Kilang

Pembebasan gas dan habuk dari kilang menyebabkan pencemaran udara.

Udaradicemarigasberbahayasepertikarbon dioksida dan karbon monoksida

Pembebasan CFC menipiskan lapisan ozon dan meningkatkan kadar sinaran ultraungu ke bumi.

Kesihatan manusia terjejas disebabkan penyakit seperti kanser kulit, katarak mata dan asma.

(20)

Pembebasan Gas dan Habuk Kilang

Fenomena pulau haba telah menyebabkan peningkatan suhu dan menyebabkan

kawasan bandar menjadi lebih panas berbanding kawasan

luar bandar.

Hujan asid berlaku disebabkan pencemaran udara oleh gas karbon dioksida, karbon

monoksida dan sulfur dioksida.

(21)

Pembuangan Sisa Toksik

Pembuangan sisa toksik

mencemarkan air sungai dan boleh menyebabkan

kepupusan hidupan akuatik.

Pencemaran air

menyebabkan gangguan bekalan air domestik dan kesihatan manusia terjejas.

(22)

Kesan Kegiatan

Perlombongan Terhadap Alam Sekitar

Penerokaan Kawasan Sumber Mineral

Pembinaan Kawasan Industri dan Infrastruktur

Sisa Perlombongan

Pengangkutan Hasil Perlombongan

Tinggalan Lombong

(23)

Penerokaan Kawasan Sumber Mineral

Kerja-kerja perlombongan sumber

mineral boleh mengganggu ekosistem hutan, sungai dan laut.

Kemusnahan kawasan hutan

menyebabkan peningkatan suhu setempat dan haiwan liar diancam kepupusan.

Kerosakan cerun bukit akan

menyebabkan cerun tidak stabil dan boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

(24)

Penerokaan Kawasan Sumber Mineral

Pencemaran air boleh berlaku akibat aktiviti perlombongan bauksit dan bijih timah.

Terumbu karang rosak akibat aktiviti perlombongan petroleum dan

menyebabkan gangguan kepada ekosistem.

Contohnya perlombongan gas asli di Bintulu, Sarawak dan perlombongan

arang batu di Wilayah Guizhou, China.

(25)

Pembinaan Kawasan

Industri dan Infrastruktur

Kegiatan perlombongan telah menyebabkan perkembangan perindustrian, infrastruktur dan petempatan yang pesat

Perubahan landskap berlaku akibat

pembinaan kawasan industri dan infrastruktur.

Kawasan pantai menjadi kawasan industri petrokimia akibat perlombongan petroleum dan gas asli.

Contohnya perlombongan petroleum di Kerteh, Terengganu dan di Texas, Amerika Syarikat.

Texas Kerteh

(26)

Sisa Perlombongan

Pembuangan sisa perlombongan menyebabkan pencemaran air dan udara.

Sisa perlombongan bijih timah seperti kelodak masuk ke sungai dan menyebabkan sungai menjadi keruh.

Pengkuarian pula membebaskan habuk, debu serta gas sulfur dioksida dan karbon monoksida yang mencemarkan udara.

Contohnya perlombongan batu kapur di Tasek, Perak.

(27)

Pengangkutan Hasil Perlombongan

Pencemaran air dan tanah berlaku

disebabkan kemalangan atau tumpahan hasil perlombongan semasa

pengangkutan.

Sebagai contoh, air laut tercemar disebabkan perlanggaran kapal pengangkut minyak di laut.

Pengangkutan bauksit mengakibatkan

berlakunya pencemaran darat dan udara.

Contohnya perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.

(28)

Tinggalan Lombong

Kawasan bekas lombong

ditinggalkan selepas kehabisan sumber.

Kawasan tinggalan lombong akan menjadi kawasan tandus yang tidak sesuai untuk aktiviti pertanian.

Tasik terbentuk di kawasan lombong yang ditinggalkan.

Contohnya perlombongan bijih timah di Ipoh, Perak.

Perak

(29)

Kesan Kegiatan

Pelancongan Terhadap Alam Sekitar

Pembinaan Hotel dan Resort di Kawasan Pinggir Pantai

Pembuangan Bahan Kumbahan dan Sisa Makanan

Penerokaan Kawasan Tanah Tinggi

(30)

Pembinaan Hotel dan

Resort di Kawasan Pinggir Pantai

Hakisan pantai berlaku disebabkan pembinaan bangunan hotel dan resort serta sistem

pengangkutan.

Gangguan ekosistem disebabkan kerosakan ekologi pantai dan habitat hidupan.

Perubahan landskap daripada kawasan hutan pantai kepada landskap baru seperti bangunan hotel dan kolam renang.

Contohnya pantai Port Dickson, Negeri Sembilan dan pantai Daytona, Florida di Amerika Syarikat

pantai Daytona Port Dickson

(31)

Pembuangan Bahan Kumbahan dan Sisa Makanan

Pencemaran air laut dan sungai

berlaku disebabkan penyaliran sisa kumbahan dari hotel dan resort.

Pembuangan sisa makanan secara tidak sistematik mencemarkan air dan boleh mengancam hidupan akuatik.

Contohnya Pulau Pangkor di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia dan Pulau

Boracay di Filipina

Pulau Boracay Pulau Pangkor Pulau Bali

(32)

Penerokaan Kawasan Tanah Tinggi

Penerokaan hutan dikawasan tanah tinggi untuk membina hotel dan resort

menyebabkan kemusnahan kawasan hutan.

Kemusnahan hutan boleh menyebabkan peningkatan suhu setempat.

Perubahan landskap akan berlaku

daripada bentuk muka bumi tanah tinggi yang mempunyai hutan kepada kawasan gondol yang dipenuhi dengan

pembinaan bangunan.

(33)

Penerokaan Kawasan Tanah Tinggi

Kejadian tanah runtuh berlaku akibat kurangnya akar pokok untuk mencengkam tanah.

Pencemaran air berlaku

apabila sungai menjadi cetek dan berkelodak.

Contohnya di Bukit Tinggi,Pahang.

(34)

Usaha Mengurangkan Kesan Kegiatan

Ekonomi Terhadap

Alam Sekitar

(35)

Usaha Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

Penguatkuasaan Undang-undang

Kempen Kesedaran Alam Sekitar

Pendidikan Alam Sekitar

Penggunaan Teknologi Hijau

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Kitar Semula

Penghutanan Semula

(36)

Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

Dilakukan sebelum kegiatan ekonomi dijalankan di sesuatu kawasan aktiviti pembalakan,

pembinaan resort dan pembinaan infrastruktur.

Membolehkan impak ke atas alam sekitar dikenal pasti dan langkah- langkah kawalan dapat

dilaksanakan.

(37)

Penguatkuasaan Undang-undang

Dapat mengurangkan kesan buruk

kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.

Antara undang-undang yang

dikuatkuasakan di Malaysia ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta

Perhutanan Negara 1984 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Buangan Industri) 1979.

Agensi penguatkuasaan undang-undang ialah Jabatan Alam Sekitar dan Pihak

Berkuasa Tempatan.

(38)

Kempen Kesedaran Alam Sekitar

Dijalankan untuk menyedarkan orang ramai agar tidak mencemarkan alam sekitar.

Kempen dianjurkan oleh badan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS),

Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan.

Kempen juga dijalankan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM), Tabung Alam Sedunia (WWF) dan Malaysian Nature Society (MNS).

Kempen kesedaran alam sekitar juga disebarkan melalui media sosial dan Internet.

(39)

Pendidikan Alam

Sekitar

Dapat mewujudkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan usaha memelihara alam sekitar.

Pendidikan boleh dilaksanakan bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Pendidikan Alam Sekitar diintegrasikan ke dalam subjek-subjek tertentu di sekolah.

(40)

Penggunaan Teknologi Hijau

Teknologi hijau ialah teknologi yang mesra alam dan kurang

mencemarkan alam sekitar

Contohnya penggunaan teknologi hijau termasuklah penggunaan

sumber tenaga boleh baharu seperti tenaga suria dan penggunaan jentera biodiesel yang kurang mencemarkan alam sekitar

(41)

Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D)

Dijalankan untuk menghasilkan

teknologi yang tidak mencemarkan alam sekitar

Contohnya Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan kajian untuk

menghasilkan baja organik dan kaedah biologi dalam pertanian.

(42)

Kitar Semula

Bertujuan menjimatkan penggunaan sumber seterusnya mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Contohnya kitar semula tin

aluminium dan barangan logam dapat menjimatkan penggunaan logam serta mengelakkan

kepupusan sumber.

(43)

Penghutanan Semula

Kawasan hutan yang diteroka dalam kegiatan pembalakan ditanam

semula dengan pokok baharu yang bermutu tinggi dan cepat tumbuh

Penanaman semula pokok selepas aktiviti pembalakan dapat

mengurangkan hakisan dan menjamin bekalan kayu-kayan pada masa depan.

(44)

TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

◦ Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai

pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dengan cara membantu usahawan PKS untuk berdaya maju dan tidak mempunyai cagaran untuk mendapatkan

mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895..

• Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16.. • Kerajaan ini lahir selepas berakhirnya Kesultanan Melayu

Pembekal/vendor  Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada

• Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan.. • Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan

• Usahawan perlu mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti, memilih tempat yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan, menetapkan harga yang sanggup

 Kulat saprofit dan bakteria saprofit merupakan mikroorganisma utama yang menjalankan penguraian bahan organik daripada pereputan organisma yang mati dalam ekosistem.  Kulat