• Tidak ada hasil yang ditemukan

Disediakan oleh: AMIRA BINTI ZAINUL ABIDIN NORSHAFILA BINTI AZMI NOR AMANU BINTI YUNUS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Disediakan oleh: AMIRA BINTI ZAINUL ABIDIN NORSHAFILA BINTI AZMI NOR AMANU BINTI YUNUS"

Copied!
85
0
0

Teks penuh

(1)

Disediakan oleh:

AMIRA BINTI ZAINUL ABIDIN

NORSHAFILA BINTI AZMI

NOR AMANU BINTI YUNUS

(2)

Pra Sejarah Malaysia

• Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama „Perak Man‟ atau „Orang Tampan‟.

• Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.

• Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

(3)

Ukiran-ukiran yang terdapat di dalam sebuah gua

di Tambun, Perak yang dianggarkan dilukis pada tahun 3000 SM.

(4)
(5)

Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan

menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca.

(6)
(7)

Lukisan purba di Gua Badak,

(8)

Gua Madai, Sabah

Gua Balambangan, Sabah

(9)

Gua Tempurung

Lakaran ini merupakan plan komunis untuk membunuh pembesar British iaitu Sir Henry Gurney dan plan mereka

berjaya apabila Henry Gurney di bunuh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.

(10)

AMIRA BINTI ZAINUL ABIDIN

NORSHAFILA BINTI AZMI

NOR AMANU BINTI YUNUS

(11)

PENGENALAN

• Artifak : sebarang benda yang dibuat atau

diubahsuai oleh manusia misalnya tembikar tanah,

arca, manik, pecahan porselin, pecahan tembikar,

damar, anak panah, alat batu, gendang dan

gangsa.

• Ekofak : hasil tinggalan aktiviti manusia yang

dapat dilihat dalam bentuk kulit siput, sisa tulang

binatang, flora dan fauna, dan bekas pembakaran.

• Fitur : objek atau mana-mana data yang tidak

boleh dipindahkan dan berada kekal ditempatnya

seperti bekas saluran air, struktur candi, struktur

bangunan, dan makam. Kebiasaannya bukti fitur

yang ada hanya dilukiskan semula ataupun

(12)

• Kawasan-kawasan penting yang memiliki

data artifak, ekofak dan fitur ini misalnya :

• Perak yang terdapat di gua Gunung Runtuh

di Lembah Lengong dan Kota Tampan.

• Terengganu terdapat di gua Batu Tok Bidan

di gunung Bewah.

• Di Sarawak terdapat di sekitar gua Niah dan

gua Kain Hitam.

(13)

• Dalam keadaan tidak ada rekod bertulis

maka data artifak sangat penting dapat

membantu menentukan usia sesebuah

masyarakat dan seterusnya membantu

menjelaskan sejarah awal Malaysia.

• Walaupun kebanyakan artifak yang ada

adalah daripada batu dan gangsa tetapi ia

tidak bermaksud bahan buatan daripada

material yang lain tidak wujud.

(14)

• Di Semenanjung Malaysia jumpaan artifak

menunjukkan bahawa manusia telah menduduki

seawal-awal 74,000 tahun yang lalu melalui

jumpaan di Gua Gunung Runtuh, Perak.

• Manakala jumpaan di Gua Niah pula membuktikan

manusia telah menduduki kepulauan Borneo

seawal-awal 40,000 tahun yang lalu.

• Justeru, bermula daripada utara Semenanjung

Tanah Melayu hingga ke Sabah dan Sarawak

telah ada bukti-bukti yang menunjukkan aktiviti

manusia zaman lampau.

(15)

• Mereka tinggal di gua-gua dan memperoleh

makanan melalui aktiviti berburu. Mereka

memasak makanan di dalam gua dan

kadang-kadang mengkebumikan mayat di

tempat yang sama.

• Pada zaman Neolitik antara artifak yang

dijumpai ialah alat pemotong makanan,

pemukul batu, cincin atau gelang, mangkuk,

periuk dan kapak.

(16)

• Jumpaan lain misalnya alat pengetuk batu

(Nut Craker) yang digunakan memotong

makanan.

• Artifak zaman Mesolitik turut dijumpai

misalnya batu yang pipih dan simetri pada

kedua-dua sisinya untuk kegunaan harian.

• Batu kelikir ini dipercayai untuk kegunaan

harian misalnya memotong makanan oleh

manusia zaman awal.

(17)

• Penemuan tembikar ini menunjukkan bahawa

mereka telah mahir membuat sendiri

tembikar berasaskan bahan-bahan tempatan.

• Selain itu jumpaan yang agak menarik di Gua

Cha meliputi artifak berbentuk cincin atau

gelang (bracelit) yang diperbuat daripada

batu.

• Di Gua Niah melalui ekpedisi Tom Harrison,

turut dijumpai banyak tingalan seramik yang

dipercayai untuk tujuan kehidupan harian.

(18)

• Pada zaman Paleolitik, alat-alat utama yang

digunakan untuk berburu, memotong, atau

memepertahankan diri diperbuat daripada batu.

• Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk

membantu mereka meneroka sumber alam sekitar.

• Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat batu sungai

dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai

alat pemotong kapak.

• Terdapat juga alatan yang memiliki pemegang.

Peralatan yang digunakan lebih mengutamakan fungsi

untuk memenuhi keperluan hidup manusia semasa

(19)

• Selain jumpaan di Perak dan Gua Cha,

terdapat juga jumpaan lain yang meliputi era

Mesolitik seperti kepala kapak empat segi

bujur, pisau di sungai Tembeling; dan juga

pinggan, piring, ketul batu pengasah dan

periuk tanah liat di Gua Cha dan di Perak.

• Jumpaan pisau tembeling menunjukkan telah

wujud daya pemikiran tinggi, misalnya

rekacipta barangan daripada tanah liat dan

telah melapah daging menggunakan pisau

(pisau tembeling).

(20)

PENEMUAN ARTIFAK

• Muzium Perak

– Ditubuhkan pada 1883 dan siap sepenuhnya

pada 1886

– Muzium Perak adalah muzium tertua yang

dibina khas untuk mengumpulkan dan

mempamerkan pelbagai koleksi bahan

sejarah, artifak, spesimen flora, fauna dan

sosio budaya masyarakat di tanah Melayu.

Muzium Arkeologi Lenggong adalah

muzium Prasejarah Pertama di Malaysia

yang dibina di kawasan tapak Paleolitik

75,000 tahun seluas 8.16 ekar.

(21)
(22)
(23)

• Muzium Sarawak

– Satu daripada tengkorak manusia tertua di

dunia telah dijumpai dan dikelilingi oleh arang

yang berusia 40,000 tahun.

– Ia merupakan penemuan terawal dan

merupakan homo sapiens pertama dijumpai

di Selatan Asia.

– Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut

adalah tempat pengebumian Neolitik yang

menempatkan 166 tapak pengkebumian.

(24)

Penemuan terawal homo sapien

Tengkorak berlekuk yang terdapat di Lobang Kuala. Contoh tertua HOMO SAPIENS yang pernah ditemuai di Asia Tenggara.

(25)

Seramik

• Delta Sungai Sarawak merupakan tapak

utama di mana ribuan serpihan seramik

telah ditemui dan digali semenjak 1948.

• Kebanyakannya bertarikh antara kurun ke

11 hinggalah 13M.

• Serpihan ini dipercayai berasal dari

negara China dan sebahagiannya dari

Thailand, Vietnam, Jepun dan Eropah.

(26)

• Mangkuk yang mempunyai bibir tebal

dengan tapak yang kecil, tebal dan rata

serta mempunyai bulatan dasar kecil,

kedua-dua belah tidak berglasir - Dinasti

Song.

(27)

• Seramik terawal yang dijumpai dan digali

adalah daripada bahagian barat mulut

Gua Niah.

• Seramik-seramik ini berupa tempayan

atau bekas yang tidak berukir, botol dan

bekas yang berbentuk bundar. Kesemua

barangan tembikar ini kasar buatannya,

diperbuat menggunakan tangan, keras

dan dibakar dengan api sederhana.

• Menurut kajian oleh Barbarra Harrison,

kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan

dengan upacara pengebumian neolitik

iaitu sebagai bekas untuk pembakaran

mayat ataupun sebagai cenderamata

pengebumian.

(28)
(29)
(30)

• Adalah menjadi tradisi lama komuniti

Melanau sekiranya salah seorang

daripada mereka meninggal dunia, simati

akan diberikan pakaian dan dibaringkan di

ruangan rumah.

• Satu pinggan biru dan putih diletak di

bawah kepalanya, sementara pinggan

seramik diletakkan di bawah kedua-dua

tangan dan kakinya.

• Berhampiran dengan si mati diletakkan

objek-objek tembaga dan seutas manik

purba diikat pada pergelangan tangan

mayat.

(31)

• Beberapa hari kemudian, mayat tersebut

dibawa keluar daripada rumah itu dan

disimpan di ruang khas untuk jangkamasa

yang minimum dalam tahun yang sama.

• Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan

ke dalam sebuah tempayan besar.

• Manakala yang lain seperti pinggan,

mangkuk dan manik dikebumikan

bersama-sama dengan tempayan

tersebut.

(32)
(33)

• Gendang Dong Son (Dusun) berusia 300

tahun sebelum masihi yang juga terdapat

di Tanah Melayu, Jawa dan tempat-tempat

lain di sekitar Nusantara.

• Pentarikhan Radiokarbon menunjukkan

asal-usul gendang tembaga/gangsa ini

didahului oleh gendang di Vietnam dan

berasal dari Tamadun Dong Son di

(34)

Patung gangsa Dong Son

bertarikh 500 tahun sebelum

masihi.

(35)

CONTOH ARTIFAK LAIN

• Sekeping dinar emas zaman

Parameswara, yang harga pasaran

(36)

Keris tradisional yang diikat dengan

rehab

(37)

• Pedang Samurai terhebat pernah dicipta

menggunakan 12 jenis besi.

• Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang

meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta

oleh seorang Melayu bernama Sang Guna

terperanjat apabila mendapati ia dicipta

(38)
(39)

Teko “aneh” yang digunakan oleh pelayaran

Laksamana Chang Ho

(40)

200 rangka manusia dari Gua Niah,

Sarawak

(41)
(42)

• Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu yg

bertarikh 1303 TM

(43)

RUJUKAN

http://resam-

melayu.com/2010/06/pengumpul-artifak-melayu-khazanah-warisan-bangsa.html

http://ayobhussin.com/melayupurba/asal_

usul_melayu_terus_dikaji.htm

http://ujid.tripod.com/history/990323artifakr

aub.html

http://petikanbuku.blogspot.com/2009/04/a

rtifak-tanahair-di-luar-negara.html

(44)

Seni Peribumi

•Jah~Hut

•Mah Meri

•Pua Kumbu

(45)
(46)

Pengenalan

• Jah Hut ialah satu suku kaum

orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia.

• Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2,442 dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000 orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

(47)

• Antara kampung-kampung

ini termasuk Kg.Pos

Penderas dan Kampung

Keboi di dalam

hutan

tropika

yang terletak di

daerah Jerantut, Pahang.

• Kampung Seboi merupakan

salah satu kampung yang

terkecil antara

penempatan-penempatan

orang Jah Hut dengan

hanya kira-kira 100 orang.

• Orang Jah Hut tinggal di

rumah gaya Melayu yang

dibina di atas

kaki bajang.

(48)

Bahasa Jah Hut

• Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai “bahasa Jah-hut" dan merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa . • Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut'

bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan.

• Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya . Loghat-loghatnya

termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, , Ulu Ceres (Cheres), dll.

(49)

Kepercayaan

• Raja

• Panglima

• Batin

• Pawang

• Menteri

• Poyang(pengamal

perubatan)

• 7 semangat roh dalam

diri.

• 1) Semangat orang

• 2) S.angin

• 3) S.Hantu

• 4) S.rusa

• 5) S.Khinzir

• 6) S.lalat

• 7) S.Hiblis

(50)

Kegiatan ekonomi

• Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. • Kegiatan pengukiran kayujuga

diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber

pendapatan untuk orang Jah

Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan

keagamaan mereka.

• Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak

(51)

Seni Pengukiran Kayu

Jah-hut

• Suku kaum ini memang terkenal dengan ukiran-ukiran

kayu(arca).

• Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud

dari segi kepercayaan,mistik,keagamaan,lagenda,serta

menggambarkan kehidupan mereka.

• Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura

haiwan dan manusia serta alam ghaib seperti hantu.

• Ukiran(arca) akan dinamakan dengan karektor

masing-masing kebanyakkannya hantu.

• Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan

sahaja.

(52)

Senarai nama tokoh pengukir kayu

suku kaum JAH-HuT

1. Along b Hitam

2. Ayau b Bandak

3. Batin Hitam b Wahi

4. Bujai b Ali

5. Jatim b Bani

6. Kassim b Wahi

7. Menteri Bani b Wahi

8. Puteh b Debos

9. Salleh b Kahang

10. Gaga b Pandak

(53)

Jenis-jenis kayu

1. Merbau

2. Cengal

3. Tembusu hutan

4. Sena

5. Merpati

6. Kemuning

7. Rhu bukit

8. Raja kayu

9. Arang

10.Rengas

(54)
(55)
(56)

BAPAK DAN ANAK PAKAI CHAWAT

(57)
(58)
(59)
(60)
(61)

SEJARAH

• Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahasa Mah Meri disebut "bersisik".

• Kaum Mah Meri (Mah=manusia,penduduk,orang, Meri= hutan), asalnya dikenali sebagai Besisi, juga memanggil diri mereka Ma Betisek , yang bermaksud, “manusia bersisik ikan".

• Mereka juga dikenali sebagai Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan.

• Mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

• Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi.

(62)

• Jumlah Orang Asli Mah Meri hanyalah kira-kira 1,000 orang

sahaja yang tinggal di kawasan-kawasan tertentu di

sepanjang pantai Negeri Selangor termasuk Pulau Carey.

• Kebanyakan Orang Asli Mah Meri adalah nelayan dan

sejumlah besar dari mereka juga mempunyai bakat mengukir

kayu.

• Terdapat kira-kira 25 individu yang tinggal di Kampung

Bumbun dan Kampung Kurau menghasilkan ukiran patung

Mah Meri yang terkenal apabila mereka tidak turun ke laut.

• Selain dari beberapa ukiran yang mereka hasilkan untuk

kegunaan mereka sendiri, para pengukir ini menghasilkan

sejumlah kecil ukiran kayu yang indah berdasarkan tempahan

yang diterima dari pengumpul seni ukiran yang ada di

(63)

SENI UKIRAN KAYU

• Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan

beribadat atau untuk disembah.

• Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya

menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk

berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud

di dalam alam semulajadi.

• Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya

menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk

berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud

di dalam alam semulajadi.

• Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau

semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas

pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara

(64)

• Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh

(Anchor Spirit) dipercayai berpengaruh

ke atas keselamatan para nelayan

ketika mereka turun ke laut.

• Moyang Sauh yang digambarkan dalam

ukiran Mah Meri mempunyai bentuk

seakan-akan seekor ikan atau naga laut

menjadikannya sebuah ukiran yang

kelihatan menyeramkan namun sangat

indah pada masa yang sama.

(65)
(66)

• Untuk memastikan para nelayan

selamat pulang, bomoh Mah Meri

akan menghasilkan ukiran

Moyang Sauh dan mengadakan

satu upacara di tepi pantai

dengan menyediakan pulut kuning

dan makanan yang lain sambil

meminta pertolongan Moyang

Sauh agar nelayan mereka

selamat di laut hinggalah mereka

pulang ke darat.

• Ukiran serta makanan tersebut

kemudiannya ditinggalkan di tepi

laut setelah upacara tersebut

(67)

• Ukiran Moyang Puting Beliung (Tornado

Spirit) pula ialah semangat yg menjaga

bumbung rumah mereka dari diterbangkan

angin bila berlaku ribut.

• Moyang Naga (Colossal Dragon Spirit)

pula dipercayai menyebabkan gempa

bumi dengan setiap pergerakannya.

(68)

Harimau Berantai

• Kaum Mah Meri percaya ukiran patung

Harimau Berantai melambangkan jeimaan

semula semangat harimau.

• Dalam dongeng Mah Meri, harimau

ditangkap dan dibunuh menggunakan

perangkap Dewi Besi.

• Semangatnya akan kembali membunuh

orang yang menjerat harimau

menggunakan perangkap yang sama.

• Oleh itu, kaum Mah Meri terlebih dahulu

akan mendapatkan restu daripada

semangat ini sebelum mereka memasang

perangkap dawai besi.

(69)

• Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan

yang penting dalam usaha mereka untuk

menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit

perut dan penyakit yang berkaitan dengan

pembuangan air kecil.

• Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli

keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan

ukiran kayu yang melambangkan roh atau

semangat yang dipercayai berpengaruh ke

atas penyakit tersebut.

• Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh

mereka yang akan menjalankan upacara bagi

„mengalihkan‟ penyakit tersebut dari pesakit

kepada ukiran kayu itu dan kemudian

membuangnya ke laut atau ke dalam hutan,

lalu secara simboliknya „mengeluarkan‟

(70)

• Keindahan ukiran ini

terserlah bukan

sahaja pada alunan

urat kayu nyireh

(nyireh batu dan

nyireh bunga) yang

indah atau warna

kayu yang menarik

tetapi juga pada

rekabentuk ukiran itu

sendiri yang ringkas

tetapi sungguh

anggun serta

membawa makna di

dalam budaya kaum

Mah Meri.

Nyireh Bunga

(71)

• Kayu Nyireh Batu lebih keras tetapi ia lebih

bersinar dan berkilauan.

• Kayu Nyireh Bunga kebiasaannya digunakan

untuk membuat ukiran topeng dan permainan.

• Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran

pengukir yang menghasilkannya, kepakaran

pengukir untuk membentuk kayu ini serta

keunikan mutu kerja pengukir tersebut.

• Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan

masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.

(72)

SENI ANYAMAN

• Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman

juga memainkan peranan yang penting

dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi

kaum wanita Mah Meri.

• Sebelum mereka dianggap layak untuk

berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri

perlu menguasai kemahiran menganyam

pelbagai jenis barangan seperti bakul

memburu, bekas simpanan, tikar serta

perhiasan upacara.

(73)

FESTIVAL NENEK MOYANG

• Masyarakat Mah Meri juga terkenal dengan Festival Nenek

Moyang yang bertujuan untuk menyeru semangat roh nenek

moyang mereka.

• Penari Mah Meri akan memakai topeng berukir dan anyaman

cantik dari daun mengkuang dan nipah.

• Mereka ini selalu mempersembahkan tarian bedasarkan

dongeng Moyang Naga.

• Semasa perayaan ini, mereka akan menari dengan iringan

muzik dan masyarakat Mah Meri akan berkumpul di kampung

dengan memakai topeng untuk memuji moyang mereka.

• Sambutan bermula dari awal pagi dan sampai ke kemuncak

perayaan pada pukul 9-10 pagi.

• Tiada yang akan keluar bekerja pada hari itu dan sambutan

berhenti selepas pukul 1 petang kerana mereka percaya

bahawa roh-roh nenek moyang telah pergi.

(74)

PENGUKIR

Pion anak Bumbong

• Anak jati Kampung Orang Asli Pulau

Carey.

• Beliau adalah dari kalangan

masyarakat Mahmeri yang

mengusahakan kraf ukiran kayu

dengan membuat ukiran topeng dan

patung hampir 40 tahun.

• Seni ukiran ini telah diwarisi sejak turun

temurun dari nenek moyang beliau.

• Keunikan hasil rekaan patung dan

topeng yang dihasilkan oleh beliau

adalah dari ukiran tangan dan tidak

(75)

Layon anak Bumbong

• Beliau adalah salah seorang

Orang Asli Mah Meri – salah

satu suku kaum Orang Asli

yang tinggal di Semenanjung

Malaysia.

• Layon yang berusia 54 tahun

terkenal dengan ukiran yang

dinamakan ‟Buai Latep‟ sambil

dan handal membentuk ukiran

yang terbaik daripada bongkah

kayu.

• Buai latep merupakan salah

satu dari pelbagai bentuk

permainan tradisional yang

telah digunakan oleh kaum

Mah Meri sejak dahulu lagi.

(76)

• Tetapi, buai latep adalah lebih dari sekadar

sebuah permainan ianya juga melambangkan

cabaran serta dugaan hidup terutamanya di

antara lelaki dan wanita.

• Cara untuk menyelesaikan permainan

tersebut adalah sama dengan cara

menyelesaikan masalah dalam kehidupan

yang memerlukan kesabaran, tumpuan serta

berfikir secara kreatif kerana selalunya

masalah kehidupan bukanlah begitu mudah

untuk diselesaikan.

(77)
(78)

Pengenalan

• Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai

tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak.

• Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'.

• Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. • Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau

coklat tua.

• Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan

panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. • Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan

Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.

(79)

Motif-motif Pua Kumbu

Motif Engkeramba

• Gambaran figura roh yang dikenali

sebagai engkaramba ditenun dengan

teknik ikat.

• Motif ini dipercayai berkuasa

menghalang bencana atau kuasa jahat

daripada menyerang tanam-tanaman

dan penghuni rumah panjang.

• Biasanya, motif engkeramba hanya

boleh ditenun oleh anak dan isteri

ketua rumah panjang sahaja.

• Ini adalah kerana mereka benar-benar

mahir menenun cara ikat.

(80)

Motif Fauna

• Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga.

• Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi).

• Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka.

• Motif ular pula tidak ditenun dengan

sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu.

(81)

• Motif katak pula ditenun

dengan gaya seperti

manusia.

• Menurut kepercayaan

kaum Iban, selampai

iaitu roh perempuan

sering menjelma sebagai

katak. Selampai

dikatakan mempunyai

(82)

• Motif harimau dan tikus kesturi sering

dikarang dalam bentuk abstrak.

• Dipercayai orang yang memakai kain

tenunan ini dianugerahkan keberanian.

• Burung pula dikatakan pembawa alamat

baik. Kain yang mempunyai motif burung

dipercayai boleh menyembuhkan penyakit

dan mendatangkan kekayaan dalam apa

pekerjaan.

• Motif rusa pula mendatangkan kejayaan

atau tuah semasa berburu.

• Motif-motif serangga seperti labah-labah,

kunang-kunang, kala jengking dan lipan

sering dimasukkan dalam tenunan pua.

(83)

Motif Flora

• Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan,

pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan.

• Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.

(84)

Proses Pembuatan

Cara Ikat

• Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada

beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut.

• Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuat beberapa kali mengikut corak dan warna yang diingini.

• Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman dan merah bata.

• Apabila proses mewarna sudah selesai,

benang-benang kapas itu dikeringkan. Setelah benang-benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka.

Kemudian benang itu ditenun.

• Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak.

• Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.

(85)

Cara Pilih

• Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang itu dikeringkan.

• Setelah kering, benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang yang diwarnakan, benang-benang kosong iaitu benang-benang yang tidak bewarna juga digunakan.

• Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain. Dengan itu

Referensi

Dokumen terkait

sederhana yang membentuk batas dari suatu daerah. di

Dengan diturunkannya porsi kelas aset saham pada portofolio dan masih ada ketidakpastian dalam pasar obligasi, otomatis porsi kas dalam portofolio akan bertambah dalam jangka

Wanea Kota Manado, anggota tim Res narkoba Polda sulut melakukan penangkapan terhadap terdakwa dan saat dilakukan pemeriksaan terhadap terdakwa ditemukan 1

Hal ini kemungkinan disebabkan karena kenaikan konsentrasi STPP yang cenderung kecil dan selang waktu lama perendaman yang relatif singkat sehingga tidak dapat

Dimensi duniawi yang dimaksud adalah sejalan dengan konsep pemikiran para ahli pendidikan, yakni menekankan bahwa proses belajar-mengajar hendaknya mampu menghasilkan ilmu

Bapak dan Ibu Staff pengajar dan karyawan/karyawati Program Studi Diploma 4 Keselamatan dan Kesehatan Kerja Fakultas Kedokteran Universitas Sebelas Maret Surakarta, Mba Eros, Mba

Self-efficacy tidak muncul begitu saja dalam diri seseorang, Hjelle dan Zeigeier (1992) seperti dikutip Chamariyah (2015:24) menjelaskan bahwa self- efficacy diperoleh

MArkó iMre leHel körülbelül 1955-ig gyűjtötte, az ige a kiskanizsai gyermekjátékokról szóló dolgozatában sem szerepel mint a szóban forgó játék neve, viszont