• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian kes terhadap fenomena delinkuen dalam kalangan remaja berisiko di sebuah sekolah menengah agama Kelantan, Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kajian kes terhadap fenomena delinkuen dalam kalangan remaja berisiko di sebuah sekolah menengah agama Kelantan, Malaysia"

Copied!
57
0
0

Teks penuh

(1)PM. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. R. IG. H. T. U. KAJIAN KES TERHADAP FENOMENA DELINKUEN DALAM KALANGAN REMAJA BERISIKO DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA KELANTAN, MALAYSIA. ©. C. O. PY. MOHD NURI BIN MUSTAFA. FPP 2017 25.

(2) PM. IG. H. T. U. KAJIAN KES TERHADAP FENOMENA DELINKUEN DALAM KALANGAN REMAJA BERISIKO DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA KELANTAN, MALAYSIA. Oleh. ©. C. O. PY. R. MOHD NURI BIN MUSTAFA. Tesis Ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Doktor Falsafah. Julai 2017.

(3) PM. Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hakcipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hakcipta. Penggunaan kemersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. Hakcipta © Universiti Putra Malaysia.

(4) Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Oleh. Profesor Turiman Suandi, PhD Pengajian Pendidikan. H. Pengerusi: Fakulti :. T. Julai 2017. U. MOHD NURI BIN MUSTAFA. PM. KAJIAN KES TERHADAP FENOMENA DELINKUEN DALAM KALANGAN REMAJA BERISIKO DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA KELANTAN, MALAYSIA. R. IG. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes untuk memahami fenomena delinkuen dalam kalangan remaja yang berisiko di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok bachok. Enam belas orang responden telah dipilih untuk memperolehi data yang berkaitan dengan fenomena tersebut.. ©. C. O. PY. Sebelum ini kajian mengenai fenomena delinkuen telah banyak dilakukan oleh pelbagai pihak bagi tujuan untuk memahami fenomena tersebut. Sebahagiannya telah cenderung membuat penyelidikan terhadap delinkuen berkaitan dengan psikologi. Mereka juga telahpun menghasilkan pelbagai dapatan dari kajian yang dijalankan itu. Sekalipun, pelbagai dapatan telah diperoleh, perbincangan dari aspek psikologi itu masih memerlukan suatu perbincangan yang lebih luas skopnya terutaman yang melibatkan pengaruh kecerdasan emosi, kesejahteraan psikologi dan penghayatan agama kerana ianya amat jarang digunakan secara kolektif oleh pengkaji tempatan. Begitu juga dengan perbicaraan yang luas skopnya seperti pengaruh persekitaran yang dilihat sebagai tidak memberi fokus terhadap tunjang permasalahan delinkuen. Maka dalam kajian ini pengkaji akan mencari pemahaman terhadap teori Ekologi Bronfenbrenner bahawa dalam lingkungan manakah pemusatan pengaruh tersebut paling mudah dan terdekat dalam mempengaruhi remaja yang delinkuen. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa kajian mengenai delinkuen ini masih perlu dibincangkan lagi untuk menghasilkan pemahaman yang sebenar terhadap delinkuen. Maka, dalam kajian ini pengkaji akan memberi tumpuan secara mendalam bagi menjawab persoalan tentang perlakuan delinkuen, punca delinkuen dan juga aspek penghayatan Agama.. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa perlakuan delinkuen yang mencatatkan kes paling tinggi di sekolah ini adalah mencuri dan lompat pagar. Kes yang kedua tertinggi adalah merokok dan buli, dan kes yang paling rendah adalah menonton video lucah dan pukul- memukul. Sementara itu, faktor yang mendorong pelajar terlibat i.

(5) U. PM. dengan fenomena ini boleh dibahagikan kepada tiga faktor iaitu faktor kendiri, faktor sosioemosi dan juga faktor persekitaran. Tidak Berdisiplin, Rendah penghargaan kendiri, Kurang Daya Tahan Diri, Perlu Bimbingan, Lemah daya kepimpinan, Kurang Daya Usaha, Tiada Kesedaran Emosi Diri, Lemah Kawalan Emosi Kendiri, Kelemahan Memotivasikan Diri, Tiada Kesedaran Potensi Diri adalah antara faktor yang berkaitan dengan kendiri, manakala faktor sosioemosi adalah seperti Tekanan Perasaan, Bertindak Secara Agresif dan Kemesraan Bersama Rakan Sebaya. Faktor persekitaran pula ialah Pengaruh Rakan Sebaya dan Pengaruh Keluarga. Selain itu, kurangnya penghayatan agama terutamanya dari aspek keyakinan, mengikut hawa nafsu dan tidak suka kepada nasihat agama juga mendorong kearah delikuensi. Dari aspek amalan pula, mereka menunjukkan bahawa membuat amalan agama secara terpaksa dan bertindak secara jahil telah mendorong kepada masalah ini.. IG. H. T. Hasil dapatan yang diperoleh menggambarkan bahawa perkembangan psikologi dan pengaruh persekitaran yang tidak sihat itu telah menyebabkan remaja di SMKA. Tok Bachok menghadapi masalah dalam membentuk personaliti mereka. Hasil kepincangan dalam pembentukan keperibadian tersebut telah menimbulkan pelbagai implikasi terhadap diri dan persekitaran mereka. Antara implikasi itu adalah menimbulkan permasalahan terhadap pembentukan keperibadian, penghayatan agama, kecemerlangan SMKA dan juga persekitaran SMKA.. ©. C. O. PY. R. Maka cadangan yang disarankan diharap dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan belia remaja negara. Ia dimulakan dengan pemahaman terhadap peranan dan tanggungjawab menjaga kesempurnaan kemanusiaan. Di samping itu menstrategikan penjagaan itu melalui sebuah model pendidikan iaitu Tindakan Pencegahan (Preventive), Tindakan Menyekat dan Menghalang (Repressive), Tindakan Pemulihan (Curative Or Rehabilitation). Bagi mengukuhkan lagi usaha pembentukan keperibadian remaja tersebut, maka satu usaha pemerkasaan terhadap badan dakwah disemua peringkat perlulah dilakukan dengan segera.. ii.

(6) Abstract of thesis presented to the Senate of Univesiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy. PM. A CASE STUDY ON DELIQUENCY AMONG RISKY TEENAGERS IN A RELIGIOUS SCHOOL, KELANTAN, MALAYSIA. U. By. MOHD NURI BIN MUSTAFA. H. Professor Turiman Suandi, PhD Educational Studies. IG. Chairman: Faculty:. T. July 2017. R. This qualitative case study was done to understand the juvenile delinquency among students at risk of being delinquents in religious school which is Sek. Men. Keb. Agama Tok Bachok. Sixteen students were selected as respondents for this research.. ©. C. O. PY. Previous studies were conducted by researchers to understand the above phenomenon. Some of the researches focused on psychological aspects of delinquency. From the findings discovered, further discussion on larger scope was seen to be important to be discussed especially in terms of the influence of emotional intelligent, psychological wellbeing and also religion practices as these factors are rarely used collectively among the researchers. However, environmental impact was seen to bring small influence on juvenile delinquency. Thus, this study focused to understand Ecology Bronfenbrenner theory to investigate the significant influence which affecting teenagers at most. Due to this fact, it is proven that study on juvenile delinquency is important to be discussed in order to improve the understanding of the phenomenon. This study will be highlighted on types of delinquency, factors that might lead to the delinquency and also religious aspects of delinquents.. The findings from this research shows that highest case of delinquency in this school is stealing and hurdling from school fence. Secondly, delinquents that involves in smoking and bullying and small cases reported to be watching pornography and beating. Factors which might lead to these problems can be categorized into three conditions which are individual, socio-emotion and environmental. Factors such as undisciplined, low self- appreciation, low self- resilience, lack of guidance, lack of leadership, lack of effort, lack of emotional consciousness, lack of self- control emotion, as well as lack of self- motivation and lack of self- potential are related to iii.

(7) PM. individual influence to delinquency. Meanwhile, socio- emotion factors are found to be depression, aggressive behaviour and also friendship value. Last but not least, environmental impact such as peer pressure and family pressure are also believe to give contributions to the delinquency. In addition, lack of confidence and faith towards religion by not practicing a good way of religious action will eventually expose the teenagers to become delinquents.. U. Data shows that students in this school having problem with their personality development due to the depraved psychological development and bad environmental influences. Result from this flaws is seen to give various implications towards the students and their surroundings. For the students, they are unable to develop good personality and good religion appreciation and the school will be affected in terms of school excellence and the environments.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. Hence, it is recommended that this research to bring benefits to the nations especially youth generation. This can be started by comprehending the responsibilities and roles of each individual in maintaining the humanity. Besides, education model namely preventive, repressive and rehabilitation need to be implemented to make the planning successful. Thus, the authorization of religious body should be taken into fast action to reinforce efforts on the development of the teenagers.. iv.

(8) PENGHARGAAN. PM. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi S. W. T. kerana dengan izinnya tesis ini berjaya disiapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w kerana ajaran yang dibawanya telah menjadi panduan kepada seluruh umat manusia.. T. U. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya Bahagian Biasiswa yang telah menaja pengajian ini sehingga berjaya. Tidak lupa juga terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan pengetua SMKA Tok Bachok kerana membenarkan penulis membuat kajian di sekolah tersebut. Seterusnya terima kasih kepada semua pengetua tempat penulis bekerja yang telah memberi peluang untuk mengikuti pengajian ini.. R. IG. H. Begitu juga dengan Jawatankuasa Penyelia saya, iaitu Prof Dr. Turiman Bin Suandi (Pengerusi), Prof. Dr Azimi Bin Hj. Hamzah, dan Prof Madya Dr. Ismi Arif bin Ismail yang begitu dedikasi membantu penulis semenjak dari mula sehinggalah tesis ini dapat disiapkan. Disamping itu buat para pensyarah dan pemeriksa yang telah membantu penulis dapat mengutip banyak mutiara ilmu dari mereka semasa mengikuti kelas dan viva yang telah dijalankan.. PY. Sekalung ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan program Doktor Falsafah dan Master di UPM yang menjadi tempat perbincangan dalam menyelesaikan masalah pengajian. Termasuk juga rakan-rakan di Pejabat Ikram Serdang yang telah memberi kemudahan asrama untuk bermalam semasa berlangsungnya pengajian ini.. ©. C. O. Akhir sekali, tesis ini tidak akan berjaya sekiranya tanpa pengorbanan daripada isteri tersayang Puan. Noor Azizun Bt Muhammad, serta anak-anak, Effa Raihani, Husna Syamiliah, Hanaa Mursyida, Bushra Amali, Aisyatul Yusra, Nusratul Hijriyah, Multazim, Wajdi dan Ahmad Taufeeqi yang sentiasa memberikan inspirasi dan dorongan serta mendoakan kejayaan penulis. Hanya inilah sahaja dapat diabadikan: "Ribuan Terima Kasih". Mohd Nuri Bin Mustafa No. Matrik: GS30721. v.

(9) ©. T. H. IG. R. PY. O. C. U. PM.

(10) Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatan Kuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:. U. PM. Turiman Bin Suandi, PhD Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi). H __________________________ ROBIAH BINTI YUNUS, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh:. ©. C. O. PY. R. IG. Ismi Arif Bin Ismail, PhD Profesor Madya Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli). T. Azimi Bin Hj. Hamzah, PhD Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli). vii.

(11) Perakuan Pelajar Siswazah. IG. H. T. U. PM. Saya memperakui bahawa:  Tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli  Setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas;  Tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain samada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain  Hak milk intelek dan hakcipta adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia, mengikut kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan 2012)  Kebenaran bertulis daripada penyelia dan pejabat timbalan naib canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan 9 dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam kaedahkaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan 2012)  Tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan intergriti ilmiah telah dipatuhi mengikuti kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia ( Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelididkan) 2012. Tesis telah diimbaskan dengan perisian pengesan plagiat.. R. Tandatangan: _________________ Tarikh:________________________. ©. C. O. PY. Nama dan No. Matriks: Mohd Nuri Bin Mustafa (GS 30721). viii.

(12) Perakuan Ahli Jawatan Kuasa Peneyeliaan. PM. Dengan ini, diperakukan bahawa:  Penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami;  Tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Univesiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-1013 telah dipatuhi.. H. T. U. Tandatangan:______________________ Nama Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan: Profesor Dr. Turiman Bin Suandi. R. IG. Tandatangan: ______________________ Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan: Profesor Madya Dr. Ismi Arif Bin Ismail. ©. C. O. PY. Tandatangan:______________________ Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan: Profesor Dr. Azimi Bin Hj. Hamzah. ix.

(13) KANDUNGAN. PM. Muka Surat i iii v vi viii xiii xiv xv. U. ABSTRAK ABSTRACK PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN. 6 7 10 10 11 12 13 15 15 16 16 16 18 19 19. SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.1.1. Fenomena Delinkuen 2.1.2. Remaja Awal Belia 2.1.3 Tingkah Laku Berisiko. 21 23 25 26. H. PENDAHULUAN 1.1. Latar Belakang Kajian 1.1.1 Profil Daerah Bachok 1.1.2 Profil Sekolah 1.2. Latar Belakang Masalah 1.3 Delinkuen Di SMKA 1.3.1. Domain Penghayatan Dan Amalan Individu Remaja Di SMKA 1.3.2. Masalah Moral Dan Agama di Sekolah Aliran Agama 1.3.3. Kejadian Buli Di SMKA 1.3.4. Di SMKA Naim 1.3.5. Di SMKA Tok Bachok 1.3.6. Rumusan 1.4. Pernyataan Masalah 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Persoalan Kajian 1.7 Skop dan Limitasi Kajian 1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Fenomena 1.8.2 Delinkuen 1.8.3 Sekolah Menengah Kebangsaan 1.8.4 Kecerdasan Emosi 1.9 Ringkasan. ©. C. O. PY. R. IG. 1. T. BAB. 2. x. 1 3 3 4 5 6.

(14) 2.7. PM. METODOLOGI KAJIAN 3.1. Pendahuluan 3.2. Kaedah Kajian 3.3. Reka Bentuk Kajian 3.4. Sumber Data Kajian 3.5. Pemilihan Responden 3.6. Instrumen Kajian 3.7. Cara Pengumpulan Data 3.8. Kesahan Data Kajian 3.9. Tatacara Analisis Data. 53 54 54 55 56 58 58 62 66. DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Profil Responden 4.3 Analisis Data 4.3.1. Fenomena Delinkuen di SMKA 4.3.2. Punca Perlakuan Delinkuen A. Faktor Keperibadian B. Faktor Sosioemosi C. Faktor Persekitaran 4.3.3 Data Penghayatan Agama A. Aspek Keyakinan B. Aspek Amalan 4.4 Ringkasan. 69 69 72 72 80 80 97 104 108 108 111 113. PY. R. IG. 3. ©. C. O. 4. 27 27 29 31 31 33 36 37 39 40 42 43 44 45 48 48 49 50 51 51. U. 2.6. T. 2.5.. 2.1.4 Pembangunan Belia Positif Model Delinkuen Model Individu Teori Kaitan Masalah Peribadi 2.4.1 Personaliti 2.4.2 Psikologi 2.4.3 Biologi 2.4.4 Hati Model Persekitaran 2.5.1 Pengaruh Keluarga 2.5.2 Pengaruh sekolah 2.5.3 Pengaruh Guru 2.5.4 Pengaruh Rakan Sebaya 2.5.5 Pengaruh Media Kerangka Konsep 2.6.1 Model Kesempurnaan Individu Dalam Islam 2.6.2 Model Kesejahteraan Psikologi Ryff 2.6.3 Model Kecerdasan Emosi Goleman 2.6.4 Teori Bronfenbrenner Ringkasan. H. 2.2. 2.3. 2.4.. xi.

(15) PERBINCANGAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 5.2 Perbincangan 5.3 Faktor Delinkuen 5.3.1 Faktor Kendiri 5.3.2 Faktor Sosioemosi 5.3.3 Faktor Persekitaran 5.4 Kesimpulan 5.5 Implikasi Kajian 5.5.1 Keperibadian 5.5.2 Penghayatan Agama 5.5.3 Kecemerlangan SMKA 5.5.4 Persekitaran SMKA 5.6 Kesimpulan 5.7 Cadangan 5.7.1 Peranan Pembangunan Belia Positif 5.7.2 Jangkaan Peranan Individu 5.7.3 Strategi Pembanguan Belia Positif 5.7.4 Model Pendidikan 5.7.5 Pemerkasaaan Badan Dakwah 5.7.6 Peranan Pendidik 5.8 Ringkasan. 115 115 117 118 135 139 141 143 143 144 145 146 148 148 148 150 152 160 162 163 164. ©. C. O. PY. R. BIBILIOGRAFI LAMPIRAN BIODATA PELAJAR PENERBITAN. IG. H. T. U. PM. 5. xii. 165 185 208 209.

(16) SENARAI JADUAL. U. ©. C. O. PY. R. 1.6 1.7 1.8 2.1 2.2 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6. T. 1.3 1.4 1.5. H. 1.2. Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik Bagi Jajahan Bachok, Kelantan Jumlah Enrolmen Pelajar Pusat Pengajian Menengah Bagi Jajahan Bachok, Kelantan Peratus Enrolmen Mengikut Daerah Skor Domain Pelajar Mengikut Jenis Sekolah Peratusan Responden Yang Bermasalah Bagi Setiap Item Masalah Moral Dan Agama Mengikut Nilai Tertinggi Kejadian Buli Di Smka, Serawak Kekerapan Jenis Tingkah Laku Buli Kejadian Salah Laku Di SMKA Tok Bachok, Kelantan Statistik kes juvana yang dilaporkan 2006-2010 Statistik Masalah Moral Remaja Jadual Pungutan Data Peringkat Pertama Jadual Pungutan Data Peringkat Kedua Profil Responden (Pelajar) Profil Responden (Pentadbir HEM) Profil Responden (Guru Disiplin) Profil Responden (Guru Kaunseling) Profil Responden (Ibubapa) Jadual Data Kes Delinkuen SMKA. Tok Bachok. IG. 1.1. Muka Surat. xiii. 3. PM. Jadual. 4 4 6. 7 8 8 10 22 23 59 60 69 71 71 71 71 79.

(17) SENARAI RAJAH Rajah. 52 52 53 57 143. PM. Kerangka Konsep Kerangka Teori Kerangka Metodologi Proses Temuramah Responden Ringkasan Dapatan Data Tingkah Laku Delinkuen. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. 2.1 2.2 3.1 3.2 5.1. Muka Surat. xiv.

(18) SENARAI SINGKATAN. R. IG. H. T. U. PM. Rancangan Malaysia Non Government Organisation Jabatan Perdana Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Agama Rakyat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Sijil Pelajaran Malaysia Badan Dakwah dan Redaksi Jabatan Pendidikan Negeri Kolej Islam Sultan Alam Shah Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Sekolah Menengah Agama Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Jabatan Kebajikan Masyarakat Unit Rawatan Rapi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Emotional Quotient Office of Juvenile Justice and Delinquency Prevention Program Latihan Khidmat Negara Institusi Pengajian Tinggi General Health Questionair Video Compact Disc Federation of Malaysian Consumers Associations Educational Plan And Research Development Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia Indeks Belia Malaysia Alcohol and Other Drug. ©. C. O. PY. RM NGO JPM KPM SMKANL SMKA SAR PMR SPM BADAR JPN KISAS SBP SABK SMK SMT/V SMA SMAKJ JKM ICU PIPP EQ OJJDP PLKN IPT GHQ VCD FOMCA EPRD IPPBM IBM AOD. xv.

(19) BAB 1. 1.1. PM. PENDAHULUAN. Latar Belakang kajian. IG. H. T. U. Selaras dengan era globalisasi kini, Malaysia sedang berusaha ke arah memupuk ‘Minda Kelas Pertama’ dalam kalangan rakyat iaitu masyarakat yang berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral sejajar dengan agenda utama negara. Kerana Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun setanding dengan negara membangun yang lain dari segi ekonomi, infrastruktur dan pendidikan sebagai mana yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Ke sembilan (Badawi, 2006). Manakala dalam Rancangan Malaysia Ke sebelas (RMKe-11) pula, iaitu dalam tahun 2016 hingga ke tahun 2020, kerajaan juga akan meneruskan agenda menghasilkan modal insan. Tumpuan akan dilakukan bagi membentuk tenaga modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global. Usaha dipergiatkan untuk membangunkan modal insan melalui saluran pendidikan belia, terutamanya di pusat-pusat pengajian untuk melahirkan individu-individu berketerampilan yang mampu meneruskan arus pembangunan pada hari ini melalui tempoh rancangan tersebut.. PY. R. Tanggungjawab terhadap pembangunan belia di sekolah dan beberapa institusi pendidikan tinggi di bawah Kementerian Pendidikan, ia digerakkan melalui kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum. Namun begitu masih terdapat pelbagai saluran pendidikan lain yang memfokuskan kepada pembangunan belia. Antaranya, Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan agensi utama dalam melaksana program belia dengan berpandukan kepada Dasar Belia Negara. Terdapat pelbagai program pembangunan belia, yang meliputi kepimpinan dan kemahirannya, kesihatan, keusahawanan, sukan dan kebudayaan termasuk juga pencegahan dan pemulihan. Di samping itu, sektor swasta dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga terlibat dengan aktif dalam mengadakan program pembangunan belia (JPM: RMK 7, 2005).. ©. C. O. Bagi remaja awal belia, kebanyakkannya mereka dibangunkan melalui pendidikan formal. Kerana keciciran remaja yang tidak belajar masih sedikit iaitu 9.42 peratus (KPM: 2006-2011) berbanding dengan remaja yang masih dibangku sekolah. Oleh itu pendidikan formal diberi tumpuan di sini. Kerana pembangunan modal insan yang sempurna melalui pendidikan formal akan membentuk sahsiah yang tinggi dalam kalangan remaja dan akan membantu meningkatkan pencapaian akademik (Wardatul Aishah & Nooraini, 2014). Di samping itu, pendidikan formal bukan sahaja mampu membentuk keilmuan anak didik dari kalangan remaja sahaja, bahkan pendidikan tersebut mampu membimbing mereka menjadi pemimpin yang akan menerajui negara ini.. Bagi mengukuhkan lagi pendidikan itu kemudahan infrastruktur dan guru yang terpilih juga disediakan, diharapkan institusi tersebut dapat membentuk remaja yang bersahsiah baik dan cemerlang dalam pencapaian keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah 1.

(20) PM. Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lantaran itu, latar belakang akademik, remaja yang menyambung pengajiannya di sekolah SMKA kebanyakannya golongan pelajar lulusan Sekolah Kebangsaan yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR dari seluruh negeri.. H. T. U. Di institusi pendidikan seperti SMKA, para pelajarnya sentiasa didedahkan melalui Badan Dakwah dan Redaksi (BADAR) dengan penghayatan Islam yang sebenar. Maka, SMKA di samping mementingkan akademik, remaja juga memberi perhatian terhadap keperluan rohani mereka melalui aktiviti keagamaan yang dirancang. Kerana berdasarkan al-Quran jasad manusia yang tidak mendapat didikan rohani yang baik akhirnya akan mengundang kepada kehidupan yang malapetaka (Surah Taha: 124). Oleh sebab itu remaja tersebut perlu diislahkan agar mereka mendapat didikan yang lebih sempurna. Justeru, BADAR bukan sahaja berperanan sebagai sebuah organisasi yang menyampaikan dakwah, malah skop peranannya lebih dari itu. BADAR juga merupakan sebuah badan yang banyak membantu dan menyumbang kepada insitusi pendidikan dalam mendidik, menyedar serta membimbing para remaja ke arah penghayatan Islam yang syumul.. PY. R. IG. Dari sudut iklim institusi pendidikan agama seperti SMKA diyakini ramai pengkaji seperti Mahidin (1998), (Fathiah, 2005), Ahmad Zabidi (2006) dan Kamarul Azmi et.al. (2010) bahawa ianya memainkan peranan yang besar bagi membantu pembentukan sahsiah belia remaja di pusat pengajian tersebut. Lantaran itu, Jabatan Pelajaran Negeri telah mulai sedar keperluan iklim yang berlaku di pusat pengajian agama itu perlu dibawa masuk ke pusat pengajian kebangsaan biasa melalui siaran program “Iklim Dini” ini (JPN Kedah 2010, JPN Kelantan, 2013). Di sini, ia menggambarkan bahawa institusi pendidikan yang berkesan tidak tercapai sekiranya tidak wujud iklim keagamaan atau “iklim dini”, terutamanya jika ramai warga pusat pengajian itu sama ada belia remaja, tenaga pengajar dan kakitangannya adalah beragama Islam.. ©. C. O. Memang, di pusat pengajian SMKA warganya secara keseluruhan adalah beragama Islam. Pemupukan untuk memperkukuhkan ajaran Islam kepada remaja di situ terbuka luas untuk mereka. Kecemerlangan yang telah dicapai disamping penerapan nilai agama dilakukan akan nampak lebih mantap lagi kejayaan itu. Pada dasarnya pandangan ini sesuai dengan pandangan Rosnani (dalam Ali Mohammed, 2002) yang mengatakan bahawa sesebuah pusat pengajian bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana warganya kuat dengan pegangan agama Islam serta berusaha untuk membawa pusat pengajian berkenaan ke puncak kejayaan. Namun sejauh manakah peranan warga pusat pengajian tersebut telah memainkan peranannya.. Menurut kajian yang ada sebelum ini seperti Mahi Din (1998), Dziauddin (1999), (Fathiah, 2005), Ahamad Zabidi (2006), masing-masing memperakui aspek keagamaan adalah sumber kejayaan SMKA. Diperjelaskan lagi dengan KISAS (sebuah sekolah yang berfalsafahkan SMKA) menunjukkan bukti suasana keagamaan yang ada boleh membentuk kecemerlangan pelajar (Berita Harian, 2009). Namun begitu, pandangan yang terdapat sebelum ini adalah berdasarkan situasi semasa yang belum mengambil kira perubahan sahsiah remaja yang berlaku. Kini, suasana itu telah berlaku perubahan 2.

(21) yang menunjukkan SMKA telah terpias dengan gejala yang kurang menyenangkan oleh pihak yang ada kepentingan dengan tempat itu, terutamanya ibubapa. Beberapa keterangan yang berkaitan akan dinyatakan dalam topik yang berikutnya.. Profil Daerah Bachok. PM. 1.1.1. U. Daerah Bachok merupakan satu daerah di luar bandar persisiran pantai di negeri Kelantan. Sebelum memahami kedudukan populasi kajian adalah terlebih baik mengenali dahulu lokasi kajian kerana kebanyakan penduduknya terdiri dari petani dan nelayan. Dari segi pembangunan daerah ini juga amat perlahan berbanding dengan daerah lain. Kawasan ini tiada sumber pendapatan yang boleh mengangkat taraf sosio ekonomi mereka.. IG. H. T. Penduduk daerah Bachok sebilangan besar adalah kaum Bumiputera dari kalangan bangsa Melayu dan Siam. Jumlah kaum Bumiputera termasuk Kaum Melayu dan Siam dianggarkan dari segi peratusannya adalah sebanyak 98%. Manakala kaum Cina peratusannya adalah sebanyak 1%. Adapun kaum India terlalu sedikit jumlahnya kurang dari 1% berbanding dengan penduduk yang bukan warga. Keadaan ini memberi gambaran bahawa kemunduran yang berlaku adalah ditanggung oleh kaum Bumiputera Melayu yang besar majoritinya sebagai penduduk di sini. Jadual 1.1 adalah menjelaskan statistik tahun 2014 yang menunjukkan jumlah penduduk di daerah ini mengikut etnik.. Jajahan. R. Jadual: 1.1: Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik Bagi Jajahan Bachok, Kelantan Cina. India. Lain. Bukan Warga. Jumlah. 123,743. 1,279. 29. 413. 812. 126,350. Bumiputera. PY. Melayu. BACHOK. Bumi Lain 74. Sumber: Jabatan Statistik 2014. Profil Sekolah. O. 1.1.2. ©. C. Mengikut enrolmen pelajar yang merupakan golongan remaja yang sedang menuntut di pusat pengajian luar bandar adalah adalah sebanyak 89%. Bezanya sangat tinggi dibandingkan dengan pusat pengajian di bandar yang hanya sebanyak 11% sahaja. Namun jika difokus pada pusat pengajian agama adalah sebanyak 7 % dari jumlah keseluruhan pusat pengajian luar bandar. Manakala pusat pengajian jenis agama milik kerajaan pusat yang menjadi lokasi kajian ini adalah sebanyak 5%. Walaupun pusat pengajian ini menerima pelajar dari pelbagai daerah, namun sebahagian besarnya mewakili daerah bachok sebanyak 60%.. 3.

(22) Jadual 1.2: Jumlah Enrolmen Pelajar Pusat Pengajian Menengah Bagi Jajahan Bachok, Kelantan Lokasi. Sek Menengah Kebangsaan. Enrolmen Lelaki. Perempuan. Bandar. 1,005. 976. Jumlah. Jumlah Lokasi. 1,736. 1,736. PM. Jenis Pusat Pengajian. Luar Bandar. 5,845. 6,092. 11,937. Sek Menengah Agama (R). Luar bandar. 177. 92. 269. Sek Menengah Teknik. Luar Bandar. 379. 220. Sek Menengah Jenis Agama. Luar bandar. 287. 437. 724. U. Sumber: Data Hrmis 2011, Kpm. 13,529. 599. Daerah Peratus. Peratus Enrolmen Mengikut Daerah Bachok 60%. Kota Bharu. Pasir Puteh. 25 %. 10 %. Tumpat 3%. Lain-lain 2%. R. Jadual 1.3:. IG. H. T. Sekalipun pusat pengajian ini terletak di daerah Bachok ia bukan sahaja menempatkan para belia remaja yang belajar di situ dari daerah Bachok sahaja. Bahkan terdapat juga belia remaja dari daerah lain ditempatkan di sini. Namun, secara majoritinya adalah terdiri dari kalangan remaja penduduk daerah Bachok. Jumlah remaja tempatan yang berada di pusat pengajian ini adalah sebanyak 60%. Keadaan tersebut dianggap boleh menggambarkan bahawa apa yang berlaku adalah mewakili penduduk setempat.. Sumber: Data SMKA. Tok Bachok 2014. Latar Belakang Masalah. PY. 1.2. ©. C. O. Masalah gejala sosial telah dipaparkan semenjak dari dulu lagi. Menurut Sabitha & Mahmood (1995) paparan media setiap hari menyiarkan salah laku remaja berlaku di pusat pengajian, perlakuan yang yang serius melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perlakuan itu akhirnya mendorong pelbagai gejala sosial seperti bohsia, bohjan, lari dari rumah dan bersekedudukan. Masalah tersebut cukup dibimbangi dan merunsingkan ibubapa. Abd. Rahim (2000) turut mengakui bahawa apa yang berlaku dibimbangi oleh ibubapa dimana masalah sosial kian berlaku dalam kalangan pelajar semasa di sekolah atau asrama. Kejadian seperti itu ada yang berkaitan dengan sekolah terdapat dalam pelbagai bentuk seperti gengster, membuli, mencuri, merokok, ponteng sekolah, ingkar terhadap arahan guru dan melanggar disiplin. Bahkan, ada yang terlibat dengan jenayah dalam bentuk yang lebih luas (Selamat et al., 2004). Perlakuan itu asalnya terjadi dari sekecil-kecil perkara iaitu seperti ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya sehingga berlaku suatu kejadian yang lebih serius lagi (Azizi et al., 2010).. Keadaan tersebut turut menjadi masalah juga kepada pihak pentadbir pusat pendidikan, kerana masalah sosial yang berlaku itu sedikit sebanyak merosakkan perkembangan 4.

(23) PM. sahsiah para pelajar. Hasil dari perkembangan itu menyebabkan sebahagian pelajar telah dihukum oleh pihak sekolah samada digantung, bahkan, ada yang dibuang sekolah, kerana terlibat dalam perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah. Sehingga ada ibubapa pelajar yang tidak berpuas hati terhadap tindakan tersebut (Selamat et al., 2004).. IG. H. T. U. Walaupun senario di atas berlaku di luar pusat pendidikan, namun banyak juga kejadian masalah disiplin didedahkan melibatkan remaja di sekolah atau asrama institusi pendidikan. Lebih jelas lagi, masalah tersebut ada yang berkaitan dengan gengster, membuli, mencuri, merokok, ponteng sekolah, ingkar arahan sekolah, ingkar peraturan sekolah. Bahkan, ramai yang terlibat dengan jenayah dalam bentuk yang lebih luas (Abd. Rahim dalam Selamat et al., 2004) yang secara umumnya sangat berleluasa di sekolah menengah biasa. Malah, angka kegiatan jenayah berat yang melibatkan golongan remaja yang tamat persekolahan pula mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus kepada 2,011 kes berbanding hanya 849 kes dicatatkan pada 2012. Berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes. Kategori jenayah berat ini turut dikaitkan dengan remaja bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun yang sebahagian besar mereka adalah pelajar yang masih dibangku sekolah. Angka direkodkan turut meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol (Harian Metro, 2015).. O. PY. R. Kini, dalam pemerhatian pengkaji terdapat masalah disiplin itu berlaku juga ke atas remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Kerana melihat kepada realiti insan yang mempunyai nafsu, memang masih perlu pihak pengurusan institusi tersebut memantau kegiatan dan perilaku remaja, khususnya akhlak mereka yang perlu sentiasa dinasihati dan dibimbing. Berdasarkan kajian yang ada (di bawah) menunjukkan iklim dan kecemerlangan SMKA yang sedia ada mungkin boleh terurai. Terdapat dalam kajian Zulkifli dan Azrinawati (2006) menunjukkan bahawa, masyarakat terkejut dengan beberapa perlakuan buruk remaja di Sekolah Menengah Agama. Memang menjadi persoalan kerana semua tahu bahawa para pelajar tersebut sentiasa ada terlibat dengan program Islam, namun masih lagi melakukan perbuatan yang tak baik.. 1.3. Delinkuen di SMKA. ©. C. Kewujudan delinkuen di SMKA dikesan melalui penyelididkan yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik yang lalu seperti Selamat et al. (2004) dalam masalah moral di SMAKJ, Zulkifli dan Azrinawati (2006) dalam keganasan di SMA, Mahadi (2007) dalam masalah buli di SMKA Serawak dan Sarimah et al. (2011) dalam penghayatan akhlak, amalan sosial dan penghayatan agama di SMKA Johor. Namun gejala tersebut masih minimum jika dibandingkan dengan sekolah menengah biasa.Walau bagaimanapun, kewujudan delinkuen di SMKA telah menjadi satu kerisauan terhadap perkembangannya yang berlaku. Kerana SMKA adalah salah satu sekolah yang menjadi “benchmark” kepada sekolah-sekolah lain dalam kementerian pendidikan. Contohnya SMKA. Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Oleh sebab itu ia perlu berada pada tahap sifar daripada gejala yang tidak dingini.. 5.

(24) 1.3.1. Domain Penghayatan dan Amalan Individu remaja di SMKA. Skor Domain Pelajar Mengikut Jenis Sekolah. 348.78 330.71 321.51 278.09. Amalan Sosial 401.11. Amalan Agama. 358.45 309.62 317.54 285.45. 377.37 348.88 306.29 261.90. 379.83. IG. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Sumber: GJAT. Sarimah et al. (2011). Penghayatan Akhlak 385.62. T. Jenis Sekolah. H. Jadual 1.4:. U. PM. Terdapat dalam kalangan pengkaji menyatakan bahawa tahap disiplin dan penghayatan agama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berada pada tahap cemerlang. Mengikut kajian Sarimah et al. (2011) satu perbandingan telah dibuat mengenai tahap penghayatan akhlak, amalan sosial dan penghayatan amalan agama. Kajian itu dilakukan di sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia di Selangor. Dapatan telah menunjukkan bahawa Amalan Penghayatan remaja pelajar sekolah menengah untuk lima kategori sekolah iaitu SMKA, SBP, SABK, SMK dan SMT/V yang merupakan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Domain skor min paling tinggi dalam penghayatan akhlak Islam iaitu sifat peribadi bagi remaja-remaja berkenaan adalah sebagaimana berikut:. PY. R. Dapatan yang ditunjukkan oleh Sarimah et al. (2011) dalam Jadual 1.4 menggambarkan bahawa SMKA masih dapat mengekalkan kedudukannya yang paling tinggi dari segi penghayatan individu. Sejauh manakah kedudukan itu dapat dikekalkan ia masih perlu dikaji secara berterusan. Perkara ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapat gambaran terkini mengenai perubahan yang telah berlaku ke atas remaja di SMKA. Lebih-lebih lagi lokasi SMKA yang berbeza-berbeza kedudukannya sudah tentu akan berbeza juga situasinya. Ancaman-ancaman luar yang terkini mungkin ada juga mempengaruhi individu-individu tersebut yang menyebabkan berubah juga situasi remaja di SMKA.. Masalah Moral dan Agama di Sekolah Aliran Agama. O. 1.3.2. ©. C. Bagi memahami kedudukan sebenar mengenai data yang dijelaskan perlu juga dibawa daripada sorotan fakta yang lalu, tentang kedudukan sebenar pelajar aliran agama ini. Gambaran pertama disorotkan di sini, dari kajian Selamat Hashim et al. (2004) terhadap situasi pelajar SMA kerajaan Johor di Kluang. Beliau telah menunjukkan nilai peratusan bagi masalah moral dan agama adalah 47.87%. Nilai tersebut jika dirumuskan menunjukkan masalah penghayatan agama adalah merupakan masalah yang sederhana dalam kalangan remaja SMAKJ ini. Kedudukan setiap item yang menunjukkan peratusan yang tinggi dapat dibuktikan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang biasa dalam kalangan remaja. Kerana ada remaja yang berada di situ kadangkala susah untuk menyesuaikan diri dengan cara kehidupan beragama di sini.. 6.

(25) PM. Beberapa dapatan menunjukkan bahawa 58% sahaja daripada keseluruhan pelajar yang masuk ke sini atas minat sendiri. Dimana, hampir 50% daripada remaja sekolah ini keberadaan mereka di sini bukanlah di atas minat sendiri. Perkara ini boleh menyebabkan punca utama berlakunya masalah akhlak dalam kalangan pelajar yang belajar di sekolah agama ini.. T. U. Selain daripada itu terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam masalah akhlak iaitu sikap berbohong yang tidak dimaksudkan dan daripada 20 masalah akhlak yang ada perkara ini dianggap sebagai masalah utama. Ia menunjukkan nilai adalah sebanyak 92.67%. Sikap yang menunjukkan kejujuran yang tidak kena pada tempat adalah kedua tertinggi iaitu 92.49. Rasa bersalah dengan kelakuan diri menduduki tempat ketiga iaitu sebanyak 88.59. Tidak takut terhadap balasan tuhan adalah yang paling rendah iaitu hanya 2.39%. Berdasarkan kenyataan itu ditujukkan dalam jadual berikut.. Jadual 1.5: Peratusan Responden Yang Bermasalah Bagi Setiap Item Masalah Moral Dan Agama Mengikut Nilai Tertinggi Item Kadang-kadang berbohong tapi tidak bermaksud demikian Kadang-kadang merasa tidak sejujur seperti yang sepatutnya Merasa bersalah Tidak boleh melupakan kesalahan yang saya lakukan Terganggu dengan perkara buruk yang dilakukan oleh rakan-rakan lain 6 Ragu-ragu menyatakan yang mana betul yang mana salah 7 Mempunyai sesuatu tabiat buruk tertentu 8 Ragukan terhadap beberapa soal agama yang pernah saya dengar 9 Terlibat dalam kesusahan (trouble) 10 Ragu apa yang terjadi kepada orang lain apabila mereka mati 11 Kurang kebolehan mengawal diri 12 Terganggu dengan fikiran mengenai syurga dan neraka 13 Tidak selalu ke Masjid / gereja / tokong / kuil 14 Dihukum kerana kesalahan yang tidak saya lakukan 15 Suka mencarut / cerita lucah (dirty stories) 16 Terpengaruh oleh prasangka kaum dan agama 17 Ragu tentang makna Tuhan 18 Ibu bapa berpendirian kolot (old fashioned) 19 Ingin merasa hampir dengan Tuhan 20 Takut hukuman Tuhan Sumber: Selamat Hashim et al. (2004). ©. C. O. PY. R. IG. H. Bil 1 2 3 4 5. 1.3.3. % Masalah 92.67 92.49 88.59 85.01 74.79 74.11 65.59 61.67 56.22 49.74 48.89 46.00 34.92 33.73 21.64 11.41 8.69 5.96 2.90 2.39. Kejadian Buli Di SMKA. Gambaran kedua walaupun pada domain penghayatan itu pada keseluruhannya nampak sekolah aliran agama itu positif, namun terdapat juga kajian lain yang menunjukkan ia lebih mengancam kepada masalah disiplin. Masalah tersebut ia berkaitan dengan perbuatan yang kurang menyenangkan pihak sekolah dan ibubapa iaitu tingkah laku buli. Mengikut kajian yang dibuat oleh Mahadi (2007), bahawa kejadian buli di SMKA di Serawak menunjukkan tingkah laku buli telah berlaku sebagai mana Jadual 1.6.. 7.

(26) Jadual 1.6: Bil. Kejadian Buli di SMKA, Serawak. Tingkah Laku Buli. Min 2.25 1.98 1.84. PM. 1 Verbal 2 Fizikal 3 Anti social Sumber: Mahadi Hj Khalid, 2007. U. Berdasarkan Jadual 1.6 perlakuan buli bagi semua item berbentuk verbal adalah perbuatan yang paling tinggi remaja tersebut terlibat di SMKA di Sarawak. Manakala buli fizikal dan buli antisosial menduduki tempat berikutnya.. Kekerapan Jenis Tingkah Laku Buli Pernyataan : Jenis Tingkah Laku. R. Jadual 1.7 : Jenis Buli. IG. H. T. Berdasarkan tingkah laku mengikut item tertentu yang paling kerap dalam beberapa tingkah laku buli ada tiga perbuatan yang paling menonjol. “Memanggil seseorang dengan nama lain yang tidak disukainya” dikira sebagai buli verbal yang paling kerap berlaku dalam kalangan remaja-remaja SMKA. Kekerapannya adalah 120 atau sebanyak (30.0%). Seterusnya, “menjadikan seseorang sebagai bahan ejekkan” adalah buli anti sosial adalah kekerapannya adalah sebanyak 53 atau sebanyak (13.3%). Manakala “memaksa seseorang melakukan sesuatu yang tidak disukainya” sebagai berbentuk fizikal kekerapannya adalah sebanyak 11 atau (2.8%). Dalam Jadual 1.7 memaparkan laporan kajian seperti mana berikut.. Memanggil seseorang dengan nama lain yang tidak disukainya Menjadikan Seseorang Sebagai Bahan Ejekkan Anti Sosial Memaksa Seseorang Melakukan Fizikal Sesuatu Yang Tidak Disukainya Sumber: Mahadi Hj Khalid, 2007. PY. Verbal. Sangat Kerap 120. Peratus % (30.0%). 53 11. (13.3%) (2.8%). ©. C. O. Kejadian buli yang berlaku di sekolah aliran ini sepatutya ia perlu dikekang dengan rapi agar institusi tersebut tidak mencemarkan imej keagamaan yang ada. Lebih-lebih lagi kejadian buli akan melarat dan menyebabkan pula kepada suatu kejadian yang lain. Terutamanya kekasaran yang menyebabkan kematian. Pihak polis pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penglibatan salah laku ekstrem remaja kini telah mendorong kepada berlakunya kes kehilangan nyawa (Polis Diraja Malaysia, 2006, 2008).. Berdasarkan kajian Zulkifli dan Azrinawati (2006), adalah bukti yang menunjukkan peristiwa keganasan itu boleh berlaku ke atas pelajar aliran agama. Memetik laporanlaporan yang merisaukan pelbagai pihak dengan perkembangan yang berlaku, beliau mencatatkan bahawa pelajar tingkatan empat yang mati, iaitu Muhammad Farid Ibrahim, 16, yang dikatakan telah dipukul teruk oleh pelajar atasan di asrama Sekolah. 8.

(27) Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac 2004 (Utusan Malaysia, 26 April 2004) telah hangat diperbincangkan.. IG. H. T. U. PM. Berita kecederaan Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, l3 pula sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Temerloh juga heboh. Muhammad Afiq yang baru sahaja memasuki sekolah Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, Lipis, Pahang (Berita Harian, I Jun 2005) telah dibuli oleh pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Tiga sehingga cedera pada saraf tunjang dalam dua kejadian berasingan. Kes ini telah diambil perhatian oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah telah membuat lawatan ke sekolah tersebut (Utusan Malaysia, 15 Jun 2005). Tetapi selepas itu peristiwa membuli pelajar junior berlaku lagi di sekolah tersebut lima hari selepas lawatannya (Berita Harian, 24 Jun 2005). Lebih mengejutkan lagi beberapa insiden berlaku lagi selepas itu. Walaupun, tindakan telah diambil dalam kes Muhammad Farid ia belum menyedarkan pelajar yang lain untuk lebih bertanggungjawab. Dimana, seorang pelajar iaitu Ahmad Izzuddin Rosman di sebuah sekolah agama di Kedah mendakwa dipukul oleh enam pelajar senior ketika awal pagi Jumaat, 8 Julai 2005 (Harian Metro, 11 Julai 2005). Walaupun isu itu telah lama dipaparkan sehingga kini ia masih berlaku lagi. Menurut laporan seorang wartawan Sinar Harian 7 Mei 2015 seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah agama di Sungai Udang trauma gara-gara ditampar pelajar senior di surau semasa sedang menunggu waktu Maghrib untuk solat berjemaah. Keadaan tersebut ia menggambarkan bahawa sehingga sekarang hendak melepaskan anak-anak belajar di sekolah menengah aliran agama pun perlu juga ada pengawasan. Menurut Prof Madya Ali Hasan berkata. R. “Dulu kita biasa dengar kes buli berlaku di sekolah berasrama, tetapi kini ia turut berlaku di sekolah aliran agama. Rasa tidak masuk akal apabila kes buli juga berlaku di sekolah aliran agama,". PY. Berita Harian: Sabtu 3 Januari 2015. ©. C. O. Justeru, masyarakat umum termasuk ibu bapa, guru dan komuniti tidak seharusnya merasa selesa terutamanya, mencanangkan bahawa perkara ini terkawal sedangkan realitinya ia wujud keganasan tersebut. Tanggungjawab terhadap permasalahan yang berlaku perlu dipikul bersama dengan tujuan untuk mencari jalan untuk penyelesaian. Tidak ada siapa yang boleh terlepas dari tanggungjawab bagi memastikan generasi remaja yang ada dapat menyumbang untuk pembangunan negara. Menurut Atan Long dengan tegas menyatakan bahawa fokus dalam pendidikan hendaklah memastikan potensi kanak-kanak dan remaja dapat dikembangkan dengan baik bagi menjadikan mereka dapat berjasa kepada masyarakat dan negara (Zulkifli & Azrinawati, 2006).. Oleh itu data yang telah dijelaskan oleh Sarimah et al. (2011) dalam Jadual 1.4 hanya boleh dijadikan sebagai panduan bagi mengukur perbezaan SMKA dengan sekolahsekolah menengah yang lain sahaja. Namun pada hakikatnya kelebihan itu bukan bermakna ia telah selesai dalam pembentukan sahsiah remaja di situ. Bahkan ia masih perlu diteruskan sehingga remaja tersebut mampu mengawal diri sendiri dan menjadi model kepada yang lain. Memang tahap penghayatan agama remaja di SMKA di akui berada pada tahap yang membanggakan. Namun adakah ia boleh diakui bahawa 9.

(28) Di SMKA Naim. T. 1.3.4. U. PM. pengaruh dari dalam dan luaran yang ada pada masa ini tidak menular? Lantaran itu, menjadikan remaja di SMKA juga tidak terjebak dengan gejala lain yang boleh berlaku seperti ponteng, mencuri, melawan guru dan bergaduh. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Mahadi (2007) pula di SMKA berlaku juga tingkah laku buli dari jenis verbal merupakan tingkah laku buli yang paling dominan dilakukan oleh remaja-pelajar SMKA di Sarawak. Ia diikuti oleh tingkah laku buli fizikal dan seterusnya tingkah laku buli antisosial. Lebih jauh lagi, kejadian delinkuen di SMKA bukan berlaku setakat itu sahaja, bahkan menurut kajian Azizi (2008) mendapati bahawa kejadian curi juga sangat berleluasa di mana-mana asrama termasuk asrama S.M Agama yang terkenal dengan didikan agamanya. Kejadian hilang barang seperti wang dan pakaian sangat sering berlaku sehingga pelajar tidak mahu melaporkan kepada guru. Berbagai-bagai punca kejadian curi ini seperti iri hati kerana tidak mampu membelinya dan sebagainya.. Di SMKA Tok Bachok. PY. 1.3.5. R. IG. H. Di SMKA Naim Lilbanat berlaku juga kes yang disifatkan sebagai mencuri. Kerana mengambil barang orang lain tanpa pengetahuan tuannya. Ia belaku iaitu sekitar tahun 2001 di SMKA. Naim Lilbanat, yang telah menjalankan program “Bai’un Bila Baa’ik” ) ‫ ( بيع بال بائع‬iaitu suatu program jualan di koperasi tanpa penjual (Kronologi SMKA Naim, 2007). Kes tersebut dilaporkan bahawa, minggu pertama jualan yang dijalankan didapati jumlah dapatan susut berbanding dengan barangan yang telah habis. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa ada di antara pelajar yang mengambil barang tersebut tanpa membayarnya. Sehingga koperasi tersebut terpaksa menghentikan operasi “jualan tanpa penjual” itu, kerana kejujuran pelajar masih perlu dibimbing lagi (Omar Hamdan, 2008). Maka apa yang berlaku itu boleh dijadikan sebagai pengukuran bahawa keadaan yang ada mungkin berlaku juga pada masa kini.. ©. C. O. Di SMKA Tok juga terdapat pelabagai kes yang melibat perilaku pelajar yang delinkuen. Berdasarkan temubual pengkaji dengan responden pertama dan kedua di SMKA Tok Bachok pada 23 November 2014 terdapat juga kalangan pelajar yang melakukan perkara yang kurang sesuai dalam situasi pembelajaran mereka di SMKA. Antara salah laku yang terlibat adalah mencuri, merokok, melanggan bahan lucah dan buli. Menurut beliau, pelajar tahun 2014 terlibat dalam kesalahan merokok direkodkan seramai 5 orang kesalahan mencuri direkodkan seramai 2 orang. Manakala kejadian melanggan bahan lucah dan buli tidak direkodkan walaupun ada yang berlaku. Laporan tersebut sepertimana yang terdapat dalam Jadual 1.8 . Jadual 1.8:. Kejadian Salah Laku Di SMKA Tok Bachok, Kelantan. Kategori Kes Kes Mencuri Kes Merokok. Bentuk Perlakuan Catatan Rekod Mencuri wang dan pakaian Kerap berlaku. satu rekod dicatat. menghisap dalam kawasan dan Kerap berlaku. Lima rekod dicatat. luar sekolah Kes Telefon Melanggan bahan lucah Kerap berlaku. Tiada rekod dicatat. Buli Menggelar gelaran tertentu Kerap berlaku. Tiada rekod dicatat. Sumber: PK Hem dan Guru Disiplin SMKA Tok Bachok, 2014. 10.

(29) 1.3.6.. Rumusan. U. PM. Sesungguhnya gejala yang berlaku berpotensi boleh merosakkan perkembangan sahsiah para remaja. Terdapat beberapa orang remaja yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah seperti digantung persekolahan malahan ada yang dibuang sekolah kerana terlibat dalam gejala salah laku. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa remaja tersebut. Akan tetapi institusi pendidikan aliran agama berasrama masih kekal antara institusi pendidikan pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar. Kecemerlangan akademik dan sahsiah di institusi tersebut menjadi daya tarikan utama ibu bapa (Zullkifli & Azrinawati, 2006). Keadaan tersebut menunjukkan harapan ibu bapa amat tinggi terhadap SMKA untuk mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.. IG. H. T. Memandangkan keghairahan dalam kalangan ibubapa yang begitu tinggi terhadap pusat pengajian SMKA sejauh manakah persoalan yang berlaku telah ada jawapannya. Secara terperincinya kajian yang ada masih mengaitkan unsur lain dalam isu yang berlaku di SMKA. Masing-masing mengaitkan sejauh mana sekolah menengah agama benar-benar mempengaruhi serta membentuk sahsiah pelajar. Malah, mempersoalkan sejauh mana suasana persekitaran sekolah berupaya merangsang minat dan kesungguhan pelajar untuk terus cemerlang dalam setiap bidang.. O. PY. R. Berkaitan dengan perkara tersebut Rosnani (1998) menyatakan pandangannya bahawa, pihak pengurusan kepimpinan pusat pendidikan sepatutnya mewujud nilai-nilai budaya yang berteraskan akidah dan akhlak supaya selamat jiwa remaja, rasa ingin berbakti dan berusaha mempertingkatkan ilmu melalui dorongan yang tinggi, iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T. Perkara itu lebih jauh lagi dari matlamat mengharumkan nama pusat pendidikan, guru dan ibu bapa. Budaya yang dimaksud itu adalah meneropongkan Allah S.W.T dalam tindakan iaitu merasa Allah sentiasa melihat tanggungjawab yang mereka patut lakukan. Sesungguhnya, jika semua orang dari kalangan warga sekolah seperti pengetua, guru, kakitangan sokongan termasuk juga para remaja menunaikan penghayatan nilai-nilai akhlak ini, pasti iklim institusinya akan subur menjadi selamat dari masalah disiplin da pengawasan terhadap masalah disiplin dapat dikurangkan.. ©. C. Pada pandangan Kamarul Azmi et al. (2010) pula menyedari bahawa SMKA kini perlu mempunyai seorang pengetua yang memahami budaya setempat terutamanya kalangan pengetua dan pentadbir yang baru yang masih belum memahami budaya sekolah agama sebelum ini, kerana kefahaman itu akan memberi kepuasan kepada staf dan guru. Sekaligus, ia memberi kesan kepada kecemerlangan belia remaja yang berada di situ. Sebab itu peranan pengetua yang berlatar belakangkan pendidikan agama adalah penting untuk sekolah agama agar dia benar-benar memahami budaya pusat pendidikan agama. Namun, kajian ini tidak akan menyentuh perspektif itu secara mendalam, walaupun ia juga memberi kesan kepada perkembangan belia setempat.. Berdasarkan pengalaman pengkaji yang pernah bertugas sebagai warden asrama SMKA bahawa kehilangan barang-barangan di asrama sukar untuk dikesan oleh pihak warden. Kerana pelaku yang mengambil barangan itu tidak dapat dibuktikan. Lantaran 11.

(30) PM. itu pihak warden membiarkan saja apa yang berlaku. Namun, ada juga pelaku tersebut dapat ditangkap dan dikenakan tindakan. Walau bagaimanapun, jika tidak dapat dikesan suatu suntikan untuk pelaku memahami bahawa tingkah lakunya itu salah di sisi agama dan peraturan sekolah perlu dipatuhi, sehingga ia rasa tidak patut melakukannya dan perasaan rasa bersalah itu terpahat dalam dirinya. Apa yang hendak ditekankan di sini bahawa tiada kesedaran berlaku di dalam kehidupan remaja. Sesungguhnya memupuk kesedaran itu suatu tugas yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh disamping mengesan pelaku tersebut agar dapat membimbingnya secara lebih dekat.. 1.4.. IG. H. T. U. Mengikut pengalaman pengkaji lagi, bahawa pada sudut yang lain pula, jika ada laporan dari sesetengah penghuni asrama tentang kehilangan barang keperluan mereka, pihak warden akan menyalahkan mangsa kerana cuai menjaga barangnya sendiri. Memang pengkaji sendiri pun setuju, ada kecuaian pihak penghuni yang menyebabkan kecurian itu boleh berlaku. Namun, jika tiada orang yang mengambilnya sudah tentu barang itu akan selamat. Meletakkan kesalahan pada mangsa kecurian menyebabkan penghuni tersebut rasa hampa dan tiada pembelaan. Maka kedudukannya di asrama itu tiada jaminan keselamatan untuk barangan yang dibawa. Samalah keadaannya dalam masyarakat, biasanya pihak polis akan menyalahkan mangsa jenayah jika barangan seseorang hilang kerana kecuaian. Keadaan tersebut menggambarkan suasana persekitaran kehidupan kini tidak selamat. Semua pihak perlu menjaga barangan diri sendiri masing-masing.. Pernyataan Masalah. PY. R. Perlakuan delinkuen di SMKA adalah suatu kejadian yang cukup menghairankan. Situasi yang berlaku menimbulkan satu pertanyaan kenapa SMKA yang telah memberi penekanan kepada agama masih menghadapi masalah delinkuen lagi.. O. Mengikut argumentasi dalam Teori Moura O’Keefe bahawa delinkuen berpunca dari masalah psikologikal, sosiologikal dan personaliti. Bagi masalah personaliti, terdapat ramai penyelidik (Eysenck, 1977, Van Dam, De Bruyn & Janssen, 2007) mengaitkannya dengan pelbagai trait personaliti yang mempengaruhi diri belia remaja. Di sini menunujukkan para penyelidik yang tersebut menyatakan bahawa personaliti yang terpampang itu merupakan punca delinkuen.. ©. C. Jika ditinjau dalam kajian berkaitan dengan perlakuan manusia ramai juga penyelidik terdorong mencari penyebab perlakuan delinkuen berkaitan dengan masalah psikologi, terutamanya kecerdasan emosi. Diantara kajian mereka ada yang mengaitkan hubungan kecerdasan emosi dengan nilai kerja (Noriah et al, (2003), faktor kontribusi kecerdasan emosi remaja (Rahayah et al, 2008), hubungan kecerdasan emosi dengan kecemerlangan pelajar (Akma, 2011), kecerdasan emosi meningkatkan keperibadian remaja (Hamidah et al, 2013). Maka berdasarkan dari perbincangan yang ada menunjukkan bahawa kemunculan personaliti itu bukan lahir secara kebetulan. Bahkan, ia terpancar dari asas tertentu yang mempengaruhi seseorang remaja bertindak melakukan perbuatan delinkuen. Namun, perbincangan dari aspek psikologi itu masih memerlukan suatu perbincangan yang lebih luas skopnya yang melibatkan pengaruh 12.

(31) U. PM. kecerdasan emosi, kesejahteraan psikologi dan penghayatan agama jarang diguna secara kolektif oleh pengkaji tempatan. Maka dalam kajian ini pengkaji ingin menggabungkan ketiga-tiga model itu, iaitu kecerdasan emosi (Goleman, 2000), kesejahteraan psikologi (Ryfe, C.D, 1989) dan kesempurnaan amalan dan kepercayaan (ar-Raghib al-Asfahani, 1985) bagi menghasilkan pemahaman yang meneyeluruh terhadap perlakuan delinkuen. Pengkaji menyakini bahawa dengan merangkumkan kesemua pendekatan tersebut boleh menghasilkan satu dapatan yang konkrit untuk memahami asas perlakuan dan pola-pola perilaku itu. Jadi, pemahaman terhadap kepelbagian trait personaliti masih belum lengkap untuk menjadi input bagi menyelesaikan masalah delinkuen yang berlaku. Begitu juga, dari segi praktikalnya teori tentang trait personaliti sukar hendak diaplikasikan dalam pendidikan. Apakah setiap pembangun sumber perlu memahami tiap-tiap satu personaliti kliennya untuk membangun semula remaja yang delinkuen.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. Begitu juga halnya dengan pengaruh persekitaran aspek psikologi masih tidak dapat dipisahkan, kerana keadaan persekitaran yang berlaku adalah hasil dari impak pergolakan psikologi yang menjadi asas pembentukan peribadi. Maka, manusia sebenarnya adalah pencipta persekitaran, sehingga dalam perbincangan tentang pengaruh persekitaran menjadi semakin banyak bilangan itemnya. Dengan demikian, penyelidik sebelum ini masing-masing mengutarakan pelbagai pengaruh persekitaran terhadap delinkuen. Ada kajian yang mengaitkan delinkuen dengan pengaruh guru (Shoba, 2007), sekolah: (Hussein, 2008), media (Abdul Halim et al., 2009), rakan sebaya (Nursuhaili, 2010), keluarga (Zainudin, 2011). Namun perbicaraan yang luas skopnya mengenai pengaruh persekitaran dilihat sebagai tidak memberi fokus terhadap tunjang permasalahan delinkuen. Maka dalam kajian ini pengkaji akan mencari pemahaman terhadap teori yang terdapat dalam teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) bahawa dalam lingkungan manakah pemusatan pengaruh tersebut paling mudah dan terdekat dalam mempengaruhi remaja yang delinkuen. Hasil dapatan pengkaji nanti akan menjelaskan bahawa pengaruh yang paling dekat dengan remaja sahaja perlu diberi penekanan dalam perbincangan kontek delinkuen ini. Lantaran itu, kajian mengenai delinkuen di SMKA. Tok Bachok menjadi lebih menarik lagi berdasarkan apa yang dikaji sebelum ini (Zulkifli & Azrinawati, 2006), (Mahadi, 2007), (Azizi, 2008) (Sarimah et al, 2011), hanya berkaitan dengan perlakuan delinkuen sahaja, tidak memberi fokus terhadap faktor dalaman remaja dalam mempengaruhi perlakuan itu. Maka secara spesifiknya kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk memahami fenomena perlakuan delinkuen dalam kalangan belia remaja di SMKA Tok Bachok, punca perlakuan delinkuen itu dan cuba juga untuk memahami masalah penghayatan agama dalam kalangan belia remaja di SMKA Tok Bachok.. 1.5. Kepentingan Kajian. Berdasarkan pernyataan masalah yang dihuraikan, keadaan tersebut memberi pemahaman bahawa seseorang penyelidik perlu memahami dengan jelas tentang fenomena perlakuan remaja. Pemahaman terhadap fenomena itu akan menghilangkan tanggapan bahawa mata pelajaran pendidikan Islam tidak berfungsi dan tidak berkesan. Sebagai contoh, peneyelidikan yang dibuat oleh Rosdi (2011) menyatakan bahawa disebabkan oleh banyaknya penglibatan remaja dalam masalah sosial ia menggambarkan remaja berkenaan bermasalah dalam Pendidikan Islam. 13.

(32) U. PM. Keadaan di atas gambarannya mengelirukan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, kerana mata pelajaran itu diketahui secara umum bahawa ia adalah satu sukatan mata pelajaran bagi memahami ilmu yang berkaitan dengan agama. Walaupun terdapat dalam kalangan pengkaji memperkatakan bahawa Pendidikan Islam adalah sebagai usaha untuk mengubah bagi menyempurnakan potensi manusia (Ismun, 2015) namun, keadaan tersebut masih kontra dengan apa yang berlaku, kerana orentasi pembelajaran Pendidikan Islam adalah untuk ilmu bukan untuk perubahan sikap seperti yang terkadung dalam mana-mana modul pembentukan sumber manusia yang lain. Sebab itu kajian ini menjadi satu kepentingan untuk menjadikan pendidikan Islam itu bukan sahaja sebagai satu mata pelajaran, bahkan Pendidikan Islam itu juga merupakan satu modul yang lengkap untuk pembentukan pelajar atau remaja di sekolah.. R. IG. H. T. Begitu juga dengan peranan membangunkan sumber remaja yang berkualiti, sebelum ini guru pendidikan Islam juga dikatakan tidak memainkan peranan yang sepatutnya (Ab. Halim & Khadijah dalam Zaharah, 2005). Sedangkan guru Pendidikan Islam hanya didedahkan bagi merealisasikan Pendidikan Islam di sekolah dalam kontek bagaimana hendak mengajarnya dengan baik sahaja. Sebaliknya, pendedahan bagaimana Pendidikan Islam akan dilaksanakan sebagai modul pembangunan sumber untuk mengubah tingkah laku tidak berlaku dalam kursus atau bengkel pengajaran Pendidikan Islam. Maka terjadilah pemusatan terhadap proses pendidikan tersasar dari pemusatannya yang sebenar. Oleh itu dalam kajian ini akan menjadikan input bagi melatih guru-guru pendidikan Islam untuk memahami bagaimana mereka akan melaksanakan tanggungjawab dengan memberi tumpuan terhadap sudut yang paling kritikal dalam pembentukan remaja. Terutamanya perkara yang berkaitan dengan aspek psikologi dan penghayatan keagamaan.. O. PY. Sesungguhnya keperluan ilmu bukan hanya setakat menggedungkan bahan pengetahuan dalam pemikiran sahaja, tetapi ia juga perlu menghasilkan perubahan sikap dalam kehidupan. Nilai ilmu sahaja tidak cukup dalam realiti kehidupan masa kini, kerana dengan ilmu masih ada manusia menggunanya untuk keburukan seperti membunuh, merompak dan mencuri. Maka di sini menunjukkan bahawa nilai dalaman yang dikaji dalam kajian ini sangat penting bagi melengkapi sebuah kehidupan manusia yang beretika dan bertatasusila. Sebab itulah Rosnani (dalam Ali Mohammed, 2002) ada mengatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana warganya perlu kuat dengan pegangan agama Islam serta berusaha untuk membawa institusi tersebut ke puncak kejayaan.. ©. C. Oleh yang demikian usaha kerajaan bagi membangunkan sumber manusia berteraskan Pendidikan Islam perlu diperkasakan. Pendidikan Islam hendaklah disemak sebagai satu modul yang boleh mencetuskan satu penghayatan dalam kehidupan. Walaupun Semenjak tahun 2000 lagi, usaha itu telah dilakukan bagi membendung situasi tersebut (Rodi, 2011) namun, ia masih memerlukan pembaharuan lagi. Semakan yang dilakukan itu bukan sahaja melibatkan sekolah menengah sahaja, bahkan turut terlibat juga pusat pengajian tinggi seperti politeknik seiring dengan Transformasi Politeknik kearah membina upaya baharu berasaskan inovasi dan kreativiti (Samad, 2013). Usaha yang besar ini sudah tentu ia melibatkan kos yang banyak, namun hasil pembangunan sumber yang cemerlang akan memberi impaknya yang besar terhadap pembangunan sumber negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 14.

(33) 1.6. Persoalan Kajian. PM. Berdasarkan masalah yang ada beberapa soalan kajian dikemukakan bagi mendapat jawapan apa yang hendak dikaji. Soalan-soalan kajian itu adalah sebagaimana berikut. Bagi melancarkan perjalanan kajian pengkaji telah menyenaraikan beberapa persoalan kajian bagi mencapai objektif di atas. Soalan-soalan ini akan dijawab satu persatu melalui data yang dikutip dan yang dianalisiskan nanti. Soalan-soalan tersebut adalah sebagaimana berikut:. Skop dan Limitasi Kajian. H. 1.7. T. U. A. Apakah perlakuan delinkuen yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. B. Mengapakah tingkah laku delinkuen itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. C. Sejauh manakah komitmen penghayatan agama dalam kalangan belia remaja yang delinkuen di Sekolah Mengengah Kebangsaan Agama. IG. Skop kajian ini adalah tumpuannya kepada permasalahan psikologi (kesejahteraan psikologi, penghayatan keagamaan dan kecerdasan emosi). Manakala tinjauan persekitaran pula adalah berkaitan pengaruh rakan sebaya dan keluarga yang merupakan pengaruh paling dekat terhadap sikap delinkuen belia remaja.. PY. R. Menurut Ahmad Sunawari Long (2005), limitasi dapat dibahagikan kepada tiga iaitu masa, tempat dan subjek kajian Dari sudut masa, penyelidik menjalankan kajian pada masa tesis ini sedang disiapkan sahaja iaitu sekitar tahun 2014 dan 2015 (Kajian Asal) 2016 dan 2017 (Data Tambahan). ©. C. O. Manakala tempat pula adalah tertumpu kepada gejala delinkuen yang melibatkan perlakuan belia remaja yang berada di sekolah dan asrama SMKA sahaja. SMKA Tok Bachok dipilih adalah kerana ia adalah salah satu pusat pengajian yang berada diluar Bandar. Disamping itu ciri sekolah tersebut adalah sama juga dengan kedudukan SMKA yang lain. Lebih-lebih lagi kedudukan iklim dan objektif penubuhan sekolah tersebut adalah sama. Kajian yang dilakukan hanya mencari fenomena delinkuen yang berlaku di sekolah dan asrama sahaja. Kerana efek yang berlaku di asrama ada kaitan dengan masalah disiplin sekolah juga.. Berkenaan dengan subjek pula had umur mereka juga ditentukan. Namun begitu, had umur awal belia itu statusnya berbeza-beza mengikut undang-undang Negara masingmasing, dan biasanya perlakuan itu diantara umur 16 sehingga 18 (Xian Guan, 2012). Bagi kajian ini adalah mengikut had umur Negara Malaysia yang menentukan had umur awal belia itu adalah dalam lingkungan 15 sehingga 17 tahun (IPBBM, 2010). Mereka akan dipilih sebagai sampel berdasarkan rekod disiplin yang ada di pusat pengajian berkenaan.. 15.

(34) 1.8. Definisi Istilah. 1.8.1. PM. Beberapa istilah penting telah digunakan dalam kajian ini. Istilah penting yang terlibat dalam kajian ini digunakan adalah tujuannya untuk menyatakan konsep supaya dapat difahami dengan jelas. Perkara ini dilakukan adalah disebabkan oleh pembaca mungkin mempunyai takrifan yang berbeza dengan pengkaji. Dengan itu takrifan istilah hanya merujuk kepada konteks kajian sahaja. Lantaran itu, sesuatu istilah perlu dinyatakan dengan jelas untuk kefahaman pembaca.. Fenomena. T. U. Menurut Kamus Dewan (2005), fenomena ialah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti peredaran matahari, atau sejarah yang berlaku. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan melalui saintifik.. IG. H. Manakala kajian yang menggunakan pendekatan fenomenologi menurut Stanley (1999) ia adalah kajian yang bertujuan untuk menerangi sesuatu, untuk mengenal pasti fenomena melalui bagaimana ia dilihat oleh pelaku dalam keadaan yang tertentu. Dalam bidang kemanusian ini biasanya diterjemahkan bersama ke arah mengumpulkan maklumat itu secara mendalam dan persepsi yang induktif, dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual, perbincangan dan pemerhatian peserta, dan mewakili dari perspektif peserta kajian.. O. PY. R. Fenomenologi sebenarnya berkaitan dengan kajian pengalaman dari perspektif individu, ia diambil dengan memberikan andaian dan memahaminya dengan cara yang biasa. Epistemologi, pendekatan fenomenologi adalah berdasarkan pada paradigma pengetahuan peribadi dan subjektiviti, dan menekankan kepentingan perspektif peribadi dan tafsiran diri. Kini, para humanis dan penyelidik feminis tidak mahu kemungkinan itu bermula dengan ada prasangka atau berat sebelah, dan menekankan kepentingan menjelaskan bagaimana tafsiran dan makna itu telah diletakkan ke atas penemuan, dan juga menjadikan penyelidik boleh dilihat dalam kerangka penyelidikannya lebih menarik dan lebih subjektif terhadap pelaku bukannya sebagai seorang pemerhati biasa dan tidak berat sebelah (Plummer, 1983; Stanley & Wise 1993).. ©. C. 1.8.2. Delinkuen. Delinkuen asalnya adalah dari perkataan Latin “delinquere” yang bermaksud terabaikan, mengabaikan. Kemudian ia diperluaskan maknanya menjadi jahat, antisosial, melakukan jenayah dan melanggar peraturan (Kartini, 1986). Delinkuen juga dimaksudkan sebagai perbuatan dan aktiviti remaja (pelajar) yang berlawanan dengan norma-norma masyarakat, undang-undang negara dan agama. Perlakuan yang termasuk dalam delinkuen adalah seperti mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada ibu bapa, mencabar atau melawan guru, ponteng sekolah, memeras ugut, memukul dan membuli (Hairunnaja Najmudin, 2003).. 16.

(35) PM. Menurut Maizatul Akmam (2007), William (1994), menyenaraikan semua tingkah laku yang tidak boleh diterima terutamanya yang dilakukan oleh remaja sebagai delinkuen. Walaupun sesetengah tingkah laku dianggap tidak menyalahi undang-undang tetapi tidak diterima masyarakat juga dianggap sebagai delinkuen.. Menurutnya lagi, Pitts (2001), pula mendefinisikan tingkah laku delinkuen sebagai tingkah laku yang mendatangkan bermasalah dalam kalangan remaja. Antara perkataan yang digunakan adalah sebagai tingkah laku disorder, tingkah laku anti social dan tingkah laku nuisance.. IG. H. T. U. Ada juga definisi yang terlalu abstrak dan sukar untuk menentukan perlakuan yang dianggap sebagai delinkuen dan tidak boleh diterima oleh masyarakat. Definisi itu tertumpu pada penyimpangan perlakuan yang signifikan daripada norma-norma masyarakat terhadap individu dalam status sosial, ia bukan merupakan perkara yang dijaga secara abstrak, tetapi ia ada perkaitan yang munasabah oleh masyarakat dengan norma-norma yang berlaku sebagai morally binding bagi status kedudukan masyarakat yang berlainan. Perkara itu berlaku dalam konteks peraturan yang telah diinstitusikan. Dimana jangkaan itu telah dikongsikan dan diakui bersama untuk diguna pakai dalam satu-satu sistem sosial. Ia juga sebagai kelakuan mengikut jalan tidak dipersetujui, terutamanya terdapat perkara yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan darjatnya menyebabkan masyarakat tidak boleh bertolak ansur terhadapnya kerana ia telah melampaui had toleransi (Ab. Alim, 1994).. R. Namun ia boleh difahami dengan jelas melalui definisi yang diberikan oleh Cohen (1975) yang menyatakan bahawa delinkuen adalah perbuatan yang dikira sebagaimana berikut:. O. PY. i) Kelakuan tidak bermoral ii) Kelakuan bercorak jenayah iii) Pencabulan maruah terhadap pihak yang lain iv) Perbuatan salah yang tidak mampu untuk diperbetulkan lagi. VI Penggunaan istilah yang lucah di kawasan orang ramai. ©. C. Griffin dan Griffin (1978) pula menyatakan istilah delinkuen adalah tidak jelas dan agak kabur. Harsh dan Nathaniel (1994) menambah bahawa perlakuan delinkuen adalah mengikut kesalahan berikut: i) Perbuatan salah yang tidak mampu untuk diperbetulkan lagi, ia berupa ingkar terhadap arahan pihak kerajaan. ii) Melarikan diri dari rumah, ponteng kerja atau tidak datang kerja. iii) Mengambil hak orang lain. iv) Merosakkan kemudahan awam dan sendiri. vi) Kebebasan seksual. vii) Kelakuan yang boleh dianggap sebagai mengancam diri sendiri dan orang awam.. 17.

(36) Roberts (2004) pula memetik definisi delinkuen remaja yang dibuat oleh US Children's Bureau. Kriteria yang dinyatakan adalah :. PM. Juvenile deliquency cases are those referred to courts for acts defined in the statutes of the State as the violation of a state law ... by children or youth of juvenile court age, or for conduct so seriously antisocial as to interfere with the rights of others or to menace the welfare of the delinquent himself.... T. U. Maksudnya: Kes Juvana Delinkuen adalah mereka yang dirujuk kepada mahkamah kerana perbuatan itu ditakrifkan dalam undang-undang Negeri sebagai pencabulan terhadap undang-undang Negeri ... oleh kanak-kanak atau remaja di mahkamah juvana, atau kelakuan yang begitu serius antisosial yang boleh mengganggu hak orang lain atau ancaman kepada pusat kebajikan delinkuen sendiri.. H. ms:9. R. IG. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa amalan delinkuensi secara tipikalnya merujuk kepada mana-mana aktiviti yang salah atau konflik dengan norma sosial, tetapi ia tidak selalunya ada kaitan dengan kelangsangan. Kelangsangan pula boleh difahami dalam pelbagai bentuk seperti kumpulan/geng kelangsangan, merosakkan harta melalui vandalisme dan kelangsangan dalam mencederakan diri (Berita Harian, 2011).. PY. Istilah devian bermaksud lencongan. Menurut Cohen (1966) perlakuan devian ialah perkara yang berlaku menyalahi konteks peraturan yang telah diinstitusikan atau jangkaan itu telah dikongsikan dan diakui bersama untuk diguna pakai dalam satu-satu sistem sosial.. ©. C. O. Jelaslah bahawa, perbezaan di antara devian dan delinkuen kesemuanya memberi maksud perlakuan yang menyalahi amalan masyarakat tertentu. Cuma devian melibatkan tingkah laku yang berlaku secara umum manakala delinkuen pula terhad pada batasan umur pelajar yang berada di bangku sekolah dan belia.. 1.8.3 Sekolah Menengah Kebangsaan “Sekolah menengah kebangsaan” ertinya sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan a) Yang menyediakan pengajaran dan pembelajaran menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru tamat mengikuti pengajian peringkat rendah; b) Yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;. 18.

(37) Yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib; di mana kemudahan bagi pengajaranI.. II.. U. III.. Bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekohah itu memintanya; dan Bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan. PM. c). 1.8.4. Kecerdasan Emosi. H. T. d) Yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan, dan termasuklah mana-mana sekolah sedemikian yang menyediakan kelas peralihan (Akta pendidikan 1996). PY. R. IG. Kecerdasan emosi atau EQ merupakan kebolehan seseorang memahami perasaan dan emosi dalam diri sendiri dan orang lain. Ia diibaratkan sebagai satu subset daripada kecerdasan yang terdapat dalam diri yang berupaya mengenal dan menggunanya untuk melakukan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan. Bagi memudahkan pemahaman terhadap EQ terdapat tiga domain utama. Domain utama itu adalah meliputi kebolehan menilai dan melahirkan emosi diri sendiri dan orang lain dengan tepat; kebolehan menyesuaikan emosi diri sendiri dan orang lain. Disamping itu dapat menggunakan emosi tersebut untuk merancang, memula dan melaksanakan tindakan.. ©. C. O. Kecerdasan emosi sama juga dengan konsep kecerdasan intelek. Dimana, keupayaan dan kebolehan seseorang tidak sama untuk memahami, mengendali dan mengguna maklumat dalam diri sendiri dan orang lain. Secara keseluruhannya, kebolehan ini mempunyai kaitan dalam menentukan tahap intelektual, kesejahteraan emosi dan perkembangan diri seseorang. Sebab itulah, Cooper (1997) berpendapat bahawa seseorang yang peka terhadap maklumat dari elemen perasaan dirinya dan orang lain adalah dikatakan memiliki kualiti kecerdasan emosi yang tinggi. Keupayaan memahami elemen-elemen tersebut mampu menjadi seseorang manusia itu bersifat manusiawi. Bahkan, lebih dari itu ia mampu mewujudkan kepercayaan, menghasilkan kreativiti dan berupaya mempengaruhi orang lain. Namun begitu, ia berkembang mengikut trait personaliti seseorang. Dalam hal ini, menunjukkan bahawa faktor personaliti juga berperanan dalam memperolehi maklumat yang berkaitan dengan emosi dan kecerdasan.. 1.9. Ringkasan. Sesungguhnya, perbezaan teori ini pada keseluruhannya adalah tidak ketara. Di mana, Goleman (1995) dalam pendekatannya lebih menekankan kepada teori prestasi (theory 19.

(38) ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. of performance). Ia nampak tidak berbeza dengan teori kebolehan mental. Bahkan, mempunyai persamaan dalam empat konsep asas yang digunakan. Menurut Goleman (1995), model kecerdasan emosi dalam apa bentuk sekalipun, secara umumnya ia melibatkan kebolehan untuk mengenal dan mengendali emosi diri sendiri dan orang lain dalam jalur berkomunikasi. Definisi-definisi yang dikemukakan juga mengandungi empat domain utama iaitu pengurusan perhubungan, pengurusan kendiri, kesedaran kendiri, dan kesedaran sosial.. 20.

(39) BIBILIOGRAFI. PM. Ab Alim Abdul Rahim, (1994). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab, Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak (2003). Pengajaran akhlak di sekolah menengah: Persepsi pelajar-pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3): Antara tradisi dan inovasi (ms. 68-69). Bangi, Selangor: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.. U. Ab.Halim Tamuri & Zarin Ismail (2009). Hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa: Tinjauan ke atas remaja melayu luar Bandar. Sari 27: 199-212. T. Abdul Halim El-Muhammady. (1993), Pendidikan Islam Era 2020, Satu Penghayatan Menyeluruh. Seminar Pendidikun Islam Era 2020: Tasawwur dan Strategi. Jabatan Pendidikan MPI, Bangi, Selangor.. H. Abdul Mujib & Jusuf Mudzakir, (2002). Nuansa-Nuansa Psikologi Islam. Jakarta : Rajawali Press. hal. 115. IG. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Wawasan Pembangunan: Isu Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. R. Abd Rahim Abd Rashid, Sufean Hussin & Jamaluddin Tubah. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur dan Strategi. Selangor: Tekno Edar, ms.14-24.. PY. Alwisol. (2008). Psikologi Kepribadian. Malang: UPT Penerbitan Universitas Muhammadiyah. Alwisol, (2009) Psikologi Kepribadian. UMM Press: Malang.. O. Anita Y. K. Poon. (2008). How Action Research Can Complement Formal Language Teacher Education. The Asia-Pacific Education Researcher Jurnal 17:1, pp. 43-62. Hong Kong Baptist University, Hong Kong SAR, China. ©. C. Arikunto, Suharsimi. (2002). Prosedur Penelitian Satu Pendekatan Pendekatan Praktik ed. Revisi VI. Jakarta: Renika Cipta. Abdan Syakur. (2013). Implementasi Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Numbered Head Together (NHT) Untuk Meningkatkan Kemampuan Pemahaman Siswa Pada Mata Pelajaran TIK Universitas Pendidikan Indonesia. Repositery.upi.edu. Abdul Shukur Abdullah,(2004). Ucap Utama Seminar Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan Ke 12. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke 12. Anjuran: Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Genting Highlands, 14 – 17 Julai .Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur 165.

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu dalam penelitian ini juga dilakukan pengujian untuk memeriksa pengaruh investor asing dan keterbukaan ekonomi suatu negara terhadap pertumbuhan ekonomi

Pembuatan sistem pakar bukan untuk menggantikan ahli itu sendiri melainkan dapat digunakan sebagai asisten yang sangat berpengalaman.Sistem pakar adalah sistem

Karena itu, ini bukan berarti hanya sekedar mengikuti logika penceritaan (storytelling) atau mengiklankan diri, tetapi untuk mengingat siapa diri kita di hadapan

Keadaan Jemaat di Filipi secara umum, yang walaupun tidak terlepas dari tantangan dan pergumulan, membuat Paulus mengucap syukur, karena mereka dapat

Berdasarkan hasil dan pembahasan diatas dapat disimpulkan bahwa karakteristik sosial ekonomi masyarakat sekitar AUM di Kabupaten Sumbawa Barat adalah 1) umur masyarakat

Pewarna sintetik adalah bahan kimia yang sengaja ditambahkan pada makanan untuk memberikan warna yang diinginkan karena warna semula hilang selama proses pengolahan

According to the statements of community health nurses, the issuance of nds improves the quality of nursing care from the aspect of the patient be- cause it decreases the

Panggung belakang merupakan bagian dalam drama kehidupan seorang foto model hijab bisa kembali menjadi dirinya yang seutuhnya, tanpa ada permintaan dari pihak