• Tidak ada hasil yang ditemukan

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT TENDER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT TENDER"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT TENDER

1. Dokumen tender yang dijual adalah bagi kerja-kerja berikut:-

Kerja Harga Senaskah

a. KERJA-KERJA PENYENGGARAAN BAHU JALAN (RO2) RM 10.00

b. KERJA-KERJA MEMOTONG RUMPUT (RO3) RM 10.00

c. KERJA-KERJA PENYENGGARAAN JAMBATAN, RM 10.00

PEMBETUNG DAN LONGKANG (RO5 & RO6) Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM)

2. Harga Satu Dokumen Tender (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja) yang dibayar kepada:

Pembayaran boleh dibuat secara:

i. perbankan dalam talian (online banking)

ii. atau mesin deposit tunai (cash deposit machine) atas nama YP Maintenance Sdn. Bhd.

resit atau bukti pembayaran mesti dilampirkan bersama dokumen tender yang dihantar.

a. Maklumat yang perlu diisi sekiranya membuat transaksi melalui perbankan dalam talian (online banking) ialah:

Ref1: Nama Syarikat Ref2: Tajuk Kerja Contoh:

Ref1: Syarikat ABCDEFG Sdn. Bhd.

Ref2: R03 (sekiranya membayar untuk satu (1) jenis kerja)

b. Maklumat yang perlu ditulis pada resit sekiranya membuat transaksi melalui mesin deposit tunai (cash deposit machine) ialah:

i. Nama Syarikat ii. Tajuk Kerja

Contoh:

i. Syarikat ABCDEFG Sdn. Bhd.

ii. R02, R03, R05 & R06 (sekiranya membayar untuk tiga (3) jenis kerja)

80053-73367 (CIMB BANK BERHAD)

(2)

Hanya satu (1) transaksi sahaja dibenarkan untuk satu syarikat. Satu syarikat boleh membeli sehingga maksimum tiga (3) jenis kerja seperti dalam senarai kerja di atas. Satu (1) resit pembayaran dibenarkan hanya untuk satu (1) syarikat sahaja.

Bayaran dokumen tender untuk petender yang berjaya atau tidak berjaya tidak akan dipulangkan. Kegagalan daripada pihak anda yang tidak memenuhi syarat akan menyebabkan anda dibatalkan daripada menyertai tender.

3. Petender perlu melengkapkan dan mengembalikan Dokumen Tender yang terdiri daripada : a. Satu salinan keseluruhan Dokumen Tender yang mengandungi Senarai Kuantiti yang telah

dihargakan sepenuhnya dengan dakwat, dikira dan dijumlahkan, lengkap ditandatangani, cop rasmi syarikat, nombor untuk dihubungi dan tarikh.

b. Petender perlu menanda (

) daerah mana yang dipohon pada Lampiran 1 (senarai semak – checklist) dan ditampal pada bahagian depan sampul.

4. Berdaftar dengan CIDB

a. Petender mestilah berdaftar dengan CIDB / PKK dan mempunyai perakuan pendaftaran yang masih dalam tempoh sahlaku. Petender perlu melampirkan bersama satu salinan perakuan pendaftaran CIDB bersama dengan Dokumen Tender.

b. Hanya kontraktor bergred G1 sahaja layak mengambil bahagian dalam tender.

5. Berdaftar dengan YP Maintenance Sdn. Bhd.

a. Petender wajib berdaftar dengan YP Maintenance Sdn. Bhd. sebelum 6 November 2020 untuk mengambil bahagian dalam tender.

6. Pemahaman Petender

a. Tiada komunikasi secara lisan dengan mana-mana pegawai, ejen, atau pekerja YP Maintenance Sdn. Bhd. yang boleh memberi kesan atau mengubah apa-apa terma dokumen tender.

b. Adalah di bawah tanggungajawab petender untuk mendapatkan penjelasan mengenai semua perkara berkaitan yang akan memberi kesan kepada harga dan jumlah sebutharga petender untuk kerja-kerja yang dirasakan tidak begitu jelas atau pada pendapatnya, ada percanggahan atau tidak dimasukkan dalam Dokumen Tender.

c. Sebarang tuntutan berikutnya bagi jumlah tambahan atau pelanjutan masa untuk menyiapkan Sub-Kontrak yang berpunca daripada kegagalan mendapatkan penjelasan di bawah seksyen ini tidak akan dilayan.

7. Melawat Tapak

a. Petender dibenarkan dengan tanggungan sendiri sebelum menghantar Dokumen Tender, melawat dan memeriksa tapak dan bertanggungjawab untuk mendapatkan segala

(3)

maklumat yang dirasakan penting untuk tujuan menender. Petender dianggap telah berpuas hati dengan keadaan tapak, sejauh mana, keadaan dan kebolehkerjaan, posisi kerja yang berkaitan dengan keadaan semasa, kerja yang sedang berjalan, struktur dan bangunan, utiliti dan kemudahan, jalan masuk ke tapak, adanya bahan binaan, keadaan dan jenis tanah dan strata di dalam atau di atas di mana kerja-kerja akan dilaksanakan, keadaan cuaca (termasuk ombak, banjir kilat dan keadaan angin) dan secara amnya berpuas hati dengan maklumat mengenai risiko, hal luar jangka dan lain-lain keadaan luar biasa yang boleh mempengaruhi atau memberi kesan kepada tender dan telah mempertimbangkan dan telah menyediakan secukupnya peruntukan tertakluk kepada tender.

8. Segala dokumen perlulah dikembalikan dalam keadaan teratur bersama dengan Dokumen Tender kepada pejabat seksyen YP MAINTENANCE SDN. BHD. seperti dalam Jadual 1.

a. Specifications, kerja-kerja Awalan kepada Senarai Kuantiti, Senarai Kuantiti dan Traffic Management Plan (TMP) hendaklah dibaca bersama dengan dokumen sebahagian daripada Sub-Kontrak.

b. Pengubahsuaian atau pemadaman kepada teks di dalam Dokumen Tender adalah tidak dibenarkan. Sebarang Tender yang mengandungi apa-apa pengubahsuaian dan pemadaman akan dibatalkan.

c. Petender perlulah memeriksa bilangan mukasurat Dokumen Tender dengan senarai kandungan dan sekiranya terjumpa apa-apa yang tidak lengkap, salinan muka surat yang sama atau tidak jelas, petender mestilah memaklumkan kepada wakil YP Maintenance Sdn. Bhd. dengan segera dan diperbetulkan.

d. Sekiranya petender untuk apa jua sebab berasa ragu-ragu mengenai maksud mana-mana item atau angka, petender hendaklah memaklumkan kepada wakil YP Maintenance Sdn. Bhd. bagi mendapatkan maksud sebenar yang mungkin ditentukan sebelum menghantar tender.

e. Tiada tanggungan yang diterima dan tiada tuntutan dibenarkan dalam hal di mana Sub-Kontraktor membuat kesilapan di dalam dokumen tender yang sepatutnya diperbetulkan seperti cara yang telah dinyatakan.

f. Semua item kerja yang diukur akan dihargakan dalam butiran dan tender yang mengandungi jumlah pukal untuk merangkumi perniagaan atau kumpulan kerja mesti dipecahkan bagi menunjukkan harga setiap item sebelum diterima. Petender perlu mengambil kira dalam mengharga segala kehendak di dalam klausa Scope of Work dan

Specification.

9. Dalam kes tender yang tidak dihantar dengan tangan, petender mesti mengatur tendernya dan lain-lain dokumen untuk diposkan dalam masa yang telah ditetapkan dan di

tempat yang telah ditetapkan.

Mana-mana tender yang dihantar selepas masa yang telah ditetapkan, dengan apa jua sebab, tidak akan dipertimbangkan dan diterima.

(4)

10. Ketidakpatuhan dengan syarat-syarat di atas dalam mana-mana hal akan menyebabkan tender ditolak.

11. YP Maintenance Sdn. Bhd. tidak akan terikat untuk menerima tender terendah kerana pemilihan akan juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti prestasi kontraktor, pengalaman kerja dan lain-lain, dan YP Maintenance Sdn. Bhd. juga tidak akan membayar sebarang perbelanjaan yang ditanggung petender dalam penyediaan tender.

12. Petender hanya layak untuk mengambil bahagian di daerah mengikut alamat pendaftaran syarikat. Contoh: sekiranya alamat berdaftar ialah di daerah Kuantan, maka ia hanya layak utk mengambil bahagian di daerah Kuantan sahaja.

13. Keputusan sama ada tender ini diterima atau ditolak adalah muktamad dan sebab-sebab penolakan tidak akan diberi.

14.Penyerahan tender

a. Dokumen-dokumen yang perlu di hantar di dalam sampul yang tertutup kemas ialah: i. Dokumen Tender dengan kesemua butiran diisi dengan lengkap.

ii. Salinan sijil CIDB G1 yang masih sah tarikh. iii. Salinan resit atau bukti pembayaran.

iv. Lampiran 1 (senarai semak – checklist) yang siap diisi dan ditandakan serta cop alamat syarikat di bawah penjuru kanan, ditampal pada sampul.

b. Sampul hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender (drop box) yang telah ditentukan di alamat berikut:

Bil. Daerah Alamat (Pejabat YP Maintenance Sdn. Bhd.)

No. Tel. 1. Kuantan B800, Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan,

Pahang Darul Makmur

09-516 4400

2. Maran

3. Pekan No. 241, Perkampungan Sepekan Jaya,

26600 Pekan, Pahang Darul Makmur

09-426 6990

4. Rompin

5. Temerloh

No. F 151, Jalan Selayang, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur

09-290 2164

6. Bera

7. Jerantut

8. Bentong

No. P10, Taman Mawar Indah 1, Off Batu 4, Jalan Lama Bentong-KL, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur

09-222 2795 9. Raub 10. Kuala Lipis 11. Cameron Highlands Jadual 1

(5)

DOKUMEN TENDER

RO3

KERJA-KERJA MEMOTONG

RUMPUT

(6)

R03 - GRASS CUTTING

Item

Description

Appendix

1.0

Specification of Works: R03 - Grass Cutting

A

2.0

Preambles

B

3.0

Bill Of Quantities

C

4.0

Traffic Management Plan (TMP)

D

(7)

APPENDIX A

Specification of Works: R03 - Grass

Cutting

(8)

Pahang State Roads Maintenance APPENDIX A

Page

1

of

1

R03 – GRASS CUTTING

3.1 SCOPE OF WORKS

a. The Company shall provide all materials, labour , tools, equipment, transport and whatever necessary to carry out the grass cutting works within the specified limits.

Area of grass cutting shall be within the limit and extent as described below: (Refer to attached Drawing 1)

i. Along the road shoulders and verges including the roadside and shoulder drains. The grass cutting works shall be for the maximum width of 3 meters of the shoulder or 1m after the road side drain.

ii. On cut slopes and embankments, grass cutting works shall be limited up to 1 meter of the slope.

iii. Grass cutting for berm drains, interceptor drains and all other type of drains on slope at a width of 1 meter on both sides of the drains for 1st and 2nd berms as the agreed cycle per year.

iv. For the 3rd drain and above, the grass cutting works shall be 2 months per cycle.

v. At medians.

vi. Cleaning of litter and debris during the grass cutting activities. b. The grass cutting cycle shall be 1 cycle per month.

3.2 DEFINITION

Grass cutting shall be defined as the cutting to a required minimum height, removal and disposal of the grass, litter and debris and disposed it at a legal dumping site.

3.3 WORK PROCEDURES

i. Trimming around road furniture’s shall be done by hand and the Company shall ensure that no undue damage is done to the road furniture.

ii. The Company shall remove individual stones or other deleterious material, which may create a possible hazard to persons or property.

3.4 SPECIFICATION

i. The grass shall be cut to a minimum height of 50 mm from ground.

(9)

APPENDIX B

Preambles

(10)

YP MAINTENANCE SDN BHD

Pahang State Roads Maintenance

Appendix B : Nota Awalan - (Memotong Rumput)

(Preamble Notes) (Grass Cutting)

ITEM DESCRIPTION

A Keseluruhan "Bills of Quantities R03" yang dinyatakan hendaklah dibaca bersama-sama dengan "PREAMBLES TO BILLS OF QUANTITIES", "DESCRIPTION OF WORKS" dan "SPECIFICATIONS" sepertimana yang terdapat di dalam Dokumen Tender.

(The whole Bills of Quantities ''R03'' shall be read in conjunction with the "PREAMBLES TO BILLS OF QUANTITIES", "DESCRIPTION OF WORKS" and "SPECIFICATIONS" in the Tender Documents.

B Pihak Sub-Kontraktor DIMESTIKAN supaya MELAWAT TAPAK KERJA SEBELUM MENENDER untuk kerja-kerja yang berkenaan bagi tujuan mengenalpasti keadaan sebenar di tapak. Adalah menjadi tanggungjawab pihak Sub-Kontraktor sekiranya berlaku kegagalan ataupun kelewatan untuk menyiapkan kerja disebabkan oleh kekurangan pengetahuan di tapak kerja seperti "roads inventory" dan sebagainya.

(The Sub-Contractor is REQUIRED TO VISIT THE SITE BEFORE TENDER for the works in order to identify and familiarise with the actual site condition. It shall be the resposibility of the Sub-Contractor in the event of failure or delay in completion of the works due to lack of knowledge of the site condition including roads inventory)

C Jumlah panjang jalan yang diberi adalah "ANGGARAN" dan panjang sebenar akan ditentukan dengan membuat pengukuran semula ditapak

(The given length of road are PROVISIONAL and shall be subjected to remeasurement on site in order to determine the actual length )

D Kerja-kerja penyenggaraan adalah termasuk kerja-kerja pembersihan seperti mencuci, menyapu, mengutip dan membuang sampah-sarap, sisa-sisa, lumpur dan lain-lain sampah, memberus kekotoran dan membuang segala yang tidak dikehendaki seperti membuang bangkai haiwan pada hari yang sama, di dalam Lingkungan Tanggungjawab Penyelenggaraan (Limit of Maintenance Responsibilities) termasuk menyediakan insuran yang bersangkutan.

(The maintenance works comprising cleaning operations such as washing, sweeping, collection and disposal of litters, debris, silt and other forms of rubbish, brushing down stains and removal of foreign elements such as carcasses on the same day within the LMR (Limit of Maintenance Responsibilities) including to provide all necessary insurances). E "MANDAY" adalah bermaksud jumlah purata bilangan pekerja sehari untuk kerja-kerja yang bersangkutan.

("MANDAY" shall means the average total number of workers for the related works per day)

F BAYARAN hanya akan di buat untuk kerja-kerja yang telah disiapkan seperti yang dinyatakan di dalam "Bills of Quantities R03" berserta dengan bukti-bukti yang sahih seperti doket, inbois, pengukuran bersama (jika ada) dan lain-lain dokumen yang perlu bagi tujuan pengesahan.

(PAYMENT ONLY be made to any completed works that specified in this Bills of Quantities "R03" with the proper related proves by means of dockets, invoices, joint measurement (if any) and any other necessary back-up documents for verification)

G Segala lebihan dari kerja-kerja pengorekan (excavation) yang bersangkutan dengan kerja hendaklah dibuang ke tempat yang ditentukan dan disahkan oleh wakil pihak BERKUASA TEMPATAN dan YP MAINTENANCE SDN BHD.

(Any waste or surplus excavated materials in relation to the works shall be dump to the designated area as directed and approved by the LOCAL AUTHORITY and YP MAINTENANCE SDN BHD's representatives)

H Kerja hanya boleh dilakukan apabila diperlukan dan diarahkan oleh pihak YP MAINTENANCE SDN BHD sahaja. (Works shall only be carried out as and when requested and instructed by YP MAINTENANCE SDN BHD)

I Kadar HARGA untuk PEKERJA AM hendaklah TERMASUK segala peralatan dan kelengkapan berserta dengan keuntungan dan apajua "item" yang perlu untuk melakukan dan menyiapkan kerja.

(The PRICE quoted for GENERAL WORKERS shall be INCLUSIVE of tools and equipments together with profit and whatever necessary items to carry out and complete the works)

J Untuk mendapatkan kadar harga sebulan bagi kerja yang dinyatakan, Sub-Kontraktor perlu mengambilkira purata jumlah sebenar bilangan PEKERJA AM dalam sehari untuk sebulan.

(In order to get the Unit Rate for one month, Sub-Contractors are to calculate the average actual total number of GENERAL WORKERS for one day to arrive for a month.

K KADAR HARGA untuk bekalan KENDERAAN, MESIN, ALATAN DAN BARANGAN MESTILAH SUDAH DIAMBIL KIRA

"item" PENGURUSAN TRAFIK seperti kon, papantanda sementara, "flagman" dan sebagainya berserta segala perkara yang perlu bagi tujuan menyiapkan kerja dengan sempurna.

(The supply of VEHICLES, MACHINERIES, TOOLS AND EQUIPMENT for the works in MUST be bound INCLUSIVE in the PRICE quoted including TRAFFIC MANAGEMENT items e.g. cones, temporary signboards, flagman etc together with any other necessary items for the proper completion of the work)

(11)

APPENDIX C

Bill Of Quantity

(12)

YP MAINTENANCE SDN BHD

Pahang State Roads Maintenance Bills of Quantities R03

KATEGORI

ITEM DESCRIPTION UNIT JALAN KUANTITI KADAR AMAUN

(unit) (Road Category) (Qty) (Rate) (Amount)

(RM) (RM)

A MEMOTONG RUMPUT

Membekal pekerja pemotong rumput secukupnya setiap hari KM NEGERI 45.00

bekerja termasuk segala kelengkapan peralatan, barangan, mesin, pengangkutan dan apajua item yang perlu berserta membuang sisa potongan rumput dan segala bentuk sampah sarap di dalam lingkungan kerja pada hari yang sama ke tempat yang di sah oleh pihak BERKUASA TEMPATAN dan

YP MAINTENANCE SDN BHD bagi tujuan menyiapkan

kerja-kerja dengan sempurna berdasarkan jadual kerja seperti yang diarahkan oleh pihak YP MAINTENANCE SDN BHD

(i) Jumlah purata bilangan pemotong

rumput dalam sehari………...(Orang)

Nota :

(i) Panjang kilometer jalan yang akan diberikan setiap pakej adalah diantara 40km sehingga 50km

(ii) Panjang sebenar akan diberikan mengikut daerah masing setelah sebut harga ini berjaya

(iii) Kerja-kerja memotong rumput ini adalah selama 12 bulan

Jumlah Amaun 1 bulan

Total Amount 1 month

Jumlah Amaun 12 bulan x 12

Total Amount 12 month

Saya dengan ini mengesahkan Jumlah Tender untuk kerja sebanyak RM………

(I/We hereby confirm the tender sum for the works at RM)

(Ringgit :……….. )

Name : ……….. Official Company's Stamp :

(Nama) (Cop Rasmi Syarikat)

NRIC No. : ……….. (No. NRIC) Designation : ……… (Jawatan) Date : ……… (Tarikh) HP No : ……….. (No. Tel)

(13)

APPENDIX D

(14)

LEGENDS :

A B C

CONE (100m Apart.)

NOTA:

1) SEKIRANYA KERJA DILAKSANAKAN HANYA DISEBELAH JALAN MAKA

KON DAN PAPAN TANDA AMARAN HENDAKLAH DISUSUN DI KAWASAN KERJA SAHAJA. 2) PEKERJA HENDAKLAH MEMAKAI PPE YANG DIBEKALKAN.

PROJECT: DRAWN BY :

PROPOSED OF TCP FOR GRASS CUTTING ON SHOULDER (R03)

DATE:

TRAFFIC CONTROL PLAN (TCP) Work Area A B C A B C Work Area 90m Shoulder Shoulder 90 m 100 m 100 m 100

Referensi

Dokumen terkait