• Tidak ada hasil yang ditemukan

siaran akhbar UNTUK SIARAN SEGERA 28 NOVEMBER 2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "siaran akhbar UNTUK SIARAN SEGERA 28 NOVEMBER 2019"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

siaran akhbar

UNTUK SIARAN SEGERA 28 NOVEMBER 2019

Keuntungan sebelum cukai meningkat 4.7% kepada RM510.7 juta bagi

9 bulan 2019

Ringkasan Keputusan Kewangan Kumpulan bagi tempoh 9 bulan 2019

Prestasi Keseluruhan

Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM510.7 juta untuk tempoh berakhir 30 September 2019, peningkatan sebanyak RM22.8 juta atau 4.7% berbanding RM488.0 juta untuk tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, disebabkan terutamanya oleh pengurangan peruntukkan rosot nilai pinjaman sebanyak RM78.4 juta dan Kumpulan juga telah merealisasikan keuntungan bersih sebanyak RM106.3 juta daripada portfolio pelaburan kewangannya.

Aset bersih sesaham meningkat 5.1% kepada RM4.69 pada 30 September 2019 (31 Disember 2018 : RM4.46) manakala ekuiti pemegang saham Kumpulan berada pada RM9.3 bilion (31 Disember 2018 : RM8.7 bilion)

Ringkasan Prestasi Kewangan Kumpulan bagi tempoh sembilan bulan 2019

Bagi Tempoh Berakhir Sembilan

Bulan Varians

30/09/2019 RM ‘000

30/09/2018

RM’000 RM’000 %

Pendapatan Faedah Bersih 556,002 637,874 (81,872) (12.8)

Pendapatan Bukan Faedah 588,506 528,801 59,705 11.3

Pendapatan Bersih 1,444,703 1,467,044 (22,341) (1.5)

Keuntungan Operasi 503,366 455,784 47,582 10.4

Keuntungan sebelum Zakat dan

Cukai 516,061 491,846 24,215 4.9

Keuntungan Sebelum Cukai 510,745 487,969 22,776 4.7

Keuntungan bersih 384,374 375,506 8,868 2.4

Keuntungan yang boleh diagihkan

kepada pemegang ekuiti Bank 365,661 359,336 6,325 1.8

Keuntungan Sesaham (EPS)

(2)

P a g e 2 | 6 Pendapatan faedah bersih

Pendapatan faedah bersih menurun sebanyak RM81.9 juta bagi tempoh yang ditinjau selaras dengan pengurangan pelaburan kewangan FVOCI sebanyak RM4.8 bilion dan portfolio pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan sebanyak RM2.4 bilion.

Pendapatan bukan faedah

Kumpulan mencatatkan pendapatan bukan faedah yang lebih tinggi sebanyak RM588.5 juta, meningkat 11.3% tahun ke tahun disebabkan oleh keuntungan bersih yang lebih tinggi daripada instrumen kewangan sebanyak RM106.3 juta. Pendapatan berasaskan fi, namun begitu merosot sebanyak RM28.0 juta kepada RM320.9 disebabkan oleh persekitaran pasaran yang lemah terutamanya dalam perniagaan pengurusan aset dan pembrokeran saham.

Pertumbuhan Pinjaman, Deposits dan Nisbah Pinjaman kepada dana

Bagi sembilan bulan pertama 2019, jumlah pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan Kumpulan menyusut sebanyak 4.8% kepada RM46.6 bilion disebabkan pengimbangan semula portfolio. Deposit pelanggan Kumpulan juga berkurangan sebanyak 0.8% kepada RM56.9 bilion berbanding tahun kewangan sebelumnya. Nisbah pinjaman kepada dana stabil pada 77.0% pada 30 September 2019 berbanding 81.1% pada 31 Disember 2018.

Kualiti Aset

Pada 30 September 2019, nisbah pembiayaan terjejas untuk Kumpulan adalah 3.42%. Dua akaun yang menjejaskan nisbah berkenaan adalah daripada sektor Hartanah dan Minyak dan Gas. Pihak Kumpulan menjangkakan untuk menyelesaikan salah satu daripada akaun tersebut pada suku pertama 2020. Sementara itu, Rizab Kerugian Pinjaman dikekalkan pada 96.0%.

Kedudukan Kecairan

Pada 30 Sepember 2019, nisbah perlindungan kecairan Kumpulan berada pada 237.8% [31 Disember 2018: 169.3%] sementara NSFR berada pada 121.1% [31 Disember 2018: 86.9%].

Nisbah Kecukupan Modal

Pada 30 September 2019, nisbah modal Ekuiti Biasa Tier 1 (“CET 1”), Tier 1 dan Jumlah modal semua entiti perbankan Kumpulan kekal kukuh dan jauh melebihi keperluan pengawalseliaan, yang menjadi bukti kepada kekuatan kewangan Kumpulan.

Nisbah Kecukupan Modal Kumpulan pada 30 September 2019 adalah seperti berikut :- Jumlah Modal 22.44%

CET 1 13.71%

Tier 1 15.46%

En Kamarul Ariffin bin Mohd Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad (AFFINBANK) berkata, “Kami akan terus menyediakan perkhidmatan perbankan inovatif kepada para pelanggan kami kerana kami percaya ekonomi Malaysia berpotensi besar dan bersesuaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan serba lengkap seperti kami. Di samping itu, pertumbuhan

(3)

P a g e 3 | 6 pendapatan berterusan bagi tempoh sembilan bulan yang ditinjau adalah bukti inisiatif dan langkah yang telah kami ambil untuk memberikan hasil yang kukuh walaupun berdepan persekitaran luaran yang mencabar.”

Ringkasan Prestasi kewangan mengikut entiti – Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”)

Entiti 9 bulan 2019 (RM’juta) 9 bulan 2018

(RM’juta) (RM‘juta) Varians Ulasan

AFFINBANK 334.6 472.0 (137.4) PBT bagi tempoh sembilan bulan

2019 yang lebih tinggi didorong oleh dividen yang lebih tinggi diterima daripada anak-anak syarikat sebanyak RM223.0 juta.

AFFIN ISLAMIC 85.5 117.3 (31.8) PBT yang lebih rendah disebabkan oleh pendapatan pembiayaan bersih yang lebih rendah dan perbelanjaan overhed yang lebih tinggi, diimbangi oleh keuntungan bersih yang lebih tinggi daripada instrumen kewangan dan peruntukan yang lebih rendah bagi kerugian rosot nilai kredit.

Affin Hwang Capital

145.3 124.0 21.3 PBT yang lebih tinggi disebabkan oleh keuntungan bersih yang lebih tinggi daripada instrumen kewangan yang diimbangi oleh pendapatan bersih dan pendapatan komisen dan pendapatan faedah bersih yang lebih rendah. AXA Affin Life

Insurance Berhad (51% Syarikat usahasama)

(4.5) (2.4) (2.1) Bahagian kerugian yang lebih tinggi disebabkan oleh rizab yang lebih tinggi untuk liabiliti pemegang polisi masa depan berikutan pergerakan menurun kadar MGS.

AXA Affin General Insurance Berhad (49.95% Syarikat Bersekutu)

17.2 38.5 (21.3) Bahagian keuntungan yang lebih rendah disebabkan oleh rizab tuntutan yang lebih tinggi dalam segmen Motor.

Affin

Moneybrokers Sdn Bhd

2.0 1.1 0.9 PBT yang lebih tinggi disebabkan oleh

pendapatan pembrokeran yang lebih tinggi yang diimbangi oleh perbelanjaan overhed yang tinggi. AFFIN Bank

Group

(4)

P a g e 4 | 6 Prospek perniagaan masa depan, strategi melangkah kehadapan dan tinjauan ekonomi

Sejak 2017, pihak Kumpulan telah melabur dalam sistem dan modal insan untuk memastikan pematuhan pengawalseliaan dalam semua aspek operasinya. Dengan memanfaatkan teknologi, pihak Kumpulan akan dapat mengautomasikan beberapa fungsi pemantauan dan dengan demikian dapat mengurangkan potensi kesalahan manusia. Pihak Kumpulan akan terus melabur di bahagian ini disebabkan kepentingannya kepada operasi perniagaan.

Pihak Bank sedang menaik taraf keupayaan dan kecekapan operasi khususnya dari aspek digital dalam memperkayakan pengalaman pelanggan. Para pelanggan kini boleh menikmati penggunaan AFFIN Pay baru (kad debit / kredit maya) yang telah dilancarkan pada bulan Jun 2019 untuk transaksi tanpa tunai mereka. Perbankan Internet Runcit yang baharu juga telah dilancarkan pada September 2019, manakala pembangunan Perbankan Internet Mudah Alih pula sedang diusahakan. Bagi Perbankan Korporat, Sistem Perbankan Transaksi yang baru akan membolehkan AFFINBANK menarik pelanggan baru dan meningkatkan pengalaman pelanggan sedia ada. Sementara itu, bagi segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (‘PKS’), aplikasi mudah alih baru “SMEColony” telah dilancarkan pada bulan Julai 2019. Pada masa yang sama, AFFINBANK juga bekerjasama dengan rakan-rakan Fintech yang terkenal untuk inisiatif-inisiatif yang dipacu teknologi.

Pihak Bank juga akan memperkenalkan lebih banyak inisiatif digital sebagai sebahagian daripada pelan digital yang akan memberi kelebihan daya saing, dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada para pelanggan.

Pihak Bank amat berbesar hati apabila AffinOnline, laman sesawang Perbankan Pengguna AFFINBANK telah diiktiraf oleh Perbankan dan Kewangan Asia sebagai salah satu laman sesawang terbaik untuk tahun ini. Pusat Hubungan AFFINBANK turut menempa nama pada Anugerah Inovasi Pelanggan apabila membawa pulang anugerah berprestij Jualan dan Pemasaran CX bagi dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2018, Pusat berkenaan juga menerima anugerah ‘Best New Customer - Breaking Silos with Fast Development’ menerusi Sistem Pusat Hubungan baru yang berjaya dilancarkan hanya dalam masa 100 hari. AFFINBANK akan terus memanfaatkan teknologi terkini dalam usaha mendigitalisasi Pusat Hubungan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

Oleh kerana kemunculan syarikat-syarikat baru (start-ups) begitu menggalakkan di Malaysia, yang menjadi elemen penting untuk merangsang ekonomi, AFFINBANK berhasrat untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan dan perantara utama untuk memudahkan mereka memasuki pasaran dengan menawarkan cadangan start-ups yang holistik dengan penyelesaian merangkumi transaksi, perlindungan, pembiayaan serta khidmat nasihat. Cadangan Bank membolehkan start-ups untuk merasai pengalaman perjalanan inklusi kewangan, kekitaan dan sokongan. AFFINBANK telah dianugerahkan “Best SME Banking Initiative for Start-Ups” di bawah kategori Anugerah Perbankan 2019 bagi Anugerah Kewangan Antarabangsa oleh majalah International Finance yang berpangkalan di United Kingdom.

(5)

P a g e 5 | 6 Cawangan digital pertama AFFINBANK yang terletak di MyTOWN Shopping Centre menggabungkan elemen dan sentuhan peribadi untuk memperkayakan pengalaman pelanggan menggunakan saluran digital. Beralih dari minda transaksional ke minda yang berfokuskan pelanggan yang memanfaatkan teknologi dan inovasi, cawangan digital AFFINBANK yang pertama ini membuktikan pencapaiannya dengan menggondol Anugerah Omni-Experience Innovator pada bulan September 2019.

Dari segi sinergi Kumpulan, AFFINBANK telah meraikan ulang tahun pertama sebagai entiti Apex Kumpulan dan telah menyaksikan kerjasama yang lebih erat antara Affin Hwang Investment Bank, Affin Hwang Asset Management, AXA Affin General Insurance dan AXA Affin Life Insurance dalam tawaran sindikasi, produk dan latihan. Pada masa sama, Kumpulan turut memberi tumpuan kepada keutamaan strategik.

Pelan modal yang dipertingkatkan oleh pihak Kumpulan turut berkembang seperti yang dirancang dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif (iaitu penubuhan Program Sukuk, Pelan Pelaburan Semula Dividen dan AT1CS) yang akan membolehkan kami menjalankan inisiatif Program AFFINITY dan Program Risiko Strategik.

Pihak Kumpulan akan terus berusaha memaksimumkan nilai sinergistik dan melaksanakan lebih banyak strategi untuk memacu fasa pertumbuhan seterusnya dan memenuhi persekitaran dan keperluan perniagaan yang sentiasa berubah. Fokus strategik AFFINBANK bagi suku keempat tahun 2019 akan kekal di segmen perbankan runcit dan perniagaan terutamanya dalam segmen PKS. Pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia berkurang kepada kadar 4.4% pada suku ketiga 2019 selepas meningkat kepada 4.9% pada suku kedua 2019. Pertumbuhan yang lebih perlahan pada pada suku ketiga 2019 disebabkan oleh kelembapan permintaan domestik berikutan penurunan ketara jumlah pelaburan serta pertumbuhan penggunaan swasta yang lebih rendah. Dalam tiga suku pertama 2019, KDNK sebenar mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 4.6% tahun ke tahun berbanding 4.8% dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan keseluruhan bagi tahun 2019 dijangka berada dalam sasaran unjuran sebanyak 4.3% hingga 4.8% (4.7% pada tahun 2018) dan kadarnya akan berterusan memasuki tahun 2020. Ini didorong terutamanya oleh aktiviti sektor swasta khususnya perbelanjaan isi rumah yang disokong oleh pertumbuhan berterusan dalam pekerjaan dan pendapatan.

Inflasi utama pada tahun 2020 dijangka lebih tinggi daripada tahun 2019 tetapi kekal sederhana. Inflasi dasar dijangka kekal stabil, disokong oleh perkembangan ekonomi yang berterusan dan ketiadaan tekanan permintaan yang kuat.

Ekonomi global masih berdepan risiko penurunan yang besar yang berpunca daripada ketidaktentuan ekonomi dan kewangan global serta kelemahan sektor-sektor berkaitan komoditi. Bank Negara Malaysia (BNM) pada mesyuarat dasar monetari yang diadakan pada bulan November 2019 baru-baru ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (‘OPR’) pada 3.0% serta menyatakan bahawa dasar monetari semasa kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi tetapi memberi amaran tentang kelembapan aktiviti ekonomi global melibatkan kedua-dua ekonomi maju dan yang sedang pesat membangun.

(6)

P a g e 6 | 6

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad Ketua, Komunikasi Korporat Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428

Faks : +6 03 2026 1104

Email : [email protected]

Amirah Aliah Azlan

Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034

Faks : +6 03 2026 1104

Email : [email protected]

Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Kumpulan AFFINBANK adalah konglomerat perkhidmatan kewangan. Aktiviti Kumpulan AFFINBANK fokus kepada perkhidmatan perbankan komersil, Perbankan Islam dan pelaburan, pembrokeran wang, pengurusan aset dan pengunderaitan perniagaan insurans hayat dan am.

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan individu dan korporat. Sasaran bidang pihak perniagaan pihak Bank telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama di dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Bahagian Korporat & Perniagaan Awam, Bahagian Perusahaan Kecil & Sederhana dan Perbendaharaan.

Cogan kata kami "Perbankan Tanpa Batasan" menandakan penyingkiran sempadan dalam proses Bank serta sikap dalam melayani pelanggan, di mana kami berusaha untuk mendekati para pelanggan dan mengeratkan hubungan dengan mereka dan membuat setiap mereka berasa istimewa serta meningkatkan pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah wajah perbankan konvensional.

Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), anak syarikat milik penuh AFFINBANK mula beroperasi sebagai entiti perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006, dan menawarkan produk dan khidmat Perbankan Islam untuk pelanggan-pelanggan individu dan korporat yang mematuhi undang-undang Syariah.

Pada 30 September 2018, AFFINBANK mempunyai 110 cawangan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC

Referensi

Dokumen terkait

Spondilosis lumbalis dapat diartikan perubahan pada sendi tulang belakang dengan ciri khas bertambahnya degenerasi discus intervertebralis yang diikuti perubahan pada

Dengan demikian, dapat dioperasionalkan kemampuan menulis puisi adalah kesanggupan, kekuatan, atau kecakapan untuk menyusun atau mengorganisasikan buah pikiran atau ide ke

Untuk memenuhi keinginan ini, penulis akan meminta mahasiswa untuk berbicara dalam bahasa Inggris pada kegiatan membaca ‘sebelum,’ ‘sedang,’ dan ‘setelah.’ Oleh karena

Dengan demikian, tiruan bunyi kodok B.Ing [krə Ʊk krəƱk] tetap mengacu pada kodok yang tubuhnya lebih besar dari kodok yang berbunyi [rIbIt rIbIt], dan burung gagak

Namun, gain rata-rata dari ketiga antena V-Vertical Groundplane pada frekuensi UHF memiliki nilai 3,86 dBi, sehingga antena V-Vertical Grounplane cukup baik

Stemming biasanya digunakan sebagai pra-pengolahan untuk Information Retrieval (IR) yang berfungsi untuk mereduksi jumlah term dalam suatu dokumen. Efek dari penggunaan

Tidak usah memamerkan kelebihan di tempat kerja baru, cukup katakan Anda mendapat kesempatan yang terlalu baik untuk dilewatkan.Kalau ada masalah pribadi seperti ketidakcocokan

Keinginan Membeli Minute Maid Pulpy Orange Dan Nutrisari Setelah Melihat Iklan, mayoritas menjawab Sebanyak 86 orang responden (94,5%) berpendapat bahwa mereka