• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGENAL DIRI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MENGENAL DIRI"

Copied!
183
0
0

Teks penuh

(1)

MENGENAL

DIR

I

OLEH

(2)

KESIMPULAN DARI PERJALANAN KU 1. Yang ada mencari yang tiada

2. Menemui sesuatu yang harus mendapatkan perhatian dari kita sendiri a) Mengikuti terus perkembangan nya

b) Terus mengadakan latihan sampai dapat berkembang terus sampai dapat merasakan yang sesuatu itu telah memancar dari dalam badan diri sendiri.

c) Dengan sesuatu melakukan sesuatu untuk dapat mengetahui akan rahsia yang terkandung padanya.

3. Melakukan perjalanan dengan sesuatu dari tiada sampai ke tidak ada (fana) 4. Di tempat tidak ada menyandarkan dan menyatakan badan diri guna untuk

mengadakan pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad sebagai Rasullulah, Dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadat sekurang kurang nya 3 kali berulang ulang.

5. Kembali berjalan dari tidak ada kepada tiada sampai kepada ada. Dan bawaan kita keluar selalu sebagai seorang manusia dengan sesuatu.

Demikian lah adanya.

A K U BAGINDA MUKHTAR (SI SEPULUH)

(3)

KATA BERMULA Anak anak ku sekelian

1. Ketahuilah oleh mu, resapkan kedadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindongan yang Maha Besar engkau berdiri, adalah engkau hidup dan di hidupkan. Dari itu sembahlah Dia, Allah yang Maha Esa dan pohonkanlah segala galanya kepadanya. 2. Engkau menjadi orang melalui ibu bapa mu, kalau tidak ada ibu dan

bapa mu tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibu bapa mu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan jangan durhaka kepadanya.

3. Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandungnya,

Dan dibidang Ilmu Pengetahuan ku, adalah engkau anak ku pula dan adalah aku gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa pada ku.

Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran mu mendatangkan “Bahagia” pada rasa perasaan ibu bapa mu dan kaum famili mu. Dan di mana letaknya “Bahagia” mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada pada mu, tetapi dimana letaknya? Letak nya ialah pada mu, yaitu ditempatnya. Munkinkah letaknya di luar mu? Tidak munkin, kerana engkau yang membawa nya.

Bahagia ku letak nya pada ku dan bahagia mu letak nya pada mu, aku mengandung bahagia dan engkau mengadung bahagia, Untuk merasakan dan mendapatkan itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandungan mu itu.

Engkau tak tahu. Dalam hal ini , maka aku yang engkau anggap guru mu yang menolong melahirkan kandungan mu itu.

Dan engkau akan merasa “Bahagia” sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami “Bahagia Mu” yang telah dilahirkan itu.

Kesadaran dan pengertian mu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Guru Mu sebagai pembimbing mu memecahkan Rahsia "Diri" mu sendiri, menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal abadi.

(4)

Pelajari lah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada pada mu dan jagalah adab mu terhadap: Ibu bapa mu sesudah itu Guru mu. Dan Istimewa: Terhadap Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala yang di jadikan, Yang mengetahui yang tidak di ketahui oleh apa dan siapa saja, sembahlah Dia dan carilah rahsianya yang terkandung di Badan "Diri" mu, untuk mengenalnya dengan erti yang sebenarnya.

Rabbigefir warham waanta khirurrrahimin……….

“Hai Tuhan ku, ampuni lah kesalahan ku kasehanilah aku, engkau sebaik baik yang mengasehi”

Palembang 27hb Nov. 1965

KESAHKU

Biduk ku yang tadinya belayar dengan tenang dan laju, karam dihentam badai topan sehingga terdampar ketepi pantai sampai menyebabkan kemudi patah. Semua orang di daratan menyalahkan aku. Aku belayar dengan bidukku mengharungi lautan samudera denan tujuan mencapai pulau cita cita, yaitu "Bahagia" . "Bahagia" yang di idam idamkan oleh tiap tiap manusia.

Dalam pelayaran itu sewaktu aku memutar haluan hendak menuju sesuatu tujuan yang tertentu yang aku anggap baik, maka sekoyong koyong dengan tidak aku sedari berembuslah badai topan dengan segala ikhtiarkau dayaupayaku, aku jalankan guna untuk bertahan menjaga supaya bidukku jangan karam.

Akhirnya satelah aku cuba bertahan berhari hari dan bermalam malam(lima belas hari dan lima belas malam lamanya) untuk menyelamatkan biduk itu, kesudahannya bidukku terdampar ketepi pantai dan tidak sampai tenggelam di tengah lautan. Daya tahanku boleh kikatakan hampir habis.

Kerana, kalau sampai tenggelam di tengah lautan, tentu semenjak waktu itu akan berakhirlah riwayaat hidup ku dan tidak ada satu manusia pun kan mengetahui kesah ku ini, kerana seluruh isi biduk itu akan ikut tenggelam dan termasuk aku sendiri.

(5)

Aku berusha dan mencuba menerangkan keadaan yang sebenarnya akan tetapi tidak satu orang pun waktu itu yang mau mendengar keterangan ku. Aku tidak mengharapkan belas kasihan dari orang orang itu, tidak, hanya aku ingin mengemukakan kebenaran ku kepada meweka itu, akan tetapi manusia manusia itu tidak mau menerimanya.

Dan dari segi lain angin badai topan tersebut menyebabkan mulai berlakunya Peristiwa Ghaib bagi "Diri" ku.

Aku terkatong katong seorang Diri dan tiap tiap orang yang menemui aku atau yang aku temui memperlihatkan rasa curiga pada ku.

Dan segala sesuatu itu aku terima dengan segala kesabaran dan tawakal. Curiga orang orang itu menjadi bahan bagiku untuk mengoreksi diriku. Aku harus menyesuaikan batinku denan zahirku. Dan beransur ansur mulai ada orang yang mempercayai aku dan sudah ada pula yang menaruh perhatian pada ku.

Biduk ku dikuasai oleh orang orang tertentu, bahkan sampai kepada kekayaan ku yang tidak seberapa di kuasai orang juga. Pehak pehak yang tertentu tak mau mengerti dan tak mau tahu akan keadaan ku waktu itu dan terang aku rasakan ialah “kemerdekaan ku dirampas oleh orang orang yang tertentu itu dengan tujuan tertentu pula”

Aku tak berdaya kerana tidak ada satu orang pun yang memehak pada ku. Kebenaran ku dikalahkan oleh jumlah bilangan meeka yang banyak. Dan belakangan ternyata kemudi biduk ku patah, patah tak dapat disambung lagi sehingga aku kehilangan kemudi (kesayangan ku) untuk selama lamanya.

Aku mengatakan maka sampai patahnya kemudi itu di sebabkan keranakan yang menguasai biduk ku itu setelah kemerdekaan ku di rampas, kerana setahuku bidukku tidak sampai sebegitu jauh rosaknya, akan tetapi oleh kerana dari semula orang mengatakan aku yang menyebabnya, maka kesalahan tetap dipikulkan kepundaku. Aku tahu biduk ku rosak, dengan mati matian sewaktu ditengah lautan aku pertahankan supaya jangan sampai tenggelam dan akhirnya dengan tidak berdaya aku sampai ketepi.

Hanya aku yang tahu betapa hebatnya topan itu mengamok siang dan malam dan hanya aku yang bertahan dan lantaran aku juga makanya biduk itu sampai ketepi pantai. Dan sekalian yang terjadi dibiduk adalah akibat dari serangan gelombang dahsyat yang menghentam biduk ku itu. Kemerdekaan ku dirampas dan aku disingkirkan dengan paksa. Kesalahan ku waktu itu ialah aku tidak tegas, aku waktu itu disaat lemah tak berdaya.

Patahnya kemudi itu disebabkan tidak pandainya tukang memperbaikki biduk itu, lantaran tidak tahu hujung pangkalnya atau sebab musababnya, Dan akhirnya aku yang kehilangan, akulah yang menderita.

(6)

Kekuatan ku dengan beransur mulai timbul, kesadaran ku mulai datang dan keadaan itu tak boleh aku biarkan begitu sahaja. Aku mulai bertindak, mulai tegas dan segala hakku yang sengaja di rampas orang aku tuntut supaya dikembalikan. Dan akhirnya dengan kesadaran dan ketegasan ku itu, walau pun tidak keseluruhannya, kemerdekaan ku mulai aku perdapat kembali dengan jalan mushawarah atau perdamaian.

Pengalaman dan penderitaan ku ditaraf yang pertama ini, menyebabkan aku mendapat kesimpulan bahawa “Memang Tuhan ada” Ini bukan berarti aku tak percaya pada Tuhan sebelumnya.

Contoh contoh diantaranya, aku pernah tidak makan sewajarnya, akan tetapi tidak lapar, aku pernah dicari oleh seseorang untuk ditembak lantaran di hasut orang, aku bertemu dengan orang yang mencari aku itu, akan tetapi aku tak dilihatnya dan ada saja orang lain yang mempertahankan aku. Aku pernah dapat tahu apa yang akan terjadi pada seseorang dan banyak pengalamanku yang lain lain yang menyebabkan aku mendapat sesimpulan yang saperti aku sebutkan di atas iaitu” Memang Tuhan itu ada

5.

Kemerdekaan ku telah ku perdapat kembali dan aku ingin membuktikan kebenaran ku kepada masyarakat. Aku kembalikan ingatan ku kepada seluruh peristiwa peristiwa yang telah menimpa aku sejak dari semulanya, aku pelajari dengan seksama dan dengan pegangan ku”Memang Tuhan itu ada” aku merenung dan merenung untuk mengadukan untung perasaan ku kepadanya.

Aku insaf bahawa tidak ada seorang saksi pun akan aku ambil untuk mengemukakan kebenaranku, akan tetapi aku yakin, bahawa di balik saksi yang nyata tidak ada itu, ada saksi tidak nyata iaitu yang ghaib, malaikat malaikat yang telah ditentukan oleh Tuhan sebagai mata mata untuk mengamat amati segala perbuatan kita manusia ini buruk dan baiknya.

Adalah aku waktu itu ibarat seorang musafir di padang pasir sedang kehausan membutuhkan seteguk air untuk melepaskan dahaga dalam pengembaraan untuk mencari sesuatu, aku ingin hendak mencarinya, aku akan menangis dan menangis sejadi jadinya untuk mengadukan penderitaanku yang rasanya tidak pada tempatnya itu.

Zahir ku itu seolah olah tak bererti, kerana dengan kepergiannya, aku sangat berasa kekurangan dan kehilangan keseimbangan dan ak terkatung katung dalam kehidupan, aku sedari diriku, aku melihat keluar hampa perasaan ku, kerana tidak ada rasanya erti hidup bagiku, aku melihat ke dalam, perasaan ku, dadaku penuh dengan daya rasa bermacam macam, aku bertanya sendiri dan mendapat jawapan sendiri dan akhirnya aku temuilah diriku sendiri.

Tahulah aku sudah, bahawa peristiwa besar telah terjadi di diriku, cubaan besar telah terjadi didiriku, aku harus berkorban dan pengorbanan sedang berjalan dan perubahan

(7)

orang yang hidup sebelum aku. Segala sesuatu itu mesti ada waris mewarisi, patah tumbuh hilang berganti dan telah berlaku pula qadar Tuhan atas diriku, aku telah lulus dari ujian berat yang pertam berkat ketabahan ku.

Penderitaan ku lahir batin tak sanggup aku melukiskannya sebagai pengorbananku. Aku harus mengembara melakukan sesuatu perjalanan yang jauh sebagai imbangan dari perjalanan batinku jauh pula.

6.

Jauh disana ku lihat ada cahaya, diriku tertarik akan cahaya itu dan aku mendekatinya, aku perbaiki biduk ku yang terdampar, kemudi aku tukar dengan yang baru dan aku mulai kembali mengharungi lautan luas untuk menuju cahaya yang terlihat oleh ku itu. Bahawa adalah yang aku lihat itu tak ubahnya seumpama cahaya lampu merchusuar pada sebuah pulau yang sangat jauh di tengah lautan yang dapat kita lihat dari jauh. Hilang hilang timbul atau hidup mati. Aku belayar dengan kemudi baru menuju cahaya itu, aku belayar dan belayar, gelombang besar kecil harus ku lalaui, kadang kadang bercampur dengan badai topan, perjalanan ku berbelok belok, akan tetapi akhirnya berkat kesungguhan ku pulau diidaman ku tercapai juga.

Sering pula aku terdampar kekiri dan kekanan, akan tetapi syukur lah tidak sampai membawa bidukku pecah, kerana tiap tiap pengalaman ku aku ambil jadi pelajaran untuk melanjutkan pejalananku.

Dan begitu lah setelah lebih kurang tujuh tahun lamanya aku belayar, aku mendarat di pulau cahaya itu, aku takjub dan hairan cahaya yang aku lihat dari jaun hidup mati atau hilang timbul itu, hidup terus, aku berjalan selangkah demi selangkah sambil memperhaitkan keadaan sekeliling ku dan cahaya yang menjadi perhatian ku itu aku selidikki dengan teliti dan tahulah aku sudah rahsianya, sebab sebabnya maka dia kelihatan hidup mati dari jauh dan rahsianya telah menjadi rahsiaku.

Aku berjalan terus sambil memperhatikan yang lain lain, aku melihat sebuah rumah dan aku ingin mendekati rumah tersebut. Melhat dan memperhatikan akan segala yang aku lihat disitu anggapan ku tentu ada penghuni rumah itu.

Aku ingin hendak menemui penghuni rumah itu, hendak meminta permisi memasukki perkarangan nya.

Aku mencari dan mencari, aku perhatikan sekeliling, namun yang aku cari tidak juga bertemu.

Aku memasukki perkarangannya dengan perlahan lahan dan hati hati sambil mencari penghuninya. Aku naikki rumahnya, kalau ada dia di dalam. Aku maju selangkah lagi, masuk dengan : Assalamu’alaikum, akan tetapi tiada yang menjawab salamku.

Aku sudah berada di sana, akan tetapi yang aku cari tidak ketemu. Aku buka pintu kamarnya, banyak yang aneh aneh aku lihat di dalamnya, namun dia yang aku cari tidak juga ku temui.

(8)

Aku teruskan perjalanan ku kekamar yang lain, sampai seluruh kamar telah aku masuki dan banyak yang aku senangi yang terlihat olehku di dalamnya dari muka aku terus kebelakang dan terus kebawah dan berjalan lagi sekelilingnya, namun yang aku cari tidak juga bertemu.

7.

Aku bingong, aku hairan, orangnya tidak nampak, akan tetapi tanda tanda keadaannya banyak bertemu olehku, banyak yang aku ingini, yang aku lihat dalam kamar kamar yang telah aku pereksa itu , akan tetapi aku tak berani mengambilnya.

Akhirnya aku duduk bermenung di bawah naungan cahaya tadi sambil menanti nantikan, kalau kalau penghuninya datang

Dalam kesunyian itu tiba tiba seolah olah mendengar suara : hai insan yang sedang merenung, apa yang dinantikan lagi? Ketahuilah olehmu, bahawa sesungguhnya DIA yang engkau cari itu, bebenarnya tidak ada, bagaimana DIA akan ada, kerana DIA tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakan, kembalilah engkau ketempat tadi, kerana dengan izinnya juga engkau sampai, dan pergunakanlah kesempatan ini sebaik baiknya. Bahawa DIA itu ada dalam tiada, ada dalam sebutan tak ada dalam kenyataan.

Aku tersentak dari lamunan ku, aku sedar dan insaf dan dengan tenang aku langkahkan kakiku kembali ketempat semula yaitu kerumah yang isinya yang telah ke ketahui itu. DIA ada tetapi tidak ada, DIA ada dalam tiada dan tidak dalam ada. Aku perhatikan segala sesuatunya yang ku lihat dengan saksama dan tahulah akua sudah bahawa disanalah rupanya letak kunci dari segala kunci, pusat dari segala pusat, dari sana titik permulaan dan kesana pula penggembalian segala sesuatu.

Sungguh sangat syukur ku kepada NYA yang menjadikan aku. Banyak sudah rahsia NYA yang aku ketahui dan aku mendapat tali pegangan.

Dengan tali pergantungan ku itu aku kembali dari pengembaraan ku dan rahsia rahsia yang telah aku ketahui itu akan ku pergunakan sebagai amalan ku.

Jalan kesana telah terbuka bagi ku kesimpulan ku sekarang, “Dimana aku berada di sana ada DIA”

Dan aku akan mencari terus yang belum ku ketahui, kerana aku yakin seyakinnya, kalau jalan kesana telah terbuka bagiku pasti sudah jalan jalan lain sudah terbuka pula. Keinginan ku dan doaku semoga Tuhan yang aku sembah, yang menjadikan aku, memanjangkan umur ku, memelihara kesihatan ku dan memberi rezki, kerana hasratku sangat besar supaya manusia yang banyak ini akan mendapat pula saperti apa yang telah aku dapat dan terbuka pula jalan baginya, bagi yang mau mencarinya kiranya: Allah akan menerima segala amalan ku.

(9)

8.

Banyak sudah yang telah ku ketahui rahsia nya telah menjadi rahsiaku, ilmunya telah menjadi ilmu ku dan satu persatu akan ku cuba memecahkannya dengan anak kunci yang telah ada padaku

Dia memerintah seluruh alam termasuk alam ku sendiri. Perintahnya berjalan dengan sendirinya dengan qudrat dan iradatnya apa yang dikehendakinya terjadi, kerana dia maha kuat, maha besar maha mengetahui.

Segala galanya di atur menurut kehendaknya danperaturannya itu berjalan dengan sendirinya.

Dimana batas antara aku dan DIA ? setelah aku selidiki dengan saksama dengan ilmu nya yang telah ada padaku tahulah aku bahawa dinding atau batas aku dengan dia hanya zahirku atau lebih tepatlah ku katakan hanya bulu dan kulitku.

Akhirnya dapat aku katakan “Aku telah menemui diriku, rahsianya telah aku ketahui dan aku telah kembali dari sana dan dinding antara aku dengan DIA telah tembus.

Palembang 1hb.Ogos.1962

9.

RAHSIA HIDUP

Telah engkau ketahui bahawa yang dinamakan Aku bagi mu itu letaknya ialah ditempatnya dan tempatnya ialah pada jua, yaitu di dalam batang tubuhmu.

Dan buat Aku mu itu, Aku memanggilkan engkau padanya, kerana Aku ku dan Aku mu , walaupun asalnya sama tapi letaknya berlainan tempatnya, yaitu padamu dan pada ku. Aku yang dimaksudkan Dia yang bila saatnya telah tiba nanti, akan meninggalkan kita, Dia akan kembali keasalnya, yaitu kepada TUHAN YANG MAHA ESA.

Jadi adalah bagi kita manusia, menjadi pegangan ialah Aku. Dan Dia lah yang tak lekang oleh panas dan tak lapok oleh hujan, suatu anugerah agong dari YANG MAHA ESA kepada kita.

Saya belum dapat kata kata lain sebagai penilaian dan penghargaan yang lebih tinggi dan dalam ertinya, untuk menamakan pemberian dari TUHAN yang dikatakan A K U ITU. Munkin orang lain akan menamakan nya lain pula, tetapi Aku mengatakan adalah

(10)

itu anugerah yang sebesar besarnya dari yang memberi, untuk kita. Betapa tidak, bukankah Dia pokok pangkal dari kehidupan kita. Bayangkanlah kalau Dia tidak ada, adakah yang kita manusia hidup namanya, tidak bukan, dengan kepergian nya, maka matilah kita dinamakan orang. Jadi adalah seluruh kegiatan hidup kita bergantung kepadanya.

Bila hidup meninggalkan kita, namanya kita telah mati. Dan adalah yang dikatakan telah mati itu tidak layak tinggal di atas dunia, ada yang dikubur dan ada pula yan di bakar. Ada orang yang memberi nama “anugerah agong kepada otak, kerana dari sanalah keluar sesuatunya, yang menghasilkan alam pemikiran dan menghasilkan segala sesuatunya.

Kami mengatakan itu adalah hasil kejadian dari yang menjadikan, kejadian yang berat dan teratur oleh yang menciptakan yaitu TUHAN YANG MAHA ESA. biasakah yang dijadikkan itu berbuat atau menghasilkan sesuatu, kalau itu tenaga hidup yang berasalkan dan berisisikan daya hidup , tidak mengalir di dalam otak tersebut, tentu tidak, bukan?? Jadi pastilah ada sesuatu yang dinamakan Hidup di batang tubuh kita yang berisikan daya daya mengaliri jalannya kehidupan kita.

Berdasarkan keterangan di atas adalah kita ini terdiri dari yang dijadikan dan yang dianugerahkan.

Yang menjadikan dan yang menganugerahkan ialah yang tunggal, esa yaitu ALLAH, YANG MAHA ESA dan kuasa.

10.

Kita mendapati barang sudah dengan sempurnanya kejadian kita di jadikannya dengan anugerah yang sangat berharga dan berguna untuk kesempurnaan kita. Dan adalah kewajipan kita untuk menjalankan kehidupan kita menurut yang kehendak. Manusia sedar selamanya ingin kesenangan kekayaan kejayaan kesimpulannya “BAHAGIA” Tidak ada yang mahu sakit – hina – miskin – kesimpulannya mendirita atau sengsara. Tetapi mengapa manusia tidak banyak mengecap nikmat hidup yang dinamakan sampai ketingkatan Bahagia apalagi di idamkan dunia dan akhirat.

Kesalahan letaknya ialah pada salahnya menjalankan kehidupan, tidak berpegang pada jalannya Hidup yang sebenar.

Dan adalah segala kesalahan itu letaknya tidaklah di luar atau pada orang lain melainkan pada kita sendiri

Dimana letaknya kesalahan kita itu??

Jalan yang manakah yang akan dilalui untuk kebahagian hidup kita itu? Untuk ini hendaklah kita pelajari ke – ada – an badan diri kita semenjak dari luar sampai kedalam dan sampai kita menemui Aku kita.

(11)

1. Yang dijadikan yaitu batang tubuh kita (badan)

2. Yang dianugerahkan yaitu yang dinamakan “Hidup” (nyawa)

Yang pertama yaitu yang dijadikan merupakan lahir bagi kita dan yang kedua yaitu yang dinamakan “hidup” berupa batin, yaitu tidak nyata, akan tetapi tidak dapat dimungkiri akan ke – ada – annya. Jadi adalah dia terkandung dalam badan diri kita. Kemanusian kita tidak akan sempurna, kalau tidak berpaduan diantara kedua itu. Badan tidak akan bererti kalau itu “””Hidup” tak ada. Hidup pun tanpa ada badan tidak pula manusia namanya.

Jadi adalah satu sama lain butuh membutuhkan. Oleh kerana itulah maka adalah kita manusia dengan perlengkapan yang ada di perbandingkan dengan mahluk mahlluk lain, sebaik kejadian oleh YANG MAHA MENJADIKAN.

Didalam batang tubuh kita, didapati dua aliran, yaitu aliran zahir dan aliran batin. Aliran zahir yaitu aliran yang bertitik tolak dari hasil bekerjanya jantung kita mengaliri jalan jalan saluran saluran yang telah tersedia mengaliri seluruh batang tubuh atau yang dinamakan orang jasmani.

11.

Aliran “batin” ialah aliran yang berisikan daya hidup yang berpokok pangkal dari “Hidup” mengaliri aliran yang telah tertentu pula saperti aliran jasmani yang dinamakan orang Rohani. Dan kita ketahui sekarang aliran jasmani dan rohani lahir dan batin.

Tiap tiap aliran mengandungi isi, aliran jasmani isinya ialah darah dan apakah isi aliran rohani?? Untuk mengetahui isinya, hendaklah kita pelajari dan pecahkan akan rahsianya.

Sebelum dapat merasakan dan mempunyai itu tenaga “Rohani” yang berasalkan dari yang hidup tentu tidak akan percaya atau tidak mau percaya, kalau dikatakan adalah aliran yang dikatakan aliran rohani berisikan Hidup, kerana berasalkan dari yang “HIDUP” itu anugerah Agong dari yang MAHA KUASA kepada tiap tiap manusia

Aliran jasmani dan rohani itu jalannya adalah seumpama kabel letrik atau kabel dengan stroom (karan), yang mana jarak yang satu dengan lain tak dapat kita mengatakannya, kerana adalah dia itu:

Jauh Tak Berantara Dan Dekat Tak Berbatas

Satu, tetapi berpisah, bukan terpecah. Dan adalah kedua aliran tersebut batasnya bulu dan kulit kita sebagai dindin atau sebagai penutupnya. Untuk dapat mengetahui dan menguasai aliran Rohani itu secara Positif tentu kita harus dapat menembusi dinding itu, sehingga kita dapat merasakan dan mempelajarinya, sanggup kita sendiri menembusi dinding itu?? Dengan jalan melateh Diri, setelah dapat memperbezakan

(12)

atau memisahkan antara tenaga lahir dan daya tenaga batin dan dengan kecerdasan dan kesanggupan kita untuk mengenalnya, munkin kita dapat menembusi dinding yang dimaksudkan.

Sebelum mencuba melatih Diri untuk mengenalnya, untuk di ketahui dan untuk direnongkan lebih baik bacalah kesah yang tersebut di bawah ini dengan saksama. Ceritanya ialah:

Rumah Nampak Jalan Tak Tentu Kata yang empunya kisah:

Ada sebuah rumah, lengkap dengan alat alatnya, bila rumah itu didirikah dan siapa yang membuatnya tidak seorang yang tahu. Orang yang tahu hanya rumah itu telah ada. Berdiri dengan sendirinya dan jarang orang mau menyelidikinya.

Konon kabarnya kata orang yang tahu, rumah tersebut sangat terrahsia dan amat banyak mengandungi rahsia, jarang orang sampai kerumah itu, apa lagi mengetahui Rahsia yang terkandung di dalamnya. Rumah itu, selain dari alat alat perlengkapan yang ada, mengandung kamar dan dalam kamar ada pula kamar yang terrahsia. Dan dalam kamar terrahsia itu duduk bersemayam seorang puteri cantik jelita dengan wajah yang berseri seri sentiasa siap sedia menantikan kedatangan sesuatu, menurut wasiat yang di terimanya.

12.

Adalah dia itu anak raja asal berasal, tak lekang oleh panas dan tak lapuk oleh hujan, benar lagi betul lagi bertuah, berpembawaan lain dari yang lain. Bagai nya adalah air hampir makanan murah, datang dengan sendirinya. Dia memberi kehidupan kepada alam sekelilingnya dan amat sayang sekali yang dihidupkannya itu tak pernah mau mengenalnya atau mengetahuinya.

Alam sekeliling tiada mau mengerti kepadanya, bahkan menganggapnya pula sebagai alam biasa saja dengan memperhitungkannya menurut hukum alam pula. Dia duduk ditempatnya, menantikan kedatangan sesuatu sebagai amanah. Dia tahu dan mengetahui keadaan sekelilingnya, akan tetapi membisu seribu bahasa, kerana tidak ada yang mahu tahu kepadanya.

Amanah yang diterimanya ialah: duduk ditempatnya menantikan kedatangan satu antara dua yaitu:

Pertama: Yang punya datang menjemput, yang bererti kembali keasalnya.

Kedua: Kedatangan seseorang kesatria jujur lagi benar yang sanggup menemui ditempatnya dan membawanya keluar, kerana dia ingin bebas tetapi tak lepas dan kesatria itulah teman hidupnya sejati dunia dan akhirat dan kepadanya lah diserahkan segala apa apa yang ada padanya pada teman hidupnya itu. Kalau orang yang

(13)

makanya jalan untuk memasuki rumah itu ditutup dan terrahsia, kerana sangat banyak mengandung rahsia didalamnya.

Berikut menyusul sebuah kesah pendek berkenaan dengan sebuah rumah, yaitu berbunyi:

Rumah Sudah Tukang Di Bunuh

Rahsia yang terkandung dalam rumah ini, ialah sebab makanya tukang dibunoh oleh yang punya rumah setelah rumah siap, tujuannya supaya jangan ada orang lain yang biasa membikin rumah saperti itu, kerana dia tak mau ada rumah yang lain yang serupa dengan rumahnya.

Mengenai jalan ada pula ceritanya, yaitu: “Dimuka kita terentang jalan panjang tak habis habisnya. Mau kemana kita??

Banyak sudah orang menuruti jalan yang terentang itu. Akan tetapi tak banyak orang yang sampai kepada tujuannya semula dan banyak pula yang tersesat dengan tak tentu jalan pulang atau kembali dan tak kurang pula banyaknya yang tek puas pada jalan yang ditempuhinya itu. Kalau begitu tentu jalan yang di lalaui orang banyak itu bukan jalan yang sebenarnya jalan atau kekurangan sarat dalam perjalanan.

13.

Sebagai seorang islam pada tiap tiap rakaat sembahyang kita sentiasa memohon kepada Tuhan yaitu dengan membaca:

“Tunjukilah kami Jalan yang lurus. Yaitu jalan nikmat yang telah engkau berikan kepada mereka, yang tiada dimurkai dan tiada disesatkan”.

Sudah kah kita perdapat itu jalan?? kalau belum, adakah pernah kita usahakan mencari jalan itu sampai kita dapat Petunjuk dari nya??

Berdasarkan keterangan di atas jalan yang dimaksud tentu telah ditunjukkan kepada orang orang yang sebelum kita. ya itu jalan yang diberi nikmat yang tiada di murkai dan tidak pula sesat.

Sekarang kita kembali mempelajari kesah yang pertama yaitu kepada: “RUMAH NAMPAK JALAN TAK TENTU”

Pengertian kebanyakan orang tentang perkataan di atas, ialah diwaktu mendapat kesulitan, yang mana dia tak dapat menyelesaikannya, maka dilahirkannyalah perkataan tersebut di atas “rumah nampak jalan tak tentu atau tidak tahu”

Kemana tujuan yang sebenarnya perkataan itu? biasa tiap tiap orang akan mendirikan rumah sudah tersedia lapangan untuk itu. Dan sebelum rumah dibikin selamanya

(14)

ada jalan untuk kelapangan itu dan seterusnya sampai rumah itu selesai jalan selamanya ada dan perlu ada, dan dalam hal ini kejadian lain:

rumah nampak jalan tentu, pastilah lah ini bukan rumah yyang sebenarnya, rumah yang dimaksud penuh mengandung Rahsia itu, ialah badan diri kita, bukankah di dalamnya ada aliran atau jalan dan berbataskan bulu dan kulit kita? jadi adalah yang dimaksudkan orang yang tahu meninggalkan pepatah itu, untuk menjadi buah pemikiran bagi orang di belakang hari

Jadi adalah untuk memecahkan “Rahsia” rumah itu, kita misti cari jalan untuk memasukinya, kita harus mengenal segala sesuatunya yang ada pada kita serta kegunaannya sampai kita dapat mengenal Diri sendiri. Dan Diri itu lah mengandung “Rahsia”. Bagaimana jalan untuk mengenal Diri , apa lagi menguasainya? dengan alam fikiran kah? sanggupkah tenaga alam fikiran kita menemui Diri secara positif? kuatkah saraf saraf kita untuk itu? Tenaga alam fikiran kesanggupannya ialah menghayai, mengambarkan barang yang tidak ada, tapi ada.

14.

Ada dalam angan angan, dalam cita cita, dalam idea, jadi tetap dalam keadaan negatif, sedangkan Ilmu Pengetahuan menghendaki positif, kenyataan atau reality.

“Jalan” untuk mengetahui itu letaknya di “Rasa” kerana Rasa itulah yang amat banyak mengandung “Rahsia”. dan kalau “Rasa” yang sebenarnya telah kita perdapat, dengan sendirinya mudah kita memecahkan Rahsianya.

Untuk mendapat “Rasa” yang sebenar secara positif, kita harus menembus dinding yang menutup aliran dari dalam itu.pada uraiaan yang sudah telah diterangkan, bahawa didalam batang tubuh kita, kita mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya, aliran lahir dan aliran batin.

kedua dua nya berdindingkan bulu dan kulit. Untuk mengetahui isi, tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.

Kedua aliran itu berisikan daya tenaga, yaitu yang satu berisikan tenaga “Hidup” dan satu lagi berisikan daya tenaga kehidupan di sebab keranakan adanya yang menghidupkan berada bersertanya.

Tenaga hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya dan tak dapat kita menguasainya sbelum kita dapat mengenalnya dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita perguna sehari hari.

Kehidupan kita di dalam, penuh berisi dengan pergerakan pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan Diri kita, umpama dengan mengadakan latihan latihan sampai kita dapat menemui nya.

(15)

fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, yaitu gerak jalan turun naiknya pernafasan kita.

Latihan ini dilakukan dan bawakanlah dengan berulang ulang sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan kita dari dalam. Bagi kita adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya, bahawa ada sesuatu yang terkandung dalam batang tubuh kita Sudahkah kita dapat mengetahui sampai merasakan dan mengakui kepastian, bahawa adalah yang kita kandung itu ialah yang dinamakan “Roh” – jiwa – nyawa dan sebagainya??

15.

Pelajarilah keadaan badan Diri kita semenjak dari luar sampai kedalam sampai mendalam, sampai kita menemui apa yang dinamakan orang nyawa – jiwa – dan Roh itu. Dan setelah mendapat kepastian, baru kita akui akan kebenaran kata kata orang yang berilmu itu. Janganlah hendaknya kita menjadi pak turut, menerima saja apa yang dikatakan orang. Kita ingat pada kita sendiri sewaktu dalam kandungan, yaitu dalam kejadian di bumi dan alam yang sempit, yang bagi ibu yang mengandung yang hanya merasakan pergerakan di dalam sebagai pembawaan nya dan untuk ini si ibu harus melahirkan supaya kandungan itu menjadi kenyataan.

Kita yang tadinya dikandung, setelah terlahir maka kembalikan nya yang terjadi, yaitu mengandung.

Sebagaimana ibu kita menanggung sewaktu kita di kandung, maka setelah terlahir, sebelum nya kita melahirkan kandungan kita, kita senantiasa akan menanggung. Rahsia kandungan ibu kita dilahirkan telah terbuka dengan adanya kita, akan tetapi sudahkah kita mengetahui akan “Rahsia” kandungan kita itu. Untuk mengetahuinya tentu kita harus melalhirkan kandungan kita itu. Sama sama mengandung, berlainan kandungan dan penanggungan. Rahsia yang pertama yang dilahirkan anak dan apa kiranya “Rahsia” kandungan yang kedua??

Sewaktu kita dalam kandungan tinggal di alam sempit, kita tak pernah mengeluh, tak tahu apa apa, tak tahu berasa lapar, tak tahu menangis, tak tahu kekurangan, akan tetapi setelah kita berada di alam yang lapang, di alam yang dinamakan dunia kita merinteh – menangis – lapar – haus dan lain sebagainya. Kenapa kita berasa kekurangan dan senantiasa tidak puas? rernungkan dalam dalam cuba balik balikkan fikiran kita kepada sewaktu kita di dalam kandungan dan kepada sewaktu di luar kandungan.

Kita telah kehilangan sesuatu, yaitu tali pergantungan, tali yang berisikan serba ada untuk kebahagian kita. kita telah kehilangan “Bahagia” dengan terputusnya tali pergantungan kita, si ibu yang mengandung dan menanggung tadi, setelah mendengar akan suara yang dilahirkan, tak dapat melahirkan kegembiraannya sebaliknya sianak yang tak tahu apa apa setelah lahir, berontak mengeluarkan suaranya kerana tali pergantungannya telah putus semenjak tali pusatnya di putuskan.

(16)

Putus sudan tali hubungan yang di kandung dengan yang mengandung, kalau tadinya si budak dapat makan langsung dari ibunya, maka semenjak itu dia harus menantikan segala sesuatunya dari luar. Dia harus belajar untuk hidup dan menarik pelajaran dari kehidupannya yang telah dijalaninya. Dan semenjak telah putus tali pergantungan kehidupannya itu, maka terbataslah sudah kehidupannya. Dia harus hidup dengan apa yang ada padanya dan untuk kelanjutan kehidupannya dia harus pelajari itu “Hidup” yang ada padanya. Jadi untuk mengetahui “Rahsia Hidup” itu kita harus melahirkan kandungan kita itu. Sama sama mengandung berbeza kandungan dan berlainan pula penanggungan. Kandungan yang pertama telah di ketahui8, yaitu anak, Kandungan yang kedua tak munkin snak, kerana seperti telah dikatakan juga, berlainan kandungan letaknya pun berlainan, kandungan yang pertama letaknya di perut, dirahim ibu dan letaknya yang kedua, yaitu bukan diperut melainkan di dalam dada kita

16.

Munkinkah kita bisa melahirkan kandungan kita itu? sanggupkah kita sendiri melahirkannya untuk mengetahui dan memecahkan Rahsia nya??

Kita kembali latihan semula, yaitu mencari Diri kita yang berdiri dengan sendirinya itu, setelah kita dapat menemui jalannya pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam, maka dengan mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya pernafasan kita itu, dengan pengertian kita mulai memakai atau mempergunakan tenaga dari dalam, yaitu yang menyebabkan turun naiknya pernafasan kita.

Lancarnya pergerakan kita dan sampai kepada meningkatnya pergerakan yang dibawakan oleh daya tenaga yang berasalkan dari jalannya pernafasan kita bergantung kepada pandainya kita membawakannya. Untuk dapat membawakannya sampai mengerti, ialah pandai kita menyerahkan segala sesuatu apa yang ada pada kita pada nya, yaitu pada yang berdiri dengan sendirinya itu. Dia akan bebas bergerak, kalau apa yang ada pada kita telah dipunyai dan dikuasainya, dengan pengertian kalau tadinya kita menganggap dia kepunyaan kita, maka adalah sebaliknya yang terjadi, yaitu kita jadikan kita menjadi kepunyaannya.

Setahu kita dia telah ada bersama kita dan adalah Dia itu kepuyaan kita, KURNIA atau ANUGERAH Yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. Dia datang dari NYA dan akan kembali kepadanya pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk kesempurnaan kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya, kalau kita tidak mengetahui mengenal dan menemuinya.

Tuhan Yang Maha Esa juga. Adalah Dia itu langsung dari Yang Maha Esa dan adalah keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita kerana Dia ASLI dan kita dari yang jadikan, sungguh pun yang menjadikan kita itu

Satu asal, tetapi berlainan ke-ada-an, Dia ada tetapi tiada, kita ada dan nyata, Dia yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung dalam batang tubuh kita, kenapa kita tak dapat menemuinya? Tuhan telah memberikannya kepada kita untuk “Hidup”,

(17)

Jadi nyatalah sudah ada kelebehannya dari kita dan Rahsia hidup dan kehidupan kita padanya letaknya. Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu Dia misti kita cari dan kita temui, saperti telah dikatakan diatas, padanyalah terletak Rahsia Hidup itu.

17.

Untuk mengetahui dan menemuinya tentu lebih dahulu harus kita pecahkan soal antara kita dengan Dia dengan jalan memisahkan yang satu dengan yang lain, antara Badan dan Diri atau antara Dia dan Aku.

Latehan yang kita bawakan dengan mematikan badan sebelum mati, sebenarnya, mendatangkan sudah permulaan perpisahan, kerana dengan perbuatan kita itu, maka tinggallah yang hidup. Perbuatan kita dengan latihan itu

ialah kita meninggalkan yang Hidup, oleh kerana kita hendak mengetahuinya dalam ke-ada-an yang sebenarnya, Sebelum kita dapat menemui dan menguasainya kita tak dapat yang sebenarnya. Sebelum kita dapat menemui dan menguasainya kita tak dapat mengatakan kepastian yang sebenarnya apa lagi memecahkan Rahsianya.

Untuk itu kita terus berlatih dan berlatih mencarinya sampai ada pancaran keluar dari hujung jari jari kita. Dengan telah dapatnya kita merasakan pancaran yang keluar dari hujung jari jari kita itu, bererti dinding telah tembus dan Rahsia telah terbuka dan tugas kita ialah mempelajarinya lagi dengan pengalaman (PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN) Dia adalah hak milik kita dan tiadalah orang lain berhak atas nya. Kenapa tak kita pergunakan hak milik kita yang amat berharga itu?? Pendirian kita selain salah kerana tidak berpegang pada Diri barang yang hidup, melainkan kepada badan barang yang mati. Yang terang ada pada kita dan yang gelap pun ada pada kita. Kenapa berpegang kepada itu yang Gelap?? Siang ada pada kita dan malam pun ada pada kita.

Siang adalah yang Terang dan yang Terang adalah Diri dan malam adalah Gelap dan yang gelap ialah Badan. Siterang letaknya di dalam dan sigelap diluar. Masukkanlah itu malam kepada siang dan Siang kepada Malam. Datangkanlah itu yang Hidup dari yang Mati dan yang Mati dari yang Hidup. Keluarkanlah yang di dalam dan kedalamkanlah yang di luar.

Untuk itu REZEKI yang tak TERDUGA DUGA terbilang banyaknya yang akan kita perdapat.

Semua orang takut mati, kerana salah memahami hidup. Dia takut ditinggalkan Hidup. Dari itu makanya Dia takut mati, mereka salah pegang, salah tangkapan berpegang pada yang mati yang di anggapnya hidup dan yang hidup sebenarnya hidup, tak di pedulikannya selama ini. Bagi kita yang berpegang pada yang hidup, tidak akan takut mati, kerana bagi yang hidup mestilah mati tak ada. adalah Dia itu kekal dan abadi, munkin berpindah, pindah tempat.

Pembawaan hidup mereka yang saperti itu menuju kepada kematian dan perjalanan hidup yang kita bawakan menuju kepada hidup yang kekal dan abadi, untuk kembali kepangkalan.

(18)

18.

Perjalanan mereka kebawah, perjalanan kita ke atas, mereka menuju kematian dan kita menuju kehidupan yang kekal dan abadi.

Perjalanan kita besertanya ialah kita telah mati sebelum di matikan dan telah pergi sebelum dipanggil dan A K U telah kembali dari S A N A. Aku telah menemuinya, setelah engkau menemui Aku dan batas Aku dengan Dia ialah saperti batas antara engkau dengan Aku. iaitu jauh tak berantara dan dekat tak berbatas. Engkau yang tadinya dinding bagi ku untuk menghubungi dan menemui nya satelah dapat menghubungi ku dengan cara pemecahan mu, maka terbukalah jalan bagiku untuk menghubungi dan menemui NYA kerana pintu telah terbuka bagiku.

Engkau Aku bawa serta, kerana cinta kasih saying ku tertumpah pada mu dan adalah engkau badan ku. Kita tidak akan berpisah kecuali kalau dipisahkan oleh Yang Maha Kuasa. Dari itu kuasai lah Aku, supaya apa yang ada pada ku menjadi kepunyaan mu. Bagaimana cara menguasainya?? Mudah sahaja. Cintailah, kasihilah – dan sayangilah Aku. Bagaimana cara mencintai, mengasihi dan menyayanginya?? Aku tidak pinta apa yang tidak ada pada mu, cukuplah kalau Engkau serahkan apa yang ada pada mu pada ku dan untuk itu akan Aku serahkan pula apa yang ada pada ku, sehingga Aku menjadi kepunyaan mu dan Engkau menjadi kepunyaanku.

Kedalam Engkau yang berkuasa dan keluar Aku dimuka, tadinya sebelum Engkau mengenal Aku maka adalah Aku nyawa mu, Setelah Engkau telah dapat mengenal Aku, maka tahu Engkau yang bahawa Aku ini sangat berguna padamu, Engkau ketahui, bahawa seluruh kehidupan mu bergantung padaku. Setelah Engkau menemui Aku, maka Engkau lebih kenal padaku.

Akulah yang akan menjadi Engkau dan Engkau lah yang akan jadi Aku. Aku dan Engkau sebenarnya satu dan memang kita satu. Ilmu pengetahuan yang memisahkan kita. Dan Aku lah kita, Aku luar dan dalam.

Selama ini Engkau berjalan sendiri dengan tidak mempedulikan Aku. Sekarang setelah Engkau menemui Aku, apa lagi kita atelah menjadi Aku, maka kalau Engkau berjalan ikut sertakanlah Aku dan kalau Aku berjalan akan mengikut sertakan Engkau pula. Satu arah satu tujuan dan satu tindakan. Selama ini kita berjalan pada jalan sendiri.

Sekarang kita kenal mengenal satu sama lain, selapik seketiduran, sebantal-sebantal sekalang hulu, sehina semulia, kelurah sama menuruni, kebukit sama mendaki, sakit senang sama sama kita rasai.

19.

Apa yang tidak ada pada ku, ada pada mu dan apa juga yang tak ada padamu ada padaku.

(19)

Engkau selama ini sudah jauh berjalan sendiri dengan tidak mengikut sertakan Aku, walau pun Aku sentiasa berada bersama mu. Dalam banyak hal Aku yang menderita, kerana Aku yang merasakan.

Sekarang Aku berjalan dan engkau Aku ikut sertakan. Tugasmu hanya menurutkan dan mempelajari, hasilnya untuk kita. Engkau yang tadinya tidak tahu setelah mempelajari perjalanan ku, akan banyak mendapat yang tidak engkau ketahui selama ini.

Aku yang berbuat, engkau yang melakukannya dan hasilnya untuk kita. Bahagiamu terletak pada ku dan bahagiaku padamu. Aku sangat merasa bahagia kalau yang Aku perbuat dan lakukan besertamu menghasilkan yang memuaskan.

Lambat laung engkau akan mengenal Aku yang sebenarnya, dan adalah perbuatan ku bagi mu namanya ilmu. Oleh kerana Aku ghaib sifatnya maka namanya ilmu ghaib. Rahsia kandungan telah terbuka dengan hasil dari latihan latihan yang telah kita lakukan, iaitu keluarnya pancaran yang terasa betul pada hujung kuku kita, hujung jari jari kita. Dan kita telah melahirkan kandungan kita sendiri. Yang melahirkan kita dan yang di lahirkan kita pula. Kita yang telah terlahir itu ialah Diri yang berdiri dengan sendirinya, bergerak dan berjalan dengan sendirinya, Akan tetapi tetap duduk di tempatnya.

Keluarnya dari badan kita melalui saluran saluran tertentu yang bernamakan pancaran yang setelah sanggup menembus alam sendiri akan sanggup pula menembus alam lain, kalau kita telah dapat menguasai dan mengetahui akan “RAHSIA” yang sebenarnya.

Ibu melahirkan kita sebagai seorang manusia, lengkap dengan pembawaan dan kelahiran kita mengandung pembawaan itu untuk hidup. Untuk melanjutkan jalannya kehidupan kita supaya dapat menikmati kebahagian hidup, maka adalah tugas kita melahirkan kendungan kita iaitu pembawaan dari Rahim ibu.

Kebahagian hidup yang kita alami di Rahim ibu semasa dalam kandungan ibu ialah dengan hidupnya bonda mengandung atau dengan 2 keadaan hidup, iaitu pertama yang mengandung dan yang kedua yang di kandung.

Sebelum kita dapat melahirkan kandungan kita itu sampai akhir hayat kita, maka senantiasa akan panjanglah jalannya kehidupan kita yang kita rasai, kerana melakukan hidup sendiri. Maka untuk kesempurnaan nya jalannya kehidupan kita, lahirkanlah itu kandungan sendiri, kelahiran nya mendatangkan hidup baru bagi kita dan seimbangkanlah jalannya kehidupan kita.

20.

Kita telah bertahun tahun berjalan sendiri sendiri mengarungi lautan hidup yang tak bertepi itu, maka pergunakanlah jalan hidup yang baru kita perdapat itu.

Bila itu “hidup” tidak kita pergunakan tak perlu di sesalkan kalau satu saat nanti kita ditinggalkan.

(20)

Dengan telah melahirkan kandungan itu kita telah menjadi manusia baru dengan tenaga baru, dan yang hidup itulah peganggan hidup kita. Dia juga tadinya terrahsia di dalam batang tubuh kita, setelah terlahir, maka telah menjadi kita, kerana perjalanannya di dalam adalah sepanjang aliran batang tubuh kita. Dengan penyerahan kita yang bulat kepadanya maka seluruh keadaan telah dipunyai nya dan dialah yang menjadi kita.

Jalan yang sebenarnya telah kita temui, ia itu jalan yang bergerak sejak dari titik di dalam sampai menembus alam sendiri.

Dia telah lahir, kelahirannya membawa wajah baru, membuka lembaran baru dan pergunakan lah itu tenaga baru, iaitu tenaga yang selama ini tersembunyi di dalam batang tubuh kita.

Kita tinggalkan jalan yang tak berarti dan turutkanlah jalan yang berisi, jalan yang berisi kita katakan, isinya ialah nikmat yang berasal dari nikmattullah yang dikurniakannya kepada kita, yang bukan di murkai dan bukan pula sesat.

Membaikki keadaan sendiri.

Setelah kita dapat memahami Diri sendiri, sebelum kemana mana adalah lebih dahulu yang akan kita lakukan memperbaiki ke-ada-an sendiri.

Pengertian memperbaiki ke-ada-an sendiri, ialah memperbaiki apa yang ada pada kita, iaitu keseluruhannya badan Diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam.

Yang akan memperbaikki itu ialah Diri sendiri, caranya ialah cara Dia pula. Adalah menjadi kewajipan kita menurutkan jalan berisi yang telah ada pada kita dengan tidak mempergunakan daya tenaga dan gerak fikiran kita sendiri. Bagi Diri adalah badan itu berserta isinya benda mati.

Lambat laung dengan kebiasaan kita menurutkan jalan yang telah di temui itu akan lebih mengerti kita akan perbuatan dan tindakannya dan hasilnya badan kita yang menerimanya lahir dan batin. Kita kan lebih kenal lagi pada Diri kita dan akan bertambah banyak pula kemungkinan kemungkinan yang bisa kita lakukan dengan nya. Belajarlah memahami nya sampai kita betul betul mengerti akan gerak tindak perbuatannya yang selamanya menguntungkan kita.

21.

Kedalam kita satu, keluar sejalan, dengan pengertian menurutkan jalannya dan terasa betul sama kita perbezaan kita dengan Dia yang dari dalam.

Rasa itu terletak dihujung kuku – di hujung jari jari kita. Dan disitulah letak segala Rahsia nya keluar dan ke dalam. Untuk itu dapat kita hendaknya merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain, sampai dapat pula hendaknya mengetahui dengan

(21)

Berpeganglah pada Diri itu dan turutlah jalannya dan pelajari hasil yang diperdapat dengan menurutkan jalannya itu.

Diri memperbaikki keadaan nya sendiri dengan pengertian si Diri yang di dalam tadi memperbaiki apa yang ada pada kita, yaitu yang terang badan yang mengandungnya, kerana Diri yang dapat merasakan sakit senangnya kita.

Sekali jalan, tetapi meliputi keseluruhannya,mungkin memperbaiki dua atau tiga ke-ada-an saperti:

Pertama : Memperbaiki batang tubuh serta alat alatnya kalau ada yang Kurang baik atau sakit.

Kedua : Adalah badan bagi Diri alam. Dan untuk mengetahui ke-ada-an Di luar, di ukur dengan perasaan badan. Buruk baik yang akan

Terjadi dapat kita merasakan lebih dahulu, sebab hidup yang Bermasyarakat hubung menghubungi antara satu sama lain.

Dengan praktik Diri memperbaiki ke-ada-an itu terjadi sekali jalan yaitu memperbaiki apa yang ada di luar dan di dalam batang tubuh kita.

Ketiga : Memperbaiki Diri sendiri.

Cara memperbaiki Diri yang letaknya dalam tubuh kita, ialah dengan yang kita namakan Diri yang sudah memancar keluar. Semuanya itu kita ukur dengan rasa perasaan dengan menurutkan jalan perbuatan Diri itu. Untuk pengertian yang lebih mendalam dan kita mendapat kepastian akan sebenarnya Diri itu, maka hendaklah kita lakukan perjalanan itu dengan berulang ulang sambil mempelajari nikmat dan nikmat yang terkandung di dalamnya.

Mengadakan Pengakuan Untuk Mendapat Pengakuan:

Untuk mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan. Siapa yang mengadakan Pengakuan, kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuan itu kita perdapat.

22.

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan niat. Setelah kita mendapat kepastian tentang Diri kita, maka hendaklah kita me-ada-kan : “Pengakuan” terhadap ALLAH , TUHAN YANG MAHA ESA dengan mengucapkan “Duakalimah syahadat” berulang ulang tiga kali:

“ASYADUANLAILAH ILLALLAH WAASYADUANNA MUHAMMADARRASULLAH” Yang ertinya: Naik saksi Aku bahawa tiada TUHAN yang lain yang Aku sembah melainkan ALLAH – muhammad Rasul ALLAH.

(22)

Kita akui bahawa tiada TUHAN yang lain melainkan ALLAH dan kita akui Muhammad Rasul ALLAH, utusan TUHAN, maka adalah hikmah yang terkandung dalam duakalimah syahadat antara lain ialah:

“PENGAKUAN DAN PANGKAT ATAU MARTABAT”

Untuk me-ada-kan pengakuan terhadap TUHAN yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarikat) dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan Dia, Diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya, kalau kita yang diluar yang mencari TUHAN, kemana akan kita pergi mencari nya?? Masuk kah di akal, kita yang berupa dan bertempat, dapat mencari dan menemuinya yang tidak berupa dan bertampan?? Kita ketahui Dia ada dimana mana, maksudnya di mana mana sahaja, Dia ada tapi tiada, ke-ada-annya di dalam TIDAK ADA, bagi orang yang mahu berfikir, dapat membenarkan dan mengakui akan ke-ada-annya dengan tanda tanda yang telah ditemuinya dan kitab kitab banya menyakinkan akan keada-annya.

Bagi orang yang mau memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya yang maha kuasa itu.

Akan dapatkah si badan kasar menemui yang Maha Ghaib?? Tentu tidak dan pasti tidak.

Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan Diri lah yang tahu jalan untuk kesana, kerana Dia berasal dari sana dan kesana pula tempanya kembali.

Lain hal nya badan, yang dijadikan dari yang telah dijadikan NYA, yaitu dari tanah barang yang mati, dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal badannya dikembalikan keasalnya yaitu ketanah.

Dan adalah bagi kita setelah menemui Diri sendiri, jalan untuk ke SANA telah terbuka, mencari yang GHAIB HENDAKLAH DENGAN YANG GHAIB, para arifin dan budiman mengatakan siapa yang mengenal Diri akan mengenal TUHAN dan siapa yang menemui Diri nya akan menemui TUHAN dengan sendirinya.

Sekarang kita telah menemui Diri kita, sudahkan kita menemui TUHAN yang kita sembah?? Bagaimana kita menemui dan dalam keadaan bagaimana kita menemuinya??

23.

Diri yang berdiri dengan sendiri nya, kalau pintu telah terbuka akan berjalan dengan sendirinya pula.

Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam yang hidup telah keluar dari pada yang mati dan yang mati dari yang hidup, telah tahu di Diri, bahkan

(23)

hidup sedang yang sebenarnya hidup dan tak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup, sungguh pun diketahui dengan pasti bahawa Dia ada bersama kita, bahkan terkandung dalam badan kita.

Itu lah Diri, Diri itulah Aku dan akulah Dia itu. Orang yang tak tahu di Diri tak berpendirian.

Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku, yaitu si hidup lagi terang, jadi bukan si mati lagi gelap, sebelum berjalan keluar dari rumah ku untukk tujuan tertentu, lebih dahulu memperbaiki ke-ada-an ku sendiri luar dan dalam.

Setelah itu Aku berjalan menemuinya TUHAN ku yang maha pengaseh lagi penyayang, untuk mengadakan sujud syukur terhadapnya dengan mengucapkan kata pengakuan yang berbunyi:

“Asyaduanlailahaillallah – wasyaduanna Muhammad Rasullullah”

Dengan telah mengadakan pengakuan itu jadilah Aku seorang Islam dengan erti yang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap ALLAH untuk kebaikan sesama manusia.

Dan adalah Aku seorang musafir yang senantiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali kepengkalan, ya itu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian. Pokok hidup dari segala kehidupan ya itu :

HIDUP YANG KEKAL ABADI

Dari sana Aku datang dan kesana akan Aku akan kembali, dan semenjak Aku menemui Diri ku sendiri, Aku telah terlahir kembali dan Penemuan ku itu menjadi pegangan ku dan berubahlah jalannya kehidupan ku sehari hari.

Dengan membaca keterangan ku di atas mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayai ku?? Aku tidak memaksa orang mempercayai Aku, melainkan Aku ingin supaya kenikmatan hidup yang Aku rasai, dapat pula di rasai oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya Aku menemui Diri ku dan semuga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya, dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku ini.

24.

Padanya banyak di perdapat petunjuk petunjuk dan dengan menurutkan jalannya Diri itu dengan sendirinya kita telah menjadi MANUSIA BARU.

Kita telah menjadi MANUSIA BARU oleh kerana Dia telah lahir, kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya, kerana pembawaannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang banyak yang termasuk gulungan MANUSIA LAMA, yang tak

(24)

tahu Diri yang sebenarnya. Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli disegala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang, dari alam sekelilingnya, padanya. Dia sanggup menundukkan masa, kerana Dia telah pandai menundukkan alam nya sendiri, Dia pandai membaikkan orang, kerana Dia telah pandai membaikkan badan Diri sendiri. Dia anti penjajahan, kerana Dia telah merasakan bagaimana sakitnya dijajah atau terjajah, kerana bukankah Dia selama ini terkongkong dan terkurung?? Dan telah banyak pengalaman dan penanggungan.

Dia suci kerana Dia berasal dari yang Maha Suci, Dia benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR, Dia lain dari yang lain, kerana keistimewaannya terletak pada dirinya bukan pada orangnya.

Dia bukan TUHAN kerana yang dikatakan TUHAN itu maha besar dan bukan pula anak TUHAN, walaupun dari TUHAN datangnya. “ROHKU” kata TUHAN waktu meniupkannya.

Dan bukan pula nabi atau Rasul kerana tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad S.A.W.

Terhadap TUHAN Dia adalah hamba yang tidak bererti, kerana Dia tidak ada

bersamanya. Akan tetapi terhadap orang lain, tak peduli siapa, Dia akan membuktikan

akan kebenarannya.

Itu lah Dia Aku yang telah menjadi MANUSIA BARU, Aku telah mengadakan Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan Pengakuan terhadapnya, TUHAN yang Aku sembah dan sementara itu Aku telah mendapat Pengakuan pula melalui orang orang yang mendatangiku. Jadi pengakuan, Aku perdapat bukan langsung dari tuhan melainkan melalui orang

Dan adalah itu Pertanda bagi orang yang tahu.

Tiap tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat, Perjalananku mencarinya untuk mengadakan Pengakuan ialah dengan ilmuku yang berasal dari Diri yang keluarnya mendatangkan Daya Gerak kepada anggota badanku. Yang jalannya menembus hujung jari jariku yang dapat dirasakan. Suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ada kepada yang tiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari

tidak ada kembali kepada tiada, dari tiada kepada ada.

Di tempat yang tidak ada itu, tidak ada yang ada, tidak ada yang ada, tidak ada gerak, tidak ada angin, tidak ribut, tidak ada, yah – tidak ada apa apa, yang ada hanya………yang tak dapat Aku mengatakan kerana di saat itu Aku dalam keadaan tidak ada pula.

25

Pada waktu itu lah ditempat yang tidak ada itu, Aku kembali jadi ada, menyampaikan niat dan maksudku, menandakan Pengakuan saperti yang ku sebutkan diatas.

(25)

DI SANA – DI HADIRATNYA – DI TEMPAT TIDAK ADA – BERTEMULAH YANG MENCARI DENGAN YANG DI CARI – YANG DIJADIKAN DENGAN YANG MENJADIKAN – SORANG HAMBA DENGAN KHALIKNYA – AKU DENGAN TUHAN KU.

Dan adalah Aku dengan Dia jauh tak berantara dekat tak berbatas

Mendudukkan Diri pada tempatnya .

Telah jauh kita berjalan dan telah lama kita berjalan di bidang kehidupan, banyak sudah lurah yang dituruni dan banyak pula sudah bukit yang di daki dan bermacam macam pula sudah gelumbang hidup yang telah kita lalui untuk mencari sesuatu, untuk keperluan sesuatu, telah letih badan selama berjalan, apa lagi perjalanan yang dibawakan dengan tak menentu arah tujuannya. Kehendak hati belum juga dapat, tenaga sudah hampir habis, apa daya apa akal – apa yang harus, diperbuat?? Apa kita harus kembali??

Pantang bagi seseorang akan kembali, kalau yang dicari belum didapati atau yang dimaksud belum sesampaian. Jadi bagaimana mestinya? Falsafah hidup mengatakan mudah sahaja. Kalau sudah penat berjalan, dududklah tetapi sebelum duduk, berdiri lebih dahulu dengan pandang jauh dilayangkan, pandang dekat dituruti untuk mencari kedudukan atau tempat bakal kita duduk yang sesuai dengan kita. Dan duduk itu janganlah sebarang duduk sahaja, hendaklah duduk menanti kedatangan sesuatu. Duduk sebagai seorang berilmu atau ahli. Untuk mengetahui kedudukkan Diri yang sebenarnya hendaklah kita turutkan jalan yang telah kita temui itu, yaitu jalan yang hidup lagi berisi, maka kecerdasan dan keariffan kita dapat menangkap, bahawa Dia si Diri telah duduk ditempatnya. Tanda tanda yang ditemui menunjukkan kepada kita dimana tempatnya yang sebenarnya.

Telah kita ketahui bahawa duduknya di dalam batang tubuh kita dan letaknya di tempatnya. Duduknya beserta kita dan berjalan pun beserta kita

Baginya tak peduli apa kita seorang pedagang besar atau kecil atau pedagang kaki lima, pegawai tinggi menengah atau rendah, doktor dukun – tabib seorang insuran – pengacara, tukang beca – sopir atau montir atau jadi apa sekali pun, pokoknya pandai mendudukkan Diri dan tempatnya, kalau tidak, tidak akan didapat kehendak hati.

26.

Bagi ku Aku duduk di tempat ku, yaiitu dirumah ku, yah memang di rumah tempatku dan ada lah diriku yang banyak mengandung rahsia itu, ilmuku.

Aku duduk, duduk menanti, menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Menampung segala segalanya dan mendudukkan pula pada tempatnya. Tempuh

(26)

tempuh Aku berjalan, yah Aku berjalan tetapi duduk di tampat. Dimana sahaja Aku ditempatkan, Aku tetap hidup.

Lapar Aku makan, haus Aku minum, ngantuk Aku tidur, orang tidur Aku tidak, itulah rahsiaku dan itu pulalah rahsianya Diri ku. Rahsianya telah menjadi rahsiaku. Oleh kerana Dia hidup, maka pegangan ku yang hidup itu lah.

Akulah hidup itu, mengaliri seluruh batang tubuhku. Dan itulah Aku sekarang, besok, lusa dan nanti.

Aku sudah puas hidup cara lama, tanpa mengetahui yang menghidupkan Aku sudah berpengalaman, suka duka telah ku lalui, derita jangan disebut lagi, pengorbanan? Yah, hanya TUHAN yang tahu, hidupku yang sudah sudah berpedoman kepada yang ada. Aku tidak berkorban, hanya korban perasaan. Pengorbanan yang ku katakan itu, ialah cubaan dan peringatan bagiku. Dan akhirnya tahulah Aku bahawa pegangan hidupku salah. Aku berpegang pada yang mati yang ku anggap hidup pada hal di balik yang ku katakan hidup itulah yang sebenarnya hidup.

Hidup yang sebenarnya, kalau boleh diumpamakan : Dia hanya satu titik, akan tetapi berisi aliran hidup sepanjang batang tubuhku.

Aliran hidup itulah sekarang yang menjadi peganganku. Setelah Aku menemuinya tahulah Aku bahawa Dia itu, ialah aliran Diri ku dan mengandung sangat banyak daya guna.

Dan duduklah Dia ditempatnya dan letaknya samaku.

Menampung dan menyelesaikan segala yang mendatang.

Pengalaman ku bertahun tahun (10tahun) dengan duduk menanti membawakan Diri itu, banyaklah sudah rahsianya Aku ketahui dengan telah banyak pula bermacam macam persoalan yang mendatangi ku, telah ku selesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan kesemuanya itu Aku selesaikan besertanya.

Aku yang semenjak kecil ditinggalkan ayah dan sebagai seorang kelahiran di tanah Minangkabau yang mewarisi pusaka turun temurun dari mamak kekemanakan tak mempunyai mamak kandung.

27.

Yang Aku kenal Aku berbapak tiri, yang kalau boleh ku katakan, sayang tidak, benci pun tidak kepadaku, tetapi Aku tahu betul, ibu sangat sayang pada ku, betapa tidak, adalah Aku anak laki laki yang pertama, padaku banyak terletak harapannya. Dihari tuanya, di waktu Aku telah besar kelak. Aku masih ingat diwaktu hati risau tak menentu, Aku sering duduk ditepi pantai memperhatikan jalannya matahar yang akan terbenam.

(27)

menghempaskan Diri, di sana Aku sering berhayal bertanyakan akan kejadian ku nanti, bagaimana hidupku di belakang hari.

Aku ingin hidup jadi orang, Aku tak pernah dapat jawapan kerana jawapan yang ku nanti tak kunjung datang. Dari siapa yang ku tunggu, pada hal Aku pada waktu itu seorang Diri, yah Aku menyendiri. Hanya rasa perasaan ku waktu itu Cuma yang berubah, yaitu Dia mengeluarkan nafas panjang, matahari sudah terbenam untuk akan terbit besok pagi di timur dan Aku tersentak dari lamunanku.

Pada sejarah hidup ku yang sudah sudah Aku sudah banya kehilangan, dari kecil ditinggalkan ayah, menyusul ditinggalkan adik, ditinggalkan saudara permpuan, ditinggalkan ibu, ditinggalkan isteri yang di cintai dan disayangi, dan kesemuanya itu membawa kesan kepada rasa perasaan ku, batin ku di tambah pula dengan pengalaman hidup sendiri untuk bisa hidup.

Dan jasad ku mengalami perubahan pula, yaitu Aku mengalami pembedahan pada bahagian punggung ku dua kali berturut turut dalam tempuh sebulan dengan mematikan badan ku terlebih dahulu dan dua kali pula tambahan darah di saat pembedahan itu dilakukan. Pendik kata, bermacam macam kematian telah Aku alami sampai kepada badan ku sendiri dan alhamdulillah, sampai sekarang Aku masih “hidup” bahkan TUHAN talah memberi kesanggupan pula kepada ku memecahkan Rahsia Hidup yang sebenarnya yang Aku jadikan ilmu Pengetahuanku.

Sebagai seorang manusia biasa yang harus membanting tulang untuk mendapatkan kebutuhan lahir, mungkin Aku tak kuat kerana zahirku lemah dan tubuh ku cacat sudah. Akan tetapi setelah Aku menemui garis hidup yang sebenarnya yang di kurniakan TUHAN pada ku yang Aku jadikan Ilu Pengetahuan ku, yaitu ilmu hidup, Aku jadi hidup sebenarnya hidup dan bisa hidup, kerana jalan hidup yang menjadi pegangan ku sekarang ialah berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula sesat.

Jalannya kehidupan ku sendiri yang ku temui itu yang kepastiannya berasal dari dalam batang tubuhku, maka untuk mengetahui Rahsia nya, Aku pergunakanlah Dia untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan, dan memuaskan, dan sangat banyak daya gunanya yang telah Aku ketahui. Pengalaman ku ambil jadi guruku.

Aku berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar menerima dalam memberi. Aku jadi murid waktu jadi guru.

28.

Percubaan percubaan Aku lakukan pada badan sendiri, pada anak anak ku pada isteri ku, pada anak murid ku pada orang lain. Dan semua itu menjadi Rahsiaku.

Aku yang tadinya di kenal orang sebagai seorang buruh pada perusahaan Bangsa Asing, belakang dikenal dengan penilaian masing masing. Dan begitulah hidup ku sekarang dengan rahsia Diri ku.

(28)

Melahirkan manusia baru

Gunanya manusia baru dilahirkan ialah untuk merubah corak hidup yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan baru dan caranya ialah dengan Gaya Baru

Untuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita lahir kembali untuk kedua kalinya dan dengan Daya Tenaga Baru kita perbaru corak masyarakat yang tidak sesuai itu lagi dan dengannya pula kita bentuk masyarakat baru dengan Gaya Baru.

Pahit getir dalam kurungan sewaktu terjajah kita telah alami, dari itu makanya kita anti penjajah dan tidak mau pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekaan penuh, perikehidupan yang teratur dan tersusun dan layak sebagai seorang manusia. Kita tidak akan menjajah, melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur, membukakan mata yang buta, menunjukkan jalan yang benar dan hidup berdampingan, duduk sama rendah tegak sama tinggi, kerana kita berperikemanusiaan dalam erti yang sebenarnya.

Dari itu lahirlah dulu untuk kedua kalinya. Kalau tak bisa dan tak sanggup melahirkan sendiri, minta lahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahiran baru itu, pergunakanlah kecerdasan dan kearifan.

Temui Diri sendiri lebih dahulu, perbaiki ke-ada-an Diri itu dan pelajari kehidupan sendiri di dalam dan ketahuilah apa itu Diri yang sebenarnya, supaya kita berpendirian.

Lahir yang kedua kali itu, bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak, melainkan si Diri menembus alam sendiri dengan memancar, pancaran yang berisi.

Pancaran yang berisi itu lah yang akan diperhatikan, yang akan kita pelajari. Kerana isinya mengandung Rahsia yaitu Rahsia Diri.

29.

Tenaga Rohani dengan daya gunanya

Diri yang berdiri dengan sendirinya memberi dan mengisi aliran kehidupan kepada badan menurut saluran saluran tertentu sampai meliputi keseluruhannya. Oleh kerana aliran itu mengaliri seluruh batang tubuh kita yang dinamakan Jasmani dengannya terdirilah pula Rohani.

Jasmani ialah jasad atau badan keadaannya nyata (positif)

(29)

Sebenarnya dalam batang tubuh kita, kalau dipercayai didapati 2 aliran: Pertama : Aliran nyata, aliran Jasmani

Kedua : Aliran tidak nyata, aliran Rohani (Diri)

Kedua dua aliran tersebut menjadi satu di dalam tubuh kita. Aliran Rohani berada di dalam aliran Jasmani.

Dan pokok pangkal dari segala pergerakan ialah aliran "Diri" , dan mendatangkan aliran Jasmani.

Aliran Jasmani merupakan darah, dan aliran Rohani merupakan karan.

Satu tetapi dua. Keadaannya kandung mengandung. Jasmani mengandung Rohani dan Rohani terkandung dalam Jasmani.

Untuk mengetahui dan menguasai aliran Rohani, kita kembali kepada jalan yang telah kita temui, yaitu jalannya "Diri" yang telah menembus alam sendiri atau badan sendiri. Dengan telah di temui aliran "Diri" , dengan sendirinya kita telah menemui pula aliran Rohani, kerana aliran "Diri" itu ialah aliran Rohani. Dan adalah aliran Rohani itu jalan bagi aliran "Diri". Dan setelah kita dapat memahami keduanya maka dapatlah kita membezakan jalan atau karan dan mana pula yang isi.

Dan telah kita temui dan kuasai itu tenaga yang tersembunyi yang amat banyak mengandung rahsia, yaitu Tenaga Ghaib dan letaknya ialah di tangan kita atau pada kita, asalnya dari dalam.dan adalah menjadi kewajipan kita untuk mempelajari kegunaannya, kerana adalah dia itu serba guna.

Untuk itu kita harus serba tahu

Ketahuilah "Diri" mu lebih dahulu, supaya kamu berpendirian dan pecahkanlah Rahsia "Diri" mu itu

30.

"Diri" yang berdiri dengan sendirinya, ialah suatu kumpulan dari zat serba zat, yaitu suatu zat. Hidup, kerana berasal dari yang HIDUP

Itu lah dia anugerah, kurnia Tuhan yang sebenar benarnya kepada kita untuk “HIDUP” Segala puji dan puja ku persembahkan terhadapnya Allah Tuhan ku yang memerintah dan menjaga seluruh alam.

Aku telah menemui itu isi yang serba guna, kerana aku telah tahu banyak mempergunakannya untuk kebaikan ku dan kebaikan orang lain. Aku tak dapat menyatakannya, hanya dapat merasakannya, terasa oleh ku dan terasa pula orang yang menghubungi aku.

(30)

Aku mengisi "Diri" ku dan mengisi orang lain. Dan dari itu makanya isi pokok yang ada padaku tak habis habisnya. Dia ada pada ku dan banyak di luar ku. Dan banyak pula sudah Rahsianya aku ketahui.

Yang banyak itu tak menyusahkan ku, tidak memberatkan ku, kerana aku tahu mendudukannya pada tempatnya. Dia silih berganti mendatangi ku – "Diri" – ku dan dia datang dan pergi bagi ku. Kenapa bisa begitu? Yah, kerana mengetahuinya pintu telah terbuka bagiku, hijap terbuka sudah.

Dan itu bintang yang banyak selain dari mengisi bintang aku, bertaburan di sekeliling ku mengisikan ganti berganti

Dia yang di kasihi telah menjadi kekasihku. Dan munkinkah aku yang mengasihi yang dikasihinya itu menjadi, kekasihnya pula? Insyaallah

Dan banyak lagi yang aku belum ketahui, aku masih mencari, memohon, meminta tambah ilmu ku.

Yang menjadi pertanyaan bagi ku sekarang isi yang telah aku perdapat itu yang tak dapat dinyatakan, akan tetapi dapat dirasakan, bisakah dapat ditangkap oleh alat alat dari physikal untuk dipelajari?

Aku yakin seyakin yakinnya, isi yang ada pada ku itu tidak akan habis habisnya, kerana sangat banyak di luar ku.

Aku ingin manusia yang banyak ini bebas dari penderitaan, aku ingin manusia cara berfikirnya berubah menurut yang aku kehendaki, yaitu Damai, damai sekali lagi damai, sebab yang sebenarnya isi yaitu perdamaian. Untuk menciptakan perdamaian itu ialah dengan isi yang saya maksudkan, isi yang mempunyai jalan sendiri, yaitu jalan yang berpetunjuk yang berisikan nikmat dan bukan yang dimurkai dan tiada pula sesat.

Manusia selama ini berfikir, berbuat, bertindak, melakukan segala susuatu dengan daya tenaga lahirnya yang berasalkan dari alam fikirannya yang berasal dari otak, otak yang berasal dari tanah, yang tak bisa bebas dari hawa nafsu.

31.

Seluruh batang tubuh kita dialiri oleh aliran “hidup” yang berisi termasuk otak kita dan isi yang mempunyai jalan sendiri itulah yang akan dipergunakan kerana dia bisa membebaskan Diri dari tekanan tekanan alam sekelilingnya termasuk hawa nafsu, syaitan iblis dan lain lain sebagainya.

Berilah isi kepada dunia dengan mempergunakan isi yang ada pada kita dan tunjukkanlah jalan yang berisi kepada manusia banyak, yang sedang mencari jalan yang benar.

Referensi

Dokumen terkait

Gambar 3 menjelaskan bahwa pada setiap wilayah terdapat faktor yang dapat magnet bagi seseorang untuk melakukan migrasi keluar wilayah tersebut (faktor positif)

Dari penelitian ini dapat disimpulkan bahwa ada hubungan positif antara persepsi terhadap pola asuh demokratis dan penyesuaian diri pada

Sifat fisik karbon aktif yang dihasilkan tergantung pada kekuatan daya tarik molekul penjerap maka terjadi proses adsorpsi dari bahan yang digunakan, misalnya,

Berita acara ini merupakan bukti serah terima berupa Naskah Soal Ujian (NSU) dalam keadaan baik dan masih dilak yang sudah terdistribusi sesuai dengan ruang ujian,

 Tangki atas terbuat dari material Stainless Stell, tangki atas menampung kebutuhan air pada saat beban puncak, yang diperkirakan terjadi selama 30 menit.  Dari tangki atas

Setelah dilakukan beberapa kali pengambilan suara di ruangan ini,suara yang terdengar di berbagai titik cukup jelas.Namun jika sumber suara makin jauh,makin kurang

Upaya untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui industri pengolahan juga harus disertai dengan penguatan daya dukung lingkungan sehingga semakin kondusif dan

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan (1) jenis gaya bahasa yang digunakan pada sepuluh puisi terbaik dalam ajang Grand Prix Poésie RATP tahun 2018 dan (2)