• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA

HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

PENDAHULUAN

Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Seluruh Malaysia 2018 adalah bertujuan mempamerkan kemahiran dan menghasilkan jenis-jenis persembahan baru yang boleh digunakan dalam persembahan-persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi seperti yang dianjurkan oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, Y.M. Syeikh DR. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi di masa akan datang di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam aspek pertandingan yang dijalankan.

Pertandingan dijalankan dengan menilai kekemasan dan ketangkasan peserta-peserta melakukan pergerakan-pergerakan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi disertai kaedah-kaedah persilatan yang betul mengikut peraturan-peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Pertandingan adalah berbentuk persembahan buah silat di kalangan ahli sesama pasukan dan tiada perlawanan secara bersemuka.

BAB 1 PERATURAN PERTANDINGAN

FASAL 1 KELENGKAPAN PERTANDINGAN

Ayat 1 Kawasan Persembahan

 Kawasan persembahan mestilah empat segi sama dengan keluasan 36 meter persegi (6m x 6m) atau mengikut ketetapan Sekretariat Pertandingan.  Kawasan persembahan boleh dibuat di tanah, lantai atau pentas yang rata yang

pada pendapat Sekretariat Pertandingan tidak membahayakan peserta.

 Kawasan persembahan tertakluk kepada sebarang pindaan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa berdasarkan lokasi pertandingan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Ayat 2 Kelengkapan Kawasan Persembahan

Kelengkapan kawasan pertandingan adalah terdiri daripada: i . J a m p e r t a n d i n g a n

(2)

FASAL 2 PENYERTAAN

Ayat 1 Peserta mestilah pelajar/penuntut lelaki atau wanita yang telah menjadi ahli tamat Silat Cekak Pusaka Hanafi di IPT dan Sekolah berkenaan.

Ayat 2 Bagi Kategori 6 pertandingan (rujuk FASAL 9), DIBENARKAN peserta dari kalangan ahli yang belum tamat Silat Cekak Pusaka Hanafi untuk turut menyertai pertandingan.

Ayat 3 Setiap IPT dan Sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan, terdiri daripada SATU pasukan LELAKI dan SATU pasukan WANITA sahaja.

Ayat 4 Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini dikenakan bayaran sebanyak

RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh sahaja).

Ayat 5 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada: i. Seorang Pengurus Pasukan

ii. Seorang Ketua Pasukan (boleh menyertai pertandingan) iii. 2 (dua) hingga 40 (empat puluh) peserta

Ayat 6 Setiap pasukan HANYA DIBENARKAN menggunakan khidmat Tenaga Pengajar (Jurulatih dan Pembantu Jurulatih) yang sedang belajar di IPT atau Sekolah berkenaan SAHAJA sebagai peserta dan TIDAK DIBENARKAN

menjadi ‘HERO’ persembahan.

Ayat 7 Jumlah maksima Tenaga Pengajar (Jurulatih dan Pembantu Jurulatih) yang

DIBENARKAN menjadi peserta adalah 3 (tiga) orang sahaja.

Ayat 8 Seorang peserta tidak boleh mewakili lebih daripada satu pasukan.

Ayat 9 Setiap peserta mestilah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori dan dihantar kepada Sekretariat Pertandingan sebelum tarikh tutup pendaftaran penyertaan.

Ayat 10 Pengesahan akhir Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori mesti dibuat pada Taklimat Pengurus Pasukan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Ayat 11 Sebarang pertukaran pada Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori tidak boleh dibuat setelah pengesahan akhir semasa Taklimat Pengurus Pasukan.

(3)

FASAL 3 ATURAN PERTANDINGAN

Ayat 1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada peserta-peserta yang membuat persembahan sahaja.

Ayat 2 Larangan-larangan dalam persembahan ialah:

i. Persembahan-persembahan yang membahayakan Ketua Juri, Juri, Sekretariat Pertandingan dan penonton

ii. Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah, dan sebagainya

iii. Kelakuan yang mencabar

iv. Tidak dibenarkan mengikat mata dan/atau mengikat tangan v. Tidak dibenarkan lelaki dan wanita berpasangan sama ada dalam

kategori berpasangan dan/atau berkumpulan

vi. Para penonton atau penyokong adalah tidak dibenarkan sama sekali membantu mana-mana pasukan yang sedang mempersembahkan persembahan mereka

vii. Memakai pakaian selain daripada uniform silat atau pakaian seragam Silat Cekak Pusaka Hanafi (bagi kategori 6)

Ayat 3 Tertakluk kepada sebarang pindaan dan/atau tambahan yang difikirkan perlu dari semasa kepada semasa oleh pihak penganjur.

FASAL 4 PENILAIAN

Ayat 1 Markah penilaian maksimum oleh Juri untuk setiap persembahan adalah seperti berikut:

Penilaian akan diberikan berdasarkan kepada 2 (dua) perkara utama iaitu: i. Kaedah dan Keaslian

 Kecekapan  Ketangkasan

 Keaslian kaedah 10 mata x 4 Juri (40 mata) ii Ciri-ciri Persembahan

 Tatatertib  Pakaian  Kreativiti

(4)

Ayat 5 Jumlah Markah Penilaian untuk keseluruhan persembahan adalah 70 mata.

Ayat 6 Pengurangan Markah

Pengurangan markah akan dibuat jika pasukan tidak mematuhi waktu yang telah ditetapkan had waktunya. Pengurangan markah akan ditolak daripada jumlah markah yang diperolehi dari kesemua juri.

Lebih 1 saat - 15 saat = Tolak 2 mata Tambahan setiap 5 saat berikut = Tolak 1/2 mata

FASAL 5 PERLAKSANAAN PENGADILAN

Ayat 1 Setiap pertandingan akan diketuai oleh Ketua Juri, Pembantu Ketua Juri, Penjaga Masa dengan 8 (lapan) orang Juri.

Ayat 2 Tugas Ketua Juri

Setiap Ketua Juri adalah bertanggungjawab:

i. Mengendalikan pertandingan dan menjadi ketua untuk juri-juri setiap petak pertandingan

ii. Membe rika n ma rka h

iii. Menandatangani borang pemarkahan yang telah dikira

Ayat 3 Tugas Juri

Setiap juri adalah bertanggungjawab memberi markah setiap persembahan dan di bawah pengawasan Ketua Juri.

Ayat 4 4 (empat) orang juri akan memberi nilai untuk perkara Kaedah dan Keaslian dan 4 (empat) orang juri untuk Ciri-ciri Persembahan.

Ayat 5 Tugas Pembantu Ketua Juri

Pengurusan borang pemarkahan akan dibuat oleh Pembantu Ketua Juri dan bertanggungjawab kepada Ketua Juri.

Ayat 6 Tugas Penjaga Masa

Penjaga Masa bertanggungjawab

i. Menghidupkan jam pertandingan bagi memulakan setiap persembahan yang ditentukan had waktu

ii. Memberi amaran waktu 10 (sepuluh) saat sebelum masa persembahan tamat dan tamat persembahan

iii. Mencatatkan masa persembahan

iv. Membuat pengurangan markah jika persembahan melebihi masa yang ditetapkan

(5)

FASAL 6 PENGURUS PASUKAN

Ayat 1 Setiap pasukan perlu mempunyai seorang Pengurus Pasukan

Ayat 2 Tanggungjawab Pengurus Pasukan ialah:

i. Menyediakan, menyiapkan dan memastikan Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori sampai kepada Sekretariat Pertandingan selewat-lewatnya pada tarikh tutup pendaftaran penyertaan ii. Menghadiri Taklimat Pengurus Pasukan

iii. Menentukan setiap pasukan dan peserta membuat persembahan mengikut peraturan dan waktu yang telah ditetapkan.

iv. Menerima segala arahan dari Sekretariat Pertandingan dan melaksanakannya.

Ayat 3 Pengurus Pasukan boleh melantik Penolong-Penolong Pengurus Pasukan untuk membantu tanggungjawabnya.

FASAL 7 PENENTUAN KEMENANGAN

Ayat 1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah yang dikumpul oleh sesuatu pasukan tersebut.

Ayat 2 Sekiranya terdapat persamaan nilai markah maka pasukan yang mempunyai kelebihan dalam nilai Kaedah dan Keaslian akan dikira menang.

Ayat 3 Jika seri juga, pasukan yang mempunyai nilai yang lebih dalam Ciri-ciri Persembahan akan dikira menang.

Ayat 4 Jika seri juga, pasukan yang kurang pengurangan nilai akan dikira menang.

Ayat 5 Jika seri juga, pasukan yang mempunyai nilai markah yang lebih dari Ketua Juri akan dikira menang.

Ayat 6 Jika seri juga, undian lambungan duit syiling akan dilakukan untuk menentukan pemenang.

Ayat 7 Johan keseluruhan bagi setiap pasukan lelaki dan wanita berasaskan jumlah markah kesemua kategori berpasangan dan kategori berkumpulan.

(6)

kategori-kategori seperti yang dinyatakan dalam Ayat 2 Fasal 9.

Ayat 3 Kategori Berkumpulan perlu dilakukan oleh 6 (enam) orang peserta mengikut kategori-kategori seperti yang dinyatakan dalam Ayat 3 Fasal 9.

Ayat 4 Persembahan pertandingan yang lengkap bagi peringkat IPT adalah terbahagi kepada 6 (enam) kategori untuk lelaki dan 6 (enam) kategori untuk wanita seperti yang terkandung dalam dalam Fasal 9.

Ayat 5 Persembahan pertandingan yang lengkap bagi peringkat sekolah adalah terbahagi kepada 6 (enam) untuk lelaki dan 6 (enam) kategori untuk wanita seperti yang terkandung dalam dalam Fasal 9.

Ayat 6 IPT atau Sekolah boleh menghantar pasukan dengan penyertaan minimum 1 kategori.

Ayat 7 Setiap IPT dan/atau Sekolah akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang ditetapkan melalui undian

Ayat 8 Setiap satu kumpulan akan bertanding di satu petak pertandingan masing-masing.

Ayat 9 Setiap pasukan akan masuk bertanding untuk semua kategori yang disertai di petak yang sama mengikut aturan kategori

FASAL 9 FORMAT KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

Ayat 1 Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut: i. Peserta kategori pertama setiap pasukan akan masuk ke petak

pertandingan

ii. Peserta akan memberi hormat kepada Ketua Juri dan penonton. iii. Peserta persembahan bersedia untuk memulakan persembahan. iv. Ketua Juri akan memberikan arahan kepada peserta.

v. Masa Persembahan bermula apabila loceng dibunyikan vi. Peserta membuat persembahan.

vii. Tanda ingatan masa 10 (sepuluh) saat sebelum waktu persembahan tamat dibunyikan

viii. Persembahan kategori pertama tamat.

ix. Peserta kategori pertama memberi hormat kepada Ketua Juri x. Peserta kategori pertama keluar dari petak pertandingan xi. Sekiranya pasukan menyertai lebih dari satu kategori, peserta kategori

seterusnya akan masuk

xii. Persembahan akan diteruskan sehingga ke kategori terakhir yang disertai oleh pasukan tersebut

(7)

Ayat 2 Kategori Berpasangan (Lelaki & Wanita)

Kategori 1 : Menangkis serangan pisau  Dari arah depan  Dari arah kiri

 Kreatif – 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah.

 Masa maksimum 1 minit Kategori 2 : Menangkis serangan tongkat

 Dari arah atas  Dari arah kiri

 Kreatif – 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah

 Masa maksimum 1 minit Kategori 3 : Menangkis serangan kaki

 Dari penyepak minang  Dari penyepak luar

 Kreatif – 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah

 Masa maksimum 1 minit

Ayat 3 Kategori Berkumpulan (Lelaki & Wanita)

Kategori 4 : Umum kreatif

 Melibatkan serangan tangan kosong, kaki dan senjata  Masa maksimum 1 minit

Kategori 5 : Persembahan di atas papan sekeping kreatif

 Melibatkan serangan tangan kosong, kaki dan senjata  Masa maksimum 1 minit

Kategori 6 : 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran)  Masa maksimum 1 minit

1) Buah Pertama (Kanan) 2) Buah Kuntau Kiri (Kanan)

(8)

Ayat 4 Untuk Kategori 6, 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran), Persembahan mesti dibuat dengan Tiga (3) Serangan Kanan dan Tiga (3) Serangan Kiri

Ayat 5 Untuk Kategori 6, 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran), Persembahan boleh

disertai oleh peserta yang belum tamat tetapi sudah selesai semua buah jatuh

BAB II PERATURAN PERLAKSANAAN TEKNIKAL PERTANDINGAN

FASAL 10 SUSUNAN PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

Ayat 1 Susunan perlaksanaan teknik pertandingan ialah:  Ketua Juri yang dibantu oleh:

i. Sekretariat Pertandingan ii. Pembantu Ketua Juri iii. Penja ga Masa  Juri Rayuan

FASAL 11 KETUA JURI

Ayat 1 Mengetuai dan bertanggungjawab atas kelancaran pertandingan.

Ayat 2 Mengaturkan tugas-tugas Juri.

Ayat 3 Memutuskan masalah pertandingan di tingkat pertama.

Ayat 4 Mengemukakan masalah pertandingan kepada Juri Rayuan.

Ayat 5 Mengesahkan segala keputusan sebelum pengumuman keputusan dibuat.

FASAL 12 JURI

Ayat 1 Juri yang akan menjalankan tugas harus memenuhi syarat berikut:  Telah menghadiri Kursus Juri

 Memiliki kepandaian silat

 Bersikap “neutral” dan tidak berat sebelah

(9)

FASAL 13 JURI RAYUAN

Ayat 1 Juri Rayuan adalah mereka yang dipilih oleh Majlis Perguruan dan Persilatan.

Ayat 2 Juri Rayuan adalah terdiri daripada 3 (tiga) hingga 5 (lima) orang.

Ayat 3 Juri Rayuan mempunyai kuasa tertinggi untuk memberi keputusan terhadap masalah pertandingan yang dikemukakan kepadanya.

Ayat 4 Keputusan Juri Rayuan adalah mutlak dan muktamad serta tidak boleh dipersoalkan.

FASAL 14 BANTAHAN

Ayat 1 Setiap bantahan terhadap keputusan atau kelayakan peserta boleh dikemukakan secara bertulis kepada Juri Rayuan berserta dengan wang pertaruhan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) yang akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut diterima.

Ayat 2 Walau bagaimanapun bantahan terhadap fakta-fakta pengadilan yang dibuat oleh Juri adalah tidak dibenarkan.

FASAL 15 PERLANGGARAN DAN HUKUMAN

Ayat 1 Perlanggaran terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan dari tatatertib penyelenggaraan boleh/akan dikenakan hukuman :

 Teguran  Peringatan

 Larangan mengikuti kegiatan pertandingan

 Tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan pertandingan

FASAL 16 HADIAH

Ayat 1 Jumlah hadiah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur.

FASAL 17 ACARA PERTANDINGAN

Ayat 1 Acara pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dengan panduan bahawa tidak ada kategori yang akan dipertandingkan sekiranya

(10)

BAB III PENUTUP

Hal-hal perlaksanaan yang tidak terdapat dalam peraturan ini akan ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur Festival Silat Kuala Lumpur: Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah seluruh Malaysia 2018.

Referensi

Dokumen terkait

4) Perancangan Hysterisis-Band Current Control PWM Nilai referensi arus tiga fasa ( yang sudah didapatkan akan dibandingkan dengan nilai arus aktual ) untuk

Since the study was about finding out the types of rhetorical devices that are used in the advertisement headlines of Cosmopolitan magazines issued from May – October 2017,

-dalah kawasan strategis kepentingan lingkungan yang diarahkan dan diperuntukkan pada pengembangan dan perlindungan daerah aliran sungai. Kawasan strategis ungai

Mekanisme pelaporan dan dokumentasi proses BOS saat ini, masih menggunakan media tertulis atau manual dan bentuk penyim- panan media tertulis jelas kurang

Konotasi baru yang sangat kuat dari ayat Qur’an, hadis Nabi, qaul sahabat, pendapat ulama, yang ditampilkan dalam meme itu sudah sangat kuat mengarah dan berbicara, bahwa bencana

Media padat yang digunakan umumnya adalah Plate Count Agar (PCA) atau Nutrient Agar (NA) sedangkan untuk inokulasi suspensi homogenat sampel ke dalam media,

Efikasi diri akademik jika disertai dengan tujuan-tujuan yang spesifik dan pemahaman mengenai prestasi akademik, maka akan menjadi penentu suksesnya perilaku

Selain UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, ada juga kampus lain yang sebelumnya mengembangkan integrasi keilmuan, seperti UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta dengan konsep jaring