Persepsi Pensyarah Terhadap Hubungan Kor Sispa Dan
Masyarakat
Kamaruzzaman Ismail
Centre For Instructional Technology and Curriculum Development(CITC)
Universiti Kuala Lumpur
Abstract. Jaringan hubungan yang baik dan berkesan antara pihak Kor Sispa dan masyarakat merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah institut pengajian samada swasta ataupun awam. Tiga peranan utama sesebuah institusi pengajian tinggi iaitu sebagai pusat kecemerlangan akademik, pusat penyelidikan dan pembangunan dan juga perkhidmatan terhadap masyarakat adalah asas kepada kajian ini yang memfokuskan terhadap hubungan pihak Kor Sispa (agen diperingkat IPT) dan masyarakat. Hubungan istimewa antara pihak Kor Sispa dengan masyarakat membolehkan pihak Kor Sispa menggunakan peluang yang sedia wujud untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama dari pihak terbabit. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap dan kualiti hubungan antara pihak Kor Sispa dengan masyarakat. Tiga aspek yang dikaji adalah persepsi pensyarah terhadap jaringan hubungan antara mereka yang terlibat, penglibatan pihak Kor Sispa dalam program-program yang dianjurkan oleh masyarakat dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak Kor Sispa dalam mewujudkan jaringan hubungan dengan mereka. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 15 orang pensyarah dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta, di mana mereka berpengalaman dalam urusan dengan masyarakat dan kebanyakan mereka juga berperanan sebagai ketua masyarakat. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Beberapa cadangan diketengahkan agar hubungan yang erat akan terjalin antara pihak Kor Sispa dengan masyarakat mendapat manfaat yang besar melalui hubungan antara pihak-pihak yang terlibat.
Keywords: Hubungan sosial, Kor Sispa, jaringan hubungan
1.O PENGENALAN
Universiti mempunyai makna yang cukup akrab dengan ilmu. Newman merujuk universiti sebagai “School of Universal Learning” di mana universiti menjadi pusat ilmu dalam apa bidang sekali pun dan sentiasa kehadapan dalam memandu masyarakat. Universiti seharusnya menjadi tanda aras ketamadunan dan ketertinggian intelektual masyarakatnya. Nilaian universiti terbaik adalah universiti yang mampu menghasilkan impak bukan sahaja terhadap warganya sahaja malah turut mengesan masyarakat umumnya. Impak yang dimaksudkan sudah tentunya merujuk kepada memberi jawapan terhadap polemik yang wujud dalam kalangan masyarakatnya sama ada yang bersifat structural mahupun yang berciri semasa dan dalam masa yang sama, sentiasa menawarkan idea – idea baharu. [1]
dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan [2]. Selain daripada peranan hakikinya sebagai gedung ilmu, university juga berperanan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan juga perkhidmatan kepada masyarakat.
Masyarakat pula merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi keluarga.Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi
Kejayaan pengurusan sesebuah universiti bukan hanya bergantung kepada kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di university sahaja bahkan juga melibatkan masyarakat setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan universiti dan masyarakat setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Universiti memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada masyarakat manakala masyarakat pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. [3]
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memerihal persepsi pensyarah terhadap hubungan Kor Sispa (sebagai sebuah agen dalam universiti) dengan masyarakat setempat.
1.1 Definisi Ko-Kurikulum
Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan
rohani selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membentuk generasi yang seimbang. Justeru, merujuk surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985, setiap murid sama ada dari sekolah kerajaan ataubukan kerajaan diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu aktiviti Pasukan Badan Beruniform, satu aktiviti persatuan atau kelab dan satu aktiviti sukan atau permainan. Matlamat utama pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan ialah untuk membantmerealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyemai kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan; menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani, intelek dan emosi; mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid; membina dan meningkatkan minat dan bakat; membina dan meningkatkan disiplin; mewujudkan budaya sekolah yang sihat; membina dan meningkatkan kerjasama; dan mewujudkan sekolah berwatak.
Kokurikulum memainkan peranan penting dalam pendidikan. Antaranya ialah kepentingan dalam pemupukan sahsiah dan pembentukan perpaduan. Penyertaan murid sebagai generasi muda dan rakyat di negara ini dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional dan menyemai nilai-nilai murni secara tidak langsung dan langsung semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Ini adalah selaras dengan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membangunkan Modal Insan. Modal insan yang berkualiti merupakan aset utama Negara bagi menentukan masa depan negara dan bangsa. Ia juga penting dalam pembentukan konsep ”Satu Malaysia” yang mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga mampu meningkatkan tahap disiplin murid. Berdasarkan beberapa kajian, didapati bahawa aktiviti kokurikulum berupaya mengurangkan masalah disiplin ke tahap yang minima. Namun, dalam usaha ini, guruguru, ibu bapa dan masyarakat perlulah bekerjasama dan mempereratkan hubungan antara satu sama lain.
1.1.1 Kepentingan Ko-Kurikulum
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah Kepelbagaian persatuan yang ditubuhkan hendaklah berasaskan kepada matapelajaran yang diajar di sekolah, hobi dan rekreasi, sukan dan permainan, badan beruniform serta apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar berserta kepelbagaian aktiviti yang berupaya memberi manfaat kepada murid dalam meningkatkan disiplin dan perpaduan, membina pengetahuan, minat dan bakat, membentuk sahsiah, mengukuhkan pegangan keagamaan dan sebagainya.[4]
Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan telah diakui oleh kebanyakan pihak samada pihak university atau masyarakat. Justeru, pelaksanaan kokurikulum perlulah dilaksanakan dengan terancang dan sistematik berserta kerjasama yang padu dan bersungguh-sungguh. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah [4], matlamat utama pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini merupakan panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang mengungkapkan dengan jelas tujuan, matlamat, prinsip dan nilai asas yang menjadi dasar dalam membentuk sistem pendidikan Malaysia. Ia menekankan kepada falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara seimbang dan harmonis supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan seharusnya menghasilkan budi pekerti dan akhlak mulia agar menjadi ciri asasi seseorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Matlamat utamakokurikulum merangkumi objektif-objektif seperti berikut.
1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan; 2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid;
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid;
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
5. Membina dan meningkatkan disiplin murid; 6. Mewujudkan budaya sekolah yang sihat.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat; 8. Mewujudkan sekolah berwatak.
Objektif yang dinyatakan tersebut adalah bersesuaian dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Oleh yang demikian, kokurikulum perlu dititikberatkan disekolah demi kepentingannya dalam pendidikan.
1.1.2 Kor Sispa
Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) merupakan salah satu daripada badan beruniform yang didaftarkan di universiti sebagai salah satu modul yang ditawarkan dibawah Ko-Kurikulum. Antara tujuan utama modul ini ditawarkan adalah untuk memperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air. [5]
1.2 Pernyataan masalah
Tidak dapat dinafikan lagi universiti dan masyarakat adalah dua entiti yang saling memerlukan serta komplimen antara satu sama lain. Setelah sekian lama hubungan murni ini berterusan seiring dengan perkembangan dan peredaran masa tanpa banyak masalah yang timbul kerana pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengekalkan hubungan ini contohnya satu ikatan yang padu antara barisan kepimpinan, guru dan komuniti masyarakat dalam suasana hubungan yang saling memahami, toleransi, sedia menerima kritikan dan teguran, sedia berkongsi idea, tenaga dan ilmu demi kebaikan bersama khasnya anak-anak / pelajar yang bakal menerajui Negara suatu ketika nanti [6]. Soalnya, apakah hubungan itu masih wujud atau sebaliknya?
masalah pelajar adalah setakat merokok dan ponteng sekolah sahaja tetapi sekarang jumlah masalah semakin bertambah seperti terbabit dengan dadah, minum arak, melakukan hubungan seks, mengikut budaya black metal dan sebagainya. Ini berpunca daripada kurangnya hubungan diantara pihak institusi pengajian tinggi dan masyarakat terutamanya dalam mengawasi pelajar ataupun anak masing-masing [6]. Apakah kedua-dua pihak dapat memahami bahawa hubungan erat ini perlu diteruskan agar gejala sosial di kalangan pelajar dan masyarakat dapat dibendung atau diatasi.
Beberapa langkah tertentu perlu diambil dalam mengekalkan hubungan ini dan Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) dilihat sebagai salah satu badan yang boleh berperanan kerana sifat aktivinya lebih menjurus kepada masyarakat atau komuniti setempat. Oleh itu, kajian ini akan melihat apakah langkah-langkah yang dapat dimainkan oleh kedua-dua pihak dalam usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan di kalangan warganya.
1.3 Tujuan kajian
Kajian ini dilakukan bagi memerihal persepsi pensyarah terhadap hubungan Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) dan masyarakat. Disamping itu kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak universiti dan masyarakat dalam menjalinkan hubungan yang lebih erat melalui program usahasama terutama melibatkan badan-badan beruniform seperti Kor Sispa sebagai agen di universiti yang dianggap boleh berperanan aktif ditengah masyarakat.
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam bab ini, beberapa perkara diambil kira iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian dan tatacara menganalisis data
.
2.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel dengan menggunakan satu set soal selidikdan temu bual berstruktur.Kaedah kajian ini dilihat paling sesuai dalam penyelidikan ini kerana kajian ini cuma ingin memerihalkan persepsi pensyarah terhadap hubungan Kor Sispa dan masyarakat. Reka bentuk yang dipilih juga dilihat mencukupi bagi kajian awal yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang kewujudan hubungan dan peranan serta bentuk hubungan antara Kor Sispa dan masyarakat.
2.2 Sampel
Sampel kajian ini terdiri daripada 15 orang pensyarah di sebuah universiti swasta teknikal yang dipilih secara bertujuan bagi memenuhi kajian ini. Pensyarah yang dipilih adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai peranan langsung dalam masyarakat seperti mereka menganggotai salah satu atau lebih pertubuhan atau jawankuasa yang wujud dalam masyarakat. Ciri ini penting kerana kehadiran pihak-pihak tertentu dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat dapat dirasai atau terkesan oleh mereka.
2.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, instrument yang diguna pakai terdiri daripada satu set soal selidik dan temubual berstruktur terhadap sampel yang dipilih. Temubual dilakukan bagi mendapat maklumat tambahan terhadap beberapa perkara berkaitan kajian yang dijalankan.
2.4 Tatacara Menganalisis Data
3.O DAPATAN KAJIAN
3.1 Profil responden
Dalam kajian ini, responden kajian terdiri daripada 12 pensyarah lelaki (80 %) sementara pensyarah perempuan 3 (20%). Penglibatan dalam pertubuhan antau jawatankuasa dalam masyarakat, 10 pensyarah (67%) memegang atau terlibat dalam dua atau lebih pertubuhan / jawatankuasa dalam masyarakat.
3.2
Kewujudan Hubungan
Dalam kajian ini, 15 pensyarah (100 %) berpendapat wujudnya hubungan antara pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat.
3.3
Kekerapan aktiviti
Dalam kajian ini, 12 pensyarah (80 %) berpendapat bahawa kekerapan aktiviti antara pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat hanya berlaku kurang daripada dua kali. Sementara 3 pensyarah (20%) mengatakan kekerapan aktiviti antara pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat hanya berlaku lebih daripada dua kali. Perbezaan pendapat ini merujuk kepada taburan demografi respomnden berbanding lokasi universiti atau institusi pengajian tinggi
3.4
Mengukuhkan hubungan
Dalam kajian ini, 15 pensyarah (100 %) berpendapat bahawa hubungan antara pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat dapat mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak. Pihak universiti dan juga masyarakat mendapat faedah bersama daripada aktiviti yang dijalankan.
3.5
Melahirkan Kepimpinan Masa Hadapan
Dalam kajian ini, 15 pensyarah (100 %) bersetuju bahawa hubungan antara pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat dapat melahirkan tokoh kepimpinan masa hadapan yang mempunyai sikap yang baik terhadap masyarakat.
3.6
Membasmi Gejala Sosial di Kalangan Masyarakat
Dalam kajian ini, 15 pensyarah (100 %) berpendapat hubungan antara pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat mampu membasmi gejala sosial di kalangan masyarakat seperti merokok, pengambilan dadah, hubungan seksual, black metal atau seumpamanya.
3.7
Mengekalkan Hubungan
diambil oleh kedua-dua pihak dalam mengekalkan hubungan yang erat yang tersedia terjalin atau yang baru mula terjalin.
4.0
RUMUSAN KAJIAN
Melalui kajian yang dijalankan dapatlah dirumuskan disini bahawa hubungan pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat itu wujud dan mempunyai kepentingan dua hala bagi kedua-dua pihak. Kajian juga mendapati hubungan ini mampu melahirkan kepimpinan yang baik untuk masa hadapan dan menjalinkan hubungan yang erat antara kedua-dua pihak. Dapatan kajian juga mendapati bahawa hubungan pihak universiti atau institusi pengajian tinggi dengan masyarakat mampu membasmi gejala sosial di kalangan masyarakat.
RUJUKAN
1. http://merobah-massa.blogspot.com/2009/10/memikirkan-semula-fungsi-dan-peranan.html (Atas talian: 10 September 2014) 2. Mohd. Yusof Hj. Othman, 1998. Isu dalam Ilmu dan Pemikiran. Kajang, Aras Mega Sdn. Bhd.. ISBN 983-9301-12-8. 3. Ahmad Zabidi Abd. Razak damn Mariani Md Nor. 2007. Model Hubungan Sekolah dan Komuniti Bagi Peningkatan Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Cadangan.Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) 127.
4. Nor Suhara Hj Fadhil dan Jamil Ahmad. 2010. Kepentingan Ko-kurikulum Dalam Pendidikan Di Sekolah Menengah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI. Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010
5. http://perkhidmatanpa.blogspot.com/2009/05/siswa-siswi-pertahanan-awam-sispa.html (Atas talian: 15 September 2014) 6. Berita Harian, (31 Mei 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius.