• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 1. Kerajaan Alam Melayu. 1.1 Konsep Alam Melayu. 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Bab 1. Kerajaan Alam Melayu. 1.1 Konsep Alam Melayu. 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Nota Excel Nota Excel Nota Excel

1.1 Konsep Alam Melayu

1 Kawasan Alam Melayu merangkumi kawasan gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.

2 Pelbagai istilah digunakan terhadap Alam Melayu seperti Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu.

3 Konsep Alam Melayu dapat dilihat dari aspek geografi, bahasa dan budaya.

Aspek geografi

• Menurut Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik hingga ke Taiwan.

• Abdul Hadi Haji Hassan berpendapat bahawa Alam Melayu adalah satu lingkungan geografi dari Kepulauan Melayu hingga ke selatan Thailand.

• Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein pula menyatakan bahawa Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina.

• Alfred Russel Wallace berpendapat bahawa kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga ke Tenasserim. Kepulauan Melayu juga merangkumi Kepulauan Nicobar, Filipina, Kepulauan Solomon hingga ke New Guinea.

• Profesor Dr. Ding Choo Ming menyatakan bahawa Dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina.

Aspek bahasa

• Menurut Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar, bahasa serumpun Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi yang boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu.

• Sutan Takdir Alisjahbana menyatakan sifat orang Melayu yang gemar belayar telah mengembangkan bahasa Melayu ke Alam Melayu sejak awal Masihi lagi.

Aspek budaya

• Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat.

• Dato’ A. Aziz Deraman menyatakan budaya Melayu telah berkembang maju dengan kemunculan beberapa kepandaian dalam bidang kesenian.

• Antaranya, pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri.

1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu

1 Bermula daripada petempatan kecil, Kerajaan Alam Melayu telah berkembang menjadi sebuah kawasan pelabuhan.

2 Kawasan tersebut membentuk kerajaan yang agung seperti:

(a) Kerajaan Funan – Terletak di lembah Sungai Mekong (b) Kerajaan Champa – Terletak di selatan dan tengah Vietnam (c) Kerajaan Srivijaya – Terletak di lembah Sungai Musi, Sumatera (d) Kerajaan Angkor – Terletak di lembah Sungai Mekong

(e) Kerajaan Majapahit – Terletak di lembah Sungai Brantas, Jawa Timur (f) Kerajaan Kedah Tua – Terletak di Sungai Mas dan Sungai Bujang

(g) Kerajaan Gangga Nagara – Terletak di bahagian barat tengah Tanah Melayu

Bab 1 Kerajaan Alam Melayu

(2)

1.3 Kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang Masyhur

1 Kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara ialah kerajaan Alam Melayu yang masyhur.

2 Kemasyhuran kerajaan tersebut dilihat dari aspek pemerintahan, ekonomi, agama dan kemunculan pelabuhan.

Kerajaan Pengasas Zaman Kemasyhuran

Funan Kaundinya Fan Shih-man berjaya meluaskan empayar ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur. Beliau juga berjaya menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra

Champa Chu-Lien Che Bong Nga berjaya mengatasi ancaman Dai Viet dan meluaskan empayar hingga ke Lembah Sungai Merah Srivijaya Dapunta Hyang

Sri Jayanasa

Sangramadhananjaya berjaya menjadikan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda Angkor Jayavarman II Suryavarman II meluaskan empayar ke sekitar Lembah Sungai

Mekong hingga selatan Myanmar

Majapahit Raden Vijaya Patih Gajah Mada meluaskan empayar ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi dan Kepulauan Maluku

Kedah Tua Kegiatan perdagangan berkembang pesat di Lembah Bujang dan kerajaan Kedah Tua juga menjadi pusat keagamaan agama Buddha

Gangga Nagara Raja Ganji Sarjuna

Sering dikunjungi oleh pedagang luar sejak abad kelima lagi kerana kaya dengan hasil bumi emas dan bijih timah

1.4 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman

1 Kemajuan yang dicapai oleh kerajaan-kerajaan di Alam Melayu adalah setanding dengan kerajaan- kerajaan luar yang sezaman.

2 Di samping itu, wujud hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik antara kerajaan-kerajaan tersebut.

(a) Abad pertama – Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan dengan Empayar Parsi, Empayar Rom, Empayar Kushan dan Dinasti Han

(b) Abad kesembilan – Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan dengan Empayar Byzantine, Kerajaan Abbasiyah, Kerajaan Chola dan Dinasti Tang

(c) Abad ke-14 – Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah, Empayar Mongol dan Kesultanan Delhi

Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

2.1 Sistem Pemerintahan

1 Kerajaan-kerajaan Alam Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

2 Melalui sistem tersebut, pemerintahan dibahagikan kepada pemerintahan pusat dan pemerintahan wilayah.

Kerajaan Bentuk pemerintahan

Pemerintahan pusat Pemerintahan wilayah Kerajaan Funan • Diketuai oleh Raja

• Dibantu oleh golongan agama dan tentera

Terbahagi kepada tujuh buah wilayah yang ditadbir oleh putera-putera raja

(3)

Kerajaan Bentuk pemerintahan

Pemerintahan pusat Pemerintahan wilayah Kerajaan Champa • Diketuai oleh Raja

• Dibantu oleh pembesar untuk mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan

Terbahagi kepada lima buah wilayah, iaitu Indrapura,

Amaravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga

Kerajaan Srivijaya • Diketuai oleh Raja

• Dibantu oleh Yuvaraja, Pratiyuvaraja dan Rajakumara

• Turut dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaan

Terbahagi kepada Kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan, iaitu Datu bukan keturunan raja

Kerajaan Angkor • Diketuai oleh Raja

• Dibantu oleh pembesar

Terbahagi kepada wilayah, daerah, daerah kecil dan kampung

Kerajaan Majapahit • Diketuai oleh Raja

• Dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar

Terbahagi kepada 14 buah wilayah dan dipecahkan kepada Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan Kerajaan Kedah Tua Diketuai oleh seorang ketua

Kerajaan Gangga Nagara Diketuai oleh Raja

2.2 Kegiatan Ekonomi 1 Pertanian

(a) Tanaman padi ialah tanaman utama yang diusahakan oleh:

(i) kerajaan Funan. (iv) kerajaan Majapahit.

(ii) kerajaan Champa. (v) kerajaan Srivijaya.

(iii) kerajaan Angkor.

(b) Rempah-ratus ditanam di Kepulauan Maluku, Pulau Banda, Sumatera dan Pulau Jawa

(c) Selain itu, masyarakat Alam Melayu turut menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek, kekacang, kelapa, sayur-sayuran dan buah-buahan

2 Perdagangan

(a) Menjadi kegiatan ekonomi yang penting dalam kalangan kerajaan Alam Melayu (b) Memperdagangkan pelbagai barangan tempatan dan negara luar

(c) Pelabuhan yang terlibat ialah:

Kerajaan Pelabuhan

Kerajaan Funan Oc Eo

Kerajaan Champa Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti

Kerajaan Srivijaya Palembang

Kerajaan Angkor Yasodharapura

Kerajaan Majapahit Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya Kerajaan Kedah Tua Sungai Mas dan Pangkalan Bujang

Kerajaan Gangga Nagara Pangkalan, Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput

3 Hasil hutan dan laut

(a) Digunakan untuk kegunaan sendiri

(b) Hasil yang melebihi keperluan masyarakat tempatan diperdagangkan dalam kalangan pedagang tempatan dan pedagang luar

(4)

Hasil hutan Kegunaan Gaharu Bahan pewangi dan perubatan

Sarang burung Untuk kesihatan dan perubatan Rotan Bahan binaan dan barang kraf tangan

Rumpai laut Makanan

Gamat Bahan makanan dan perubatan

Mutiara Barang perhiasan

4 Perlombongan

(a) Antara galian yang dilombong ialah emas, perak dan bijih besi (b) Kegiatan tersebut dilakukan secara kecil-kecilan

5 Pembuatan

(a) Masyarakat kerajaan Alam Melayu menghasilkan barangan harian (b) Antaranya ialah:

(i) Barang perhiasan emas (kerajaan Funan dan Angkor) (ii) Cuka kelapa dan tembikar (kerajaan Champa) (iii) Garam, gula dan minyak (kerajaan Majapahit)

Bab 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

3.1 Bahasa dan Tulisan

1 Sifat keterbukaan masyarakat Alam Melayu membawa kepada perkembangan sistem tulisan kerajaan Funan, Champa, Angkor, Majapahit dan Kedah Tua.

2 Hal ini turut mempengaruhi perkembangan bahasa dalam kerajaan Alam Melayu.

(a) Kerajaan Funan

(i) Bahasa Sanskrit ialah bahasa utama

(ii) Sistem tulisan adalah berasaskan tulisan orang Hu (b) Kerajaan Champa

(i) Bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu Champa ialah bahasa utama (ii) Menggunakan tulisan Palava dan Champa Kuno

(c) Kerajaan Srivijaya

(i) Bahasa Melayu ialah bahasa utama

(ii) Bahasa ini menerima pengaruh bahasa Sanskrit (iii) Menggunakan tulisan Palava

(d) Kerajaan Angkor

(i) Bahasa Sanskrit dan Khmer ialah bahasa utama (ii) Bahasa ini menerima pengaruh bahasa Sanskrit (iii) Menggunakan tulisan Palava dan Khmer (e) Kerajaan Majapahit

(i) Bahasa Jawa Kuno ialah bahasa utama (ii) Menggunakan tulisan Kawi

(iii) Tulisan Pegon digunakan selepas kedatangan agama Islam (f) Kerajaan Kedah Tua

(i) Bahasa Sanskrit ialah bahasa utama (ii) Menggunakan tulisan Palava 3.2 Persuratan

1 Kewujudan sistem tulisan membawa kepada perkembangan bidang persuratan.

2 Buktinya ditemukan dalam bentuk batu bersurat masyarakat kerajaan Alam Melayu.

3 Antara batu bersurat tersebut ialah:

(a) batu bersurat Kerajaan Funan bertarikh abad kedua.

(b) batu bersurat kerajaan Champa di Kauthara bertarikh 192 M.

(c) batu bersurat kerajaan Srivijaya seperti Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ketujuh.

(d) batu bersurat kerajaan Angkor, iaitu Sdok Kok Thom di barat laut Kemboja.

(e) batu bersurat kerajaan Majapahit, iaitu Trowulan bertarikh 1358 M.

(f) batu bersurat kerajaan Kedah Tua di Bukit Choras dan Bukit Meriam bertarikh abad kelima.

(5)

3.3 Seni Bina

1 Seni bina masyarakat kerajaan Alam Melayu dapat dilihat pada candi, perkapalan dan sistem pengairan.

2 Binaan candi berfungsi sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan pusat pertemuan masyarakat.

3 Antara binaan yang terkenal pada zaman kerajaan Melayu Awal ialah:

(i) Candi Go Cay Thi di Oc Eo (ii) Binaan perahu panjang yang boleh

memuatkan 100 orang

(iii) Binaan kapal besar yang boleh memuatkan 700 orang dan 1000 tan kargo

(iv) Membina sistem pengairan (a) Kerajaan Funan

(i) Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera (ii) Membina kapal besar

(b) Kerajaan Srivijaya

(i) Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di Jawa Tengah (ii) Membina pintu gerbang Gapura

Wringin Lawang dan Gapura Bajang Ratu

(c) Kerajaan Majapahit

(i) Candi di Bukit Choras, Bukit Pendiat dan Bukit Meriam (ii) Membina seni arca Hindu dan

Buddha

(f) Kerajaan Kedah Tua

(i) Membina patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa di Tanjung Rambutan

(ii) Membina patung Buddha di Sungai Siput dan Pangkalan

(g) Kerajaan Gangga Nagara (i) Candi Angkor Wat dan Angkor

Thom

(ii) Binaan kapal untuk perdagangan dan peperangan

(d) Kerajaan Angkor

Candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar

(e) Kerajaan Champa

3.4 Struktur Sosial

Golongan diperintah Rakyat merdeka:

• Pekerja istana, askar, petani, penternak, pedagang, nelayan dan artisan

• Berperanan untuk:

– mengukuhkan sistem pemerintahan beraja melalui konsep taat setia

– menjana ekonomi kerajaan Hamba:

• Tawanan perang, hamba berhutang dan rela menjadi hamba

• Berperanan untuk:

– berkhidmat dalam sektor ekonomi – meningkatkan status pemiliknya Golongan pemerintah

Golongan diraja:

• Golongan yang berstatus tinggi

• Raja dan kerabat diraja Golongan bangsawan:

• Pembesar, ilmuwan, golongan agama, pujangga dan pendeta istana

• Berperanan mendukung pentadbiran kerajaan

Rakyat merdeka Bangsawan

Hamba Raja

(6)

Bab 4 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

4.1 Agama dan Kepercayaan

1 Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.

2 Hal ini dibantu dengan peranan pemerintah kerajaan untuk memastikan pengukuhan dan kelangsungan agama dalam kerajaan masing-masing.

Agama dan kepercayaan masyarakat Alam Melayu

Animisme • Kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki semangat atau roh

• Berkait rapat dengan kepercayaan terhadap makhluk halus

• Animisme juga mempunyai kaitan dengan penyembahan terhadap roh nenek moyang yang dipanggil hyang

Dinamisme Berkait rapat dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang dikenali sebagai mana yang dapat mempengaruhi kehidupan seseorang

Agama Hindu dan Buddha

• Kedua-dua agama ini tersebar ke Alam Melayu sejak sebelum Masihi

• Agama-agama ini mempengaruhi kehidupan masyarakat kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara Agama Islam • Bermula pada abad ketujuh Masihi, agama Islam mulai tersebar ke Alam

Melayu

• Agama Islam diterima oleh masyarakat Champa, Majapahit, Kedah Tua dan Pasai

3 Perkembangan agama bagi masyarakat kerajaan Alam Melayu ditunjukkan dalam jadual berikut.

Kerajaan Funan

• Sejak abad pertama, masyarakat kerajaan ini menerima agama Hindu dan Buddha

• Perkembangan agama Buddha berlaku disebabkan peranan yang dimainkan oleh Fan Shih-man Kerajaan Angkor

• Agama Hindu berkembang pesat sejak awal pembentukan kerajaan Angkor oleh Suryavarman II

• Mulai abad ke-12, pentadbiran Jayavarman VII membawa kepada peningkatan agama Buddha sebagai agama utama dalam kerajaan

Kerajaan Champa

• Penyebaran agama Hindu bermula pada abad keempat semasa pentadbiran Bhadravarman

• Kemudian diikuti dengan penyebaran agama Buddha

• Pengislaman Sultan Zainal Abidin membawa kepada penyebaran agama Islam pada abad ke-14 Kerajaan Srivijaya

Menjadi pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ketujuh Kerajaan Majapahit

• Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak dalam kalangan masyarakat

• Sejak abad ke-14, agama Islam mula tersebar di Majapahit Kerajaan Kedah Tua

• Bermula dengan penyebaran agama Buddha pada abad kelima

• Diikuti dengan agama Hindu dan seterusnya mulai menerima pengaruh Islam pada abad ke-12 Kerajaan Gangga Nagara

Masyarakat menganut agama Buddha

4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

1 Keunikan warisan bermaksud legasi kebijaksanaan dan keunggulan yang ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu.

(7)

2 Keunikan ini diwarisi oleh generasi yang seterusnya.

3 Keunikan warisan kerajaan Alam Melayu dilihat melalui beberapa perkara yang berikut:

(a) Sistem pemerintahan beraja

(i) Pemilihan raja – berasaskan keturunan

(ii) Gelaran pemerintah – Raja, Maharaja dan Sultan

(iii) Kedudukan raja dianggap sebagai titisan dewa dan mesti dihomati (iv) kedatangan agama Islam membawa kepada pengenalan konsep khalifah (b) Kebijaksanaan pemerintah

(i) Memilih dan membangunkan pusat pemerintahan di lokasi yang strategik sebagai pusat pemerintahan, petempatan dan pelabuhan

(ii) Menjalinkan hubungan diplomatik untuk menjamin kemakmuran kerajaan (c) Kegiatan ekonomi

(i) Bergantung pada lokasi petempatan masyarakat

(ii) Berkembang di lembah sungai atau pun di pesisiran pantai dengan menjalankan kegiatan pertanian dan perdagangan di pelabuhan

(d) Perkembangan sosiobudaya

Berlaku dalam aspek sistem tulisan dan bahasa, persuratan dan seni bina

Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

1 Pengasasan Melaka telah dilakukan sekitar tahun 1400 oleh Parameswara.

2 Pemilihan lokasi yang baik menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang masyhur di Alam Melayu.

3 Antara faktor pemilihan tersebut adalah:

(a) Terletak di laluan perdagangan utama antara Timur dengan Barat (b) Mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau

(c) Mempunyai pokok bakau dan pokok api-api di pesisir pantai (d) Terlindung daripada tiupan angin monsun

5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka Faktor Kegemilangan

1 Raja dari keturunan Raja Palembang 2 Peranan raja yang unggul

3 Konsep daulat dan derhaka 4 Kewibawaan raja

Sistem Pentadbiran

1 Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.

2 Pentadbiran Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua.

3 Pembesar berempat menjadi tonggak utama dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Melaka.

4 Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

Bendahara Penghulu Bendahari Temenggung Laksamana

• Penasihat raja

• Menteri utama

• Ketua turus angkatan perang

• Ketua hakim

• Pemangku sultan

• Pemungut hasil atau ufti

• Ketua segala bendahari

• Ketua urus setia istana

• Ketua syahbandar

• Ketua polis dan penjara

• Penguasa bandar dan kota Melaka

• Pegawai protokol istana

• Hakim di darat

• Ketua angkatan laut

• Pengawal peribadi raja

• Ketua duta

• Ketua utusan

• Hakim di laut

Sistem Perundangan

1 Sistem perundangan yang mantap berjaya membentuk kegemilangan Melaka.

2 Kesultanan Melayu Melaka menggunakan:

(a) Hukum Kanun Melaka

(8)

(i) Ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446–1456)

(ii) Mengandungi 44 fasal dan berjaya membawa keamanan dan menjamin keselamatan rakyat (b) Undang-Undang Laut Melaka

(i) Ditulis semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah

(ii) Bertujuan untuk menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan di pelabuhan Melaka (c) Undang-Undang Adat

(i) Menggunakan Adat Temenggung yang telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan

(ii) Kandungannya berkaitan dengan pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan

Aspek Kegemilangan

Kegemilangan Melaka dilihat dari aspek pembentukan empayar, kemunculan sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat perdagangan serta kejayaan menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar.

1 Cara pembentukan empayar Melaka:

(a) Melalui penaklukan ke atas kawasan yang lain

(b) Melalui perkahwinan antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain Kepentingan Pembentukan Empayar

Politik • Meluaskan wilayah dan jajahan

• Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan takluk

• Menyekat pengaruh kuasa serantau

Ekonomi • Menguasai kegiatan perdagangan di Selat Melaka

• Memperoleh barang dagangan

• Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan Sosial Mewujudkan masyarakat majmuk

Agama Menggalakkan penyebaran Islam 2 Pusat penyebaran agama Islam

Penyebaran agama Islam berlaku melalui:

(a) Pengislaman pemerintah (d) Perdagangan

(b) Perkahwinan (e) Perluasan kuasa

(c) Peranan ulama dan mubaligh

Kesan penyebaran Islam Tumpuan

ulama

• Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah dari negara lain

• Sultan menjadi penaung Tempat

pembelajaran

• Madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari al-Quran dan ilmu tasawuf

Persuratan • Pengaruh Islam terdapat dalam karya sastera saduran dari Arab dan Parsi

• Tulisan Jawi dan Bahasa Melayu berkembang pesat Pemerintahan

dan pentadbiran

• Golongan ulama memainkan peranan dalam pentadbiran.

• Jawatan seperti kadi dan mufti diwujudkan

• Undang-undang Islam dilaksanakan melalui Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka

3 Pusat perdagangan

Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan adalah atas faktor:

(a) Kedudukan Melaka yang strategik

(b) Peranan Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang (c) Pelabuhan Melaka menjadi pusat perkapalan

4 Pengurusan pelabuhan

(a) Pelabuhan Melaka diuruskan secara cekap dan teratur oleh pegawai pelabuhan yang dipanggil syahbandar

(b) Pedagang juga tertarik dengan sistem cukai pelabuhan yang rendah

(c) Urusan perdagangan dilakukan dalam bentuk pertukaran barang dan menggunakan mata wang (d) Orang Laut berperanan menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka

(e) Pelbagai kemudahan disediakan di pelabuhan Melaka seperti gudang untuk menyimpan barang, kemudahan pengangkutan, kemudahan bekalan makanan dan minuman serta kemudahan khidmat membaiki kapal

(9)

5 Hubungan luar

(a) Hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka berlaku dalam bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan

(b) Berlaku dengan kerajaan Alam Melayu dan juga kerajaan luar dari Alam Melayu

Hubungan dengan kerajaan Alam Melayu

• Pasai

• Demak

• Majapahit

• Makasar

• China

• Ryukyu

• Parsi

• Pegu

• Siam

• Mesir

• Turki Hubungan dengan kerajaan

luar Alam Melayu Hubungan Luar

6 Kepentingan hubungan luar adalah untuk:

(a) menjamin kestabilan dan keselamatan Melaka.

(b) mengekalkan penguasaan perdagangan di Selat Melaka.

5.3 Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka

1 Bermula awal tahun 1500, Kesultanan Melayu Melaka mulai mengalami kemerosotan.

2 Hal ini berlaku disebabkan:

(a) Masalah kepimpinan

(i) Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar Melaka (ii) Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan

(iii) Perbalahan dalam kalangan pembesar (b) Masalah perpaduan

(i) Rakyat tidak bersatu padu

(ii) Persaingan kuasa antara pembesar Melaka (iii) Askar upahan yang tidak setia

3 Pada 11 Ogos 1509, kedatangan Lopez de Sequeira dan rombongannya di Melaka.

4 Kegagalan rundingan menyebabkan angkatan tentera Portugis melancarkan serangan terhadap Melaka dengan diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.

5 Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511.

Bab 6 Kesultanan Johor Riau

6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau

1 Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka.

2 Berikut merupakan bukti kewujudan kerajaan Kesultanan Johor Riau.

Pengasasan kerajaan • Diasaskan oleh Raja Ali

• Menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I

• Dibantu oleh Bendahara Seri Nara Diraja Pusat Pemerintahan Kota

Kara, Pekan Tua

• Dibina pada tahun 1528

• Kedudukan terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam

• Kawasan yang berbukit bukau dapat menjadi benteng pertahanan Pusat Pemerintahan Kota

Sayong, Sayong Pinang

• Kota Kara dimusnahkan oleh Portugis

• Sultan Alauddin Riayat Shah I membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong

• Lebih selamat kerana kapal sukar melalui sungai yang sempit Pusat Pemerintahan Kota

Batu, Johor Lama

• Dibuka pada tahun 1540

• Dikenali sebagai Tanjung Batu

• Mempunyai kedudukan strategik kerana terletak di pinggir Sungai Johor yang lebar dan dalam serta memudahkan kemasukan kapal dagang

(10)

3 Persaingan Johor-Acheh-Portugis – Berlaku disebabkan ingin menguasai perdagangan di Selat Melaka.

Persaingan ini dikenali sebagai Perang Tiga Segi dan berakhir setelah Belanda campur tangan.

4 Perang Johor-Jambi – Punca peperangan adalah kerana Johor menuntut wilayah Tungkal daripada Jambi. Pada tahun 1679, Jambi diserang dan terpaksa tunduk kepada Kesultanan Johor Riau.

5 Konflik pembesar – Berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil. Akhirnya, Laksamana Tun Abdul Jamil berpindah ke Terengganu.

6 Ancaman Raja Kechil – Raja Kechil menyerang Johor kerana ingin menuntut takhta kerajaan Johor.

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk menentang Raja Kechil. Akhirnya, Raja Kechil tewas dan Daeng Marewah dilantik sebagai Yamtuan Muda Bugis Pertama di Johor.

7 Berikut merupakan strategi yang diambil bagi menghadapi cabaran semasa pemerintahan Kesultanan Johor Riau:

Strategi Huraian

Memindahkan pusat pemerintahan

• Pusat pemerintahan baharu terletak di Kepulauan Riau Lingga

• Pusat pemerintahan sering berpindah sebagai strategi ketenteraan, pertahanan dan muslihat bagi menghadapi ancaman musuh Membina kota pertahanan • Kota pertahanan dibina mengikut pusat pemerintahan

• Dilengkapi pagar yang kukuh

• Dilindungi oleh bedil dan meriam Menjalin hubungan

dengan Belanda

• Mendapatkan perlindungan Belanda bagi menghadapi ancaman Acheh dan Portugis

• Sebagai balasan, Kesultanan Johor Riau

– membantu Belanda mengangkut peralatan perang – membina tapak meriam

– menggali parit kubu

– menyekat musuh daripada lari ke dalam hutan – menaikkan semangat tentera Belanda

6.2 Kegemilangan Kesultanan Johor Riau Pusat Perdagangan yang Unggul

1 Kedudukan yang strategik – Mudah dimudiki oleh kapal-kapal besar. Oleh itu, kesultanan Johor Riau dapat mengawal laluan kapal dari Timur dan Barat.

2 Tumpuan pedagang – Dikunjungi oleh pedagang China, Gujerat, Belanda, Inggeris dan juga pedagang dari kepulauan Melayu seperti Jawa, Siam serta negeri naungan dan jajahan.

3 Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan – Merupakan pusat pertukaran barangan utama di Alam Melayu.

4 Kesibukan pelabuhan Johor Riau – Banyak kapal dagang seperti kapal Siam, Inggeris, Portugis dan pulau-pulau di Alam Melayu berlabuh di pelabuhan terutama di pelabuhan Riau.

Pengurusan Pelabuhan

1 Kemudahan pelabuhan – Terdapat gudang bawah tanah, pegawai terlatih dan pembekalan barang dagangan.

2 Urusan jual beli – Menggunakan mata wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun yang diperkenalkan oleh pemerintah Johor. Terdapat juga Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda.

3 Sistem naungan – Para pedagang dinaungi oleh Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu. Sebahagian keuntungan diserahkan kepada penaung dalam bentuk cukai.

4 Peranan Orang Laut – Mengawal pelabuhan, menunda kapal dagang, penunjuk arah serta pengawal perairan Johor dan Selat Melaka.

5 Kemudahan membaiki dan membina kapal – Dilakukan oleh kumpulan Orang Laut yang mahir.

Pusat Persuratan

1 Kesultanan Johor Riau banyak menghasilkan karya agung seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

2 Kandungan karya meliputi asal usul keturunan raja dan taat setia rakyat kepada pemerintah.

3 Antara tokoh persuratan yang terkenal ialah Tun Seri Lanang. Berikut merupakan maklumat tentang Tun Seri Lanang:

(11)

(a) Nama sebenar ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja (b) Pernah menjadi Bendahara Johor

(c) Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin (d) Menjadi penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh

4 Antara karya yang dihasilkan semasa pemerintahan kesultanan Johor Riau ialah:

(a) Tajul Salatin ditulis oleh Bukhari al-Jauhari

(b) Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis serta Gurindam Dua Belas ditulis oleh Raja Ali Haji (c) Hikayat Anak Panah Sedasa ditulis oleh Tun Hisap Misai

(d) Syair Ungku Puteri ditulis oleh Raja Ahmad

Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

7.1 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor Kesultanan Pahang

• Pelantikan Seri Bija Diraja sebagai wakil kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

• Raja Muhammad dihantar oleh Sultan Mansur Shah menjadi Sultan Pahang

• Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Hulubalang membantu sultan dalam pentadbiran

• Sultan Muhammad Shah memerintah pada tahun 1470 – Pusat pemerintahan baginda di Pekan

– Kawasan pemerintahan baginda dari Sedili Besar hingga Terengganu

• Sultan Abdul Jalil Shah berjaya mempertahankan Pahang daripada ancaman Siam – Dibantu Kesultanan Melayu Melaka ketika diserang oleh Siam

• Pahang menjadi wilayah pegangan Bendahara Johor kerana Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah tiada waris

– Bendahara Siwa Wan Ahmad dari keluarga Bendahara Johor dilantik sebagai Sultan Pahang yang baharu

– Baginda menggunakan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah Kesultanan Perak

• Tun Saban dan Nakhoda Kassim pergi ke Kampar selepas serangan Portugis – Beliau menjemput Raja Muzaffar untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak

– Raja Muzaffar berangkat ke Perak dengan diiringi anak, isteri dan pengikutnya serta peralatan rasmi diraja

– Baginda mengasaskan pemerintahan Kesultanan Perak pada tahun 1528 – Menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Shah

– Pusat pemerintahan ialah Tanah Abang

Kesultanan Terengganu

• Tun Zainal Abidin ialah putera Bendahara Johor Riau yang ke-11

• Baginda juga merupakan putera angkat kepada Raja Patani

• Baginda berangkat ke Terengganu diiringi oleh 80 orang ahli keluarga serta Qadhi Wan Imam Muhammad dan Che Buang

• Baginda menjadi pengasas Kesultanan Terengganu pada tahun 1708

• Menggunakan gelaran Sultan Zainal Abidin I

• Pusat pemerintahan di Tanjung Baru, Kuala Berang

• Wilayah Terengganu ketika diasaskan meliputi Kemaman hingga Besut Kesultanan Selangor

• Daeng Chelak menjadi Yang di-Pertuan Muda Kesultanan Johor Riau

• Raja Lumu menghadap Sultan Mahmud Shah, iaitu Sultan Perak untuk mendapatkan pengiktirafan – Baginda ditabalkan menjadi Sultan Selangor

– Dianugerahi nobat dan cap mohor

– Mengasaskan Kesultanan Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah – Pusat pemerintahan di Kuala Selangor

(12)

7.2 Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor Warisan Kesultanan

Melayu Melaka Pahang Perak Terengganu Selangor

Sistem Pemerintahan

• Pewarisan takhta

• Tengku Mahkota gelaran pewaris

• Perlu dipersetujui Jumaah

Pangkuan Diraja Negeri

• Dibantu pembesar empat, pembesar lapan dan pembesar enam belas

• Sistem penggiliran

• Pelantikan dibuat Dewan Negara Perak

• Dibantu oleh pembesar empat, lapan, enam belas dan tiga puluh dua

• Pewarisan takhta

• Waris digelar Yang Di-Pertuan Muda

• Pelantikan oleh Dewan Pangkuan Diraja (Ahli al-Hal wa al-Aqad)

• Pewarisan takhta

• Waris digelar Raja Muda

• Disahkan dan dinasihati oleh Dewan di-Raja

Agama Islam dan

Pemerintahan • Sultan: Ketua agama negeri

• Institusi agama:

Mufti, kadi, mahkamah syariah dan Jabatan Agama Islam

• Sultan mendaulatkan syiar Islam

• Sultan: Ketua agama negeri

• Institusi agama:

Mufti, kadi, mahkamah syariah dan Jabatan Agama Islam

• Sultan mendaulatkan syiar Islam

• Sultan: Ketua agama negeri

• Institusi agama:

Mufti, kadi, mahkamah syariah dan Jabatan Agama Islam

• Sultan mendaulatkan syiar Islam

• Sultan: Ketua agama negeri

• Institusi agama:

Mufti, kadi, mahkamah syariah dan Jabatan Agama Islam

• Sultan mendaulatkan syiar Islam Perundangan • Asas

pembentukan ialah Hukum Kanun Melaka

• Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak

• Perkara:

Peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual- beli

• Pembentukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang

• Asas

pembentukan ialah Hukum Kanun Melaka

• Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak

• Perkara:

Peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual- beli

• Pembentukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak

• Asas pembentukan ialah Hukum Kanun Melaka

• Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak

• Perkara:

Peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual- beli

• Pembentukan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu

• Asas

pembentukan ialah Hukum Kanun Melaka

• Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak

• Perkara:

Peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual- beli

• Pembentukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor

Adat Istiadat • Warisan Kesultanan Melayu Melaka

• Lambang keistimewaan raja

• Perkara: Adat keputeraan, adat perkahwinan, istiadat pertabalan dan istiadat pemakaman

• Warisan Kesultanan Melayu Melaka

• Lambang keistimewaan raja

• Perkara: Adat keputeraan, adat perkahwinan, istiadat pertabalan dan istiadat pemakaman

• Warisan Kesultanan Melayu Melaka

• Lambang keistimewaan raja

• Perkara: Adat keputeraan, adat perkahwinan, istiadat pertabalan dan istiadat pemakaman

• Warisan Kesultanan Melayu Melaka

• Lambang keistimewaan raja

• Perkara: Adat keputeraan, adat perkahwinan, istiadat pertabalan dan istiadat pemakaman

(13)

Warisan Kesultanan

Melayu Melaka Pahang Perak Terengganu Selangor

Persuratan Karya Sejarah:

Hikayat Pahang

• Karya Sejarah:

Misa Melayu

• Sastera Rakyat:

Hikayat Sang Kancil

• Karya Sejarah:

Syair Tawarikh Zainal Abidin Ketiga

• Karya Perubatan:

Kitab Tib

• Sastera Rakyat:

Hikayat Isma Yatim

Karya Sejarah:

Kenang-Kenangan Selangor

Ekonomi Ekonomi sara diri dan jual beli seperti pertanian,

penternakan, perlombongan dan perikanan

• Pelabuhan Kuala Sungai, Perak

• Hasil dagangan bijih timah

• Diuruskan Syahbandar

• Ekonomi sara diri dan jual beli seperti pertanian, penternakan, perlombongan, dan mengutip hasil hutan

• Pelabuhan entrepot

• Barang dagangan utama seperti emas, bijih timah, kain sutera, senjata, gula dan hasil hutan

• Diuruskan Syahbandar

• Ekonomi sara diri dan jual beli seperti pertanian, penternakan, perlombongan, mengutip hasil hutan dan perikanan

• Pelabuhan Kuala Selangor, Pengkalan Batu

• Diuruskan Syahbandar

• Ekonomi sara diri dan jual beli seperti pertanian, penternakan, perlombongan, mengutip hasil hutan dan perikanan

Bab 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

8.1 Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis Kerajaan Kedah

• Ketibaan Maharaja Derbar Raja dari Parsi

• Pusat pemerintahan di Sungai Mas

• Tan Dermadewa dan Tun Perkasa menghadap Maharaja Derbar Raja

• Melantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah

• Pengiktirafan nobat sebagai alat kebesaran

• Untuk pertabalan Raja Kedah Kerajaan Negeri Sembilan

• Peringkat awal di bawah naungan Kesultanan Johor Riau

• Masyarakat Minangkabau mendiami wilayah ini

• Empat Penghulu Luak menghantar wakil menjemput anak Raja Minangkabau untuk dilantik sebagai raja

• Dipersetujui Raja Minangkabau dan menghantar Raja Melewar

• Raja Melewar menjadikan Seri Menanti sebagai pusat pentadbiran

• Rajah Melewar memakai gelaran Yamtuan Seri Menanti

Kerajaan Kelantan

• Sebahagian daripada Negara Patani Besar

• Diasaskan oleh Raja Sakti I

• Kemangkatan Raja Bahar

• Kelantan terbahagi kepada dua pemerintahan

• Kelantan Barat pusat pemerintahan di Kota Kubang Labu

• Kelantan Timur pusat pemerintahan di Pangkalan Datu

• Long Yunus gabungkan kedua-dua wilayah

• Menaiki takhta

• Gelaran Yang di-Pertuan Kelantan

• Tahun 1777, memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Galoh

• Arahkan pembinaan Masjid Kampung Laut Kerajaan Perlis

• Sebahagian daripada wilayah Kedah

• Perlis sebagai pusat pentadbiran Kedah

• Sultan Muhyiddin Mansur Shah membina Kota Sena

• Sultan Kedah ke-15 membangunkan Kota Kayang

• Sultan Kedah ke-21 membangunkan Kota Kayang II

• Mewujudkan mukim Arau

(14)

8.2 Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain

1 Asas Hubungan Tujuan:

(a) Perkukuhkan kedaulatan

(b) Pengiktirafan daripada kerajaan lain

(c) Wujudkan kestabilan dan kemakmuran negeri

Keserumpunan Geografi Agama

• Persamaan aspek bahasa dan budaya

• Memudahkan interaksi antara kerajaan

• Bertoleransi dengan budaya kerajaan lain

• Sempadan berdekatan dengan negera jiran

• Kaya dengan hasil sumber alam dan bumi

• Berkongsi guna sungai

• Setiap negeri memastikan keselamatan laluan sungai

• Kewujudan pelabuhan menggalakkan hubungan antara negeri dengan kuasa luar

• Penerimaan Islam oleh pemerintah

• Peranan ulama laksana kegiatan agama

• Penuntut berkongsi institusi pendidikan

2 Hubungan Diplomatik Disebabkan:

(a) Pengiktirafan kerajaan lain (b) Bantuan aspek pertahanan (c) Perkahwinan diraja

Pengiktirafan Pertahanan Perkahwinan

• Mengesahkan seseorang raja pemerintah sesebuah kerajaan

• Taraf kerajaan sama

• Mengekalkan kedaulatan sesebuah kerajaan

• Contohnya, bantuan

ketenteraan kerajaan Melaka kepada Kelantan

• Amalan tradisi

• Kukuhkan hubungan

• Menjamin kedaulatan kerajaan

Pelabuhan Barang Dagangan

• Asas pembentukan hubungan kerajaan

• Contohnya, Pangkalan Lembah Bujang (Kedah) dan Pangkalan Sungai Linggi (Negeri Sembilan)

• Menjadi tarikan kepada pedagang dalam dan luar Alam Melayu

• Berlaku hubungan dagang

• Contohnya, beras, garam, damar, gading gajah (Kedah) dan emas (Kelantan)

Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

9.1 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis 1 Gelaran dan cara pelantikan pemerintah

Sistem Pemerintahan Beraja (a) Gelaran Pemerintah

(i) Kedah dan Kelantan (Sultan) (ii) Perlis (Raja)

(b) Cara Pelantikan Pengganti (i) Putera Sultan/Raja (ii) Jurai keturunan bapa

(15)

2 Hierarki pemerintahan beraja

• Kedudukan tertinggi

• Ketua negeri

• Memiliki keistimewaan

• Bertanggungjawab terhadap agama Islam

• Lambang perpaduan

• Wakil pentadbir bagi pihak kerajaan

• Bertanggungjawab terhadap jajahan/daerah

• Berkuasa di peringkat mukim

• Orang perantaraan antara rakyat dengan pemerintah

• Ketua kampung yang mentadbir unit yang lebih kecil

SULTAN

PEMBESAR

PENGHULU

Hierarki pemerintahan beraja 3 Adat istiadat

(a) Majlis Pemasyhuran

Dilakukan sebelum jenazah pemerintah terdahulu dikebumikan (b) Istiadat Pertabalan

• Persembahkan naskhah al-Quran dan alat kebesaran

• Sultan/Raja membaca warkah dan mengucup keris (tiga kali)

• Menteri Besar menyeru “Daulat Tuanku”

(c) Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran

• Lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat

• Sempena hari keputeraan pemerintah

• Tanda pengiktirafan pemerintah 4 Perundangan

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah Darulaman

• Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis

• Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

Penggantian Pemerintah

• Lelaki

• Jurai keturunan raja

• Bangsa Melayu

• Beragama Islam

Peranan Sultan/Raja

• Ketua Negeri

• Ketua Agama Islam

Badan Penasihat Sultan/Raja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar membantu Sultan/Raja dalam mentadbir negeri dan rakyat

Hak Rakyat dalam Pentadbiran Warganegara berumur 21 tahun dan ke atas layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri

Tanggungjawab Sultan/Raja

• Dilarang menyerahkan negeri atau kuasa kepada kerajaan lain

• Mempunyai hak untuk memilih Menteri Besar

5 Pemantapan Undang-undang Islam

(a) Kedah – Perkenalkan enakmen zakat pada tahun 1955 (b) Kelantan

• Perkenalkan enakmen dan pekeliling tentang jenayah Islam dan busana cara Islam

• Melarang laga lembu dan tarian menora menurut Hukum Maksiat di Kelantan 6 Persuratan (Karya sejarah)

Karya Penerangan

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

• Karya Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927

• Sejarah istana Kedah dan pentadbiran di Perlis

• Catatan sejarah pengasasan, senarai pemerintah, pembukaan ibu kota, alat kebesaran diraja dan pengislaman pemerintah kerajaan Kedah

(16)

Karya Penerangan Hikayat Merong

Mahawangsa

• Dihasilkan sekitar tahun 1821

• Kisah pengasasan kerajaan Kedah, pembukaan kota pentadbiran dan pengislaman pemerintah

Salasilah atau Tarikh Kerajaan Kedah

• Ditulis oleh Wan Yahya bin Wan Muhammad Taib pada tahun 1911

• Kronologi jurai pemerintah Kedah dari tahun 630 M hingga tahun 1911

• Mencatatkan perkembangan ekonomi dan pentadbiran Kedah Syair Sultan

Maulana

• Wujud pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845)

• Dipersembahkan dalam bentuk syair

• Kisah perang tentera Kedah Hikayat Sri

Kelantan

• Dipercayai dikarang pada tahun 1914

• Kisah pemerintahan Kelantan pada zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah hingga tahun 1900

Detik2 Sejarah Kelantan

• Dikarang oleh Sa’ad Shukri bin Haji Muda pada tahun 1971

• Catatan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan dan peristiwa penting setiap perintah

7 Kesenian

Warisan Seni Ukir

• Kebanyakannya diwarisi di Kelantan dan Kedah

• Motif haiwan diganti oleh motif alam

• Sebagai hiasan istana, rumah dan masjid Warisan Seni Bina

• Berupa binaan istana

• Hiasan ukiran daripada kayu berkualiti

• Tebar layar bentuk ‘V’ terbalik

• Dihiasi ukiran bermotif alam

• Menggunakan hasil hutan tempatan yang berdaya tahan dengan perubahan cuaca untuk membuat tiang

Warisan Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan

• Perhiasan daripada emas dan perak

• Pertukangan senjata seperti keris

Warisan Seni Kraf Tangan

• Kreativiti dalam menghasilkan anyaman tikar dan bakul rotan

• Pembuatan wau dan batik (Kelantan) Warisan Seni Persembahan

• Awang Batil – Penglipurlara di Perlis

• Wayang kulit (warisan kebangsaan)

• Mek Mulung (teater tradisional negeri Kedah)

Warisan Seni Silat

• Berkaitan dengan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri

• Persembahan dalam sesuatu majlis dan pertandingan

9.2 Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan 1 Keunikan Adat Perpatih

Jurai keturunan sebelah ibu

• Ibu Soko (ibu yang melahirkan masyarakat)

• Anak ialah ahli suku ibunya

• Anggota suku adalah sedarah

Wanita mewarisi pusaka

• Wanita mewarisi semua harta pusaka

• Mengelakkan dirinya terabai

• Harta pusaka diwarisi secara turun-temurun, iaitu daripada ibu kepada anak perempuannya Pelaksanaan hukuman

• Bersifat pemulihan

• Utamakan perasaan dan kepentingan pesalah

• Kesalahan kecil diselesaikan secara bermaafan atau dengan cara dendaan ringan

Upacara Kedim

• Upacara Kedim ialah upacara menerima orang luar sebagai ahli suku

• Orang yang diterima sebagai ahli suku perlu bersumpah setia dan bersaudara dengan ahli suku Perkahwinan

• Tidak menggalakkan perkahwinan sesama suku

• Menggalakkan perkahwinan dengan luar suku bagi mengeratkan persaudaraan antara suku

• Lelaki yang berkahwin digelar orang semenda (orang mendatang, iaitu orang yang menjadi anggota suku isterinya)

(17)

• Hak seseorang wanita untuk mewarisi pusaka akan hilang jika dia berkahwin sesama suku, manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat

• Hak tersebut boleh dikembalikan dengan menjalankan adat memulih pusaka 2 Pelantikan pemimpin

Yamtuan Besar (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)

• Dipilih oleh Undang Yang Empat

• Merupakan ketua negeri

• Sebagai lambang kesatuan dan persekutuan

Lembaga

• Merupakan Ketua Suku yang dilantik oleh Buapak

• Berperanan untuk memilih Undang dan Penghulu, menjaga keamanan dan keselamatan, mengurus pembahagian harta serta menyelesaikan perselisihan antara Suku

Buapak

• Dilantik oleh anak buah dalam Perut

• Menjadi rujukan tentang adat dan hukum

Ibu Soko

• Mengetahui, memahami dan menghafal adat

• Terlibat dalam pemilihan dan pelantikan Buapak

• Pelantikan pemimpin pada semua peringkat tidak boleh dijalankan tanpa kehadirannya

Undang

• Merupakan Ketua Luak dilantik oleh Lembaga

• Undang Yang Empat terdiri daripada Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau

• Bermesyuarat untuk memilih Yamtuan Besar daripada keturunan Yamtuan Radin

Bab 10 Sarawak dan Sabah

10.1 Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu

• Terdapat pusat pembuatan tembikar di Gua Niah, Sarawak dan Bukit Tengkorak, Sabah

• Pelabuhan Chu-Po: mengeksport besi ke Funan dan Champa

• Santubong merupakan pelabuhan di lembah sungai Sarawak

• Pusat perdagangan lain di Sarawak: Gedong, Bukit Sandong dan Kalka

• Pusat perdagangan ini menjalankan aktiviti perdagangan dengan Siam dan China

• Kemajuan perdagangan di Sarawak dan Sabah menjadi tarikan kepada kerajaan Alam Melayu seperti Srivijaya dan Majapahit untuk meluaskan pengaruh

• Bukti: Penemuan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah

• Kesultanan Brunei bersahabat dengan kerajaan Sambas

• Kesan: Penyerahan Sarawak kepada Kesultanan Brunei

• Sarawak dan Sabah dipengaruhi agama Hindu, Buddha dan Islam

• Bukti: Jumpaan patung Ganesha

• Kesultanan Brunei sebar Islam kepada penduduk Melayu dan Melanau

• Kesultanan Sulu sebar Islam ke pesisiran pantai timur Sabah

Hubungan Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu

(18)

10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan

Sarawak Sabah

Kepimpinan Kesukuan

• Ketua bebas daripada pengaruh kuasa luar

• Gelaran ketua: Masyarakat Iban (Tuai Rumah), kaum Kayan (Kelunan Maren/Hipun Uma), kaum Kenyah (Peran Lepo), kaum Kelabit (Laih Rayeh)

Kepimpinan Kesukuan

Tersusun dan bebas daripada pengaruh luar

Kepimpinan Lembah Sungai

• Menerima pengaruh kerajaan Alam Melayu

• Dua bentuk pemerintahan, iaitu kerajaan dan wakil raja

Kerajaan

Kerajaan kawasan lembah sungai: Sawaku, Samadong, Kalka, Saribas dan Melano Wakil Raja

• Pengaruh kerajaan Srivijaya, Brunei dan Majapahit

• Wujud kerajaan sendiri: Kerajaan Sawaku, kerajaan Samadong, kerajaan Kalka

• Gelaran raja (Datu, Datuk Abang dan Dayang)

Kepimpinan Lembah Sungai

Pengaruh Kesultanan Melayu melalui wakil Brunei, wakil Sulu dan ketua bebas

Wakil Raja

• Kuasa pemerintah: Kehakiman, menjaga keamanan, menjaga kebajikan penduduk

• Mengutip cukai daripada penduduk dan perdagangan

Ketua Bebas

• Mentadbir wilayah di muara sungai

• Syarif Osman menguasai Marudu

• Datu Kurunding menguasai kawasan Tungku

• Undang-undang sendiri

• Mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Brunei atau sulu atau keturunan Arab 10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah

Lokasi Sarawak Sabah

Kegiatan Kaum Kegiatan Kaum

Pesisir pantai

• Perdagangan

• Menangkap ikan

• Membuat perahu

• Perusahaan sagu

• Melayu

• Kedayan

• Melanau

• Menangkap ikan

• Membuat perahu

• Mengutip hasil laut

• Perdagangan

• Berunai

• Bajau/Sama

• Iranun

• Suluk Lembah

sungai

• Menanam padi

• Menanam sayur- sayuran dan buah- buahan

• Melayu

• Iban

• Bisaya

• Melanau

• Bidayuh

• Menanam padi

• Menanam buah- buahan dan sayur- sayuran

• Kadazandusun

• Rungus

• Orang Sungai

Pedalaman • Mengutip hasil hutan

• Memburu haiwan

• Menanam padi

• Kenyah

• Iban

• Penan

• Kayan

• Kelabit

• Punan

• Mengutip hasil hutan

• Menanam padi

• Mengutip sarang burung

Murut

10.4 Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah 1 Masyarakat Bumiputera Sarawak

Iban

• Berasal dari Sungai Kapuas

• Menetap di hulu Sungai Batang Lupar

Bidayuh

• Asal dari Sungkung

• Berhijrah ke selatan Sarawak Orang Ulu

• Mendiami pedalaman Sarawak

• Kaum Kayan, Kenyah, Penan, Kelabit, Punan

Melanau

• Mendiami kawasan tengah Sarawak

• Kekal hingga hari ini Melayu

• Kehadiran seawal abad keenam

• Menetap di semua bahagian di Sarawak

(19)

2 Masyarakat Bumiputera Sabah Kadazandusun

• Mendiami kawasan Penampang, Papar, Tuaran, Ranau

• Dusun – bermaksud petani pedalaman

Bajau/Sama

Asal usul sama ada dari Sambaungan atau Johor

Orang Sungai

Menetap di Sungai Kinabatangan, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Labuk

Suluk

• Berasal dari Kepulauan Sulu

• Menetap di pantai timur Sabah Murut

• Menetap di Tenom hingga Kalabakan

• Murut – Bermaksud orang bukit

Kepentingan Sungai

Kepentingan Keterangan

Kegunaan harian Bekalan air minum, mandi, membasuh Pengangkutan Sampan untuk bawa penumpang dan barang Kegiatan rekreasi Pesta regata dan perahu berhias

Petempatan Kewujudan kampung air

Perdagangan Melakukan aktiviti perdagangan dan jual beli Sumber rezeki Untuk penduduk kawasan sekitar sungai

Sarawak Sabah

Tenunan kain

• Pua kumbu dihasilkan oleh kaum Iban

• Keringkam diperbuat daripada kain kapas dan sutera

Tenunan kain

• Inavol sejenis kain berwarna-warni (kaum Rungus)

• Kaum Iranun menghasilkan dastar Kraf tangan

• Kaum Iban menghasilkan sintung duduk untuk membawa benih padi, lanji untuk membawa padi dan basong untuk memburu

• Orang Ulu menghias bakul dengan manik

• Orang Melanau membuat terendak

Kraf tangan

• Masyarakat pedalaman membuat bakul seperti wakid, buan dan tayen

• Kaum Bajau membuat tikar pandan dan (duang) tudung saji

Pertukangan

• Tiang Totem dihasilkan oleh Orang Ulu

• Patung Burung Kenyalang sebagai lambang kepahlawanan kaum Iban

Pertukangan

Kaum Bajau sama membuat barang besi seperti Guuk, Badi’ dan Pida’

Kesenian

Sarawak Sabah

• Kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu (Pesta Menuai)

• Keunikan Pesta Menuai ialah acara Kumang dan Keling Gawai

• Kaum Bisaya dan Kedayan mengadakan Pesta Babulang (pesta menuai) dan Makan Tahun (tanda kesyukuran)

• Kaum Melanau (Pesta Kaul)

• Kaum Kadazandusun dan Murut – Pesta Keamatan (simbol kesyukuran) – Pertandingan Unduk Ngadau (ratu cantik)

• Kaum Bajau/Sama

– Mengadakan juga Pesta Regata Lepa

(memperingati peranan lepa dalam kehidupan mereka)

– Lepa dihiasi cantik semasa pesta ini Perayaan

(20)

Sarawak Sabah Tarian Ngajat

• Kaum Iban dan orang Ulu

• Jenis tarian ialah Ngajat Indu dan Ngajat Lesung

• Memberi semangat kepada pahlawan

Sumazau

• Kaum Kadazandusun

• Ditarikan semasa Pesta Kaamatan

Bermukun

• Acara bergendang

• Gendang dipalu oleh kaum wanita

• Hanya kaum lelaki sahaja yang menari

Magunatip

• Kaum Murut

• Menggunakan dua batang buluh

• Tarian ditarikan dalam majlis keramaian Tarian Datun Julud

• Kaum Orang Ulu

• Lambang kegembiraan dan terima kasih

• Wanita berpakaian warna-warni

• Terdapat bulu Burung Kenyalang dan alat muzik sape

Limbai

• Kaum Bajau/Sama

• Tarian berpasangan

• Wanita memakai sarimpak (hiasan kepala)

• Ditarikan semasa majlis perkahwinan dan keramaian

Tarian

Seni Bina Sarawak Seni Bina Sabah

Rumah Kaum Fungsi Bahan dan

ciri-ciri Rumah Kaum Fungsi Bahan dan ciri-ciri Rumah

Panjang

• Iban

• Bidayuh

• Orang Ulu

• Tempat tinggal, berinteraksi dan acara perayaan

• Keselamatan dan

pertahanan

• Mewujudkan kerjasama antara penghuni

• Kayu keras (kayu belian)

• Atap (daun rumbia)

Rumah Panjang Rungus (Vinatang)

Rungus • Kediaman

• Kubu pertahanan

• Kayu bulat

• Buluh

• Kulit kayu

• Daun nipah

• Kedudukan kepala dalam bilik tidur adalah pada sudut tepat arah Gunung Kinabalu Rumah

Tinggi

Melanau Mengelak serangan musuh

Kayu keras dan bulat (kayu belian)

Rumah Panjang Murut (Tulus dan Pahun)

Murut Keselamatan dan

pertahanan

• Kayu bulat

• Kulit kayu

• Daun tolidus Rumah

Baruk

Bidayuh • Tempat menyimpan tengkorak dan senjata

• Pusat ritual, mesyuarat dan majlis sosial

• Kayu keras (kayu belian)

• Atap (daun rumbia)

• Bulat dan berbentuk kon

• Dihiasi lambang burung kenyalang

Lepa Kaum

Bajau/

Sama

• Mengangkat barang

• Kediaman

• Kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir

• Atap (daun nipah)

• Perahu

Referensi

Dokumen terkait

Konsep pada bangunan sekolah alam Panyaden Thailand yaitu bangunan hijau dengan menggunakan material bambu yang digunakan sebagai struktur kolom, struktur atap dan lainnya..