• Tidak ada hasil yang ditemukan

Monochrome membawa maksud sebuah seni yang dihasilkan dengan menggunakan hanya satu warna dan warna tersebut akan digunakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Monochrome membawa maksud sebuah seni yang dihasilkan dengan menggunakan hanya satu warna dan warna tersebut akan digunakan"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) merupakan salah satu program akademik yang dilaksanakan oleh pelajar Program Muzik setiap tahun. Program ini merupakan peperiksaan akhir bagi Pelajar tahun akhir Program Muzik. Kesemua lagu yang dipersembahkan merupakan hasil karya pelajar melalui kajian yang telah dijalani pelajar tahun akhir. Karya ini merupakan hasil dari pembelajaran gubahan dan latihan yang membuktikan keberkesanan pelajar menghasilkan sebuah produksi.

Dengan wujudnya CIPTA ini, semua pelajar program muzik dapat mengisi pengalaman dan pembelajaran dalam menjayakan sesebuah produksi seperti yang dituntut dalam dunia industri di luar. Hal ini kerana, kesemua pelajar muzik berpeluang untuk belajar cara mempromosi, mengedit video montaj, menghasilkan gubahan lagu menggunakan software seperti Musescore atau Sibelius serta menggunakan software Cubase atau Studio One bagi menghasilkan bunyi yang berkualiti dan realistik serta menjadi penganjur sesebuah produksi.

(3)

Monochrome

membawa maksud sebuah

seni yang dihasilkan dengan menggunakan hanya

satu warna dan warna tersebut akan digunakan

untuk

menghasilkan

seni

yang

bervariasi.

Monochrome Music

pula adalah sesuatu kajian yang

divariasikan untuk dijadikan sebuah karya kreatif

baharu.

(4)

Tarikh : 1 Julai 2021 Platform : Facebook

SESI 1 CIPTA

Masa Aturcara

8.00 Kehadiran Pelajar dan Tetamu

8.40 Kehadiran Pensyarah dan Penguji Luar

8.50 Video montaj CIPTA 2021

9.00 CIPTA sesi 1

Palister Walker Anak Robin

9.15 Faizilla Uji

9.30 Ivy Jee Jia Ming

9.45 Nur Farahani Binti Osman

10.00 Tan Suet Ling

10.15 Khairunisa Abu Bakar

10.30 Kate Winslet Anak Tipi

10.45 Roland Kyle Clement

(5)

SESI 2 CIPTA 14.15 14.30 14.45 15.00 15.15 15.30 15.45 16.00 16.15 Alisha Simut

Nur Ayu Natasha Binti Hamdan

Muhamad Nabil Ashyraaf Bin Jamari

11.15 Mohd Nuriqmal Bin Selaiman

11.30 Heavenly Berenai Johnson

11.45 Efah Binti Mohd Taha

12.00 Enoch Wong Sean Chyh

12.15 Sesi 1 tamat

Masa Aturcara

13.30 Kehadiran Pelajar dan Tetamu

13.40 Kehadiran Pensyarah dan Penguji Luar

13.50 Video Montaj CIPTA 2021

14.00 CIPTA sesi 2

Ass Wero Welldo Asmara

14.15 Christiansen Anak Bangan

14.30 Nurassima Binti Hakim

14.45 Cornelius Lucas

(6)

15.15 Willson Meringgai Anak Aing

15.30 Tan Yi Lee

15.45 Alisha Simut

16.00 Nur Ayu Natasha Binti Hamdan

16.15 Muhamad Nabil Ashyraaf Bin Jamari

16.30 Alvin Tindin Anak Buli

16.45 Cllyron Darren Oewin Janis

(7)

PENYELARAS PROGRAM MUZIK

Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mahasiswa muzik CIPTA yang telah berjaya menempuh cabaran dan rintangan ketika kita semua dilanda Era Pandemik Covid-19 seDunia ini. Kegigihan, kecekalan hati dan ketekunan mahasiswa CIPTA ini telah membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil, tidak dapat dilakukan. Matlamat utama kursus Projek Tahun Akhir Muzik adalah untuk melengkapkan dan mempersiapkan para mahasiswa muzik menghadapi dunia luar.

Di samping mereka berkarya, penyelidikan juga telah dijalankan oleh mahasiswa ini. Kesemua penyelidikan yang dijalankan baik melalui temubual bersama panel professional dan reponden atau mendapat rujukan daripada buku-buku yang berkaitan. Ilmu muzik yang diperolehi mereka selama hampir 3 tahun di Program Muzik, merupakan elemen utama di dalam persembahan dan pembentangan CIPTA ini. Sekali lagi saya ucapkan tahniah dan berbanggalah dengan apa yang diperolehi.

Semaikanlah ilmu yang ada dan tempahlah nama anda di dunia industri bersama doa-doa kami dari Program Muzik.

Salam,

Laura Pranti Tutom

Penyelaras Program Muzik 1 Julai 2021

(8)

KOORDINATOR PROJEK TAHUN AKHIR

Final Year Project (FYP) adalah tugas akhir bagi seluruh mahasiswa program muzik, yang dilaluinya pada semester ke enam. Ia merupakan penggabungan antara penyelidikan sebagai wujud dari kursus metodologi penyelidikan dengan penciptaan sebagai wujud dari seluruh kursus yang dipelajari mahasiswa selama menuntut ilmu muzik di UNIMAS seperti:

Music Theory

,

Musical Form

,

Harmony

dan

Orchestration

. Platfom untuk mewujudkan FYP ini disebut dengan nama CIPTA CONCERT.

Sekian.

Yoesbar Djaelani

Koordinator Projek Tahun Akhir 1 Julai 2021

Di masa sebelum Pandemik, FYP dalam bentuk CIPTA CONCERT ini dijalankan secara live iaitu pembentangan hasil penyelidikan diikuti persembahan karya cipta sebagai hasil penyelidikan yang disampaikan mahasiswa melaluiperanannya sebagai conductor orkestra dan koir untuk karya yang diciptakannya.

Dalam masa pandemik ini, FYP dijalankan dalam bentuk pembentangan hasil penyelidikan dan persembahan karya cipta sebagai hasil penyelidikan yang disampaikan melalui persembahan secara virtual.

Walaupun FYP disampaikan dalam bentuk live atau virtual, namun

management system

atau pengurusan acara CIPTA CONCERT ini tetap diperlukan. Mahasiswa yang menjalani FYP menduduki peranan sebagai

steering committee

dan mahasiswa tahun pertama dan kedua menduduki peranan sebagai

organizing committee

. Melalui keterlibatan aktiviti inilah mahasiswa tahun pertama dan kedua mempelajari secara langsung selok-belok FYP ini.

(9)

PRESIDEN PROGRAM MUZIK 2020/2021

Salam Sejahtera.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa dengan berlangsungnya Konsert CIPTA

‘Monochrome Music’

2021 dan memberi peluang kepada saya untuk merakamkan kata alu-aluan saya.

Matlamat utama program ini adalah untuk memperlihatkan hasil pembelajaran yang diperoleh pelajar muzik sepanjang tempoh pengajian di program muzik UNIMAS bukan sahaja dari aspek persembahan dan kajian dilakukan malah turut memberi pendedahan kepada para pelajar dalam aspek pengurusan khususnya produksi persembahan muzik.

Saya berharap semua pelajar yang terlibat secara langsung dalam program ini dapat menjadikannya sebagai satu landasan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program. Program ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri, kepimpinan dan sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar muzik yang terbabit.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang akan menjalani konsert CIPTA pada kali ini.

Sekian.

Mervin Mentol

Presiden Program Muzik 2020/2021 1 Julai 2021

(10)

PENGERUSI CIPTA

Salam sejahtera,

Saya bersyukur kerana kita semua dapat berkumpul secara atas talian melalui platform Discord untuk menyaksikan Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) 2021.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa CIPTA 2021 yang telah bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan acara ini

Musim pandemik ini telah memberi impak besar bagi semua mahasiswa dan mahsiswi kerana perlu membiasakan diri dengan norma baharu di mana ia sangat sukar bagi kami dalam jurusan muzik. Oleh itu, taniah kerana kita telah berjaya untuk menempuh norma baharu ini secara virtual.

Akhir kata, semoga pandemik ini akan berlalu dengan cepat supaya dapat kembali ke suasana belajar yang sepatutnya dan semoga semua yang menghadiri konsert ini dapat menikmati dan melihat hasil pembelajaran pelajar muzik Universiti Malaysia Sarawak.

Sekian.

Mattlloyd Daim Pengerusi CIPTA

dan terima kasih juga kepada pensyarah bagi subjek GKM3344

Project and Music

Performance Production

kerana telah memberi tunjuk ajar dalam persediaan acara ini.

Sekian.

Mattlloyd Daim Pengerusi CIPTA 1 July 2021

(11)

Ciptaan : Palister Walker Anak Robin

Tajuk Kajian : Komposisi Baharu Motif Rentak Tabuh Iban Masyarakat Selangau, Sibu di Sarawak dalam Orkestra.

Ciptaan : Faizilla Uji Tajuk Kajian : Motif Melodi Timang Anak Mit Ke Dalam Orkestra

Komposisi Muzik Timang Anakku Sayau Karya Timang Anakku Sayau ini menggambarkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dengan mendoakan kejayaan anaknya ketika dewasa nanti. Tradisi lisan ini dinyanyikan oleh wanita Iban untuk menidurkan anak kecil di dalam ayunan. Berdasarkankarya ini, penggunaan motif melodi diaplikasikan dengan iringan orkestra untuk membentuk sebuah komposisi yang baru.

Penciptaan karya ini adalah lagu instrumental yang menggunakan motif rentak tabuh Iban untuk dimainkan bersama alat muzik moden. Karya “Peransang” yang bermaksud memberi dorongan ini adalah ciptaan baharu namun masih mengekalkan rasa pendengar terhadap rentak dan tabuh itu sendiri. Tujuanya untuk menggalakan generasi muda kini untuk mengenali tabuh Iban

(12)

Ciptaan : Ivy Jee Jia Ming

Tajuk Kajian : Motif Melodi dan Motif Ritma dariTeochew string Poem Music (Chaozhou Xianshiyue) ke dalam Komposisi Baru yang dipersembahkan oleh Orkestra

Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan motif melodi dan motif ritma dariTeochew string Poem Music (Chaozhou Xianshiyue) ke dalam ciptaan baharu. Dengan ini, pengkaji akan dapat menguji dengan kebolehan motif melodi dan motif ritma Teochew string Poem Music (Chaozhou Xianshiyue) ke dalam komposisi barat yang dipersembahkan oleh orkestra barat.

Gambar

Ciptaan : Nur Farahani Binti Osman

Tajuk Kajian : Muzik Iringan Tarian Anding Dalam Orkestra

Tarian Anding merupakan sebuah tarian tradisional kaum Kedayan yang pada mulanya digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diubati. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan komposisi muzik iringan Tarian Anding ke dalam orkestra.

(13)

Ciptaan : Tan Suet Ling

Tajuk Kajian : Ritma Kesut di Kejaman Neh Long Liten Belaga Sarawak dalam Komposisi Nyanyian “Tujeng Akau”

Kesut merupakan alat muzik kaum kejaman yang dimainkan semasa meraikan perayaan perkahwinan dan menyambut kedatangan tetamu ke kampung. Namun Kesut selalunya dimainkan tanpa iringan alat muzik lain. Oleh itu, dalam Kajian ini pengkaji telah membuat komposisi baharu Ritma Kesut Kejaman Neh Long Liten bersama iringan vokal dan orkestra.

Gambar

Ciptaan : Kharunisa Abu Bakar Tajuk Kajian : Komposisi Gamelan Lagu Baharu Bersama Orkestra Karya ini dicipta untuk memperlihatkan bagaimana bunyi dan bentuk sesebuah lagu orkestra itu jika digabungkan bersama dengan alat muzik tradisional Gamelan. Gamelan merupakan alat muzik tradisional yang sering dimainkan di acara-acara atau majlis-majlis diraja pada suatu ketika dahulu.

(14)

Ciptaan : Kate Winslet Anak Tipi

Tajuk Kajian : Pengaplikasian Rentak Ngajat ‘Indu’ ke dalam Komposisi Baru Muzik ‘Bejawang’ bersama Orkestra Barat

Ngajat “Indu” merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat Iban. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta mengambarkan aktiviti masyarakat Iban. Dalam karya ini, pengkaji akan memperdengarkan rentak ngajat “Indu: ini bersama dengan iringan orkestra.

Ciptaan : Roland Kyle Clement Tajuk Kajian : Rentak Tarian Sumayau Suku Kaum Dusun Lotud dalam Orkestra

Tarian Sumayau merupakan salah satu tarian tradisi suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran, Sabah. Pada zaman dahulu tarian tradisi ini digunakan untuk ritual sahaja dan kini tarian ini sudah dijadikan sebagai sebuah persembahan. Dalam karya ini, pengkaji akan mempendengarkan rentak tarian Sumayau bersama dengan orkestra.

(15)

Ciptaan : Alyssia Alau Peter

Tajuk Kajian : Mengaplikasikan Motif Melodi Benging Lun Bawang, Long Semadoh Rayeh ke dalam Komposisi Baru Muzik ‘Wa’ Ku Ace Benging’

Benging merupakan suatu puisi tradisi lisan dimana masyarakat Lun Bawang akan mengalunkannya ketika masa lapang dan aktiviti perkampungan. Wa’ Ku Ace Benging ini mengisahkan seorang pemburu dalam perjalanan memburu musuhnya. Melalui komposisi ini, motif melodi Benging diaplikasikan dengan iringan instrumen dan penambahan harmoni memandangkan melodi asliBengingini bersifat monofonik.

Ciptaan : Mohd Nuriqmal Bin Selaiman Tajuk Kajian : Kajian Rentak Kompang di Kampung Sejijak , Kuching

dalam String Orkestra

Karya ini adalah lagu instrumental yang menggabungkan alat muzik barat dan tradisional iaitu kompang dan string orchestra. Lagu ini merupakan sebuah karya baru yang menggunakan rentak kompang yang berlainan di dalam setiap bahagian. Karya ini dibuat agar lebih ramai golongan muda berminat untuk mempelajari muzik tradisional kompang yang semakin dilupakan.

(16)

Ciptaan : Heavenly Berenai Johnson

Tajuk Kajian : Application of Iban Rhytmic Motif of Taboh Kuntau into a New Composition tittle “Kuntau Bungai Bubuk”

“Kuntau” is an art of self-defense in the Iban community that was historically taught by a guru named Bubuk, hence the name “Bubuk Kuntau”. Each part of the musical form illustrates an imaginative plot of a journey of an Iban hero from the beginning of the battle until the end.

Ciptaan : Efah Binti Mohd Taha Tajuk Kajian : Rentak Tagunggu (Titikan Lellang) Semporna dalam Orkestra Addat Bangsa Ta bermaksud ‘adat bangsa kita’ dalam bahasa Bajau Semporna. Rentak tagunggu pula merupakan muzik tradisional Bajau Semporna yang diiringi oleh tarian igal-igal (tarian tradisi Bajau Semporna). Ini merupakan adat bagi suku kaum Bajau yang menjadikan rentak tagunggu sebagai hiburan. Rentak tagunggu selalu dimainkan pada majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan.

(17)

Ciptaan : Enoch Wong Sean Chyh

Tajuk Kajian : Fusion Between Classic Ragtime & Sabah Hakka Pop Song “I Love Sino Kadazan” in Orchestra

This work was composed by combining the melody part including lyrics from Sabah Hakka Pop Song “I Love Sino Kadazan”, harmony part from Classic Ragtime and jazz improvisation in the interlude section. The purpose of this research and work is to let more Sabah Hakka teenagers know Hakka Pop Song.

Ciptaan : Ass Wero Welldo Asmara Tajuk Kajian : Rentak Gong Rungus Kampung Tigaman Darat,

Kota Marudu, Sabah dalam Orkestra

Gong kaum Rungus merupakan alat muzik tradisi kaum Rungus. Alat muzik ini biasanya dimainkan pada hari menuai (kokotuai), Perkahwinan (moggontong), dan juga sebagai tanda hari kesukaan bangsa rungus (karamazan). Selain itu, gong ini juga merupakan warisan dari nenek moyang. Dalam Karya ini, pengkaji akan memperdengarkan rentak Gong Rungus bersama orkestra.

(18)

Ciptaan : Christiansen Anak Bangan

Tajuk Kajian : Ritma Taboh Ajat Ngalu Temuai Masyarakat Iban dalam Komposisi Muzik

“Aram Berami”

Aram Berami membawa maksud “marilah kita berkumpul ramai-ramai”. Karya ini menceritakan tentang suasana keramaian ketika tetamu atau para sahabat berkumpul bersama-sama. Pengkaji mencipta komposisi tersebut dengan mengaplikasikan ritma daripada rentak taboh Ajat Ngalu Temuai ke dalam alat muzik orkestra.

Ciptaan : Nurassima Binti Hakim Tajuk Kajian : Motif Melodi dan Rentak Gong Tarian Mengiluk Sandakan dalam

Orkestra

Karya ini adalah tentang motif melodi dan rentak yang digunakan dalam muzik (iringan tari) Mengiluk. Mengiluk merupakan tarian suku kaum Suluk di Sandakan Sabah. Pengkaji mencipta sebuah komposisi baru dengan mengaplikasikan motif melodi dan rentak Mengiluk dalam orkestra. Karya ini penting untuk memastikan kebudayaan kaum Suluk di Sabah tidak luput ditelan zaman.

(19)

Ciptaan : Cornelius Lucas

Tajuk Kajian : Komposisi Baru berdasarkan Motif Melodi & Ritma Lagu Lan’I Masyarakat Kenyah Badeng Lio Mato diiringi Jatung Utang dan Orkestra

Bangen Tawai bermaksud ‘Hati Senang’ dan lirik adalah ciptaan sendiri. Komposisi baru diciptakan adalah untuk mewujudkan lagu baruberdasarkanmotif melodi dan ritma lagu Lan’I. Lagu ini adalah untuk menyambut tetamu dan meraikan perayaan. Dengan ciptaan lagu baru dapat menakluk hati para tetamu ke perkampungan masyarakat kaum Kenyah.

Ciptaan : Wexler Gimang Tajuk Kajian : Komposisi Baharu Pantun Iban Teluk Buing Kapit, Sarawak

dalam Orkestra

Pantun Iban merupakan salah satu daripadaleka mainmasyarakat Iban di Sarawak, Malaysia. Asal pantun Iban hanya dipersembahkan oleh seorang pemantun tanpa iringan muzik. Dalam kajian ini, pengkaji menciptakan komposisi baru pantun yang diiringi oleh orkestra. Pantun ini menceritakan seseorang yang kecewa dalam percintaan.

(20)

Ciptaan : Willson Meringgai Anak Aing

Tajuk Kajian : Penciptaan Lagu Rock Iban Baharu Berlandaskan Komposisi Muzik Kumpulan Band Iban Masterpiece

Pengkaji menggunakan beberapa aspek iaitu subgenres muzik rock, form dan rentak dari komposisi lagu kumpulan muzik rock iban iaitu Masterpiece bertajuk ‘Kumang seari’ untuk menghasilkan karya bertajuk puang dengan menggabungkan jenis muzik rock dibawakan kumpulan Masterpiece dengan orkestra. Karya bertajuk ‘Puang’ mengisahkan tentang percintaan dua insan yang dipisahkan oleh kematian.

Ciptaan : Tan Yi Lee Tajuk Kajian : The Application of Motifs in Upin & Ipin: Keris Siamang

Tunggal Teaser Soundtrack by Using Motif Development Techniques in Film Scoring for a Different Animation, Forgotten Dream

This composition is done by applying the motifs selected from Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggalteaser soundtrack according to the analysis of scenes in the short animation, Forgotten Dream. The aim of this research and creative work is to instill interest towards the evolution of Malaysian Animation among Malaysians.

(21)

Ciptaan : Alisha Simut

Tajuk Kajian : Mengaplikasikan Motif Melodi Nyanyian TekenaKenyah ke dalam Komposisi Baharu Muzik “Tuyang”

Tuyang bermaksud sahabat baik. Karya ini mengisahkan seorang sahabat yang merindukan sahabatnya. Dengan itu dia menyampaikan perasaan rindunya dengan menyanyikan lagu dan berharap orang yang mendengar nyanyian itu terhibur dengan liriknya. Motif nyanyian Tekena akan dikembangkan ke dalam komposisi karya pengkaji.

Ciptaan : Nur Ayu Natasha Bt Hamdan Tajuk Kajian : Gaya Permainan Rebab Menggunakan Viola Dalam

Komposisi Baharu Rebab merupakan salah satu alat muzik tradisional yang memainkan peranan yang sangat besar dalam beberapa buah persembahan di Kelantan antaranya ialah Mak Yong, Tarik Selampit dan Main Puteri. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggabungkan muzik moden dan juga muzik tradisional ke dalam sebuah komposisi baharu yang mengutamakan teknik dan gaya permainan rebab menggunakan viola ke dalam sebuah orkestra.

(22)

Ciptaan : Muhamad Nabil Ashyraaf Bin Jamari

Tajuk Kajian : Rentak Ritma Gendang dan Motif Melodi Bermukun Masyarakat Melayu Kampung Spaoh, Betong dalam Orkestra.

Bermukun merupakan salah satu seni tradisi masyarakat Melayu di Sarawak yang mempunyai 3 elemen iaitu gendang, seh gendang dan penandak(penari). Pengkaji mengambil rentak ritma gendang serta motif melodi bermukun untuk digabungkan bersama alat muzik orkestra beserta pantun yang diberi tajuk “Dendang Nasihat” untuk tauladan anak muda menuntut ilmu.

Ciptaan : Alvin Tindin Anak Buli Tajuk Kajian : Entelah Iban (Leka Main Pemerindang) Long Tisam Tinjar,

Baram, Sarawak dalam Orkestra

Perkataan ‘Entelah’ membawa maksud teka-teki. Karya ‘Betundi Ngelalaika Leka (Entelah)’ bermaksud bermain sembunyikan teka-teki. Entelah dikategorikan sebagai puisi berbentuk hiburan oleh masyarakat kaum Iban dan mereka sering memainkannya ketika masa lapang. Dalam kajian ini, pengkaji akan memperbaharui kaedah penyampaian Entelah Iban dimana akan disampaikan bersama orkestra.

(23)

Ciptaan : Cllyron Darren Oewin Janis

Tajuk Kajian : Motif Melodi Sompoton dalam Komposisi Minimalis

Sompoton merupakan sebuah alat muzik tradisional kaum Dusun yang berasal dari Sabah manakala muzik minimalis pula merupakan teknik komposisi muzik yang mula berkembang pada tahun 1960an. Karya ini diciptakan dengan mengembangkan motif melodi sompoton dalam komposisi minimalis. Karya ini merupakan pendekatan baharu dalam pengembangkan motif melodi muzik tradisional.

(24)

Jawatankuasa Nama

Pengerusi Mattlloyd Daim Setiausaha Faizilla Uji

Jayseka Morris (tahun 3) Bendahari Nur Afiqah Binti Mohd Nizam

Nurfarah Nadia Binti Muhammad (tahun 2) Pengarah Muzik Tan Yi Lee

Zaid Aiman Abdul Taip (tahun 2) Rashdanshah bin Bahrun (tahun 1) Librarian Kens Wester Anak Augustine Sampar

Azrhul Nizar bin Azrie (tahun 2) Luis Juwi (tahun 1)

Soundman Wexler Gimang

Roland Kyle Clement (tahun 4)

Muhammad Rajaie Firdaus Naim Bin Zahari (tahun 2) Dokumentasi Ivy Jee Jia Ming

Juruteknik Siaran Cllyron Darren Oewin Janis Calvyron Daryl (tahun 1) Logistik Cornelius Lucas

Promosi Nur Farahani Binti Osman

Penerbit I Muhamad Nabil Ashyraaf Bin Jamari Mas Arif Rithauddin Bin Masran (tahun 2) Muhammad Zuhair Bin Sahak (tahun 1) Penerbit II Alvin Tindin Anak Buli

Ikhwan Fitri Bin Roslin (tahun 2) Alicia Melodie Ak Alexander (tahun 1) Multimedia

Video Editor

Ass Wero Welldo Asmara Abel Justine (tahun 2)

Sherlin Cristy Robert (tahun 2) Multimedia

Digital Poster Alisha SimutMervin Mentol (tahun 2)

Muhammad Danial Anas Bin Matnor (tahun 1) Multimedia

Photo Editor Wilson Meringgai Anak AingRusyaidi Aiman Bin Rosland (tahun 2) Emcee Adeline Thailon (tahun 1)

Cenderahati Kate Winslet Anak Tipi Susan Awing Enggan (tahun 2) Siti Mawaddah Binti Karia (tahun 2)

(25)

Universiti Malaysia Sarawak & Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Pensyarah: Miss Laura Pranti Tutom

Drs. Yoesbar Djaelani

Prof. Madya Dr. Hasnizam bin Abdul Wahid Dr. Connie Lim Keh Nie

Miss Ng Sie Ai En. Ezra Alfandy M Duin

Penguji Luar:

Dr. Kamarulzaman bin Mohamed Karim

Dan

Referensi

Dokumen terkait

Hasil ini mempunyai arti bahwa terdapat pengaru penempatan pegawai terhadap kinerja pada Dinas Perhubungan Kota Denpasar layak digunakan untuk memprediksi variabel dependen.

Dari sembilan elemen dalam konsep pemasaran yang diusung Hermawan Kartajaya, strategi kuncinya dirumuskan lebih sederhana dalam segitiga PDB ( Positioning ,

Teori yang paling cocok digunakan untuk penelitian ini adalah semantik, karena yang ingin ditelaah apakah elemen pada kemasan mampu menyampaikan manfaat dari produk secara

Mengacu pada Resolution SEA/RC59/53 tentang Promoting Patient Safety in Health Care, yang diadopsi pada Sesi yang 59 thn Regional Committee untuk Asia Tenggara, yang

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui tanda-tanda yang memiliki makna denotasi dan makna konotasi yang dilihat dari trick effect, pose, object, photogenia,

Sistem monitoring yang dimaksud pada penelitian ini adalah pengukuran tegangan dan arus sedangkan nilai daya dan faktor daya didapat dari hasil perhitungan menggunakan

Untuk mengatasi masalah tersebut dibuatlah aplikasi pengenalan batik tradisional indonesia berbasis android, dengan aplikasi tersebut dapat mempermudah pengguna untuk

Persaingan yang kompetitif dalam industri fast moving consumer good (FMCG) ditandai dengan turun naiknya ekuitas merek suatu produk, khususnya pada lini disposable