• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARISPANDUAN PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RMK10"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

GARISPANDUAN PERMOHONAN

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN

RMK10

www.ukm.my/jpp

 

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

     

JABATAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM BANGI

(2)

   

A. PENGENALAN

Garispanduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan bagi Jabatan, Fakulti, Institut, Pusat dan Organisasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memohon peruntukan pembangunan dalam Rancang Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10).

B. JENIS PERMOHONAN

Permohonan peruntukan merangkumi berberapa jenis projek iaitu: 1. Pembinaan Bangunan

2. Pembinaan Infrastruktur 3. Pembelian Peralatan

4. Ubahsuai Bangunan, Infrastruktur dan Kemudahan 5. Naiktaraf Bangunan, Infrastruktur dan Kemudahan 6. Pembelian Tanah

C. RUJUKAN

Permohonan peruntukan adalah tertakluk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Pemohon boleh merujuk kepada beberapa sumber dalam penyediaan permohonan mereka. Sumber rujukan yang digunakan termasuk:

1. Pekeliling Am Bil. 5 Tahun 2004 bth 21/10/2004 Penyediaan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, Jabatan Perdana Menteri.

http://www.epu.jpm.my/New%20Folder/development%20plan/pdf/Pekeliling%20A m%20Bil%205%202004%20-%20Penyediaan%20RMKe-9%202006-2010.pdf

2. Garispanduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan Oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos Bagi JPPN Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

http://www.epu.jpm.my/New%20Folder/garispanduan-jkpk/buku%20garis%20panduan.pdf

D. KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN

Pemohon perlu menyediakan Kertas Kerja Permohonan Peruntukan untuk diproses oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kertas Kerja yang lengkap terbahagi kepada dua bahagian iaitu

1. Ringkasan Projek, dan 2. Borang Permohonan.

Kertas Kerja yang tidak lengkap tidak akan diproses. Kertas Kerja yang telah lengkap perlulah diserahkan kepada Pengarah, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

E. RINGKASAN PROJEK

Pemohon perlu menyediakan Ringkasan Projek secara bertulis diantara tiga hingga lima muka surat. Ringkasan Projek ini mengandungi perkara seperti:

1. Tajuk. Memaparkan tajuk projek secara lengkap iaitu kerja yang terlibat, maklumat projek, lokasi projek dan pengguna projek tersebut.

2. Latarbelakang. Menerangkan latar belakang ringkas mengenai cadangan projek termasuklah keperluan dan keadaan semasa. Ia juga menerangkan beberapa halangan dan potensi-potensi pembangunan dan bagaimana projek yang dicadangkan mempunyai hubungan dengan organisasi pemohon.

(3)

   

3. Objektif. Menyatakan objektif yang hendak dicapai melalui pelaksanaan projek. Adalah lebih baik jika objektif, di mana mungkin, dinyatakan dalam sebutan kuantiti yang tepat. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang Permohonan – Borang F.

4. Output/ Skop dan Komponen. Mentakrifkan berbagai-bagai komponen yang diperlukan untuk mencapai objektif yang ditentukan. Iaitu hasil yang diperolehi daripada projek yang akan digunakan untuk mencapai objektif. Ia juga menyatakan alternatif-alternatif teknik asas yang boleh diperolehi, anggaran pengeluaran dan pengenalpastian teknologi-teknologi yang dapat diperolehi serta potensi-potensinya untuk diperbaiki. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang Permohonan – Borang F.

5. Outcome/ Faedah yang dijangka. Menjelaskan saiz dan bentuk permintaan atau pasaran bagi keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh projek itu. Sasaran aktiviti, kuatili, dan keupayaan yang dijangkakan akan dicapai dengan perlaksanaan projek. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang Permohonan – Borang F.

6. Unjuran Kakitangan dan Pelajar. Menyatakan anggaran bilangan pengguna yang terdapat dalam rekod dan bagi beberapa tahun kehadapan. Pemohon perlu merancang unjuran berdasarkan keperluan. Bahagian ini juga akan dijelaskan secara jadual dalam Borang Permohonan – Borang E.

7. Justifikasi. Menyediakan justifikasi pemilihan projek yang dipohon termasuk anggaran kasar mengenai pulangan kewangan atau ekomoni atau pengiktirafan dan pencapaian objektif-objektif polisi tertentu.

8. Keluasan ruang / Kemudaha Sedia ada. Menyatakan keluasan ruang atau kemudahan sedia ada yang dimiliki oleh pemohon. Ia perlu disertakan untuk menyokong permohonan yang dibuat.

9. Keluasan ruang / Kemudahan baru yang diperlukan. Menyatakan keperluan keluasan ruang atau kemudahan baru yang nyatakan sebagai permohonan projek. Permohonan keluasan ruang atau kemudahan hendaklah berpandukan piawaian yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan (Perkara C. RUJUKAN, No. 2). Pemohon juga boleh merujuk JADUAL KELUASAN RUANG yang dilampirkan bersama garispanduan ini. Bahagian ini adalah berkait dengan Borang Permohonan – Borang A.

10. Anggaran Kos. Menyediakan anggaran kasar jumlah kos projek termasuk kos modal serta kos operasi dan kos penyelenggaraan, termasuk kos pembelian tanah jika ada. Ini bukanlah penyediaan kos secara terperinci tetapi merupakan satu penunjuk mengenai berapa banyak kos yang terlibat. Bahagian ini adalah huraian dari Borang Permohonan – Borang A, B, C dan D. Berikut adalah panduan kaedah untuk mendapatkan anggaran kos;

(4)

   

Borang Anggaran Kos

A • Anggaran kos bangunan per meter persegi

Jenis Bangunan Anggaran Kos (RM/m2)

Pejabat 2,600 Makmal 3,500 Dewan 2,500 • Pemohon digalakan membuat semakan dengan Bahagian

UkurBahan, Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM

B, C • Pemohon diminta membuat anggaran daripada pengamatan dan tinjauan sendiri.

• Bagi peralatan yang telah dikenal pasti oleh pemohon, pemohon boleh menyertakan lampiran peralatan dari pembekal.

D • Kos tanah boleh diperolehi daripada pengamatan dan tinjauan pemohon di kawasan tersebut. Berikut adalah kos pembelian tanah bagi projek RMK9 sebagai rujukan.

Kawasan Anggaran harga tanah per hektar (RM/Ha) Langkawi 745,000

Mersing 290,000

Teluk Intan 335,000

Tasik Cini

Pengambilan Tanah Kerajaan Kuala Pilah

Bukit Fraser

• Meskipun begitu, kos sebenar hanya akan diperolehi berdasarkan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia yang dibuat semasa proses pembelian.

11. Cadangan lokasi tapak. Menyatakan cadangan lokasi untuk tapak projek secara terperinci. Maklumat-maklumat berkaitan kemudahan asas sedia ada seperti laluan ke lokasi, bekalan air, bekalan elektrik dan sebagainya perlu juga dinyatakan. Adalah lebih baik sekiranya gambar-gambar keadaan lokasi cadangan serta keadaan sekelilingnya disertakan.

12. Isu dan Risiko. Menyatakan isu-isu, risiko-risiko atau masalah yang dijangka sebelum,semasa atau selepas pelaksanaan projek dan juga sekiranya permohonan projek tidak diluluskan. Kekangan-kekangan sekeliling yang akan dihadapi atau masalah lain yang berkaitan dengan projek juga perlu dinilai dan dinyatakan.

13. Langkah-langkah mengatasi. Menjelaskan usaha-usaha yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah yang akan dihadapi sebelum, semasa atau

(5)

   

selepas pelaksanaan projek dan juga sekiranya permohonan projek tidak diluluskan.

14. Maklumat Tambahan. Menunjukan sebarang halangan yang besar atau faktor-faktor umum lain yang berkemungkinan mendatangkan kesan yang besar ke atas projek yang dipohon.

15. Butiran Pemohon. Memaklumkan pengenalan individu yang menyediakan Ringkasan Projek iaitu pegawai bertanggungjawab serta pengenalan pegawai yang mengesahkannya iaitu Ketua Jabatan, Fakulti atau Organisasi yang memohon. Pengenalan yang dimaksudkan adalah nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor UKM PER, jawatan, alamat Jabatan, Fakulti, Institut, Pusat atau Organisasi, nombor telefon untuk dihubungi dan tarikh penyediaan dan pengesahan Ringkasan Projek tersebut. Pemohon juga perlu menyertakan butiran mengenai Jabatan/Fakulti/Institut/Organisasi yang memohon serta jawatankuasa yang meluluskan penyediaan Kertas Kerja ini.

Limabelas perkara yang dinyatakan perlu dimasukkan dalam Ringkasan Projek. Sekiranya perkara-perkara yang dinyatakan tidak berkaitan dengan permohonan, perkara tersebut hendaklah dikekalkan dan pengecualiannya perlu dinyatakan. Format Ringkasan Projek dilampirkan bersama Garispanduan ini dan boleh didapati dalam laman web Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia di www.ukm.my/jpp .

BORANG PERMOHONAN

Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang berkaitan dengan permohonan peruntukan. Borang-borang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemohon adalah diingatkan supaya sentiasa melakukan semakan dengan Bahagian UkurBahan, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia semasa mengisi borang terutamanya pada bahagian yang melibatkan nilai anggaran perbelanjaan. Borang-borang yang disediakan adalah seperti berikut:

1. BORANG A – Anggaran Keluasan Ruang Bangunan 2. BORANG B – Anggaran Kos Peralatan

3. BORANG C – Anggaran Kos Ubahsuai/Naiktaraf Bangunan/Infrastruktur/Kemudahan 4. BORANG D – Permohonan Pembelian Tanah/Bangunan 5. BORANG E – Anggaran Bilangan Pengguna Projek/Bangunan 6. BORANG F – Penilaian Outcome

7. BORANG G – Ringkasan Anggaran Kos

Borang-borang dilampirkan bersama Garispanduan ini dan ia juga boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia di

(6)

   

JADUAL KELUASAN RUANG

KELUASAN BILIK PEJABAT

TINGKATAN TERTINGGI LUAS BILIK (m.p.) i. Jawatan Utama (JUSA) “A”

ii. Jawatan Utama (JUSA) “B” dan “C” iii. Gred 53-54

iv. Gred 47-52

v. Ketua-ketua atau Timbalan-timbalan Ketua Jabatan dalam Gres 41-46

vi. Lain-lain pegawai yang layak mendapat bilik

42.0 36.0 36.0 28.0 18.0 15.0

KELUASAN RUANG KERJA (WORKING SPACE) BAGI PEGAWAI YANG TIDAK DISEDIAKAN BILIK

TINGKATAN TERTINGGI LUAS BILIK (m.p.) i. Gred 41-46 ii. Gred 36-40 iii. Gred 17-35 iv. Gred 11-16 v. Gred 1-10 14.0 9.0 5.0 4.0 3.0

KELUASAN RUANG SOKONGAN DI DALAM PEJABAT

KELUASAN RUANG SOKONGAN / GUNA SAMA

JENIS RUANG KELUASAN RUANG i. Bilik Seminar / Persidangan atau yang

bersamaan

ii. Bilik Sumber / Bilik Bacaan atau yang bersamaan

iii. Bilik Rekreasi atau yang bersamaan

iv. Kafeteria (termasuk ruang persediaan / dapur) v. Bilik Sembahyang (termasuk ruang wuduk) vi. Tandas (bilangan unit ialah 10% daripada

jumlah pekerja / pengguna). Garis Panduan Reka Bentuk Bilik Air Awam yang dikeluarkan oleh JKR perlu dipatuhi.

1.9 m.p. / orang

1.9 m.p. daripada 10% ruang sirkulasi dan M&E

36.0 m.p. (muatan 20 orang) 100.0 m.p. (muatan 50 orang) 18.0 m.p. / bilik

3.5-4.5 m.p. / unit (termasuk BBT/urinal) JENIS RUANG KELUASAN RUANG

i. Bilik Mesyuarat ii. Bilik Perbincangan iii. Bilik Rehat / Pantry iv. Bilik Fail

v. Bilik Komputer vi. Bilik Kebal vii. Stor-stor

viii. Ruang Tetamu / Menunggu

1.6 m.p. / kakitangan 1.9 m.p. / kakitangan 15.0 m.p. (untuk muatan 6 orang)

20.0 m.p.

1.9 m.p. /komputer (dengan sirkulasi) 10.0 m.p.

30.0 m.p. 20.0 m.p.

(7)

   

BAGI RUANG-RUANG FUNGSI LAIN

JENIS RUANG KELUASAN RUANG

i. Auditorium / Dewan Besar ii. Dewan Kuliah

iii. Bilik Kuliah iv. Bilik Tutorial v. Bilik Seminar vi. Makmal - Am

‐ Kajian vii. Studio senibina

viii. Bilik Lukisan Kejuruteraan

1.80 – 2.35 m.p. / tempat duduk 0.90 - 1.00 m.p. / orang 0.95 m.p. / orang 1.90 m.p. / orang 1.90 m.p. / orang 7.90 m.p. / orang 11.0 m.p. / orang 7.50 m.p. / orang 5.90 m.p. / orang ix. Perpustakaam a. Ruang Membaca ‐ Terbuka ‐ Jenis cubicle ‐ Jenis Karrel

Muatan (kapasiti) untuk ruang membaca b. Ruang Rak Buku Terbuka

1.90 m.p. / orang 2.30 m.p. / orang 2.80 m.p. / orang

30% jumlah pelajar dan 20% jumlah kakitangan ‐ 120-150 naskah / m.p. setinggi 2.13 meter atau 5.60 meter persegi bagi setiap 1,000 buku; yang mana lebih rendah.

‐ Jarak antara rak adalah 0.90 meter ‐ Jarak antara aisle adalah 0.90m – 1.00m ix. Kediaman

a. Pelajar

‐ Sistem Dua Orang Sebilik ‐ Sistem Seorang Sebilik b. Pelatih

‐ Sistem Dua Orang Sebilik ‐ Sistem Seorang Sebilik c. Unit Fellows d. Kakitangan Sokongan 8.40 m.p. 11.20 m.p. 9.50 m.p. 14.00 m.p. 75.00 m.p. / unit 15.0 m.p. x. Kemudahan Dewan Makan

a. Pelajar & Kakitangan xi. Kemudahan Dapur / Persediaan

a. Bagi jumlah 100 orang ke bawah b. Bagi jumlah 101 – 400 orang c. Bagi jumlah 401 orang keatas

1.00-1.20 m.p. / orang 0.75 m.p. / orang 0.50 m.p. / orang 0.40 m.p. / orang xii. Kemudahan Rekreasi (merangkumi ruang

tetamu, bilik TV, bilik bacaan, pejabat kecil dan lain-lain)

0.95 m.p. / orang

PIAWAI UNTUK ASRAMA

Nota : * = Termasuk keluasan bilik air. Jenis Ruang

Sistem 2 orang sebilik Sistem 1 orang sebilik

Pelajar K/tangan Gred < 40

Pelajar Pegawai Gred

41 – 53 K E L U A S A N

Bilik Tidur (m.p. / orang) 8.40 15.00 11.20 20.00* Dewan Makan (m.p. / orang) Campuran Pelajar dan Kakitangan: 1.00 – 1.20

Dapur (m.p. / orang) (i) < 100 org : 0.75 (ii) 101-400 org : 0.50 (iii) > 401 org : 0.40 Bilik Rekreasi (m.p. / orang) 0.95

Pejabat (m.p. / orang) 0.40

Bilik Air dan lain-lain (m.p. / orang) 0.40 1.35 0.40 0.4 Ruang Legar (m.p. / orang) 2.95 5.95 3.90 7.00 Jumlah (m.p. / orang) 14.45 – 15.05 25.00 – 25.80 18.20 – 18.80 30.15 – 30.90

Referensi

Dokumen terkait

a) Permohonan terbuka kepada semua pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik dan Bukan Akademik) yang sedang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon persetujuan penganjuran dan peruntukan kewangan dari Pengarah Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara

Diisi oleh RIMC Kluster Sub kluster Diisi oleh Pemohon PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR BORANG PERMOHONAN PENYELIDIKAN GPIK

Scan Surat Kuasa, apabila pengurusan dikuasakan Apabila permohonan tersebut dikabulkan, maka kami pemohon bersedia memenuhi syarat-syarat yang ditentukan, apabila tidak melaksanakan

KATEGORI PEMOHON APPLICANT CATEGORIES DETAILS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI LATIHAN KLINIKAL APPLICATION FORM FOR CLINICAL ATTACHMENT TRAINING B..

Borang Pemindahan Siri-V ScienceFund,UKM 1 Lampiran 1 PERMOHONAN PEMINDAHAN V-SIRI Nama Pemohon : Ahmad bin Hasan Institusi Pemohon : Universiti Kebangsaan Malaysia No... Borang

UKM/PPPS/C/P06/AK01/02 Tarikh kuatkuasa 01-03-2010 PUSAT PENGURUSAN SISWAZAH PERMOHONAN MENYEDIAKAN TRANSKRIP Centre for Graduate Management Application for Academic Transcript [ ]