• Tidak ada hasil yang ditemukan

TENTERA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TENTERA"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

WAWASAN

TENTERA DARAT

DASAR

KUALITI

MISI

MATLAMAT

KESIAGAAN

DEPLOYABL

VERSATILE

CREDIBLE

DECISIVE

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PUNGURUSAN LOGISTIK PENYUBURAN IMEJ & KEWIBAWAAN TD HUBUNGAN TENTERA & AWAM TUMPUAN LATIHAN PEMERINTAHAN,KEPIMPINAN &

PENGURUSAN PEMBANGUNAN TD

(ARMY 2 10 PLUS 10)

TUJUH TONGGAK UTAMA

FAKTOR – FAKTOR PENENTU KEJAYAAN

NILAI TERAS

KECEMERLANGAN & KEUNGGULAN KESELAMATAN MAKLUMAT BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN KESETIAAN PROFESIONALISME BERDISPLIN,

BERSEMANGAT & BERINTEGRITI

(2)

WAWASAN

ANGKATAN DARAT MALAYSIA

Satu Angkatan Darat yang moden, kredibel,

seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan

misinya sebagai sebahagian daripada

Angkatan Darat Malaysia

(3)

\

MISI

TENTERA DARAT MALAYSIA

Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan

kepentingannya daripada ancaman luar

dan membantu pihak berkuasa awam

untuk mencapai keamanan dan

(4)

DASAR KUALITI

TENTERA DARAT MALAYSIA

Membudaya dan memperkasakan kualiti (superior quality)

pemerintahan, kepimpinan, pengurusan dan intergrity di semua

(5)

MATLAMAT TENTERA DARAT

MALAYSIA

Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness)

dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai

dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan

perkhidmatan kepada rakyat dan Negara

(6)

TAJUK : Kualiti hidup merupakan suatu penyumbang kepada

semangat juang (moral) di kalangan warga Tentera Darat.

Apakah faktor-faktor yang menentukan tahap kualiti hidup

dalam tentera darat dan bagaimanakah ia dapat dipertingkatkan.

Huraikan

Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu angkatan yang memberi sumbangan yang berharga kepada Negara. Angkatan Tentera Malaysia dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Angkatan Tentera Udara Malaysia dan Angkatan Tentera Darat Malaysia. Tentera Darat Malaysia merujuk kepada satu angkatan tentera yang amat mengutamakan keselamatan Negara berbanding nyawa mereka sendiri. Secara keseluruhannya, matlamat mereka dapat dikatakan”keselamatan Negara diutamakan dan kesanggupan mengorban diri demi Negara didahulukan”. Di samping itu, dalam melaksanakan amanah yang diberi, Angkatan Tentera Darat amat bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan berpegang

(7)

kepada ikrar “Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNya, setia kepada Negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah, Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera, Mengutamakan pelaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas dan menyimpan rahsia Negara dengan seketat-ketatnya”. Setiap anggota Angkatan Tentera Darat wajib perlu memegang kepada ikrarnya dan sentiasa mengingati matlamatnya dalam pemikiran setiap kali diberi amanah dan sepanjang melaksanakan amanah tersebut. Dalam pada itu, kualiti hidup menjadi salah satu aspek yang amat penting dalam menentukan kejayaan anggota Angkatan Tentera Darat dalam kerjayanya. Faktor-faktor penentuan kualiti hidup Tentera Daratdapat dilihat dalam tujuh bahagian iaitu pemerintahan, kepimpinan, pengurusan yang berwawasan dfan cemerlang, komitmen, dedikasi dan semangat setia kawan yang tinggi, keilmuan dan tahap profesionalisme yang tinggi, kesetiaan dan amalan disiplin yang tinggi, pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) dan sokongan padu dari pihak kerajaan dan rakyat serta amat penting berusaha dalam mempertingkatkansetiap faktor yang dinyatakan.

Dalam menentukan kualiti hidup anggota Tentera Darat pemerintahan, kepimpinan, pengurusan yang berwawasan dan cemerlang menjadi salah satu faktor yang amat penting. Setiap anggota Tentera Darat perlu mempunyai satu sistem pemerintahan yang adil dan sistematik. Secara ringkasnya, anggota Tentera Darat yang mempunyai kuasa perlu menggunakan kuasa tersebut dalam memerintah anggota-anggota bawahannya dengan bijak dan sistematik dalam menjadikan anggota Tentera Darat bawahannya menuju ke arah yang betul dan menjadikan mereka sebagai Angkatan Tentera Darat yang berwibawa. Di samping itu, Tentera Darat yang memegang kuasa juga perlu menjadi salah satu teladan yang cukup baik kepada anggota Tentera Darat yang lain. Hal ini sedemikian kerana mereka perlu memimpin Angkatan Tentera Darat dengan berhasrat untuk menjadikan angkatan tersebut sebagai satu Angkatan Tentera Darat yang terbaik dan melakukan yang terbaik demi kedaulatan Negara. Pengurusan yang berwawasan dan cemerlang dapat dilihat apabila seseorang anggota Tentera Darat mengurus satu organisasi dengan baik dan tidak melepaskannya dalam apa-apa keadaan. Selain itu, dalam pemerintahan dan kepimpinan Angkatan Tentera Darat perlu mengamalkan corak kepimpinan yang dinamik di mana pemimpin mampu mengurus tadbir sumber manusia, aset-aset, aspek kewangan dan perkara-perkara yang kompleks dengan berkesan, cekap serta mengikut peraturan, kuasa-kuasa yang diperturunkan mestilah digunakan dengan bijak. Dalam pada itu, pemimpin pengurusan

(8)

organisasi Angkatan Tentera Darat juga perlu mengamalkan sifat adil dan mengikut batasan amalan bersih, cekap, amanah dan berintergriti dihayati bersama nilai Teras Tentera Darat iaitu “Kesetiaan, Profesionalisme, Berdidiplin, Bersemangat dan Berintegriti, Kecemerlangan dan Keunggulan, Keselamatan Maklumat, Bertindak Sebagai Satu Pasukan dan Pembelajaran Berterusan”. Seterusnya, pengurusan organisasi perlu diterapkan dasar Konsep Sistem Pengurusan Kualiti Tentera Darat supaya dapat menjadikan pengurusan Angkatan Tentera Darat sebagai pengurusan organisasi yang berwibawa dan cemerlang. Dalam pengurusan suatu organisasi setiap anggota Tentera Darat perlu sentiasa memikirkan sesuatu yang baru, kreatif, kritis dan sistematik untuk dilaksanakan dalam pengurusannya demi menjadikan pengurusan organisasi tersebut sebagai pengurusan yang berwibawa dan cemerlang. Jadinya, pemerintahan, kepimpinan dan pengurusan yang berwibawa dan cemerlang menjadi salah satu faktorpenentuan kualiti hidup Tentera Darat.

Selain itu, komitmen, dedikasi dan semangat setia kawan yang tinggi menjadi faktor yang amat penting dalam menentu kualiti hidup Tentera Darat. Komitmen merujuk kepada bekerjasama. Setiap anggota Tentera Darat menjadi amat penting dalam memberi komitmen iaitu kerjasama yang amat berharga dalam melaksanakan amanahnya iaitu menjaga keselamatan dan kedaulatan Negara. Seperti yang diketahui oleh semua orang, apabila adanya seseorang, hasilnya akan sedikit dan ada kalanya tidak akan ada hasil tetapi apabila adanya ramai orang dan kerjasama antara satu sama lain, hasilnya akan lebih dan matlamatnya akan dapat dicapai dengan sangatmudah tanpa pertolongan orang asing. Komitmen setiap anggota Tentera Darat dalam Angkatan Tentera Darat amat berharga dalam memperkukuhkan kerjasama Angkatan Tentera Darat di samping mencapai misinya iaitu “Mempertahankan kedaulatanMalaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar dan membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran Negara”. Setiap anggota Tentera Darat juga perlu mempunyai sifat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang anggota Tentera Darat dan menjalankan amanahnya sebagainya “penyelamat kedaulatan Negara”. Dedikasi yang tinggi dalam diri setiap anggota Tentera Darat perlu ditingkatkan dengan memperkukuhkan pemikirannya yang hanya mengutamakan kedaulatan Negara dalam apa juan keadaaan. Dalam pada itu, bagi mempunyai semangat dedikasi yang tinggi, semangat setia kawan menjadi pendorong yang amat penting. Hal ini sedemikian kerana semangat setia kawan secara keseluruhannya merujuk kepada semangat berpasukan. Semangat berpasukan amat dipertimbangkan dalam Angkatan Tentera Darat kerana semangat

(9)

setia kawan yang tinggi mempunyai kaitan yang amat kukuh dengan matlamat Angkatan Tentera Darat iaitu menentukan tahap kesetiaan yang tinggi dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara . Perkaitannya dapat dilihat apabila contohnya, seseorang angkatan Tentera Darat mempunyai semangat setia kawan yang tinggi orang tersebut pasti akan mempunyai nilai kasih sayang dalam dirinya. Akhirnya, nilai murni ini juga akan dia lakukan terhadap negaranya iaitu akan mempunyai kasih sayang yang tidak terhingga kepada tanahairnya sendiri iaitu negaranya sehingga sanggup berkorban dirinya demi keselamatan dan kedaulatan Negara. Faktor komitmen, dedikasi dan semngat setia kawan yang tinggi ini dapat dipertingkatkan dalam diri setiap anggota Tentera Darat dengan mengadakan aktiviti dalaman dan luaran yang melibatkan semangat berpasukan dan meningkatkan nilai dedikasi dan kasih sayang antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama dan berkongsi maklumat, pengalaman dan ilmu pengetahuan. Maka, faktor komitmen, dedikasi dan semangat setia kawan yang tinggi amat penting dalam menentukan kualiti kehidupan seseorang anggota angkatan Tentera Darat.

Seterusnya, keilmuan dan tahap profesionalisme yang tinggi juga menjadi salah satu aspek yang penting dalam menentukan kualiti kehidupan Angkatan Tentera Darat.Faktor keilmuan ini merangkumi ilmu tentang Angkatan Tentera Darat iaitu tentang misi dan matlamatnya di mana setiap anggota Tentera Darat perlu mempunyai ilmu tentang angkatannya sendiri. Keilmuan ini juga merujuk kepada pengalaman diri dan kehidupan orang lain. Setiap anggota Tentera Darat perlu mempunyai sifat membelajar pengajaran daripada pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain supaya dapat memupukbakat individu dalam memajukan dirinya dalam kerjaya. Sifat ini akan meningkatkan lagi keilmuan anggota Tentera Darat di samping boleh membuat penambahbaikan dalam kerjayanya sebagai penyelamat kedaulatan Negara serta meningkatkan kemampuan diri. Selain itu, profesionalisme pula merujuk kepada mutu kerja anggota Angkatan Tentera Darat. Setiap anggota Angkatan Tentera Darat perlu meningkatkan mutu kerjanya dan juga meningkatkan kepakaran dalam kerjayanya. Dalam pada itu, menjadi amat penting bagi setiap anggota Angkatan Tentera Darat senantiasa memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya serta perlu mencari peluang untuk meningkatkan kepakaran dalam kerjayanya. Meningkatkan kepakaran dalam kerjayanya akan membantu mereka untuk meningkatkan mutu kerjanya dan menjadikan kerjanya lebih berkualiti.Dalam pada itu, setiap anggota Angkatan Tentera Darat juga perlu mempunyai kegigihan dan sifat bertanggungjawab

(10)

dalammelaksanakan tugas atau amanah yang diamanahkan kepada mereka. Hal ini adalah kerana kerajaan menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap Angkatan Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan Negara. Maka, amat penting dalam setiap anggota Angkatan Tentera Darat mempertingkatkan keilmuan dan profesionalisme yang tinggi dalam menentukan kualiti hidup mereka dengan menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran dan senantiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam mutu kerja serta sentiasa mencari peluang dalam meningkatkan kecekapan mutu kerja dengan melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh kegigihan dan berkualiti. Jadinya, faktor keilmuan dan profesionalisme yang tinggi menjadi salah satu aspek yang penting dalam menentukan kualiti hidup Angkatan Tentera Darat sebagai penjaga keselamatan Negara.

Tambahan pula, tidak dapat dinafikan yang kesetiaan dan amalan disiplin yang tinggi juga menjadi tunjang utama sebagai faktor menentukan kualiti hidup Angkatan Tentera Darat. Kesetiaan merupakan salah satu aspek yang amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap anggota Angkatan Tentera Darat kerana mereka merupakan kepercayaan beribu-ribuan masyarakat, satu Negara dan kerajaan. Setiap anggota Angkatan Tentera Darat perlu memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Raja, kerajaan, Negara dan pucuk pimpinan Tentera Darat. Hal ini sedemikian kerana setiap anggota Angkatan Tentera Darat dilambangkan sebagai “satu kepercayaan dan kesetiaan”. Maka, menjalankan tugassebagai seorang yang setia kepada Negara dan raja adalah tanggungjawab utama seorang Tentera Darat. Kesetiaan anggota Tentera Darat juga perlu diperlihatkan dalam memelihara serta menyimpan dokumen dan maklumat berdarjah di tempat yang selamat dan tidak menggunakannya untuk kepentingan sendiri serta tidak mendedahkan maklumat berdarjah kepada pihak yang tidak berhak mengetahuinya demi menjaga kedaulatan negara. Seterusnya, anggota Angkatan Tentera Darat juga perlu mempunyai amalan disiplin yang tinggi. Disiplin merujuk kepada amanah, jujur, bersopan, ikhlas dan sentiasa berdedikasi pada setiap masa. Seorang anggota angkatan Tentera Darat perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam melaksanakan amanah yang diamanahkan kepadanya dengan penuh kesungguhan, jujur dan juga ikhlas. Selain itu, setiap anggota tentera juga perlu ingat akan kesihatan anggota Angkatan Tentera amat diutamakan. Maka, merokok, meminum arak, berjudi, melakukan maksiat, mengambil dadah amat diharamkan dalam dan mengikut peraturan Angkatan Tentera Darat. Sekiranya seorang gagal menjaga kesihatan dirinya sendiri maka di situ seseorang itu juga perlu sedar akan dia juga gagal sebagai seorang Tentera Darat dan penyelamat

(11)

kedaulatan Negara. Hal ini sedemikian hanya seseorang yang sihat dari segi amalan dan kesihatannya yang dapat melahirkan dan melaksanakan tugasnya dalam keadaan yang sihat dan suci. Jadi, dalam usaha mempertingkatkan kesetiaan dan displin anggota Tentera Darat peraturan dan undang-undang Angatan Tentera Darat perlu diketatkan lagi danjatuhkan hukuman yang berat yang membolehkan anggotanya tidak berani melakukan kesalahan melanggar undang-undang Angkatan Tentera Darat. Hukumannya jugaharus menjadi satu pengajaran yang amat baik kepada pesalah. Maka, kesetiaan dandisplin yang tinggi juga, menjadi salah satu faktor yang penting dalam menjadi penentuan kualiti hidup Angkatan Tentera Darat.

Setiap anggota Tentera Darat juga perlu sedar akan pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan juga salah satu faktor yang amat penting dalam menentukan kualiti hidup anggota Angkatan Tentera Darat yangmerupakan kepercayaan Negara dan kerajaan serta raja. Kewangan merupakan sesuatu yang penting dalam melaksanakan tugas kerana wang menjadi aset yang penting dalam membeli dan sebagainya. Walaupun kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada Angkatan Tentera Darat adalah dalam kuantiti yang banyak tetapi mengamalkan jimat cermat menjadi tanggungjawab anggota Angkatan Tentera Darat. Hal ini sedemikian kerana pengurusan kewangan yang berintegriti menunjukkan sifat anggota Angkatan Tentera Darat yang sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik, mempertingkatkan prestasi kerja serta dapat menggunakan kewangan itu untuk mempelajari pelbagai kemahiran bagi menjalankan pelbagai tugas. Faktor pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan dapat dipertingkatkan apabila setiap anggota Angkatan Tentera Darat sentiasa mengoptimumkan dan memanjangkan usia peralatan dan kelengkapan-kelengkapan yang sedia ada dengan menggunakan dengan cara yang baik dan perlu menyayanginya seperti harta benda sendiri. Hal ini sedemikian kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan serta kelengkapan yang perlu kepada Angkatan Tentera Darat demi menjaga keperluan mereka. Disini dapat dilihat akan keutamaan yang diberi oleh kerajaan kepada Angkatan Tentera Darat maka perlu untuk setiap anggota Tentera Darat menjaga peralatan dan kelengkapan yang disediakan dengan baik dan menyayanginya serta menggunakannya dengan cara yang baik. Apabila setiap anggota Angkatan Tentera Darat mula berfikir sebegini dan melaksanakannya ia akan membawa dan melahirkan anggota Ankatan Tentera Darat yang mahir dalam pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan. Maka, pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan amat penting dan juga

(12)

satu faktor utama dalam meningkatkan dan menentukan kualiti hidup angkatan Tentera Darat yang berwibawa dan berkualiti serta cemerlang sebagai penyelamat kedaulatan Negara.

Lantaran itu, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga memberi sumbangan yang penting dalam menentukan kualiti hidup anggota Angkatan Tentera Darat. Seperti yang diketahui oleh semua orang, kini dunia sudahmaju dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Maka, semua orang diserukan untuk memajukan dirinya dalam ICT kerana tanpanya seseorang itu akan dianggap sebagai ketinggalan zaman dan tidak dapat memajukan dirinya dalam mana-mana aspek kerana semua aspek meliputi ICT. Segala-galanya bergerak pantas dan maju kerana ICT. Maka, amat perlu untuk setiap anggota Angkatan Tentera Darat memajukan dirinya dalam ICT supaya dapat bergerakpantas seiring denganpergerakan dunia yang kinisudah maju dengan penggunaan ICT. Selain itu, memajukan diri dengan penggunaan ICT akan membolehkan anggota-anggota Angkatan Tentera Darat dapatkan maklumat dan berhubung dengan orang yang berkenaan dengan lebih mudah di samping mengawasi pergerakan musuhnya. Tambahan pula, penggunaan ICT dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Darat akan membuat mereka menjalankan kebanyakan tugas mereka dengan mudah tanpa pergi ke tempat yang berkenaan. Keadaan ini akan dapat mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa dan tenaga sumber manusia. Dalam pada itu, penggunaan ICT juga akan memudahkan kerja dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih pantas daripada masa yang diperuntukkandengan adanya sistem pengurusan logistik yang berkesan dan efisien yang berteraskan ICT. Penggunaan ICT dalam kalangan anggota Tentera Darat juga kan meningkatkan pelbagai kemahiran angkatan Tentera Darat dan memajukan diri mereka serta dapat meningkatkan kualiti kerja mereka. Penggunaan ICT dalam kalangan Angkatan Tentera Darat amat penting kerana namanya pun adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seperti yang dimaklumkan, Angkatan Tentera Darat kebanyakan tanggungjawabnya adalah berkaitan dengan aspek pengumpulan maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Maka, tanggungjawabnya yang melibatkan pengumpulan data dan komunikasi perlu menggunakan ICT yang penggunaannya adalah berleluasa dan mendatangkan banyak manfaat. Setiap anggota Angkatan Tentera Darat perlu sedar akan tiada kerja yang tidak melibatkan ICT kerana segala-galanya boleh diperolehi melalui ICT. Maka, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi perlu dipertingkatkan dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Darat dengan mewajibkan mereka menggunakan ICT dalam kebanyakan tugas mereka dan mewajibkan setiap orang mahir dalam penggunaan ICT supaya

(13)

tiada anggota yang ketinggalan dalam memajukan dirinyadengan peredaran dunia yang sedang maju. Jadinya, faktor peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat penting dalam menentukan kualiti hidup Angkatan Tentera Darat dan juga dalam meningkatkan kualiti kerja mereka sebagai kepercayaan Negara dan kerajaan.

Seterusnya, satu lagi faktor yang penting dalam menentukan kualiti hidup anggota Angkatan Tentera Darat ialah sokongan padu dari pihak kerajaan dan rakyat. Faktor ini merupakan faktor yang merangkumi pihak kerajaan dan rakyat tetapi dalam pada itu, amggota Angkatan Tentera Darat juga perlu memberi sumbangan. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas iaitu sokongan padu daripada pihak kerajaan dan rakyat hanya boleh diperolehi apabila anggota Angkatan Tentera Darat mempunyai imej yang baik dalam kalangan masyarakat dan kerajaan Negara. Selain itu, Angkatan Tentera Darat juga perlu memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat dan pihak kerajaan bahawa institusi ketenteraan merupakan sebahagian daripada masyarakat dan negara ini. Keadaan ini akan membolehkan Angkatan Tentera Darat dan masyarakat serta pihak kerajaan saling bekerjasama dalam membangunkan Negara. Dalam pada itu, kerjasama antara Angkatan Tentera Darat dan masyarakat serta pihak kerajaan juga akan membolehkan keamanan serta kemakmuran Negara dapat dijaga dengan baik dan selama-lamanya tanpa sebarang masalah. Selain itu, Angkatan Tentera Darat juga menyedarkan rakyat dan pihak kerajaan bahawa anggota Tentera Darat adalah sebatidengan masyarakat dan anggota Tentera Darat juga perlu menjadisebati dan sinonim dengan masyarakat dan pihak kerajaan. Tindakan Angkatan Tentera Darat ini akan membolehkan imej korporat Angkatan Darat sebagai satu institusi pertahanan yang boleh diharap untuk mempertahankan negara dapat dipertingkatkan dan dapat memperkukuhkan keyakinan rakyat dan pihak kerajaan terhadap Tentera Darat.Sehubungan dengan itu, sokongan padu rakyat dan pihak kerajaanperlu juga dipertingkatkan agar kredibiliti dan keutuhan Angkatan Tentera Darat tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak di mana Angkatan Tentera Darat hanya akan menjadi lambang kepercayaan masyarakat. Sokongan padu pihak kerajaan dan masyarakat amat penting bagi pihak Tentera Darat menjalankan tanggungjawabnya dengan lancar dan baik. Maka, yang amat jelas di sini ialah sokongan padu daripada pihak kerajaan dan masyarakat amat memerlukan dan hanya dapat dipertingkatkan dengan menyedarkan kedua-dua pihak tentang peranan utama Angkatan Tentera Darat dalam keamanan menjaga Negara dan kepentingan saling bekerjasama dalam kalangan pihak kerajaan , masyarakat dan

(14)

Angkatan Tentera Darat. Jadinya, kepentingan faktor sokongan padu dari pihak kerajaan dan masyarakat dapat dilihat dalam menentukan kualiti hidup Angkatan Tentera Darat.

Kesimpulannya terdapat tujuh faktor yang menjadi teras dalam menentukan kualiti hidup Angkatan Tentera Darat iaitu pemerintahan, kepimpinan dan pengurusan yang berwawasan dan cemerlang, komitmen, dedikasi dan semangat setia kawan yang tinggi, keilmuan dan tahap profesionalisme yang tinggi, kesetiaan dan amalan displin yang terpuji, engurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan, meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan sokongan padu dari pihak kerajaan dan rakyat. Ketujuh-tujuh faktor ini perlu ditingkatkan supaya dapat meningkatkan kualiti hidup Angkatan Tentera Darat dan memajukan diri mereka serta dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik sebagai penyelamat kedaulatan Negara. Setiap anggota Angkatan Tentera Darat perlu menerapkan dalam pemikirannya iaitu Angkatan Tentera Darat harus sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik dalam setiap masa dan dalam melaksanakan segala tanggungjawabnya.

Referensi

Dokumen terkait

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengungkapan Belanja Bantuan Sosial Pada Laporan Keuangan Pemerintah Daerah Pada Tahun 2009. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat

c.. Satu kelas dibagi kedalam beberapa Kelompok tergantung pada jumlah atau banyaknya mahasiswa dikelas yang bersangkutan namun disesuaikan dengan Jumlah Pertemuan

Hasil regresi tersebut dapat digunakan untuk menilai apakah terdapat pengaruh yang signifikan antara masing-masing variabel terhadap peringkat obligasi yang diterbitkan oleh

Wafia Silvi Dhesinta, dalam jurnalnya berjudul “Calon Tunggal Dalam Pemilihan Umum Kepala Daerah Dan Konsep Demokrasi” pembahasan dalam jurnal ini, penulisnya

Alhamdulillahirabbil alamiin, dengan mengucapkan puji syukur kehadirat ALLAH SWT atas segala rahmat dan hidayahnya sehingga Penulis dapat menyelesaikan penyusunan tugas akhir

Guru meminta siswa untuk mencari contoh dari masing – masing language features yang terdapat dalam teks. Please find the examples of each language features in

Sistem konseptual King dari Teori Goal Pencapaian yang "didasarkan pada asumsi bahwa keseluruhan fokus keperawatan adalah manusia berinteraksi dengan lingkungan

- Memantau pengelolaan dan pengolahan data aktivitas transaksi bursa, kliring, dan penyelesaian anggota kliring dalam rangka penyediaan pelayanan data dan informasi untuk