• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR SEMESTER 1 DIPLOMA TEKNOLOGI

MAKLUMAT(TEKNOLOGI DIGITAL) DI POLITEKNIK DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI PSPD E-LEARNING BAGI KURSUS PSPD

Muhammad Fauzi Bin Abdullah

(mpojie@gmail.com)

Nik Nor Azlyzae Binti Abdul Manaf

(nik_azlyzae@psis.edu.my)

Zurita binti Abdul Kadir

(zuri@psis.edu.my) ABSTRAK

Kursus ‘PSPD’ adalah kursus teras yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat(Teknologi Digital)di semua politeknik. Ia merupakan kursus yang harus dikuasai dan difahami oleh pelajar bagi mengaplikasi teknik penyelesaian masalah dan reka bentuk program bagi kursus asas pengaturcaraan komputer. Aplikasi PSPD E-Learning telah dibangunkan untuk pelajar politeknik dalam pembelajaran kursus Problem Solving and Program Design (PSPD). Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri interaktif seperti nota, latihan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan video sebagai platform mudah alih kepada pelajar supaya dapat diakses di mana-mana sahaja ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang efektif di antara kaedah konvensional dengan gaya pembelajaran menggunakan aplikasi PSPD E-Learning di samping kaedah konvensional.Analisis dibuat berdasarkan kepada pencapaian keputusan peperiksaan akhir semester kursus ‘PSPD’ bagi Sesi Disember 2018. Sampel kajian adalah seramai 144 orang pelajar semester 1 Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) yang mengikuti kursus ‘PSPD’bagi Sesi Disember 2018. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2013.Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawapencapaian keputusan peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar yang telah menggunakan kaedah aplikasi PSPD E-Learning di samping kaedah konvensional adalah lebih cemerlang dari pelajar-pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah konvensional semata-mata. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan agar pelajar-pelajar semester 1 yang mengikuti kursus ‘PSPD’ bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik didedahkan dengan penggunaan aplikasi PSPD E-Learning dalam proses pembelajaran pelajar.

Kata Kunci:Aplikasi, E-Learning, Konvensional, ‘PSPD’

PENGENALAN

Gaya didefinisikan sebagai stail atau cara (Kamus Linguistik, 1997). Oleh itu, gaya pembelajaran merujuk kepada stail atau cara pembelajaran seseorang pelajar. Gaya pembelajaran adalah satu cara yang digunakan oleh seseorang pelajar untuk memahami sesuatu subjek dalam proses pembelajaran. Menurut Felder dan Henriques (1995), gaya pembelajaran adalah cara seseorang individu menerima, mengekalkan dan menggunakan maklumat yang diperolehi. Setiap individu mempunyai pelbagai cara untuk belajar. Ada yang suka belajar dengan cara melihat, mendengar, memberi tindakbalas, memberi sebab yang logik, mengingat serta belajar dengan menggunakan gambaran. Marriott (2002) pula mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai cara seseorang untuk belajar. Beliau berkata setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza dan gaya pembelajaran yang ada boleh berubah mengikut pengalaman yang dialami. Gaya pembelajaran (learning styles) juga boleh dirujuk sebagai cara interaksi

(2)

individu dengan sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisa maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan (Zubaidah Begam Binti Mohamed Zakaria, 2007).

Pendidikan alaf baru hasil daripada perledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Pendidik harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran serta kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang bermakna. Era globalisasi dunia pada hari ini telah menuntut kepada beberapa perubahan positif dalam profesionalisme pendidikan khasnya dan ini menjadi satu cabaran besar kepada para pendidik dalam merealisasikan matlamat negara.

Sehubungan itu, aplikasi e-Pembelajaran mula menjadi pilihan para pendidik bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih menarik dan efisyen. Di samping itu, penggunaan aplikasi tersebut juga meningkatkan kualiti P&P sejajar dengan kemajuan teknologi global. Menyedari kepentingan ini, satu aplikasi PSPD E-Learning telah dibangunkan untuk pelajar politeknik dalam pembelajaran bagi kursusProblem Solving and Program Design(PSPD). Aplikasi ini terdiri daripada ciri-ciri interaktif seperti nota, latihan dan pengajaran pembelajaran menggunakan video sebagai platform mudah alih kepada pelajar supaya dapat diakses di mana-mana ke arah pembelajaran yang berkesan.Penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan P&P lebih interaktif dan sangat berbezaberbanding dengan kaedah konvensional.

Latar Belakang Masalah

Menurut Abd. Aziz (2007), teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan dan nota pensyarah masih menjadi amalan. Ini juga menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping menjadikan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Kesan daripada situasi ini menyebabkan tumpuan pelajar terjejas. Ini menimbulkan gejala-gejala seperti pelajar tidak berminat untuk mengikuti kursus dan pelajar sukar mendapat markah yang tinggi. Masalah juga wujud kerana kekurangan penglibatan pelajar dalam aktiviti kelas. Hal ini kerana dalam proses pembelajaran aktiviti pelajar penting kerana seseorang pelajar akan mudah mengingati atau membayangkan jika ia melakukan sendiri serta merasa sendiri pengalaman itu (Yahya, 2003). Dalam proses pembelajaran sesetengah pelajar hanya dapat memahami apa yang diterangkan melalui penglihatan mata kasar. Manakala sesetengah pelajar pula dapat memahami dengan jelas apa yang diterangkan oleh pensyarah tanpa perlu divisualkan. Perbezaan ini jelas menunjukkan keperluan terhadap aplikasi PSPD E-Learningsemasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.

Justeru kajian ini dibuat untuk mengkajihubungan gaya pembelajaran dan pencapaian pelajarpoliteknik dengan menggunakan aplikasi PSPD E-learning bagi kursus Problem Solving and Program Design (PSPD). Kajian ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar semester 1, Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) bagi Sesi Disember 2018.

SOROTAN KAJIAN

Transformasi pendidikan dilihat sebagai agenda utama yang sedang giatdiusahakan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan sistem pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih baik. Salah satunya denganmelakukan transformasi dalam pendidikan bidang teknikal danvokasional.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang disasarkan oleh pihakkerajaan dalam memartabatkan pendidikan teknikal dan vokasional ketahap yang lebih tinggi, pelajar

(3)

selaku peneraju utama yang akanmemainkan peranan penting. Antara tanggungjawab yang perlu digalasoleh pelajar adalah dengan memberi komitmen yang tinggi dalamakademik mereka. Setiap pelajar yang mempunyai kaedah tersendiriuntuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mereka. Ini mungkindisebabkan individu mempunyai keupayaan yang berbeza yang akanmenentukan cara dan juga kecenderungan mereka menerima danmemproses segala maklumat yang telah diperoleh. Menurut Jonassen dan Grabowski, (1993), dalam persekitaranpembelajaran, kecenderungan yang dinyatakan merujuk kepada gayapembelajaran iaitu cara seseorang individu mula menumpukanperhatian, memproses dan mengekalkan maklumat yang baru danmaklumat yang sukar. Honey dan Mumford (1992) menerangkan gayapembelajaran sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku belajaryang diamalkan oleh individu.Hashim dan Yaakub (2004); Norasmah dan Mohd Hasril (2010)menganggap gaya pembelajaran sebagai satu cara seseorangmenggunakan keupayaannya yang melibatkan Visual, Aural, Readingatau Write dan Kinesthetic (VARK).

Gaya pembelajaran merupakan salahsatu faktor penting yang akan menentukan pencapaian pelajarterutamanya dalam peperiksaan. Mat Zin, Badioze Zaman dan MohdNoah (2009), menyatakan gaya pembelajaran hasil persetujuankebanyakan penyelidik sebagai satu cara pemprosesan maklumat iaitumelibatkan proses pengekodan, penyimpanan dan persembahanmaklumat yang konsisten dan jelas serta tidak bergantung kepadakecerdasan individu. Yusof, Othman dan Karim (2005) mendefinisikangaya pembelajaran sebagai kecenderungan individu dalam caramenerima dan memproses maklumat yang merupakan satu faktor perbezaan individu.

Sistem Pembelajaran

Sebagaimana yang diketahui, terdapat pelbagai jenis sistem pembelajaran yang telah diperkenalkan antaranya adalah pembelajaran secara konvensional dan pembelajaran kaedah E-Learning (Devinder &Abdullah, 2006). Rajah 1 menunjukkan pecahan sistem pembelajaran yang telah dipraktikkan.

Rajah 1: Sistem Pembelajaran Pembelajaran Konvensional

Pembelajaran konvensional sinonim dengan ‘surface learning’ iaitu pembelajaran yang hanya di tahap permukaan sahaja. Kaedah pembelajaran begini kurang membantu meningkatkan prestasi akademik dan pengetahuan pelajar. Sistem pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional bukanlah merupakan kaedah paling baik di zaman

PEMBELAJARAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) SISTEM PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN KONVENSIONAL

(4)

moden ini memandangkan ia boleh diubahsuai kepada bentuk yang lebih canggih dan relevan dengan situasi pendidikan semasa (Jonassen, 2000).

Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelemahan pembelajaran yang dijalankan secara konvensional. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah seperti interaksi yang lemah, pembelajaran dilakukan dalam mod yang sehala, kekurangan sumber pembelajaran dan kurang maklum balas daripada pelajar-pelajar lemah (Narayanansamy & Ismail, 2011). Menurut Devinder & Abdullah (2006), interaksi pelajar dan pensyarah menjadi kurang semasa di dalam bilik kuliah. Hal ini disebabkan oleh kerana interaksi pelajar bersama pensyarah terhad di dalam bilik kuliah yang besar. Kelazimannya di dalam bilik kuliah yang besar sesi pembelajaran berlaku di dalam keadaan mod tidak seragam iaitu pelajar yang aktif menyampaikan maklumat dan pelajar yang pasif hanya memerhati. Kadang kala pembelajaran juga berlaku secara individu (Devinder & Abdullah, 2006).

Pembelajaran Elektronik (E-Learning)

Pembelajaran Elektronik (E-Learning) adalah kaedah terbaru menggunakan teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. E-Pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, satelit, pita audio-video, interaktif tv dan CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan E-Pembelajaran (Kaplan, 1999). E-Pembelajaran secara elektronik (E-Learning) juga diperkenalkan untuk menarik minat pelajar dan menimbulkan kefahaman yang lebih meluas.

Menurut Moore & Richardson (2002) E-Learning bermakna satu pembelajaran yang boleh diakses di lokasi tetap dengan sambungan internet. Kelazimannya pembelajaran secara E-Learning mengandungi audio dan visual yang disampai secara grafik (Chen, Koa & Shen, 2003). Selain itu (Chen et al., 2003) juga menyatakan bahawa bahan-bahan pendidikan jarak jauh boleh dibentangkan serentak iaitu mewujudkan bilik kuliah pada komputer. Semasa menyampaikan kuliah, pensyarah akan menggunakan slaid atau video dan ini akan memberi kesan sebenar kepada pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keburukkan di dalam E-Learning iaitu E-Learning bergantung kepada perkhidmatan sambungan internet secara berterusan dan tidak boleh digunakan apabila sambungan internet tidak disediakan. Selain itu,E-Learning juga bergantung kepada lokasi tetap untuk mengakses internet dan tidak menyokong pembelajaran mudah alih. Pembelajaran secara E-Learning juga menyebabkan tidak banyak interaksi di antara pensyarah dengan pelajar dan ini menyebabkan kurangnya interaksi sosial.

MOBILE LEARNING (M-LEARNING)

Jika merujuk kepada teknologi mudah alih atau mobile, secara umumnya bermaksud portable dan personal seperti telefon mudah alih. Terdapat banyak contoh yang boleh menggambarkan pembelajaran menerusi peralatan teknologi mudah alih ini. Penggunaan komputer riba, pembantu peribadi digital dan telefon mudah alih adalah merupakan komponen-komponen teknologi yang biasa digunakan dalam M-Learning. Dengan lahirnya M-Learning, pelbagai aktiviti dapat diterokai dengan meluas di samping memperolehi pengetahuan secara kolaboratif dan konvensional di mana sahaja seperti di bilik kuliah, rumah atau sebagainya.

(5)

M-Learning merupakan konsep baru dalam proses pembelajaran yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal apabila berlakunya sesuatu proses pembelajaran itu (KukulskaHulme et al., 2005). Menurut Prensky (2001) M-Learning adalah pembelajaran berbantukan ICT yang menggunakan peralatan mudah alih khasnya peralatan mudah alih yang terkini seperti PDA, telefon bimbit, komputer riba dan tablet PC. Menurut Siraj (2005) pula menyatakan bahawa M-Learning adalah penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

M-Learning adalah sebahagian daripada E-Pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh. Hal ini disebabkan oleh, jika M-Learning dikaitkan dengan internet dan tanpa wayar, konsep M-Learning tidak jauh berbeza dengan konsep asal E-Pembelajaran. Oleh itu, kebolehan sesuatu pembelajaran itu berlaku walaupun di mana pelajar itu berada ataupun ke mana sahaja arah tujuan mereka tanpa mengira waktu merupakan satu kelebihan yang ada pada M-Learning.

Berdasarkan Rajah 2, (Brown, 2005) menerangkan dengan jelas tentang konsep M-Learning. Menurut beliau M-Learning adalah subset kepada Pembelajaran Elektronik(E-Learning). E-Learning ialah konsep makro yang melibatkan persekitaran pembelajaran dalam talian dan M-Learning. Rajah 2 menunjukkan dengan jelas perhubungan di antara E-Learning dengan M-Learning. Selain dari itu, Rajah 2 juga menunjukkan M-Learning ialah subset kepada E-Learning.

Rajah 2: Model M-Pembelajaran Afrika (Brown, 2005)

Antara kajian terawal dalam bidang M-Learningdi Malaysia ialah kajianpenilaian pelaksanaan program M-Learning kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuahsekolah rendah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini ialah untuk menyiasat sama adapelaksanaan program M-Learning mencapai hasrat yang ditetapkan ke atasnya dan jugamenilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kajian mendapati pelaksanaan programini telah mencapai hasrat yang telah ditetapkan keatasnya. Kajian juga mendapatiprogram M-Learning mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapakelemahan. (Siraj, 2005).Kebanyakkan universiti di seluruh dunia telah melaksanakan kursus-kursustertentu dengan menggunakan kaedah M-Learning. Sebagai contoh, Universiti Sheffieldtelah melaksanakan program sarjananya menggunakan sistem M-Learning (Mc Connell& Lally 2002). Manakala diUniversiti of South Dakota semua pelajar-pelajar

(6)

undang-undangdan perubatan menggunakan PDA untuk kegunaan pembelajaran mereka.Penggunaan PDA untuk M-Learning membolehkan proses pengajaran dan pembelajarantidak terhad dalam bilik kuliah sahaja. Di samping itu, kajian di Jepun pulamenunjukkan semua universitinya mempunyai insfrastruktur yang lengkap untukpersekitaran M-Learning (Goda et al., 2008).

METODOLOGI KAJIAN

Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah mengambil sampel seramai 144orang pelajar semester 1 Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), Politeknik Sultan Idris Shah yang mengikuti kursus Problem Solving and Program Design (PSPD).Mereka adalah pelajar kemasukan Sesi Disember 2018 yang terdiri daripada 4 kelas iaitu DDT1A, DDT1B, DDT1C dan DDT1D.

Sampel tersebut pula telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 terdiri daripada 73 orang pelajar kelas DDT1A dan DDT1B. Manakala Kumpulan 2 terdiri daripada 71 orang pelajar kelas DDT1C dan DDT1D.

Dalam kajian ini, Kumpulan 1 telah didedahkan dengangayapembelajaran menggunakan kaedah konvensional sahaja.Manakala Kumpulan 2 pula telah didedahkan dengan gaya pembelajaran menggunakan aplikasi PSPD E-Learning di samping kaedah konvensional. Pada akhir semester, pengkaji akan membuat analisis berdasarkan kepada pencapaian keputusan peperiksaan akhir semester kursus PSPDbagi Sesi Disember 2018 untuk kedua-dua kumpulan tersebut.

DAPATAN DAN ANALISA KAJIAN

Bahagian ini melaporkan hasil dapatan kajian berdasarkan pencapaian keputusan peperiksaan akhir semester pelajar bagi kursus Problem Solving and Program Design (PSPD)bagi Sesi Disember 2018. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2013.

Gaya pembelajaran dalam kajian ini memfokuskan kepada duakaedah iaitu gaya pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan gaya pembelajaran menggunakan aplikasi PSPD E-Learningdi samping kaedah konvensional. Kedua-dua indikator ini akan menunjukkan tentang pencapaian pelajar-pelajar semester 1 Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di politeknik bagi Sesi Disember 2018. Data yang diperolehi diinterpretasikan dalam bentuk graf.

Analisis Pencapaian PelajarBerdasarkanGaya Pembelajaran menggunakan Kaedah Konvensional

(7)

Rajah 3:GrafPencapaian Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus PSPD

Sesi Disember 2018 Bagi Kumpulan 1 (DDT1A dan DDT1B)

Berdasarkan Rajah 3, didapati tiada pelajar yang memperoleh gred A+. Manakala sebanyak 30.1% pelajar memperoleh gred A, 20.5% memperolehgred A-, 23.3% memperoleh gred B+, 15.1% memperoleh gred B sementara 6.8% memperoleh gred B-. Selain itu, terdapat pelajar yang memperoleh gred C+ iaitu sebanyak 4.1%. Analisis data ini telah dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan akhir pelajar kursus PSPD bagi Kumpulan 1 di mana mereka didedahkan dengan gayapembelajaran menggunakan kaedah konvensional sahaja.

Analisis Pencapaian PelajarBerdasarkan Gaya Pembelajaran menggunakan Aplikasi PSPD E-Learningdi samping Kaedah Konvensional

Rajah 4: Graf Pencapaian Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus PSPD

Sesi Disember 2018 Bagi Kumpulan 2 (DDT1C dan DDT1D)

Berdasarkan Rajah 4, didapati peratusan pelajar yang memperoleh gred A+ adalah sebanyak 8.5%. Manakala sebanyak 42.3% pelajar memperoleh gred A, 25.4%

A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F Peratus 0 30.1 20.5 23.3 15.1 6.8 4.1 0 0 0 0 0 0 0 0 5 10 15 20 25 30 35 Peratus Gred

PENCAPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS PROBLEM SOLVING & PROGRAM DESIGN (PSPD)

SESI DISEMBER 2018 KUMPULAN 1 A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F Peratus 8.5 42.3 25.4 12.7 9.9 1.4 0 0 0 0 0 0 0 0 0.0 5.0 10.0 15.0 20.0 25.0 30.0 35.0 40.0 45.0 Peratus Gred

PENCAPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS PROBLEM SOLVING & PROGRAM DESIGN

(PSPD)

SESI DISEMBER 2018 KUMPULAN 2

(8)

memperolehgred A-, 12.7% memperoleh gred B+, 9.9% memperoleh gred B sementara 1.4% sahaja pelajar yang memperoleh gred B-. Analisis data ini telah dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan akhir pelajar kursus PSPD bagi Kumpulan 2 di mana mereka didedahkan dengan gaya pembelajaran menggunakan aplikasi PSPD E-Learning di samping kaedah konvensional.

Secara keseluruhan, dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa pencapaian keputusan peperiksaan akhir bagi Kumpulan 2 lebih cemerlang berbanding Kumpulan 1. Berdasarkan analisis data yang dijalankan, didapati sebanyak 8.5% pelajar daripada Kumpulan 2 yang memperoleh gred A+ manakala tiada pelajar daripada Kumpulan 1 memperoleh gred A+.Selain itu bagi gred C+, tiada pelajar daripada Kumpulan 2 yang memperoleh gred tersebut manakala terdapat sebanyak 4.1% daripada Kumpulan 1. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang telah menggunakan kaedah aplikasi PSPD E-Learning di samping kaedah konvensional adalah lebih cemerlang dari pelajar-pelajaryang hanya didedahkan dengan kaedah konvensional semata-mata.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, penggunaan aplikasi PSPD E-Learning bagi kursus Problem Solving and Program Design (PSPD)ini dilihat amat efektif dan menarik minat pelajar untuk terus meneroka kandungan pembelajaran tentang PSPD. Hal ini terbukti melalui kajian yang telah dijalankan ini menunjukkan bahawa pencapaian keputusan peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar yang telah menggunakan kaedah aplikasi PSPD E-Learningdi samping kaedah konvensional adalah lebih cemerlang dari pelajar-pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah konvensional semata-mata.Aplikasi PSPD E-Learningini mempunyai ciri-ciri interaktif seperti nota, latihan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan video sebagai platform mudah alih kepada pelajar supaya dapat diakses di mana-mana sahaja ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

Implikasi daripada kajian ini mencadangkan agar pelajar-pelajar semester 1yang mengikuti kursus PSPD bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik didedahkan dengan penggunaan aplikasi PSPD E-Learningdalam proses pembelajaran pelajar.

RUJUKAN

Brown, T. (2005). Towards a model for M-Learning in Afrika. International Jurnal on E-Learning, 4(3), 299-315.

Chen Y. S., Koa, T. C., & Shen, J. P. (2003). A Mobile Learning System for

Scaffolding Bird Watching Learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3),347.

Devinder, S. & Abdullah, Z. (2006). Mobile learning in wireless classrooms. Malaysian online Journal of Instructional Technology (MOJIT), 3(2), 26-42.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1997). Kamus Linguistik. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur. Felder, R. M. & Henriques, E. R. (1995). Learning and teaching styles in foreign and

secondlanguage education. Foreign Language Annals, 28, 21-31. Goda, G., Kogure, Y., Shimoyama, Y., Kimura, M., & Obari, H. (2008).

SurveyResearch on Mobile Phone Market for Mobile Learning in Japan. Kertas kerjadibentangkan di fifth IEEE International Coference on Wireleaa, Mobile,

(9)

andUbiquitous Technology inEducation (pp.194-195). Beijing, China. Dicapai dari http://doi.ieeecomputersociety.org/10.1109/WMUTE.2008.43

Hashim, S.& Yaakub, R. (2004).Siri Pendidikan:Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Pulau Pinang: USM.1-29, 48-77.

Honey, P & Mumford, A. (1992). The manual of Learning Style. (2nd ed.),United Kingdom: Peter Honey.

Jonassen, D.H. 2000. Computers As Mindtools For Schools: Engaging CriticalThinking. 2nd ed. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Jonassen, D. & Grabowski, B. (1993). Handbook of IndividualDifferences, Learning &Instruction. Hillsdale, New Jersey:LawrenceErlbaum Associates.

Kaplan, L. (1999). The Cost of Networked Learning. Sheffield, UK: Sheffield Hallam University. Dicapai dari www.shu.ac.uk/cnl/report1.html

Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For Educators And Trainers. London, UK : Routledge.

Marriott, P. (2002). A longitudinal study of undergraduate accounting students’ learningstyle preferences at two UK Universities. Accounting Educational, 11, 43-62.

Mat Zin, N.A., Badioze Zaman, H. & Mohd Noah, S. A. (2009). PenilaianPerisian Kursus Adaptif Multimedia (A-Maths) Berasaskan StailPembelajaran. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia. 61-78.

Mc Conell, D., & Lally, V. (2002). Developing, Sustaining E-Learning Communities. Kertas kerja dibentangkan di Symposium SCUTREA, 32nd Annual Coference. University Of Stirling, Scotland, UK.

Moore, M., & Richardson, (2002). Overcoming the Limitations of Traditional WebBased Activities by Using web_compattible Applications. Dicapai dari http://naweb.unb.ca/proceedings/1998/ricjardson/richardson.html

Narayanansamy, M., & Ismail. I. (2011). Introducing Mobile Technology as a Tool forTeaching. School of Distance Education, University Sains Malaysia. Norasmah Othman & Mohd Hasril Amiruddin. (2010) Differentperspectives of

learningstyles from VARK model. Internationalconference on learner diversity. Procedia Social and Behavioral Sciences2010;Volume 7:pp. 652-660.

Prensky, M. (2001). Digital Natives, Digital Immigrants, On the Horizon, 9 (5), p1-6.Siraj, S. (2005). M-Learning Dalam Pembangunan Sekolah Berteknologi Di Malaysia: Prospek Pelaksanaan. Prosiding Seminar Pendidikan. –USM.

Yahya, O.(2003). Mengajar Membaca, Teori & Aplikasi, Panduan

MeningkatkanKemahiran Mengajar Membaca. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Yusof, R., Othman, N. & Karim, F.(2005).Strategi pembelajaran pengalaman

Berasaskan Model Kolb Dalam Pendidikan Perakaunan.Jurnal Pendidikan 30, 113-128.

Zubaidah Begam Mohamed Zakaria. (2007). Hubungan gayapembelajaran dengan pencapaian akademik: tinjauan dikalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Referensi

Dokumen terkait

Secara keseluruhan dapatan juga menjelaskan bahawa pemimpin sekolah di Malaysia mempunyai tahap yang rendah dalam kebanyakan domain kompetensi kepimpinan sekolah

Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan tentang isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam perlaksanaan heutagogisecara holistik.Kajian ini diharapkan dapat membuka

Suasana premis makanan juga perlu ceria dengan hiasan dan gambar – gambar makanan yang lazat bagi membangkitkan selera pelanggan (Brown et al. Oleh yang

Keberkesanan aplikasi History Flip & Board Writing ditunjukkan melalui 3 aspek iaitu keputusan ujian pra dan pasca, maklum balas guru pemerhati dan murid

Hasil analisis daripada dapatan data kajian kualitatif mengenai pemerhatian berdasarkan tingkah laku ke semua responden dilakukan telah menunjukkan terdapat

Selain itu, pengkaji juga menyarankan agar adanya kajian yang lebih khusus tentang amalan pedagogi kasih sayang dalam kalangan guru yang mengajar murid

Nooriati, Shireen dan Rahmah (2015) telah menyokong penyataan ini dengan menyatakan bahawa apa yang menarikanya berkenaan aspek penggunaan web, media sosial dan

Merujuk kepada hasil perbincangan dan rumusan terhadap dapatan hasil kajian, jelas menunjukkan bahawa kompetensi guru dari aspek pengetahuan isi kandungan dan kompetensi