• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pesta Arak Strategi Syaitan Untuk Mengap

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pesta Arak Strategi Syaitan Untuk Mengap"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PESTA ARAK: STRATEGI SYAITAN UNTUK MENGAPIKAN PERMUSUHAN

Oleh: Abdul Azib Hussain [5 Oktober 2017]

Pendahuluan

Arak mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia merupakan minuman paling lama

telah dikenali oleh umat manusia. Menurut Dr. Mahmud Muhammad Abdul Rahman1, ia telah wujud sejak 4000 tahun dahulu, iaitu sejak 2200 sebelum masihi.2 Mereka menggambarkannya rasanya dengan berbagai sifat dan melabelkan namanya dengan

berbagai brand.

Maka tidak hairan pada zaman Arab jahiliah, terdapat lebih kurang 1000 nama

digunakan oleh mereka merujuk kepada maksud arak. Selain al-khamr ia juga disebut

seperti al-qahwah, al-shumul, al-salaf, al-qarqaf, al-rah, al-„uqar, al-mudamah,

al-rahiq, al-safi, al-„atiq, al-kumait, al-musha‟sha„ah, al-sahba‟, al-shamus,

al-khandaris, al-haniyyah, al-maziyyah, al-humayya, al-mu„attaqah3dan berbagai nama

lagi.

Kepelbagaian nama ini menunjukkan masyarakat Arab jahiliah ketika itu

menjadikan arak sebagai minuman rutin dalam kehidupan mereka seperti air sejuk.

Bahkan antara syair-syair yang dianggap paling indah ketika itu adalah apabila

1 Beliau merupakan pensyarah di Universiti Asyut, Fakulti Farmakologi.

2 Rujuk Dr. Mahmud Muhammad Abdul Rahman, Adrar Kuhul, Majallah Asyut li Dirasah

al-Bi‟iyyah, Bil. 22 (Januari 2002).

3

Rujuk al-Fairuz Abadi Majd al-Din, al-Jalis al-Anis fi Asma‟ al-Khandaris, (Beirut: Dar al-Fikr,

▸ Baca selengkapnya: manfaat minum arak putih

(2)

menggambarkan tentang arak. Seakan-akan mereka telah mencucut arak seperti mana

mereka membesar dengan mencucut air-air susu ibu mereka.

Arak dan Pembuatannya

Masyarakat Arab jahiliah membuat arak daripada perahan buah anggur atau kurma.

Bagi sesetengah suku di Nusantara, ada juga yang membuatnya menggunakan nira,

beras pulut iaitu tapai yang diperam, daripada air peraman beras, atau nira yang

dicampur dengan ragi.

Nira pada asalnya adalah halal. Namun ia boleh berubah menjadi cuka dan tuak

apabila diperam. Maka apabila minuman ini memabukkan, haramlah ia untuk

diminum.

Peringkat-peringkat Pengharaman Arak

Walaupun arak telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah

ketika itu, namun riwayat hidupnya telah ditamatkan oleh Allah dengan penurunan

ayat ke-90 dan 91 dalam surah al-Maidah. Tetapi proses mencabutnya dilaksanakan

secara berperingkat memandangkan akarnya telah bertunjang dalam ke dasar

dada-dada masyarakat Arab sejak sekian lama.

Pelik apabila terdapat sekelompok masyarakat di Malaysia yang tidak pernah

dikenali dengan sejarah arak seperti sejarahnya masyarakat Arab jahiliah, tiba-tiba

ingin menganjurkan festival arak di rantau majoriti umat Islam ini. Seolah-olah

mereka ingin menghidupkan kembali amalan jahiliah yang telah sekian lama dipadam

oleh Allah dalam lipatan sejarah.

Oleh kerana arak telah menjadi kebiasaan minuman masyarakat Arab jahiliah,

(3)

berkaitan minuman ini. Pada peringkat awal, Allah menjelaskan jawapan terhadap

hakikat arak melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah, ayat 219.

Terjemahan: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: „Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar

daripada manfaatnya.”

Ayat di atas tidak mengandungi perintah atau larangan, namun menjelaskan

tentang berita serta pengajaran terhadap hakikat arak yang mempunyai manfaat dan

mudarat. Namun dosa mudaratnya adalah lebih besar.

Tindakan para sahabat apabila mendengar ayat ini, sebahagian mereka ada yang

masih minum dan ada yang berhenti. Sahabat pertama yang meninggalkannya adalah

Uthman bin Maz‟un.

Dalam pada itu, kehidupan umat Islam dengan arak masih berlangsung. Hingga

pada suatu ketika, ada sahabat yang solat dalam keadaan mabuk hingga solatnya

menjadi kacau-bilau. Lalu Allah SWT menurunkan wahyunya yang kedua menyentuh

hal ini iaitu:

Terjemahan: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.”

(4)

Ayat di atas tidak mempunyai larangan secara tuntas terhadap arak, namun

dilarang mabuk ketika hampir hendak solat. Oleh itu, ada sebahagian para sahabat

yang masih meminum arak ketika berada di rumah-rumah mereka.

Tidak lama kemudian Allah menurunkan perintah larangan meminum arak

secara qat„ie. Peristiwa ini berlaku apabila sembilan orang sahabat bersama Sa„ad bin

Abi Waqqas serta beberapa orang sahabat Ansar telah mabuk dalam satu majlis. Oleh

kerana terlalu gembira, maka masing telah membanggakan kelompok

masing-masing. Sahabat Quraisy mengatakan keturunan merekalah yang paling mulia

manakala sahabat Ansar mendakwa keturunan merekalah yang terlebih mulia.

Keadaan menjadi semakin tegang. Akhirnya seorang sahabat Ansar tidak dapat

mengawal dirinya lalu mengambil tulang dagu dari kepala kambing kemudian

memukul hidung Sa„ad bin Abi Waqqas sampai berdarah. Namun mujur ada yang

(5)

melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

Saidina Umar al-Khattab apabila mendengar ayat ini, beliau terus berkata,

“Sekarang kami berhenti, ya Allah! Kami berhenti.” Sejak itu sempurnalah hukum

pengharaman arak hingga ke zaman kita sekarang.4

Walaupun penurunan ayat ini dikaitkan dengan peristiwa di atas, namun

pengajaran ayatnya adalah secara umum untuk kita semua, bukan khusus seperti yang

disebut dalam lafaz ayat itu sahaja (

بب َسلا صوصِ َ ظْفَللا مومعب ة ْْعْلا

).

Apabila Allah bertanya dalam ayat tersebut, “Mahukah kamu berhenti?”, maka

ini bermakna persoalan ini ditujukan juga kepada kita semua iaitu umat Nabi

Muhamad SAW, supaya mematuhi larangan dari meminum arak yang telah

diharamkan oleh Allah sejak ia disyariatkan.

Strategi dan Tujuan Syaitan Melalui Arak dan Judi

Apabila Allah SWT menegaskan bahawa arak dan judi semuanya adalah keji dan dari

perbuatan syaitan, maka ia jelas menunjukkan syaitan menggunakan perkara-perkara

yang kotor untuk menghasut manusia. Setiap unsur yang dijauhkan dari rahmat Allah

serta membuat kerosakan adalah syaitan. Allah SWT berfirman:

Terjemahan: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.”

(6)

Al-An„am: 112

Berdasarkan ayat di atas, setiap para Nabi mempunyai musuh mereka daripada

unsur syaitan. Syaitan boleh berupa bentuk secara halus seperti jin atau dapat dilihat

dengan mata kasar seperti manusia. Kerana itu kita digalakkan supaya sentiasa

menyebut ta„awwuz supaya dilindungi dari sifat buruknya.

Tujuan syaitan melalui arak dan judi adalah jelas untuk menimbulkan

permusuhan dan kebencian di antara manusia. Justeru setiap pihak yang mendokong

arak atau judi, mereka sebenarnya membuat strategi syaitan untuk mengapi-apikan

permusuhan di kalangan manusia. Sedangkan mereka tahu perkara tersebut pasti

mendapat tentangan dari umat Islam. Maka ingatlah larangan Allah, “... hendaklah

kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Proksi dan tentera syaitan tidak pernah berputus asa. Mereka menganjurkan

pesta arak atas alasan hak asasi manusia. Namun alasan mereka adalah batil dan

bohong. Meminum arak akan merendahkan darjat kemanusiaan menjadi

kebinatangan. Tidak dinamakan hak asasi manusia jika mengubah sifat manusia

menjadi kebinatangan kerana kewarasan akal manusia akan padam apabila mabuk.

Dalam hal ini, sifat-sifat kemanusiaan seperti malu dan ihsan telah hilang dalam diri si

pemabuk. Mereka boleh melakukan perbuatan keji di hadapan orang ramai tanpa

segan silu atau sanggup melakukan pembunuhan tanpa belas.

Mereka juga menganjurkan pesta arak atas alasan ekonomi. Mereka mendakwa

industri arak boleh memberikan keuntungan besar dan memajukan negara. Rujukan

mereka adalah Barat seperti Amerika Syarikat. Bagi mereka inilah negara maju yang

(7)

Namun sedarkah mereka, perundangan Amerika pernah melarang arak selama

14 tahun sebelum 1933. Demi mengajar dan mendidik rakyatnya supaya mengerti

betapa besarnya bahaya minuman keras, sama ada kepada kesihatan jiwa, akhlak atau

ekonomi, beberapa kempen dan perang besar-besaran telah digiatkan di seluruh

Amerika. Ia bertujuan untuk menarik perhatian seluruh bangsa Amerika supaya

membenci arak. Fakta dan angka bagi kempen memerangi arak di Amerika sebelum

1933 boleh diringkaskan seperti berikut:

Jadual 1: Fakta dan Angka Kempen Memerangi Arak di Amerika sebelum

1933.

Bil Perkara Butiran/ Jumlah

1. Anggaran perbelanjaan untuk propaganda memerangi

arak pada 1925

USD 65 juta.

2. Penerbitan buku/ makalah tentang bahaya alkohol 9 juta halaman

3. Perbelanjaan untuk pelaksanaan Undang-undang

Larangan Alkohol

USD 4.5 juta

Kesalahan Melanggar Undang-undang Larangan Alkohol (1920 – 1933)

4. Penjara 100 orang

5. Denda USD 1.5 juta/ 500

ribu orang

6. Rampasan £ 400 juta

Sumber: Abu al-A‟la al-Maududi, Majalah al-Muslimun, no. 8, 1957.

Namun setelah Roosevelt5 dilantik menjadi Presiden Amerika pada 1933, dibuat pemakluman bahawa minuman yang hanya bercampur alkohol sebanyak 32% adalah

tidak dilarang. Kemudian setelah itu seluruh undang-undang yang melarang rakyatnya

dari menjual arak, membeli, membuat, mengeluar dan memesannya telah dicabut dari

5 Franklin Roosevelt adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-32. Dia merupakan satu-satunya

(8)

akar umbinya. Maka kembalilah masyarakat Amerika kepada dunia arak setelah 14

tahun mereka dikekang keras dengan undang-undang.

Kenapa undang-undang tersebut tidak berjaya dan dicabut begitu sahaja?

Rupanya arak telah lama mendarah daging dalam jiwa masyarakat Amerika.

Walaupun wujud undang-undang yang melarang sebarang aktiviti melibatkan arak,

namun dalam masa yang sama masih wujud beribu-ribu kedai minuman secara gelap

yang terkenal dengan panggilan Speaks-Easies dan Blinde-Pigs.

Kadang-kadang nama kedai-kedai haram tersebut ditukar dengan panggilan

rahsia seperti Paws-Word. Jika ada orang yang sudi menunjukkan teman-temannya ke

tempat ini, maka dia dipandang sebagai seorang yang baik budinya. Demikian syaitan

menghiasi amalan keji mereka hingga akal tidak lagi mampu membezakan antara hak

dan batil.

Perusahaan penjualan dan harga arak juga bernilai tinggi serta menjadi sumber

kekayaan yang menguntungkan bagi mereka. Di samping tidak ada rasa hormat

terhadap undang-undang, kerajaan Amerika juga dilihat gagal dalam

penguatkuasaannya.6 Demikianlah faktor-faktor yang menyebabkan kekuatan undang-undang dan hukum tidak mampu untuk mencegah rakyat Amerika dari ketagihan

arak.

Namun kini, walaupun Amerika dirujuk sebagai simbol kebebasan dan

kemajuan yang menjadikan arak seumpama meminum air sejuk, tetapi kadar jenayah

dan permasalahan sosiobudaya di Amerika adalah sangat parah. Menurut statistik,

dalam 100,000 orang terdapat 4.5 orang dibunuh setiap hari dan 367.9 jenayah

keganasan turut berlaku. Sejumlah 45 juta rakyatnya atau 14.5% hidup di bawah paras

(9)

kemiskinan tegar, lebih teruk daripada permasalahan kemiskinan di Malaysia.

Pelacuran menjadi kerjaya sambilan dan dianggarkan jumlah pelacur melebihi 10 juta

orang.7 Jadi apa yang hendak dibanggakan dengan Amerika apabila kebejatan akhlak adalah permasalahan yang sangat kronik? Benarlah ibu segala maksiat itu adalah

berpunca daripada arak.

Penutup

Perbincangan terhadap ketiga-tiga ayat yang diturunkan oleh Allah berkaitan

pengharaman arak adalah menyeru kepada orang-orang yang beriman. Justeru

dapatlah difahami bahawa hanya orang yang mempunyai iman dalam hatinya akan

mengambil manfaat daripadan larangan tersebut. Manakala orang yang tidak beriman

atau ingkar, mereka akan mencari seribu alasan untuk tidak mematuhi perintah

tersebut kerana menurut jejak langkah syaitan. Sedangkan syaitan tidak lain, hanyalah

bertujuan untuk mewujudkan permusuhan di kalangan manusia.

7 Rujuk Sinar Harian, Kolumnis, Amerika Bukan Negara Hebat oleh Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah,

Referensi

Dokumen terkait