• Tidak ada hasil yang ditemukan

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Pemikiran dan a

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Pemikiran dan a"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

4) Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan a) Relevensi Falsafah Pendidikan Guru dengan kurikulum pendidikan guru ke arah

pembentukan pemikiran dan amalan guru Malaysia.

Falsafah pendidikan merupakan salah satu falsafah yang digariskan dalam sistem pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau bilik darjah. John Dewey dalam bukunya yang bertajuk “Democracy and Education) menyatakan bahawa falsafah pendidikan adalah mendekati falsafah hidup yang memberatkan pendidikan. Falsafah pendidikan juga lebih

mementingkan tujuan dan matlamat pendidikan sesebuah masyarakat atau bangsa,

mementingkan peraturan, penyampaian pentaksiran dan pemandangan praktikal ilmu dan pengalaman yang bersangkutan dengan pendidikan.

Malaysia telah mewujudkan sebuah falsafah pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, Falsafah Pendidikan Guru turut dilahirkan daripada falsafah tersebut. Hal ini adalah untuk membantu merelisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan satu panduan bagi merelisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FPG menyatakan bahawa:

”Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjumjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, prograsif dan berdisiplin”. Kepentingan falsafah

Namun, persoalannya kini adalah, adakah FPG releven dengan kokurikulum pendidikan guru ke arah pembentukan dan amalan guru Malaysia? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita haruslah melihat kepada matlamat penubuhan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Pertama sekali, FPG bermatlamat untuk membina guru yang berakhlak mulia, berilmu kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. Guru-guru haruslah mempunyai sahsiah terpuji dan sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar. Guru-guru juga haruslah mempunyai pengamalan nilai moral yang tinggi justeru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Melalui matlamat FPG yang pertama, kita dapat melihat relevensi FPG dalam pembentukan dan amalan perguruan di Malaysia. Setiap guru haruslah sentiasa menunjukkan sikap dan nilai nilai yang baik kepada pelajar. Bukan hanya dengan memaparkan perkara positif, guru juga harus mengamalkan perkara tersebut. FPG dapat menjadi garis panduan kepada pendidik-pendidik negara dalam mencapai hasrat tersebut.

Seterusnya, Falsafah Pendidikan Guru bermatlamat untuk mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan. Maktab perguruan merupakan salah satu institusi perguruan yang melahirkan banyak guru-guru yang cemerlang. Selain itu, fokus utama maktab perguruan ditubuhkan adalah untuk menjadi pusat pengembangan ilmu pendidikan. Maka, melalui FPG, maktab perguruan dapat dijadikan sebagai rujukan utama dalam bidang pendidikan. Maktab-maktab perguruan ini juga dapat dinaiktaraf untuk menjadi sebuah Universiti yang memfokuskan graduan guru pada tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Maktab Perguruan Sultan Idris telah dinaiktaraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris dimana graduan guru yang dilahirkan adalah lebih kompeten berbanding institusi lain.

(2)

berkesan. Matlamat ini dilaksanakan melalui latihan-latihan perguruan yang diberikan di setiap institusi pendidikan dalam negara. Selain itu, latihan yang diberikan dapat

menyemai pemupukan amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar.

(3)

b)Analisis komponen Standard Guru Malaysia ke arah melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institut latihan perguruan (Keperluan). Standard Guru Malaysia digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan di beberapa negara maju. Terdapat dua komponen utama yang saing berkait rapat dalam Standard Guru Malaysia iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).

Terdapat dua komponen dalam Standard Guru Malaysia iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Standard merangkumi tiga aspek iaitu

1. Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan 2. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

3. Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran.

Standard 1 ialah Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan. Standard pertama ini digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM dan Tonggak Dua Belas. Standard 1 mempunyai tiga domain iaitu Domain Diri, Domain Profesion dan Domain Sosial. Domain Diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Domain ini memfokuskan nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, semangat sukarela dan efisien.

Domain kedua dalam Standard 1 ialah Domain Profesion. Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini ialah kecintaan terhadap profesion, berkerampilan, intergriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

Domain seterusnya dalam Standard 1 ialah Domain Sosial. Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Standard 2 merujuk kepada Pengetahuan dan Kefahaman. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionallisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Guru harus menguasai bidang pengetahuan seperti teras pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, keperluan mata pelajaran, kandungan mata pelajaran yang diajar, kandungan ilmu pendidikan, teknologi maklumayt dan komunikasi, media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kokurikulum, strategi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan banyak lagi aspek lain.

(4)

mentaksir dan menilai. Selain itu, guru harus mempunyai kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Akhir sekali, guru harus mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah yang melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Komponen seterusnya ialah Keperluan (K). Dalam komponen keperluan, agensi dan institusi perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan araha pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa.Terdapat lima keperluan penting latihan perguruan yang telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi iaitu;

1. Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan

2. Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian 3. Keperluan 3: Kolaborasi

4. Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur 5. Keperluan 5: Jaminan kualiti

Komponen pertama dalam Keperluan ialah kelayakan masuk dan prosedur kemasukan program latihan perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikut program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur seperti mengiklankan permohonan, menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga, melaksanakan sesi temu duga calon guru, membuat tawaran kepada guru yang berjaya, mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran, menandatangani perjanjian latihan perguruan.

Keperluan seterusnya ialah Latihan, Pentaksiran dan Penilaian. Bagi memenuhi keperluan ini, agensi dan institut latihan perguruan patut menyediakan perkara seperti kurikulum latihan, sumber manusia yang berkelayakan dan mencukupi, program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, institut latihan perguruan harus menyediakan pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa.

Keperluan ketiga iaitu kolaberasi merujuk kepada permuafakatan yang diwujudkan oleh agensi dan institut latihan perguruan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan luar negara, serta badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan.

Keperluan yang keempat ialah Infrastruktur dan Infostruktur. Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini. Contohnya, kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan dan kokurikulum dan kurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. Infostruktur yang bersepadu juga harus disediakan untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

(5)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil yang didapatkan dalam penelitian ini bahwa teknik mind mapping dalam bimbingan kelompok dapat meningkatkan manajemen waktu belajar siswa kelas XI

Nilai koefisien regresi yang diperoleh dalam penelitian ini sebesar 0.892 dapat diartikan bahwa apabila variabel mutasi personal (X) meningkat sebesar satu satuan maka

Begitu juga dengan keluarga Maniam datang dari Kerala, India, bekerja sebagai buruh, bekerja di estet, difitnah, akhirnya menjadi tandil dan status sosialnya

Berdasarkan batasan masalah di atas, maka yang menjadi fokus permasalahan dalam penelitian ini adalah apakah kemampuan pemecahan masalah siswa yang diajar dengan model pembelajaran

pada bagian atas lateral dari uterus, caudal dari tuba, kedua lig ini melalui canalis. inguinalis ke bagian cranial

Menurut National Cancer Institute USA, keadaan yang perlu diperhatikan yaitu Neutropenia dimana jumlah netrofil di bawah 1000 sel per meter kubik-jika dibawah

Bila kanker hati ini ditemukan pada pasien yang sudah ada sirrhosis hati dan ditemukan kerusakan hati yang berkelanjutan atau sudah hampir seluruh hati terkena kanker atau sudah