• Tidak ada hasil yang ditemukan

INDIAN SILENT RISE DI RANTAU ASIA PASIFI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INDIAN SILENT RISE DI RANTAU ASIA PASIFI"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

INDIA “SILENT RISE” DI RANTAU ASIA PASIFIK ABSTRAK

Pada masa ini, India dalam pembikinan ke arah sebuah kuasa yang bakal menandingi Amerika

Syarikat dan China. Populasi dan keluasan kawasan India juga mempengaruhi kebangkitan India.

India juga perlu bergerak ke hadapan untuk bersaing dengan kuasa yang lain tetapi pengaruh

daripada Amerika Syarikat tidak dapat dielakkan kerana mempunyai kepentingan yang

tersendiri. Dalam masa yang sama juga kebangkitan India juga menggusarkan Pakistan dan

China juga menerima tempiasnya juga. India berbaik dengan semua negara termasuk dengan

China dari segi ekonomi manakala dari segi politik sedikit perasaan curiga dan syak wasangka

masih ada kedua-dua negara ini. Kebangkitan India memberi ancaman atau kebangkitan India

memberi keamanan di serantau Asia Pasifik. Bukan itu sahaja, Hubungan baik dengan Amerika

Syarikat amat penting kerana isu tenaga nuklear India tidak pernah dipersoalkan begitu hebat

oleh Amerika Syarikat seperti mana Korea Utara dan Iran.

(2)

PENGENALAN

Pada masa ini, India merupakan salah satu daripada wilayah dalam rantau Asia Pasifik. India

mempunyai pertumbuhan ekonomi yang stabil sejak dari era perang dingin. India menghadapi

kemelesetan ekonomi pada tahun 2012 serta krisis politik pada tahun 2008 berikutan skandal

rasuah dalam politik. Walau bagaimanapun, India masih berdiri dengan teguh dan berupaya

mengurus konflik ini. Terdapat beberapa ahli akademik berpandangan bahawa India bakal

mengatasi Jepun sebagai ekonomi ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan China.

Ujian nuklear yang dilancarkan pada tahun 1998 merupakan petunjuk penting mengenai

kebangkitan India. Melalui perkembangan ini menunjukkan kekuatan India dari segi kekuatan

tentera yang mantap untuk menunjukkan India sebagai penguasa terbaru selepas China.

Tidak dapat dinafikan bahawa India pada masa kini akan terus berkembang untuk

menjadi salah satu kuasa besar yang baharu. India juga mendapat sokongan penuh diplomatik

serta bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat. Amerika Syarikat beranggapan India bukannya

sebagai mengancam utama kepada Amerika Syarikat. India merupakan ejen penstabilan utama

kepada Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik. Hal ini kerana kepentingan kedua-dua negara ini

yang saling dikongsi kerana kebimbangan kebangkitan China.

India dikenal pasti sebagai sebuah negara yang mempunyai tanggungjawab untuk

menjamin keselamatan di Asia Pasifik. Negara yang bertanggungjawab akan menunjukkan

tingkah laku yang baik dan contoh ke atas negara lain (Gao, 2013) . Untuk menjadi sebuah

penguasa yang bertanggungjawab perlu mengekalkan dengan status quo iaitu kedaulatan kerana

memainkan peranan yang aktif dalam sistem antarabangsa (Gao, 2013). Konsep ini boleh

(3)

dan kedudukannya sebagai sebuah kuasa besar dunia dan Amerika Syarikat telah meluas

pengaruhnya hampir di setiap rantau Asia Pasifik.

Ekonomi yang bergerak secara progresif dengan kesan positifnya akan menimbulkan

negara seperti China, India, Jepun dan Korea Selatan ini akan menjadi sebuah tanda

kebimbangan kepada dunia barat (Dingli, 2010). Ujian nuklear India yang dilancarkan pada

tahun 1998 menunjukkan India sebagai sebuah kuasa yang baharu akan muncul dan

berkemungkinan akan menggugat serta menekan kebangkitan China atau memberi amaran

kepada Pakistan serta memberi gambaran bahawa kekuatan India akan menguasai Asia Selatan.

Pada waktu yang sama juga India telah membuat inisiatif untuk mengekalkan hubungan dua hala

dengan negara-negara lain di rantau ini khususnya di Amerika Syarikat (Raja Mohan, 2006).

Kepentingan utama untuk mengekalkan kedudukan India sebagai kuasa utama di Asia

Selatan ialah mengelakkan campur tangan kuasa luar serta mengimbangi pengaruh

kuasa-kuasa luar di seluruh Asia dan memerlukan untuk menggalakkan keamanan dan Keselamatan

Antarabangsa (Raja Mohan, 2006). Kepentingan utama ini adalah selari dengan kepentingan

dasar Amerika Syarikat iaitu untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di Eropah dan Asia

melalui Atlantik dan lautan Pasifik (Ross, 2013).

CABARAN ATAU KEPETINGAN AMERIKA SYARIKAT TERHADAP INDIA

Secara keseluruhannya, pengembangan tenaga nuklear adalah cabaran terbesar kepada Amerika

Syarikat kerana tenaga nuklear ini boleh membawa kepada ketidakstabilan keselamatan

antarabangsa. Selain itu, pertumbuhan ekonomi yang kukuh telah menyebabkan India mencabar

kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi yang dominan selepas China. Isu mengenai

(4)

Amerika syarikat berbanding negara Iran dan Korea Utara. Adakah persamaan ideologi

menyebabkan Amerika Syarikat tidak memberi penekanan yang menyeluruh.

Pengembangan nuklear India: Meningkatkan penglibatan Amerika Syarikat ke arah India India menggariskan tiga matlamat yang utama dalam membangunkan program

nuklearnya; untuk mewujudkan persaingan dengan China, untuk menakut-takutkan atau memberi

gambaran kegusaran kepada Pakistan dan sebagai satu langkah keselamatan India sendiri (Ashok

Kapur, 2006). Narendra Nodi menyatakan dengan jelas bahawa walaupun India mempunyai

kuasa dalam tenaga nuklear, senjata nuklear India kekal sebagai alat perlindungan kepada India

dan dasar India mengenai tenaga nuklear bahawa India bukan pencetus utama menggunakannya

(no use first) (Busvine, 2014). Keadaan ini menggambarkan bahawa India juga bergantung

tenaga ini juga untuk menjamin keselamatan dalam masa yang sama tenaga ini juga sebagai satu

alat

Amerika Syarikat sentiasa menyokong dan sentiasa berada di belakang India. Hai ini

kerana Amerika Syarikat sebuah kuasa utama yang bertanggungjawab terhadap India sejak ujian

nuklear yang dilancarkan pada tahun 1998. Amerika Syarikat telah mengisytiharkan bahawa

India sebagai sebuah negara yang maju dan mengiktiraf senjata nuklear India (Sasikumar, 2007).

Ideologi politik yang sama di antara Amerika Syarikat dan India membawa kepada

kepercayaan Amerika Syarikat kepada India sebagai bukan mengancam dan India merupakan

negara yang amat peting kepada Amerika Syarikat berbanding China (Twining, 2007).

Usaha-usaha yang dibuat oleh Amerika Syarikat melibatkan kepentingan terhadap India dapat dilihat

secara jelas dalam pentadbiran Obama. Di mana Obama telah menghantar setiausahanya iaitu

(5)

mengenai isu-isu tertentu seperti perjanjian nuklear dan ancaman pengganas (Chopra,

2009).Pentadbiran Obama telah mengukuhkan kerjasama yang erat antara Amerika syarikat dan

India pada abad ini (Buzan, 2012).

Pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan India

India mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik. Kekuatan ekonomi yang positif dan

kekuatan ketenteraan yang kukuh telah menjadikan India sebagai satu kuasa baharu akan

muncul. India ingin menguasai Asia Selatan dalam masa yang sama cuba untuk menjadi sebuah

penguasa yang baharu dalam rantau Asia Pasifik dan dunia (Buzan, 2012).

Menurut Goldman Sachs, India pada masa ini telah menjadi sebuah kuasa penting dan

India bakal menjadi sebuah kuasa yang kuat pada kedudukan 5 ke atas menjelang tahun 2030

kerana pertumbuhan ekonomi yang pesat sehingga boleh mengatasi Amerika Syarikat dan China

(Feigenbaum, 2010). Sejak akhir ini, India berkemungkinan akan mengambil alih tempat Jepun

sebagai sebuah kuasa ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan China (Ankit Panda,

2014). Belanjawan ekonomi yang dilaksanakan di India ini yang membawa kepada kemajuan

dalam Sistem Pertahanan, bukan sahaja untuk melindungi kedaulatan dan keselamatan tetapi

juga untuk memainkan peranan yang aktif dalam mengekalkan kestabilan serantau serta untuk

melindungi kepentingan ekonomi.

Sejak tahun kebelakangan ini, Kerajaan India telah membelanjakan sejumlah besar

belanjawan negaranya untuk ketenteraan dan pertahanan (Abhijit Iyer-Mitra, 2014). Peningkatan

belanjawan kerajaan India berkaitan dengan pertahanan serta ketenteraan telah menyebabkan

tentera udara India merupakan yang keempat terbesar di dunia dan keadaan ini juga telah

(6)

berpandu balistik (Kaplan, 2010). Hubungan yang kukuh yang terjalin di antara Amerika

Syarikat dan India membantu mempertingkatkan keupayaan ketenteraan India bagi membendung

kebangkitan China yang akan mengancam Asia Pasifik. Bukan itu sahaja, Kedua-dua negara ini

juga mempunyai kepentingan antara satu sama yang lain.

KESTABILAN DAN PENGARUH INDIA DI MATA DUNIA

Menggalakkan keamanan antarabangsa dan Keselamatan merupakan strategi utama yang perlu

dilakonkan oleh India untuk memenuhi hasrat sebagai sebuah kuasa yang baharu tanpa sebarang

kecurigaan negara lain (Raja Mohan, 2006).

Dalam masa yang sama juga usaha yang dilakukan oleh India bagi meningkatkan

hubungan dengan dua hala dengan China sebagai satu cara untuk seimbangkan semula kuasa di

Asia sejak 1990-an melalui beberapa siri perjanjian-perjanjian yang berdasarkan kepada prinsip

'Keselamatan bersama-sama' bagi mewujudkan keamanan yang membawa kepada peningkatan

perdagangan di antara China dan India (Jasjit Singh, 2000). Adakah dengan menggunakan

kaedah ini mampu mempengaruhi China untuk meninggalkan ideologi “socialism” atau India

menjadi mata-mata kepada Amerika syarikat untuk menghalang China terus dan menerus

berkembang aktif menguasai ekonomi dunia.

Sementara itu, India juga telah memperkukuhkan lagi hubungannya bersama-sama

dengan Jepun melalui ‘Security Declaration’ pada tahun 2008 di mana Jepun telah membenarkan

India untuk mengakseskan tentera laut India ke Laut China Selatan dan bukan itu sahaja India

juga telah mengadakan beberapa Lawatan diplomatik dengan Jepun dan Korea Selatan (Buzan,

2012). Keadaan ini telah memberi gambaran jelas bahawa India cuba untuk berbaik-baik dengan

(7)

memberi penekanan dan kebimbangan kepada Pakistan untuk memberi gambaran jelas bahawa

India mempunyai rakan sekutu yang kuat. India juga mengadakan hubungan diplomatik di benua

Asia tenggara. Menurut Buzan, tentera laut India kerap berada di lautan laut China selatan dan

menjalankan latihan maritim bersama-sama dengan negara Asia Tenggara bagi mencetuskan

kebimbangan kepada China (Buzan, 2012). Walaupun India dengan China menjalinkan

kerjasama tetapi perasaan curiga tidak dapat dielakkan kerana India sering menjadi pengacau dan

mata-mata kepada pihak lain. India perlu melakukan watak seperti ini untuk memberi gambaran

bahawa India sebuah negara yang bertanggungjawab dan memperjuangkan keamanan serantau.

Dapat dilihat di sini India cuba untuk bersaing dengan China dan dalam diam-diam India juga

mahu bersaing Amerika Syarikat. Kebangkitan China dapat dilihat pertumbuhan ekonomi China

yang pesat tetapi India dalam bentuk bagaimana? Berkemungkinan India menggunakan kaedah

keamanan untuk melambangkan kebangkitan India dalam senyap dalam masa yang sama tidak

menimbulkan syak wasangka kepada Amerika Syarikat. India juga menerima pelbagai

permintaan dalam ehwal ketenteraan seperti mengadakan latihan bersama dan slot latihan antara

negara-negara yang berjiran secara tidak langsung polisi seperti ‘Friendly Foreign Countries’

akan tercipta (Gokhale, 2014). Secara rumusannya, lakonan India dengan menggunakan kaedah

akan menunjukkan kejayaan dari segi kekuatan tentera akan bertambah, perkembangan ekonomi

akan begitu pesat dan yang terakhir sekali isu mengenai masalah domestik akan tertutup rapat

supaya isu domestik ini tidak membantutkan kebangkitan India dalam senyap serta perasaan

curiga dan syak wasangka daripada pelbagai pihak tidak akan wujud sekiranya terma

“keamanan” digunakan untuk kebangkitan India. Dalam masa yang sama India cuba

mewujudkan bukan hanya menggalakkan kestabilan dan keamanan tetapi juga untuk

(8)

lain. Dengan menggunakan strategik ini mampu menangani keupayaan kekuatan tentera kuasa

besar seperti Amerika Syarikat dan China. Bukan itu sahaja, India cuba untuk melakukan inovasi

dalam teknologi senjata dalam pada masa yang sama. Kekuatan ekonomi dan tentera perlu

seimbang untuk menjadi sebuah kuasa besar yang baharu.

Bukan sahaja di Asia Tenggara malahan India juga mempunyai pengaruhnya di Asia

Tengah seperti di Tajikistan (M.Chenoy ,2007). Pengaruh India di Asia Tengah ini amat penting

kerana ingin menolong negara terbabit untuk mengamalkan sistem demokrasi dengan betul atau

membendung pengaruh Russia. Selepas kejatuhan Soviet Union kebanyakan negara di Asia

tengah merdeka dan menubuhkan negara sendiri. Justeru peranan India amat penting di mata

Amerika Syarikat supaya pengaruh Russia dapat dielakkan serta amalan Demokrasi dapat

diamalkan negara di Asia Tengah.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Disebabkan masalah domestik yang berlaku di Amerika Syarikat, Amerika Syarikat menghadapi

kekangan ekonomi dan politik. Amerika Syarikat terpaksa mengurangkan belanjawan pertahanan

sehingga $45 bilion pada tahun 2015 dan akan berkurang sehingga tahun 2016. Bukan itu sahaja,

Amerika Syarikat juga perlu mengurangkan saiz kapasiti tenteranya dan keadaan ini secara tidak

langsung akan menjejaskan kepentingan Amerika Syarikat serta-merta (Shalal, 2014). Keadaan

ini secara realitinya akan membimbangkan India dari segi menangani kekuatan China yang saban

tahun semakin meningkat. Sekiranya Amerika Syarikat mengurangkan belanjawan

pertahanannya belum tentu India berjaya menangani keupayaan Amerika Syarikat. India tidak

akan menimbulkan sebarang bentuk cabaran atau sebarang syak wasangka yang curiga kepada

(9)

sebuah negara yang berkuasa besar dan pada masa yang sama juga Amerika Syarikat

memerlukan India untuk menjadi mata-mata kepada Amerika Syarikat mengenai negara yang

membawa ancaman di rantau Asia Pasifik seperti China, Iran, Pakistan dan Russia (Mirski,

2013). Keadaan ini menunjukkan bertapa pentingnya kedua-dua negara ini pada waktu yang

sama yang memberi manfaat kedua-dua negara ini.

Apabila India mempunyai sekutu yang kuat serta peranan sumber yang ada pada India

membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat secara tidak langsung membantu India untuk

mengukuhkan kekuatan India sendiri. Ancaman Pakistan mengenai tenaga nuklearnya sedikit

tidak menggusarkan India kerana India masih mempercayai bahawa Pakistan menghadapi

pelbagai masalah dalaman dan India juga mempercayai bahawa Pakistan sebuah negara yang

lemah (Raja Mohan, 2006). Tenaga Nuklear Pakistan turut dibantu oleh China untuk

meningkatkan produktivitinya tetapi dalam waktu yang sama sejauh manakah tenaga Nuklear

Pakistan digunakan sama ada untuk kegunaan domestik atau memberi bantuan kepada pengganas

(kaplan, 2010). Hakikatnya, India perlu mendapatkan kerjasama daripada Amerika syarikat

untuk membendung tenaga nuklear Pakistan supaya tidak mengancam di arena Asia Pasifik.

Matlamat utama India untuk menjadi penguasa di Asia Selatan secara tidak langsung India perlu

memastikan Pakistan tidak menyalahgunakan tenaga nuklear. Pada mulanya, India tidak gusar

tentang tenaga nuklear Pakistan tetapi hakikatnya India juga bimbang sekiranya tenaga nuklear

tersebut disalurkan kepada pengganas untuk mengancam India.

Hubungan yang akrab dapat dilihat di mana India dan Amerika Syarikat sering

melakukan latihan ketenteraan bersama pada tahun 2012 dan 2013 (Rohan Mukherjee, 2013).

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi gambaran jelas bahawa India cuba untuk

(10)

sumber serta boleh mengawal laluan masuk kapal kargo di lautan Indian (Rumley, 2013). Bukan

itu sahaja, Amerika syarikat memandang India sebagai sebuah negara yang amat penting kerana

keperluannya di rantau Asia Pasifik untuk menangani keganasan, isu-isu ekonomi dan alam

sekitar serta India sebagai kuasa akan membendung kebangkitan China (M. Chenoy, 2007)

Dari sudut ekonomi pula India terbabit dalam kumpulan seperti 4, 15, 20 dan

G-33 kerana memperjuangkan hak serta memainkan peranan penting kepada negara membangun.

India juga memainkan peranan yang penting dalam institusi-institusi antarabangsa yang

berkaitan dengan politik antarabangsa, Keselamatan, perdagangan dan kewangan. India juga

penyumbang utama kepada operasi menjaga keamanan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak awal

kewujudan organisasi ditubuhkan (Tellis, 2005). Bukan itu sahaja, Penglibatan yang begitu aktif

oleh India dapat dilihat melalui peranan proaktif di Afghanistan yang telah diiktiraf oleh Amerika

Syarikat serta kedudukan India dalam krisis Libyan dan Syria (Inderfurth, 2013). Perkara yang

dilakukan oleh India ini untuk menunjukkan bahawa India sebuah kuasa yang bertanggungjawab

mengenai keselamatan dan keamanan.

PENUTUP

Kesimpulannya, Kebangkitan India boleh dipandang daripada 2 sudut iaitu sudut agresif

atau sudut keamanan. Kebangkitan India ini membentuk dua kesan iaitu kesan positif atau

negatif. Sekiranya kesan positif kebangkitan India akan dilihat dari sudut ekonomi tetapi dari

sekiranya kesan negatif akan kelihatan dari sudut politik kerana hubungan yang akrab dengan

Amerika Syarikat dan sekutu Amerika Syarikat memberi kebimbangan kepada negara seperti

(11)

kerana India akan cuba meletakkan pengaruhnya dalam isu domestik China supaya China

berubah sistem politiknya manakala Pakistan turut bimbang mengenai isu Kasmir.

Bukan itu sahaja, Dapat dilihat India juga menggunakan medium Pakatan Brazil, Russia, India,

China dan Afrika Selatan (BRICS) untuk mencuba merobohkan tembok kekuatan ekonomi

Amerika Syarikat dan pakatannya atau membina ekonomi India ke arah pertumbuhan yang baik.

Adakah berjaya atau tidak bergantung pada kebijaksanaan pemimpin serta situasi semasa. Tetapi

situasi pelik berlaku dalam pakatan kerana India dan China hubungan dari segi politik saling

mencurigai manakala dari segi ekonomi pula India dan China berbaik pula. Adakah India

menggunakan pakatan ini demi memperkukuhkan ekonomi India atau di sebaliknya.

Kepentingan ekonomi tidak dapat dipisahkan demi keuntungan negara masing-masing.

Selain itu, tidak ketinggalan mengenai isu domestik India seperti isu kemiskinan, konflik agama

dan sebagainya masih dibelenggu oleh India kerana isu ini tidak akan selesai walaupun

kebangkitan India ini menjadikan India sebuah penguasa yang baharu. India merupakan sebuah

negara demokrasi yang terbesar di dunia berkemungkinan India akan keamanan negaranya tetapi

akan mengenakan pengaruhnya dalam kalangan negara-negara yang jirannya seperti Pakistan

untuk tunduk dan mengenakan sekatan kepada Pakistan supaya tidak mengancam India dalam

isu perebutan wilayah Kasmir. India juga mendapat keistimewaan daripada Amerika Syarikat

kerana berkemungkinan ideologi yang sama sehingga Amerika Syarikat memandang India

(12)

RUJUKAN

Abhijit Iyer-Mitra. (2014, May 11). India's Nuclear Imposture. Retrieved May 14, 2015, from The New York Times:

http://www.nytimes.com/2014/05/12/opinion/indias-nuclear-imposture.html?_r=0

Alexander, D., Shalal, A. (2014, February 24). Budget cuts to slash U.S. Army to smallest since before World War Two. Retrieved May 15, 2015, from Reuters:

http://www.reuters.com/article/2014/02/24/us-usa-defense-budget-idUSBREA1N1IO20140224

Ashley J. Tellis, S. M. (2013). Crux of Asia: China, India and the Emerging Global Order. Washington DC: Carnegie Endowment for International Peace.

Ankit Panda. (2014). World Bank: India Overtakes Japan as World's Third Largest Economy.

The Diplomat

Chopra, S. (2009, July 15). NDTV. Retrieved May 15, 2015, from Hillary on 5-day visit from Friday: http://www.ndtv.com/news/india/hillary_on_5-day_visit_from_friday.php

Busvine, D. (2014, April 16). India's Modi says Committed to No First Use of Nuclear Weapons. Retrieved May 15, 2015, from Reuters: http://uk.reuters.com/article/2014/04/16/uk-india-election-nuclear-idUKBREA3F11B20140416

Buzan, B. (2012). Asia: A Geopolitical Reconfiguration.

C. Raja Mohan. (2006). India and the Balance of Power. Foreign Affairs, pp. 17-32.

Dingli, S. (2010). Rebalancing Global Power: Helping Shift Power. The World Today, 66(10), 17-19.

Feigenbaum, E. A. (2010). India's Rise, America's Interest: The Fate of the US-Indian Partnership. Foreign Affairs, 76-91.

Gao, X. (2013). China as a “Responsible Power”: Altruistic, Ambitious or Ambiguous? International Journal of China Studies(4), 405-438.

Gokhale, N. (2014). India's Rising Regional Military Engagement. The Diplomat.

Inderfurth, A. K. (2013). Obama’s Second Term: “India is a Big Part of My Plans”. US-India Insight, 3(1), 1-3.

Kaplan, R. D. (2010). South Asia's Geography of Conflict. Center for a New American Security.

(13)

Kamal Mitra Chenoy, A. M. (2007). India's Foreign Policy Shifts and the Calculus of Power. Economical and Political Weekly, 3547-3554.

Rohan Mukherjee, C. M. (2013). Challenges of a Multipolar World: The United States, India and the European Union in the Asia Pacific. Young Strategists Forum, 1-7.

Ross, R. S. (2013). US Grand Strategy, the Rise of China and US National Security Strategy for East Asia. Startegic Studies Quarterly, 20-40.

Rumley, D. (2013). The Indian Ocean Region: Security, Stability and Sustainbility in the 21st Century. The Australia-India Institute.

Singh, J. (2000). Nuclearization and Regional Security: An Indian Perspective. In M. Krepon, The Balance of Power in South Asia (pp. 35-52). Abu Dhabi: The Emirates Center for Strategic Studies and Research.

Sasikumar, K. (2007). India's Emergence as a "Responsible" Nuclear Power. International Journal, 62(4), 825-844.

Tellis, A. J. (2005). India as a New Global Power: An Action Agenda for the United States. Washington D.C.: Carnegie Endowment.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil wawancara, observasi, dan dokumentsi dapat diketahui bahwa peningkatan hasil belajar siswa pada mata pelajaran Al-Qur’an Hadits di MTs Bahrul Ulum pada

Daya hasil klon KW 30 dan KW 48 lebih tinggi dibandingkan dengan kedua klon pembanding (GC 7 dan ICS 60) dan melebihi r ata-rata klon yang diuji, sedangkan klon KW 23, KW

Pentingnya data jalur jaringan jalan Kota Padang yaitu untuk menentukan rute/jalur evakuasi tsunami, sementara data shelter evakuasi tsunami dari Badan

Kesimpulan penelitian ini adalah terdapat hubungan antara Orientasi Tujuan dengan Kinerja pada Karyawan Koperasi Bank Bukopin di Jakarta... iv

Rumah Sakit Bersalin Permata Sarana Husada akan berupaya memberi orientasi umum yang di perlukan sesuai kebutuhan masing-masing unit kerja dalam

Bab ini memuat analisis data yang telah dikumpulkan sebagai jawaban dari permasalahan yang diteliti yaitu implementasi rescheduling, reconditioning, dan

Puji syukur kami panjatkan kepada Allah SWT atas segala rahmat dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Skripsi dengan judul “RISK ASSESSMENT PADA UNIT PENGELOLAAN

• Kombinasi antara apixaban dan klopidogrel (75 mg sekali sehari) atau kombinasi dengan klopidogrel 75 mg dan asam asetilsalisilat 162 mg sekali sehari tidak menunjukkan