Aspek Persefahaman Antara Agama Di Dalam Pendidikan Islam
Yang Marya Abd Khahar & Prof. Madya Dr. Kamarudin Salleh
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor Abstrak
Kepelbagaian kaum dan agama di dalam masyarakat Malaysia menuntut persefahaman antara agama bagi memupuk kerukunan hidup bermasyarakat. Ini memandangkan cabaran generasi kini dan akan datang yang semakin berani untuk mencabar soal-soal sensitiviti beragama yang secara tidak langsung boleh menggugat kerukunan masyarakat Malaysia. Pendidikan merupakan usaha terbaik bagi melahirkan generasi yang dapat memupuk kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Artikel ini akan mengenalpasti aspek persefahaman agama melibatkan hubungan muslim dan non muslim yang terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi mata pelajaran pendidikan Islam berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Artikel ini menggunakan pendekatan menganalisis dokumen huraian sukatan pelajaran pendidikan Islam. Artikel ini merumuskan terdapat aspek persefahaman antara agama terutama melalui nilai-nilai universal atau sejagat melibatkan hubungan antara muslim dengan non muslim yang ditekankan dalam huraian sukatan pelajaran pendidikan Islam dalam usaha menerapkan persefahaman antara agama di kalangan pelajar. Penulis turut cuba mengetengahkan pandangan serta cadangan bagi meningkatkan lagi aspek persefahaman antara agama di kalangan pelajar.
Kata kunci: Persefahaman Antara Agama, Pendidikan Islam, Huraian Sukatan Pelajaran 1. PENGENALAN
Antara cabaran utama Malaysia bagi menjayakan pembangunan negara-bangsanya ialah memastikan tahap kesatuan dan perpaduan di kalangan penduduk yang berbeza kaum, agama dan bangsa berada dalam keadaan kukuh dan utuh. Bagi tujuan itu, usaha dan langkah bagi memupuk persefahaman antara pelbagai kelompok masyarakat di Malaysia menjadi keutamaan penting sejak penubuhan Malaysia. Usaha dan langkah itu dijayakan menerusi pelbagai inisiatif samada dalam bentuk pengenalan dasar dan pelaksanaannya menerusi pelbagai sistem kenegaraan semasa.
*Corresponding author. Tel: +6019-5566361 Emailaddress: [email protected]
Memetik pandangan Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang juga pakar antropologi UKM dan Pengarah pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), bahawa Malaysia sudah hampir mencapai ‘kesepaduan sosial’ walaupun perpaduan masih merupakan suatu matlamat yang terus diidamkan. Berucap di persidangan dua hari Pemantapan Citra Kenegaraan: Perkongsian Pengalaman (COSMA3), di UKM pada 19 Januari 2014, katanya rakyat Malaysia mesti menerima kedudukan masyarakat majmuknya dengan pelbagai budaya dan agama bagi mencapai perpaduan dan baginya kesepaduan sosial tidak sama seperti perpaduan, di mana anggota masyarakat harus mempunyai pendapat yang sama mengenai segala isu penting. Beliau telah menyampaikan ucap utamanya bertajukPerpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan: Satu Negara, Tiga Konsep Keramat. Bertolak dari matlamat di atas wacana tulisan ini cuba memberi satu alternatif kepada penyelesaian isu-isu di atas.
Kajian secara khusus ingin meneliti aspek persefahaman antara penganut agama menerusi huraian sukatan pelajaran, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia yang dinaungi di bawah dasar dan sistem pendidikan kebangsaan. Dengan kata lain, ia akan menumpu kepada aspek-aspek pemupukan persefahaman antara agama melibatkan hubungan muslim dan non muslim di dalam pendidikan Islam dalam menyumbang dan menjayakan cita-cita perpaduan nasional di Malaysia.1
1Dasar pendidikan kebangsaan di Malaysia adalah menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan
kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk perkembangan menyeluruh murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi kaum ( Kementerian Pelajaran Malaysia 2012: 2). Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memastikan semua murid di seluruh ceruk rantau Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya seperti yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dunia masa kini (Kementerian Pelajaran Malaysia 2012: iv) yang boleh mengganggu gugat perpaduan dan kesejahteraan hidup antara penganut agama. Ini sepertimana impak cabaran globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dunia masa kini antaranya adalah generasi kini semakin berani untuk mencabar sensitiviti agama yang secara tidak langsung menggugat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. Ini sepertimana pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut umat Islam di bulan Ramadhan di laman sosial facebook "Alvin dan Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu gambar dan komen bertajukSelamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut (Utusan Malaysia 19/7/13). Antara usaha-usaha pemupukan yang telah dilaksanakan adalah bermula dengan penghayatan Rukun Negara, memantapkan Dasar Pelajaran Malaysia, menjadikan sekolah alat perpaduan, pendekmorasian pendidikan, perlaksanaan Sekolah Wawasan dan perlaksanaan sekolah satu aliran (Abdul Razaq Ahmad dan Badariah Saibeh 2011: 200) Pemantapan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui mata pelajaran pendidikan Islam dan moral merupakan pendekatan yang baik agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan
2.0 Sistem Pendidikan Islam
Sistem pendidikan di Malaysia secara khusus telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan Negara (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 1993) dan pendidikan Islam merupakan Mata Pelajaran Teras di dalam sistem pendidikan menengah Malaysia.2
Pendidikan Islam mengarah kearah pembentukkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni berlandaskan al-Qur’an dan al-Sunnah dan dapat menyumbang kearah pembangunan tamadun bangsa dan negara. Dalam konteks Malaysia, cita-cita ini adalah luhur memandangkan realiti masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama yang memerlukan interaksi dan persefahaman berterusan demi menjayakan matlamat kerjasama dan perpaduan nasional berkekalan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2000:1).
Aspek utama kajian meliputi pengenalpastian nilai-nilai dan unsur-unsur yang mengandungi aspek-aspek penerapan persefahaman antara penganut agama melibatkan hubungan muslim dan non muslim yang terkandung di dalam huraian sukatan pelajaran, Kurikulum Bersepadu Sekolah Mennengah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penelitian dan penilaian ini dijangka akan mendedahkan kandungan pemupukan persefahaman antara agama melibatkan hubungan muslim dan non muslim di dalam pendidikan Islam.
2. PERSEFAHAMAN ANTARA AGAMA
Persefahaman dalam konteks artikel ini adalah perihal bersefahaman, permuafakatan dan persetujuan (Kamus Dewan 2005 ) aspek-aspek nilai atau amalan dan tindakan di antara agama Islam dengan agama yang lain dengan memfokuskan terhadap hubungan antara muslim dan non muslim.
Menurut Ainon Hj. Kuntom (2003: 26-27) agama itu sendiri (sepatutnya) merupakan asas persefahaman antara (penganut) agama yang boleh dijadikan salah satu pendekatan untuk menyatupadu semua rakyat daripada semua kaum, budaya, agama dan bahasa. Isu-isu
kepada Tuhan serta menjadi warganegara yang baik (Abdul Razaq Ahmad dan Badariah Saibeh 2011: 201). Perbincangan lanjut rujuk artikel Abdul Razaq Ahmad dan Badariah Saibeh yang bertajuk Integrasi Kaum di Malaysia: Antara Kenyataan dan Harapan yang disunting oleh Abdul Razaq Ahmad dan Anuar Ahmad dalam Pendidikan dan Hubungan Etnik.
agama perlu diurus dengan matang kerana konflik agama mempunyai potensi yang paling tinggi untuk mempengaruhi kestabilan perpaduan negara dan sentimen keagamaan sekiranya tidak dikawal mudah terbakar dan boleh menghancurkan keamanan dan perpaduan negara yang kian lama telah membawa ke arah pembangunan yangg cemerlang di negara selama ini.
Hal ini turut dipersetujui oleh Sulaiman Ibrahim (2003), menurut beliau keutuhan sesebuah masyarakat itu adalah bergantung kepada agama dan kepercayaan yang dianuti. Ini kerana masyarakat beragama boleh membentuk diri dan sikap toleransi. Justeru kepercayaan agama mempunyai sasaran bagi membentuk peribadi pengikutnya.
Apabila penganut agama mempunyai peribadi yang utuh hasil pemahaman terhadap agama yang dianuti maka dapat menghasilkan persefahaman antara agama yang secara asasnya dapat disemai dan dipupuk melalui nilai-nilai universal3. Nilai dan norma itu
mempunyai kekuatan tersendiri dalam usaha untuk menjana keharmonian dan persefahaman. Ini kerana kepercayaan dan tradisi penganut agama memberi kesan terhadap pemikiran mereka (Idris Zakaria, 2003: 33).
Antara aspek-aspek persefahaman agama tersebut adalah merujuk kepada aspek universal melalui nilai-nilai sama yang dapat diterima oleh semua penganut agama. iaitu sikap toleransi, kesederhanaan, sikap kasih sayang dan berperikemanusiaan, kemuliaan dan kehormatan manusia, dan amalan bermuafakat adalah antara norma-norma positif yang tersemat dalam fikiran dan kepercayaan penganut agama. (Idris Zakaria, 2003: 45).
Persefahaman antara agama-agama tidak bermaksud membentuk a unity of religion (syncretism) ataupun menganggap all religion are the same. Sebaliknya ia diketengahkan sebagai mencari titik persamaan dalam nilai-nilai kebaikan di samping menghormati perbezaan antara agama-agama ( Ahmad Sunawari Long, 2003: 63).
3 Nilai yang sesuai dipraktikkan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja demi kesejahteraan ummah
3. TOLERANSI BERAGAMA
Sikap toleransi beragama dibuktikan menerusi prinsip tiada paksaan dalam beragama. (Al-Qur’an, al-Baqarah ayat 256). Rasulullah s.a.w. sendiri bertoleransi dengan puak Kristian dengan menjanjikan perlindungan kepada mereka serta menjamin kebebasan mereka beribadat dan kepada pihak gereja, berjanji tidak akan mengganggu hak dan kekuasaan lama yang ada pada mereka (Jaffary Awang, 2003: 80).
Toleransi antara agama merupakan langkah pertama yang diperlukan dalam memupuk persefahaman antara agama. Toleransi beragama juga adalah lebih menjurus kepada kesediaan untuk berkomunikasi dan berbincang antara masyarakat pelbagai agama meskipun wujud perbezaan dari sudut kepercayaan dan pegangan (Jaffary Awang, Muda @ Ismail Ab. Rahman, 2008).
Antara aspek toleransi beragama meliputi aspek sedia menerima perbezaan melalui bersikap sabar dan berlapang dada dan bersikap terbuka. Menurut M. Yunan Nasution (1971:6) sikap toleransi menuntut agar perbezaan yang wujud dari segi agama, kepercayaan, keyakinan, pendirian dan pemahaman tidak dijadikan sebagai garis pemisah dalam membina hubungan baik antara kaum dalam segenap kehidupan. Sebaliknya jiwa manusia perlu dipupuk agar sentiasa cenderung kearah membina hubungan harmoni dalam kehidupan serta menjauhkan sikap konfrantasi yang boleh membawa kepada perpecahan. Dengan bersikap toleransi watak manusia dapat dibentuk agar bersikap menahan diiri, berlapang dada dan bersikap terbuka.
Seterusnya melalui aspek toleransi beragama juga dapat membentuk sikap menghormati doktrin kepercayaan dan amalan agama dan bersedia menerima pandangan yang berbeza sesuai diguna pakai dalam konteks interaksi antara masyarakat berbilang agama. Ini kerana toleransi beragama bukannya seseorang seharusnya tunduk kepada sesuatu agama akan tetapi toleransi beragama adalah sebagai satu sikap menghormati ajaran dan amalan agama lain. Dengan harapan ianya mampu membentuk hubungan yang beretika antara pelbagai agama seperti di Malaysia (Jaffary Awang, Muda @ Ismail Ab. Rahman dan Ahmad Munawar Ismail 2008:128 ).
Menurut Jaffary Awang, Muda @ Ismail Ab. Rahman dan Ahmad Munawar Ismail (2008:128), toleransi beragama tidak bermaksud sehingga meleburkan amalan agama yang
dianuti. Malah jauh sekali sehingga seseorang melakukan amalan-amalan agama lain hanya kerana hormat dan cuba memahami, tetapi sekadar memahami dan mengetahui etika, falsafah dan pantang larang agama lain yang boleh diketahui melalui pergaulan, perbincangan, dialog dan pembacaan.
Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan timbulnya isu-isu yang menyentuh sensitiviti dikalangan penganut agama akibat kurang memahami etika, falsafah dan pantang larang agama tersebut. Malah dapat menyelesaikan masalah syak wasangka yang berlaku.
4. SIFAT KASIH SAYANG, BERPERIKEMANUSIAAN DAN KESEDERHANAAN
Di dalam mewujudkan persefahaman antara agama, aspek kesederhanaan, kasih sayang dan berperikemanusiaan adalah amat penting. Ini kerana melalui sifat kasih sayang dan kemanusiaan dapat mendorong untuk melakukan kebaikan sesama manusia dan alam terutama melalui amal kebajikan dan tolong menolong. Islam amat menuntut manusia tolong-menolong dalam perkara yang memberi kebaikan (al-Qur’an, al-Mumtahanah ayat 8). Malahan seseorang yang mempunyai sifat kasih sayang dan berperikemanusiaan akan dipandang sebagai seorang insan yang pemurah dan mulia. ( Idris Zakaria, 2003:39-40).
Manakala melalui prinsip kesederhanaan pula dapat menghindari sikap yang terlampau ekstrem dan taksub ( Idris Zakaria, 2003 39-40). Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan negara aman harmoni dan terhindar daripada kemiskinan, kerosakan dan jenayah. Sepertimana Allah s.w.t berfirman dalam surah al-An’aam ayat 108 mengenai prinsip kesederhanaan dan tidak melampau.
5. KEMULIAAN DAN KEHORMATAN MANUSIA
Aspek persefahaman antara agama dapat dibentuk melalui sikap kemuliaan dan kehormatan kepada manusia. Melalui aspek kemuliaan dan kehormatan manusia, dapat memberikan hak kebebasan beragama, hak menikmati keselamatan, keadilan, dan perundingan.
Piagam Madinah meletakkan asas yang persefahaman yang utuh dimana ia menyeru seluruh warga Madinah yang terdiri dari pelbagai kelompok agama menjaga hak dan kehormatan masing-masing. Ia merupakan lambang keadilan Islam terhadap umat manusia keseluruhannya.
Berdasarkan Piagam Madinah, antara hak yang telah diberikan kepada masyarakat bukan Islam adalah hak mendapat perlindungan daripada penceroboh luar dan hak perlindungan diri daripada kezaliman iaitu jangan menyakiti atau mencerobohi mereka dengan tangan atau lidah. Terdapat banyak ayat al-Qur’an (al-Baqarah, 2:190 dan 193) dan hadis yang mengharamkan kezaliman dan memburukkannya di samping dijelaskan kesan pembalasan yang berat di hari akhirat nanti.4
6. AMALAN BERMUAFAKAT
Amalan bermuafakat adalah satu aspek ataupun nilai yang penting dalam memupuk persefahaman antara agama (al-Qur’an, al-Hujurat ayat 13). Syarat utama dalam bermuafakat adalah menerima persamaan antara agama dan mengiktiraf perbezaan antara agama terutama di dalam aspek sejarah dan doktrin agama (Sunawari Long, 2003: 71).
Dalam hubungan ini, salah seorang sarjana Muslim yang mempelopori idea dialog antara agama ialah Isma’il al-Faruqi (1921 –1986). Dalam karyanya Islam and Other Faiths (2008), beliau menonjolkan peranan Islam dalam menyediakan dasar hubungan kemanusiaan yang baik dan, rasional sepanjang 14 abad tentang sejarah persefahaman antara sesama manusia.
4Lihat Sahih Sunan Abu Daud, Kitab 14:al-Kharaj wal imarah walqaik. Bab 1115:fi tassir ahl zimmah iza
ikhtilafu bittijarah, no:2654. Berpandukan hadith ini jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w menegaskan penjagaan kerukunan dan keharmonian hubungan dengan masyarakat bukan Islam bagi mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan hidup. Masyarakat bukan Islam turut diberikan juga hak perlindungan terhadap harta benda (Abd al-Karim Zaidan 1976: 79), hak perlindungan tempat tinggal (al-Qur’an, al-Nur 24: 27-28), jaminan ketika lemah, tua dan ketiadaan harta Qur’an ali ‘Imran 3:134), hak kebebasan beragama (al-Qur’an, al-Baqarah 2:256, Yunus 10:99), hak bekerja dan mencari rezeki, hak menjawat jawatan kerajaan, hak kebebasan berpindah, kebebasan berkumpul dan mengeluarkan pendapat (al-Qur’an, al-Ankabut 29:46), hak dalam pendidikan, hak dalam politik, hak terhadap kemudahan awam dan kehakiman dan hak-hak khusus seperti pembinaan keluarga (al-Qaradawi Yusof 1977:9-30) (Ali Husni al-Kharbutli 1969: 66-67) ( Mat Saad Abdul Rahman 2011: 1-55).
Menurut Isma’il al-Faruqi, Islam mementingkan hubungan kemanusiaan dan mengajar sikap bertoleransi bagi mencapai kehidupan yang aman berlandaskan konsep din al-fitrah. Hal ini dapat dijayakan menerusi dialog antara agama bagi mencari titik temu antara agama. Ia bukan sahaja berkaitan masalah akidah dan ibadah, bahkan melibatkan masalah peradaban. Dialog antara agama yang ditekankan oleh Isma’il al-Faruqi adalah memperjuangkan masyarakat yang lebih adil, lebih merdeka, lebih manusiawi. Ini bererti bentuk dialog yang dimaksudkan ini ialah dialog pengalaman beragama agar peranan agama ditempatkan pada konteks persoalan global seperti persoalan alam sekitar, peperangan, moral, hak asasi manusia dan keadilan yang dihadapi manusia dewasa ini (Mohamad Rasyidi bin Othman, 2009).5
Dalam konteks di Malaysia, Ahmad Sunawari Long (2003: 65) turut menyarankan dialog antara agama dilakukan agar persefahaman yang mantap dan baik dapat dicapai samaada dialog melalui kehidupan, tindakan dan wacana. Dialog kehidupan dan tindakan mewakili dialog berlaku secara tidak terancang. Dialog ini banyak bergantung kepada pihak kerajaan, pembuat dan pelaksana dasar dan badan NGO. Manakala dialog bentuk wacana yang berlaku secara terancang dan tersusun bergantung kepada kesungguhan individu atau persatuan-persatuan agama. Perbincangan ditumpukan kepada perkara-perkara asas yang berkaitan agama atau isu-isu semasa agama yang memerlukan penjelasan.
Pra syarat dalam menjayakan dialog adalah toleransi, faham memahami, kesabaran mendengar tanpa pandangan ‘wrong idea’, dan keikhlsan untuk tujuan faham memahami antara satu sama lain dan menyelesaikan masalah syak wasangka yang berlaku (Ahmad Sunawari Long, 2003: 71-74).
Pendekatan lain turut diketengahkan dalam mewujudkan persefahaman antara agama seperti melalui Pendidikan, Kajian Antara Agama, Seminar dan Persidangan Agama-Agama (Jaffary Awang, 2003).
5Perbincangan lanjut mengenai dialog antara agama boleh dirujuk juga dalam karya Dr Muhammad Sayyid
Tantawi di dalam penulisannya yang bertajuk Adab al-hiwar fi al-Islam (2008) yang menjelaskan manusia seringkali berselisih samada urusan dunia dan agama. Risalah Islam yang syumul dan lengkap dengan nilai-nilai murni dan adab yang tinggi telah menyusun etika perbualan dan perdebatan bagi menangani perbezaan dan perselisihan yang kerap terjadi dalam kehidupan sesama manusia. Etika ini akan menjadikan perselisihan itu berlegar dalam ruang lingkup yang sihat, dan perdebatan yang membawa kepada kebaikan. Ia akan membuatkan semuanya bermatlamatkan kebenaran, kebaikan dan membawa faedah kepada yang lain dalam had-had yang dihalalkan oleh Allah s.w.t.
7. ASPEK-ASPEK PERSEFAHAMAN ANTARA AGAMA DI DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Dapatan analisis aspek-aspek persefahaman antara agama melibatkan hubungan muslim dan non muslim di dalam huraian sukatan pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti jadual analisis dibawah berdasarkan aspek-aspek persefahaman agama yang telah dibincangkan diatas.
Jadual 1 Analisis aspek toleransi beragama: Sedia menerima perbezaan melalui bersikap sabar dan berlapang dada dan bersikap terbuka
Tingkatan Tajuk Perkara
1 1. Kefahaman surah al-Baqarah
ayat 256 1. Islam bukan agama paksaan
2 1. Adab terhadap muslim dan
non muslim 1. Amalan sikap bertoleransi, hormat-menghormati, bersatu padu dan tolong-menolong, memelihara keharmonian, menjaga adab, menjelaskan akibat tidak beradab dan langkah-langkah beradab.
Jadual 1.1 Analisis aspek toleransi beragama: Analisis menghormati doktrin kepercayaan dan amalan agama
Tingkatan Tajuk Perkara
2 1. Adab terhadap muslim dan
non muslim 1. Amalan sikap bertoleransi, hormat-menghormati, bersatu padu dan tolong-menolong, memelihara keharmonian, menjaga adab, menjelaskan akibat tidak beradab dan langkah-langkah beradab.
Jadual 1.3 Analisis aspek toleransi beragama: Memahami etika, falsafah dan pantang larang agama
Jadual 2 Analisis aspek sifat kasih sayang, berperikemanusiaan dan kesederhanaan
Tingkatan Tajuk Perkara
1 1. Kefahaman surah al-Baqarah ayat 83
2. Kefahaman surah ali-‘Imran ayat 110
3. Adab berkawan, 4. Adab dengan ibu bapa
5. Adab bergaul dengan keluarga 6. Adab berguru
1. Perintah berbuat baik dengan ibu bapa, keluarga, jiran tetangga, dan anak yatim.
2. Pelaksanaan berbuat segala yang baik dan melarang segala kejahatan.
3. Cara beradab 4 Cara beradab 5. Cara beradab 6. Cara beradab
2 1. Kefahaman surah ali-‘Imran ayat 159
2. Hadis Riwayat Muslim mengenai tanggungjawab setiap mukmin.
3. Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim mengenai kelebihan bersedekah.
4. Adab berjiran
5. Adab terhadap muslim dan non muslim
1. Sifat terpuji: lemah lembut, tidak keras hati, pemaaf.
2. Mencegah kemungkaran dan keburukan.
3. Erti, ganjaran, adab, kesan dan implikasi amalan sedekah.
4. Kepentingan, hak, hikmah, cara, adab, implikasi, langkah pupuk kasih sayang dan menghormati jiran.
5. Amalan sikap bertoleransi, hormat-menghormati, bersatu padu dan tolong-menolong, memelihara keharmonian, menjaga adab, menjelaskan akibat tidak beradab dan langkah-langkah beradab.
3 1. Adab terhadap ibu bapa
2. Adab kehidupan bersosial
1. Erti, adab, cara berbakti, tanggungjawab, hukum, sebab, ketaatan, kewajiban berbakti kepada ibu bapa walau berlainan agama, kesan berbakti dan akibat anak derhaka.
2.1 Adab menerima tetamu 2.2 Adab bekerja
2.3 Adab bercakap dalam majlis 2.4 Adab berpidato
4 1. Ayat kefahaman surah Lokman ayat 14-15, 18-19 2. Menghina dan menderhaka ibu bapa, menipu dan berbohong 3. Makan harta anak yatim 4. Adab menjaga orang sakit
5. Adab dalam kehidupan
1. Sopan santun kepada ibu bapa. Adab berjalan , bercakap dan adab sesama manusia
2. larangan dan akibat
3. Pengertian, dalil pengharaman dan hukuman
4. Garis panduan, adab, keperluan, sebab-sebab beradab dan akibat tidak beradab.
bersosial 5.2 Adab ziarah jenazah 5 1. Kefahaman surah al-Taubah
ayat 6
2. Kefahaman surah al-Sajadah ayat 15-16
3. Adab dalam kehidupan seharian
1. Maksud musyrikin, konsep perdamaian, memberi maaf, huraian tanggungjawab muslim terhadap perdamaian, kepentingan memberi layanan kepada bukan Islam, kesan peperangan dan perdamaian.
2. Ciri-ciri orang bertakwa antaranya tidak takbur dan menderma.
3.1 Adab musafir 3.2 Adab bernegara
3.3 Adab dengan pemimpin
3.4 Adab memberi dan menerima sedekah dan hadiah
3.5 Adab berjual beli
Jadual 3 Analisis kemuliaan dan kehormatan manusia
Tingkatan Tajuk Perkara
1 1. Kefahaman surah al-Baqarah
ayat 256 1. Islam bukan agama paksaan
3 1. Kepimpinan Rasulullah di Madinah melalui Piagam Madinah
1. Menerangkan maksud, peristiwa, isi kandungan utama antaranya berhubung kebebasan beragama, menjaga hubungan baik sebagai anggota sahifah, menegak keadilan, memberi perlindungan kepada bukan Islam. Menghurai kesan piagam, hikmah, kepentingan peraturan dan implikasi tidak mematuhi.
4 1. Ayat kefahaman surah al-Mukminun ayat 8
2. Pemerintahan Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin
1. Menjaga amanah dan janjinya
2. Ciri-ciri pemerintahan antaranya amanah dan adil.
5 1. Hadis Riwayat al-Bukhari
mengenai menghargai kehidupan 1. Pengurusan masa- menepati masaapabila berjanji dengan rakan, guru dan ibu bapa.
Jadual 4 Analisis amalan bermuafakat
Tingkatan Tajuk Perkara
1 1. Kefahaman surah ali-‘Imran ayat 103
2. Kefahaman surah ali-‘Imran ayat 110
1. Menyatakan pengertian dan konsep perpaduan sesama Islam dan bukan Islam
2. Pelaksanaan berbuat segala yang baik dan melarang segala kejahatan dengan berhikmah, nasihat yang baik dan perdebatan yang berkesan.
2 1. Kefahaman surah ali-‘Imran ayat 159
2. Hadis Riwayat Muslim mengenai tanggungjawab setiap mukmin
Sifat terpuji: berbincang atau bertukar fikiran, melaksanakan keputusan bersama dan menghormati pandangan orang lain.
2. Cara mencegah kemungkaran dan keburukan dengan kebijaksanaan, nasihat dan perdebatan harmoni.
3 Perjanjian Hudaibiyah 1. Maksud, isi perjanjian, mengambil iktibar kesediaan berunding untuk mengatasi masalah dan bersabar. Hikmah perjanjian, sebab termeterai dan perlunya bersifat rasional dalam membuat keputusan.
8. CADANGAN
Penerapan aspek persefahaman antara agama di dalam aspek toleransi beragama melalui memahami etika, falsafah dan pantang larang agama lain sebaiknya didedahkan kepada para pelajar diperingkat menengah bagi mengelakkan isu-isu-isu sensitif mengenai agama terjadi. Malah amat penting dalam mengelakkan syak wasangka yang timbul6. Pada pandangan
penulis aspek tersebut sebaiknya didedahkan dan diperkemaskan melalui mata pelajaran yang sesuai samaada mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan ataupun diwujudkan sub tajuk di dalam pendidikan Islam mengenai Kajian Agama-agama.
6Antaranya seperti pandangan Bishop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berhubung masyarakat Islam kelihatan
tidak bersedia untuk berinteraksi dengan bukan Islam. Masyarakat Islam menurutnya tidak bersedia menghadiri majlis perkahwinan bukan Islam . Sebaliknya masyarakat bukan Islam yang beragama Buddha, Hindhu lebih mudah mengadakan hubungan dengan masyarakat Kristian. Jaffary Awang (2003:84), fenomena tersebut berlaku akibat kegagalan bukan Islam memahami masyarakat Islam yang melibatkan persoalan halal haram dalam kehidupan umat Islam
Penulis turut berpandangan aktiviti pembelajaran di dalam huraian sukatan pelajaran perlu menerapkan aktiviti berdialog antara penganut agama yang lain dengan bimbingan guru bagi meningkatkan lagi persefahaman antara penganut agama.
RUMUSAN
Berdasarkan maklumat di atas jelas aspek persefahaman antara agama melibatkan hubungan muslim dan non muslim di dalam pendidikan Islam mengandungi nilai-nilai universal melalui nilai-nilai sama yang dapat diterima oleh semua penganut agama. Sikap toleransi, kesederhanaan, sifat kasih sayang dan berperikemanusiaan, kemuliaan dan kehormatan manusia, dan amalan bermuafakat adalah antara norma-norma positif yang tersemat dalam fikiran dan kepercayaan penganut agama. Nilai-nilai universal ini merupakan asas kekuatan bagi mencapai perpaduan dan keharmonian negara.
RUJUKAN
Al-Qur’an al-Karim
Abd Karim Zaidan. 1976.Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah. Beirut: mu’assasah al-risalah. Abdul Razak Ahmad dan Badariah Saibeh. 2011. Integrasi Kaum di Sekolah: Antara
Kenyataan dan Harapan. Dlm. Abdul Razak Ahmad dan Anuar Ahmad (pnyt). Pendidikan dan Hubungan Etnik. Bangi: Fakulti Pendidikan,UKM.
Ahmad Sunawari Long. 2003. Dialog Antara Agama-agama: Pra Syarat Persefahaman Antara Agama-agama. Dlm. Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar & Muda@Ismail Ab. Rahman (pnyt). Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,UKM.
Ainon Hj Kuntom. 2003. Agama Asas Perpaduan. Dlm. Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar & Muda@Ismail Ab. Rahman (pnyt). Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,UKM.
Al-Faruqi Ismail. 2008. Islam and Other Faiths. Terj. Zulkiple Abd Ghani. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Ali Husni al-Kharbutli. 1969.al-Islam wa Ahl al-Dhimmah. Kaherah: Majlis ‘Ala li al-Shu’un al-Islamiyyah.
Al-Qaradawi Yusof. 1977. Ghair al-Muslim fi al-Mujtama’ al-Islami. Kaherah: Maktabah Wahbah.
EPRD. 1993. Education in Malaysia. Kuala Lumpur: Ministry of Education http://www.moe.gov.my/my/pelajaran-menengah
Idris Zakaria. 2003. Nilai-nilai Universal dan Perpaduan Rakyat Malaysia: Tunpuan Kaum Cina dan Kaum Melayu. Dlm. Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar & Muda@Ismail Ab. Rahman (pnyt). Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,UKM.
Jaffary Awang, Muda@Ismail Ab Rahman dan Ahmad Munawar Ismail. 2008. Mengurus Isu-isu Agama di Malaysia Melalui Sikap Toleransi. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Jaffary Awang. 2003. Tolerasi Agama dan Perpaduan Kaum: Response Intelek Malaysia-Satu Observasi Ringkas. Dlm. Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar & Muda@Ismail Ab. Rahman (pnyt). Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,UKM.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
M.Yunan Nasution. 1971.Toleransi Islam. Djakarta: Publicita.
Maruwiah Ahmat. 2013. Pemikiran dan Tamadun Islam. UiTM.
http://maruwiahacis.files.wordpress.com/2013/06/bab-2-ctu-151-nilai-nilai-universal-2-pgs.pdf
Mat Saad Abd Rahman. 2011.Kedudukan Orang bukan Islam dalam Sejarah Pemerintahan Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Mohamad Rasyidi bin Othman. 2009. Sumbangan Ismail al-Faruqi dalam Dialog Antara Agama. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2000. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sulaiman Ibrahim. 2003. Agama Asas Perpaduan Dlm. Agama dan Perpaduan Kaum di Malaysia, pnyt. Jaffary Awang, Mohd Nasir Omar, Muda@Ismail Ab. Rahman. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,UKM.
Tantawi, Muhammad Sayyid. 2008. Adab al-Hiwar fi al-Islam. Terj.Mohd Noor Mamat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.