• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALAYSIA:

RELEVAN ATAU TIDAK?

Laporan ini disediakan bagi memenuhi kursus

STPD3013 Komunikasi Saintifik

Disediakan oleh:

Muhammad Hafizuddin Roslan (A164251)

Murthadza Aznam (A162647)

Barisan pensyarah:

Prof. Madya. Dr. Liong Choong Yeun

Prof. Dato

Dr. Roslan Abd Shukor

Prof. Dr. Wan Aida Wan Mustapha

Prof. Dr. Roslinda Mohd. Nazar

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

(2)

1

ABSTRAK

Karya ilmiah ialah sebuah penulisan yang mempunyai tujuan, kaedah dan gaya penulisa n

yang tertentu demi memelihara dan mengembangkan ilmu. Bentuk karya ilmiah yang awal ialah

seperti batu bersurat, penulisan atas kertas papyrus dan penerbitan buku dalam bahasa masing-masing seperti yang dijumpai di tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Yunani dan Islam. Bahasa

Malaysia juga mampu mencapai taraf bahasa ilmu tinggi dalam komuniti akademia. Menulis karya

ilmiah dalam Bahasa Malaysia sangat relevan dan sedang digiatkan sejak zaman kemerdekaan

(3)

2

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ... 3

1.1 TAK RIF KARYA ILMIAH... 3

1.2 TAK RIF BAHASA MALAYSIA ... 4

2.0 SEJARAH PENERBITAN KARYA ILMIAH ... 4

2.1 SEBELUM WUJUDNYA JURNAL ... 5

2.2 PENERBITAN JURNAL... 5

3.0 BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA ILMU TINGGI ... 6

3.1 KELEMAHAN PROGRAM PPSMI ... 6

3.2 KEPENTINGAN BAHASA MALAYSIA ... 7

4.0 PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALAYSIA ... 8

4.1 USAHA DAN CABARAN KARYA ILMIAH BAHASA MALAYSIA... 8

5.0 KESIMPULAN ... 9

(4)

3

1.0

PENGENALAN

Antara dilema yang melanda rakyat Malaysia ialah dilema yang melibatkan penggunaa n

bahasa dalam komunikasi keilmuan tinggi terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Dilema

ini boleh dilihat dalam dasar pendidikan negara yang mengatakan sains dan matematik harus

diajarkan dalam Bahasa Inggeris sedangkan subjek-subjek lain seperti sejarah, pendidikan agama

Islam, pendidikan moral, kemahiran hidup dan lain-lain. Ia tidak berakhir di situ, institusi- instit us i akademik pula berlainan pendapat tentang bahasa yang patut digunakan dalam pengkaryaan ilmia h

mereka. Karangan ini ingin membahaskan mengenai kesesuaian Bahasa Malaysia dalam menulis karya ilmiah dan bagaimana ia mencorak masa depan komuniti akademia di Malaysia.

1.1 TAKRIF KARYA ILMIAH

Dalam bukunya, Ana Rosmiati (2017) menyenaraikan takrif-takrif karya ilmiah menurut

pelbagai ilmuwan. Karya ilmiah, menurut Munawar Syamsudin ialah naskah yang

mengetengahkan masalah tertentu atas disiplin ilmu tertentu dengan memilih tatakaedah tertentu dalam pembentangan secara menyeluruh, teratur dan konsisten. Takrif ini selari dengan takrif

Awidyamartaya dan Brotowidjoyo. Eko Susilo M pula menjelaskan karya ilmiah sebagai hasil tulisan yang bersandarkan pengamatan, penelitian dan peninjauan terhadap bidang ilmu tertentu

yang disusun dengan cara tertentu dengan gaya tulisan yang baik dan santun, serta dapat

dipertanggungjawabkan keilmiahannya. Dwiloka (2005) membahaskan bahawa karya ilmiah ialah

“karya seorang ilmuwan (yang berupa hasil pengembangan) yang ingin mengembangkan ilmu pengetahuan, teknologi dan seni yang diperoleh melalui kepustakaan, kumpulan pengalaman, dan

pengetahuan orang lain sebelumnya”.

Jelas di sini bahawa ilmuwan mempunyai pandangan yang berbeza sedikit tentang takrif karya ilmiah. Namun, ada beberapa ciri yang dipersetujui oleh kesemua sarjana di atas. Maka,

takrif karya ilmiah dalam rencana ini ialah “sesuatu karya yang mempunyai tujuan (seperti menyelesaikan masalah) menggunakan tatakaedah tertentu atas dasar pengembangan ilmu

pengetahuan dengan gaya penulisan yang tertentu, sistematik dan mengikut disiplin keilmua n

tertentu.” Dengan takrif tersebut, sebuah karya ilmiah boleh termasuk dalam salah satu daripada

(5)

4

1.2 TAKRIF BAHASA MALAYSIA

Bahasa Malaysia, seperti yang diterangkan oleh Heah, Lee Hsia C. (1981), ialah bentuk piawai Bahasa Melayu yang digunakan secara bertulis dalam buku kontemporari, akhbar, jurnal,

dan majalah, serta penggunaan lisan dalam TV, radio Malaysia dan rakyat terpelajar. Kata-kata

seperti “Melayu Piawai” dan “Melayu Moden” juga merujuk kepada Bahasa Malaysia. Bahasa ini dikawal selia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Agak kurang jelas bila munculnya terma “Bahasa Malaysia” bagi membawa maksud

“Bahasa rasmi negara Malaysia”. Namun, pada tahun 2007, kerajaan mendesak bahawa perkataan Bahasa Malaysia menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan yang tidak lagi merujuk kepada bangsa Melayu semata-mata (Hassan Ahmad 2007). Tindakan tersebut mendapat kritikan

kerana bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyebut

“Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.”

Walaupun dengan kritikan tersebut, demi menjawab perbahasan “Penulisan Karya Ilmiah

dalam Bahasa Malaysia: Relevan atau Tidak?” yang ditugaskan kepada kami, segala perihal mengenai bahasa kebangsaan negara Malaysia akan dirujuk sebagai Bahasa Malaysia. Hal ini

termasuklah variasi “Bahasa Melayu” seperti Melayu Piawai, dan Melayu Moden, melainkan ia

merujuk kepada rumpun Bahasa Melayu secara khusus.

2.0

SEJARAH PENERBITAN KARYA ILMIAH

Falsafah Alamiah, iaitu disiplin ilmu yang mengkaji kejadian alam, sudah pun mengala m i

pengkhususan kepada cabang-cabang seperti astronomi, fizik, perubatan, biologi dan kimia sejak adanya kemajuan ketamadunan manusia. Malah, sebelum munculnya tamadun-tamadun seperti

Yunani dan Islam, bukti-bukti arkeologi menunjukkan wujudnya ilmu astronomi, perubatan dan matematik dalam tamaduntamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir Purba dan China. Artifak

-artifak yang berbentuk batu bersurat dan tulisan kertas papyrus yang menerangkan

(6)

5

2.1 SEBELUM WUJUDNYA JURNAL

Perkembangan ilmu astronomi, astrologi dan perubatan astral pada zaman Mesopotama sudah lama dapat dijejak berdasarkan penemuan bukti artifak batu bersurat yang diperbuat

daripada tanah liat (Francesca Rochberg 2014). Catatan yang berbentuk tulisan pepaku itu

dikatakan ditulis sekitar tahun 3500 S.M. mengandungi pelbagai catatan antaranya bidang-bidang

ilmu tersebut. Hal ini dapat dirumuskan bahawa semenjak zaman Mesopotamia lagi pemeliharaa n

ilmu itu telah pun dijalankan. Selain Mesopotamia, Yunani juga menjalankan pemeliharaan ilmu

dengan pelbagai hasil penulisan Latin yang diterjemahkan hasilnya ialah pelbagai penemuan dalam bidang sains dari ahli akademik masa itu seperti Plato, Aristotle dan Pythagoras.

Pada zaman kegemilangan Islam sekitar tahun 762 Masihi, hasil kecintaan ahli akademik

terhadap ilmu menyebabkan banyak aktiviti penterjemahan hasil penulisan Yunani kepada Bahasa

Arab giat dijalankan. Kemunculan tokoh-tokoh Islam menguatkan lagi proses pemeliharaan ilmu pada waktu itu. Contohnya seperti Ibn Sina dengan karyanya Al-Qanum fit Tib (Kanun Perubatan)

dalam ilmu perubatan dan Al-Khawarizmi dengan karyanya Al-Mukhtasar fi Hisab Aljbr wal Muqabal (Buku Ikhtisar Berhitung Algebra Dan Bilangan) dalam ilmu matematik.

2.2 PENERBITAN JURNAL

Pada kemuncak zaman Renaissance sekitar tahun 1665, karya-karya ilmiah daripada para

pengkaji dikumpulkan dalam satu buku Philosophical Transactions of the Royal Society untuk kegunaan ahli akademik. Chris A. Mack (2015) membahaskan bahawa kumpulan karya-karya ini

adalah rekod pertama karya ilmiah berbentuk jurnal yang diterbitkan dengan gaya penulisan yang

sistematik. Penerbitan Philosophical Transactions of the Royal Society ini merupakan asas pembentukan jurnal-jurnal moden yang dilihat pada hari ini. Jurnal tersebut mengandungi pelbagai

hasil kajian dari ahli sains seperti karya pertama Isaac Newton mengenai kajian prisma. Jurnal ini

mempunyai penulisan yang sistematik kerana gaya penulisan yang berbentuk sains disertakan dengan persamaan jika berkaitan dengan sains dan matematik, gambar rajah mengenai sesuatu

(7)

6 Setelah itu, muncul jurnal-jurnal dari bidang lain dan hasil jurnal diterbitkan dan

diperluaskan sehingga kini. Secara kesimpulan, penulisan jurnal adalah bertujuan untuk

merekodkan hasil kajian yang telah dijalankan berserta metodologi dan hasil dapatan kajian

tersebut. Penghasilannya amat penting untuk kegunaan para ilmuwan generasi baru dalam kemajuan dan inovasi sesuatu teknologi.

3.0

BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA ILMU TINGGI

Sejarah sudah menunjukkan karya ilmiah wujud dalam bentuk dan bahasa yang pelbagai.

Jika pencambahan ilmu mampu dilakukan dalam bahasa-bahasa yang warna-warni, bolehkah ia dicapai dalam Bahasa Malaysia? Mampukah Bahasa Malaysia diangkat sebagai bahasa ilmu

tinggi?

Teo Kok Seong merumuskan, seperti yang dipetik oleh Noraien Mansor & Noor Rohana

Mansor (2015), bahawa Bahasa Malaysia telah mencapai taraf bahasa moden seperti bahasa Inggeris berasaskan dua ukuran dari aspek korpus dan ragam bahasa yang telah mantap dan stabil.

Maknanya, Bahasa Malaysia mampu mencapai status ilmu tinggi dan hanya perlu digunakan

dalam komunikasi ilmu tinggi seperti dalam karya ilmiah jurnal dan tesis. Namun, dapat dilihat ada pihak yang bukan sahaja menjauhkan Bahasa Malaysia daripada komunikasi ilmu tinggi

seperti sains dan matematik, tapi menaikkan martabat Bahasa Inggeris dan akhirnya membawa kesan yang tidak menyenangkan.

3.1 KELEMAHAN PROGRAM PPSMI

Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 20 Julai 2002 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad atas alasan i)

memberi peluang kepada para pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris, ii) bahan bacaan mengenai Sains dan Matematik kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris, iii) Sains dan

Matematik adalah penyumbang kepada pembangunan negara, serta beberapa alasan lain yang tidak relevan dibincangkan di sini.

Dasar ini dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan pada awal tahun 2003 untuk pelajar darjah 1, tingkatan 1, tingkatan 6 rendah dan matrikulasi semester

(8)

7

2008). Sehingga tahun 2004, sebanyak 83,925 buah komputer Notebook, 68,011 projektor LCD, 66,515 skrin, 62,283 troli, 2,286 televisyen dan 9,533 buah pencetak telah diedarkan kepada semua

sekolah untuk membantu para guru melaksanakan PPSMI. Tidak kurang juga dengan peruntukan

RM101,724,009 untuk menyediakan "teaching courseware" bagi kegunaan guru-guru yang berkenaan. (Chew Fong Peng 2008)

Isahak Haron et al (2008) mengkaji kesan dasar ini setelah lima tahun pelaksanaannya. Mereka mendapati para pelajar, tidak kira bangsa apa pun, mempunyai masalah dalam memaha mi

pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Malah, pelajar-pelajar Melayu mengaku mereka merujuk buku-buku dalam Bahasa Malaysia secara berkala. Kenyataan ini

dikuatkan lagi dengan keputusan yang teruk untuk Programme for International Students Assessments (PISA) bagi tahun 2009 dan 2012 yang teruk untuk sains dan matematik (Abdulla h & Francis Peters 2015). Chew Fong Peng (2008) pula menunjukkan dasar ini mewujudkan jurang

pemahaman di antara pelajar bandar dan luar bandar dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

3.2 KEPENTING AN BAHASA MALAYSIA

Masalah tidak selesai di peringkat sekolah, ia berterusan ke peringkat pengajian tinggi.

Kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sarjana muda adalah terhad, terutamanya

kemahiran penulisan dan kemahiran lisan. Hal ini dikuatkan lagi dengan maklum balas dari pihak

staf akademik. Salah seorang staf memaklumkan, “Kadang-kadang laporan mereka tidak dapat difahami kerana ideanya bercelaru (akibat menyalin bulat-bulat tanpa pemahaman).” Ada juga

maklum balas daripada pensyarah yang mengatakan beliau terpaksa menjalankan kuliah dalam

Bahasa Malaysia kerana pelajarnya tidak faham Bahasa Inggeris. Malah, kelemahan berbahasa Inggeris ini dibawa ke alam pekerjaan dan majikan-majikan memberikan maklum balas yang

serupa (Isarji Hj Sarudin, Ainol Madziah Zubairi, Mohamed Sahari Nordin, & Mohd Azmi Omar 2008).

Maka jelaslah di sini bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah lemah. Golongan merekalah yang akan menulis karya ilmiah demi mengembangkan ilmu. Adakah

(9)

8 Berbalik kepada sejarah, Ibn Sina dan Al-Khawarizmi menulis karyanya dalam Bahasa

Arab kerana itulah bahasa yang mereka paling fasih! Albert Einstein juga menulis empat karya

agungnya dalam Bahasa Jerman, iaitu bahasa ibundanya! Malah, karya-karya yang Einstein rujuk

untuk menghasilkan karya-karya agungnya juga ditulis dalam Bahasa Jerman. Menulis dalam

bahasa ibunda tidak menghalang karya-karya mereka memberi impak tinggi dalam bidang

keilmuan masing- masing. Maka, adalah lebih baik sebuah karya ilmiah yang diterbitkan oleh

rakyat Malaysia ditulis dalam Bahasa Malaysia.

4.0

PENULISAN KARYA ILMIAH DALAM BAHASA MALAYSIA

Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor (2013) menyatakan penggunaan bahasa Malaysia

mendominasi dasar penerbitan karya ilmiah sebanyak 83.3% berbanding bahasa Inggeris yang

hanya 16.7% sepanjang tempoh tiga tahun penelitian dari 2010 hingga 2012. Kepentingan

penghasilan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia adalah untuk menyampaikan maklumat kepada

pembaca dengan mudah kerana penggunaan bahasa kebangsaan. Selain itu, penerbitan karya

ilmiah ini tertumpu kepada institusi pengajian tinggi kerana kepentingannya adalah untuk ahli akademik melakukan kajian masing- masing.

4.1 USAHA DAN CABARAN KARYA ILMIAH BAHASA MALAYSIA

Penerbitan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia tidak lekang dengan kekangan dan

cabaran. Maizatul Azura Yahya & Mohd Baharudin Othman (2004) melalui pertemuan mereka dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 Mei 2003, antara isu cabaran yang dikenal pasti

ialah terdapat prasarana penerbitan di IPTA yang belum sempurna dalam aspek tenaga

penyuntingan, reka bentuk dan peruntukan kewangan. Selain itu, kurangnya ahli akademik yang

ingin berkecimpung dalam bidang penerbitan karya ilmiah mengakibatkan peratus penerbitan

karya tersebut di Malaysia mempunyai peningkatan yang sangat sedikit. Seterusnya, penerbitan melalui pemasaran buku mengakibatkan daya beli dalam kalangan rakyat Malaysia sangat rendah

berserta edaran terbitan yang terhad menyulitkan perkembangan karya tersebut di Malaysia. Akhir sekali, penggunaan bahasa Inggeris dalam karya ilmiah sedikit sebanyak menjejaskan status

pengkaryaan ilmiah dalam bahasa Malaysia.

Namun begitu, pelbagai usaha giat dijalankan di Malaysia demi memartabatkan Bahasa

(10)

9 sedar akan kepentingan penggunaannya dalam Bahasa Malaysia. Sejak zaman kemerdekaan lagi,

ahli-ahli kesarjanaan akademia melayu sudah mula bergiat dalam usaha-usaha memartabatkan

Bahasa Melayu dalam pengkaryaan ilmiah (Noor Rohana Mansor 2014). Menurut Roosfa Hashim

yang dipetik oleh Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor (2015), perkembangan kesarjanaan

akademia melayu ini dapat dikesan melalui empat aspek iaitu i) pertumbuhan institusi yang

berkaitan dengan pengajian Melayu, ii) wacana dalam persidangan di peringkat kebangsaan, iii)

penyelidikan dan iv) penerbitan. Usaha kesarjanaan akademia Melayu ini dapat dilihat dengan perluasan penerbitan jurnal ilmiah dalam Bahasa Malaysia dalam kalangan institusi pengajian

tinggi dan secara umum.

Selain itu juga, terdapat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang giat menjenamaka n

hasil terbitan di peringkat global. Penerbitan karya ilmiah ini dibahagikan kepada pelbagai bidang dan subbidang tujahan pengajian Melayu (Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor 2015). Antara

hasil karya global yang lahir ialah Jurnal Dewan Bahasa Jurnal Jendela Alam; Jurnal Sari. Hal ini bertujuan menyebarkan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi

Akhir sekali, usaha pengembangan karya ilmiah dalam Bahasa Malaysia juga giat

dijalankan oleh ahli akademik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti

Universiti Kebangsaan Malaysia. Tindakan ini merupakan usaha-usaha memartabatkan bahasa

kebangsaan dalam pengkaryaan ilmiah kerana kesedaran akan kepentingannya seperti yang telah dibahaskan sebelum ini.

5.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, adalah relevan Bahasa Malaysia digunakan dalam pengkaryaan Ilmiah. Hal ini kerana ia mencapai tujuan sebuah karya ilmiah diterbitkan iaitu supaya

berkembangnya ilmu itu. Menulis dalam Bahasa Malaysia tidak akan menghalang tujuan itu

dicapai lebih-lebih lagi dalam komuniti rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggunakan Bahasa

Malaysia sebagai bahasa ibunda. Di samping itu, penggunaan Bahasa Malaysia dalam penghasila n

karya ilmiah menaikkan taraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tinggi. Oleh itu, semua pihak

harus bekerjasama membantu meneruskan usaha perkembangan penghasilan karya ilmiah dalam

Bahasa Malaysia selari dengan slogan “Memartabatkan Bahasa Melayu” yang dilaungkan dewasa

(11)

10 ilmiah ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai keilmuan yang tinggi di samping memartabatkan Bahasa Malaysia dalam jiwa generasi kini dan akan datang.

6.0

RUJUKAN

Abdullah, A., & Francis Peters, R. 2015. Malaysia’s Post-PISA2012 Direction. Interna tional Journal of

Culture a nd History (EJournal), 1(1), 15–20. https://doi.org/10.18178/ijch.2015.1.1.003

Ana Rosmiati. 2017. Dasar-dasar Penulisan Karya Ilmiah. Surakarta: ISI Press.

Chew Fong Peng. 2008. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI):

Penerimaan dan Kesannya Terhadap Status Bahasa Melayu. Jurnal Sarjana 23: 52 – 71

Chris A. Mack. 2015. 350 Years of Scientific Journal. Journal of Micro/Nanolithography MEMS &MOEMS 14(1) http://dx.doi.org/10.1117/1.JMM.14.1.010101 [5 Disember 2017]

Cristian Violatti. 2013. Ancient Greek Science. Ancient History Enyclopedia. www.ancient.eu/Greek_Science/ [8 Disember 2017]

Dwiloka, B. 2005. Teknik Menulis Karya Ilmiah. Jakarta: PT Rineka Cipta.

Hassan Ahmad. 2007. Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Berita Harian, 16 Mei: 3

Heah, Lee Hsia C. 1981. The Influence of English on the Lexical Expansion of Bahasa Malaysia. PhD. Thesis, University of Edinburgh.

Francesca Rochberg. 2014. The History of Science & Ancient Mesapotamia. Journal of Near Eastern History 1(1): 37-60

Isahak Haron, Abd. Latif Hj. Gapor, Mohd Nasir Masran, Abd. Halim Ibrahim, & Mariam Mohd. Nor.

2008. Kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Fa kulti Sa ins Kognitif Da n Pemba ngunan Ma nusia, 3–12. Dipetik dari

http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/495/ [5 Disember 2017]

(12)

11 Joshua J. Mark. 2016. Egyptian Papyrus. Ancient History Encyclopedia.

www.ancient.eu/Egyptian_Papyrus/ [8 Disember 2017]

Maizatul Azura Yahya & Mohd Baharudin Othman. 2004. Persepsi Amalan Pemasaran Online

Oleh Penerbit IPTA. Seminar Kebangsaan Komunikasi Ke-2 Fakulti Komunikasi dan Bahan Moden

Noraien Mansor, & Noor Rohana Mansor. 2013. Bahasa Melayu : Realiti dan Harapan. Kuala Terengganu: Penerbit UMT

Noraien Mansor, & Noor Rohana Mansor. 2015. Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu Dalam

Referensi

Dokumen terkait

Perbedaan pendapat tentang istihsan pada penggunaanya sebagai dalil sebenarnya prbedaan dalam memberi arti kepada istihsan itu dari banyak istilah yang

konsumen terhadap keputusan pembelian laptop merek acer pada mahasiswa di.

Akustik dibagi menjadi dua macam, yang pertama yaitu akustik pasif merupakan suatu aksi mendengarkan gelombang suara yang datang dari berbagai objek pada kolom perairan,

yang berasal dari komponen akrual sebagai aktiitas earnings management memiliki persistensi yang lebih rendah dibanding aliran kas. Laba yang dilaporkan lebih besar dari

- Ras/etnik atau bangsa: Anak yang dilahirkan dari bangsa Amerika, maka ia tidak memiliki faktor herediter ras/bangsa Indonesia atau sebaliknya. - Keluarga:

Hasil kuesioner gambaran tingkat kepuasan pasien terhadap pelayanan informasi obat di apotek rawat jalan RSUD Labuang Baji Makassar. No

: Relaunchnya sendri itu kita di Desember 2016 yang dari Torabika Susu menjadi Tora Susu karena relaunch nya nasional kita menggunakan tvc tapi tvc nya focus untuk transformasi

For the realization of the vision and mission of Healthy Indonesia 2015, we need a health service with a broad and comprehensive scope.To provide health