• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUDAYA HEDONISME: DEFINISI, PUNCA-PUNCA, KESAN DAN PENYELESAIANNYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUDAYA HEDONISME: DEFINISI, PUNCA-PUNCA, KESAN DAN PENYELESAIANNYA"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

CTU 151

CTU 151

BUDAYA HEDONISME: DEFINISI, PUNCA-PUNCA,

BUDAYA HEDONISME: DEFINISI, PUNCA-PUNCA,

KESAN DAN

KESAN DAN PENYELESAIAN

PENYELESAIANNYA

NYA

A4AS1202_F:

A4AS1202_F:

1.

1. ISHAQ BIN

ISHAQ BIN NASHARUDDIN

NASHARUDDIN

(2016924769)

(2016924769)

2.

2. IMAN NUR ASHRAF BIN

IMAN NUR ASHRAF BIN NORHASIM

NORHASIM

(2016351127)

(2016351127)

3.

3. MUHAMMAD FARIS BIN HAMDAN

MUHAMMAD FARIS BIN HAMDAN

(2016144763)

(2)

BUDAYA HEDONISME: DEFINISI, PUNCA-PUNCA, KESAN DAN PENYELESAIANNYA

PENDAHULUAN

Masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara  berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala kelengkapan seperti perabot dan alatan eletriknya

mestilah yang serba moden dan canggih. Perkara ini bersinambungan juga kepada kenderaan,  pakaian dan lain-lain. Pengaruh budaya seperti inilah yang menyebabkan masyarakat terus

dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Tidak menghairankan bila mana berita rompakan bank dan kedai emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras ugut, pengedaran dadah dan lain-lain lagi hamper setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang ada lah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia sepeti hata, hiburan dan sebagainya. Pendek kata, demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah diriserta mengorbankan nyawa orang lain. Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonism. Budaya ini mengutamakan aspek keseronokan diri seperti memiliki barangan yang  berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan

sebagainya. Ini sememangnya mempersonakan dan menggiurkan golongan remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh beberapa faktor.

(3)

1.0 DEFINISI HEDONISME

Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan dimana ia merupakan suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosophy,2006;254-258).Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup1. Perkataan hedonisme juga berasal dari dua perkataan iaitu hedone dan isme. Istilah perkataan hedone berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud kesenangan dan kenikmatan.2 Manakalaisme pula ialah akhiran pada kata nama yang merujuk kepada kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan dan juga sikap serta perlakuan. Istilah hedone ini telah lama diperkenalkan oleh tokoh pemikiran Yunani seperti Aristippus, salah seorang pengikut Socrates dan Epicurus seorang tokoh falsafah Yunani zaman  perkembangan pemikiran Hellenism.3

Di dalam Ensiklopedia Dunia pula menjelaskan bahawa maksud hedonisme dibahagikan kepada dua iaitu mengikut falsafah klasik (Yunani) dan falsafah moden. Menurut falsafah klasik, hedonisme ialah satu kepercayaan bahawa nikmat ialah kebaikan yang tertinggi dalam kehidupan. Kaum Yunani memikirkan bahawa orang yang bijaksana akan mengel akkan nikmat  jasad dan seterusnya mendatangkan kesengsaraan.4 Falsafah moden pula merupakan golongan utilitarian hedonistik yang dipelopori oleh Jeremy Bentham dan J.S. Mill yang mempercayai  bahawa manusia tidak seharunya mencari nikmat individu sahaja tetapi mencari kebaikan

teragung untuk sebilangan manusia.

1Dr.Teuku Iskandar (1994), op.cit. h. 448.

2 Lorens Bagus (2000), Kamus Filsafat, Jakarta:PT Gramedia Pustaka Utama 3 Keimpe Algra (1999), The Cambridge History of Hellenisitc Philosophy, h. 700 4 Ensiklopedia Dunia. (2005), j.8. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 215.

(4)

2.0 BEBERAPA CONTOH BUDAYA HEDONISME

2.1 HIBURAN MELAMPAU

Hiburan dan remaja adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan. Majoriti mereka suka kepada hiburan sama ada ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Masalah yang biasa berlaku dari golongan remaja te rutama di kalangan  pelajar sekolah, mereka hanyut dalam perkembangan hiburan semasa hingga melalaikan mereka untuk cemerlang dalam pendidikan. Antara perkara yang  berlaku kepada remaja sekolah adalah mereka suka mengikuti cara pemakaian artisyang tidak mengikut syariat. Konsert antarabangsa juga kebiasaannya melibatkan budaya asing yang akan dibawa masuk ke negara kita. Gaya hidup halatuju seperti imej bertatu dan bersumbang, muzik berat yang bingit, lirik-lirik lagu yang bercelaru identiti dan sebagainya dibimbangi menjadi trend generasi muda yang sedang mencari identiti. Hal ini membimbangkan kerana majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam, tetapi dalam masa yang sama menerima gaya hidup atau mesej-mesej artis luar yang negatif seperti Linkin Park dan Metallica. Apabila berlangsungnya konsert antarabangsa ini maka menyelubungilah suasana gaya hidup yang bebas, sama ada dari aspek pakaian dan  pergaulan bebas, bahkan lebih dasyat lagi adalah kewujudan minuman keras dan najis dadah.Oleh itu, konsert yang negatif seperti ini dapat memesongkan sahsiah golongan remaja.5

5 Hamzah,Halipah (2010) Budaya hedonisme dan cabarannya terhadap pembangunan tamadun ummah, h.

(5)

2.2 GANGSTERISME

Gangsterisme merupakan budaya yang tidak asing lagi dalam negara kita. Budaya seperti ini telah berjaya memesongkan sahsiah dalam kalangan masyarakat kita terutama dalam golongan remaja. Apabila kurangnya pendedahan terhadap didikan agama maka masalah ini tidak dapat dibendung. Media massa juga mempengaruhi aktiviti gangsterisme dengan memaparkan sudut-sudut negatif yang menggalakkan  berlakunya budaya ini. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai filem dari barat termasuklah di negara kita sendiri yang menunjukkan elemen keganasan justeru dapat merosakkan sahsiah remaja kita. Oleh yang demikian, amalan gangsterisme amat berbahaya kerana dapat meruntuhkan akidah dan sahsiah masyarakat Islam. 6

2.3 SALAH LAKU SEKSUAL

Jenayah seksual di kalangan remaja bukan lagi isu baru di Malaysia malah semakin meningkat sejak kebelakngan ini. Seolah-olah ia menjadi trend masyarakat remaja sekarang yang terpaksa kita hadapi. Dari sudut biologi dan organismik remaja yang mula mencapai aqil baligh, perubahan hormon amat ketara. Ia bermula s ekitar umur 12 hingga 20 tahun semua organ akan membesar dengan pesat di mana bentuk  badan seseorang remaja mulai berubah dengan jelas terutama perempuan. Ini

menyebabkan naluri seks timbul sebagai tututan biologi. Apabila perkembangan ini tidak dipengaruhi oleh emosi yang stabil, intelektual, moral dan budaya yang baik maka ianya akan terpesong dan mudah terpedaya.7

6 H Hassan (Jun. 2000) Dewan Masyarakat

7 Mustaffa Kamil Ayub. (1994) Menangani cabaran membina kecemerlangan ummah .Selangor : Budaya Ilmu

(6)

3.0 PUNCA-PUNCA HEDONISME

Bagaimana budaya hedonisme semakin menjadi pengamalan generasi muda sekarang? Ramai  pihak menyalahkan pihak media sebagai medium utama yangmenyebarkan budaya barat ini.Sebenarnya terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang budaya hedonism ini dalam kalangan muda mudi Negara kita. Antaranya ialah:

3.1 Pengaruh media massa

Stesen televisyen tempatan tidak putus-putus menyuguhkan rancangan bercorak hiburan hingga semacam tiada rancangan lain yang boleh disajikan kepada  penonton remaja. Menurut Mcluhan, media massa merupakan pesan dan setiap media berkomunikasi menghasilkan pengaruh sosial kepada pembaca dan  pendengar yang sangat bebas untuk diterima. 8 Stesen televisyen swasta terutamanya berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti  berkonsepkan hiburan bagi menaikkan rating penonton. Media cetak juga dicemari dengan lambakan bahan bacaan picisan yang kadar kandungan ilmiahnya cukup kurang. Yang disajikan hanyalah gosip-gosip yang kebenarannya hanyalah secebis, kisah cerai-berai rumah tangga artis terkenal dan ceritera cinta hangat penyanyi  popular. Media seharusnya memainkan peranan sebaik-baiknya.

8 Patricia Marks Greenfield (1989) , Pengaruh Televisi Video Game Komputer TerhadapPendidikan Anak, Sugeng P, (terj).PT Kesaint Blanc Indah Corp :Jakarta , h. 5.

(7)

3.2 Pusat hiburan yang melampau

Kewujudan pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor kepada kewujudan budaya hedonisme dalam masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar meriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapa yang mendengarnya. Pusat-pusat hiburan di negara ini semakin hari semakin menggamit remaja agar mengisi kekosongan di lantai tari. Saban minggu, DJ-DJ dari luar dijemput bagi memeriahkan acara tertentu. Ke tidak kawalan kewujudan pusat-pusathiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasipewaris. Rave Party atau parti liar semakin menjadi acara wajib bagi sesebuah kelab malam. Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar budaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa dan minda remaja.

3.3 Jahil tentang agama

Kurang pendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa merupakan hujah yang agak klise yang acap kali dilontarkan oleh sesetengah pihak.Sebenarnya,  budaya hedonisme ini juga wujud di kalangan generasi ibubapa. Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan menyimpang dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak menjadi liar dan sukar dikawal. Atas alasan ingin tahu, mahuup to date dan darah muda para belia , pelajar apatah lagi yang kurang didikan agama memudahkan bertambahnya kes-kes keruntuhan akhlak .9

9 Mustafa Kamil Ayub (1994) Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah, Petaling Jaya :Budaya Ilmu Sdn. Bhd, h. 84.

(8)

4.0 KESAN BUDAYA HEDONISME

4.1 Meningkatnya pemasalahan sosial dalam masyarakat.

Impak dari pengembangan budaya hedonisme ialah peningkatan pemasalahan sosial di kalangan remaja. Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor utama masalah sosial. Menurut statistik penangkapan khalwat oleh JAIS bagi tahun 2006,  bulan Ogos mencatat tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1547 tangkapan. Hal ini jelas menunjukkan kegiatan sumbang ini meningkat ketika sesuatu perayaan diraikan. Majoriti tangkapan ialah ketika sambutan kemerdekaan diadakan. Adakah ini merdeka yang dimaksudkan oleh anak-anak muda? Selain itu, peningkatan keruntuhan moral dan akhlak remaja turut membimbangkan. Konsert-konsert hiburan walaupun memberi impak kepada keharmonian dan ekonomi negara, namun terlalu banyak mendatangkan kesan negatif. Kegelojohan remaja menyertai program realiti dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar dikhuatiri menjadi aliran baru generasi millennium.Bahkan, hampir setiap minggu remaja diajak berpesta , berdansa dan khayal dengan hiburan. Secara sedar atau tidak, kegiatan ini memacu mereka ke arah keruntuhan moral. Mahu atau tidak, kita bertanggungjawab kepada situasi yang bahaya ini.

4.2 Keruntuhan pertahanan dalaman negara

Justeru, hedonisme bakal meruntuhkan tembok pertahanan dalaman negara.Remaja masa kini semakin hilang jati dirinya dek ditelan oleh nafsu buas hedonisme. Semangat  patriotik dan cinta akan negara semakin pudar dan luntur.Tembok pertahanan akan mula lemah dan mungkin akan roboh menyembah bumi suatu ketika nanti. Sedar atau

(9)

tidak, hedonisme merupakan satu senjata sulit dan agenda barat sert a gerakan Zionisme dalam melemahkan dan meruntuhkan institusi Islam dan Iman dalam masyarakat kita. Kala ummah leka berhibur, bila-bila masa sahaja pesawat pejuang Zionis boleh menjunamkan bom dan peluru untuk meranapkan negara Islam Hadhari yang penuh harmoni ini. Mana amalan Islam Hadhari yang dicanang-canangkan oleh kerajaan jika rakyatnya begini. Apabila sosial kita lemah, kurang jati diri dan lembik serba-serbi, musuh Islam dengan mudah mengeksploitasikan dan memanipulasikan  pemikiran pemuda-pemudi Islam kita.

4.3 Peningkatan kadar jenayah.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila berita rompakan bank dan kedai emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras-ugut, pengedaran dadah dan lain-lain lagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang dilakukan itu lebih  bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta, hiburan dan sebagainya. Pendek kata, demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yang sanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun  barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun  barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Sesuatu hal yang amat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan remaja. Intihalnya, langkah-langkah drastik perlulah diambil  bagi mengelakkan kesan-kesan di atas lebih menjadi lebih kritikal seterusnya

(10)

5.0 KAEDAH MENGATASI PENGARUH HEDONISME MENURUT ISLAM

Dalam menangani masalah budaya hedonisme dalam kalangan muda-mudi ini,Islam telah menjadi satu penyelesaian terbaik dalam mencari jalan penyelesaian yang pasti mampu merubah pandangan dan perspektif muda mudi terhadap budaya hedonism ini.Para ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya.

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup didunia yang bersifat sementara ini. Firman

Allah:--Maksudnya:

…“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan  yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang

bertakwa. Oleh itu, tidakk ah kamu mahu berfikir?” (Q.s. Al-An’am:32).

Firman-Nya lagi:

…” Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan danpangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang ter pedaya.”(Q.s. Ali Imran: 185).

(11)

Walaubagaimanapun, antara cara-cara efektif yang dapat diambil melalui perspektif dan gaya hidup Islam ialah:

1. Menanam nilai-nilai Islam dalam setiap individu

Pertama sekali adalah penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana didalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kinijati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam  perlulahkuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suciini dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi  buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka ia akan menjadi

sia-sia.10

2. Meningkatkan gerakan dakwah

Seterusnya, gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para da’i atau pendakwah  perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian? Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya

10 Mustafa Kamil Ayub (1994) Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah, Petaling

(12)

mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini. Itulah yang perlu mereka kaji.

3. Kaedah pengajaran Islam yang betul

Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan 'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat dan fahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Terangkanjuga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan perempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya contohnya tidak boleh berdua-duaan dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan. Dari situ mereka akan faham bahawa agama Islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar lakukan, namun terdapat peraturan-peraturan yang mesti dikuti. Ini adalah kerana agama Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Fitrah manusia sukakan keindahan dan kecantikan, kehidupan yang selesa di dunia, harta kekayaan, kenderaan mewah,  perhiasan dan berpasang-pasangan.

(13)

6.0 RUJUKAN

1. Budaya Usahawan Berjaya, 2011, Buerah Tunggak, Hussin Salamon, Bab 3: Konsep  Nilai, Etika, Moral dan Akhlak

2. Advencer Si Peniup Ney, Faisal Tehrani, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Cetakan Pertama 2005

3. Hedonism, 2004-04-20, Stanford Encyclopedia of Philosophy

4. Mustafa Kamil Ayub (1994) Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah,

Petaling Jaya :Budaya Ilmu Sdn. Bhd

5. Lorens Bagus (2000), Kamus Filsafat, Jakarta:PT Gramedia Pustaka Utama

6. Ensiklopedia Dunia. (2005), j.8. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 215.

7. Patricia Marks Greenfield (1989) , Pengaruh Televisi Video Game Komputer TerhadapPendidikan Anak, Sugeng P, (terj).PT Kesaint Blanc Indah Corp :Jakarta , h. 5.

Referensi

Dokumen terkait