• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU ETIKA GURU ISU KESANTUNAN GURU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISU ETIKA GURU ISU KESANTUNAN GURU"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

ISU ETIKA GURU : ISU KESANTUNAN GURU

1.0 PENDAHULUAN

Profesion keguruan merupakan profesion amat terpuji dan mulia di kaca mata masyarakat. Menurut Mohd. Fadzly (2011), fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Hal ini kerana guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas malah mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat.

Guru yang bertindak sebagai agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melakukan pelbagai usaha untuk menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai (Noriati et.al, 2010). Sehubungan dengan itu, para guru dituntut agar sentiasa profesional dalam menjalankan amanah mereka sebagai seorang pendidik. Seorang guru yang profesional perlu mematuhi peraturan yang termaktub dalam etika profesion keguruan.

Etika membincangkan sama ada betul atau salahnya sesuatu perlakuan. Menurut Thiroux (2000) dalam Foo (2005), etika merujuk kepada satu bahagian moral (morality) yang mengkhususkan perbincangan tentang tingkah laku dan nilai manusia. Di Malaysia, para guru perlu mematuhi kod etika keguruan. Kod etika keguruan ini dirangkakan sebagai panduan kepada para guru agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan imej profesion keguruan. Kod etika ini juga mengingatkan para guru agar tidak melibatkan diri dalam salah laku semasa memberi perkhidmatan pendidikan di negara ini.

(2)

2.0 ISU ETIKA GURU

Paparan mengenai isu salah laku guru sering dilaporkan. Antara isu etika guru yang dilaporkan adalah seperti isu kesantunan guru, isu kepedulian guru, isu penampilan guru, isu guru berniaga di sekolah, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan kerjaya sambilan guru. Kesemua isu ini boleh menjejaskan kelancaran pentadbiran organisasi di sekolah. Walau bagaimanapun, penulis hanya akan memfokuskan perbincangan terhadap isu kesantunan tingkah laku guru.

2.1 Isu kesantunan tingkah laku guru

Ibu bapa amat bergantung harap sepenuhnya kepada para guru supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Namun, berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman yang dikenakan guru terhadap murid secara melampau sering kali dilaporkan. Hal ini memberikan gambaran bahawa penerapan nilai kesantunan tingkah laku dalam diri segelintir guru semakin terhakis.

Menurut Noriati et. al (2010), kesantunan ialah perlakuan yang mampu menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Menurut Awang Sariyan (2007) pula, kesantunan ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Manakala Syed Ismali dan Ahmad Subki (2010) mendefinisikan kesantunan sebagai perilaku yang ditetapkan dan disepakati oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut menjadi prasyarat dalam perilaku sosial.

(3)

Selain menjadi rol model kepada murid, keperluan mempunyai nilai kesantunan tingkah laku dalam diri seorang guru juga adalah supaya tidak berlakunya pelanggaran kod etika keguruan. Merujuk kepada prinsip kesetiaan dalam kod etika keguruan, seorang guru tidak harus mengamalkan tingkah laku yang tidak sopan terhadap murid yang boleh menyebabkan jatuhnya martabat profesion keguruan (Foo, 2005). Oleh itu, apabila berlakunya kes guru pukul murid, guru dera murid, guru mencederakan murid dan sebagainya, guru tersebut boleh dikatakan sebagai guru yang tidak mempunyai ciri kesantunan tingkah laku dan telah melanggar kod etika keguruan yang telah digariskan.

Penulis telah menjumpai sebuah artikel yang berkaitan dengan isu kesantunan tingkah laku guru. Seorang guru dikatakan ‘naik angin’ lalu membaling kasut setelah mendapati seorang murid perempuan ingkar arahannya supaya tidak bermain di dalam kelas. Bukan setakat itu sahaja, guru tersebut juga langsung tidak menghiraukan kecederaan yang dialami mangsa setelah berlaku insiden tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa guru tersebut telah bertindak mengikut emosi tanpa menghiraukan keselamatan murid berkenaan. Penulis akan mengupas dan mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai artikel tersebut.

3.0 ULASAN ARTIKEL ISU GURU ‘NAIK ANGIN’

Dasar Kementerian Pelajaran menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik yang boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah. Pihak kementerian juga sudah menyediakan garis panduan berhubung tindakan disiplin (Sapora Sipon, 2007). Oleh itu, memberi hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan tidak boleh menyalahi etika keguruan yang ditetapkan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru oleh media massa sedikit sebanyak boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum.

(4)

murid tersebut yang bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Berikut merupakan keratan akhbar yang dimaksudkan :

Penulis : Nurulatiq Ahmad Bandi Tarikh : 11 Julai 2014

Tajuk : “Guru Naik Angin Baling Kasut” Sumber : Sinar Harian Online

(Rujuk lampiran 1 untuk artikel penuh)

(5)

guru tersebut seharusnya bertindak secara matang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa bertindak mengikut emosi.

Apabila melihat kepada kes yang berlaku ini, boleh dikatakan bahawa guru ini tidak mempunyai sifat santun kepada anak muridnya. Guru seharusnya menegur perbuatan muridnya dengan lebih berhemah. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam artikel tersebut, guru yang berkenaan mengajar subjek Pendidikan Moral. Dimanakah letaknya nilai moral seseorang guru jika menegur murid dengan menggunakan kekerasan? Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid-murid tentang budi bahasa dan nilai-nilai moral, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Persoalannya, mengapakah guru itu tidak menegur perbuatan murid-murid tersebut tidak dengan cara yang lebih berhemah? Apakah yang mendorong guru tersebut melakukan perbuatan tersebut? Segalanya menjadi persoalan yang bermain di minda penulis sedangkan para guru sudah tahu akibat yang bakal dihadapi sekiranya mereka melanggar kod etika keguruan yang telah ditetapkan. Keadaan ini juga mendorong penulis untuk mengenal pasti punca-punca yang mendorong guru melakukan perbuatan tersebut, cara mengatasi dan implikasinya terhadap profesion perguruan.

4.0 ANALISIS KRITIKAL ISU GURU ‘NAIK ANGIN’

4.1 Definisi ‘naik angin’

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), ‘naik angin’ diertikan sebagai ketidakkawalan diri kerana terlalu marah. Selalunya istilah ‘naik angin’ ini dimaksudkan juga sebagai perbuatan mengamuk. Mengamuk berasal daripada perkataan ‘amuk’ membawa maksud menyerang secara membabi buta kerana terlalu marah. Jika dilihat daripada definisi yang diberikan, apabila seseorang guru ‘naik angin’, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa guru tersebut tidak dapat mengawal emosi marahnya secara waras.

4.2 Punca-punca guru ‘naik angin’ terhadap murid

(6)

seseorang guru ‘naik angin’ terhadap murid dan melakukan sesuatu diluar kawalan emosinya.

Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaan guru. Guru sering kali dikejutkan dengan tindakan murid diluar jangkaan seperti tidak mematuhi arahan, melanggar disiplin sekolah dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya masalah disiplin murid tidak dapat ditangani dengan baik, guru cenderung untuk melakukan tindakan yang tidak profesional sebagai penyelesaian kepada permasalahan tingkah laku murid yang kurang disenangi.

Selain itu, tekanan kerja guru juga merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan seseorang guru ‘naik angin’ terhadap murid. Mengikut Kyriacou & Sutcliffe (1978) dalam Kamaruzaman (2007) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai guru. Oleh itu, tidak hairan jika tekanan kerja yang dialami oleh guru menyebabkan segelintir guru hilang pertimbangan semasa mengenakan hukuman terhadap murid.

Bersangkutan dengan isu tekanan kerja guru, bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mendedahkan bahawa beban kerja para guru pada masa kini adalah terlalu berat. Selain tugas-tugas hakiki selaku pendidik, isu longkang sumbat, isu siling bocor juga antara bebanan yang terpaksa dipikul guru. Pengharapan untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah turut meningkatkan bebanan kerja para guru selain tanggungjawab remeh-temeh yang terpaksa digalas mereka (Utusan Online, Januari 2008).

Kenyataan ini disokong juga oleh Sapora Sipon (2007) yang menyatakan bahawa bidang perguruan adalah satu profesion yang amat terdedah kepada tekanan. Menurut beliau lagi, tekanan yang dihadapi oleh guru boleh memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku apabila guru tidak mampu untuk mengawal emosi akibat tekanan. Oleh itu, tekanan kerja yang dihadapi oleh guru ini perlu dianalisis dengan lebih mendalam lagi agar tidak menjejaskan hubungan guru dengan murid termasuklah mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

(7)

kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Kecerdasan emosi juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan. Emosi yang tidak stabil akan boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu perbuatan di luar kewarasan akal.

Emosi yang tidak stabil ini boleh terhasil apabila guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya, seorang guru mempunyai sasaran terhadap tingkah laku murid agar tidak bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila telah berulang kali tingkah laku yang sama dilakukan, guru akan merasa kecewa, rasa putus asa dan akhirnya menyebabkan guru bertindak diluar kawalan kerana berasa tercabar apabila murid ingkar arahannya.

Punca seterusnya ialah kurangnya pemantauan pengajaran dan pembelajaran daripada pihak pentadbir. Semasa pemantauan dilakukan, guru yang dipantau akan dinilai daripada pelbagai aspek. Menurut Ab. Aziz (1999), penilaian pengajaran merupakan suatu sistem formal untuk menilai prestasi kerja seseorang dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti kerja yang dibuat. Menurut beliau lagi, penilaian ini perlu dilakukan secara berterusan bagi tujuan pembangunan prestasi kerja. Namun, jika kurangnya pemantauan daripada pihak pentadbir, maka para guru cenderung untuk menjadi agresif kepada murid kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Pemantauan yang kurang juga akan menyebabkan guru dengan sewenang-wenangnya bertindak mengikut perasaan tanpa menghiraukan keselamatan murid.

Profesion guru dijadikan sebagai kerjaya pilihan terakhir oleh sesetengah graduan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya pelanggaran kod etika guru. Hal ini kerana graduan yang menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir mereka tidak mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik. Mereka juga dilihat kurang memberikan komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan dan mempunyai etika kerja yang lemah.

(8)

celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya. Namun jika tiada jiwa sebagai seorang pendidik, tugas guru tidak mampu digalas dengan sempurna juga.

Apabila sikap ini wujud, maka individu yang menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir tersebut akan mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Faktor penghargaan boleh juga menjadi punca guru berkelakuan agresif terhadap murid. Menurut Raja Maria (2011), penghargaan merujuk kepada perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan. Menurut beliau lagi, penghargaan juga merujuk kepada penghargaan ke atas pengajaran yang baik, struktur kerjaya, peluang naik pangkat, mempunyai suara dalam membuat keputusan dan persepsi guru terhadap gaji yang diterima berbanding dengan tugas yang dipikul.

Secara mudahnya, penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Sehubungan dengan itu, jika diamati faktor kurang penghargaan merupakan faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru seterusnya menyebabkan emosi guru tidak stabil apabila berhadapan dengan murid.

(9)

4.3 Cadangan mengatasi masalah guru ‘naik angin’ terhadap murid

Cadangan pertama bagi mengatasi masalah guru ‘naik angin’ terhadap murid ini ialah peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar. Hal ini kerana menurut Sapora Sipon (2010), program pengurusan tekanan mampu membantu individu mengurus punca-punca tekanan selain diberikan input-input tentang cara untuk menterjemahkan perasaan dengan cara yang betul tanpa menggangu prestasi kerja.

Cadangan kedua pula ialah para guru disarankan untuk melaksanakan peraturan berkaitan dengan sifar masalah disiplin di dalam kelas. Menurut Noriati et.al (2009), penguatkuasaan peraturan di dalam kelas ini merujuk kepada Model Disiplin Asertif yang telah diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter setelah mendapati majoriti guru tidak mampu mengawal tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah. Cadangan ini juga releven setelah mendapati masalah disiplin murid merupakan salah satu punca guru bertindak diluar kawalan emosinya. Dengan adanya peraturan kelas sebegini, murid akan dikenakan tindakan berdasarkan hukuman yang telah dipersetujui secara bersama sahaja. Oleh itu, masalah disiplin di dalam kelas berjaya dikurangnya sekali gus dapat mengelakkan kejadian guru bertindak secara keterlaluan bagi tujuan menghukum murid yang melanggar disiplin.

Cadangan ketiga ialah para guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri setiap guru. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan tindakan yang bertentangan dengan norma hidup masyarakat. Dengan kata lain, para guru perlu melibatkan diri secara produktif dalam setiap proses perubahan yang mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

(10)

yang tidak mendapat latihan secara formal sama ada di institut perguruan ataupun universiti. Umum tidak dapat menafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut atas dasar keperluan pendidikan murid di sekolah, namun pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi seorang guru. Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan perlu mengambil langkah yang proaktif terhadap lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah yang sekali gus akan merendahkan martabat profesion keguruan.

Cadangan yang terakhir ialah pemilihan calon guru yang benar-benar layak dan cinta akan profesion keguruan. Menurut Wan Zahid (1998), kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian ‘burn-out’ jelas menunjukkan bahawa guru yang sering kali menghadapi masalah ini ialah guru yang kurang berminat menjadi guru sejak dari awal lagi. Calon-calon guru yang dipilih perlulah bukan dalam kalangan graduan yang menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya terakhir. Hal ini kerana sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi calon guru tersebut, minat utama terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas dua atau tiga tahun menjadi guru, mereka mula bosan dengan tugas sebagai seorang guru.

4.4 Implikasi salah laku guru terhadap profesion keguruan

Sekiranya tingkah laku negatif guru terhadap murid tidak dibendung dengan baik, berkemungkinan besar masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada perlakuan negatif guru ini bukan sahaja memberikan kesan kepada diri guru dan mangsa malah kewibawaan profesion perguruan turut terjejas akibat perbuatan segelintir guru ini. Bak kata pepatah, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

(11)

Selain itu, implikasi salah laku guru terhadap profesion perguruan ialah generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru. Hal ini kerana mengikut Lilia dan Norlena (1998) dalam Noriati et.al (2010), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan imej profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat. Apabila hal ini terjadi profesion ini akan kekurangan genarasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Kerajaan pula tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.

Perbuatan guru yang melampaui batas semasa menghukum murid juga telah menjejaskan nama baik guru yang bekerja dalam profesion perguruan terutamanya apabila berita kurang baik ini berleluasa disebarkan di dada-dada akhbar. Selain itu, akibat daripada tindakan guru terbabit, guru-guru yang lain juga menerima tempiasnya terutamanya guru-guru yang berada di sekolah berkenaan sekali gus menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat setempat.

Tambahan lagi, guru yang bertindak tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral terhadap anak muridnya telah bergerak selangkah untuk menggelapkan masa depannya sendiri. Hal ini kerana guru tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan. Tindakan di luar kewarasannya itu juga turut memberikan kesan terhadap murid yang dicederakan termasuklah trauma dan hilang motivasi untuk ke sekolah. Kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa murid terbabit terhadap guru sebagai penyampai ilmu turut dimusnahkannya dengan perlakuan tersebut. Murid-murid yang lain di dalam kelas juga akan berasa takut untuk mengikuti kelas yang dilaksnakan oleh guru terbabit.

Implikasi lain yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terhadap perbuatan yang dilakukannya.

(12)

5.0 PENUTUP

Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita Malaysia. Hal ini kerana golongan guru merupakan golongan utama yang diamanahkan untuk membantu negara dalam mencapai matlamat utama pendidikan negara iaitu bagi menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan bersepadu individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu segala usaha bagi mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sepanjang menggalas jawatan sebagai guru.

Guru juga seharusnya mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu, etika kerja ini juga dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada murid-murid dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara

Walaupun isu tingkah laku negatif guru ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej profesion perguruan, namun masyarakat seharusnya bijak menilai bahawa tidak semua guru mempunyai sikap yang sama. Masih ramai lagi guru yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak bangsa dengan jujur dan ikhlas. Masyarakat tidak seharusnya menghakimi para guru dengan gelaran-gelaran tertentu yang tidak enak didengar.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Jika anda ingin menjadi seorang murid / pelajar yang berjaya, anda harus berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja5. Guru hanya boleh

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud

Bahkan guru tersebut juga mendapat komentar dari salah satu media di China, yang menyebutkan "Nah, itu guru yang baik, dan Penghargaan Guru Terbaik untuk 2012 jatuh pada

Di dalam etika guru Indonesia dituliskan dengan jelas bahwa guru membimbing murid untuk membentuk mereka menjadi manusia seutuhnya yang berjiwa pancasila. Etika bagi guru

• Mempunyai kuasa menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi... Mahkamah Sesyen.. • Bidang kuasa mahkamah ini tidak terhad

Sedangkan etika interaksi murid dengan guru menurut Imam Al Ghazali: seorang murid harus mensucikan jiwanya dari akhlaq dan sifat tercela sebelum menuntut ilmu,

Oleh itu, boleh dikatakan secara umum, guru setuju bahawa gamifikasi adalah alat yang baik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat

Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan