• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Latar Belakang

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang kini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu. Selain itu, turut memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Perkataan standard digunakan untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Tambahan pula, untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning), mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran, serta pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

Prinsip

Kurikulum kebangsaan sentiasa dikaji bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

(2)

Kurikulum KSSR ini tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selain itu KSSR juga berpandukan kepada teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pada dasarnya PIPP ingin membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Sebelum KSSR diperkenalkan, Kurikulum Sekolah Rendah mengalami beberapa transformasi kurikulum. Transformasi kurikulum ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan yang sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Kurikulum untuk sekolah rendah diperkenalkan sejak tahun 1983 lagi iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kemudian ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 dan melalui proses semakan pada tahun 2003.

Bidang Pelajaran

Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang menggantikan buku teks. Oleh sebab itu, guru-guru masih dalam proses persediaan dan dilatih untuk KSSR. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

KSSR menggariskan standard kandungan dan standard pembelajaran dalam bidang pelajaran. Contoh standard kandungan dan standard pembelajaran adalah seperti yang berikut:

Bahasa Malaysia

STANDARD KANDUNGAN

Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

(3)

Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris

STANDARD KANDUNGAN

Able to express personal response to literary texts

STANDARD PEMBELAJARAN Able to respond to:

1) Book covers 2) Pictures in books

3) Characters with guidance Matematik

STANDARD KANDUNGAN

Menama dan menentukan nilai nombor. STANDARD PEMBELAJARAN

Menamakan nombor hingga 100:

1) Membilang objek dalam kumpulan.

2) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti. Strategi Pengajaran&Pembelajaran (P&P)

(4)

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

(5)

membaiki kelemahan diri mereka. Seterusnya ialah membina keyakinan diri murid dan menyediakan kepada murid suatu pembelajaran yang sukar dilupakan dan dengan itu juga membantu murid untuk belajar dengan lebih baik.

Tambahan pula, KSSR begitu menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini bermaksud, menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

KSSR juga menekankan kepada pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Objektif Kajian Masa Depan ialah supaya murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. Di samping itu, berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. Seterusnya, mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan, membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

Di samping itu, KSSR juga menekankan kepada pembelajaran secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

(6)

KSSR juga amat menekankan kepada Pembelajaran Masteri. Pembelajaran Masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Akhir sekali dalam kandungan strategi P&P, KSSR menekankan kepada belajar cara belajar. Pengertian Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Objektif Belajar Cara Belajar adalah untuk menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru, membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan-rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Selain itu, membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Di samping itu, membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan & kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

Penekanan dalam Kurikulum

Realitinya, dalam perkembangan pendidikan yang memberi respon kepada keperluan masyarakat, kurikulum yang baru ini (KSSR), akan memberi penekanan kepada aspek bahasa dan komunikasi. Aspek pembinaan kognitif adalah lebih jelas dalam matematik dan sains. Oleh sebab itu. Kedua-dua subjek ini tidak diberi penekanan. Ini ditunjukkan dengan pengurangan waktu pembelajaran kedua-dua subjek ini dalam seminggu, berbanding dalam pelaksanaan KBSR. Pelaksanaan ini telah pun diwartakan untuk tahap satu bermula 2011.

(7)

Mata pelajaran lain juga berperanan dalam membina kognitif (daya pemikiran minda) murid, namun tidak bersaintifik dan bersistematik seperti pelajaran matematik dan sains yang melatih daya pemikiran minda..Kemahiran mengira iaitu yang ketiga dalam kurikulum KBSR secara praktikalnya tidak mengalami penambahbaikan. Jadi, suatu keputusan yang ironi apabila dalam KSSR, kemahiran mengira ini ditulis secara tersurat untuk menguatkan unsur 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan tambahan ‘M’ yang keempat, iaitu menaakul.

Referensi

Dokumen terkait

Peran orang tua adalah sebuah hal yang tidak bisa dipisahkan dari tumbuh berkembangnya seorang anak dalam bidang olahraga apapun untuk dapat meraih prestasi. Motivasi

150 tahun 2000 tentang Pengendalian kerusakan tanah untuk produksi bio massa: “ Tanah adalah salah atu komponen lahan berupa lapisan teratas kerak bumi yang terdiri

1) Barang yang dicari harus betul-betul berdasarkan bukti yang cukup dan merupakan barang bukti atau diduga ada kaitannya dengan tindak pidana yang terjadi, setelah

RUANG YANG SELAMA INI DIARTIKAN RIIL SECARA GEOGRAFIS DAPAT DIARTIKAN SECARA SEMU DARI SEGI KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN, YAITU DALAM BENTUK SEMANGAT PERSATUAN DAN KESATUAN

Petunjuk Pengisian: Berilah tanda centang (  ) pada salah satu alternatif jawaban pada kolom yang tersedia untuk jawaban yang paling tepat menurut persepsi

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis pengaruh kemasan, harga, dan kualitas produk terhadap keputusan pembelian shampo Clear pada mahasiswa

(variable bebas) dan tanggung jawab belajar (variable terikat). Metode pengumpulan data dengan metode observasi dan wawancara. Analisis data menggunakan deskriptif

skala yang digunakan adalah (1) skala Kepercayaan diri yang disusun oleh Dewi (2006) yang mengacu pada teori Lauster (1978), (2) skala kecemasan dalam menulis proposal skripsi