• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBOLEHLAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG MAYA (e-sayang): MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEBOLEHLAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG MAYA (e-sayang): MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KEBOLEHLAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG MAYA

(e-SAYANG): MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Rohaiza binti Rozali1 Jamalul Lail Abdul Wahab2 Universiti Kebangsaan Malaysia 1,2

E-mail: P102341@siswa.ukm.edu.my Abstract

"Program Guru Penyayang" is one of the programmes implemented by the Ministry of Education Malaysia (MOE) through the Policy of Caring Teacher Practice introduced in 2012. The concept of caring teacher indicates how a teacher concerns about his or her students' need (every child matters) by showing love and being friendly, concerned, courteous, respectful, cheerful, thoughtful and patient. This programme has brought a positive impact on students because they feel loved, needed and appreciated apart from their existence of being noticed by teachers which have successfully improved students' attitude. With this regard, the "Program Guru Penyayang" (e-SAYANG) is proposed in order to foster the elements of caring teachers that mainly aims to groups of students who involved in vandalism and playing truant through virtual approach. This study was carried out to identify the feasibility of "Program Guru Penyayang" (e-SAYANG) among lower secondary school students with disciplinary problems in Putrajaya. This study evaluates five features of feasibility, namely the features of fulfilling the MOE's aspirations, practical, feasible, viable and sustainable. The study was conducted quantitatively by distributing questionnaire to 31 teachers in schools in Putrajaya. Data collection was gathered during the period of movement control order (MCO) due to the Covid-19 outbreak with the presence of teachers at home. The results showed that the mean score for the five features of feasibility was high. This shows that this program can be taken into account to be implemented in Malaysia. However, views from various parties are highly recommended so that its implementation is in line with the National Education Philosophy.

Keywords​: ​Caring Teacher, Virtual Caring Teacher, Movement Control Order

Abstrak

Program Guru Penyayang merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Dasar Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang yang di perkenalkan pada tahun 2012 di seluruh sekolah di Malaysia. Guru penyayang disifatkan sebagai sebagai seorang yang memiliki sifat kepedulian (​concern​) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (​every child matters​) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Pelaksanaan program ini memberi kesan yang positif kepada pelajar kerana mereka berasa disayangi, diperlukan dan dihargai selain daripada kewujudan mereka disedari oleh guru-guru dan juga berjaya mengubah beberapa sikap pelajar berkaitan disiplin. Sehubungan dengan itu, Program Guru Penyayang Maya (e-SAYANG) dicadangkan untuk di laksanakan dengan menerapkan kesemua elemen guru penyayang melalui pendekatan secara maya dan hanya menjurus kepada kumpulan pelajar bermasalah disiplin seperti vandalisme dan ponteng sekolah sahaja. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya terhadap pelajar menengah rendah bermasalah disiplin di sekolah-sekolah Putrajaya. Kajian ini menilai lima aspek kebolehlaksanaan iaitu aspek memenuhi hasrat KPM, praktikal, mampu di laksanakan, berdaya maju dan lestari. Kajian yang dijalankan secara kuantitatif dengan kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 31 orang guru di sekolah-sekolah di Putrajaya sebagai responden dan menggunakan instrumen soal selidik. Kutipan data berlangsung sepanjang tempoh kawalan pergerakan disebabkan oleh wabak Covid-19 dengan keberadaan guru di rumah. Hasil kajian menunjukkan skor min bagi kelima-lima aspek kebolehlaksanaan adalah pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa program ini boleh dipertimbangkan untuk di laksanakan di Malaysia. Namun, pandangan daripada pelbagai pihak sangat diperlukan supaya pelaksanaannya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kata Kunci​: ​Guru Penyayang, Guru Penyayang Maya, Tempoh Kawalan Pergerakan

(2)

Sistem pendidikan di Malaysia seperti yang

terkandung dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan menetapkan enam aspirasi murid sejajar dengan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan seimbang sebagai aspirasi bagi setiap murid. Berdasarkan aspirasi ini, setiap murid akan diberi penekanan untuk mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika & kerohanian dan identiti nasional.

Justeru itu, seiring dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, Program Guru Penyayang Maya (e-SAYANG) sangat bertepatan untuk di perkenalkan dalam era globalisasi ini. Program

e-SAYANG ini merupakan program

kesinambungan kepada Dasar Pelaksanaan

Amalan Guru Penyayang yang telah di

perkenalkan pada tahun 2012 di seluruh sekolah di Malaysia. Berdasarkan Surat Siaran KPPM Bilangan 4 Tahun 2012: Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang bertarikh 8 Februari 2012, menyatakan guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Sehubungan dengan itu, Program

e-SAYANG akan di laksanakan dengan

menerapkan kesemua elemen guru penyayang seperti terkandung dalam dasar tersebut menjurus kepada pelajar bermasalah seperti vandalisme dan ponteng sekolah melalui pendekatan secara maya. Pendekatan ini diambil setelah pelaksanaan amalan guru penyayang selama lapan tahun dalam Sistem Pendidikan di Malaysia seakan-akan berjaya mengubah sikap pelajar dalam beberapa perkara berkaitan disiplin

pelajar. Contohnya seperti kajian yang dijalankan oleh Viknesh V. & Khalim Z. (2018) yang mendapati amalan guru penyayang di tiga buah sekolah di Daerah Tampin, Negeri Sembilan adalah berkesan untuk mengatasi masalah ponteng di sekolah.

Pelaksanaan Program eSAYANG ini adalah sewajarnya supaya guru (i) dapat menjiwai amalan guru penyayang secara berterusan bukan hanya terbatas semasa di sekolah sahaja; (ii) berupaya mendekati pelajar dengan lebih mesra tanpa perlu bersemuka; (iii) dapat membentuk hubungan yang positif dengan pelajar secara maya tanpa rasa terbeban di mana guru boleh mengikut masa terluang sendiri; dan (iv) dapat menyelami perasaan sebenar pelajar kerana pelajar lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan guru secara maya berbanding bersemuka. Selain itu, pelaksanaan Program e-SAYANG ini juga adalah sebagai salah satu cara guru akademik menyokong guru kaunselor dalam menghadapi pelajar yang bermasalah di sekolah.

Program e-SAYANG akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:

i. Program ini hanya disasarkan kepada

semua pelajar sekolah menengah di

sekolah-sekolah Putrajaya;

ii. Program ini di laksanakan kepada semua pelajar menengah rendah bermasalah disiplin seperti vandalisme dan ponteng sekolah yang direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM); dan

iii. Pembahagian guru-pelajar dalam jumlah yang kecil supaya dapat memberi lebih tumpuan dengan nisbah 1:5 iaitu seorang guru yang bertindak sebagai mentor dengan jumlah maksimum lima orang pelajar (mentee) sahaja.

Menerusi Program e-SAYANG ini guru akan menerapkan nilai-nilai positif yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat kepada pelajar bermasalah tersebut setelah

mendapat kepercayaan dengan membina

hubungan yang baik dengan pelajar tersebut terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, hubungan pelajar-guru ini mestilah mematuhi etika guru 232

(3)

dan pelajar berdasarkan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang tertentu yang perlu disediakan seiring pelaksanaan Program e-SAYANG ini. Namun begitu, perkara yang menarik adalah melalui program ini guru tidak perlu bersemuka dengan pelajar yang terpilih sebagai mentee beliau karena guru boleh berhubung dengan mentee beliau secara maya sahaja melalui aplikasi ​WhatsApp, telegram atau melalui apa sahaja medium atas talian pelbagai yang lain.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah secara umumnya merupakan masalah yang melibatkan emosi, tingkah laku dan pengaruh hubungankekeluargaan. Berdasarkan kajian Maynard et. Al. (2013), hubungan kekeluargaan merupakan antara salah satu punca pelajar terlibat dalam masalah disiplin selain daripada faktor rakan dan faktor persekolahan. Hubungan kekeluargaan yang tidak harmoni, kurang kasih sayang dan rasa terkongkong adalah antara gambaran keluarga yang berlaku dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin (Maynard, 2014).

Turut terdapat beberapa pendapat menyatakan isu disiplin dalam kalangan pelajar ini timbul berikutan terdapat segelintir guru yang tidak bertanggung jawab dalam mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kekerasan tanpa sebarang rujukan dalam memberi pengajaran kepada pelajar. Justeru itu, terdapat undang-undang yang telah ditetapkan oleh KPM pada tahun 2012 dengan meletakkan garis panduan serta tindakan yang dikenakan terhadap pelajar dengan melihat kepada Tatacara Disiplin Murid Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Akan tetapi, kuasa merotan pelajar hanya diberikan kepada guru besar dengan menjadi wakil bagi kuasa menjalankan hukuman yang termaktub di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid.

Jumlah murid yang terbabit dalam permasalahan disiplin di seluruh negara adalah

pada kadar 2.03 peratus setahun dalam tempoh lima tahun bermula 2012 hingga 2016 (KPM, 2017). Pada tahun 2016, seramai 111,895 orang murid terlibat dengan salah laku disiplin iaitu 95,046 orang membabitkan pelajar sekolah menengah dan 16,849 orang adalah murid sekolah rendah (Mohd Husni 2017).

Pelaksanaan Program Guru Penyayang Maya adalah berdasarkan pendekatan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dan Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan (MPBK) atau ​Concerns Based Adoption Model (CBAM) yang diasaskan oleh Hall and Hord (2011). Teori ini menyatakan bahawa terdapat lima tahap keperluan manusia iaitu keperluan asas, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang,

keperluan penghargaan dan keperluan

kesempurnaan kendiri. MenurutMaslow, tingkat memenuhi keperluan diri adalah mengikut susunan secara berhierarki. Untuk memenuhi satu hierarki keperluan di atas, seseorang perlu memenuhi hierarki keperluan yang terdahulu. Ini bermakna, seseorang itu tidak mungkin dapat memenuhi keperluan ditingkat atas terlebih dahulu tanpa memenuhi tingkat keperluan di bawah. Dalam Hierarki Keperluan Maslow, kasih sayang merupakan salah satu keperluan asas yang perlu dipenuhi dan sesuatu yang penting dalam proses perkembangan dan kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya akan terbantut. Konsep ke sempurna sendiri(self- actualization) iaitu mencapai potensi dan memberi makna kepada diri akan terhasil apabila semua tahap keperluan dipenuhi (NorNazimi et.al 2017). Motivasi merupakan salah satu keperluan kasih sayang. Motivasi ekstrinsik seperti mendapat pujian daripada guru, ibu bapa serta rakan-rakan sangat mempengaruhi individu (Fariza & Mohd Jasmy, 2018) mendorong tingkah-laku yang positif.

Hall dan Hord (2011) mendefinisikan keprihatinan sebagai perasaan, fikiran serta reaksi individu terhadap sesuatu perubahan atau inovasi

(4)

yang mempengaruhi kehidupan mereka. Kajian ini hanya menggunakan salah satu dimensi daripada CBAM, iaitu Peringkat Keprihatinan merujuk kepada perkara yang dilakukan oleh seseorang berkaitan inovasi yang diterima dan melaksana kan inovasi. Setiap perubahan

mengikut peredaran masa dan inovasi

memerlukan organisasi dan individu yang dapat mengikut perubahan. Keprihatinan guru terhadap sesuatu perkara mempengaruhi tingkah laku dan amalan di dalam bilik darjah. Menurut Silahuddin (2015), inovasi perlu dilakukan untuk meningkat kan kualiti pendidikan sesebuah negara termasuklah aspek pembangunan teknologi yang diterapkan dalam pendidikan, sistem pendidikan yang di laksanakan di setiap sekolah dan juga inovasi yang secara langsung berkaitan dengan proses pembelajaran.

METODE

Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dan dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 25 item yang mengukur kebolehlaksanaan program dari lima aspek, iaitu:(1) memenuhi hasrat, (2) praktikal, (3) mampu di laksanakan, (4) berdaya maju dan (5) lestari. Instrumen ini menggunakan Skala Pengukuran Likert yang mempunyai empat pilihan jawapan (1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Setuju, 4 = Sangat Setuju). Edaran borang soal selidik dilakukan secara atas talian melalui lautan ​Google Form kepada responden. Menurut Mohd Aftar (2017) borang selidik disebarkan secara atas talian adalah untuk memastikan semua responden mendapatkan borang tersebut pada masa yang sama. Sampel dalam kajian ini dikenal pasti dengan berdasarkan kaedah pensampelan rawak mudah. Populasi subjek untuk kajian ini adalah terdiri daripada 31 guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya.Sampel kajian adalah terdiri daripada 31 orang guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.

Analisis statistik dibuat secara deskriptif dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22untuk mengenal pasti skor min setiap item dan aspek kebolehlaksanaan program.

HASIL

Jadual 1 menunjukkan profil responden kajian yang terdiri daripada 31 orang guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berdasarkan jadual 1 didapati, seramai 2 orang (6.5%) responden adalah guru lelaki manakala 29 orang (93.5%) responden adalah guru perempuan. Kesemua responden adalah guru sekolah menengah yang terlibat dengan

Program Guru Penyayang di Wilayah

Persekutuan Putrajaya.

Bagi tempoh perkhidmatan, hanya seorang responden (3.2%) adalah berkhidmat dalam tempoh kurang daripada 10 tahun manakala 15 orang (48.8%) daripada keseluruhan responden

dalam kategori 11-20 tahun tempoh

perkhidmatan. Sementara itu, bagi kategori tempoh perkhidmatan selama 21-30 tahun pula adalah seramai 13 (41.9%) dan bagi tempoh perkhidmatan melebihi 30 tahun adalah 2 orang (6.5%).

Tabel 1. PROFIL RESPONDEN

Bagi mengenal pasti perspektif guru terhadap kebolehlaksanaan program ini, purata skor min dibahagikan kepada empat tahap iaitu sangat rendah, rendah, sederhana dan tinggi berdasarkan interpretasi skor dalam kajian Tschannen-Morant, M. & Gareis, C.R., (2004) seperti iaitu kategori tahap sangat rendah dengan 234 Komponen Temuan Kekerapan (Peratus) Evaluasi ahli Jantina Lelaki Perempuan TempohPerkhidmatan <10 tahun 11 – 20 tahun 21 – 30 tahun >30 tahun 2 (6.5%) 29 (93.5%) 1 (3.2%) 15 (48.8%) 13 (41.9%) 2 (6.5%)

(5)

nilai min 1.00 – 1.75, kategori tahap rendah dengan nilai min 1.76 – 2.50, kategori sederhana dengan nilai min 2.51 – 3.25 dan kategori tahap tinggi dengan nilai min 3.26 – 4.00.

Table 2 menunjukkan bahawa

kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dari perspektif guru secara keseluruhannya

adalah tinggi dengan aspek berdaya maju (min= 3.52, SP= 0.508) mempunyai min yang paling tinggi. Seterusnya diikuti oleh aspek memenuhi hasrat (min= 3.42, SP = 0. 502), aspek lestari (min = 3.39, SP = 0.551), aspek praktikal (min = 3.35, SP = 0.551) dan akhirnya aspek mampu dilaksana (min= 3.35, SP = 0.486).

Tabel 2. TAHAP KESELURUHAN KEBOLEHLAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG MAYA DARI PERSPEKTIF GURU

PEMBAHASAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap perspektif guru adalah tinggi terhadap kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dari aspek memenuhi hasrat. Semua responden bersetuju bahawa program ini dapat memenuhi hasrat pada tahap yang tinggi. Ini bermakna program ini boleh membawa kepada kesan positif dan kesan negatif, munasabah dan tidak memerlukan pertimbangan aspek lain.

Guru sebagai responden kajian ini bersetuju bahawa tahap kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dari aspek praktikal juga adalah tinggi. Ini membawa maksud program ini tiada halangan untuk di laksanakan serta boleh diterima oleh pihak terlibat seperti pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa.

Kajian ini mendapati tahap

kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dari aspek mampu di laksanakan juga pada tahap tinggi. Ini bermakna program ini mampu di laksanakan tanpa masalah kewangan dan sangat

berpotensi bagi mempertingkatkan keberkesanan program ini.

Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dari aspek berdaya maju adalah tinggi. Hal ini membawa erti program ini boleh mendatang kan kemajuan dan tidak berisiko, sangat berdaya maju serta tidak memerlukan pertimbangan aspek lain.

Akhir sekali, tahap kebolehlaksanaan dari aspek lestari juga pada tahap tinggi. Ini bermakna pelaksanaan program ini boleh mendatang kan kemajuan tanpa berisiko kerana keputusan

berdasarkan kepada fakta dan perlu

mempertingkatkan lagi keberhasilan program. Guru telah memberi maklum balas yang positif tentang kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dari aspek memenuhi hasrat, praktikal, berdaya maju, mampu di laksanakan dan lestari. Ini bermakna, program ini boleh dijalankan tetapi memerlukan sedikit penambahbaikan atau pertimbangan bagi mempertingkatkan kebolehlaksanaan program dari semua aspek kajian. Pelbagai pandangan

semua pihak amat diperlukan untuk

235

No Aspek Min Sisihan Piawai Tahap

1 Aspek memenuhi Hasrat 3.42 0.502 Tinggi

2 Aspek praktikal 3.35 0.551 Tinggi

3 Aspek mampu dilaksanakan 3.35 0.486 Tinggi

4 Aspek berdaya maju 3.52 0.508 Tinggi

(6)

memantapkan lagi program ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Falsafah Pendidikan Negara.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini berkemungkinan dipengaruhi oleh situasi kawalan pergerakan disebabkan oleh wabak Covid-19 yang telah berkuat kuasa bermula pada 18 Mac 2020 sehingga tarikh pembukaan sekolah semula kepada semua pelajar sekolah Menengah bermula pada 15 Julai 2020 berdasarkan SOP dengan norma baharu yang ditetapkan. Norma baharu adalah peraturan baharu yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit (DBP-istilah semasa Covid-19). Tempoh kawalan pergerakan yang dialami oleh guru-guru ini berkemungkinan membuatkan guru-guru terdorong untuk melaksana kan segala perkara yang terbaik untuk anak murid mereka tanpa berfikir mengenai penambahan kerja atau bebanan kerja jika pelaksanaan Program Guru Penyayang Maya ini

di laksanakan. Guru-guru ini juga

berkemungkinan rindu dengan suasana sekolah dan juga dengan pelbagai gelagat anak murid mereka. Berikutan itu, data menunjukkan lebih 1.5 billion pelajar dari 188 negara atau 89% daripada populasi pelajar dunia telah terkesan dengan penutupan sementara sekolah dan institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Di Malaysia, lebih kurang lapan juta pelajar pra sekolah hingga pengajian tinggi terlibat dengan

kawalan pergerakan dan tidak dapat

menghadirkan diri secara fizikal ke tempat pengajian mereka (UNESCO, 2020).

KESIMPULAN

Program Guru Penyayang Maya

(eSAYANG) merupakan kesinambungan kepada kejayaan Program Guru Penyayang sedia ada yang telah di laksanakan selama lapan tahun bermula pada tahun 2012. Kebolehlaksanaan program ini dikenal pasti melalui aspek

memenuhi hasrat, praktikal, mampu di laksanakan, berdaya maju dan lestari. Dapatan kajian menunjukkan semua aspek yang diukur adalah pada tahap tinggi di mana responden iaitu terdiri dalam kalangan guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya bersetuju bahawa pelaksanaan Program Guru Penyayang Maya boleh dijadikan sebagai satu kaedah dalam menangani masalah sosial dan disiplin dalam kalangan pelajar menengah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

SARAN

Memandang kan kajian ini mempunyai batasannya yang tersendiri dan data yang dikumpul melalui soal selidik hanya berdasarkan persepsi guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, maka beberapa kajian lanjutan perlu diteruskan. Justeru, dicadangkan kajian lanjutan dibuat dengan melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar di semua sekolah menengah di Malaysia yang turut sama melaksana kan Program Guru Penyayang sedia ada agar maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dapat digambarkan secara komprehensif terutamanya dalam kalangan pelajar menengah rendah di Malaysia.

Selain itu, kajian lanjutan ini juga perlu di laksanakan dalam suasana sesi persekolahan berjalan seperti biasa untuk mengurang kan gangguan kepada responden untuk menjawab soal selidik yang diberikan.

DAFTAR RUJUKAN

Anuar Ibrahim, 2007. Kuasa Guru Bagi Melaksanakan Peraturan Disiplin. Seminar Kebangsaan Peraturan-Peraturan Murid. 25-26 Nov. Kajang

Azizi Yahya et. al. 2009. Discipline Problem Among Secondary School Students in Johor Bahru, Malaysia. European Journal of Social Sciences. Volume 11, Number 4.

(7)

Badrulzaman. 2006. Persekitaran keluarga dan kesannya terhadap tingkahlaku devien remaja di daerah Pontian Johor. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Fauziah, H. J., Nurul ‘Ain, D. & Nazariah, A. (2015). Kesan Program Pembangunan Sahsiah Terhadap Pembentukan Karakter Pelajar, Journal BITARA Edisi Khas (Psikologi Kaunselin) Vol. 8

Kamus Pelajar Dewan Bahasa Edisi Kedua, 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia (). Panduan Pelaksanaan dan Modul Mentor Mentee. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Aminudin Baki, Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Peranan utama guru bimbingan dan kaunseling dalam memantapkan aspek keutuhan emosi dalam kalangan pelajar. Diperoleh pada Februari, 15 2014 daripada https://www.moe.gov.my.

Hall, G. E. & Hord, S. 2001. Change in Schools: Facilitating the Process. Albany: State University of New York Press.

Hazlin Ramli 2001. Sikap dan Pengetahuan Pelajar Terhadap Penggunaan Dadah. Sarjana Muda Pendidikan. Fakulti Pendidikan UTM. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Ismail Othman. 2006. Menangani Disiplin Di Sekolah. Kuala Lumpur: PTS

Noran Fauziah Yaakob. 2007.Hukuman:

Keberkesanan danPemulihan.Seminar Kebangsaan Peraturan- Peraturan Murid. 25-26 Nov. Kajang

Surat Siaran KPPM Bilangan 4 Tahun 2012: Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang bertarikh 8 Februari 2012.

Syofia, U., Zamri, M. & Jamaludin, B., (2013). Kemahiran Komunikasi Interpersonal Ekspresif: Mencipta Guru Bahasa Indonesia Yang Penyayang. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies Volume 13(1), February 2013 Vol. 8 No.1;February 2017.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995

Laporan UNESCO, 2020.

Viknesh, V. & Khalim, Z. (2018). Program Guru Penyayang: Kaedah Alternatif Mengatasi Masalah Ponteng. Prosiding International Conference of Future Education and Advances (ICOFEA 2018) Tiada Index. Yahaya, A., & Baharom, B. (2010). Persekitaran

keluarga dan kesannya terhadap tingkah laku devian remaja. Retrieved from

Universiti Teknologi Malaysia

Institutional Repository: http://eprints. utm. my/10616/1/6. pdf.

Gambar

Tabel 1. PROFIL RESPONDEN
Table 2 menunjukkan bahawa kebolehlaksanaan Program Guru Penyayang Maya dari perspektif guru secara keseluruhannya

Referensi

Dokumen terkait

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek pengukuran dan penilaian elemen emosi di dalam kursus-kursus kokurikulum tidak dapat dilaksanakan atas beberapa sebab iaitu:

Hasil kajian menunjukkkan bahawa responden mempunyai masalah dari aspek beban kerja, pengurusan masa, peranan pensyarah dan kewangan pada tahap sederhana manakala

Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis di kalangan pelajar Pendidikan Fizik tahun empat merentas jantina adalah tidak bererti

Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar SPI terhadap perkhidmatan di perpustakaan berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.54, diikuti dengan

Dapatan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.. Walaupun

Dapatan ini juga seiring dengan dapatan kajian Ridi(2008) tentang tahap harga diri dengan pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kalangan pelajar sekolah menengah di

Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam dalam kalangan responden dalam semua aspek yang dikaji iaitu akidah =100.0 peratus, ibadah = 94.0 peratus dan akhlak =

Di Malaysia, kajian-kajian mengenai tahap kepuasan pelajar telah dijalankan dalam pelbagai aspek antaranya ialah kepuasan pelajar daripada kedua-dua aspek iaitu akademik