PENGENALAN CARA PERMAINAN DAN KEISTIMEWAAN SUKAN PETANQUE Pengenalan cara permainan petanque
Petanque merupakan sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang menggunakan boule yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri jack yang berupa sebiji bola kayu, saiznya lebih besar daripada guli bagi membolehkan pemain mendapat mata permainan.
Objektif permainan petanque adalah untuk menguasai kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan sasarannya iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua pasukan bagi menguasai kedudukan tersebut. Mata penamat bagi permainan petanque ini adalah 13 mata. Dalam permainan ini 3 orang pemain akan bertanding dengan 3 orang pemain yang lain. Petanque boleh juga dimainkan antara dua lawan dua atau satu lawan satu.
Petanque dimainkan dalam 3 jenis iaitu
1. triple (bertiga) dimana setiap pemain menggunakan dua biji boule. 2. Double (berdua), pemain menggunakan tiga biji boule
3. single (perseorangan), setiap pemain menggunakan tiga biji boule.
Seseorang yang bermain petanque tidak dibolehkan mengangkat kaki semasa melakukan balingan berlawanan dengan Jeu de Provencal yang memerlukan larian tiga langkah sebelum melontar boule yang berada di tangan.
Keistimewaan Dan Faedah Bermain Petanque