• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR

ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA OKTOBER 2011

(2)

KANDUNGAN Muka Surat 1.0 TUJUAN 2 2.0 LATAR BELAKANG 3 3.0 TAFSIRAN 3 4.0 SENARAI RINGKASAN 4

5.0 KRITERIA PUSAT BERTAULIAH (PB) 5

5.1 Pemilikan PB 5

5.2 Kemudahan Fizikal 5

5.3 Peralatan dan kemudahan latihan 6

6.0 PERMOHONAN PENTAULIAHAN 6

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM BERTAULIAH 7

7.1 Kelayakan Pelajar 7

7.2 Pendaftaran Pelajar 8

7.3 Pelaksanaan Program Bertauliah 10

7.4 Penilaian 11

7.5 Persijilan 11

8.0 TANGGUNGJAWAB PUSAT BERTAULIAH 12

9.0 LAWATAN PEMERIKSAAN 12

10.0 KELULUSAN PERMOHONAN 13

11.0 PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN SIJIL

PENTAULIAHAN 13

12.0 TARIKH KUATKUASA 13

(3)

Senarai Lampiran

Lampiran 1 - Proses kerja permohonan baru pentauliahan Pusat Bertauliah Antarabangsa (dalam negara)

Lampiran 2 Senarai semak Pentauliahan

Lampiran 3 Borang Permohonan Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Program Antarabangsa (Dalam Negara)

Lampiran 4 Proses Kerja Pengambilan Pelajar Bagi Pusat Bertauliah Antarabangsa (Dalam Negara)

Lampiran 5 - Borang Permohonan dan Akujanji Pelajar Lampiran 6 - Senarai semak Pra Pendaftaran Pelajar

Lampiran 7 - Senarai semak Pembaharuan Pentauliahan

1.0 TUJUAN

Panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini bertujuan untuk melaksanakan program latihan kemahiran JPK di peringkat antarabangsa dalam Malaysia. Panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang berkuat kuasa dan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).

(4)

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Vokasional di peringkat antarabangsa, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 2 Disember 2005 telah meluluskan cadangan mengembangkan program-program latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK ke peringkat antarabangsa;

2.2 Sejajar dengan matlamat Kerajaan ke arah mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti;

2.3 Enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja; dan

2.4 JPK turut menggalas tanggungjawab menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional.

3.0 TAFSIRAN

Dalam panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Daftar Standard” ertinya satu dokumen yang menyenaraikan tajuk-tajuk pekerjaan bagi semua Standard yang telah diluluskan oleh JPK;

(5)

“Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran” ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah seksyen 17 Akta 652;

“pusat bertauliah” ertinya suatu penyedia latihan kemahiran yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu Sijil;

“pelajar” ertinya seseorang yang mendaftar untuk mendapatkan kelayakan kemahiran melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia;

“pentauliahan” ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan kemahiran; dan

“program” ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam Daftar Standard.

4.0 SENARAI RINGKASAN

DKM Diploma Kemahiran Malaysia

DLKM Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia JIM Jabatan Imigresen Malaysia

JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran KDN Kementerian Dalam Negeri KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

KPPK Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran KSM Kementerian Sumber Manusia

LI Latihan Industri

PB Pusat Bertauliah

PDRM Polis Di Raja Malaysia PPL Pegawai Pengesah Luaran

(6)

5.0 KRITERIA PUSAT BERTAULIAH (PB)

Mana-mana PB yang berminat untuk menjalankan program yang melibatkan pengambilan pelajar antarabangsa ke dalam negara hendaklah mematuhi syarat-syarat perlaksanaan program pentauliahan antarabangsa ini.

5.1 Pemilikan PB

(a) Mempunyai rekod pencapaian dan prestasi sebagai PB sedia ada yang baik bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;

(b) Mempunyai modal berbayar minima RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Ribu Sahaja); dan

(c) Mempunyai laporan penyata kewangan yang telah diaudit untuk tiga (3) tahun terakhir;

5.2 Kemudahan Fizikal

(a) Memiliki kemudahan fizikal bagi melaksanakan latihan bagi program yang dipohon seperti berikut;

i. Bilik kuliah;

ii. Bengkel latihan; dan

iii. Pusat Sumber yang mempunyai kemudahan ICT yang mencukupi.

(b) Menyediakan kemudahan penginapan/asrama dengan kawalan keselamatan.

(7)

5.3 Peralatan dan kemudahan latihan

(a) Menyediakan kelengkapan latihan yang mencukupi dan memenuhi kehendak Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan;

(b) Memastikan peralatan latihan berfungsi dan selamat digunakan;

(c) Memastikan peralatan berkaitan memenuhi kehendak perlesenan; dan

(d) Menyediakan bahan pembelajaran yang lengkap dalam Bahasa Inggeris.

6.0 PERMOHONAN PENTAULIAHAN

6.1 PB yang ingin melaksanakan program pelajar antarabangsa hendaklah mengemukakan perkara-perkara berpandukan Proses Kerja Permohonan Baharu Pentauliahan Pusat Bertauliah Antarabangsa (Dalam Negara) di Lampiran 1 dan Senarai Semak di Lampiran 2 kepada KPPK:

(a) Borang Permohonan Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Program Antarabangsa (Dalam Negara) (Lampiran 3) yang telah lengkap ke JPK, KSM; atau

(b) Melengkapkan maklumat permohonan secara atas talian;

(c) Semua dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak JPK dari semasa ke semasa; dan

(8)

(d) Mengemukakan Jaminan Bank antara PB dan Kerajaan Malaysia seperti yang ditetapkan di dalam pekeliling yang sedang berkuatkuasa semasa mengemukakan permohonan pentauliahan.

6.2 Mengemukakan permohonan pelaksanaan latihan merangkumi program sekurang-kurangnya hingga ke Tahap 3.

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM BERTAULIAH

7.1 Kelayakan Pelajar

Bagi pengambilan pelajar antarabangsa, PB hendaklah memastikan bahawa pelajar-pelajar tersebut memenuhi kelayakan seperti berikut :

(a) Berumur di antara 18 hingga 35 tahun pada tahun pengambilan; (b) Mempunyai kelayakan akademik atau kemahiran yang bersesuaian

dengan program yang dipohon;

(c) Mempunyai penaja atau sumber kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh latihan;

(d) Lulus pemeriksaan kesihatan di negara asal;

(e) Boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris;

(f) Mengisytiharkan status tanpa penyabitan kesalahan undang-undang di mana-mana negara; dan

(g) Melepasi tapisan keselamatan oleh PDRM atau mendapat No Objection Certificate (NOC) dari Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab mengenai pendidikan dan latihan kemahiran di negara asal atau apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai syarat pengeluaran visa bagi negara-negara berkaitan.

(9)

7.2 Pendaftaran Pelajar

PB hendaklah mengemukakan permohonan pengambilan pelajar antarabangsa kepada Jabatan berpandukan Proses Kerja Pengambilan Pelajar Bagi Pusat Bertauliah Antarabangsa (Dalam Negara) seperti di lampiran 4.

(a) Pra Pendaftaran

PB hendaklah mengemukakan dua (2) salinan permohonan pra pendaftaran pelajar yang lengkap seperti Senarai Semak Pra

Pendaftaran Pelajar (Lampiran 5) yang merangkumi

maklumat-maklumat berikut:-

i. Surat iringan;

ii. Surat tawaran dari PB kepada pelajar;

iii. Borang Permohonan Pelajar (Lampiran6) beserta salinan sijil-sijil

berkaitan;

iv. Cetakan Profil PB;

v. Surat perakuan pentauliahan (antarabangsa) dari JPK;

vi. Surat Perakuan Kelulusan KDN; dan

vii. Jadual pelaksanaan latihan bagi program yang dipohon.

(b) Pendaftaran

i. PB hendaklah mendaftarkan pelajar secara atas talian dan menjelaskan yuran pendaftaran pelajar antarabangsa sebagaimana yang ditetapkan dalam Arahan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Bilangan 1 Tahun 2011 (sub

(10)

perkara 2.1.2 : Penetapan Kadar Bayaran ) dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan pelajar di Malaysia;

ii. PB hendaklah melaporkan maklumat pelajar antarabangsa yang mengandungi butiran peribadi, program yang diikuti, alamat penginapan di Malaysia, tarikh mula dan tamat latihan kepada kedutaan atau konsulat negara asal pelajar di Malaysia, jika ada, dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan pelajar di Malaysia; dan

iii. Jika latihan melibatkan LI, butiran lengkap berkaitan tempat latihan, penginapan dan tempoh latihan hendaklah dilaporkan kepada JPK dan balai polis berdekatan di mana LI dijalankan.

c) Pendaftaran Keluar

PB hendaklah melaporkan kepada JPK dan JIM status pelajar yang telah tamat tempoh latihan dan memastikan mereka pulang ke negara asal dengan mengemukakan perkara-perkara berikut kepada:

i. Laporan status latihan pelajar;

ii. Memo daftar keluar (check-out memo) beserta salinan tiket pulang ke negara asal;

iii. Pelajar hanya dibenarkan bertukar institusi sebanyak dua (2) kali sahaja tertakluk kepada kelulusan JPK; dan

(11)

7.3 Pelaksanaan Program Bertauliah

PB hendaklah melaksanakan program latihan berlandaskan pada perkara-perkara berikut:

(a) Melaksanakan program latihan dengan mematuhi Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian yang sedang berkuatkuasa;

(b) Latihan hendaklah dijalankan secara sepenuh masa;

(c) Menepati jadual pelaksanaan latihan yang dirancang merangkumi : i. Tarikh mula dan tamat latihan;

ii. Kaedah pelaksanaan latihan; iii. Kaedah penilaian; dan iv. Kaedah Latihan Industri.

(d) Bahan pengajaran dan penilaian disediakan dalam Bahasa Inggeris; (e) Mengemukakan rekod kehadiran latihan pelajar kepada JPK bila

diperlukan;

(f) Memaklumkan kepada JPK sekiranya pelajar gagal menghadiri kelas tujuh (7) hari berturut-turut tanpa sebarang sebab;

(g) Memastikan bilangan pelajar untuk satu-satu program yang telah diluluskan oleh JPK adalah mengikut nisbah Pegawai Penilai (PP) terhadap pelajar 1:25 seperti mana yang digariskan dalam Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah yang sedang berkuat kuasa;

(h) Jumlah pelatih antarabangsa dan pelatih tempatan hendaklah tidak melebihi kapasiti yang diluluskan oleh Jabatan;

(i) Memastikan pelajar antarabangsa boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris;

(j) Memastikan keselamatan pelajar terjamin sepanjang tempoh latihan;

(k) Memastikan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dipatuhi untuk perkara berikut:

(12)

i. Pelajar yang mendiami tempat penginapan; dan

ii. Pelajar yang menjalani LI.

(l) Mematuhi semua peraturan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

7.4 Penilaian

PB hendaklah:

(a) Menyediakan bahan penilaian dalam Bahasa Inggeris;

(b) Mengemaskini laporan penilaian berterusan melalui sistem atas talian;

(c) Mengemukakan permohonan lawatan verifikasi dan mengemaskini penilaian verifikasi melalui sistem atas talian;

(d) Memastikan keputusan penilaian disahkan oleh PPL; dan

(e) Melaksanakan penilaian latihan dengan mematuhi peraturan penilaian yang ditetapkan di dalam Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian yang sedang berkuatkuasa.

7.5 Persijilan

PB hendaklah:

(a) Mengemukakan permohonan pengeluaran sijil;

(b) Menyerahkan sijil kepada pelajar yang telah menamatkan latihan tanpa mengenakan sebarang caj tambahan;

(c) Sijil-sijil yang tidak berjaya diserahkan kepada pelajar hendaklah dikembalikan kepada JPK dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat latihan; dan

(d) mematuhi peraturan pengeluaran sijil yang ditetapkan di dalam Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian yang sedang berkuatkuasa.

(13)

7.6 Penambahan Program

Bagi tujuan penambahan program, PB hendaklah mengemukakan permohonan kepada KPPK seperti Senarai Semak di Lampiran 2.

7.7 Pembaharuan Pentauliahan

Bagi tujuan pembaharuan pentauliahan, PB hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pentauliahan program pelajar antarabangsa kepada KPPK bersekali dengan permohonan pembaharuan pentauliahan program tempatan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dan tidak melebihi enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan berdasarkan senarai semak seperti di Lampiran 7.

.

8.0 TANGGUNGJAWAB PUSAT BERTAULIAH

PB bertanggungjawab untuk:

i. menguruskan insuran untuk pelajar antarabangsa yang merangkumi perkhidmatan kesihatan, kemalangan dan kematian; ii. mematuhi semua keperluan yang telah ditetapkan oleh KDN, JIM,

KKM dan pihak berkuasa yang berkaitan dalam urusan pengambilan pelajar antarabangsa;

iii. memastikan Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang berkuat kuasa dipatuhi;

iv. mempunyai pegawai khusus bagi mengurus Hal Ehwal Kebajikan pelajar antarabangsa;

v. menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar;

vi. memastikan pengambilan pelajar setiap kohot adalah mengikut jumlah kapasiti yang diluluskan bagi setiap program sahaja;

(14)

vii. mengemukakan permohonan pembaharuan pentauliahan ke JPK dalam tempoh masa tiga (3) hingga enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan;

viii. mempamerkan sijil pentauliahan (antarabangsa) di suatu tempat yang mudah dilihat di premis yang dinyatakan pada surat berkenaan;

ix. PB perlu mengemukakan perubahan pelajar secara berkala dan kehadiran 80% kepada KPPK; dan

x. PB perlu memastikan setiap pelajar asing yang membuat permohonan PLIK bagi melanjutkan pengajian ke negara ini perlu mempunyai bukti sokongan kewangan yang kukuh dan mencukupi bagi membiayai pelajar asing sepanjang tempoh keberadaan pelajar asing tersebut di negara ini.

9.0 LAWATAN PEMERIKSAAN

JPK boleh pada bila-bila masa mengadakan lawatan pemeriksaan untuk menentusahkan kesahihan bagi semua jenis permohonan dengan disertai bersama agensi penguatkuasaan yang lain.

10.0 KELULUSAN PERMOHONAN

Selepas menimbangkan sesuatu permohonan, KPPK boleh:

(a) meluluskan permohonan itu dan memberikan perakuan kelulusan kepada PB bagi suatu tempoh yang ditetapkan; atau

(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan tersebut.

11.0 PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN SIJIL PENTAULIAHAN

KPPK boleh, pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sijil pentauliahan yang telah dianugerahkan kepada PB merujuk kepada Seksyen 29 Akta 652.

(15)

12. 0 TARIKH KUATKUASA

Panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Dengan berkuatkuasa panduan pelaksanaan dan syarat pentauliahan ini Panduan Permohonan Latihan Kemahiran Peringkat Antarabangsa bertarikh Ogos 2007 adalah DIBATALKAN.

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Januari 2012

Referensi

Dokumen terkait

Ketiga parameter dari madu rambutan dan madu kelengkeng memiliki nilai yang tidak berbeda nyata, oleh sebab itu kedua madu tersebut juga menghasilkan nilai zona penghambatan

a) Lokasi penelitian pada akses ramp-up Level 600 Ciurug tambang bijih emas bawah tanah PT. UBPE, Antam, Pongkor, Bogor, Jawa Barat. b) Penelitian dilakukan hanya

Anda bisa melakukan partisi lagi tapi resikonya data dan program Anda bisa melakukan partisi lagi tapi resikonya data dan program yang sudah ada akan hilang,

Menurut Pratanti (dalam http://zhalabe.blogspot.com/2012/01/perilak u-asertif.html) seseorang dapat dikatakan asertif apabila memiliki kriteria merasa bebas untuk

Zakat merupakan satu bentuk ibadah yaitu bentuk peribadatan yang melibatkan harta benda (maliyah) didalamnya sedangakan pajak adalah murni bernilai ekonomis. Perbedaan yang

Ketiga, pengkajian terhadap kandungan hadis, yaitu relasi hadis tersebut kaitannya dengan Al Qur‟an seperti kesesuaian (suistainable) dan hadis-hadis lain yang

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan pada karyawan Entra Indonesia tentang pengaruh reward dan punishment terhadap kinerja karyawan, dapat diambil

Dari hasil wawancara yang telah di lakukan dengan petugas lapas dan warga binaan terhadap pemberian bimbingan karir kepada warga binaan lapas kelas II Pontianak.