• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 1 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada masa kini, hampir seluruh manusia menjadikan motorsikal sebagai pengangkutan utama mereka kerana ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta kos perbelanjaan untuk bahan api dapat dijimatkan. Tetapi para pengguna motorsikal kurang mendapat masa untuk membersihkan motorsikal mereka bagi mengekalkan motorsikal berada dalam keadaan sentiasa bersih. Oleh itu, kami memilih untuk membina sebuah mesin untuk mencuci motorsikal bagi menjimatkan masa para pengguna dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga serta dapat menjimatkan penggunaan air. Dengan adanya mesin ini, pengguna dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian mereka kepada keperluan yang lebih penting.

Kebanyakan CarWash dan AutoWash ada yang menyediakan servis untuk membasuh motorsikal. Tetapi perniagaan tersebut hanya tertumpu kepada kereta sahaja.

Pada era moden ini, masyarakat gemar membayar pekerja untuk membersihkan motorsikal mereka sendiri. Oleh yang demikian, idea yang diperolehi untuk meningkatkan lagi spesifikasi mesin untuk mencuci motorsikal dengan mengantikan cara mencuci motorsikal dengan cara yang lama. Dengan cara ini, kerja-kerja untuk membasuh motorsikal dapat dilakukan dengan cepat dan menjadi lebih efisyen tanpa perlu menghabiskan banyak waktu. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia.

(2)

2 1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pada masa kini, pengguna mempunyai masalah untuk membasuh motorsikal kerana perlu menggunakan banyak tenaga untuk membuka paip dan menutup paip ketika sedang membasuh motor. Selain itu, jika pengguna ingin membasuh motor di tempat mencuci motorsikal, ia memerlukan masa yang lama untuk menunggu proses cucian. Selain daripada itu, salah satu punca pembaziran air ialah ketika pengguna membasuh motorsikal.

Pengguna menggunakan air yang banyak untuk menyelesaikan satu cucian. Harga pasaran yang mahal juga menjadi salah satu sebab kami memilih untuk membuat projek ini. Projek Motorcycle Wash Machine yang dibina akan membantu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh seluruh pengguna motorsikal dalam usaha menjimatkan penggunaan air.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

 Merekabentuk sebuah mesin mencuci motorsikal iaitu Motorcycle Wash Machine menggunakan sistem fluid dan sistem nozel.

 Membina mesin yang dapat menahan tekanan air yang laju dengan menggunakan paip.

 Menganalisis sistem aliran dan tekanan air didalam Motorcycle Wash Machine yang dibina.

(3)

3 1.4 SKOP KAJIAN

Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang berinovasi, efektif dan bermutu tinggi dari segi rekabentuk dan fungsinya. Dalam menghasilkan produk ini, proses penyelidikan harus dijalankan sebelum kerja-kerja penghasilan produk dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti, menganalisis, membuat kajian dan seterusnya membuat keputusan untuk mewujudkan satu kronologi yang lengkap dalam menghasilkan sesuatu projek. Melaksanakan sesuatu projek supaya nampak sempurna dan berjalan dengan lancar, skop projek atau had-had pelaksanaan projek amat penting bagi menghasilkan projek yang baik demi memastikan projek tidak terkeluar dari skop yang telah ditetapkan. Bagi mencapai objektif ini, kami telah menetapkan beberapa skop projek seperti di bawah:

 Produk ini hanya untuk motorsikal bersaiz kapcai sahaja.

 Produk ini hanya menggunakan proses semburan air sahaja.

 Pancutan air lebih tertumpu kepada tempat kotoran yang strategik.

 Produk ini menggunakan sedikit tenaga manusia.

 Tidak boleh menghilangkan kesan minyak hitam.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menjimatkan penggunaan air serta mengurangkan penggunaan tenaga manusia untuk memastikan kenderaan mereka sentiasa bersih dan cantik.

(4)

4 1.6 TAKRIFAN

Motorsikal merupakan salah satu kenderaan atau pengangkutan kepada manusia termasuk didalam negera mahupun luar negara. Motorsikal juga menjadi pengangkutan yang penting bagi rakyat Malaysia untuk melakukan kerja harian bagi menjimatkan kos perbelanjaan harian mereka. Di Malaysia, pengguna motorsikal menggunakan motorsikal bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur. Selain itu, kebersihan motorsikal juga perlu dijaga untuk memastikan motorsikal kelihatan cantik dan kekal dalam keadaan baik. Justeru itu penciptaan peralatan berinovasi bagi projek ini adalah untuk mengasah minat,kemahiran serta pengetahuan pensyarah dan pelajar kepada teknologi terkini. Melalui projek ini, pensyarah dan pelajar dapat melakukan kelainan bagi menghasilkan sesuatu alat atau mesin yang sesuai dengan cara penggunaan masa kini.

Di bandar-bandar negara pada masa kini, terdapat banyak carwash, snow wash, car auto wash tetapi kurang untuk motorsikal. Selalunya motorsikal dicuci dengan menggunakan power pump dan itu menyebabkan pembaziran air dan menggunakan banyak tenaga. Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, projek inovasi perlu dicipta dan direka.

Terutamanya di kasawan kampong yang menjadi masalah. Pengguna motorsikal membawa motorsikal di kawasan bendang dan hampir seluruh motorsikal diselimuti lumpur. Dengan adanya mesin sebegini, ia dapat mencuci dan membersihkan motorsikal tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

(5)

5 Sudah sampai masanya Motorcycle Wash Machine dicipta di Malaysia kerana negara luar mempunyai mesin ini tetapi jika diimport ke dalam negara mungkin kosnya agak mahal. Dengan mencipta mesin ini, bukan sahaja kos dapat dijimatkan, malah masa dan tenaga juga sekaligus dapat dikurangkan. Ini kerana dalam pengendalian mesin ini, hanya seorang sahaja yang diperlukan. Masalah motorsikal kelihatan buruk dan cabuk dapat dikurangkan dengan ada mesin ini.

Penghasilan mesin ini amat penting dan sangat membantu dalam kehidupan masa kini, ia juga dapat memudahkan segala urusan. Untuk menyahut seruan ini, kumpulan kami telah bersepakat untuk menghasilkan sebuah mesin mencuci motorsikal yang diberi nama “Motorcycle Wash Machine”.

1.7 RUMUSAN BAB

Bab ini membincangkan tentang objektif yang ingin dicapai dalam melakukan projek ini. Selain itu, disertakan skop kajian dimana serta penyataan masalah. Tujuan penyataan masalah ini dibincangkan kerana projek yang ingin dijalankan iniperlu mengatasi segala masalah-masalah yang telah dikenal pasti bagi menarik minat pengguna serta memuaskan keinginan para pengguna. Kepentingan kajian yang dinyatakan di dalam bab ini adalah tentang perkara yang perlu dititik beratkan bagi melaksanakan projek ini. Antara aspek yang paling penting ialah projek ini harus mempunyai ciri-ciri keselamatan serta memenuhi kehendak pengguna. Kajian diteruskan dengan bab 2 iaitu Kajian Literatur.

(6)

6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Literatur bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Kajian literature digunakan untuk memberikan konteks kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain.

Kandungan dalam bab ini boleh mengandungi satu pengenalan ringkas kepada tajuk kajian, konsep atau teori yang berkaitan, kajian terdahulu yang adaa kaitan dalam bidang kajian dan rumusan bab ini.

Tajuk umum isu atau bidang yang menjadi tumpuan perlu dikenalpasti seterusnya menyediakan konteks yang sesuai untuk tinjauan literature. Istilah “literature” bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Kajian literature digunakan untuk memberikan kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain. Trend keseluruhan tajuk cadangan dalam teori, metodologi, bukti dan kesimpulan. Bagi memperjelaskan lagi projek yang telah dihasilkan di sini disertakan tentang cara binaan dan kelebihan “Motorcycle Wash Machine” yang dihasilkan berbanding dengan alat yang telah sedia ada di pasaran pada masa kini.

(7)

7 2.2 PANDUAN IDEA

Untuk menjadikan projek kami lebih Berjaya kami perlu berpandukan pada produk- produk yang sedia ada. Ia akan menjadikan sumber untuk menjalankan projek ini. Dengan ini kami dapat mengolahkan produk-produk yang sedia ada supaya dapat diaplikasikan pada projek kami iaitu Motor Wash Machine. Reka bentuk dan fungsi sesuatu produk itu akan diubah mengikut kesesuaian projek kami.

2.2.1 KAJIAN SPESIFIKASI MESIN DI PASARAN

Mesin ini banyak dipasarkan di pasaran antarabangsa namun kurang dilihat di pasaran tempatan. Setiap mesin mempunyai kebolehan, keunikan dan ciri- ciri reka bentuknya yang tersendiri yang telah disuaikan dengan kehendak penciptanya.

Pencipta yang menciptanya atas dasar permasalahan yang timbul hasil daripada pemerhatian terhadap pengguna.

(8)

8 2.3 KAJIAN SPESIFIKASI MOTORCYCLE WASH DI PASARAN

Rajah 2.1 Cara Cucian Biasa

Cara diatas merupakan cara yang mudah untuk mencuci motorsikal serta merupakan cara pengguna motorsikal memastikan motorsikal mereka berada dalam keadaan bersih. Tetapi terdapat juga keburukan dengan penggunaan cara tersebut. Salah satu keburukannya adalah penggunaan air yang tidak dapat dikawal boleh menyebabkan pembaziran. Selain itu, dengan cara ini pengguna juga banyak menggunakan tenaga contohnya seperti mengawal air untuk membasuh motorsikal tersebut. Walaupun kosnya tidak mahal, ia akan menyebabkan pengguna sakit pinggang dan sebagainya. Salah satunya pengguna perlu membongkok untuk mencuci bahagian bawah motorsikal.

(9)

9 Rajah 2.2 Mesin Mencuci Motorsikal Berkos Tinggi

Mesin basuh BikeCleanse Automatic Bike ini direka dan dibangunkan dengan kesedaran bahawa bilangan dua roda semakin meningkat di jalanraya hari ini.Menggunakan teknologi mewah ini, hasilnya bukan sahaja cepat, cekap, dan ekonomik, tetapi juga mesra alam. Unit kitar semula air kami yang dibina akan membantu mengurangkan pembaziran air sehingga 95%. Mesin ini sepenuhnya terkandung dalam strukturnya sendiri, mudah diangkut dan hanya memerlukan permukaan yang rata untuk pemasangan, tertutup atau luaran.BikeCleanse menawarkan nilai tambah kepada tempat- tempat seperti Pusat Perkhidmatan, Pam Petrol, Shopping Malls, IT Park yang mempunyai motosikal dalam jumlah yang tinggi. Tetapi harga pasarannya yang agak mahal menyukarkan pengguna untuk memiliki mesin ini untuk hak persendirian. Anggaran harga di pasaran adalah sebanyak RM 21,000.00 .

(10)

10 2.4 KAJIAN SEDIA ADA MOTORCYCLE WASH MACHINE

2.4.1 BIKE CLEANSE

Rajah 2.3 Mesin Mencuci Motorsikal Semi Automatik

Mesin ini boleh mencuci satu motorsikal dalam masa tiga minit. Air yang diperlukan untuk mencuci sangat sedikit. Aduan oleh pelanggan dalam mencuci manual dikurangkan kepada sifar.Kepuasan pelanggan 100%. Mesin ini merupakan ciptaan dari negara India. Harga pasaran di India ialah Rs 5.6 Lakh. Mesin ini merupakan semi automatik.

Spesifikasi teknikal :

 Ruang yang diperlukan: 9X11 kaki

 Kapasiti Pam: 7.5 hp, 3 Fasa bekalan

 Kotak gear memandu: 0.5 hp, 3 Fasa bekalan

 Jumlah bilangan nozel: 19

(11)

11 2.4.2 SEMI AUTOMATIC MOTOR WASH MACHINE (TOUCHLESS)

Rajah 2.4 Mesin Mencuci Motorsikal Bersistem Hidraulik

Mesin yang sangat baik yang sempurna untuk digunakan untuk mencuci motorsikal.

Kedua-dua pemasangan menggunakan In Ground atau In HydraulicLift. Di Ground dengan HydraulicLift untuk menjimatkan ruang, dan kelihatan jauh lebih baik. Selain itu ia dapat menjimatkan kos elektrik, cara beroperasi. Lain daripada itu proses cuciannya juga cepat dan bersih. Di samping itu, ia boleh dipasang ke semua model mesin mengikut kehendak pelanggan. Seterusnya kos penyelenggaraannya yang sangat rendah.

Spesifikasi Teknikal :

 Jumlah kuasa: 1.3KW Bekalan kuasa: 220V / 380V, 50 / 60HZ, 1phase / 3phase

 Bekalan kuasa yang disyorkan: 220V, 50HZ, 1phase

 Maks. Dimensi pembersihan: 2300mm X 1400mm

 Min. Dimensi pemasangan: 2500mm X 1500mm x 400mm (bergantung kepada rekabentuk pemasangan model)

 Masa cuci: kira-kira 1.5minit / kenderaan

(12)

12 2.5 KAJIAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

2.5.1 Pam Air

Rajah 2.5.1 Pam Air

Pam hanya digunakan bagi menghantar bekalan bendalir dari satu kawasan yang rendah ke mana – mana kawasan yang lebih tinggi. Jika penggunaannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang lebih rendah, pam tidak perlu digunakan. Dalam erti kata lain, ia merupakan suatu peranti mekanikal yang digunakan untuk menambahkan tenaga cecair supaya bergerak. Selain itu, ia digunakan untuk memindahkan cecair dari paras yang rendah ke paras yang lebih tinggi.

2.5.2 Besi Siku Berlubang

Rajah 2.5.2 Besi Siku Berlubang

Besi siku sebenarnya adalah besi plat yang bentuknya siku atau memiliki sudut 90 derajat.

Panjang besi siku ini biasanya adalah 6 meter. Besi siku digunakan untuk membuat rak besi, tower air, dan konstruksi besi lainnya. Besi siku juga memiliki ukuran Iebar dan ketebalan yang berbeda- beda sehingga konsumen bisa memilih besi sesuai dengan kebutuhan.

(13)

13 2.5.3 Paip PVC

Rajah 2.5.3 Paip PVC

Paip merupakan silinder panjang yang digunakan bagi menyalur atau mengalirkan air atau gas bagi tujuan-tujuan tertentu. Biasanya, kegunaan paip di rumah adalah bagi menyalurkan air minuman, gas memasak, air panas dan seumpamanya. Biasanya, paip yang digunakan di rumah kediaman boleh dkategorikan dalam pelbagai kategori seperti tembaga, PVC (polivinil klorida), plastik, besi bergalvani, buluh dan seumpamanya. Disebabkan keadaan fizikal paip yang berlainan, sekiranya paip tersebut bocor, maka kaedah membaiki atau membetulkannya juga berlainan. Biasanya, kerosakan yang berlaku ke atas paip ialah sama ada pecah, berkarat, mereput, berlubang, penyambungan semula samada untuk memanjang atau memotong paip berkenaan.

2.5.4 Nozel Paip

Rajah 2.5.4 Nozel

Nozzle merupakan salah satu bahan untuk menjadikan aliran air menjadi laju dan tajam.

Kegunaan nozel adalah untuk memastikan aliran air menjadi laju. Kebiasaannya nozel ini dipasang pada hujung paip dan ia boleh menyembur air di tempat yang sempit dan sukar untuk disembur. Muncung nozel mempunyai pelbagai bentuk. Tetapi bentuk alur yang kecil pasti memberi semburan yang kuat dan tajam.

(14)

14 2.5.5 Sprinkler

Rajah 2.5.5 Sprinkler

Sprinkler merupakan satu bahan yang digunakan untuk meratakan pergerakan air dalam projek kami. Sprinkler dapat memastikan air kena pada semua bahagian kerana ia akan berpusing apabila air melaluinya.Sprinkler akan berpusing 360 darjah.

2.5.6 Bolt Dan Nat

Rajah 2.5.6 Bolt Dan Nat

Bolt dan nat adalah sejenis penyambung yang banyak digunakan. Ia digunakan untuk semua jenis rekabentuk dari yang mudah hinggalah kepada yang tersangat canggih dan mahal yang memerlukan penyambung yang sementara iaitu sambungan yang boleh dibuka bila perlu dan kemudian disambungkan semula tanpa menjejaskan bahan yang disambung. Walaupun bentuknya nampak mudah tetapi bolt dan nat ini merupakan suatu anggota yang sangat rumit untuk dianalisis kerana ianya mengemukakan banyak masalah, umpamanya masalah timpuan tegasan dan masalah keratan rentas yang tidak sama

tengah.

(15)

15 2.5.7 Tee Dan Siku 90o Sama Paip

Rajah 2.5.7 Tee Dan Siku 90oSama Paip

Tee dan siku 90o sama merupakan penyambung untuk menukar arah paip. Ia sering digunakan untuk menyambung paip yang telah dipotong serta mengubah arah paip untuk sesuatu arah yang dikehendaki. Siku 90’ sama digunakan untuk mengubah arah arah paip yang bersudut 90’. Manakal tee pula merupakan paip yang becabang yang sama diameter yang bersudut 90’kepada paip utama dan paip perkhidmatan.

2.5.8 Tangki Air

Rajah 2.5.8 Tangki Air

Tangki air merupakan sebuah bahan yang digunakan untuk menadah atau mengumpul air.

Tangki juga merupakan permulaan untuk sistem perpaipan dimana air akan disedut.

Tangki air adalah bahan yang penting dalam sistem aliran air. Tangki air biasanya dijumpai sistem aliran air di rumah-rumah kerana perumah memerlukan simpanan air untuk kegunaan harian.

(16)

16 2.6 KAJIAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Rajah 2.6.1 Mesin Grinder Mini

Mini grinding machine adalah mesin canai mudah alih yang mengacu pada pembuatan bentuk datar dan permukaan yang rata pada sebuah benda kerja yang berada di bawah batu grinder yang berputar. Pada umumnya mesin grinder digunakan untuk penggerindaan permukaan yang meja mesinnya bergerak horizontal bolak-balik. Benda kerja dicengkam pada meja magnetik, digerakkan kehadapan dan belakang di bawah batu grinder. Meja pada mesin grinder mendatar dapat dioperasikan secara manual atau automatik yang dapat diatur pada bahagian mata alat.

Rajah 2.6.2 Mesin Gerudi Tangan

Rajah 2.6.2 menunjukkan mesin gerudi yang digunakan ialah jenis gerudi tangan. Mesin ini digunakan untuk menebuk lubang pada permukaan besi. Mesin ini mudah digunakan kerana ia boleh digunakan pada kedudukan yang berlainan.

(17)

17 Rajah 2.6.3 Mata Gerudi Besi

Rajah 2.6.3 ialah mata gerudi yang digunakan ialah jenis stainless steel. Ia sesuai digunakan untuk menebuk lubang pada pelbagai jenis besi samada lembut mahupun besi keras. Ia juga digunakan untuk menebuk lubang pada tangki air.

Rajah 2.6.4 Pita Pengukur

Rajah 2.6.4 digunakan untuk mengukur panjang sesuatu bahan. Ia mempunyai ukuran dalam meter (m), kaki (ft) dan centimeter (cm).

(18)

18 Rajah 2.6.5 Pita Paip

Pita paip digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip yang berulir dan mengukuhkan sambungan paip besi bergalvani. Dililit pada ulir penyambungan paip mengikut arah pusingan jam.

Rajah 2.6.6 Gam Paip

Gam paip digunakan untuk disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC semasa membuat penyambungan supaya sambungan kukuh dan tidak bocor.

(19)

19 Rajah 2.6.7 Pemotong Paip PVC

Pemotong paip PVC digunakan untuk memotong paip PVC atau paip poli. Matanya yang tajam dan rahangnya yang berbentuk bulat memudahkan lagi kerja pemotongan paip dilakukan.

2.7 RUMUSAN BAB

Kesimpulannya, setelah menjalankan kajian terhadap barang-barang dan komponen yang diperlukan untuk membina projek ini, didapati komponen yang mempunyai spesifikasi yang sesuai perlu digunakan bagi membendung sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini. Selain itu, ia juga amat penting agar komponen ini dapat menjimatkan kos untuk projek tahun akhir ni serta dapat menambah pengetahuan tentang bahan-bahan yang digunakan untuk projek ini. Dalam pada itu, projek akhir ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah sulit yang tidak dapat diselesaikan.

(20)

20

BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merujuk kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan

penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian.

Bab ini merangkumi pengenalan bab, reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, instrument kajian, kaedah analisis data dan rumusan bab. Namun demikian, subtajuk yang terdapat dalam bahagian yang bergantung sebahagian besarnya kepada jenis projek yang dilaksanakan. Sesetengah kajian mungkin memerlukan perbincangan lebih terperinci berkaitan reka bentuk dan instrument kajian berbanding kajian yang lain.

Metodologi adalah satu aspek kejuruteraan yang perlu diambil berat dalam menghasilkan sesuatu produk. Metodologi ini di sama ertikan sebagai cara-cara kaedah pemilihan dan analisis. Selain itu, dengan adanya metodologi ini produk yang dibuat dapat diselesaikan dengan sempurna dan cemerlang.

Metodologi juga merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.

Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu projek atau produk.

(21)

21 Metodologi termasuk koleksi falsafah teori, konsep atau idea kerana ia berkaitan dengan sesuatu bidang atau bidang siasatan. Kaedah merujuk kepada lebih daripada satu set mudah kaedah, sebaliknya ia merujuk kepada rasional dan andaian falsafah bahawa kajian sebagai garis bawah berbanding dengan kaedah saintifik. Ini adalah punca mengapa kesusasteraan ilmiah sering mengandungi satu bahagian pada para penyelidik.

Setiap langkah projek ini adalah satu proses untuk menyiapkan sesuatu projek.

Setiap langkah mesti diikuti satu persatu dan perlu dilakukan dengan teliti dan secermat mungkin bagi mengelakkan kesilapan. Jika beberapa kesilapan berlaku, ia mungkin tidak dapat beroperasi atau tidak kelihatan kemas dan sempurna.

3.2 KONSEP KERJA PRIME (PRIME CONCEPT)

Projek ini menggunakan konsep kerja PRIME

3.2.1 P- Problem Statement ( Pernyataan Masalah ) 3.2.2 R- Research ( Penyelidikan )

3.2.3 I- Invention ( Ciptaan / Pembuatan ) 3.2.4 M- Modification ( Pengubahsuaian ) 3.2.5 E- Evaluation ( Penilaian )

(22)

22 3.3 PROBLEM STATEMENT ( P )

Proses mengenal pasti masalah dilakukan terlebih dahulu supaya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna motorsikal. Kebanyakan pengguna motorsikal mempunyai kekangan masa untuk mencuci motorsikal serta mereka menganggap mencuci motorsikal menyebabkan pembaziran air. Ini bertujuan bagi memastikan segala masalah untuk mencuci motorsikal dapat direka bentukkan untuk memudahkan kerja para pengguna motorsikal serta dapat menjadikan projek tersebut lebih baik.

3.4 RESEARCH ( R )

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan. Instrumen kajian ini digunakan sebagai asas untuk memperoleh data seperti mana yang dikehendaki untuk mencapai objektif. Kaedah yang digunakan ialah dengan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif dijalankan melalui boring soal selidik dan kualitatif dijalankan melalui temubual dan pemerhatian untuk memperoleh data yang lebih tepat.

3.5 INVENTION ( I )

Memulakan projek dengan menganalisis maklumat yang ada melalui hasil pencarian yang telah dilakukan semasa penyelidikan.

(23)

23 3.6 MODIFICATION ( M )

Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada produk.

Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meneliti rekabentuk projek jika terdapat alat- alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos berat sesuatu produk.

Pengubahsuaian ini amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan memuaskan serta mengikut aspek atau skop yang telah ditetapkan. Jika produk yang dihasilkan mengikut spesifikasi yang betul, keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia pasti mendapat sambutan hangat jika dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak pengguna mampu memasuki pasaran negara dengan mudah jika ianya menjadi satu tarikan dan tidak mustahil mampu menguasai pasaran dunia lantas mendatangkan hasil yang lumayan kepada pelabur atau pun pembeli.

3.7 EVALUATION ( E )

Proses pengujian adalah amat penting dalam penghasilan sesuatu rekabentuk sesuatu projek. Pengujian juda dapat menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan,objektif yang ditetapkan dan keselamatan projek yang telah dihasilkan.

Kerja-kerja pemasangan dan ujikaji bagi projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan proses pemotongan sesuatu buhan dilakukan. Kerja pemasangan yang akan dilakukan adalah mengikut perancangan yang telah dirancang pada peringkat awal.

Selain itu, ujikaji adalah amat penting dan bertujuan untuk memastikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan menjamin kestabilan serta keselamatan struktur projek.

(24)

24 3.8 CARTA ALIRAN

Carta aliran projek akhir ini ditujukkan pada rajah dibawah. Pertama sekali ialah berkumpul sesama ahli kumpulan untuk mengkaji serta membincangkan keperluan untuk rekabentuk mesin pencuci motorsikal menggunakan motor untuk mengepam air. Kemudian membuat senarai masalah rekabentuk yang dihadapi. Seterusnya, merekabentuk semula projek dan melakukan penilaian serta pemilihan konsep iaitu mengira anggaran kos yang diperlukan untuk membuatkan produk ini berfungsi.

Akhir sekali, ujian dijalankan lalu proses pembaikkan kali terakhir apabila terdapat beberapa kesilapan atau kecacatan serta kekurangan yang tidak dapat dikesan sebelum ujikaji dilakukan pada projek yang dihasilkan sebelum dipersembahkan kepada para panel yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan untuk menilai hasil dari projek yang telah dilakukan ini.

(25)

25

PEMILIHAN TAJUK

PENGUJIAN TIDAK BERJAYA

PENYATAAN MASALAH

MEMBUAT KAJIAN

ANALISIS MULA

BERJAYA

TAMAT

(26)

26 3.9 LAKARAN

i. PERCAMBAHAN IDEA a) Analisa Konsep Rekabentuk

Sebelum membuat atau merekabentuk sesuatu produk baru yang paling penting untuk dilakukan adalah menentukan aliran langkah rekabentuk projek. Ia telah memisahkan empat langkah kepentingan bersama untuk mewujudkan aliran rekabentuk produk. Seperti menentukan spesifikasi mewujudkan konsep rekabentuk, membuat keputusan, dan rekabentuk terperinci.

Rajah 3.1 Lakaran Pertama

Rajah 3.1 menunjukkan rekabentuk pertama bahawa ia memerlukan banyak masa untuk membinanya kerana rekaannya yang besar. Selain itu, rekabentuknya lebih berat dan sukar untuk untuk dikendalikan. Lain daripada itu, kos untuk membinanya agak besar.

(27)

27 Rajah 3.2 Lakaran Kedua

Rajah 3.2 menunjukkan rekabentuk kedua bahawa motorsikal perlu dinaikkan ke atas projek tersebut. Itu akan menyebabkan kurangnya ciri-ciri keselamatan. Rekabentuk ini akan memberi kesan yang buruk kepada pengguna jika tidak dikawal dengan rapi. Tetapi rekaannya mudah untuk dibina.

(28)

28 Rajah 3.3 Lakaran Ketiga

Rajah 3.3 menujukkan rekabentuk ketiga bagi projek ini yang mempunyai beberapa ciri yang menarik dan mudah untuk dibina. Selain itu, faktor keselamatan yang baik serta kos untuk membuatnya murah. Seterusnya rekabentuk ini tidak memerlukan bahan yang banyak untuk dibina.

(29)

29 ii. PEMILIHAN IDEA

a) Jadual Penilaian Bermatrik

Pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan konsep rujukan (DATUM). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap konsep- konsep yang telah dibincangkan untuk menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Evaluation Method (Jalil, M.K.A, 2000) seperti yang ditunjukkan di jadual 3.1 dibawah. Keputusan yang diperolehi ditentukan berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada konsep yang direka. Oleh itu, sebarang kelemahan yang terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Jadual 3.1 dibawah menunjukkan perbandingan di Antara rekabentuk konsep 1, 2 dan 3 dengan konsep rujukan.

Jadual 3.1 Jadual Penilaian Bermatrik

Bil Kriteria Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3 Konsep

rujukan 1 Rekabentuk

Komersial

5 5 4 D

A

T

U

M

2 Kos 3 4 5

3 Mudah alih 2 3 5

4 Saiz 2 3 4

5 Berat 2 3 5

6 Bahan 3 3 4

Jumlah Keseluruhan 17 21 27 0

Daripada jadual 3.1 diatas, (1) mewakili kriteria paling kurang memuaskan, (2) mewakili kurang memuaskan, (3) mewakili memuaskan, (4) mewakili baik manakala (5) mewakili sangat memuaskan. Konsep 3 menjadi pilihan rekabentuk untuk membina projek kami.

(30)

30 b) Lukisan Berkomputer

Rajah 3.4 Lukisan Berkomputer

(31)

31 3.10 PEMILIHAN BAHAN

Jadual 3.2 Jadual Pemilihan Bahan

Bil Bahan Kegunaan

1. Pam Air 2.0hp Digunakan untuk mengepam air

dari tangki untuk disalurkan ke paip projek.

2. Paip PVC Digunakan untuk aliran air pada

bahan projek.

3. Besi Siku Berlubang Digunakan untuk menjadi tapak projek serta memegang paip.

(32)

32

4. Nozzle Digunakan untuk mengecilkan

dan melajukan semburan dari paip pvc.

5. Sprinkler Untuk meratakan air dibahagian

atas permukaan motorsikal.

6. Bolt dan Nat Digunakan untuk mencantum

kan besi siku berlubang.

(33)

33 7. Tee Dan Siku 90’ Sama Digunakan untuk menyambung

paip bagi memastikan aliran paip sempurna.

8. Tangki Air Digunakan untuk menyimpan

air sebelum ia digunakan untuk proses cucian.

(34)

34 3.10.1 Peralatan Yang Digunakan

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan semasa proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa bantuan alatan ini semasa melakukan projek, projek tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Jadual 3.3 Senarai Peralatan Yang Digunakan

Bil Peralatan Kegunaan

1. Mata Gerudi Digunakan untuk menebuk

lubang kerja. Saiz mata gerudi juga berbeza mengikut saiz lubang yang hendak dibuat.

2. Pita Pengukur Digunakan untuk

mengukur panjang sesuatu bahan yang hendak di ambil ukurannya.

(35)

35

3. Cermin Mata Keselamatan Digunakan untuk

melindungi mata dari terkena serpihan yang terpercik ketika melakukan kerja.

4. Mesin Grinder Digunakan untuk

memotong bahan kerja yang kecil.

5. Mesin Gerudi Digunakan untuk

menebuk lubang pada bahan kerja.

(36)

36

7. Pita Paip Digunakan untuk

membalut hujung paip bagi mengelak kebocoran.

8. Gam Paip Digunakan untuk

menyambung paip ke paip yang lain.

9. Pemotong Paip PVC Digunakan untuk

memotong paip pvc sahaja.

(37)

37 3.10.2 Anggaran Kos

Jadual 3.4 Anggaran Kos

Bil Bahan Kuantiti Harga/Unit Jumlah

1. Paip PVC 15 Meter RM 2.00per

meter

RM30.00

2. Pam Air 1 RM 300.00 RM 300

3. Besi Siku Berlubang 4 Meter RM 20.00 per meter

RM 120

4. Gam Paip 1 RM 6.50 RM 6.50

5. Nozzle 10 RM 6.00 RM 60.00

6. Pita Paip 3 RM 1.50 RM 1.50

7 Sprinkler 2 RM 10.00 RM10.00

Jumlah Kos Yang Diperlukan RM 528.00

(38)

38 3.11 PROSES PEMBINAAN

a. Proses Membina Rangka Projek

Lukisan atau lakaran bagi setiap asas tersebut telah dilukis dalam Software Autodesk Iventor 2016 supaya lakaran atau lukisan tersebut nampak lebih jelas dan menarik.

Dalam proses melakar tersebut ukuran projek ini telah dikeluarkan dan dicatat dengan lebih tepat dan terperinci. Bahagian ini sangat penting kerana bahagian ini adalah bahagian utama projek dan bahagian ini juga merupakan tempat perlaksanaan atau tempat sistem projek ini diletakkan. Setiap ukuran dan juga dimensi mestilah tepat supaya tidak berlaku perkara yang dapat menghalang pergerakan sistem projek ini.

b. Proses Memotong Dan Menyambung Paip

Proses memotong paip merupakan proses yang memerlukan penelitian yang tinggi kerana memerlukan ukuran yang tepat. Jika mengambil mudah untuk memotongnya, ia akan menyebabkan ukuran tidak sama sehingga dapat mengakibatkan kos meningkat. Proses menyambung paip pula juga merumitkan kerana ia menggunakan gam dan jika tersalah, ia akan menyukarkan untuk mencabutnya semula.

c. Proses Memasang Nozel Dan Sprinkler

Proses ini memerlukan pengiraan sudut untuk meletakkan nozel bagi memastikan semburan tepat kepada kotoran yang sukar dibersihkan. Kedudukan nozel yang tepat akan memudahkan lagi kerja pembersihan. Sprinkler pula dipasang hanya untuk meratakan air dibahagian atas projek. Ia tidak memerlukan tekanan yang kuat.

(39)

39 d. Proses Mencantumkan Tapak Projek Dengan Projek

Proses ini merupakan proses yang dilakukan apabila semua proses penyambungan paip selesai. Proses ini adalah untuk memastikan projek tidak bergegar oleh kerana tekanan air yang kuat. Selain itu, ia juga untuk menyeimbangkan projek.

e. Proses Menyambung Pam Air

Proses ini merupakan proses kemuncak dimana sambungan projek ke pam air.

Proses ini dilakukan bagi memberi tekanan air yang tinggi kepada projek sehingga nozel dapat mengeluarkan air dengan laju.

f. Proses Menyambung Tangki Air

Proses ini merupakan proses terakhir kerana ia merupakan sambungan yang terakhir pada projek ini. Tangki air akan disambung pada pam air untuk dialirkan ke projek.

Air akan bergerak ke bahan projek apabila pam air dihidupkan.

(40)

40 Rajah 3.5 Proses Pemotongan Paip

Rajah 3.5 merupakan proses untuk memotong paip. Proses ini adalah untuk memastikan paip dipotong mengikut panjang yang telah ditetapkan. Proses ini dilakukan dengan menggunakan gergaji paip dan pemotong paip.

Rajah 3.6 Proses Menyambung Paip

Rajah 3.6 merupakan proses penyambungan paip. Proses ini adalah untuk menyambung antara paip dengan paip. Sambungan dibuat dengan menggunakan penyambung seperti tee paip dan sesiku L 90; sama. Gam paip digunakan dalam proses ini bagi menguatkan lagi sambungan antara paip.

(41)

41 Rajah 3.7 Proses Memasang Nozel

Rajah 3.7 merupakan proses pemasangan nozel. Proses ini adalah untuk mencantumkan nozel dengan paip. Pita paip digunakan pada proses ini bagi mengelakkan aliran air terkeluar serta mengetatkan lagi nozel.

Rajah 3.8 Proses Menebuk Lubang Pada Tangki Air

Rajah 3.8 merupakan proses menebuk lubang pada tangki air. Proses ini adalah untuk menyambung paip dari tangka ke pam air. Proses ini menggunakan gerudi tangan bagi memastikan lubang yang ditebuk bersamaan dengan saiz paip.

(42)

42 3.12 MENGUJI KEBERKESANAN PROJEK

Rajah 3.9 Projek Yang Sudah Tersedia Untuk Diuji

Jadual 3.3 Rekod Masa Yang Diambil Untuk Pembersihan

Bil Jenis Kotoran Masa Cucian Yang Diambil (minit)

Air Yang Digunakan (l)

1 Lumpur 5 150

2 Debu 2.30 130

3 Minyak 7 200

(43)

43 3.13 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dibuat pada bab ini ialah selepas menjalankan kajian bagi bab tiga ini dan mendapat pengetahuan serta cara membuat projek dengan lebih jelas, terperinci dan mudah. Ini memudahkan lagi kerja-kerja yang dilakukan untuk membangunkan projek.

Data-data yang telah dikumpul dan dianalisis adalah data yang amat penting dalam membuat projek akhir ini. Data-data ini semua dikumpul melalui pelbagai jenis cara contohnya dengan melayari internet, membaca beberapa buah buku yang berkaitan, di kedai-kedai dan melalui maklumat dari pensyarah. Bab ini juga menerangkan tentang kos bahan, kuantiti, harga serta jumlah keseluruhan yang diperuntukkan bagi menyiapkan projek akhir ini. Kajian rekabentuk yang dijalankan membantu untuk memudahkan proses bagi menentukan rekabentuk yang sesuai dan tidak menelan perbelanjaan yang banyak serta bahan yang ingindigunakan mudah unyuk diperolehi. Selain itu, dalam bab ini juga dapat mengetahui spesifikasi bahan yang berada di pasaran serta harga-harga yang berbeza mengikut kedai-kedai yang berlainan. Faktor pemilihan bahan juga amat penting dalam penghasilan projek. Ini kerana, pemilihan barang yang tidak sesuai akan mendatangkan kemudaratan pada projek yang dihasilkan. Contohnya, menggunakan paip yang mudah pecah apabila tekanan air yang kuat sehingga terpaksa membeli paip yang baru. Kegagalan dalam pemilihan yang sesuai ini juga bukan sahaja membawa kemudaratan kepada projek malah ia juga akan menyebabkan kos yang lebih tinggi untuk membeli bahan yang baru akibat daripada kerosakkan yang dialami berpunca daripada kesilapan memilih bahan yang sesuai.

Referensi

Dokumen terkait

Logo merupakan lambang yang dapat memasuki alam pikiran/suatu penerapan image yang secara tepat dipikiran pembaca ketika nama produk tersebut disebutkan (dibaca),

Seperti halnya dengan pengetahuan komunikasi terapeutik perawat, kemampuan perawat yang sebagian besar pada kategori cukup baik tersebut kemungkinan karena adanya

Penelitian yang dilakukan di TK AndiniSukarame Bandar Lampung betujuan meningkatkan kemampuan anak dalam mengenal konsep bilangan melalui media gambar pada usia

Ketersediaan informasi lokasi rumah sakit, fasilitas dan layanan yang tersedia di rumah sakit dan tempat kejadian dapat tersedia secara jelas dan terkini sehingga penentuan

Alhamdulillahirobbil’alamin segala puji syukur dan sembah sujud, penyusun panjatkan kehadirat Allah SWT, atas rahmat, hidayah, dan kasih sayang-Nya sehingga penyusun

H1: (1) Terdapat perbedaan produktivitas kerja antara karyawan yang diberi insentif dengan karyawan yang tidak diberi insentif (2) Terdapat perbedaan

7.4.4 Kepala LPPM menentukan tindakan perbaikan yang harus dilakukan pada periode Pelaporan Hasil Pengabdian kepada masyarakat berikutnya.. Bidang Pengabdian kepada masyarakat

Ketika orang-orang dari budaya yang berbeda mencoba untuk berkomunikasi, upaya terbaik mereka dapat digagalkan oleh kesalahpahaman dan konflik bahkan