• Tidak ada hasil yang ditemukan

2. Kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana Kerajaan sekali lagi dapat membentangkan Perutusan Bajet 2004 di Dewan yang mulia ini.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "2. Kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana Kerajaan sekali lagi dapat membentangkan Perutusan Bajet 2004 di Dewan yang mulia ini."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

UCAPAN OLEH

YAB DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI

SEMPENA PERUTUSAN BAJET 2004 KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2004) MERAIH KEJAYAAN

MEMBINA MASA DEPAN DI DEWAN NEGARA 10 NOVEMBER 2003

---

Tuan Yang DiPertua,

1. Saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2004 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

PENDAHULUAN

2. Kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana Kerajaan sekali lagi dapat membentangkan Perutusan Bajet 2004 di Dewan yang mulia ini.

3. Pada 12 September 2003, Ahli Parlimen bagi Kubang Pasu, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu telah membentangkan Bajet 2004 di Dewan Rakyat. Di Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau yang telah banyak berjasa dan berbakti dalam usaha memberi erti dan nilai kemerdekaan kepada sebuah negara, hingga Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat lagi dihormati, aman lagi lagi makmur, maju lagi cemerlang. Di bawah kepimpinan beliau, semangat kerjasama dan sikap toleransi melalui amalan hormat menghormati, hingga terbina warga Malaysia yang bersatu padu, terus diperkukuhkan.

4. Selama lebih 22 tahun di bawah kepimpinan berwawasan beliau selaku Perdana Menteri, negara telah membangun pesat dan kini berada di landasan kukuh untuk mencapai taraf sebuah negara maju. Segala jasa - segala bakti, pemikiran dan idea, kesungguhan dan kegigihan serta pengorbanan dan komitmen beliau akan terus menjadi perangsang semangat kepada seluruh warga Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan mencipta kejayaan lebih cemerlang.

Tuan Yang DiPertua,

5. Bajet 2004 telah dirangka bagi mempastikan kesinambungan dasar dan strategi Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara yang lebih bertumpu kepada domestic-led growth yang diterajui oleh rakyat negara kita sendiri. Bajet 2004 mencadangkan langkah strategik untuk menjadikan negara benar-benar sebagai negara perdagangan (true trading nation), dengan memberi tumpuan

(2)

kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan oleh pengusaha tempatan. Di samping itu, usaha untuk meningkatkan lagi kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat terus ditekankan.

6. Bajet 2004 telah dibahaskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan padu.

Alhamdulillah, Bajet ini telah pun diluluskan di Dewan tersebut pada 27 Oktober yang lalu. Saya percaya Dewan ini juga dapat membahas dan memberi pandangan membina untuk menjadikan Bajet 2004 lebih baik dari yang lalu.

PRESTASI EKONOMI MALAYSIA 2003 Tuan Yang DiPertua,

7. Prestasi ekonomi negara pada tahun 2003 dijangka berkembang lebih kukuh, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat kadar peningkatan 4.5 peratus, lebih tinggi dari 4.1 peratus pada tahun 2002. Semua sektor ekonomi dijangka terus mencatatkan pertumbuhan positif, didorong terutamanya oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan serta dimantapkan oleh prestasi sektor pertanian dan perlombongan.

8. Indikator ekonomi terkini menunjukkan tren pertumbuhan lebih kukuh. Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat ketara hampir 8 peratus bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, berbanding dengan 3.2 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas. Di sektor pertanian, pengeluaran minyak kelapa sawit meningkat lebih 16 peratus berbanding kemerosotan 1.2 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu, berikutan peningkatan permintaan dan kenaikan harga komoditi berkenaan.

Pengeluaran getah bertambah lebih ketara sebanyak 18 peratus berbanding 4 peratus. Sektor pelancongan yang terjejas teruk oleh wabak SARS, kini kembali cergas dengan bilangan pelancong meningkat dua kali ganda kepada 943,500 pada bulan September berbanding bulan April, iaitu hampir menyamai paras sebelum SARS sebanyak purata 1.1 juta sebulan.

9. Perbelanjaan penggunaan swasta terus mantap, berikutan dengan peningkatan keyakinan pengguna yang didorong, terutamanya oleh kesan positif wealth effect pasaran saham, pemberian bonus kakitangan Kerajaan di bawah Pakej Rangsangan serta peningkatan harga komoditi utama. Harga kelapa sawit meningkat 42 peratus kepada 1,938 ringgit setan metrik berbanding purata 1,364 ringgit bagi tahun 2002.

Manakala harga getah juga meningkat ketara sebanyak 78 peratus kepada lima ringgit dua puluh satu sen sekilogram berbanding purata dua ringgit sembilan puluh tiga sen tahun lalu.

10. Sentimen pelaburan swasta juga semakin menggalakkan, dengan nilai permohonan pelaburan yang diterima oleh MIDA melonjak sebanyak 71 peratus kepada 13.5 bilion ringgit bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, berbanding kemerosotan 32 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas. Bilangan jualan kenderaan komersil turut meningkat ketara melebihi 30 peratus kepada 19,423 unit

(3)

bagi tempoh suku ketiga tahun ini berbanding suku pertama. Kadar pertumbuhan tahunan pinjaman kepada IKS juga meningkat 7 peratus pada akhir September 2003, berbanding kemerosotan hampir 1 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas.

11. Negara terus mencatat lebihan dagangan selama 71 bulan berturut-turut, berjumlah 4.4 bilion ringgit bagi bulan September. Rizab antarabangsa negara pula pada 6 November 2003 terus bertambah dengan ketara kepada 167.3 bilion ringgit, yang mampu membiayai 7 bulan import tertangguh, merupakan lebih tinggi dua kali ganda daripada paras yang dicatat semasa krisis. Peningkatan ini adalah berikutan penambahan pendapatan eksport dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), termasuk dana portfolio asing.

Tuan Yang DiPertua,

12. Sebaik sahaja Bajet 2004 dibentangkan, agensi penarafan Standard & Poor's telah menaikkan kedudukan penarafan kredit jangka panjang berdaulat negara dari BBB+ kepada A-. Ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan agensi antarabangsa terhadap kekukuhan ekonomi dan kewangan negara, malahan lebih penting ialah pengiktirafan terhadap dasar dan strategi yang efektif dan pragmatik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

13. Kesemua perkembangan positif ini mendorong kepada pengukuhan ketara sentimen pelaburan, dengan indeks komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) melonjak tinggi dari 632 mata pada 2 Januari kepada 817 mata pada 31 Oktober, paras tertinggi dicapai dalam tahun ini. Jumlah transaksi meningkat kepada 1.4 bilion unit dengan nilai pasaran mencecah hampir 650 bilion ringgit, berbanding 107 juta unit bernilai 473 bilion ringgit pada 2 Januari tahun ini. Transaksi urusniaga runcit kembali rancak dengan jumlah dagangan hampir separuh dari jumlah dagangan keseluruhan, berbanding 40 peratus pada awal tahun ini. Urusniaga pelabur asing kembali cergas dengan jumlah urusniaga meningkat hampir empat kali ganda kepada 13.8 bilion ringgit pada bulan Oktober berbanding 3.7 bilion ringgit pada bulan Januari tahun ini.

14. Dari segi penyenaraian baru, sebanyak 44 syarikat telah disenaraikan di BSKL dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini dengan nilai pasaran sebanyak 21.3 bilion ringgit. Jika pada awal tahun ini, tawaran IPO telah mengalami kurangan langganan, kini IPO mendapat lebihan langganan sebanyak purata 21 kali. Pada masa yang sama, harga semasa penyenaraian telah mencatatkan premium sebanyak purata 50 peratus.

15. Memandangkan kepada perkembangan yang memberangsangkan ini, KDNK pada separuh kedua tahun ini dijangka lebih kukuh setelah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada separuh tahun pertama. Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5 peratus yang dianggarkan bagi keseluruhan tahun ini dapat dicapai, malahan dijangka berkemungkinan mencatatkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi, InsyaAllah.

(4)

STRATEGI BAJET 2004

Tuan Yang DiPertua,

16. Bajet 2004 telah digubal dengan memberi tumpuan kepada lima strategi utama seperti berikut:

- memacu sektor swasta tempatan dan menggiat sektor perkhidmatan bagi menerajui pertumbuhan ekonomi;

- mengambil langkah konsolidasi fiskal ke arah bajet berimbang dalam masa terdekat;

- melaksanakan dasar kewangan yang dapat mendorong dan meningkatkan lagi penggunaan dan pelaburan swasta;

- mengukuhkan lagi daya saing negara supaya Malaysia benar-benar menjadi negara perdagangan (true trading nation); dan

- memantapkan lagi agenda sosial dan masyarakat penyayang untuk meningkatkan lagi kualiti hidup serta kesejahteraan rakyat.

Strategi I: Memacu sektor swasta tempatan dan menggiat sektor perkhidmatan bagi menerajui pertumbuhan ekonomi

Tuan Yang DiPertua,

17. Untuk terus maju, negara perlu melakukan pengubahsuaian dari ekonomi yang digerakkan oleh FDI dan ekspot, kepada ekonomi yang diterajui dan dilengkapi oleh pertumbuhan dalam negara dan pelaburan tempatan (DDI). Ini memandangkan bahawa syarikat FDI lebih tertumpu kepada pengeluaran produk bukan berjenama Malaysia serta kurang mempunyai rangkaian dengan pengeluaran tempatan, di samping mengguna teknologi yang dibangunkan di luar negara. Walaupun begitu, negara tetap mengalu-alukan kemasukan FDI, tetapi lebih berminat kepada pelaburan pada tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai (value chain), supaya ianya dapat menyumbang kepada peningkatan daya saing dan daya tahan negara.

18. DDI perlu digalakkan untuk menjadi lebih cergas supaya negara dapat menjadi pelabur, pengeluar dan pengeksport utama yang mampu bersaing di pasaran global.

Sektor swasta tempatan mesti berani menerokai peluang baru serta mewujud dan mengeluarkan produk berjenama Malaysia dengan kualiti bertaraf dunia untuk menembusi dan menguasai pasaran antarabangsa. Inisiatif mesti diambil untuk meningkatkan pengeluaran produk tempatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, bermula dari usaha penyelidikan berorientasi komersil hingga penggunaan komponen dan perkhidmatan logistik tempatan. Negara mesti menjadi pedagang global (global trader) dengan menggandakan langkah mempromosi barangan keluaran negara di pasaran antarabangsa, terutamanya pasaran bukan tradisional dan kepada negara-negara OIC dan NAM.

(5)

19. Untuk mempromosi Malaysia sebagai pedangan global bagi produk negara, antara langkah utama yang dicadangkan ialah: - menggalakkan sektor swasta menubuhkan pusat-pusat perdagangan (trading houses) untuk eksport barangan negara; - menambahkan jumlah dana sebanyak 100 juta ringgit lagi bagi Tabung Pembangunan Dana Mempromosi Jenama Malaysia, menjadikannya berjumlah 200 juta ringgit; dan - menyemak semula kaedah penilaian perolehan Kerajaan dengan memberi penekanan (weightage) kepada penggunaan kandungan tempatan, teknologi dan nilai tambah.

20. Bagi mempermudah dan mempercepatkan urusan perolehan Kerajaan, e- perolehan telah dilancarkan pada Oktober 2000. Sehingga kini, pelaksanaannya telah pun diperluaskan kepada semua agensi Persekutuan untuk pembelian terus dan kontrak pusat, sementara bagi perolehan secara sebut harga dan tender, 14 agensi Kerajaan telah melaksanakannya. Pelaksanaan e- perolehan ini akan dapat mengurangkan red tape dan menambah ketelusan serta kecekapan dalam urusan perolehan Kerajaan dan seterusnya mencegah kemungkinan berlakunya salahguna kuasa dan penyelewengan. Adalah menjadi matlamat Kerajaan dengan adanya sistem rangkaian perolehan yang lebih berkesan untuk memastikan pembayaran kepada kontraktor dan pembekal dibuat mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Pihak swasta disarankan membuat pembayaran dengan cepat. Secara menyeluruh, ini akan dapat merangsang dan mempercepatkan kitaran perniagaan di antara pihak Kerajaan dan swasta di samping memperbaiki produktiviti dan efisiensi negara.

21. Bagi mempastikan pentadbiran Kerajaan lebih cekap, jujur dan amanah serta sebagai langkah Kerajaan untuk mempertingkatkan keberkesanan system penyampaian dan mengurangkan kerenah birokrasi, Pelan Integriti Nasional akan dilaksanakan serta Institut Nasional Etika Awam akan ditubuhkan. Langkah ini antara lain bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan awam, menggalakkan urus tadbir yang telus dan berkesan serta mampu memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat. Kecekapan, kewibawaan dan ketelusan dalam perkhidmatan awam dapat menjamin terhindarnya gejala rasuah.

Tuan Yang DiPertua,

22. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan pemangkin dan penyokong utama pembangunan perindustrian negara seperti di Korea, Jepun dan China. Di negara kita, walaupun bilangan IKS melebihi 90 peratus daripada bilangan syarikat, tetapi sumbangan pengeluarannya kepada sektor industri masih rendah di sekitar tiga puluh peratus berbanding lima puluh peratus di negara China. Justeru, Kerajaan akan terus melaksanakan langkah untuk mengukuhkan lagi sumbangan IKS kepada ekonomi negara. Antara langkah utama yang dicadangkan ialah:

- dalam Bajet 2003, Kerajaan telah mengurangkan cukai korporat bagi syarikat IKS daripada 28 peratus kepada 20 peratus bagi syarikat yang mempunyai nilai threshold pendapatan sebanyak 100 ribu ringgit. Dalam Bajet 2004 ini, Kerajaan bercadang meningkatkan lagi nilai threshold pendapatan kepada 500 ribu ringgit. Ini bermakna lebih banyak syarikat IKS akan mendapat manfaat daripada pengurangan cukai tersebut; dan

(6)

- bagi membantu syarikat IKS menangani masalah hutang tidak berbayar (NPL), sebuah Jawatankuasa Penyelesaian Hutang IKS ala CDRC telah ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia. Dengan langkah ini, Kerajaan berharap syarikat IKS akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengembangkan lagi perniagaan mereka.

23. Kerajaan prihatin terhadap masalah mendapatkan aksesibiliti kemudahan pinjaman oleh syarikat IKS. Setakat ini, Kerajaan telah menyediakan dana khusus untuk IKS berjumlah 12.2 bilion ringgit seperti Tabung Infrastruktur Pelancongan, Tabung Industri Kecil dan Sederhana serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

24. Di bawah Pakej Rangsangan, Kerajaan telah menyediakan dana sebanyak 1 bilion ringgit bagi Skim Kredit Mikro untuk peniaga kecil dengan syarat pinjaman yang lebih mudah. Sehingga akhir Oktober, hampir 30 ribu permohonan bernilai 445 juta ringgit telah diterima oleh Bank Pertanian Malaysia (BPM), manakala hampir 85 ribu permohonan bernilai 1,419 juta ringgit telah diterima oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Daripada jumlah ini, BPM dan BSN telah meluluskan separuh daripada permohonan bernilai 578 juta ringgit, manakala pinjaman yang telah dikeluarkan berjumlah 518 juta ringgit. Memandangkan sambutan amat menggalakkan, dana ini dicadang ditambah sebanyak 1 bilion ringgit.

Tuan Yang DiPertua,

25. Untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, kita perlu mengenalpasti dan menerokai sumber pertumbuhan baru. Sektor perkhidmatan merupakan satu sektor utama yang berpotensi diperkembangkan memandangkan bahawa sumbangannya kepada KDNK sebanyak 57 peratus masih rendah berbanding di negara maju, umpamanya 74 peratus di Amerika Syarikat, 73 peratus di United Kingdom, 72 peratus di Perancis dan 68 peratus di Jepun. Bagi mempastikan potensi pertumbuhan sektor ini dapat dieksploitasikan sepenuhnya, Kerajaan telah memperluaskan peranan Multimedia Development Corporation (MDC) sebagai one-stop agency ala MIDA bagi sektor perkhidmatan terpilih untuk menarik dan membantu pelabur mendapatkan kelulusan pelaburan dari pelbagai pihak.

Strategi II: Mengambil langkah konsolidasi fiskal ke arah bajet berimbang dalam masa terdekat

Tuan Yang DiPertua,

26. Semenjak krisis kewangan, Kerajaan telah melaksanakan dasar fiskal mengembang bertujuan untuk merangsang kegiatan ekonomi domestik bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal positif. Langkah ini diambil sebagai usaha untuk menangani terutamanya pelaburan swasta yang telah terjejas.

Pelaksanaan dasar ini telah mengakibatkan kedudukan kewangan Kerajaan

(7)

mengalami defisit dan menjejaskan pencapaian bajet berimbang yang disasarkan enjelang tahun 2005, semasa Rancangan Malaysia Kelapan digubal.

m

27. Dengan sektor swasta dijangka kembali menerajui pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan akan dapat meneruskan langkah konsolidasi fiskal. Defisit Kerajaan Persekutuan akan dapat dikurangkan daripada 5.4 peratus daripada KDNK tahun ini kepada 3.3 peratus pada tahun 2004 dan 1.8 peratus pada tahun 2005. Seterusnya, Kerajaan dijangka dapat mencapai matlamat bajet berimbang pada tahun 2006. Bagi keseluruhan sektor awam, defisit belanjawan tahun 2003 hanyalah sebanyak 1.5 peratus, jauh lebih rendah dari defisit yang dibenarkan sebanyak 3 peratus di negara-negara kawasan Euro. Malahan, Kerajaan menjangkakan kedudukan kewangan sektor awam akan mencapai lebihan dalam tahun 2004.

28. Selaras dengan dasar konsolidasi fiskal, Kerajaan memperuntukkan sejumlah 112.5 bilion ringgit untuk Bajet 2004, merupakan pengurangan sebanyak 1.6 peratus berbanding 2003. Dari jumlah ini, 80.5 bilion ringgit atau 71.6 peratus adalah untuk perbelanjaan mengurus, manakala 30 bilion ringgit untuk pembangunan. Sebanyak dua bilion ringgit diperuntukkan bagi simpanan luar jangka.

29. Sebanyak 13.8 bilion ringgit atau 43.1 peratus daripada perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk sektor ekonomi, infrastruktur, perindustrian, bekalan elektrik dan air luar bandar. Bagi menjayakan program sosial, sebanyak 11.2 bilion ringgit dicadangkan untuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, pembangunan masyarakat serta belia dan sukan. Seterusnya, 2.7 bilion ringgit atau 8.4 peratus diperuntukkan bagi sektor keselamatan dan 4.3 bilion ringgit atau 13.6 peratus bagi pentadbiran awam.

30. Kerajaan sedar bahawa pendidikan berkualiti merupakan asas utama untuk membina sumber manusia berpengetahuan tinggi. Oleh itu, Kerajaan akan mempastikan peluang-peluang bermutu disediakan secukupnya kepada setiap warga Malaysia yang ingin mendapatkan pendidikan setinggi yang mungkin. Di samping itu, pendidikan rohani akan turut diutamakan bagi mempastikan rakyat memiliki jati diri dan mempunyai nilai murni yang perlu dipupuk bagi menjamin pembangunan insan secara lengkap dan menyeluruh. Sehubungan ini, sejumlah 20.2 bilion ringgit atau satu perempat daripada peruntukan perbelanjaan mengurus dicadangkan bagi sektor ini. Di samping itu, sejumlah 3.7 bilion ringgit diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan, termasuk 1.8 bilion ringgit bagi pembinaan sekolah rendah, menengah, asrama dan rumah guru, 637 juta ringgit bagi pengkomputeran sekolah, sementara 490 juta ringgit bagi institusi pendidikan tinggi awam.

31. Program pembangunan luar bandar akan terus diberi penekanan. Sejumlah 2.2 bilion ringgit disediakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, termasuk pembinaan jalan kampung dan klinik desa serta menyediakan bekalan air dan elektrik. Bagi menggerakkan lagi kegiatan ekonomi desa dan membantu pengusaha kecil di luar bandar memajukan perusahaan mereka di bawah program satu produk satu kampung, Kerajaan akan menyediakan Skim Kredit Mikro Desa dengan dana berjumlah satu bilion ringgit.

(8)

32. Kerajaan yakin sektor pertanian mempunyai potensi besar untuk dimajukan memandangkan terdapat banyak sumber pertumbuhan baru di sektor ini yang boleh diterokai, terutamanya bioteknologi, akuakultur dan pengeluaran makanan.

Transformasi sektor pertanian kepada sektor yang lebih moden dan berorientasi komersil akan dipesatkan. Untuk meningkatkan lagi rantaian nilai tambah di sektor ini, aktiviti pemprosesan, logistik, pembungkusan, pembangunan jenama dan penerokaan pasaran baru diperhebatkan. Di samping itu, system penyampaian akan diperkukuhkan lagi, khususnya dengan menyediakan rangkaian bilik sejuk (cold storage chain) bagi produk pertanian yang mudah rosak. Bagi menggalakkan pelaburan semula dalam bidang ini, Kerajaan mencadangkan syarikat milik tempatan sedia ada diberi galakan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

33. Untuk memperkembangkan lagi kegiatan sektor pertanian, sebanyak 3.3 bilion ringgit diperuntukkan di bawah perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Daripada jumlah tersebut, 885 juta ringgit disediakan bagi kemudahan asas pertanian, 165 juta ringgit untuk pelabuhan perikanan dan 70.6 juta ringgit untuk akuakultur. Bagi membiayai aktiviti pengeluaran dan pemprosesan barangan makanan, Kerajaan telah menyediakan Tabung Untuk Makanan dengan dana keseluruhan berjumlah 2.3 bilion ringgit.

34. Kerajaan juga amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh petani dan pekebun kecil akibat daripada bencana banjir. Walaupun ini merupakan satu kejadian semulajadi alam, namun kita boleh berusaha untuk mengurangkan impak kejadian ini. Dalam peristiwa banjir yang berlaku baru-baru ini di Kedah, Perak Utara dan Pulau Pinang, Kerajaan telah memberi bantuan sebanyak 32 juta ringgit kepada petani dan penternak yang telah mengalami kerugian untuk meringankan beban mereka.

35. Sesungguhnya, bantuan kewangan ini hanyalah merupakan satu langkah jangka pendek. Bagi mengelakkan kejadian banjir dari berlaku di masa hadapan, Kerajaan akan menyediakan satu Pelan Induk Pengurusan Sungai, terutama di kawasan- kawasan yang sering dilanda banjir. Di samping itu, beberapa projek tebatan banjir sedang dilaksanakan. Ini termasuk projek SMART di Kuala Lumpur, Projek Tebatan Banjir Sungai Muda yang meliputi kawasan Pulau Pinang dan Kedah serta Projek Tebatan Banjir Kepala Batas.

Strategi III: Melaksanakan dasar kewangan yang mendorong dan meningkatkan lagi penggunaan dan pelaburan swasta

Tuan Yang DiPertua,

36. Dasar kewangan yang lebih akomodatif akan diteruskan untuk mencergaskan aktiviti dalam negeri, terutamanya perbelanjaan penggunaan dan pelaburan. Di samping itu, langkah akan diambil untuk mengurus kedudukan mudah tunai yang berlebihan supaya sumber ini dapat digunakan dengan lebih berkesan bagi membiayai aktiviti ekonomi.

(9)

37. Kerajaan akan terus mempastikan regim kadar faedah yang rendah dikekalkan bagi membolehkan pengurangan kos perniagaan. Namun begitu, Kerajaan juga prihatin terhadap kesan dasar ini kepada pendeposit memandangkan negara mempunyai kadar simpanan yang tinggi, iaitu sebanyak 34 peratus daripada Keluaran Negara Kasar. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya Bank Negara Malaysia menerbitkan bon simpanan untuk membantu golongan yang bergantung kepada pendapatan daripada wang simpanan, iaitu golongan pesara yang berumur 55 tahun ke atas. Bon ini akan mempunyai ciri-ciri seperti pulangan yang melebihi kadar faedah simpanan dan pelepasan cukai pendapatan.

38. Bagi mempastikan pasaran modal menjadi lebih cekap dan berdaya tahan, saya telah mengumumkan 10 langkah baru pada 11 Mac tahun ini. Langkah-langkah tersebut termasuk penyeragaman dan pengurangan saiz lot dagangan di BSKL, pengurangan duti setem dan tempoh pemprosesan IPO, penubuhan one-stop agency di Suruhanjaya Sekuriti serta peningkatan kemahiran melalui penubuhan Dana Pendidikan Wakil Peniaga Bumiputera.

39. Syukur Alhamdulillah, langkah-langkah ini telah memberi sumbangan ke arah mencergas dan mengukuhkan lagi pasaran modal negara. Kerajaan akan sentiasa berusaha untuk memantau dan melaksana langkah- langkah bagi mempastikan pasaran modal terus mantap dan berkembang maju.

Tuan Yang DiPertua,

40. Mengenai cadangan penyenaraian FELDA yang telah diumumkan dalam Bajet 2004, Kerajaan telah memutuskan supaya cadangan ini diperincikan lagi untuk mempastikan kedudukan sosio ekonomi dan kebajikan peneroka kekal terjamin. Ini akan dapat mengelakkan sebarang salah tafsiran mengenai langkah penyenaraian.

41. Semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan, diumumkan pegangan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat telah berkurangan.

Sebagai langkah memperluaskan lagi peluang pelaburan, khususnya kepada Bumiputera melalui saham amanah, Dana HARAPAN akan ditubuhkan untuk menggembleng tabungan dan modal Bumiputera. Penubuhan Dana HARAPAN dijangka dapat mempertingkatkan pegangan ekuiti Bumiputera. Di samping itu, Kerajaan juga tidak lupa hasrat DEB untuk mewujudkan Masyarakat Komersil dan Industri Bumiputera yang lebih berjaya, terutamanya melalui sistem vendor dan payung. Kerajaan berharap Bumiputera akan merebut peluang ini untuk memantapkan lagi penyertaan mereka dalam sektor korporat selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Dalam hal ini, masyarakat Bumiputera mesti berusaha melipat gandakan keupayaan dan kebolehan supaya pembahagian kekayaan yang lebih saksama di kalangan mereka dapat dicapai berasaskan kebolehan.

Strategi IV: Mengukuhkan lagi daya saing negara supaya Malaysia menjadi negara perdagangan (true trading nation)

(10)

Tuan Yang DiPertua,

42. Bajet 2004 juga mencadangkan supaya Malaysia benar-benar menjadi sebuah negara perdagangan. Dalam hubungan ini, efisiensi dan produktiviti perlu ditingkatkan supaya negara terus berupaya bersaing. Di samping itu, kita juga perlu menumpukan kepada usaha mengukuhkan lagi kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), membangunkan sumber manusia dan memperkembangkan lagi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

43. Institusi R&D negara perlu mengorientasikan usaha ke arah R&D yang berlandaskan permintaan dan dorongan (demand and market driven R&D) yang memberi tumpuan kepada penciptaan nilai atau value creation yang menjurus kepada pengkomersilan hasil penyelidikan. Dalam hal ini, Kerajaan akan menyusun semula SIRIM menjadi focal point bagi usaha match-making antara R&D dan permintaan pasaran. SIRIM akan bertanggungjawab untuk mengenalpasti permintaan pasaran tempatan dan dunia mengenai produk dan teknologi baru. Di samping itu, untuk menggalakkan pengkomersilan hasil penyelidikan, pendapatan yang diperolehi oleh penyelidik dicadang diberi pengecualian cukai sebanyak 50 peratus untuk tempoh lima tahun.

44. Usaha meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja penting dilaksanakan memandangkan mereka merupakan aset negara untuk mencapai produktiviti dan daya saing lebih tinggi. Sehubungan ini, di bawah Pakej Rangsangan, Tabung Pembangunan Kemahiran telah ditambah sebanyak 500 juta ringgit untuk melatih pelajar teknikal dan vokasional, sementara Tabung Latihan Semula ditubuhkan

engan dana berjumlah 100 juta ringgit bagi program latihan semula graduan baru.

d

45. Selaras dengan hasrat memperluaskan penggunaan ICT, JARING dan TMNet akan digabungkan untuk mempastikan perkhidmatan yang lebih luas dan efisyen. Di samping itu, untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan serta membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mampu mempunyai akses kepada internet, Telekom Malaysia akan mengurangkan caj laluan internet.

Strategi V: Memantapkan lagi agenda sosial dan masyarakat penyayang Tuan Yang DiPertua,

46. Kerajaan akan terus berusaha memantapkan lagi agenda dan program sosial dalam hasrat membina sebuah masyarakat Malaysia yang berteraskan nilai murni dan kemuliaan insan. Semoga akan terbina warga Malaysia yang bermaruah serta dapat memperkukuhkan perpaduan dan ketahanan nasional. Semoga keselamatan negara dan ketenteraman awam, kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi, kekal terjamin.

(11)

47. Institusi keluarga akan terus diperkukuh kerana keutuhan dan kebahagiaan keluarga menjadi tunjang dan benteng paling teguh dalam menghadapi segala cabaran sosial. Peranan wanita sebagai pembentuk keluarga bahagia dan penerap nilai murni dalam jiwa generasi muda serta penyertaan mereka dalam arus pembangunan negara akan terus disokong dan diberi pengiktirafan sewajarnya.

Manakala generasi muda, pewaris negara bangsa, perlu dilengkapkan dengan akhlak mulia, minda dan intelek yang berwawasan serta semangat jati diri yang unggul.

Kerajaan juga prihatin terhadap warga tua serta mereka yang kurang upaya dengan menekankan amalan budaya penyayang agar mereka sentiasa dihargai dan dimuliakan supaya dapat bersama menikmati kemakmuran negara.

48. Sebagai usaha berterusan bagi mempastikan semua rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, berpeluang memiliki rumah kediaman yang selesa, Kerajaan akan memainkan peranan lebih aktif dalam pembinaan perumahan kos rendah dan sederhana, terutamanya melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

49. Selaras dengan pengiktirafan yang diberikan kepada peranan wanita sebagai pembentuk keluarga bahagia dan sumbangan mereka dalam pembangunan sosio ekonomi negara, beberapa langkah bagi membantu mereka dicadangkan. Di antaranya ialah menambah pelepasan cukai anak daripada 800 ringgit kepada 1,000 ringgit serta galakan cukai kepada majikan untuk menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. Di samping itu, bagi membantu ibu tunggal mengusahakan perniagaan, dana khusus sebanyak 100 juta ringgit disediakan di bawah Skim Kredit Desa, sementara mereka juga akan diberi keutamaan dan diskaun sebanyak 20 peratus untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana.

50. Golongan kurang upaya turut diberikan perhatian agar mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara. Antara langkah yang dicadangkan ialah diberi bantuan bulanan sebanyak 25 ringgit bagi pelajar kurang upaya di peringkat sekolah rendah dan menengah dan 300 ringgit bagi mereka di institusi pengajian tinggi. Bagi kakitangan awam yang mempunyai anak kurang upaya, mereka pula dibenar bekerja menggunakan flexi-hours.

51. Untuk mengurangkan kos pengangkutan golongan kurang upaya, Syarikat Prasarana Negara akan mengurangkan tambang perjalanan mereka sebanyak 50 peratus, sementara cukai jalan bagi kereta, van dan motosikal buatan tempatan milik mereka dihapuskan. Mereka juga akan diberi diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembelian rumah kos rendah dan sederhana. 52. Bagi umat Islam yang ingin mengerjakan ibadat haji, Kerajaan juga amat prihatin ke atas kos mengerjakan haji yang kian meningkat. Oleh itu, Kerajaan akan mempastikan kos menunaikan haji dikawal pada paras rendah dengan menambahkan lagi tempat tinggal di Mekah dan Madinah. Bagi tahun 2004, kos menunaikan haji secara muasasah telah pun dikurangkan sebanyak 5 peratus.

rospek Ekonomi 2004 P

Tuan Yang DiPertua,

(12)

53. Dengan terlaksananya langkah dan program dalam Bajet 2004, serta perkembangan ekonomi antarabangsa yang menggalakkan, KDNK negara dijangka berkembang lebih pesat antara 5.5 peratus hingga 6 peratus pada tahun 2004, berbanding 4.5 peratus pada tahun 2003. Sektor pembuatan dijangka kekal menjadi penggerak utama ekonomi, meningkat 7.2 peratus, sementara sektor perkhidmatan, 5.5 peratus. Dengan penekanan diberi kepada sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan, pelaburan swasta dijangka berkembang kukuh sebanyak 9.9 peratus, manakala penggunaan sebanyak 7 peratus.

54. Selaras dengan prospek ekonomi negara yang lebih menggalakkan, taraf hidup rakyat Malaysia juga dijangka semakin meningkat dengan pendapatan per kapita bertambah kepada 14,954 ringgit pada tahun 2004, berbanding 14,343 ringgit pada tahun 2003. Jelas sekali, kemajuan yang dicapai oleh negara dan kesejahteraan yang dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat adalah hasil sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan strategi pembangunan ekonomi dan

osial negara yang pragmatik . s

PENUTUP

Tuan Yang DiPertua,

55. Saya sedar bahawa tanggungjawab memegang pucuk kepimpinan negara amatlah berat dan sangat mencabar. Syukur Alhamdullilah, saya telah diamanahkan untuk memimpin sebuah negara yang telah mengecapi kemajuan cemerlang.

Namun, kita perlu terus mengorak langkah untuk membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang. Ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan, kerjasama dan persefahaman erat dari semua pihak, sama ada Ahli Yang Berhormat, pentadbir, pihak swasta, para pekerja dan petani, malahan setiap warga Malaysia.

56. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, saya akan meneruskan segala dasar baik yang telah digubal dan dilaksanakan oleh pemimpin terdahulu. Dasar ekonomi negara yang terbukti berjaya akan terus menjadi teras kepada langkah strategik bagi membawa negara ke mercu kejayaan mencapai Wawasan 2020. Sekali lagi ingin saya nyatakan harapan saya supaya bekerjalah, bukan untuk saya, tetapi

rsama saya untuk memajukan lagi negara.

be

57. Sesungguhnya, untuk mencapai kejayaan seterusnya, kita mesti sanggup berdepan dengan segala cabaran dan berani membuat anjakan strategik bagi bukan sekadar mempertahan kejayaan dan kemakmuran, malahan menggandakan kemajuan dan kesejahteraan negara. Justeru, kita mesti sentiasa bertindak tangkas serta cekap dan gigih dalam merealisasikan aspirasi dan mencapai Wawasan Negara.

58. Kita juga mesti sanggup berkorban, mengenepikan kepentingan diri, sentiasa cekap dan amanah serta memupuk keharmonian dan toleransi bagi mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan perpaduan demi meningkatkan maruah

(13)

bangsa dan memartabatkan kedaulatan negara. Saya menyeru kepada semua lapisan rakyat, agar bersama-sama bertekad dan berazam serta sanggup menggembleng tenaga ke arah meneruskan usaha membangunkan negara supaya lebih maju, makmur, aman dan sejahtera. Kepada Allah Subhanahu Wa Taala kita pohonkan segala taufik dan hidayah memandu kita ke jalan yang mendapat

eredhaan dariNya.

k

Tuan Yang DiPertua, Saya mohon mencadangkan

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari kegiatan ini adalah meningkatkan produktivitas bawang putih melalui diseminasi bibit kultur jaringan(sosialisasi, implementasi, dan pendampingan) dari

Untuk mendukung pengelolaan kewajiban kontinjensi, DJPU juga telah menyusun suatu kajian terhadap usulan peraturan perundang-undangan mengenai jaminan Pemerintah,

21/01/2021 Taklimat Jawatankuasa Kerja Pelan Penggantian Dan 'Brainstorming' JPPRO INSTITUSI K3 Succession Plan 21/01/2021 Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Bil.. TARIKH AKTIVITI

Kami  menilai  positif  atas  langkah  strategi  yang  dilakukan  perseroan  dalam  mendorong  sumber  pendapatan  berulang  (recurring  income).  Hal  ini 

135/FISIP/UWKS/XII/2018, Dokumentasi Dan Laporan Kegiatan 18 Dinas Penanaman Modal Kota Surabaya V Survei Pelaku Usaha Logistik Mengembangkan Mata Kuliah Kuantitatif.

Setelah menjelaskan nama-nama tulang penyusun sistem rangka, bagilah siswa menjadi beberapa kelompok (jumlah kelompok menyesuaikan dengan jumlah siswa). Kemudian

Dari Perancangan Simulasi Sistem Pergerakan dengan Pengontrolan Pneumatik untuk Mesin Pengamplas Kayu Otomatis yang dilakukan, dapat disimpulkan bahwa sebelum membuat