• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tajuk: Isu rasuah dan jenayah kolar putih dalam semua kalangan rakyat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tajuk: Isu rasuah dan jenayah kolar putih dalam semua kalangan rakyat"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk: Isu rasuah dan jenayah kolar putih dalam semua kalangan rakyat Abstrak

Laporan ini mengkaji tentang isu rasuah dan jenayah kolar putih yang berleluasa dalam semua kalangan rakyat. Dalam laporan ini, isu rasuah dan jenayah kolar putih akan dibincangkan dan dikaitkan dengan falsafah, FPN dan Rukun Negara. Selain itu, isu tersebut juga dikaji dari aspek punca dan kesannya kepada individu, keluarga, masyarakat serta negara. Cadangan cara yang drastik lagi efektif turut dikemukakan untuk menangani isu tersebut.

1.0 Pendahuluan

Isu rasuah dan jenayah kolar putih bukan lagi perkara yang baru di Malaysia. Kita seringkali dapat melihat berita seperti ini dipaparkan melalui media massa dan media sosial. Sebenarnya, sikap rakyat Malaysia terhadap isu rasuah dan jenayah kolar putih ini tidak seperti sikap mereka terhadap jenayah lain. Mereka mengganggap jenayah ini merupakan kes yang remeh dan tidak begitu buruk seperti jenayah sosial yang lain. Keadaan ini seterusnya menyebabkan jenayah tersebut menjadi suatu amalan yang berleluasa dalam seluruh masyarakat. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan rasuah dan jenayah kolar putih?

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah merupakan satu jenis jenayah apabila seseorang itu menerima atau memberi suapan sebagai ganjaran untuk seseorang individu bagi melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Suapan tersebut boleh datang dalam pelbagai bentuk contohnya wang, hadiah, undi, perkhidmatan, jawatan upah dan sebagainya. Sekiranya hadiah tersebut diberikan untuk mempengaruhi tugas rasmi seseorang itu, maka itulah

(2)

dikenali sebagai rasuah. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, terdapat empat jenis kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan jawatan serta kedudukan untuk suapan pegawai badan awam. Jenayah kolar putih pula merupakan jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang berkedudukan tinggi dalam pekerjaannya. Mereka mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah seperti penipuan, rasuah dan penggelapan wang yang berkaitan dengan tugas kerjanya untuk kebaikan sendiri.

Jenayah seperti ini bukan sahaja dilakukan oleh orang yang miskin tetapi sebahagian besar orang yang bergaji dan berstatus tinggi turut terjebak dalam kes tersebut. Namun, seseorang yang menyalahgunakan kuasanya untuk menerima atau memberi rasuah turut akan mendapat hukuman yang sepatutnya.

2.0 Perbincangan isu utama kajian yang dikaitkan dengan falsafah, FPN dan Rukun Negara.

Dari segi falsafah, falsafah praktikal merupakan falsafah yang berteraskan teori nilai dan anlisis kedudukan normatif. Falsafah tersebut amat menekankan nilai-nilai, sikap terhadap kehidupan dan norma tingkahlaku. Isu rasuah dan jenayah kolar putih pula dianggap sebagai perkara yang tidak praktikal dan tidak logik. Isu tersebut adalah bertentangan dengan etika sebagai seorang manusia. Seseorang yang melakukan perkara tersebut dianggap sebagai individu yang tidak jujur, amanah dan beriman.

Dalam konteks Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan di Malaysia adalah berfungsi untuk memperkembang lagi potensi individu dan melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI, iaitu jasmani, etika, rohani dan intelek. Namun, isu ra suah dan

(3)

jenayah kolar putih ini seolah-olah telah mengingkari konsep tersebut apabila mereka sanggup mengetepikan tanggungjawab dan amanah mereka bagi mencapai faedah untuk dirinya. Ini merupakan satu budaya yang tidak beretika serta akan menjadi bendung bagi pelaksanaan FPN ini. Keadaan ini menjadi lagi teruk apabila seseorang pemimpin yang berjawatan tinggi melakukan kesalahan tersebut turut menggalakkan budaya negatif ini berleluasa dalam kalangan rakyat.

Selain itu, isu tersebut juga bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara yang merupakan falsafah negara dan juga panduan rakyat. Hal ini demikian kerana seseorang yang sanggup melakukan jenayah tersebut tidak menghayati dan mengamalkan ajaran agama dan didikan moral. Perbuatan mereka turut bertentangan dengan prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Mereka juga tidak mematuhi undang-undang apabila mereka tahu bahawa perkara tersebut adalah salah dari segi undang-undang namun mereka masih sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah tersebut bagi mendapat ganjaran yang lumayan. Hal ini juga telah bercanggah dengan konsep kedaulatan undang-undang yang menyatakan bahawa seseorang rakyat sepatutnya terikat oleh undang-undang dan wajib mematuhinya. Sekiranya mereka didapati menerima atau memberi rasuah, namun mereka merasuahkan lagi orang yang berkenaan untuk menutup kesalahan diri. Maka ini turut menjadi satu kitar dan menyebabkan isu rasuah semakin berleluasa dalam kalangan semua rakyat. Malahan, perbuatan seperti ini juga boleh dianggap sebagai penipuan dan tidak taat kepada Raja dan negara kerana mereka tidak melakukan tanggungjawab mereka dengan jujur dan amanah.

3.0 Punca

(4)

oleh kelemahan peribadi seseorang tersebut. Kekurangan didikan agama dan moral menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara hanya sekadar untuk memenuhi keperluan diri dan mengikut nafsu tanpa berfikir tentang kewajipan dan amanah yang sepatutnya dilaksanakan olehnya. Oleh sebab seseorang tersebut kekurangan iman, maka mereka tidak akan berasa bersalah apabila mereka menerima rasuah. Misalnya, ini boleh berlaku apabila seseorang tidak berpuas hati akan kekayaan yang dimiliki dan sanggup mengunakan kedudukan dan kuasa yang ada pada dirinya untuk melakukan jenayah bagi menjana kekayaan yang lebih banyak dalam masa pendek walaupun mereka tahu bahawa tindakan tersebut adalah dilarang oleh agama dan undang-undang. Dalam konteks ini, sifat tamak dan keinginan yang melebihi kemampuan turut mendorong seseorang individu untuk melakukan rasuah dan jenayah kolar putih demi menjana kehidupan yang mewah yang tidak dapat ditanggung oleh pendapatan sebenar mereka[1].

Selain itu, Laporan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 turut mendedahkan bahawa kelemahan pentadbiran akibat manipulasi terhadap sistem dan prosedur telah menjadi punca rasuah yang paling tinggi[2]. Hal ini demikian kerana karenah birokrasi yang banyak dan rumit menyebabkan masa proses pemohonan menjadi panjang. Ini menyebabkan ramai orang memberi rasuah supaya dapat mempercepat pemprosesan permohonan mereka. Dalam konteks ini, pengurusan organisasi yang lemah dan tidak cekap menyebabkan kekurangan pemantauan ke atas pegawai-pegawai dan turut membuka peluang kepada berlakunya isu rasuah dan jenayah kolar putih dalam golongan pegawai tersebut[3].

Tambahan pula, kelemahan penguatkuasaan juga merupakan salah satu punca menyebabkan gejala rasuah dan jenayah kolar putih berleluasa. Sememangnya, kewajipan

(5)

dan kerja penjawat awam terutamanya anggota penguatkuasa seolah-olahya telah memberi peluang kepada golongan tersebut untuk terjebak dalam isu rasuah. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, keadaan ini berlaku adalah kerana kekurangan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan golongan tersebut dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas dan amanah[4].

4.0 Kesan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seseorang yang melakukan kesalahan rasuah akan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan hukuman denda wang yang tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan yang diterima oleh individu tersebut atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Misalnya, seorang bekas koperal polis yang bernama Shamsul Shahrul Samsudin telah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM13,000[5]. Tambahan pula, seseorang yang melakukan kesalahan tersebut juga akan kehilangan pekerjaan dan dilucutkan jawatannya.

Pada masa yang sama, seseorang yang melakukan kesalahan rasuah turut akan menjatuhkan maruah dan imej ahli keluarganya apabila perbuatan mereka dipaparkan kepada umum. Kesalahan mereka akan menjadi buah mulut kepada orang ramai dan ahli keluarga mereka terpaksa menerima prasangka dan prejudis walaupun tidak berbuat salah.

Selain itu, amalan rasuah dan jenayah kolar putih ini turut membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Dalam konteks ini, pihak SPRM telah mendedahkan sebanyak 46.3% daripada 4860 orang yang ditangkap dari tahun 2014 hingga 2019 atas kesalahan rasuah adalah kakitangan awam dan 50% daripada jumlah tersebut ialah mereka yang

(6)

berusia bawah 40 tahun. Peratus penglibatan gejala rasuah yang tinggi dalam kalangan kakitangan awam yang merupakan golongan cerdik pandai menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan. Ini turut boleh menyebabkan sesebuah negara menjadi kucar-kacir apabila kerajaan kehilangan sokongan daripada rakyatnya. Di samping itu, isu tersebut juga akan melahirkan masyarakat yang pasif dan pesimis apabila mereka mendapati bahawa tiada keadilan dan kesaksamaan dalam negara mereka. Dalam perspektif mereka, budaya rasuah ini telah menunjukkan bahawa orang kaya boleh mendapat keutamaan dalam sebarang perkara tetapi orang yang miskin terpaksa kehilangan sumber-sumber yang sepatutnya diperolehi oleh mereka. Jelaslah, budaya ini turut menyebabkan kejatuhan moral dalam kalangan masyarakat.

Dari aspek negara pula, amalan rasuah dan jenayah kolar putih akan membawa impak yang negatif kepada negara. Kesan yang paling utama ialah ekonomi negara terjejas. Menurut Global Financial Integrity Report 2017, Malaysia mengalami kehilangan sebanyak RM 1.8 trillion melalui aliran kewangan yang tidak sah dan sebahagian daripadanya pula berpunca daripada amalan rasuah. Jumlah ini sebenarnya cukup untuk menanggung kos operasi dan pengurusan negara selama 5 tahun sekiranya tiada sebarang kes rasuah. Tidak dapat dinafikan bahawa penjawat awam merupakan anggota utama bagi pentadbiran kerajaan. Penglibatan mereka dalam isu tersebut turut menyebabkan pentadbiran negara tergendala. Di samping itu, apa yang lagi membimbangkan ialah apabila gejala rasuah tersebut dikaitkan dengan isu jenayah yang lain seperti masalah kemasukan pendatang asing, aktiviti penipuan, penyeludupan dadah, pemerdagangan orang, jenayah kekerasan dan sebagainya turut mengancam keamanan dan keharmonian negara[7]. Ini seterusnya dapat menjatuhkan imej negara di persada dunia dan secara

(7)

langsungnya kemasukan pelaburan asing juga akan menjadi kurang. Pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara turut akan dijejaskan[8].

5.0 Cadangan cara menangani isu

Cara menangani isu rasuah dan jenayah kolar putih yang pertama ialah menguatkuasakan penguatkuasaan undang-undang tentang gejala rasuah seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan Kanun Keseksaan (Akta 574). Dalam konteks ini, hukuman dan denda yang lebih berat harus dikenakan kepada pesalah sebagai pengajaran dan amaran kepada individu tersebut dan juga masyarakat umum. Lantaran itu, perlaksanaan undang-undang juga boleh disebarkan melalui media massa untuk mendapat tumpuan dan memberi kesedaran kepada semua rakyat bahawa gejala rasuah merupakan isu yang serius dan tidak dapat ditoleransi.

Institusi pendidikan pula memainkan peranan yang signifikan untuk menerapkan pendedahan awal tentang gejala rasuah dan jenayah kolar putih dalam sukatan pelajaran mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan lain-lain subjek yang berkaitan. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat didedahkan mengenai kesalahan rasuah dan kesan-kesan negatifnya serta dididik benci rasuah sejak kecil lagi. Nilai-nilai baik seperti jujur, telus dan amanah turut dapat disemai dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini membolehkan negara kita menghasilkan bakal pemimpin yang amanah dalam perlaksanaan tugasnya serta mampu mendukung wawasan negara dan menjadi kebanggaan bangsa[9]. Ibu bapa turut berperanan untuk memberi ajaran agama dan didikan moral kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Hal ini demikian kerana seseorang individu yang beriman dan beragama tidak

(8)

mudah dipengaruhi oleh nafsu dan tidak akan berani untuk melakukan gejala rasuah kerana mempercayai bahawa perbuatan yang buruk akan mendapat balasan dosa.

Di samping itu, kempen anti rasuah juga harus diadakan dan dipergiatkan oleh SPRM dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Hal ini amat penting untuk memastikan daerah-daerah dapat membangun di landasan yang betul. Program tersebut sememangnya dapat memberi kesedaran kepada pihak PBT tentang impak-impak negatif gejala rasuah dan seterusnya dapat mencegah penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dalam kalangan golongan tersebut. Di samping itu, kempen anti rasuah turut dapat meningkatkan integriti dan akauntabiliti PBT semasa menjalankan tugas mereka[10]. 6.0 Kesimpulan

Sudah terang lagi bersuluh, isu rasuah dan jenayah kolar putih ini tidak sepatutnya dipandang rendah oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana perkara ini amat berkaitan dengan etika sesebuah masyarakat dan keharmonian negara. Kelihatan juga calon pilihanraya yang terjebak dalam gejala rasuah ini untuk m endapat kuasa. Ini amat membimbangkan apabila mereka akhirnya dipilih sebagai pemimpin negara. Cuba berfikir, adakah seseorang yang tidak telus dan jujur serta sanggup mengetepikan etika dapat memimpin negara dengan baik? Sudah tentu jawapannya tidak. Mere ka tidak pernah berfikir untuk menyumbangkan kepada rakyat dan masyarakat, namun mereka hanya sekadar mementingkan diri sendiri dan ingin mendapat status serta kuasa supaya boleh mendapat kekayaan yang lagi banyak. Jika seseorang pemimpin tidak menonjolkan teladan yang baik kepada rakyatnya, maka rakyatnya turut terikut-ikut perbuatannya dan ini hanya menerukkan lagi budaya dalam sesebuah negara. Oleh itu, isu rasuah haruslah dibanteras hingga ke peringkat akar umbinya terutamanya dalam kalangan individu ya ng berjawatan

(9)

tinggi. Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat juga perlu bekerjasama menangani gejala rasuah dan jenayah kolar putih supaya negara kita dapat bersih dari gejala tersebut. Rujukan (Tidak kurang daripada 5 rujukan yang terkini 2015 -2020)

Reference list

[1] Enida, D. (2019). Faktor-Faktor Dalaman Yang Mempengaruhi Niat Individu Untuk Mengamalkan Rasuah Di Kalangan Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan. Jurnal Kemanusiaan, 1(2019).

[2] Che Wan Badrul Alias (2019, Januari 29) 9 punca rasuah dikenal pasti. BH online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/525238/9 -punca-rasuah-dikenal-pasti

[3] (Disember 19, 2018 ) Kurangkan karenah birokrasi mampu bendung rasuah – Ramon. AstroAwani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kurangkan-karenah-birokrasi-mampu-bendung-rasuah-ramon-193931

[4] Maisarah Sheikh Rahim (2020, November 5) Kurang penguatkuasaan punca terjebak rasuah? Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/11/kurang-penguatkuasaan-punca-terjebak-rasuah/

[5] Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor (2020, Ogos 6) Rasuah: Bekas polis dijel 14 tahun, denda RM70,000. Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/95408/BERITA/Mahkamah/Rasuah -Bekas-polis-dijel-14-tahun-denda-RM70000

[7] Muhammad Hisyam Bin Mohamad (2020, Disember 18) Rasuah Dan Salah Laku: Kos Kepada Negara. Utusan Malaysia.

(10)

http://www.ikim.gov.my/index.php/2020/12/18/rasuah-dan-salah-laku-kos-kepada-negara/

[8] Suaraswk (2019, Jun 24) Rasuah dihina, maruah dibina. Suara Sarawak. https://suarasarawak.my/2019/06/24/rasuah-dihina-maruah-dibina/

[9] Muzaffar Syah Mallow (2014, Oktober 28) Mendidik benci rasuah bermula dari sekolah. BH Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/10/14060/mendidik -benci-rasuah-bermula-dari-sekolah

[10]Suraidah Roslan (2020, Februari 28) Kempen anti rasuah Dalam Kalangan PBT Akan Terus Dipergiat-Pengarah SPRM. Borneo Today.

https://www.borneotoday.net/kempen-anti-rasuah-dalam-kalangan-pbt-akan-terus-dipergiat-pengarah-sprm/

Referensi

Dokumen terkait