• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keupayaan Para Graduan Politeknik dalam Menjana Ciri-ciri Kreativiti di Sektor Pekerjaan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Keupayaan Para Graduan Politeknik dalam Menjana Ciri-ciri Kreativiti di Sektor Pekerjaan."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

285

Keupayaan Para Graduan Politeknik dalam Menjana Ciri-ciri Kreativiti di Sektor Pekerjaan.

Mohd Noramdzan Mohd Yusof,a,* Aede Hatib Musta’amal @ Jamal (Phd) b, Nor Salwa Ismail

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia; Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai, 81310 Johor, Malaysia

_____________________________________________________________________ Abstrak

Malaysia sedang bergerak pantas ke arah status sebuah ekonomi negara maju. Peralihan yang berasaskan dari ekonomi berasaskan pertanian kepada Perindustrian menghasilkan permintaan yang tinggi bagi tenaga kerja teknikal yang terlatih. Untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga kerja kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan mereka . Politeknik Malaysia adalah salah satu daripada institusi yang melahirkan graduan teknikal yang mahir dan separa mahir . Politeknik Malaysia menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil dan diploma (Fakta ringkas, 2010). Kemampuan graduan politeknik dalam kemahiran berfikir secara kreatif seperti yang dikehendaki oleh industri (Johnson Lim Soon Chong, 2005) masih terdapat tanda tanya. Kebanyakkan majikan kurang berpuas hati dengan graduan politeknik dalam kemahiran komunikasi bahasa, sosial, interpersonal, tidak kompetan dalam pemikiran kritikal, kekurangan motivasi dan tidak mempunyai sikap yang positif dalam mengembangkan pengetahuan sepanjang hayat. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah ciri-ciri kemahiran berfikir secara kreatif yang dinyatakan oleh Mohd Azhar, (2004).

Kata kunci: kreativiti, politeknik, graduan politeknik,

______________________________________________________________________________________

Pendahuluan

Malaysia sedang bergerak pantas ke arah status sebuah ekonomi negara maju. Peralihan dari ekonomi berasaskan pertanian kepada Perindustrian menghasilkan permintaan yang tinggi bagi tenaga kerja teknikal yang terlatih. Institusi pengajian kerajaan mahupun swasta banyak menawarkan kursus yang memberi tumpuan ke arah pendidikan dan latihan

Corresponding author. Tel: +6013-3938699 E-mailaddress: mamatmaster@yahoo.com

(2)

286

teknikal dan vokasional (TVET) bagi melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan negara kita dalam era perindustrian yang baru.

Cabaran dalam menghasilkan graduan kini lebih besar berbanding dengan sebelum kemunculan globalisasi dan liberalisasi ekonomi global . Perubahan persekitaran dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara industri yang menjalankan perniagaan. Industri perlu tenaga kerja yang boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah di mana tenaga kerja yang yang kompeten bukan sahaja dalam bidang pekerjaan tetapi keperluan lain seperti kemahiran berfikir secara kreatif.

Kepentingan Kreativiti

Kreativiti memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara (Storm & Storm 2002). Keperluan kreativiti semasa di alam pekerjaan tidak boleh dinafikan lagi (Yorke and Knight 2006). Bagi berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga kerja kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan mereka .

Kreativiti dan Inovasi pekerja adalah enjin perubahan yang menyediakan peluang kepada organisasi untuk mencipta masa depan (Ahmed 1998; Martins & Terblanche 2003; Pitta 2009; Gumusluoglu & Ilsev 2006). Kreativiti ditakrifkan (Tierney 1999) sebagai penyelesaian yang unik dan berguna kepada pekerja untuk menyelasaikan masalah kepada kerja-kerja yang berkaitan

Drucker (1997) menyatakan bahawa organisasi merupakan sebuah entiti sosial, di mana manusia berperanan penting ke atas kemajuan organisasi tersebut. Pitta (2009) menyatakan bahawa kreativiti individu membantu organisasi berkesan. Oleh itu bagi menjadi organisasi yang kreatif, pihak majikan harus mengenalpasti potensi dan meningkatkan kreativiti pekerjanya.

Laporan dasar di UK, dinyatakan bahawa majikan sekarang sedang mencari pekerja yang mempunyai pelbagai kebolehan (Yorke dan Knight, 2006) iaitu bukan sahaja mempunyai kelulusan dari segi akademik tetapi mempunyai sifat kreatif kerana kini diakui

(3)

287

bahawa aset syarikat yang paling penting bukanlah bahan-bahan mentah, sistem pengangkutan, atau pengaruh politik tetapi ia merupakan kreativiti (Florida, 2005). Ini adalah dengan harapan, pekerja yang kreatif akan memberikan idea dan sumbangan kepada kemajuan syarikat. Walaupun inovasi dikatakan lebih penting dalam kemajuan sesuatu syarikat, namun begitu kreativiti adalah asas kepada segala inovasi tersebut (Amabile, et al. 1996).

Pada asasnya pekerja yang kreatif boleh memainkan peranan penting dalam kemajuan syarikat. Ini kerana idea kreatif daripada pekerja dapat digunakan dalam operasi harian setiap syarikat. Selain itu dengan bantuan pekerja yang kreatif, organisasi dapat secara berterusan membangunkan praktis, proses, produk dan perkhidmatan (Carr, 1994).

Sternberg et al. (1997) menyatakan organisasi perlu meningkatkan kreativiti di kalangan pekerjanya . Bagi sesebuah organisasi usaha meningkatkan daya kreativiti pekerja boleh dianggap sebagai satu pelaburan , syarikat akan mendapat pulangan yang lumayan dalam jangka waktu yang panjang jika pihak pengurusan membelanjakan sejumlah wang besar dalam usaha mewujudkan pekerja dan organisasi yang kreatif (Sternberg. et al. 1997).

Oleh itu setiap syarikat sentiasa berusaha meningkatkan kreativiti dengan memberikan peIbagai latihan kepada pekerjanya. Selain itu syarikat juga menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti pejabat yang dilengkapi segala kemudahan saguhati kepada idea terbaik, kenaikan pangkat, kenaikan gaji. dan sebagainya supaya pekerja dapat menyumbangkan idea-idea yang kreatif kepada organisasi

Namun begitu ciri-ciri yang terdapat kepada pekerja seperti rajin berusaha, tidak mudah putus asa, bersemangat tinggi dan sebagainya selalu menentukan sejauhmana seseorang pekerja boleh menghasilkan kerja yang kreatif. Walaupun ciri-ciri seperti di atas memainkan peranan penting, namun begitu persekitaran dan situasi tempat kerja turut menyumbang dalam menghasilkan kerja yang kreatif (Prather dan Gundry 1995; Amabile 1997).

(4)

288

Politeknik Malaysia adalah salah satu daripada institusi yang melahirkan graduan teknikal yang mahir dan separa mahir . Politeknik Malaysia menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil dan diploma (Fakta ringkas 2010). Memang tidak boleh disangkal lagi bahawa ramai graduan politeknik mampu untuk melaksanakan tugasan teknikal yang diamanahkan tetapi masih terdapat tanda tanya tentang kemampuan mereka dalam kemahiran berfikir secara kreatif seperti yang dikehendaki oleh industri (Johnson Lim Soon Chong 2005)

Kajian yang telah dijalankan oleh Ramlee (1999) menyatakan bahawa kebanyakkan majikan kurang berpuas hati dengan graduan politeknik dalam kemahiran komunikasi bahasa, sosial dan interpersonal. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah ciri-ciri kemahiran berfikir secara kreatif yang dinyatakan oleh Mohd Azhar (2004). Kemahiran komunikasi bahasa, sosial dan interpersonal merupakan antara ciri-ciri individu yang kreatif kerana menurut Mohd Azhar (2004) lazimnya orang yang mempunyai kreativiti yang tinggi sering menyoal sesuatu yang diperhatikan dan dalam masa yang sama ia turut disertai dengan pemeriksaan, penjelajahan, bermain-main dengan sesuatu yang menjadi perhatiannya. Menurut Csikszentmihalyi (1998) kreativiti membawa satu pengalaman dalam memenuhi bukan sahaja segi Intelek, emosi dan fizikal, tetapi juga kualiti komunikasi dengan orang lain. Hal ini diperkuatkan lagi dengan Sloane (2003) menyatakan bahawa kebanyakkan invensyen dan penemuan yang hebat di dunia bermula dengan ‘questioning minds’ iaitu seseorang itu kebolehan berkomunikasi dengan pemikiran mereka sendiri.

Ramlee (1999) menyatakan bahawa kebanyakkan graduan politeknik tidak kompetan dalam pemikiran kritikal. Pemikiran kritikal ditakrifkan sebagai "bertujuan, dan matlamat yang diarahkan" dan menggunakan kemahiran kognitif dan strategi (Halpern 1999). Mohd Azhar (2004) menyatakan individu kreatif perlu berfikir secara kritikal dan pragmatik di mana ia dapat membantu individu kreatif membuat penilaian, menimbang dan menilai kebaikan dan keburukan sesuatu idea malah ia membantu individu kreatif melihat sesuatu idea dalam pelbagai sudut dan perspektif kerana pemikiran kritikal memberi tumpuansecara terperinci tentang sesuatu perkara yang dilakukan.

Walau bagaimanapun menurut Johnson Lim Soon Chong (2005) para graduan politeknik masih kekurangan motivasi menyelesaikan atau menangani masalah pekerjaaan mereka. (Brennan & Dooley 2005) menyatakan pembangunan kakitangan dan memenuhi

(5)

289

keperluan motivasi mereka boleh memberi impak yang positif pada keupayaan kreatif organisasi. Amabile (1998) menulis bahawa tiga bidang kreativiti, iaitu kepakaran, kemahiran kreatif berfikir dan motivasi, apabila dicampur bersama-sama dapat mengenal pasti tahap kreativiti dalam diri seseorang. Sementara itu motivasi merujuk kepada faktor-faktor intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi seseorang individu untuk menjadi kreatif (Wreath 1998).

Zaharatul et. al ( 2012) dan Johnson Lim Soon Chong, (2005) menyatakan bahawa graduan politeknik tidak mempunyai sikap yang positif dalam mengembangkan pengetahuan sepanjang hayat. Sternberg dan Lubart (1999) menekankan bahawa kreativiti memerlukan sokongan daripada pengetahuan. Pengetahuan boleh dibahagikan sebagai pengetahuan formal dan tidak formal. Pengetahuan adalah aliran yang kompleks, yang boleh digunakan untuk memandu pemikiran manusia, tingkah laku dan komunikasi (Van der Spek et al. 1997). Kreativiti itu sendiri adalah hasil daripada penjanaan pengetahuan (Wang, 2010).

Kesimpulan

Kreativiti sebagai agenda penting dalam pembangunan negara pada masa kini memang tidak dapat dinafikan lagi terutamanya negara kita sedang bergerak ke arah ekonomi negara maju. Perbincangan diatas jelas sekali menunjukkan kepentingan kreativiti terhadap pembangunan negara. Sektor pekerjaan pada masa kini menunjukkan bahawa para majikan lebih berminat mengambil pekerja yang bukan sahaja mempunyai memiliki kemahiran dalam menjalankan tugas malah para pekerja juga harus memiliki pemikiran kreatif sebagai nilai tambah pada mereka. Kelemahan-kelemahan graduan politeknik dalam menjana sifat kreatif haruslah segera diatasi supaya para graduan ini dapat berdaya saing dalam dunia pekerjaan pada masa kini. Oleh itu kerjasama pihak pentadbir dan para pensyarah amat diperlukan agar bakal para graduan mempunyai sifat yang kreatif.

(6)

290 RUJUKAN

Amabile, T.M. 1996. Creativity in Context, Update to The Social Psychology of Creativity. Colorado: Westview Press, Inc

Amabile, T. M. 1997. Motivating creativity in organizations: On doing what you love and loving what you do. California Management Review 40: 39–58.

Ahmed, P. K. (1998). Culture and climate for innovation. European Journal of Innovation

Management 1(1); 30-43.

Amabile, T.M. 1998. How to Kill Creativity. Harvard Business Review : 77–87. Brennan, a., & Dooley, L. (2005). Networked creativity: a structured management

framework for stimulating innovation. Technovation 25(12): 1388–1399. doi:10.1016/j.technovation.

Carr, C. (1994). The competitive power of constant creativity. Amazon.

Csikszentmihalyi, M. 1988. Society, culture, and person: A systems view of creativity. In

The nature of creativity: Contemporary psychological perspectives, ed. R.J. Sternberg,

325–39. Cambridge: Cambridge University Press.

Drucker,P. 1997. The Global Economy and the Nation-State. Foreign Affairs 76(5) ; 170-71 ; https://www.mtholyoke.edu/acad/intrel/drucker.htm [6 Januari 2014]

Fakta ringkas. 2010. Retrieved from http://politeknik.gov.my/webjpp2/dokumen /files

/binder online-quick fact Sept 2011.pdf [5 Januari 2014]

Florida, R. 2005. Cities and the Creative Class, , New York, NY. Routledge Gumusluoglu, L., & Ilsev, A. 2007. Transformational leadership, creativity, and

organizational innovation. Bilkent University, Faculty of Business Administration.

Halpern, D. F. (1999,Winter). Teaching for critical thinking: Helping college students develop the skills and dispositions of a critical thinker. New Directions for Teaching &

Learning 80: 69–74.

Johnson Lim Soon Chong, M. K. A. M. K. 2005. Perception of Employers Towards the Generic Skills of Working Polytechnic Graduates of Malaysia . Regional Conference on Engineering Education, Johor Bahru, 12-13 December 2005; 337–342

Martins, E. C., & Terblanche, F. 2003. Building organisational culture that stimulates creativity and innovation. European Journal of Innovation Management, 6(1), 64–74. doi:10.1108/14601060310456337

Mohd Azhar Abd. Hamid. 2004. Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai, Johor: Penerbit UTM

Prather, C. W., & Gundry, L. K. 1995. Blueprints for innovation: How creative processes

(7)

291

Pitta, D. A. 2009. Creating a culture of innovation at Portugal telecom. Journal of product &

Brand Management, 18(6) ; 448-451. http://dx.doi.org/10.1108/10610420910989767

Ramlee. M. 1999. The Role of Vocational And Technical Education In The Industrialization of Malaysia As Perceived by Educators and Employers, PhD. Thesis, Purdue

University, U.S.A.

Sternberg, R., O’Hara, L., & Lubart, T. 1997. Creativity As Investment. California Management Review, 40; 8–21

Yorke, M. and Knight, P. 2006. Embedding employability into the curriculum, Learning

and Employability Series No. 3, Learning and Teaching Support Network, York.

Sloane, P. (2003). The Leader's Guide to Lateral Thinking Skills: Powerful Problem-solving

Techniques to Ignite Your Team's Potential. London : Kogan Page.

Sternberg, R.J. and Lubart, T.I. 1999. The concept of creativity: prospects and paradigms , in Sternberg, R.J. (Ed.), Handbook of Creativity, New York: Cambridge University Press. 3-15.

Strom, R. D., & Storm, P. S. 2002. Changing the Rules: Education For Creative Thinking.

Journal of Creative Behaviour 36 (3): 183-199

Van der Spek, R. and Spijkervet, A. 1997. Knowledge management: dealing intelligently

with knowledge. In Liebowitz, J. and Wilcox, L.C. (Eds), Knowledge Management and Its Integrative Elements. Boca Raton, FL: CRC Press. 31-59.

Wang, M.S. 2010. Influence of knowledge sharing and project complexity on group creativity : taking the development of information system for example. Journal of

e-Business 12(1 ): 73-102.

Wreath, S. 1998. SIM Teams: a decision-support tool for team innovation management, M. Applied Science Thesis, National University of Ireland, Galway.

Zaharatul AAZ, Abd Shukor H, Ir. Ghazali AA. 2012. Smart tri-partite partnership: polytechnic-industry-student. Procedia-Social and Behavioral Sciences 31: 517-521.

Referensi

Dokumen terkait

Rencana Terpadu dan Program Investasi Infrastruktur Jangka Menengah (RPI2-JM) Bidang Cipta Karya merupakan dokumen perencanaan dan pemrograman pembangunan

Inilah minggu advent yang pertama bagi kita untuk merayakan masa penantian kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus yang akan datang pada akhir zaman.. Marilah kita merendahkan

Berdasar hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa (1) Gen BMPR-1B dan BMP-15 pada populasi DEG-Lombok bersifat polimorfik , (2) DEG-Lombok dengan genotipe B+/G+

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada pengaruh yang signifikan permainan lempar shuttlecock terhadap peningkatan kemampuan pukulan lob siswa usia 10-12 tahun di

Dari hasil pengamatan peneliti yang dibantu oleh kolaboran dalam memperbaiki kekurangan dalam siklus I dan Siklus II menyimpulkan bahwa penerapan pembelajaran

Selain itu, grafik juga menunjukkan bahwa baling-baling 4 sudu cenderung memiliki gaya dorong yang lebih kecil namun pada sudut kemiringan poros baling- baling

Packed Red Cell mungkin dapat meningkatkan pasokan hemin sebagai unsur yang diperlukan H.influenza dalam pertumbuhannya.. banyak eritrosit yang ditambahkan, semakin