• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN PAKEJ UMRAH (VISA UMRAH & ZIARAH) ZAHAZAN TRAVEL AND TOURS (ZTT)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN PAKEJ UMRAH (VISA UMRAH & ZIARAH) ZAHAZAN TRAVEL AND TOURS (ZTT)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN PAKEJ UMRAH (VISA UMRAH & ZIARAH) ZAHAZAN TRAVEL AND TOURS (ZTT)

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN BAGI PAKEJ UMRAH BERKAITAN COVID-19

1) Terma dan syarat yang dinyatakan di sini adalah selaras dengan prosedur dan kaedah mengerjakan ibadah umrah yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan terhadap semua jemaah umrah oleh kerajaan Arab Saudi berikutan dengan pandemik Covid-19.

2) Terma dan syarat yang dinyatakan di sini juga adalah selaras dengan Prosedur Amalan Standard - SOP Gelembung Perjalanan Bagi Tujuan Melaksanakan Ibadah Umrah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (“MOTAC”).

3) Terma dan syarat yang dinyatakan adalah tidak tertakluk kepada terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.

4) HAD UMUR

Hanya dibenarkan jemaah berumur 12 tahun ke atas. Kanak-kanak masih tidak dibenarkan dan tertakluk kepada perubahan SOP dan kebenaran dari Kerajaan Arab Saudi.

5) VAKSIN

5.1) Jemaah mestilah telah lengkap 2 dos vaksin jenis Pfizer, Moderna, Johnson dan Astra Zeneca.

5.2) Jemaah yang telah menerima lengkap dua (2) dos vaksin Sinovac perlu mengambil satu (1) dos “booster” daripada Pfizer, Moderna, Johnson atau Astra Zeneca.

5.3) Jemaah hendaklah mendaftarkan jenis vaksin yang telah lengkap diambil di laman sesawang https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan salinan pengesahan vaksin hendaklah dibawa untuk semakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

(2)

6. KEWAJIPAN MEMBUAT PCR TEST COVID-19

PCR Test Covid-19 hendaklah dibuat sebanyak dua (2) kali oleh setiap Jemaah seperti berikut:-

(6.1) PCR TEST COVID-19 SEBELUM TARIKH PENERBANGAN DARI MALAYSIA

6.1.1) Semua Jemaah hendaklah membuat PCR Test Covid-19 dengan perbelanjaan sendiri dalam tempoh Empat Puluh Lapan (48) jam sebelum tarikh dan waktu penerbangan ke Arab Saudi (Mekah/Madinah) dengan keputusan negatif. Salinan kertas keputusan PCR Test hendaklah di bawa ke Arab Saudi.

6.1.2) Sekiranya keputusan PCR Test Jemaah didapati positif sebelum menaiki penerbangan ke Arab Saudi, perkara – perkara berikut adalah terpakai dan terlaksana:-

1) Jemaah tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan tersebut.

2) Harga Pakej: Wang Harga pakej umrah setiap jemaah berkaitan :- a) Kos Hangus :-

i. Bayaran bagi penginapan hotel di Mekah dan Madinah beserta kos pengangkutan di Arab Saudi adalah kos hangus dan tidak akan dikembalikan oleh pihak Muassasah dan ZTT.

ii. Caj perkhidmatan ZTT akan dikenakan kepada jemaah dan akan diambil dari harga pakej yang dibayar

iii. Klausa 6.1.2. (2) (a) (i) dan (ii) di atas juga adalah terpakai sekiranya pembatalan pakej umrah dibuat oleh jemaah atas apa jua sebab setelah

pembayaran dibuat oleh ZTT kepada pihak berkaitan Arab Saudi; dan iv. Klausa 6.1.2. (2) (a) (i) di atas adalah terpakai sekiranya penundaan tarikh

pakej umrah dibuat oleh jemaah atas apa jua sebab setelah pembayaran dibuat oleh ZTT kepada pihak berkaitan Arab Saudi.

b) Pemulangan Bayaran Tiket Penerbangan (dua hala) dan P e n u n d a a n T a r ik h :- i. Pemulangan wang harga tiket penerbangan dua hala adalah tertakluk kepada

keputusan mutlak syarikat penerbangan.

ii. Jemaah boleh menunda tarikh penerbangan bagi pakej umrah tertakluk kepada bayaran tambahan bagi tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan di Klausa 6.1.2 (a) di atas dan ulangan PCR Test Covid-19 di Klausa 6.1.1 di atas.

(3)

6.1.3) Lain-lain sebab pembatalan atau penundaan

Bagi tujuan maksud pembatalan pakej umrah atau penundaan tarikh pakej umrah atas apa jua sebab di Klausa 6.1.2 (2) (a) (iii) dan (iv), serta pemakaian sub - klausa (b) di atas, adalah termasuk dan tidak terhad kepada sakit, dan/atau jemaah disahkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif Covid-19 dan jemaah diarahkan untuk dikuarantin dan/atau kematian ahli keluarga.

(6.2) PCR TEST COVID-19 SEBELUM PENERBANGAN BALIK KE MALAYSIA

6.2.1) Semua Jemaah hendaklah membuat PCR Test Covid-19 di Arab Saudi dalam tempoh Empat Puluh Lapan (48) jam sebelum tarikh dan waktu penerbangan balik ke Malaysia dengan keputusan negatif.

6.2.2) Sekiranya keputusan PCR Test Jemaah didapati positif sebelum menaiki penerbangan balik ke Malaysia, perkara – perkara berikut adalah terpakai dan terlaksana:-

1) Jemaah tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan tersebut.

2) Jemaah akan menerima rawatan dan/atau dikuarantin mengikut prosedur kerajaan Arab Saudi di mana segala kos adalah ditanggung oleh pihak Insuran yang telah termasuk dalam harga setiap pakej umrah ZTT (“Insuran Covid-19”) TERTAKLUK kepada terma dan syarat Polisi Insuran tersebut seperti berikut:-

a) Insuran Covid-19 tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh ketibaan jemaah di Arab Saudi seperti yang didaftarkan di dalam Saudi Arabia Ministry of Foreign Affairs - MOFA’s Visa Issuance System (“Enjaz”).

b) Kos Perubatan yang ditanggung oleh insuran Covid-19 adalah sehingga maksimum SAR650,000.

c) Kos Kuarantin adalah sebanyak SAR 450 satu (1) hari sehingga tempoh maksima Empat Belas (14) hari.

(4)

i. Tempat Kuarantin adalah tertakluk kepada arahan pihak berkuasa Arab Saudi sama ada di suatu premis khusus atau di bilik hotel yang ditentukan.

ii. Kemudahan dan penyediaan makan dan minum jemaah sepanjang tempoh Kuarantin dan kos berkaitan adalah bergantung kepada polisi Insuran dan keputusan pihak yang menguruskan tempat di mana jemaah dikuarantin sama ada percuma atau berbayar. Sekiranya ada kos yang tidak termasuk dalam manfaat Insuran, kos tersebut a k a n d i t a n g g u n g oleh jemaah.

iii. Kos Pemindahan Perubatan adalah berdasarkan Kos Sebenar yang dikenakan.

iv. Kos Urusan Penghantaran Pulang Jenazah Jemaah ke Malaysia adalah berdasarkan Kos Sebenar yang dikenakan.

3) Bagi maksud kos di Klausa 6.2.2. (2) di atas, Covid-19 PCR Test adalah tidak termasuk di dalam kos tersebut.

6) KELEWATAN / PERTUKARAN JADUAL PENERBANGAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN

6.1) ZTT tidak bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan dan/atau pertukaran jadual waktu penerbangan jemaah disebabkan oleh syarikat penerbangan tersebut atas apa jua sebab.

6.2) Sekiranya kelewatan dan/atau pertukaran jadual waktu penerbangan tersebut menyebabkan keputusan PCR Test Covid-19 jemaah akan melebihi tempoh TUJUH PULUH DUA (72) jam yang disyaratkan oleh kerajaan Arab Saudi seperti di Klausa 6.1 di atas, MAKA jemaah hendaklah membuat ulangan PCR Test Covid-19 dengan kos ditanggung sendiri.

6.3) Sekiranya kelewatan dan/atau pertukaran jadual waktu penerbangan tersebut menyebabkan pakej umrah jemaah dibatalkan oleh kerajaan Arab Saudi.

6.3.1) Bayaran bagi penginapan hotel di Mekah dan Madinah beserta kos

(5)

oleh pihak Muassasah dan ZTT.

6.3.2) Caj perkhidmatan ZTT akan dikenakan kepada jemaah dan akan diambil dari harga pakej yang dibayar, dan

6.3.3) Pengembalian wang harga tiket penerbangan dua hala adalah tertakluk kepada keputusan mutlak syarikat penerbangan TANPA sebarang gantirugi oleh syarikat penerbangan.

7) PENGGUNAAN APLIKASI PINTAR TAWAKKALNA DAN EATMARNA DI ARAB SAUDI

Bagi tujuan mematuhi prosedur dan pelaksanaan ibadah umrah di Arab Saudi, setiap jemaah hendaklah :-

7.1) Membeli simkad berasingan di Arab Saudi.

7.2) Memuat turun aplikasi TAWAKKALNA dan / atau EATMARNA seperti diarahkan oleh Mutawwif yang bertugas di dalam telefon bimbit masing-masing selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk memantau kesihatan, pergerakan jemaah, dan tempahan Permit Ibadah Umrah, Ziarah Raudhah dan solat di Masjidil Haram.

8) JADUAL MELAKUKAN IBADAH UMRAH

8.1) Setiap jemaah hanya dibenarkan membuat satu (1) kali ibadah umrah sahaja setiap seorang seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

8.2) Tempahan slot bagi setiap jemaah akan diuruskan dan dibantu oleh pihak ZTT TERTAKLUK kepada keputusan muktamad oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

8.3) ZTT tidak menjamin jemaah yang hadir secara berkumpulan atau sekeluarga akan mendapat tarikh dan waktu slot yang sama.

8.4) Pelaksanaan ibadah umrah oleh jemaah tidak akan diiringi oleh mutawwif ZTT seperti prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

(6)

9) HALANGAN MELAKUKAN UMRAH AKIBAT JANGKITAN COVID-19 DI MEKAH/MADINAH

Sekiranya jemaah dijangkiti Covid-19 semasa berada di Mekah atau Madinah dan/atau disahkan kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan diarahkan untuk dikuarantin, MAKA :

9.1) Klausa 6.2.2 di atas adalah terpakai.

9.2) Perlanjutan tempoh masa pakej umrah dan penyempurnaan ibadah umrah jemaah adalah tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi, kekosongan bilik hotel dan kebenaran menunda tarikh penerbangan balik ke Malaysia oleh syarikat penerbangan.

9.3) ZTT hanya bertanggungjawab membantu secara munasabah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam mendapatkan slot jadual ibadah umrah, memohon perlanjutan masa pakej umrah jemaah, menguruskan penempatan bilik hotel dan mendapatkan tarikh penundaan penerbangan.

9.4) ZTT tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan dan menjamin sepenuhnya segala permohonan di Klausa 10.3 di atas berjaya sepenuhnya.

10) ZTT SEBAGAI EJEN

10.1) ZTT hanya bertindak sebagai operator dan ejen kepada syarikat penerbangan dan muassasah di Arab Saudi di dalam menyediakan pakej umrah kepada jemaah.

10.2) ZTT tidak bertanggungjawab di atas segala risiko atau jangkitan penyakit termasuk Covid-19 yang berlaku dan dialami oleh jemaah akibat dari penggunaan perkhidmatan penerbangan dan apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hotel dan muassasah di Arab Saudi selama mengerjakan ibadah umrah tersebut termasuk program lawatan ke tempat ziarah dan berada di tempat-tempat awam.

(7)

10.3) Dalam memberikan perkhidmatan kepada setiap jemaah, ZTT dan semua pihak terbabit sentiasa komited memastikan pematuhan kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia, kerajaan Arab Saudi dan pihak berkuasa berkaitan.

11) TANGGUNGJAWAB JEMAAH

Setiap jemaah hendaklah bertanggungjawab ke atas diri masing-masing untuk mematuhi segala peraturan dan prosedur semasa di Malaysia dan Arab Saudi, serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko berlaku kontak rapat dan/atau terkena jangkitan Covid-19 yang akan menyebabkan jemaah dihalang untuk menaiki penerbangan ke Arab Saudi atau terhalang dari melakukan ibadah umrah dan/atau ditahan atau dikuarantin atau dirawat di Arab Saudi.

12) KETIBAAN JEMAAH DAN PROSEDUR KUARANTIN DI MALAYSIA

12.1) Prosedur dan kewajipan untuk menjalani kuarantin terhadap jemaah yang tiba di Malaysia adalah tertakluk kepada ketetapan, garis panduan dan prosedur amalan standard (“SOP”) yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dari masa ke semasa TERMASUK DAN TIDAK TERHAD kepada tempoh kuarantin dan tempat di mana jemaah perlu menjalani tempoh kuarantin.

12.2) Kos menjalani tempoh kuarantin tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh jemaah.

12.3) Berdasarkan SOP terkini bertarikh 15hb Oktober 2021 oleh kerajaan Malaysia, tempoh kuarantin jemaah adalah Tujuh (7) hari sama ada secara kuarantin di rumah masing-masing atau di pusat/stesen kuarantin (sekiranya diarahkan) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia. SOP ini adalah TERTAKLUK kepada arahan dan SOP terkini oleh kerajaa Malaysia dari masa ke semasa.

Referensi

Dokumen terkait

Capaian persentase masing-masing aspek kemampuan berpikir kreatif pada siklus I yaitu fluency 32,7% termasuk dalam kategori kurang, flexibility 41,8% termasuk

Terdapat banyak persamaan pendekatan sastra bandingan aliran Amerika, Damono, dan Bassnet, tetapi penulis dalam kajian ini memilih pendekatan Bassnet yang merumuskan

Ang bawat tao'y karapat-dapat sa lahat ng karapatan at kalayaang nakalahad sa Pahayag na ito, nang walang ano mang uri ng pagtatangi, gaya ng lahi, kulay,

The objective of this questioner is to find out the data and information on satisfaction level of services offers by Silviculture Study Programme to students, and alumni for

Proses yang terakhir adalah melakukan penghitungan AHP akhir yaitu dengan mendapatkan nilai relasi antar supplier dan antar kriteria maka hasil dari kedua matrik tersebut

Penelitian ini menggunakan data sekunder yaitu berupa laporan keuangan Bank BUMN. Obyek penelitian yang dianalisis dalam penelitian ini adalah seluruh Bank BUMN

Industri Kapal Indonesia (Persero) Makassar dan menggunakana alat NDM (Noise DosiMeter) yang digunakan oleh pekerja di area produksi. b) Pemetaan kebisingan menggunakan

“Yang dimaksud dengan “tanggung jawab sosial perusahaan” adalah tanggung jawab yang melekat pada setiap perusahaan penanaman modal untuk tetap menciptakan